STRUKTUR

14
BAB 7 DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN (DBRB) OBJEKTIF BAB Selepas anda mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengetahui latar belakang wujudnya demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia. 2. Mengetahui akan peri pentingnya dan uniknya demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. 7.1 PENGENALAN Kita sering bercakap tentang Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan (DBRB). Oleh sebab itu, modul ini akan cuba menerangkan secara ringkas maksud perkara tersebut dalam konteks negara kita. Lanjutan daripada ini, akan dileraikan juga tentang Sistem Beraja yang masih diamalkan. 7.2 LATAR BELAKANG PERKEMBANGAN Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963 sebagai kesinambungan kepada Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Bagi tujuan sebuah negara merdeka, Malaysia memilih sebuah pemerintahan beraja yang mengamalkan prinsip perlembagaan. Sistem ini wujud akibat daripada penjajahan. Mereka telah memecahkan tradisi pemerintahan Kesultanan Melayu antara politik pentadbiran iaitu daripada sebuah pemerintahan yang berpusat kepada pemerintahan yang mengamalkan pembahagian kuasa. Keadaan ini bermula dengan mencantumkan kerajaan-kerajaan Melayu pada ketika itu untuk menjadi Persekutuan Tanah Melayu. Oleh yang demikian, pada 1 Februari 1948 terbentuklah Malaysia. Kemudian, dalam proses menuju kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, telah dipersetujui bahawa yang akan dilantik menjadi Ketua Negara ialah Yang Di Pertuan Agung sementara Ketua Kerajaan pula ialah Perdana Menteri. Di peringkat negeri pula, Ketua Negeri ialah Paduka Seri Sultan, Tuan Yang Terutama atau Yang Di Pertua Negeri manakala Ketua Kerajaan Negeri pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri. 155

description

STRUKTUR, PROSES DAN PENTADBIRAN

Transcript of STRUKTUR

  • BAB 7

    DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN (DBRB)

    OBJEKTIF BAB

    Selepas anda mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengetahui latar belakang wujudnya demokrasi berparlimen

    dan raja berperlembagaan di Malaysia. 2. Mengetahui akan peri pentingnya dan uniknya demokrasi

    berparlimen dan raja berperlembagaan.

    7.1 PENGENALAN Kita sering bercakap tentang Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan (DBRB). Oleh sebab itu, modul ini akan cuba menerangkan secara ringkas maksud perkara tersebut dalam konteks negara kita. Lanjutan daripada ini, akan dileraikan juga tentang Sistem Beraja yang masih diamalkan. 7.2 LATAR BELAKANG PERKEMBANGAN Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963 sebagai kesinambungan kepada Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Bagi tujuan sebuah negara merdeka, Malaysia memilih sebuah pemerintahan beraja yang mengamalkan prinsip perlembagaan. Sistem ini wujud akibat daripada penjajahan. Mereka telah memecahkan tradisi pemerintahan Kesultanan Melayu antara politik pentadbiran iaitu daripada sebuah pemerintahan yang berpusat kepada pemerintahan yang mengamalkan pembahagian kuasa. Keadaan ini bermula dengan mencantumkan kerajaan-kerajaan Melayu pada ketika itu untuk menjadi Persekutuan Tanah Melayu. Oleh yang demikian, pada 1 Februari 1948 terbentuklah Malaysia. Kemudian, dalam proses menuju kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, telah dipersetujui bahawa yang akan dilantik menjadi Ketua Negara ialah Yang Di Pertuan Agung sementara Ketua Kerajaan pula ialah Perdana Menteri. Di peringkat negeri pula, Ketua Negeri ialah Paduka Seri Sultan, Tuan Yang Terutama atau Yang Di Pertua Negeri manakala Ketua Kerajaan Negeri pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.

