SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut...

233
SUMBER: INTERNET

Transcript of SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut...

Page 1: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

SUMBER:

INTERNET

Page 2: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

RAGUT DI MANAKAH PERAGUT DAN PENYELUK SAKU BERTINDAK:

· Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.

· Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.

BAGAIMANA IA BOLEH BELAKU:

· Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.

· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.

· Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak.

· Meninggalkan beg-beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk membeli-belah.

· Menyimpan beg duit di kocek-kocek belakang yang tidak berbutang.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DARI RAGUT:

· Sentiasa membawa wang secara minima.

· Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.

· Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.

· Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.

· Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.

· Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.

· Elakkan dari memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.

· Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.

Page 3: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

· Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.

Sumber : www.rmp.gov.my/ Tarikh Akses : 18 Ogos 2011

Page 4: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

Ragut

Jenayah ragut boleh berlaku di mana-mana. Terdapat beberapa langkah untuk mencegah anda daripada menjadi mangsa ragut.

Langkah-langkah yang perlu diambil:

• Jangan silang beg tangan/dompet anda di leher atau memegangnya secara terbuka; rentapan yang kuat oleh peragut boleh mencederakan anda

• Sentiasa peka dengan kawasan persekitaran anda. Cara-cara untuk mengatasi jenayah ragut Semasa berada dalam kenderaan:

• Letak dompet anda di bawah tempat duduk atau di dalam bonet • Letak kenderaan anda di tempat yang cerah dan selamat • Tutup dan kunci dengan sempurna semua tingkap dan pintu kenderaan anda • Jangan sekali-kali labelkan kunci anda dengan nama dan alamat rumah. Ini

mengundang pencuri mengenalpasti rumah anda untuk tujuan rompakan Di tempat awam:

• Elakkan berjalan seorang diri. Seeloknya berteman • Jangan sangkut beg anda di belakang kerusi apabila berada di restoran atau tempat

awam • Jangan letak beg anda di tempat persalinan semasa anda membeli-belah, walau sesaat

sekalipun • Jangan letak dompet/beg anda di tempat yang terdedah semasa di tempat kerja.

Simpan di dalam laci atau kabinet Panduan-panduan penting lain:

• Jangan simpan kunci di dalam dompet anda. Jika diragut, anda masih boleh membuka pintu kereta atau rumah anda

• Sebelum keluar rumah, pastikan anda hanya membawa kad kredit, cek atau wang yang anda perlukan sahaja. Simpan kad kredit dan wang tunai anda di dalam poket yang selamat

• Jika perlu, simpan wang tunai anda di dalam ‘pouch’ agar lebih selamat Jika anda menjadi mangsa ragut:

• Jangan melawan dan biarkan peragut mengambil beg anda. Anda mungkin tercedera jika melawan

• Menjerit dan minta tolong untuk takutkan peragut • Cam identiti peragut • Hubungi talian kecemasan 999 segera. Laporkan kejadian kepada pihak polis • Dapatkan rawatan jika anda tercedera • Laporkan kehilangan kad ATM, kad kredit ataupun cek anda kepada institusi kewangan

anda

Page 5: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

• Nyatakan kehilangan dokumen ( Kad pengenalan, Sijil lahir, Lesen memandu, Pasport…dll) kepada pihak berwajib

Sumber : 76.162.233.159/template01.asp?contentid=51 Tarikh Akses : 18 Ogos 2011

Page 6: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

Snatch Theft

How It Can Happen

Approaching victim on the pretext of striking up a conversation or seeking assistace.

Snatching the handbag from behind the victim.

Soiling victim’s clothing and offering to clean dirt stains on it.

Telling victim that his money has dropped on the floor.

Preventive Measures

Avoid short cuts through dark or deserted areas.

Be wary of persons who follow or distract you.

Carry your handbag in front of you or clasp it firmly under your arm.

Never leave it unattended, especially in crowded places like shopping and hawker centres.

