SUB-COMMITTEE REPORT SYARIAH & BAHASA · PDF filedan menambahbaikan sistem Kehakiman Syariah....

3
52 ND ANNUAL GENERAL MEETING 90 SUB-COMMITTEE REPORT SYARIAH & BAHASA MALAYSIA Pengerusi : Nurul Muhaniza Binti Hanafi Ahli Jawatankuasa : Pn. Nadzifah Binti Maarof Pn. Hajjah Kasmani Binti Baharuddin Tn. Haji Zainal Abidin Bin Ishak En. Muhammad Izhar Bin Mohd Salahudin Pn. Wan Nurliza "Jawatankuasa Kecil Bahasa Malaysia dan Syariah telah mengelolakan aktiviti-aktiviti yang berikut untuk faedah bersama ahli-ahli:- 1. Mesyuarat telah diadakan sebanyak 8 kali sepanjang tempoh 2016/2017 bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh Pengamal Undang Undang Syariah dan menambahbaikan sistem Kehakiman Syariah. 2. Cadangan untuk mencepatkan proses perceraian secara yang baik yang telah di ketengahkan oleh pihak kami pada tahun lepas telah diterima dan Mahkamah Syariah Selangor telah mempercepatkan proses pengeluaran Sijil Cerai secara baik (Seksyen 47 Enakmen Undang Undang Keluarga Syariah) di Selangor dalam jangka masa 6 jam daripada tarikh penfailan kes. 3. Pejumpaan dengan Ketua Hakim Yang Amat Arif Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar Pada 31.03.2016, satu Majlis Ziarah dan Temu Mesra antara YAA Ketua Hakim Syarie Selangor Dato’ Dr Hj Mohd Na’im Bin Hj Mokhtar, bersama dengan beberapa orang wakil dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan Jawatankuasa Peguam Selangor telah diadakan di pejabat YAA Ketua Hakim di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Shah Alam. Majlis yang dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Syariah & Bahasa Malaysia Puan Hjh Nurul Muhaniza Binti Hanafi dengan ditemani oleh Hjh Puan Nadzifah Binti Maarof dan Hjh Kasmani Binti Baharuddin bertujuan antaranya, untuk bertukar-tukar pandangan berkaitan dengan isu-isu perundangan semasa dan cadangan penyelesaian seperti perlantikan hakim syarie wanita di negeri Selangor bersesuaian dengan hasrat DYMM Sultan Selangor dalam masa yang terdekat, pertindanan bidangkuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, etika hakim dan peguam, dan cadangan usaha Nurul Muhaniza Bt. Hanafi

Transcript of SUB-COMMITTEE REPORT SYARIAH & BAHASA · PDF filedan menambahbaikan sistem Kehakiman Syariah....

Page 1: SUB-COMMITTEE REPORT SYARIAH & BAHASA · PDF filedan menambahbaikan sistem Kehakiman Syariah. ... Institusi Pengajian Tinggi, Majlis Peguam, Badan Akrediatsi dan NGO. ... 1/25/2017

52ND ANNUAL GENERAL MEETING

90

SUB-COMMITTEE REPORT

SYARIAH & BAHASA MALAYSIA

Pengerusi : Nurul Muhaniza Binti Hanafi

Ahli Jawatankuasa : Pn. Nadzifah Binti Maarof

Pn. Hajjah Kasmani Binti Baharuddin

Tn. Haji Zainal Abidin Bin Ishak

En. Muhammad Izhar Bin Mohd

Salahudin

Pn. Wan Nurliza

"Jawatankuasa Kecil Bahasa Malaysia dan Syariah telah mengelolakan aktiviti-aktiviti

yang berikut untuk faedah bersama ahli-ahli:-

1. Mesyuarat telah diadakan sebanyak 8 kali sepanjang tempoh 2016/2017 bagi

membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh Pengamal Undang Undang Syariah

dan menambahbaikan sistem Kehakiman Syariah.

2. Cadangan untuk mencepatkan proses perceraian secara yang baik yang telah di

ketengahkan oleh pihak kami pada tahun lepas telah diterima dan Mahkamah Syariah

Selangor telah mempercepatkan proses pengeluaran Sijil Cerai secara baik (Seksyen 47

Enakmen Undang Undang Keluarga Syariah) di Selangor dalam jangka masa 6 jam

daripada tarikh penfailan kes.

3. Pejumpaan dengan Ketua Hakim Yang Amat Arif Dr Haji Mohd Na’im bin Haji

Mokhtar Pada 31.03.2016, satu Majlis Ziarah dan Temu Mesra antara YAA Ketua

Hakim Syarie Selangor Dato’ Dr Hj Mohd Na’im Bin Hj Mokhtar, bersama dengan

beberapa orang wakil dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Majlis

Agama Islam Selangor (MAIS), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan

Jawatankuasa Peguam Selangor telah diadakan di pejabat YAA Ketua Hakim di

Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Shah Alam.