    155

  • Sebelum negara mencapai kedudukan ini, kerajaan Melayu telah pun melalui perubahan-perubahan politik dan sistem pentadbiran. Saudara/saudari perlu mengulangkaji semula Bab 2 iaitu Sistem Politik Malaysia dalam modul ini di samping merujuk kepada Modul AN 1042 Kenegaraan Malaysia pada bahagian yang berkaitan seperti sistem Masyarakat Melayu Tradisi, Penjajahan dan Kesannya serta Perlembagaan Malaysia. 7.2.1 Latar Belakang Awal DBRB Kejayaan membetulkan kesahihan Tanah Melayu (Malayan Union) dan merubah Persekutuan Tanah Melayu adalah merupakan satu pencapaian terbaik bagi rakyat dan Raja-raja Melayu. Ini kerana selaku Kesatuan, tidak akan wujud kerajaan negeri dan tidak ada Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Yang lebih merugikan adalah tidak wujud badan perundangan negeri Sultan hanya mengetuai hal ehwal agama Islam sahaja. 1 Persekutuan Tanah Melayu bukan sahaja mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat, malah telah memperuntuk agar setiap negeri yang bercantum mempunyai badan perundangan yang dapat mengesahkan Perjanjian Negeri dan Perjanjian Persekutuan. Perjanjian-perjanjian ini secara beransur-ansur menjurus kepada proses berkerajaan sendiri. Ia telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan kerajaan United Kingdom. Bagi memenuhi hasrat tersebut, satu pilihanraya telah diadakan pada Julai 1955 bagi mengisi 52 kerusi dalam Majlis Undangan Persekutuan. Dalam pilihanraya ini, Tunku Abdul Rahman Putra yang memimpin UMNO dan PERIKATAN berjaya menjadi Ketua Menteri setelah parti pimpinannya memenangi 51 daripada 52 kerusi. Langkah berkerajaan sendiri bermula setelah berlangsungnya perundingan Kemerdekaan (persidangan perlembagaan) dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956 di London. Perwakilan Persekutuan terdiri daripada empat wakil parti yang memerintah dan empat orang wakil Raja-raja Melayu. Ketua Menteri yang mengetuai wakil parti takut menjadi Ketua Perwakilan. Mereka turut diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi dan Penasihat masing-masing. Hasil yang diperolehi daripada perundingan ini adalah bukan sahaja Persekutuan Tanah Melayu dipersetujui untuk diberi kemerdekaan malah yang lebih penting adalah merangka sebuah perlembagaan agar ia berkerajaan sendiri. Setelah diperkenankan oleh Raja-raja Melayu dan Ratu Elizabeth II maka sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh Sir Lord Reid ditubuhkan. Suruhanjaya ini dikenali sebagai Suruhanjaya Reid.2