Always walk facing on-coming traffic if possible and hold the handbag on the side away from the motorists.

Avoid wearing excessive jewellery or carrying large amounts of cash.

Do not flaunt cash and valuables in public view.

Punishment

A person convicted of theft is liable to:

a jail term which may extend to 3 years; or a fine; or both.

A person convicted of theft with assault or criminal force is liable to:

a jail term of not less than 1 year and not more than 7 years; and caning.

Sumber : www.ncpc.gov.sg/pm/stheft.htm Tarikh Akses : 18 Ogos 2011

Page 7: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

SUMBER:

ELEKTRONIK

Page 8: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

1  

ARKIB : 05/08/2011

Penduduk minta polis tingkatkan rondaan

KOTA BHARU 4 Ogos - Penduduk Kampung Padang Raja dan Kampung Kedai Melor di sini meminta polis meningkatkan rondaan atau mendirikan pondok di kawasan terbabit ekoran kejadian jenayah ragut dan samun yang meningkat sejak kebelakangan ini.

Bagi mereka, rondaan itu perlu bagi mencegah kejadian jenayah yang semakin membimbangkan penduduk.

Seorang peniaga kedai runcit, Zamdiana Mohamed, 31, berkata, dia pernah mengalami kecederaan apabila rantai lehernya berharga RM5,000 diragut seorang lelaki yang datang membeli barang di kedainya.

"Ketika kejadian pada 18 Julai lalu, saya bersama kakak ipar duduk di hadapan kedai. Tiba-tiba muncul sebuah kereta Proton Wira kelabu dan berhenti di hadapan kami.

"Ada tiga orang di dalamnya dan seorang daripadanya keluar dengan memakai topi membeli air mineral dan air asam jawa. Dia mengeluarkan duit RM10 dan semasa mahu membayar bakinya, saya telah ditolak ke dinding belakang kaunter," katanya ketika ditemui di Kampung Kedai Melor semalam.

Ibu kepada dua anak itu berkata, berikutan kejadian itu, dia kini sering dihantui kebimbangan setiap kali berurus niaga dengan para pelanggan.

Seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Azmah berkata, dia turut menjadi mangsa samun apabila rantai lehernya bernilai hampir RM7,000 diragut oleh seorang lelaki pada pagi 27 Julai lalu, semasa hendak membuka pintu kedai.

"Seorang lelaki bertopi muncul dan mengugut dengan sebilah pisau meminta saya menyerahkan duit dan telefon bimbit. Saya bagi tahu masih awal pagi dan tidak ada duit, lantas tudung saya diselak dan rantai leher direntap. Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang akan dicederakan," ujarnya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi memberitahu, tujuh kes samun iaitu lima kes samun berkawan tanpa senjata dan masing-masing satu samun tanpa senjata dan samun berkawan bersenjata dilaporkan di kawasan Melor dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

"Hasil penelitian, kes jenayah di kawasan tersebut masih terkawal dan berada di peringkat rendah. Bagaimanapun, polis memberi perhatian serius mengenai kes yang berlaku dengan

Page 9: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

2  

mengadakan rondaan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan motosikal dari semasa ke semasa," ujarnya.

ARKIB : 05/08/2011

Pelatih RTM, adik cedera diragut

KOTA BHARU 4 Ogos - Baru lima hari dua beradik cedera diragut di Terengganu, kisah hampir sama berlaku hari ini, apabila dua lagi beradik menjadi mangsa ragut lelaki bermotosikal di bulatan Kampung Kota, dekat sini.

Kejadian pukul 8.30 pagi itu berlaku ketika kedua-duanya dalam perjalanan untuk menjalani latihan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan sebuah syarikat perunding.

Mangsa Siti Farizat Mustapha, 22, cedera dan terpaksa dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) manakala kakaknya, Siti Sariza, 23, menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Siti Sariza berkata, ketika kejadian, dia dan adiknya yang dalam perjalanan dengan motosikal tiba-tiba dihampiri dua lelaki juga bermotosikal yang dengan pantas meragut beg tangannya.

