Sukan Dalam Islam

4
Sukan dalam Islam Secara umumnya, Islam merupakan sebuah agama syumul ( sempurna ) yang meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Bukan sahaja melibatkan ibadah, malah ia turut mementingkan aspek berkaitan dengan kesihatan dan juga kecergasan manusia. Atas rasional itu juga terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Islam yang mendapati bahawa setiap ibadah yang telah di wajibkan oleh Allah SWT mempunyai kaitan dengan hal-hal berkaitan dengan kesihatan dan juga kecergasan hambanya. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, manusia bukan sahaja boleh memperolehinya daripada penjagaan pemakanan semata-mata, malah ianya turut dapat diperolehi daripada aktiviti fizikal seperti bersenam dan melakukan riadah. Dalam agama Islam, sukan merupakan salah satu bentuk hiburan yang digalakkan. Perkara ini telah pun dijelaskan oleh baginda yang sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit. Rasulullah SAW bersabda : ر ي خ ل ك ي ف ، و ف ي ع لض ا ن م ؤ م ل ا ن م له ى ال ل ا! ب" ح ر وا ي خ ;pma& ؤي ق ل ا ن م ؤ م ل ا“orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah. Dan pada kuduanya ada kebaikan” (Hadis riwayat Muslim) Perkara ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal dapat melahirkan rasa takut dan gerun dalam kalangan musuh Islam daripada mengambil kesempatan untuk melakukan ugutan dan provokasi kepada umat Islam. Namun begitu, realiti semasa ialah umat Islam tidak melihat dan memahami kepentingan sukan dari sudut perspektif Islam. Kini sukan

description

pengenalan berkenaan dengan riadah/sukan di dalam Islam. terdapat juga beberapa hadis yang membuktikan bahawa Islam menggalakkan untuk umatnya bersukan.

Transcript of Sukan Dalam Islam

Sukan dalam IslamSecara umumnya, Islam merupakan sebuah agama syumul ( sempurna ) yang meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Bukan sahaja melibatkan ibadah, malah ia turut mementingkan aspek berkaitan dengan kesihatan dan juga kecergasan manusia. Atas rasional itu juga terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Islam yang mendapati bahawa setiap ibadah yang telah di wajibkan oleh Allah SWT mempunyai kaitan dengan hal-hal berkaitan dengan kesihatan dan juga kecergasan hambanya. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, manusia bukan sahaja boleh memperolehinya daripada penjagaan pemakanan semata-mata, malah ianya turut dapat diperolehi daripada aktiviti fizikal seperti bersenam dan melakukan riadah. Dalam agama Islam, sukan merupakan salah satu bentuk hiburan yang digalakkan. Perkara ini telah pun dijelaskan oleh baginda yang sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit. Rasulullah SAW bersabda : orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah. Dan pada kuduanya ada kebaikan(Hadis riwayat Muslim)Perkara ini penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal dapat melahirkan rasa takut dan gerun dalam kalangan musuh Islam daripada mengambil kesempatan untuk melakukan ugutan dan provokasi kepada umat Islam. Namun begitu, realiti semasa ialah umat Islam tidak melihat dan memahami kepentingan sukan dari sudut perspektif Islam. Kini sukan hanyalah dilihat sebagai perkara yang membuang masa dan sia-sia. Menolak daripada sebarang aktiviti riadah dan sukan kerana ingin menumpukan kepada ibadah semata-mata bukanlah cara yang terbaik yang dididik dalam Islam, sebaliknya umat Islam seharusnya menggunakan peluang dan masa yang ada untuk melakukan aktivit beriadah.Rasulullah sentiasa menjadi contoh yang terbaik kepada umat Islam samada dalam hal ibadah dan hal yang membabitkan kehidupan seharian. Banyak kisah yang diriwayatkan oleh para sahabat yang menceritakan berkenaan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh baginda sewaktu hayat beliau. Rasulullah SAW menganjurkan kepada umatnya supaya melazimi aktivit seperti memanah, menunggang kuda dan berenang, sabda Rasulullah SAW : : : Dari Ibnu Umar, beliau berkata bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: Ajari anak-anak lelakimu renang dan memanah, dan ajari menggunakan alat pemintal untuk wanita(Hadis riwayat Al-Baihaqi(Sebagai umat Islam, kita harus mempercayai bahawa setiap perkara yang dilakukan oleh Rasulullah semestinya mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Antara kebaikan amalan yang digalakkan oleh Rasulullah ini ialah dapat melatih emosi, fizikal, menguatkan otot dan memberikan kesihatan tubuh badan.Bagaimanapun, dalam keseronokan melakukan aktiviti riadah seseorang individu Muslim tidak boleh mengabaikan perkara utama seperti melaksanakan ibadah wajib dan sebagainya. Oleh itu, Islam telah menggariskan beberapa kaedah terbaik untuk menutup pintu dan kerosakan dengan menyesuaikan kegiatan sukan mengikut syariat seperti mengasingkan tempat dan waktu bersukan di antara lelaki dan perempuan. Syarat dan peraturan yang perlu diguna pakai sebagai rujukan dalam menjana kegiatan riadah bertujuan agar apa sahaja yang dilaksanakan tidak terpesong daripada ajaran Islam sebenar. Perlu diingatkan juga, acara sukan yang melibatkan perjudian juga haruslah di hindarkan. Dalam masa yang sama, aspek pemakaian haruslah bertepatan dengan syarak. Tidak kira samada lelaki atau pun wanita, di wajibkan oleh Allah SWT untuk menutup aurat tidak kira dalam apa jua keadaan termasuklah dalam aktiviti riadah, baju yang mendedahkan aurat adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud :Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya kami turunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan, dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah daripada tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah al-Araaf : 26)Selain itu, terdapat juga hadis daripada Rasulullah yang melarang pergaulan antara lelaki dan perempuan. Baginda pernah bersabda : Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat Tabrani)Berkaitan dengan bidang sukan yang dilakukan oleh golongan wanita pula, terdapat beberapa aktiviti sukan yang di larang dan tidak digalakkan oleh agama Islam untuk disertai oleh wanita kerana di khuatiri boleh membawa dan mengundang fitnah kepada lelaki seperti berenang. Ia boleh dilakukan tetapi hendaklah tidak ditonton oleh kaum lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Menurut Doktor Yusuf Qardawi :Permainan yang dilakukan wanita seperti berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.Justeru setiap umat Islam mesti melakukan aktiviti riadah yang di sukai selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam mengenai cara dan amalan sukan tersebut. Selain mempunyai kebaikan dan faedah terhadap kesihatan fizikal dan mental, sukan juga mampu merapatkan jurang dan hubungan silaturrahim kerana sukan merupakan medium penyatuan umat. Dalam konteks semasa, sukan juga haruslah di pandang dalam perspektif yang lebih luas dengan mengangkat sukan sebagai alat untuk membina dan melahirkan kekuatan agar standing dengan masyarakat lain.