    156

  • Laporan Suruhanjaya Reid telah dikaji oleh Badan Petugas untuk diteliti. Hasilnya sebuah Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi negeri Melaka dan Pulau Pinang telah disahkan pada 31 Ogos 1957. Sebelum itu, Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan oleh Parlimen British pada 31 Julai 1957. Pada 5 Ogos 1957 pula, Pesuruhjaya Tinggi British telah menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dengan Raja-raja Melayu. Kemerdekaan telah menamatkan kuasa dan kedaulatan Ratu British terhadap negara kita. Bidang kuasa ini dialihkan kepada Perlembagaan Negara yang dilambangkan kepada Parlimen. Sebagai sebuah negara persekutuan. Perlembagaan dengan jelas telah menetapkan bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab untuk memerintah dan mentadbir. Dengan ini, Kerajaan Persekutuan bersama-sama Parlimen dan Kerajaan Negeri akan bersama-sama Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membuat undang-undang. Dinyatakan juga Perkara Bersama bagi Parlimen dan DUN dalam hal Perundangan.3 7.2.2 Pelaksanaan Demokrasi DBRB Pilihanraya tahun 1955 yang dinyatakan di atas telah membolehkan parti yang menang untuk membentuk kerajaan. Tunku Abdul Rahman Putra telah diberi kepercayaan untuk menerajui Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang bakal merdeka. Negara kita kemudiannya telah memilih demokrasi yang dikenali sebagai Demokrasi Berparlimen. Keadaan ini masih tidak lengkap lagi jika meneliti tentang wakil-wakil yang merundingi kemerdekaan dan pihak yang menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Jadi, sebenarnya di manakah yang dinamakan Raja Berperlembagaan itu? Ikutilah perbincangan selanjutnya. 7.2.3 Majlis Raja-Raja Majlis Raja-raja (MRR) ditubuhkan mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Majlis ini menjadi tempat pertemuan rasmi kesemua sembilan orang Raja Melayu. Sebelum wujud majlis sebegini, tidak ada satu badan pun yang mengaturkan pertemuan ini kecuali pertemuan tidak berkala keempat-empat Raja Melayu, Negeri Melayu Bersekutu dengan Pesuruhjaya Tinggi. Tradisi ini telah dimulakan pada tahun 1897 apabila pertemuan ini buat kali pertama diadakan di Kuala Kangsar, Perak atas usaha Sultan Perak ketika itu iaitu DYMM Sultan Idris Murshidul Adzam Shah. Persidangan ini (1887 1916) dikenali dengan nama Durbar.4

    157

  • Berkenaan dengan Majlis Raja-raja ini, Allahyarham Tun Mohamad Suffian bin Hashim, iaitu bekas Ketua Hakim Negara kedua di kalangan anak Melayu, menyatakan:

    Majlis Raja-raja merupakan perhimpunan yang paling luhur di negara ini. Sungguhpun ia tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang atau mengenakan cukai atau meluluskan perbelanjaan negara, tetapi ia amat berpengaruh. Ia mengadakan hubungan yang rapat diantara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri di peringkat tertinggi. Persidangan ini dihadiri oleh Yang Di Pertuan Agung dan Paduka Menteri bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan semua Raja dan Yang Di Pertua Negeri dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri masing-masing. Majlis ini memberi peluang kepada mereka untuk membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama, iaitu perkara-perkara yang memusykilkan mana-mana pihak antara mereka. Oleh kerana perbincangan dijalankan secara tertutup, mereka dapat berunding secara berterus terang, malahan dengan sopan santun. Bagi Perdana Menteri pula, beliau berpeluang dalam forum yang amat penting ini untuk menerangkan dasar-dasar persekutuan yang telah diputuskan dan juga yang akan diputuskan.5

    Dalam konteks DBRB, MRR memainkan peranan untuk melantik Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, Timbalannya dan mempunyai tanggungjawab tertentu yang ditetapkan oleh perlembagaan, antaranya:

    (a) Bertanggungjawab memberi persetujuan terhadap sebarang pindaan kepada empat perkara yang dikatakan sebagai unsur-unsur tradisi.

    (b) Melantik suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Kerajaan seperti Pengerusi dan Timbalannya bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan Suruhanjaya Pilihanraya.

    (c) Dirundingi terhadap beberapa perlantikan jawatan dalam kerajaan seperti Ketua Hakim Negara, Hakim-hakim Besar, Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Tinggi serta Ketua Juruaudit Negara.

    (d) Melantik seorang daripada anggotanya sebagai wakil dalam Majlis Angkatan Tentera.

    (e) Memecat DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung setelah usul pemecatan disokong oleh lima orang Raja.

    158

  • (f) Persetujuan Majlis Raja-raja diperlukan untuk mengubah sempadan sesuatu negeri.

    (g) Memberi ampun reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42.

