s.tulisan Jawi TERBARU

28
BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Skrip Jawi atau tulisan Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke Kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam. Skrip ini tergolong dalam keluarga Semitik daripada cabangan Semitik Utara, yang menurunkan keluarga kecil Aramaik dan seterusnya kepada Nabataen dan kepada skrip Arab. Skrip Jawi seperti yang dinyatakan di atas berasal daripada skrip Arab dengan dibuat beberapa penyesuaian dan tambahan. Walaupun ada beberapa batu nisan di Kepulauan Melayu yang tertulis dalam skrip Arab sebelum abad ke-7 H./ ke-13 M yang dijumpai, misalnya di Brunei 440H./ 1048 M, di Leran 1062 M. dan di Aceh 1297 M. dan kepingan wang syiling yang dijumpai di Kelantan (557 H./1161M.), namun mengikut pendapat kebanyakan pengkaji, skrip Arab mula diadaptasikan sebagai skrip untuk mengeja bahasa Melayu dibuat sesudah abad ke-7H./ke-13M. Buktinya yang pertama, menurut pengkaji- pengkaji seperti Fatimi (1963:50),S.M.N. al Attas (1988:1) yang jelas menunjukkan penggunaan skrip Arab untuk mengeja

description

tugasan jawi

Transcript of s.tulisan Jawi TERBARU

Page 1: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Skrip Jawi atau tulisan Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke

Kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam. Skrip ini tergolong

dalam keluarga Semitik daripada cabangan Semitik Utara, yang menurunkan keluarga

kecil Aramaik dan seterusnya kepada Nabataen dan kepada skrip Arab.

Skrip Jawi seperti yang dinyatakan di atas berasal daripada skrip Arab dengan

dibuat beberapa penyesuaian dan tambahan. Walaupun ada beberapa batu nisan di

Kepulauan Melayu yang tertulis dalam skrip Arab sebelum abad ke-7 H./ ke-13 M yang

dijumpai, misalnya di Brunei 440H./ 1048 M, di Leran 1062 M. dan di Aceh 1297 M. dan

kepingan wang syiling yang dijumpai di Kelantan (557 H./1161M.), namun mengikut

pendapat kebanyakan pengkaji, skrip Arab mula diadaptasikan sebagai skrip untuk

mengeja bahasa Melayu dibuat sesudah abad ke-7H./ke-13M. Buktinya yang pertama,

menurut pengkaji-pengkaji seperti Fatimi (1963:50),S.M.N. al Attas (1988:1) yang jelas

menunjukkan penggunaan skrip Arab untuk mengeja teks berbahasa Melayu yang

terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 H./1303M.

Kajian telah banyak dilakukan tentang perkembangan tulisan Jawi di Kepulauan

Melayu sama ada yang dijalan oleh orang Barat mahupun oleh penduduk tempatan

sendiri. Dalam kajian ini penulis akan mengetengahkan kajian yang dilakukan oleh tokoh

Melayu yang memperkatakan sistem tulisan Jawi ini. Tokoh Melayu yang mula-mula

menganalisis sistem ejaan tulisan Jawi dengan bersungguh-sungguh dari segi prinsip dan

segala permasalahannya ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dalam

(1)

Page 2: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

tulisannya yang bertajuk “Jawi Spelling” (JMBRAS, vol.1V, 1928, him.80-104). Beliau

telah memperkatakan tulisan Jawi dari segi sebab-sebab timbulnya ketidakseragaman

ejaan, sistem pemvokalan dalam Jawi, sistem ejaan dalam suku kata terbuka dan tertutup,

kepanjangan, tekanan dan intonasi, perkembangan penggunaan abjad “ ,

penggunaan abjad-abjad “ ” dan penyebutan serta pengejaan bunyi “ a ” pada akhir

kata. Za’ba juga menerbitkan buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi pada tahun 1949 dan

Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1940).

Usaha untuk memantapkan sistem tulisan Jawi ini diteruskan lagi iaitu pada

tahun 1983, melalui daya usaha Dewan Bahasa dan Pustaka, Awang Mohamad Amin,

telah membuat penyelidikan tentang tulisan Jawi yang berjudul “Satu Kajian Terhadap

Kaedah Ejaan Jawi Za’ba” dengan tujuan”… unyuk mencari data tentang ejaan Jawi

bahasa Melayu dengan harapan bahawa data itu akan digunakan sebagai asas untuk

menyempurnakan ejaan tersebut. Satu bengkel telah diadakan untuk menyemak sistem

tulisan Jawi pada bulan Februari 1983 dan satu Jawatankuasa ejaan Jawi Dewan Bahasa

dan Pustaka, telah dibentuk untuk menyemak sistem tulisan yang ada pada masa itu

(khususnya sistem tulisan Jawi Za’ba) dan memperkemaskannya.

