Sumbangan Ibnu Khaldun

16
1.0 SUMBANGAN IBNU KHALDUN 1.1 Manusia dan Ekonomi Ibnu Khaldun digelar sebagai bapa ekonomi Islam kerana pemikiran dan teori beliau tentang bidang ekonomi sangat realistik dan logik. Dari sudut manusia, Ibnu Khaldun menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi (economic animal). Beliau berpendapat bahawa setiap manusia yang tinggal di bumi ini haruslah mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan dengan prinsip- prinsip ekonomi. Selain itu, beliau juga menekankan keperluaan seseorang manusia tersebu menjauhi perbuatan yang bersifat jahat dan bertentangan dengan hokum agama. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat. Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam.

description

titas

Transcript of Sumbangan Ibnu Khaldun

Page 1: Sumbangan Ibnu Khaldun

1.0 SUMBANGAN IBNU KHALDUN

1.1 Manusia dan Ekonomi

Ibnu Khaldun digelar sebagai bapa ekonomi Islam kerana pemikiran dan teori

beliau tentang bidang ekonomi sangat realistik dan logik. Dari sudut manusia, Ibnu

Khaldun menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo

Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi (economic animal). Beliau

berpendapat bahawa setiap manusia yang tinggal di bumi ini haruslah mempunyai ilmu

pengetahuan berkaitan dengan prinsip-prinsip ekonomi.

Selain itu, beliau juga menekankan keperluaan seseorang manusia tersebu

menjauhi perbuatan yang bersifat jahat dan bertentangan dengan hokum agama.

Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki

dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat. Berdasarkan

analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang

manusia adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. 

Ibnu Khaldun juga mengemukakan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi

seperti keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan

(moderation), dan fairness. Beliau menyatakan pendapat tersebut selaras dengan

hukum dalam Islam bahawa ekonomi haruslah mempunyai sifat keadilan (Justice).

Ditekankan bahawa keadilan berfungsi sebagai tulang belakang dan asas kekuatan

sesebuah ekonom. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan

hancur dan musnah. Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai

Page 2: Sumbangan Ibnu Khaldun

merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah,

mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat

dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan

sesuatu yang berlawanan dengan Islam adalah salah di sisi agama.

"Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk

kerjapaksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah

apa yang Pemberi Hukum maksudkan apabila melarang ketidakadilan."

- Ibn Khaldun

Dalam bidang ekonomi, pelbagai teori yang telah dikemukakan oleh Ibnu

Khaldun seperti teori pengeluaran, pengagihan, nilai, wang dan harga. Melalui teori

pengeluaran, dalam kehidupan manusia mempunyai kehidupan perekonomi yang

sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan

permintaan. Beliau menyatakan teori pengeluaran adalah berasaskan kepada faktor

buruh dan kerjasama masyarakat. Dalam dua faktor cabang ini, faktor buruh

memainkan peranan yang penting dalam proses pengeluaran di samping faktor-faktor

lain.

Sehubungan dengan itu, Ibnu Khaldun menerangkan tentang sistem kenaikan

yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Ini

merupakan salah satu teori nilai, harga dan wang yang telah dikemukakan oleh Beliau.

Dalam hal ini, beliau juga menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan

supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap. Ibn

Page 3: Sumbangan Ibnu Khaldun

Khaldun tidak memfokus kepada kajian mengenai perbezaan antara teori nilai diguna

(use value) dengan nilai pertukaran (exchange value) secara mendalam. Tetapi

beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai

buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran. Beliau juga mengatakan :

"Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk

mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk

mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh.”

Oleh itu, nilai barangan yang ditetapkan adalah dikira mengikut berapa jumlah nilai

tenaga buruh yang digunakan untuk menghasilkan barangan tersebut. Harga buruh

merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu

sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran.

Melalui sektor ekonomi ini, Ibnu Khaldun juga ada mengemukakan teori

berkaitan dengan sistem pengagihan. Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri

daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Elemen-

elemen ini dijadikan sebagai pulangan dan sara hidup kepada masyarakat. Oleh sebab

itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran,

pertukaran, dan perkhidmatan awam. Manakala keuntungan terhasil

daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga

belian.

Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya

dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong

Page 4: Sumbangan Ibnu Khaldun

pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan

keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang

asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja

keras untuk diri mereka sendiri.

1.2 Bidang Sejarah, Sosial dan Falsafah.

Ibnu Khaldun dikenali sebagai ahli falsafah Islam yang amat dihormati oleh ramai

tokoh-tokoh Timur dan Barat. Ilmu yang telah beliau utarakan 500 tahun lebih awal

berbanding tokoh-tokoh bidang yang sama di Eropah seperti Aguste Comte, Adam

Smith dan David Ricardo.

Malah Ibnu Khaldun ada menyatakan pendapatnya mengenai Tamadun iaitu

"Kalimah Tamadun memberi erti segala pelbagai dalam kemewahan hidup dan setiap

usaha untuk mempertingkatkan kilang perindustrian yang sentiasa digunakan dalam

berbagai-bagai sektor".

Melalui pendapat ini dapat dilihat bahawa Beliau mempunyai pandangan minda yang

luas dan logik berkaitan dengan proses dan fungsi tamadun. Dalam analisi laporan

sejarah, Beliau telah menunjukkan empat perkara melalui pemerhatian yang telah

dibuat iaitu menghubungkan peristiwa-peristiwa satu dengan yang lainnya  melalui

kaedah sebab dan musabab, mengambil  kiasan antara yang telah lalu dengan apa

yang berlaku masa hadhir, mengambil kira kesan dari alam sekitar dalam apa yang

berlaku dan mengambil kira kesan daripada keadaan-keadaan perekonomian dan

perkara-perkara yang diwaris.

Page 5: Sumbangan Ibnu Khaldun

Beliau juga mengkaji tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada

kemajuannya dan sebab-sebab kejatuhan sesuatu tamadun tersebut. Oleh itu, beliau

telah mengasaskan satu sains baru iaitu sains kemajuan sosial atau sosiologi. Sains

baru ini telah dikemukakan untuk kegunaan masyarakat manusia dalam kehidupan

harian mereka.

Dalam bidang sejarah pula, Ibn Khaldun berpandangan bahawa sejarah adalah

sesuatu sistem yang tertakluk kepada undang-undang semesta. Beliau juga ada

menyatakan kriteria dalam fakta sejarah iaitu ““Peraturan bagi membezakan apa yang

benar dan apa yang palsu dalam sejarah adalah berdasarkan kebolehjadian atau

ketidak bolehjadiannya”. Beliau turut berpendapat

1.3 Buku Al-Muqaddimah, Al-Ibbar, Al-Ta'rif

Al Muqaddimah (Pendahuluan) merupakan salah satu buku yang paling masyhur

Ibn Khaldun Ia adalah masterpiece dalam kesusasteraan mengenai falsafah sejarah dan

sosiologi. Tema utama dalam karya besar ini adalah untuk mengenali fakta-fakta

psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbang kepada kemajuan

tamadun manusia dan peristiwa-peristiwa semasa dalam sejarah. Ibn Khaldun juga

mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal

(secara pengalaman dan kajian).

Page 6: Sumbangan Ibnu Khaldun

Karya tersohor ini menghuraikan beberapa aspek dalam kehidupan bermasyarakat,

proses pembentukan negara, faktor kemajuan dan kemunduran sesebuah peradaban

manusia, di samping menerangkan juga tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan

bidang perniagaan, perindustrian dan pertanian.

Dalam buku tersebut, beliau telah menganalisis daya gerak hubungan

perkauman dan menunjukkan bagaimana rasa perkauman (syu’b al-‘asabiyyah) dapat

menghasilkan kenaikan tamadun dan kuasa politik baru. Beliau mengenal pasti ulangan

hampir berirama bagi kebangkitan dan kejatuhan dalam tamadun manusia, dan

menganalisis faktor-faktor yang menyumbang kepadanya.

Bagi buku Al-Ibbar, Ibn Khaldun telah menulis tentang bidang ekonomi dan

sejarah. Dalam kitab ini, beliau membicarakan sejarah-sejarah dunia yang merangkumi

sejarah bangsa Arab, sejarah para penguasa semasa, penguasa-penguasa Eropah

sezaman dengannya, sejarah Arab zaman purba, Yahudi, Yunani, Rom, Parsi purba,

dan sejarah islam, dan sejarah Mesir dan sejarah Afrika Utara, terutamanya sejarah

bangsa Barbar dan kabilah-kabilah yang berdekatan. Beliau menyatakan serba sedikit

tamadun yang berlaku dalam sejarah-sejarah

Page 7: Sumbangan Ibnu Khaldun

The History of IBN MAHDY The KHARIJITE and of his son.