    Majlis Raja-raja mengadakan mesyuarat tiga atau empat kali setahun yang diadakan selama tiga hari. Seorang daripada Raja-raja tersebut akan menjadi pengerusi secara bergilir-gilir mengikut kekananan. Sebuah urusetia yang dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bertanggungjawab untuk menyelaras majlis dan mesyuarat. Penjawat jawatan ini yang juga dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan memegang jawatan itu selagi diperkenankan oleh MRR. Beliau juga boleh memanggil mesyuarat apabila dikehendaki oleh YDPA atau tidak kurang daripada tiga ahli MRR atau memanggil mesyuarat untuk perlantikan baru YDPA dan timbalannya tidak kurang dari 4 minggu sebelum habis tempoh perkhidmatan. Setelah melihat kepada peranan MRR dalam melantik YDPA dan peranan-peranannya yang lain, pertimbangan seterusnya adalah melihat kepada fungsi dan peranan YDPA bagi mewakili MRR. 7.2.4 Yang Di Pertuan Agung Jawatan ini ditubuhkan mengikut Perlembagaan Persekutuan 1957. Baginda yang dipilih untuk tempoh 5 tahun adalah bagi menjadi Ketua Negara. Dalam Konteks DBRB, dapat dijelaskan dari sumpah jawatan baginda di hadapan Majlis Raja-raja dengan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara seperti:

    Kami Ibni Yang Di Pertuan Agung bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan: Wallahi; Wabillahi; Watallahi; Maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguh dan dengan

    sebenar-benarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-Undang dan Perlembagaan Negeri yang telah disahkan dan dimasyhorkan di masa hadapan ini. Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan sebenarnya memelihara pada setiap masa ugama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri.6 Melihat kepada ikrar dan sumpah jawatan YDPA di atas, baginda bertanggungjawab menjalankan pemerintahan mengikut perlembagaan

    159

  • dan undang-undang. Dalam hal ini perlembagaan menetapkan supaya baginda bertindak mengikut nasihat jemaah Menteri atau Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, baginda berhak mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan negara yang didapati oleh jemaah menteri, atas permintaannya. Yang Di Pertuan Agung, selain daripada menjadi lambang negara juga menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia melalui Majlis Angkatan Tentera. Dalam majlis ini seorang daripada ahlinya mewakili Majlis Raja-raja manakala semua ahli dari pegawai kanan ketenteraan adalah dilantik oleh Baginda.7 Baginda juga diberi kuasa mengampun, reprief dan respit bagi kesalahan berikut:

    (i) Kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera. (ii) Kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan. (iii) Hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syarikah di

    Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

    Dalam hal pengampunan ini, baginda mendapat nasihat daripada Lembaga Pengampunan. Sebagai Raja Berperlembagaan, Yang Di Pertuan Agung juga dibatasi oleh undang-undang yang membolehkan baginda dibicarakan.8 Baginda juga tidak boleh menjalankan perkara-perkara berikut:

    (i) Tidak boleh menjalankan apa-apa kuasa Raja di negeri baginda kecuali: sebagai Ketua Agama Islam. meminda Perlembagaan Negeri. melantik Pemangku Raja atau Ahli Jemaah

    Pemangku Raja. (ii) Tidak boleh secara aktif mengambil bahagian dalam

    perniagaan. (iii) Tidak boleh menerima emolumen dari negeri baginda. (iv) Tanpa persetujuan Majlis Raja-raja, tidak boleh

    meninggalkan negara lebih dari 15 hari kecuali atas lawatan rasmi.

    (v) Permaisuri baginda tidak boleh memegang jawatan Kerajaan.

    (vi) Timbalan baginda tidak boleh membuat semua perkara di atas apabila menjalankan tugas Yang Di Pertuan Agung melebihi 15 hari.