Sistem ejaan itu dibengkelkan dalam konvensyen kebangsaan tulisa Jawi di

Terengganu pada bulan April, 1994. sistem ejaan itu telah diterima oleh konvensyen, dan

sebagai natijahnya, pada tahun 1986, diterbitkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang

Disempurnakan (PEJYD) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Bengkel tersebut telah

dipengerusikan oleh Haji Hamdan bin Haji Abdul Rahman.

(2)

Page 3: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

Buku ini mengandungi tiga bab, iatu tentang pengenalan abjad dan huruf, bentuk

huruf dan cara penulisan dan kaedah mengeja Jawi.

1.2 Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang dijalankan oleh penulis untuk menyiapkan kajian ini ialah

kaedah perpustakaan iaitu dengan merujuk buku-buku yang berkaitan yang terdapat di

perpustakaan selain merujuk halaman sesawang tertentu.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyingkap sedikit sebanyak asal usul

tulisan Jawi dan juga melihat sejauh mana perkembangan tulisan iaitu dengan melihat

bentuk-bentuk huruf Jawi, jenis-jenis ejaan Jawi, kaedah mengeja dan menulis Jawi kata

dasar bahasa Melayu, kata-kata pinjaman, dan kata berimbuhan .

1.4 Batasan Kajian

Penulis akan membataskan kajian terhadap Sejarah Kemunculan Skrip dan Istilah

Jawi dan mengkaji tentang Sistem Ejaan Jawi pada Kitab Pemimpin Johor iaitu dengan

melihat huruf-huruf terpakai yang tedapat dalam kitab tersebut di samping melihat

penggunaan huruf saksi yang terdapat dalam kitab ini.Penulis juga akan menerangkan

peraturan-peraturan ejaan Jawi yang dianjurkan dalam buku ini.

(3)

Page 4: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

2.0 SEJARAH KEMUNCULAN SKRIP JAWI DAN ISTILAH JAWI

Sebagaimana yang diketahui skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang dibuat

beberapa penyesuaian dan tambahan. Walaupun ada beberapa batu nisan di Kepulauan

Melayu yang tertulis dalam skrip Arab sebelum abad ke-7H./ ke-13M. Yang dijumpai ,

misalnya di Brunei 440H./1048M. Di Leran 1062M. dan di Aceh 1297M. Dan kepingan

wang syiling yang dijumpai di Kelantan (557H./1161M.) namun mengikut pendapat

kebanyakan pengkaji, skrip Arab mula diadaptasikan sebagai skrip untuk mengeja bahasa

Melayu dibuat sesudah abad ke-7H./ke-13M. (lihat Russels jones,1983:125). Buktinya

yang pertama, menurut pengkaji-pengkaji (misalnya Fatimi (1963:50),S.M.N.al Attas

(1988:1) yang jelas menunjukkan penggunaan skrip arab untuk mengeja teks berbahasa

Melayu terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H./1303M.

Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu dikenali dengan nama skrip

Jawi. Mengikut Omar Awang (1985:190) tidak diketahui siapakah yang memberikan

nama Jawi kepada skrip itu, namun beliau memetik keterangan dalam kamus

R.J.Wilkinson (1959:452), perkataan Jawi dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok

Jawi-Jawi atau jejawi dan juga beras Jawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga

dengan makna lembu atau kerbau dalam bahasa Minangkabau.

Omar Awang (ibid) seterusnya menegaskan , kemungkinan perkataan Jawi

berasal daripada perkataan Arab al-Jawah. Kata tersebut pernah digunakan dalam catatan

Arab yang tertulis sebelum pertengahan abad ke-14M. untuk menamakan Pulau Sumatera

(4)

Page 5: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

(misalnya Yaqut, dalam Mu’jam al-Buldan, Abu al-Fida’ dalam Taqwim al-Buldan dan

ibn. Batutah dalam Rihlat Ibn Batutah (petikan Omar Awang, ibid.) Fakta ini

menunjukkan satu kemungkinan yang kuat bahawa skrip Jawi itu dinamakan oleh orang

Arab untuk merujuk skrip ejaan Jawi yang digunakan oleh orang Sumatera, iaitu

penduduk al- Jawah yang beragama Islam dan menggunakan bahasa Melayu.