Aly ibn Madhy berasal dari al-Anbarah di sempadan laut berhampiran Zabid.

Beliau telah hidup di rumah agama selepas persaraan dan menumpukan

kehidupannya dalam agama sahaja.

Selepas beberapa tahun, beliau pergi menunaikan haji.

Aly telah kembali ke Yamen dan berkhtubah.

Beliau amat fasih dalam Al-Quran.

Bermula tahun 561,Aly menjelajah untuk berkhutbah kepada orang-orang di

padang pasir.

Apabila ibu Fatik mendapat pengaruh penting ke atas Jayyash Bani,dalam hari-

hari  anaknya Fatik daripada Mansur, dia menjadi percaya kepadanya, dan

dia melepaskannya,

 Kaum.kerabat beliau dan keluarga dengan beliau bersekutu oleh perkahwinan

yang menyebabkan pembayaran di atas tanah mereka.

Penduduk di tanah tinggi tersebut telah mendorong Ibn Mahdy untuk

mengangkat sumpah menyokong mereka.

538, beliau telah keluar dari Tihamah untuk mencapai al-Kadra tetapi beliau

dikalahkan dan kembali ke pergunungan sehingga tahun 541.

Kemudian Aly telah menyertai Banu Khaulan,bersama-sama dengan puak-puak

Haywan atau ash-Sharaf.

Aly Mahdy memberi orang-orang jawatan sebagai Ansar, yang telah

menemaninya dari Tihamah dan beliau telah mengurniakan nama al-Muhajirun.

Page 8: Sumbangan Ibnu Khaldun

Beliau dilantik sebagai ketua Ansar (Saba) dan satu lagi diberi tajuk Sheykh al-

Islam (Nubah).

Beliau dihantar ke daerah Tihamah lebih awal dan dia telah dinaikkan pangkat

selepas negara terpencil Zabid bergabung.

Aly telah memberhentikan kenderaan di jalan raya awam menembusi istana ad-

Dathir, setengah dari peringkat Zabid.

Omarah kata beliau telah menyerang majlis-malis tersebut dalam tempoh yang

panjang.

Pada masa tersebut, rakyat telah meminta bantuan daripada Sharif Ahmad ibn

Hamzah, Suleymanite putera Sadah.

Sebagai pulangan, mereka haruslah membunuh tuan mereka Fatik anak

Muhammad pada tahun 553.

Sharif telah diisytharkan berdaulat tetapi dia tidak dapat melawan musuhnya dan

melarikan diri.

Aly Mahdy telah menaklu Bandar pada bulan Rajab 554, dan meninggal dunia

tiga bulan selepas penaklukan.

Aly telah diberi nama Iman Mady, Putera yang setia di Khutbah.

Beliau menubuhkan peraturan dan mazhab yang bosan untuk diterangkan.

Aly juga menghukum sesiapa yang menggunakan wain untuk mati.

Aly ibn Mahdy diganti oleh anaknya Abd an-Naby.

Anak kedua iaitu Abd Allah menentang Abd an-Naby berkaitan dengan pemilikan

diperolehi Zabid, dan di Khutbah, beliau digelaran sebagai Imam.

Tetapi Abd an-Naby berjaya menangani tentangan tersebut.

Page 9: Sumbangan Ibnu Khaldun

Abd an-Naby telah mengusir Abd Allah dari Bandar dan menjadikan diri dia

sebagai penguasa Bandar Yamen.

Pada masa tersebut, terdapat 25 buah kerajaan yang terpisah dalam negara

tersebut telah dikuasai oleh Abd an-Naby.

Hanya Aden sahaja yang tidak dikuasaai dan Abd an-Naby mengenakan

pembayaran penghormatan.

Semasa Shams ad-Daulah Turan Shah ibn Ayyub abang kepada Saladin, telah

menyerang kerajaan Yamen (566) dan menangkap Abd an-Naby dengan seluruh

kekayaannya.