    160

  • 7.2.5 Sejarah Perlantikan Yang Di Pertuan Agung Tidak ada catatan bertulis tentang cara Yang Di Pertuan Agung dipilih. Mengikut aturannya pemilihan dibuat mengikut susunan kekananan Raja-raja mengikut tarikh menaiki takhta. Pada masa itu, kekananan adalah seperti berikut:

    (i) Johor (ii) Pahang (iii) Negeri Sembilan (iv) Selangor (v) Kedah (vi) Perlis (vii) Kelantan (viii) Terengganu (ix) Perak

    Yang berlaku ialah Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad telah dipilih secara undi sulit dan dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agung pada 3 Ogos 1957. Dalam hal ini ada dua kemungkinan. Jika Sultan Johor dan Pahang tidak menarik diri secara sukarela,9 tentu mereka tidak dipilih kerana Majlis Raja-raja memutuskan dengan undi sulit bahawa tidak sesuai memilih mereka atas sebab-sebab tertentu. Yang dimaklumkan kepada umum kemudiannya, kertas undian dimusnahkan di hadapan Raja-raja oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja selepas dikira olehnya bersama dengan Raja yang paling baru menaiki takhta (Sultan Perak). Meskipun cara pemilihan itu penuh dengan rahsia, namun satu proses telah berjalan dengan lancar. Keperluan negara yang berkehendakkan seorang Ketua Negara telah dipenuhi bagi tujuan amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

    SOALAN DALAM TEKS 7.1

    1. Apakah bentuk pemerintahan Kesultanan

    Melayu Tradisi: (a) Pemerintahan Berpusat (b) Demokrasi Berparlimen (c) Raja Berpelembagan (d) Pembahagian Kuasa

    161

  • 2. Apakah jawatan Yang Di Pertuan Agung

    (a) Ketua Kerajaan (b) Ketua Negara (c) Pemerintah Kerajaan (d) Panglima Tentera

    3. Siapakah Perdana Menteri kepada Kerajaan

    Malaysia (a) Ketua Parti (b) Ketua Negara (c) Ketua Kerajaan (d) Ketua Negeri

    4. Berapa ramaikah perwakilan Perunding

    Kemerdekaan di London? (a) 2 orang (b) 4 orang (c) 6 orang (d) 8 orang

    5. Siapakah yang menandatangi Perjanjian

    Persekutuan bagi pihak Tanah Melayu? (a) Raja-raja Melayu (b) Tunku Abdul Rahman Putra (c) Yang Dipertuan Agung (d) Majlis Di Raja

    6. Bilakah Durbar Pertama diadakan dan di mana?

    (a) 1896 di Ipoh (b) 1897 di Kuala Kangsar (c) 1898 di Kuala Lumpur (d) 1899 di Kelang

    7. Berapakah kekerapan persidangan Majlis Raja-

    raja? (a) 1 ke 2 kali (b) 2 ke 3 kali (c) 3 ke 4 kali (d) 4 ke 5 kali

    8. Berapa lamakah tempoh perkhidmatan

    Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu? (a) Sehingga umur 55 tahun (b) Sehingga umur 65 tahun

    162

  • (c) Selagi ada hayat (d) Selagi diperkenan Majlis

    9. Apakah ikrar dan sumpah jawatan Yang Di

    Pertuan Agung? 10. Apakah langkah-langkah peraturan terhadap

    Yang Di Pertuan Agung?

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    7.2.6 Kesimpulan Latar Belakang Perkembangan Malaysia adalah sebuah negara bertuah. Setelah terjajah dalam tempoh yang agak lama, ia masih dapat meneruskan tradisi pemerintahan walaupun banyak pengubahsuaian. Selain daripada itu, Malaysia (dulu dikenali sebagai Tanah Melayu) dapat menetapkan sendiri tarikh kemerdekaan. Inilah antara kelebihan memperolehi kemerdekaan melalui perundingan. Hasil daripada perundingan tersebut, bukan sahaja kemerdekaan yang diperolehi malah sistem lama juga dapat dikekalkan termasuk empat perkara yang dianggap milik Melayu sebelum ini telah diperlembagakan. Pemilihan corak pemerintahan DBRB telah mencerminkan satu penerimaan bersama rakyat dan Raja-raja untuk memerintah negara ini. Sekali lagi identiti dapat diteruskan: Melayu dan Raja. Ada Melayu ada Rajanya.10 7.3 PENGEKALAN SISTEM MONARKI Malaysia merupakan sebuah daripada negara di dunia yang masih mengekalkan Sistem Monarki atau Sistem Beraja. Raja atau Sultan masih mendapat tempat dan mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hierarki pemerintahan. Ini kerana Sistem Beraja yang kita amalkan merupakan unsur terpenting dalam pemerintahan negara kita yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.11 7.4 SEBAB SISTEM INI MASIH KEKAL Banyak sebab yang menjadikan Sistem Beraja terus kekal di negara kita. Antaranya:

