Sudut-sudut Di Tadika Cemerlang
-
Upload
issa-mekay -
Category
Documents
-
view
5.771 -
download
6
Transcript of Sudut-sudut Di Tadika Cemerlang
DIPLOMA PROFESIONAL
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
TUGASAN BERKUMPULAN
NAMA : 1. NOR NURULHAYATI BINTI ARIS (DPAK 22-20)
2. ZALILA BINTI ISMAIL (DPAK 22-36)
3. LEE NIEN TZE (DPAK 22-15)
4. SUGUNAVATHY A/P MANICKAM (DPAK 22-30)
5. RUSNITA BINTI KISAII (DPAK 22-25)
PENSYARAH : DR. MARIANI BINTI MD NOR
MODEL : UEC 2008
: PROGRAMME PLANNING & STRATEGY 1
TUGASAN : SUDUT-SUDUT PRASEKOLAH
Pengenalan
Dalam tugasan kali ini, kumpulan kami telah memilih Model Pendidikan
Montessori sebagai panduan utama dalam tadika kami “Tadika Cemerlang”. Ini kerana
model ini amat bersesuaian dan berguna dalam membantu perkembangan kognitif,
fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak.
Selain itu, kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan “Sensory
Teaching And Learning”. Kaedah mengajar di sekolah Montessori juga mengutamakan
latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini bertujuan agar kanak-kanak
mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.
Dalam tugasaan ini juga, tadika kami telah menwujudkan 7 buah sudut yang
bersesuaian dalam memastikan murid-murid dapat menjalankan sesi pembelajaran
dengan lebih menyeronokkan dan berkesan. Sudut yang terdapat dalam tadika kami ialah:
1. Sudut Sains
2. Sudut Bahasa
3. Sudut Muzik
4. Sudut Seni dan Kreativiti
5. Sudut Agama dan Moral
6. Sudut Matematik
7. Sudut Praktikal
Setiap sudut tersebut berukuran 3’ x 6’ dan setiap sudut itu akan ditukar-tukar
setiap 2 minggu sekali bagi mewujudakan suasana yang tidak membosankan. Bagi
tugasan ini juga, kami telah memilih Sudut Sains sebagai sudut rasmi dalam Tadika
Cemerlang.
1. Sudut Sains
Objektif:
Memperkenalkan alam kehidupan seperti:
1. Alam Manusia
2. Alam Tumbuhan
3. Alam Haiwan
4. Sistem Cakerawala dan Sistem Solar
Aktiviti-aktiviti yang di jalankan di sudut Sains ialah:
1. Alam Manusia
Aktiviti 1:
Memperkenalkan Anggota Badan Manusia dan menerangkan fungsi-fungsi
anggota badan manusia.
Bahan:
1. Patung kanak-kanak lelaki dan perempuan.
2. Carta dan gambar berkaitan fungsi bahagian penting tubuh badan manusia.
Aktiviti 2:
Menunjukkan dan menerangkan Proses Kejadian Manusia.
Bahan:
1. Carta dan gambar yang berkaitan dengan proses kejadian manusia.
2. Alam Tumbuhan
Aktiviti 1:
Memperkenalkan kanak-kanak tentang jenis-jenis tanaman seperti sayur-sayuran,
buah-buahan dan bunga-bungaan.
Mendidik kanak-kanak tentang pentingnya tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan
manusia dan cara-cara menjaga alam sekitar.
Bahan:
1. Carta dan gambar tumbuh-tumbuhan dan teknik-teknik tanaman.
Ativiti 2:
Mengadakan projek tanaman secara kecil-kecilan seperti aktiviti menanam
tomato, cili, dan pelbagai lagi.
Menunjukkan kanak-kanak cara-cara menanam sayur-sayuran, buah-buahan dan
bunga-bungaan.
Bahan:
1. Pasu panjang plastik
2. Tanah
3. Benih
4. Air
5. Baja
3. Alam Haiwan
Aktiviti 1:
Memperkenalkan kitaran hidup pelbagai jenis haiwan dan serangga yang biasa di
lihat oleh kanak-kanak seperti rama-rama, ikan, ayam, katak dan lain-lain.
Bahan:
1. Gambar dan carta haiwan dan serangga serta proses kitaran hidup haiwan dan
serangga.
Aktiviti 2:
Mempamerkan replika-replika haiwan dan serangga seperti harimau, gajah,
serigala, unta dan pelbagai lagi.
Bahan:
2. Replika-replika haiwan dan serangga.
4. Sistem Solar
Aktviti 1:
Memperkenalkan sistem solar yang teras seperti nama-nama planet, proses
kejadian siang malam dan musim-musim (panas, sejuk, bunga dan hujan) serta
bentuk permukaan bumi.
Bahan:
1. Globe (peta bumi)
2. Gambarajah planet-planet, matahari dan bulan
3. Carta dan gambar berkaitan musim-musim.
Aktiviti 2:
Memperkenalkan pakaian yang bersesuaian mengikut musim dan perkerjaan yang
yang sesuai dijalankan.
Bahan:
1. Pakaian pada musim sejuk (baju sejuk)
2. Gambar dan carta pekerjaan yang sesuai di jalankan mengikut musim
(tanaman).
2. Sudut Bahasa
Meliputi beberapa jenis bahasa iaitu:
1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Mandarin
4. Bahasa Tamil
(Boleh dikembangkan lagi kepada dialek tempatan atau suku yang berada di
Malaysia seperti bahasa Iban, Punjabi dan pelbagai lagi.)
Objektif:
Memperkenalkan Bahasa, Budaya, dan Kaum di Malaysia dan kepentingan
Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dan menjadikan Bahasa Inggeris
sebagai Bahasa Antarabangsa.