"Selepas diragut, saya gagal untuk mengawal motosikal sehingga menyebabkan kami berdua terjatuh dan adik saya tersungkur," ketika ditemui pemberita di wad kecemasan HRPZ II dekat sini, hari ini.

Siti Sariza ialah pelatih di RTM di Wakaf Che Yeh manakala adiknya yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang membuat latihan praktikum di sebuah syarikat perunding di Telipot.

Dalam kejadian di Kuala Terengganu, 30 Julai lalu, dua beradik cedera dalam nahas ketika mengejar peragut di sini. Mangsa, Maleha Malik, 24, hampir putus tangan kanan manakala adiknya, Maizatul Akmal, 23, pula koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Siti Sariza yang juga pelajar tahun akhir Universiti Utara Malaysia memberitahu, ekoran kejadian itu dia kehilangan wang tunai RM120, dokumen penting seperti kad pengenalan, kad bank dan telefon bimbit.

Sementara itu, adik mangsa Siti Farizat berkata, kejadian tersebut berlaku dengan pantas.

"Apa yang saya ingat, kakak menjerit dan meminta saya memberhentikan motosikal. Lepas itu saya tak ingat apa yang berlaku.

"Sedar-sedar saya sudah berada di dalam ambulans," ujarnya yang mengalami kecederaan di muka, tangan dan lulut serta sakit pada bahagian kepala.

Page 10: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

3  

Dalam pada itu, Ketua Balai Polis Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut.

ARKIB : 04/08/2011

MPAG pasang sistem penggera di tengah bandar

ALOR GAJAH 3 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah memasang dua alat penggera keselamatan di pekan Alor Gajah dan Pulau Sebang dalam usahanya mewujudkan bandar selamat.

Yang Dipertuanya, Kamarudin Md. Shah berkata, penggera keselamatan yang dipasang di dua kawasan tersebut merupakan antara 15 langkah yang dicadang oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menepati syarat bandar selamat yang dilihat mampu mengurangkan kadar jenayah seperti jenayah ragut dan rompakan.

"Antara langkah keselamatan lain yang perlu dititikberatkan ialah meningkatkan pencahayaan di kawasan awam, penyediaan tempat meletak kenderaan, motosikal berkunci dan pemasangan papan tanda peringatan jenayah di kawasan tumpuan orang ramai.

KAMARUDIN Md. Shah (dua dari kanan) bersama pemimpin masyarakat setempat dan

pihak polis menekan butang penggera keselamatan sempena majlis pelancaran Penggera Keselamatan Program Bandar

Selamat di pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, baru-baru ini.

''Selain itu, pembinaan laluan pejalan kaki yang tidak terlindung daripada pandangan awam juga merupakan antara langkah yang disarankan oleh kementerian," katanya baru-baru ini.

Beliau berkata, penggera keselamatan itu digunakan dengan kaedah yang sama seperti lampu isyarat pejalan kaki iaitu dengan hanya menekan butang yang dipasang pada bahagian tiang penggera untuk mengaktifkan siren dan lampu amaran.

Bagaimanapun katanya, penggera keselamatan itu perlu digunakan dengan sebaik mungkin dan pada waktu kecemasan sahaja bagi mengelak berlakunya kesulitan kepada pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, risiko kejadian jenayah dapat dikurangkan dengan adanya penggera keselamatan itu kerana selain daripada mangsa menjerit meminta tolong, siren dan lampu

Page 11: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

4  

amaran yang dikeluarkan oleh penggera juga mampu menarik perhatian orang ramai dalam keluasan kira-kira satu kilometer persegi.

ARKIB : 03/08/2011

Mangsa berazam lihat wajah peragut

KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Mangsa ragut, Maleha Malik, 24, merayu polis dan orang ramai membantu menangkap segera dua peragut yang mengakibatkan dia terlantar di hospital manakala adiknya, Maizatul Akmal, 22, masih koma sejak Ahad lalu diberkas dengan segera.