    163

  • 7.4.1 Sifat Nasionalisme Melayu Dalam usaha mencapai kemerdekaan daripada penjajahan, bentuk nasionalisme Melayu adalah bercorak lembut. Golongan sederhana ialah golongan yang paling banyak mendapat tempat dan dokongan daripada rakyat. Hal ini ada kaitannya dengan pemimpin nasionalis yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan bangsawan dan juga berketurunan pembesar. Mereka yang dididik oleh Inggeris untuk menjadi pegawai tetap tidak melupakan asal-usul dan rakyat yang mengharapkan kepimpinan mereka. Sebab itulah itu mereka mendapat dokongan rakyat.12 Selain itu, sifat dan hubungan antara Raja dengan rakyat juga tidak terputus. Meskipun Sultan dan pembesar hanya wujud dalam majlis-majlis perayaan sahaja tetapi mereka tidak pernah membataskan hubungan. Sultan sering memainkan peranan dalam suasana senang atau susahnya rakyat. Misalnya pada zaman penjajahan Jepun, Sultan tidak melarikan diri mengikut Inggeris dan juga tidak mengikut lenggok Jepun. Apabila ada hari perayaan atau kebesaran, Sultan membuka istana untuk dikunjungi rakyat. Sultan juga menyediakan masa dan program untuk membuat lawatan demi lawatan. Dalam lawatan ke daerah, mukim atau kampung akan adalah majlis makan bersama, majlis berburu binatang di hutan, majlis berikan (merelap) di sungai dan seumpamanya bagi membolehkan hubungan antara pemerintah dengan rakyat tidak terputus. Keadaan inilah yang menjadikan Sultan-Sultan di negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu tidak ditolak oleh golongan nasionalis seperti di tempat lain.13 7.4.2 Perakuan Perlembagaan Melalui Pakatan Murni, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengiktiraf kewujudan Sultan dan Sistem Beraja. Ini sejajar dengan hubungkait antara insititusi raja dengan masyarakat yang tidak pernah terpisah. Bersabit dengan itu juga perlembagaan telah mengiktiraf secara bertulis pengekalan Bahasa Melayu dan pengiktirafan terhadap agama Islam yang menjadi identiti kepada Kesultanan Melayu. Dengan pengiktirafan itu, bermakna ada satu penerusan kepada identiti Melayu iaitu perlunya ada Sultan dan Rakyatnya. Dalam masa yang sama juga Sistem Beraja telah menjadi tempat perlindungan kepada masyarakat bukan Melayu. Sultanlah tempat terakhir bagi rakyat mencari keadilan. Dengan ini Sistem Beraja turut diperlukan oleh semua rakyat berbilang bangsa.14