W.Marsden (1812:XV) pernah menyebut bahawa nama Jawi juga menjadi tanda

tanya kepada G.H.Werndly (iaitu ketua penterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu

pada tahun 1731-33M. Dan penyusun sebuah tatabahasa Melayu pada tahun 1736M.)

tentang asal usulnya.G.H.Werndly telah membuat kesimpulan bahawa Jawi boleh

dikaitkan dengan perkataan Jawa yang disebut oleh Marco Polo sebagai nama lama bagi

Pulau Sumatera. Marsden juga menyebut tentang keterangan yang dibuat Raffles

berkaitan dengan nama Jawi. Menurut Raffles, perkataan Jawi bagi orang Melayu yang

bermaksud ”kacukan” ( mixed or crossed), seperti dalam ungkapaan anak Jawi,iaitu

kacukan daripada bapa Keling dan ibu Melayu (dengan demikian timbullah istilah Jawi

Peranakan); oleh itu bahasa Jawi ialah bahasa Melayu yang ditulis dalam skrip Arab.

Wilkinson (op.cit.) pula berpendapaat bahawa Jawi itu bermakna Melayu,

misalnya dalam ungkapan ”Jawikannya” yang bermaksud ”terjemahkan ke dalam bahasa

Melayu (tentunya dalam tulisan )”, atau seperti yang disebut dalam Kitab Seribu

Masalah, iaitu”(kitab) ... yang daripada bahasa Parsi... dipindahkan kepada bahasa

Jawi(Melayu) dari Palembang...pada tahun 1273 H...”. Nampaknya penggunaan istilah

(5)

Page 6: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

Jawi dengan makna ”Melayu” adalah sebagai lawan kepada istilah Arab/Parsi, iaitu

tulisan Jawi lawan tulisan Arab/Parsi, bahasa Jawi lawan bahasa Arab/Parsi, bangsa Jawi

lawan bangsa Arab/Parsi/Turki.

2.1 Sejarah Kajian Tulisan Jawi

Banyak kajian telah dilakukan tentang perkembangan sistem tulisan Jawi di

Kepulauan Melayu yang dijalankan oleh orang Barat. Mereka berbuat demikian kerana

tugas atau ada kaitan dengan keperluan pentadbiran, perniagaan dan agama Kristian. Ada

juga yang melakukannya disebabkan oleh kecenderungan kesarjanaan mereka, iaitu

sebagai pembawaan daripada tradisi pengajian yang dialami mereka di Universiti

Cambridge, Oxford, Laiden dan lain-lain.

Shellabear yang menulis artikel tentang perkembangan ejaan Melayu(Jawi) pada

tahun 1901 ( the Evolution of Malay Spelling, JMBRAS, 1901,Vol.36:75-135), telah

menyebut dan memberi ulasan terhadap beberapa orang pengkaji Barat yang telah

menyelidiki bahasa Melayu, termasuk ejaannya (Jawi). Antaranya ialah van

Rongkel(pada hlm.76),van Elbinck (pada hlm 81), Robinson(pada hlm.83),Gerth v.Wijk

(pada hlm .84), Werndly (pada hlm.88),van der Wall(pada hlm.87), Cohen Stuart (pada

hlm.92), de hollander (pada hlm.95), van der tuuk (pada hlm.98, nota kaki), Pijnappal

(pada hlm.103),Klinkert (pada hlm.103), dan Wilkinson (pada hlm.103) dan Shellabear

(ibid : 77).

(6)

Page 7: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

Mereka ini telah menyuarakan rasa kagumnya kerana keseragaman ejaan Jawi

yang terkandung dalam manuskrip-manuskrip sebelum kurun ke-17 masihi yang tertulis

di seluruh pelosok Kepulauan Melayu dari Aceh ke Sulawesi. Beliau telah memberi dua

sebab tentang hal itu. Pertama, kemahiran menulis pada masa itu, hanya dikuasai oleh

beberapa orang tukang tulis. Mereka ini tentu sekali terlatih dalam kaedah penulisan dan

dengan itu dapat menjaga keseragamannya. Kedua, teks pada masa itu kebanyakannya

terdiri daripada dokumen-dokumen rasmi tentang agama dan kerajaan, yang ditulis oleh

mereka yan terpelajar sahaja. Namun satu hakikat yang tidak dapat dinafikan mengiut

Shellabear (ibid :77) ialah wujudnya satu piawai dalam tulisan Jawi.