Majlis yang dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Syariah & Bahasa Malaysia Puan

Hjh Nurul Muhaniza Binti Hanafi dengan ditemani oleh Hjh Puan Nadzifah Binti

Maarof dan Hjh Kasmani Binti Baharuddin bertujuan antaranya, untuk bertukar-tukar

pandangan berkaitan dengan isu-isu perundangan semasa dan cadangan penyelesaian

seperti perlantikan hakim syarie wanita di negeri Selangor bersesuaian dengan hasrat

DYMM Sultan Selangor dalam masa yang terdekat, pertindanan bidangkuasa antara

Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, etika hakim dan peguam, dan cadangan usaha

Nurul Muhaniza Bt.

Hanafi

Page 2: SUB-COMMITTEE REPORT SYARIAH & BAHASA · PDF filedan menambahbaikan sistem Kehakiman Syariah. ... Institusi Pengajian Tinggi, Majlis Peguam, Badan Akrediatsi dan NGO. ... 1/25/2017

52ND ANNUAL GENERAL MEETING

91

sama antara pihak JAKESS, MAIS, PGSM dan Jawatankuasa Peguam Selangor dalam

program-program yang boleh menambah baik undang-undang, mendidik masyarakat

umum dan membentuk jaringan dengan Kehakiman Sivil, Institusi Pengajian Tinggi,

Majlis Peguam, Badan Akrediatsi dan NGO.

Dalam pertemuan tersebut, YAA Ketua Hakim Syarie Selangor telah mengulangi hasrat

beliau untuk mewujudkan institusi kehakiman yang dibina atas dasar prinsip “haibah”

yang dilahirkan atas perasaan hormat, segan, atas dasar kasih sayang sesama insan dan

hormat menghormati antara satu sama lain, dan bukannya atas dasar ketakutan,

bersesuaian dengan rahmat Allah swt.

Untuk tujuan itu, YAA Ketua Hakim Syarie Selangor juga memberitahu bahawa beliau

sering mengambil pendekatan nasihat dan mengingatkan setiap kakitangan JAKESS

supaya bersikap amanah dan saling menghormati antara satu sama lain. Untuk mencapai

hasrat itu, YAA Ketua Hakim Syarie Selangor meminta kerjasama kesemua pihak,

terutamanya kakitangan JAKESS, pihak peguam syarie dan orang awam supaya

bersama-sama menjayakan prinsip “haibah” tersebut.

YAA Ketua Hakim Syarie Selangor juga berkongsi harapan beliau untuk melihat

perlantikan hakim syarie wanita di Selangor dalam masa yang terdekat ini bersesuaian

dengan hasrat DYMM Sultan Selangor.

Di akhir pertemuan tersebut, YAA Ketua Hakim Syarie Selangor mengulangi hasrat

beliau untuk memperkasakan dan memertabatkan institusi kehakiman syariah dan

mengajak para peguam, semua orang awam untuk bersama-sama berganding bahu

memperkasakan institusi kehakiman syariah.

4. Beberapa ceramah telah diadakan seperti berikut:

i) Ceramah bertajuk “Syariah – Perkahwinan / Penceraian Di bawah Undang-

Undang Islam Di Malaysia” oleh Puan Fadhlina Binti Dato’ SideK pada

22/4/2106

ii) Ceramah bertajuk “Syariah – Law On Legacies & Inheritances For Muslim and

Non-Muslim From Women’s Perspective ” oleh Dato’ Haji Nordin Bin Haji

Yusoff pada 16/12/2016.

5. Mesyuarat bersama Jawatankuasa Syarah Majlis Peguam telah diadakan pada

12/8/2016 dan pihak kami telah menukar pandangan mengenai segal aktiviti yang telah

dijalankan oleh Jawatankuasa Syariah Selangor Bar.

6. Legal Aid Clinic (Syariah) mengenai Harta Pusaka dan Harta sepencarian akan

diadakan pada 3/2/2107.

Adalah diharapkan ahli-ahli menghubungi kami jika terdapat apa-apa isu atau cadangan yang

boleh kami lakukan untuk manafaat ahli-ahli amnya, khususnya ahli-ahli yang juga merupakan

pengamal syariah di Selangor.

Page 3: SUB-COMMITTEE REPORT SYARIAH & BAHASA · PDF filedan menambahbaikan sistem Kehakiman Syariah. ... Institusi Pengajian Tinggi, Majlis Peguam, Badan Akrediatsi dan NGO. ... 1/25/2017

52ND ANNUAL GENERAL MEETING

92

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kecil khasnya

yang telah membantu melaraskan perjalanan program pada sesi ini.Sekalung penghargaan

kepada secretariat Selangor Bar untuk kerjasama selama ini, pengerusi serta rakan saya didalam

Jawatankuasa Peguam Selangor.

Sekian Terima Kasih

Nurul Muhaniza Bt Hanafi

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Syariah & Bahasa Malaysia,

Jawatankuasa Peguam Selangor