    164

  • 7.4.3 Kedudukan Raja-raja dan Institusinya Institusi beraja ialah satu institusi yang telah lama wujud malah ia tidak pernah terputus sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pihak penjajah terpaksa mengekalkan institusi ini kerana rakyat di negara ini sendiri menerima dan berkehendakkan demikian. Jadi tidak ada sebab bagi Inggeris untuk menghapuskan sistem ini. Walaupun ada usaha yang dibuat untuk menghapuskannya namun akibat daripada tindak balas rakyat, penjajah terpaksa akur dengan tuntutan mereka.15 Sistem Beraja masih lagi diperlukan kerana ia menjadi simbol dan lambang kepada negara. Rakyat di negara ini tidak mudah untuk mengetepikan begitu sahaja sistem yang telah ada berasaskan kepada pengajaran yang diperolehi dari negara-negara yang telah membuang raja mereka. Satu lagi perkara yang sering dilupakan dalam pengekalan Sistem Beraja dalam pemerintahan kita ialah faktor penjajah itu sendiri. Ini kerana kita dinaungi oleh Inggeris yang mempunyai raja-raja Inggeris sendiri yang diiktiraf oleh negara lain di tempat Inggeris pernah bertapak seperti Australia, New Zealand dan sebagainya. Raja Inggeris pula mengiktiraf kewujudan Kesultanan Melayu dan mereka, yakni raja-raja Melayu, sering diundang untuk melakukan lawatan ke England bagi merapatkan lagi hubungan. Faktor pemerintahan yang sama menjadikan Sistem Beraja turut kekal.16

    7.5 KEPENTINGAN SISTEM BERAJA Sejajar dengan amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan serta Raja-raja yang menjadi simbol dan lambang negara, maka Sistem Beraja di negara kita menjadi pelengkap kepada sistem pemerintahan. Kuasa yang ada pada Sultan ialah kuasa yang didukung oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang diberi oleh rakyat melalui pilihanraya. Ini bermakna tindak-tanduk atau kuasa yang ada pada sultan perlu mendapat dan mematuhi nasihat daripada kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Namun begitu, sultan masih lagi mempunyai kuasa yang dinamakan Kuasa Budi Bicara ke atas perkara-perkara berikut:

    (i) Tidak memperkenankan pembubaran Parlimen atau DUN yang belum cukup tempoh dan pada pandangan baginda lebih merugikan kepentingan rakyat terbanyak.

    (ii) Tidak memperkenankan perlantikan Perdana Menteri atau Menteri Besar yang pada pandangan baginda boleh meminta kerajaan yang bakal ditubuhkan memilih calon lain yang mendapat sokongan untuk disahkan jawatan.

    165

  • Selain daripada dua perkara di atas, kerajaan juga perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-raja, yang semua Sultan dan raja adalah merupakan ahlinya, jika mahu menyentuh perkara-perkara berikut:

    (i) Taraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. (ii) Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera. (iii) Hak kewarganegaraan. (iv) Kedudukan institusi Raja-raja itu sendiri.

    7.6 KESIMPULAN Daripada gambaran yang diberi di atas, ternyatalah sistem politik bagi Kesultanan Melayu dapat bertahan sehingga kini. Walaupun menerima perubahan dan penyesuaian ia tetap dikekalkan.17 Ini sejajar dengan sifat Melayu itu yang sentiasa berkembang tetapi tidak pernah melupakan asal-usulnya. Melayu terus unggul dengan penerusan identitinya.

    SOALAN DALAM TEKS 7.2

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan sifat

    nasionalisme Melayu? 2. Bilakah Raja-raja melakukan ke daerah-daerah

    (a) Sempena hari Kebesaran (b) Sempena hari Kemangkatan (c) Sempena hari raya (d) Sempena hari Kebangsaan

    3. Apakah nama lain bagi berikan

    (a) Merawai (b) Merelap (c) Memancing (d) Mengayan

    4. Apakah Kuasa Budi Bicara Sultan?

    i. Menghalang pembubaran Parlimen atau DUN

    ii. Tidak menyetujui perlantikan Perdana Menteri atau Menteri Besar

    iii. Menghadirkan diri dalam Parlimen iv. Melakukan lawatan negara ke seluruh

    dunia

    166

  • (a) i dan ii (b) i, ii dan iii (c) ii, iii dan iv (d) iii dan iv

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

    SDT 7.1

    1. D 2. A 3. C 4. B 5. A 6. B 7. C 8. D 9. Ikrar dan sumpah jawatan Yang Di Pertuan Agong adalah

    bertanggungjawab dalam menjalankan pemerintahan mengikut perlembagaan dan undang-undang. Dalam hal ini perlembagaan menetapkan supaya baginda bertindak mengikut nasihat jemaah Menteri atau Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, baginda berhak mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan negara yang didapati oleh jemaah menteri, atas permintaannya.