Menurut Maleha, dia teringin untuk melihat wajah kedua-dua peragut itu dan mahu mereka menerima nasib sama seperti dia dan adiknya.

Ujarnya, jika terus lepas bebas, lebih ramai bakal menjadi mangsa kerana penjenayah seperti itu mungkin sanggup lakukan apa sahaja dan perlu diajar.

"Tolonglah bantu saya dan adik saya untuk tangkap peragut itu dengan segera. Kalau ada maklumat maklumkan pada polis. Saya memang nak sangat lihat wajah peragut itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, kedua-dua beradik berkenaan yang menaiki motosikal, dalam perjalanan dari rumah mereka menuju ke Kompleks Sri Iman dekat sini untuk mengambil wang Dana Bakti Remaja sebelum diragut oleh lelaki yang menunggang motosikal.

Mereka lalu nekad mengejar peragut yang melarikan beg tangan namun bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan di Jalan Kamaruddin di sini lalu terjatuh dan dirempuh oleh sebuah kenderaan dari belakang.

Maleha mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dan badan manakala adiknya, Maizatul Akmal yang mengalami pendarahan di kepala, koma dan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ dekat sini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa yang melawat dua beradik itu hari ini turut menyatakan simpati dan pihaknya kini sedang berusaha menjejaki dua peragut itu.

"Saya berharap orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tampil memberi maklumat walaupun hanya sedikit agar lebih banyak bukti dapat dikumpulkan untuk memudahkan penjenayah itu dikesan," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan lebih ramai anggota polis akan ditempatkan di kawasan tumpuan sempena bulan Ramadan dan musim perayaan ini.

Page 12: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

5  

ARKIB : 02/08/2011

Mangsa ragut harap peragut ditangkap, dihukum setimpal

02/08/2011 11:34pm

KUALA TERENGGANU 2 Ogos - “Jika boleh saya ingin berjumpa dengan peragut dan biar dia menerima hukuman yang setimpal atau lebih teruk daripada keadaan yang menimpa adik,” demikian luahan mangsa ragut Maleha Malik yang cedera parah dalam kejadian ragut di Jalan Kamaruddin, di sini Ahad lepas.

Maleha, 24, ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini, masih di dalam keadaan lemah dan amat sedih kerana adiknya Maizatul Akmal, 22, masih koma.

"Sekarang saya masih rasa sakit lagi di bahagian tangan dan perut,tapi saya rasa lebih tertekan kerana adik masih belum sedarkan diri,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi Ahad lalu, dua beradik itu cedera parah apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan semasa mereka mengejar peragut yang melarikan beg tangan mereka.

Kejadian itu berlaku apabila kedua-dua beradik itu yang bermotosikal dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka menuju ke Kompleks Sri Iman dekat sini untuk mengambil Wang Dana Bakti Remaja yang diberikan oleh kerajaan negeri. - Bernama

Page 13: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

6  

ARKIB : 01/08/2011

Mangsa ragut: Kakak sudah sedar, adik masih koma

01/08/2011 6:34pm

KUALA TERENGGANU 1 Ogos – Seorang daripada dua beradik perempuan mangsa ragut yang terlibat dalam kemalangan pagi semalam kini sudah sedarkan diri, manakala adiknya masih berada dalam keadaan koma.

Bapa mereka, Malik Ngah, 58, berkata, anaknya Maleha, 24, yang hampir putus tangan dan luka di badan telah mula sedarkan diri setelah menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.

Bagaimanapun katanya, adik kepada Maleha, Maizatul Akmal, 22, masih koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital yang sama.

"Laporan polis masih belum dibuat kerana kita nak tunggu dulu cerita dari Maleha. Sekarang dia masih lemah dan doktor nasihatkan dia supaya tidak banyak bercakap,” kata Malik kepada pemberita di hospital berkenaan.