Beliau telah menjadikan Zabid sebagai pusat kerajaan.

Dengan kejatuhan pemeritahan Banu Mahdy, kedaulatan Arab akhirnya berakhir

di Yaman, dan pemeritahan yang tertinggi kemudiannya dipegang oleh Gluzz

dan Freedmen.

Page 10: Sumbangan Ibnu Khaldun

REFLEKSI Oleh Fanly Soh Swee Fong

Syukur kepada Tuhan atas kekuatan dan kesempatan kepada saya untuk

menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Setelah hampir beberapa minggu

melaksanakan tugasan titas ini, banyak pengetahuan dan pengalaman yang telah saya

perolehi sepanjang proses mencari bahan dan maklumat. Pada mulanya, kami

mengalami banyak kekangan untuk mendapat sumber biodata atau latar belakang

tokoh Ibnu Khaldun kerana kebanyakan maklumat daripada internet tidak mempunyai

keseragaman kefahamanya. Ini menyukarkan kami untuk memahami dan mengambil

maklumat daripada satu sumber sahaja.

Namun begitu, dengan ada perbincangan kumpulan maka kami menggunakan

sumber internet yang lebih dipercayai seperti buku, pdf dan Wikipedia. Sedikit

sebanyak sumber-sumber ini telah membantu dalam proses pengumpulan idea dan

data tugasan kami. Tambahan pula, kami terpaksa mencari buku-buku hasil Ibnu

Khaldun selain daripada buku Muqadimah. Ini merupakan satu cabaran bagi saya

kerana buku-buku Ibnu Khaldun yang lain sukar untuk didapati daripada Pusat Sumber

dan mana-mana laman lain. Tetapi kami bersyukur kerana akhirnya kami berjaya

mendapat satu buku yang juga ditulis oleh Ibnu Khaldun tetapi bergabung dengan

tokoh-tokoh yang lain. Buku yang kami pilih ialah “Yaman its early Medieval History”.

Namun begitu, kami mempunyai kesukaran untuk memahami dan menukarkan setiap

ayat bahasa Inggeris dalam buku tersebut ke bahasa Melayu. Banyak perkataan dan

Page 11: Sumbangan Ibnu Khaldun

perkara yang tidak dapat kami fahami berkaitan dengan sejarah salasilah keturunan

pemeritahan kerajaan Yaman.

Dalam penterjemahan buku Ibnu Khaldun ini, banyak perkataan dalam bahasa

Arab telah saya pelajari serba sedikit maksud dan kegunaannya. Sebagai contohnya,

perkataan Al-Quran dikenali sebagai “Ku’ran dan lain-lain. Keseluruhannya, banyak

pengetahuan secara terperinci dan mendalam tentang sumbangan-sumbangan, buku-

buku dan teori-teori yang telah dikemukakan oleh tokoh Ibnu Khaldun ini. Dalam

sumbangan beliau, saya amat mengagumi kehebatan dan kebijaksanaan beliau dalam

pemikiran yang begitu logik dan realistik akan aspek ekonomi, sosial dan falsafah. Ini

memberikan saya kesedaran bahawa sebagai seorang bakal guru haruslah mempunyai

semangat dan keyakinan yang tinggi untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu yang

lebih luas supaya pengetahuan yang sedia ada tidak hanya tertumpu kepada

pengetahuan tentang pembelajaran kelas sahaja.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya berasa seronok kerana dapat

melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun terpaksa menterjemahkan

buku-buku Ibnu Khaldun yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Berterima kasih juga

kepada rakan-rakan sekumpulan yang bergading bahu saling bantu-membantu dalam

mencari bahan dan membuat tugasan ini. Tanpa kerjasama yang proaktif ini, kami tidak

dapat menyiapkan tugasan tepat pada masa yang telah ditetapkan.

Page 12: Sumbangan Ibnu Khaldun

RUJUKAN

http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id2.html

http://man999.tripod.com/IBNU_KHALDUN.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Al-Rahman_Ibn_Muhammad_Ibn_Khaldun

http://www.perlis.uitm.edu.my/citu/images/stories/gallery/citu/web/manual

%20pengajaran%20ctu151.pdf