studynotes - PSLE Malay...PSLE Foundation Malay Notes Buku A Peribahasa 1. Perlu ingat dan memahami...

2
PSLE Foundation Malay Notes Buku A Peribahasa 1. Perlu ingat dan memahami semua makna peribahasa dari senarai yang diberikan, dari Darjah 3 hingga Darjah 6. 2. Baca petikan dengan teliti dan fahami konteksnya. 3. Pilih peribahasa atau makna yang paling sesuai dengan konteks ayat dalam petikan. Imbuhan 1. Baca teks tanpa menghiraukan jawapan dahulu 2. Fahamkan teks yang dibaca. 3. Pastikan jalan cerita dapat difahami, baca sekali lagi sekiranya tidak faham. 4. Baca keseluruhan teks untuk mengisi jawapan. 5. Apabila semua jawapan sudah diisi, baca sekali lagi keseluruhan teks untuk memastikan jawapan yang diisi sesuai. 6. Mengecam bentuk-bentuk imbuhan dengan golongan kata. .Imbuhan Kata Nama .Imbuhan Kata Kerja .Imbukan Kata Adjektif Golongan Kata 1. Baca petikan dengan teliti. 2. Baca semua perkataan-perkataan yang diberikan untuk mengisi tempat-tempat kosong dalam petikan. 3. Cuba fahami makna setiap perkataan. 4. Pilih perkataan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong. 5. Baca sekali lagi dengan teliti untuk memastikan pilihan kata kerja, kata nama, kata adjektif dan kata tugas sesuai dan tepat untuk mengisi tempat kosong. 6. Cari kata-kata kunci dalam teks yang boleh membantu untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Transcript of studynotes - PSLE Malay...PSLE Foundation Malay Notes Buku A Peribahasa 1. Perlu ingat dan memahami...

Page 1: studynotes - PSLE Malay...PSLE Foundation Malay Notes Buku A Peribahasa 1. Perlu ingat dan memahami semua makna peribahasa dari senarai yang diberikan, dari Darjah 3 hingga Darjah

PSLE Foundation Malay Notes

BukuA

Peribahasa1. Perlu ingat dan memahami semua makna peribahasa dari senarai yang diberikan, dari Darjah 3 hingga Darjah 6.

2. Baca petikan dengan teliti dan fahami konteksnya.

3. Pilih peribahasa atau makna yang paling sesuai dengan konteks ayat dalam petikan.

Imbuhan1. Baca teks tanpa menghiraukan jawapan dahulu2. Fahamkan teks yang dibaca.3. Pastikan jalan cerita dapat difahami, baca sekali lagi sekiranya tidak faham.4. Baca keseluruhan teks untuk mengisi jawapan.5. Apabila semua jawapan sudah diisi, baca sekali lagi keseluruhan teks untuk memastikan jawapan yang diisi sesuai.6. Mengecam bentuk-bentuk imbuhan dengan golongan kata. .Imbuhan Kata Nama .Imbuhan Kata Kerja .Imbukan Kata Adjektif

Golongan Kata1. Baca petikan dengan teliti.2. Baca semua perkataan-perkataan yang diberikan untuk mengisi tempat-tempat kosong dalam petikan.3. Cuba fahami makna setiap perkataan.4. Pilih perkataan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong.5. Baca sekali lagi dengan teliti untuk memastikan pilihan kata kerja, kata nama, kata adjektif dan kata tugas sesuai dan tepat untuk mengisi tempat kosong.6. Cari kata-kata kunci dalam teks yang boleh membantu untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Page 2: studynotes - PSLE Malay...PSLE Foundation Malay Notes Buku A Peribahasa 1. Perlu ingat dan memahami semua makna peribahasa dari senarai yang diberikan, dari Darjah 3 hingga Darjah

PSLE Foundation Malay Notes

BukuB

Frasa1. Baca keseluruhan dialog tanpa menghiraukan jawapan dahulu. 2. Kenal pasti bahagian dialog yang memberi pembayang untuk jawapan. 3. Isikan ruang kosong dengan jawapan yang dipilih.4. Baca sekali lagi teks beserta jawapan untuk memastikan jawapan sesuai dengan jalan cerita yang dibaca.

Kefahaman 1/21. Baca teks dan fahami. Gunakan kaedah berikut untuk memahami teks: . Teks kepada diri sendiri: Kaitkan teks dengan pengalaman sendiri . Teks dengan teks yang pernah dibaca: Kaitkan teks yang pernah dibaca yang mengandungi konteks yang hampir sama . Teks dengan konteks masyarakat dan dunia: Kaitkan teks dengan sesuatu yang pernah terjadi di konteks masyarakat dan juga dunia.2. Baca soalan dan kenal pasti bahagian teks untuk menjawab soalan. Serlahkan kata-kata kunci di dalam teks dan juga soalan. 3. Susun isi-isi teks menggunakan ayat sendiri untuk dijadikan jawapan sendiri. Elakkan ambil keseluruhan teks sepenuhnya dan salin untuk dijawadikan jawapan.4. Lihat marah yang diperuntukkan untuk soalan dan imbang dengan isi jawapan yang perlu diberikan. 5. Baca sekali lagi jawapan yang ditulis dan pastikan tiada kesilapan bahasa atau ejaan.