Aktiviti yang boleh di jalankan di sudut Bahasa ialah:
Memperkenalkan pakaian, tarian, makanan, perayaan dan lagu-lagu rakyat
dengan mewujudkan minggu bertema dan pertandingan kebudayaan.
Bahan:
1. Gambar-gambar dan carta-carta berkaitan budaya, pakaiaan, perayaan
yang ada di Malaysia dan pelbagai lagi.
2. Selain itu di Sudut Bahasa ini dilengkapi dengan peralatan audio, video
dan terdapat ruang bacaan.
3. Sudut Muzik
Objektif:
Memperkenalkan jenis-jenis muzik, alatan perkusi, jenis-jenis
tarian dan drama.
Aktiviti yang boleh di jalankan di sudut muzik ialah:
Mengadakan pertandingan dan persembahan nyanyian.
Mengajar murid-murid cara-cara bermain alatan muzik.
Mengajar murid menari mengikut irama.
Mengadakan pertandingan sketsa dan pelbagai lagi.
Bahan:
1. Alatan-alatan muzik (piano, viola, rekoder dan lain-lain)
2. Peralatan audio
3. Set karaoke
4. Televisyen
4. Sudut Seni dan Kreativiti
Objektif:
Memperkenalkan dan mengembangkan lagi kebolehan kesenian dan kreativiti
kanak-kanak melalui teknik-teknik penggunaan warna dan teksture serta
menggalakkan kanak-kanak menjadikan seni dan kreativiti sebagai subjek
yang menghiburkan dan boleh dijadikan kerjaya di masa akan datang.
Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut seni dan kreativiti ialah:
Mengadakan pertandingan mewarna dan melukis.
Mengajar teknik-teknik menghasilkan lukisan dan gambar (teknik
tampalan,capan dan pelbagai lagi)
Mengajar kanak-kanak untuk menghasilkan barang seperi membuat layang-
layang, membuat tikar, membuat bunga plastik dan pelbagai lagi.
Selain itu, mengajar kanak-kanak cara-cara mengecat dan pelbagai lagi.
Bahan:
1. Peralatan mewarna seperti warna pensel, warna air, krayon, kapur dan lain-lain
2. Peralatan mengecat (cat dan berus)
3. Peralatan untuk menghasilkan kraftangan (straw, lidi, surat khabar dan
lain-lain)
5. Sudut Agama dan Moral
Objektif:
Memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai murni kehidupan
berdasarkan kepada kepercayaan agama masing-masing ( Islam, Buddha,
Kristian, Hindu dan lain-lain).
Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut agama dan moral ialah:
Mendidik kanak-kanak cara-cara berwudhuk, sembahyang, doa dan nilai-
nilai murni
Mengadakan praktikat cara berwudhuk dan solat
Mengadakan sesi menghafaz doa dan surah-surah pendek.
Mengadakan persembahan nasyid.
Bahan:
1. Carta dan gambarajah cara berwuduk dan bersolat.
2. Jam yang menunjukkan waktu solat (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib
dan Isyak)
3. Peralatan bersolat seperti sejadah, telekung, songkok dan lain-lain)
4. Gambar tempat-tempat ibadat mengikut agama masing-masing
(masjid, kuil, gereja dan lain-lain).
6. Sudut Matematik
Objektif:
Memperkenalkan konsep matematik melalui penggunaan awal nombor dan
pra nombor dan menjadikan matematik sebagai subjek yang menghiburkan.
Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut matematik ialah:
Mengadakan pertandingan bermain congkak, puzzle dan pelbagai
Memperkenalkan teknik-teknik mengira dengan menggunakan lagu.
Mengadakan aktiviti melibatkan pra nombor dan nombor awal seperti lakonan
berjual beli dan pelbagai lagi.
Bahan:
1. Peralatan sepeti guli, congkak, puzzle dan lain-lain
2. Sistem audio dan televisyen serta cakera padat.
3. Kad imbasan nombor
4. Carta dan gambar-gambar yang berkaitan nombor.
7. Sudut Praktikal
Objektif:
Bertujuan untuk melatih kanak-kanak dalam mengurus diri dalam menjalani
kehidupan seharian serta dapat menggalakkan mereka dalam menjaga
kebersihan diri dan kawasan sekeliling.
Aktiviti yang boleh dijalankan di sudut pratikal ialah:
Mendidik mereka cara mandi, mengenakan pakaian dan menjaga kebersihan
diri.
Mengadakan sesi praktikal bersama-sama kanak-kanak (cara menggosok gigi,
sikat rambut dan lain-lain)
Mengadakan pertandingan melipat kain, memakai tali kasutdan lain-lain.
Bahan:
1. Peralatan mengurus diri seperti berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dan
lain-lain.
2. Gambar cara-cara menjaga kebersihan diri.
Penutup
Dalam tugasan yang di lakukan ini, kami dapat memperoleh banyak maklumat
dan idea berguna dalam memastikan murid-murid dapat memperoleh pendidikan yang
sempurna dan menyeronokkan.
Selain itu, melalui tugasan ini juga kami dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih ceria dan tidak membosankan serta dapat menaikkan semangat kanak-kanak
untuk belajar dan semangat guru untuk mengajar serta dapat memastikan proses
pembelajaran dan pengajaran berjalan dengar lancar dan bersistematik.
Secara keseluruhannya, penggunaan sudut-sudut tersebut di sesebuah tadika amat
penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih efisyen dan berkesan.
Segala pengetahuan yang di pelajari dari kajian ini haruslah di praktikkan oleh kami dan
semua para pendidik awal kanak-kanak agar dapat memberi didikan yang sempurna
kepada murid-murid.
Rujukan
UEC 2002 –FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SUMBER: INTERNET