Satu perkara yang sangat menarik yang dinyatakan oleh Shellabear (ibid :77-78)

ialah oarang Melayu menerima sistem tulisan Jawi ini secara langsung daripada orang

arab, dan orang Arablah yang mula-mula menggunakan sistem tulisan Arab untuk

menulis bahasa Melayu yang seterusnya terkenal dengan nama tulisan Jawi itu.

Jika kita lihat tokoh Melayu yang mula-mula menganalisi sistem ejaan Jawi

dengan bersungguh-sungguh dari segi prinsip dan segala permasalahannya ialah Zainal

Abidin bin Ahmad (Za’ba) dalam tulisannya yang bertajuk ”Jawi

Spelling”(JMBRAS,vol.IV,1928,hlm.80-104). Beliau telah memperkatakan tulisan Jawi

dari segi sebab-sebab timbulnya ketidakseragaman ejaan, sistem pemvokalan dalam Jawi,

sistem ejaan dalam suku kata terbuka dan tertutup, kepaanjangan, tekanan dan intonasi,

perkembangan penggunaan abjad ” ”, penggunaan abjad-abjad ” , ” dan

(7)

Page 8: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

penyebutan serta pengejaan bunyi a pada akhir kata. Za’ba seterusnya menerbitkan buku

Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi pada tahun 1949. Beliau juga telah membincaangkan

kaedah ejaan Jawi dan Rumi dalam buku nahunya yang termasyhur, iaitu Pelita Bahasa

Melayu Penggal 1( 1940 ).

Dua orang tokoh Melayu lagi yang pernah memperkatakan ejaan Jawi ialah Raja

Haji Muhammad Tahir bin almarhum Murshid Riau yang termuat di dalam bukunya

Rencana Melayu (1928). Dalam buku tersebut beliau mengatakan ”... peri menyatakan

tulisan Melayu...yang mengandungi juga ringkasan huruf, barisan huruf yang dirangka,

hamzah pada tulisan, hamzah dibantahi oleh dan dan segala huruf telor”. Seorang

lagi Mejar Datuk Haji Muhammad Said Sulaiman yang telah menulis buku Buku Katan

(1936) dan Panduan Bagi Ejaan PBmPB (1936).

Kajian terhadap tulisan Jawi ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Dalam tahun

1972, Raja Mukhtaruddin Dain, telah mengesyorkan satu sistem pemvokalan ejaan Jawi

melalui penggunaan tanda-tanda baris sepenuhnya dengan mengenepikan penggunaan

abjad ” , , ,” untuk menandakan bunyi vokal (Raja Mukhtaruddin Dain,1972:309-

312). Beliau mengesyorkan tanda baris di atas melambangkan vokal a, tanda baris di

bawah melambangkan vokal i, tanda baris di hadapan melambangkan tanda u, tanda ” ` ”

melambangkan vokal o, tanda ”,” untuk vokal pepet dan tanpa tanda baris untuk vokal e

taling.

(8)

Page 9: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

Pada tahun 1983, melalui daya usaha Dewan Bahasa dan Pustaka, Awang

Mohamad Amin, telah membuat penyelidikan tentang tulisan Jawi yang berjudul ”Satu

Kajian Terhadap Kaedah Ejaan Jawi Za’ba” dengan tujuan... untuk mencari data tentang

ejaan Jawi bahasa Melayu denga harapan bahawa data itu akan digunakan sebagai asas

untuk menyempurnakan ejaan tersebut, iaitu sebelum diajarkan kepada pelajar-pelajar

khasnya dan orang ramai amnya”. Hasil kajian itu telah dibahaskan oleh Raja

Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain dalam artikelnya ”Laporan Tentang Satu Kajian

Kaedah Ejaan Melayu Za’ba yang dibuat oleh Tuan Awang Mohd Amin ” dan Haji

Hamdan bin Haji Abdul Rahman dalam artikelnya ”Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu

Bagi Memenuhi Keperluan Masa Depan” dalam satu bengkel yang diadakan di Dewan

Bahasa dan Pustaka pada bulan Februari 1983. Sebagai kesan daripada perbincangan

dalam bengkel itu, satu jawatankuasa dibentuk untuk menyemak sistem tulisan yang ada

pada masa itu (khususnya sistem tulisan Jawi Za’ba) dan memperkemaskannya.