    10. Langkah-langkah peraturan terhadap Yang Di Pertuan Agong ialah

    baginda: (i) Tidak boleh menjalankan apa-apa kuasa Raja di negeri

    baginda kecuali: sebagai Ketua Agama Islam. meminda Perlembagaan Negeri. melantik Pemangku Raja atau Ahli Jemaah

    Pemangku Raja.

    167

  • 168

    (ii) Tidak boleh secara aktif mengambil bahagian dalam perniagaan.

    (iii) Tidak boleh menerima emolumen dari negeri baginda. (iv) Tanpa persetujuan Majlis Raja-raja, tidak boleh

    meninggalkan negara lebih dari 15 hari kecuali atas lawatan rasmi.

    (v) Permaisuri baginda tidak boleh memegang jawatan Kerajaan.

    SDT 7.2

    1. Yang dimaksudkan dengan sifat nasionalisme Melayu adalah

    walaupun dalam usaha mencapai kemerdekaan daripada penjajahan, bentuk nasionalisme Melayu adalah bercorak lembut. Golongan sederhana ialah golongan yang paling banyak mendapat tempat dan dokongan daripada rakyat. Hal ini ada kaitannya dengan pemimpin nasionalis yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan bangsawan dan juga berketurunan pembesar. Mereka yang dididik oleh Inggeris untuk menjadi pegawai tetap tidak melupakan asal-usul dan rakyat yang mengharapkan kepimpinan mereka. Sebab itulah itu mereka mendapat dokongan rakyat.

    Selain itu, sifat dan hubungan antara Raja dengan rakyat juga tidak terputus. Meskipun Sultan dan pembesar hanya wujud dalam majlis-majlis perayaan sahaja tetapi mereka tidak pernah membataskan hubungan. Sultan sering memainkan peranan dalam suasana senang atau susahnya rakyat. Misalnya pada zaman penjajahan Jepun, Sultan tidak melarikan diri mengikut Inggeris dan juga tidak mengikut lenggok Jepun.

    Apabila ada hari perayaan atau kebesaran, Sultan membuka istana untuk dikunjungi rakyat. Sultan juga menyediakan masa dan program untuk membuat lawatan demi lawatan. Dalam lawatan ke daerah, mukim atau kampung akan adalah majlis makan bersama, majlis berburu binatang di hutan, majlis berikan (merelap) di sungai dan seumpamanya bagi membolehkan hubungan antara pemerintah dengan rakyat tidak terputus. Keadaan inilah yang menjadikan Sultan-Sultan di negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu tidak ditolak oleh golongan nasionalis seperti di tempat lain.

    2. A 3. B 4. A

    BAB 77.1 PENGENALAN7.2 LATAR BELAKANG PERKEMBANGAN7.2.1 Latar Belakang Awal DBRB7.2.2 Pelaksanaan Demokrasi DBRB7.2.3 Majlis Raja-Raja 7.2.4 Yang Di Pertuan Agung7.2.5 Sejarah Perlantikan Yang Di Pertuan Agung

    SOALAN DALAM TEKS 7.17.2.6 Kesimpulan Latar Belakang Perkembangan7.4.2 Perakuan Perlembagaan7.4.3 Kedudukan Raja-raja dan Institusinya 7.5 KEPENTINGAN SISTEM BERAJA7.6 KESIMPULANSOALAN DALAM TEKS 7.2