Hakikat ini ditegaskan oleh Pengerusinya Haji Hamdan bin Haji Abdul Rahman,

iaitu tugas Jawatankuasa itu”..... mengekalkan yang sudah kemas, melengkapkan yang

kurang, mengadakan yang tiada, menjelaskan yang kabur dan mengemaskan yang

longgar...(jadi) yang (akan) dihasilkan hanyalah sistem ejaan Jawi Za’ba yang

diperkemaskan dan dinyatakan semula dengan perkataan baru” (Haji Hamdan Haji Abdul

Rahman, 1984:1)

(9)

Page 10: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

Sistem ejaan itu dibengkelkan dalam Konvensyen Kebangsaan tulisan Jawi di

Terengganu pada bulan april , 1994. Sistem ejaan itu diterima oleh Konvensyen, dan

sebagai natijahnya , pada tahun 1986, diterbitkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang

Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini mengandungi tiga bab, iaitu

tentang pengenalan abjad dan huruf, bentuk huruf dan cara penulisan dan kaedah

mengeja Jawi.

Pada tahun 1988 pula Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan pula buku

Daftar Ejaan Jawi –Rumi yang memuatkan”... perbendaharaan kata dasar umum bahasa

Malaysia , termasuklah kata pinjaman umum daripada bahasa asing seperti bahasa Arab,

bahasa Inggeris dan lain-lain. Kata-kata ini disusun menurut abjad Rumi dan padanan

Jawi yang digunakan berdasarkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan.

3.0 KAJIAN TERHADAP SISTEM EJAAN JAWI PADA KITAB PEMIMPIN

JOHOR

Kitab Pemimpin Johor ini telah dikarang oleh Muhammad Ibrahim bin Haji

Abdullah Munsyi dan dicetak pada tahun 1878 M. Di Singapura. Buku ini sebenarnya

merupakan sebuah buku panduan tulis-menulis dalam bahasa Melayu yang menyambung

dan memperbaharui kitab Bustan al- Katibin (Taman Juru Tulis) karya Raja Ali Haji.

Buku ini turut menyentuh sedikit tentang huruf dan bunyi bahasa dan seterusnya

mengemukakan sistem ejaan Jawi secara teratur dan tanda bacaan/karangan serta

”simpulan perkataan dalam ilmu ” karang-mengarang.

(10)

Page 11: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

3.1 Huruf Saksi(vokal)

Abjad Jawi yang disenaraikan terdiri daripada 22 abjad yang dinamakan ”huruf-

huruf yang terpakai dalam bahasa Melayu”. Abjad-abjad yang dimaksudkan itu ialah :

Tiga abjad, iaitu , , dinamakan huruf saksi (abjad vokal) manakala yang lain

dinamakan sebagai huruf benar. Abjad (lam alif) dinamakan huruf jadi dan huruf

abjad (hamzah) dinamakan tanda iaitu :

i) Pengganti (alif) pada tengah kata. Misalnya:

seorang iaitu

ii) Pengganti abjad (qaf) pada akhir kata. Misalnya:

buruk tengkok

bengkok

Selain itu diterangkan juga penggunaan huruf saksi seperti berikut:

i) Huruf saksi (abjad vokal) digunakan untuk sebutan yang

panjang,misalnya:

untuk alif: kata jalan

untuk wau: buku kuku

untuk ya isi diri

(11)

Page 12: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

ii) Huruf saksi (alif) ada dua jenis, iaitu:

a. alif ma’ruf untuk bunyi / / (e pepet). Misalnya:

tiba pinta

b. alif majhul untuk bunyi /a/. Misalnya:

tangan dapat

iii) Huruf saksi , (wau) juga mempunyai dua jenis, iaitu:

a. wau ma’ruf untuk bunyi /u/. Misalnya:

buku

b. wau jahul untuk bunyi /o/. Misalnya:

jodoh

iv) Huruf saksi (ya) juga mempunyai dua jenis, iaitu:

a. ya ma’ruf untuk bunyi /i/.Misalnya:

ibu

b. ya majhul untuk bunyi /e/(e taling). Misalnya:

desa

Selain 22 abjad di atas, ada lima abjad tambahan untuk mengeja bahasa asing,

iaitu: (v), (z) , (ng) , (h) dan (t) Misalnya:

November measure

Ng Goh

water teacher

(12)

Page 13: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

3.2 Kaedah Penggandingan Huruf

Selain itu, dalam kitab ini juga dihuraikan kaedah-kaedah penggandingan huruf,

sifat-sifat huruf Hindi yang dalam bahasa Melayu dan sifat-sifat huruf tanda yang lain,

seperti angka / huruf, tanda kirat, tanda kurungan (paranthesis), petunjuk, garis bawah,

alamat, tanda bunga, noktah, tanda soal, tanda pengebat, bintang, pangkah, nombor,

muka surat, kandungan, pengenalan/pendahuluan dan juga huraian tentang lidah Melayu

telor (dialek) dan ibu perkataan.

Penerapan peraturan-peraturan ejaan Jawi yang dianjurkan oleh buku ini

menampakkan gejala pembaharuan yang lebih jelas, terutama dalam penggunaan abjad-

abjad vokal pada suku kata akhir, terbuka dan pada suku kata tertutup. Namun, bagi kata-

kata yang sudah lazim ejaannya, pemvokalan dengan sistem baris, iaitu tanpa abjad vokal

pada suku kata akhir terbuka dan pada suku kata tertutup, dikekalkan. Sistem pemvokalan

demikian adalah seperti yang berikut:

3.2.1 Peraturan – peraturan ejaan Jawi

3.2.1.1 Penggunaan abjad vokal pada suku kata terbuka pertama dan tengah kata

tanpa abjad vokal pada suku kata akhir terbuka. Misalnya:

lama berapa

serta pertama

pula ada

percaya nescaya

bahasa utama

(13)

Page 14: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

suara rongga

guna kuasa

juga kata

kita itu

iaitu ketika

tiada apabila

daripada sesuatu

3.2.1.2 Penggunaan abjad vokal pada suku kata akhir terbuka. Misalnya:

bahawa lalu

dahulu sedia

tetapi kedua

Duli Yang Maha Mulia

istimewa usaha

bagi baharu

jadi hina

bangsa bunyi

Melayu sendiri

begini begitu

isi pancaindera

belanga guru

gigi telinga

eja tiba

(14)

Page 15: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

3.2.1.3 Penggunaan abjad vokal pada suku kata tertutup. Misalnya:

pemimpin mengatur

belum puas

mengiring tekun

kecil belum

menuntut pengarang

barang berselisih

masing-masing murid

terbit balik

cabut hasil

tersebut kecik

3.2.1.4 Tanpa penggunaan abjad vokal pada suku kata tertutup. Misalnya:

memungut menimbang

cukup patut

sambil hampir

menyuruh punca

sepenuh mulut

teluk tutur

bibir minum

bintang

(15)

Page 16: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

3.2.1.5 Ada juga beberapa perkataan yang dieja secara anakronistik. Misalnya:

dari sebab sebuah

sahaja sungguhpun

4.0 KESIMPULAN

Sebanyak yang dapat dikesan, sistem ejaan pada akhbar yang telah diterbitkan

sekitar tahun 1880-an umumnya sistem ejaan tersebut banyak menyamai sistem ejaan

yang digunakan dalam Kitab Pemimpin Johor. Ini memberi implikasi bahawa pada

penghujung abad ke-19 M. Terdapat semacam pengekodan dalam sistem tulisan Jawi.

Kegiatan tersebut berpusat di sekitar kawasan-kawasan yang terdapat penubuhan

sekolah-sekolah Melayu, percetakan dan persuratkhabaran Melayu seperti Melaka,

Singapura, Johor dan mungkin juga Pulau Pinang. Kemungkinan hal ini berlaku kerana

dengan tertubuhnya sekolah-sekolah Melayu, maka buku-buku teks untuk kegunaan

sekolah perlu diterbitkan dan satu sistem ejaan Jawi yang baku perlu diterbitkan dan satu

sistem ejaan Jawi yang baku perlu diguna dan diajar kepada murid-murid. Dengan

tersebarnya literasi (celik huruf) , maka sebab itulah bahan-bahan bacaan umum seperti

akhbar dapat diterbitkan.

Kini, Jawi merupakan tulisan bahasa Melayu yang telah diangkat menjadi bahasa

rasmi negara, sudah sewajarnyalah Jawi dipelajari oleh semua lapisan masyarakat kerana

ia adalah warisan rakyat Malaysia.

(16)

Page 17: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

K

(17)

Page 18: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

(18)

Page 19: s.tulisan Jawi TERBARU

BBM 3402 Ejaan Jawi Kitab Pemimpin Johor

(19)