Kejadian ragut tersebut berlaku apabila kedua-dua beradik itu yang bermotosikal dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka menuju ke Kompleks Sri Iman dekat sini untuk mengambil Wang Dana Bakti Remaja telah diragut oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi semalam itu, dua beradik itu dipercayai bertindak nekad mengejar peragut yang melarikan beg tangan mereka, namun motosikal mereka bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan di Jalan Kamaruddin di sini. – Bernama

Page 14: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

7  

ARKIB : 19/07/2011

Peragut diberkas selepas dompet tercicir

ALOR SETAR 18 Julai - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Demikian perumpamaan yang sesuai untuk dua peragut yang berjaya diberkas polis selepas dompet salah seorang daripada mereka tercicir di tempat kejadian.

Kedua-dua suspek sebelum itu dikatakan cuba meragut beg tangan seorang wanita di Simpang Empat di sini pada Rabu lalu.

Tangkapan pertama dibuat apabila salah seorang suspek hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang untuk membuat laporan berhubung kehilangan kad pengenalannya kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

Hasil tangkapan tersebut, polis berjaya mengesan seorang lagi suspek yang kemudian ditahan di sebuah rumah di Taman Pendang dekat sini kira-kira pukul 6 petang hari sama dan merampas motosikal jenis Yamaha 135LC.

Kedua-dua peragut berusia 25 tahun itu juga dilaporkan gagal melarikan hasil ragut apabila mereka terlibat dalam kemalangan selepas motosikal dinaiki bergesel dengan motosikal jenis Yamaha Ego milik mangsa, Nor Izzuana Zaini, 20, sebelum merempuh sebuah kereta lain.

Dalam kejadian ragut kira-kira pukul 11 malam itu, kedua-dua peragut yang jatuh sempat melarikan diri, manakala mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu memberitahu, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba meragut.

"Salah seorang suspek kini dirawat di wad pemerhatian HSB selepas mengadu sakit di bahagian tulang punggung," jelasnya di sini hari ini.

Sementara itu, mangsa ragut, Nor Izzuana memberitahu, dia yang masih trauma mengambil keputusan untuk menyewa rumah berhampiran tempat kerja berbanding tinggal di rumah ibu di Sungai Limau, Yan yang mengambil masa setengah jam untuk ke tempat kerja.

Menceritakan kejadian itu, Nor Izzuana berkata, dia ketika itu menunggang motosikal bersendirian sebelum dua lelaki menghampirinya dan meragut beg tangan di dalam bakul motosikal.

Page 15: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

8  

"Saya terus menjerit dan selepas itu motosikal peragut bergesel dengan motosikal saya menyebabkan kami hilang kawalan lalu merempuh kereta yang mahu belok ke simpang kiri.

"Akibat kejadian itu, saya terjatuh dan cedera ringan di mulut, tangan dan kaki manakala peragut yang juga jatuh terus bangkit dan melarikan diri dengan motosikal," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

ARKIB : 08/07/2011

Kerani mangsa ragut

JOHOR BAHRU 7 Julai - Seorang kerani Jabatan Pemasaran cawangan Johor Bahru Utusan Melayu (M) Berhad menjadi mangsa ragut dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat berdekatan Wisma Daiman di sini awal pagi semalam.

Kejadian pukul 4.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Hairulnizal Abdullah, 32, menunggang motosikal untuk ke tempat kerjanya di Jalan Serampang, di sini.

Katanya, ketika sampai di persimpangan lampu isyarat tersebut terdapat beberapa kenderaan lain termasuk motosikal di kiri dan kanannya.

"Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba salah sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki terus menghimpit motosikal saya.

"Salah seorang daripada lelaki tersebut dengan pantas meragut beg sandang saya yang diletakkan di dalam bakul motosikal sebelum mereka memecut melarikan diri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Hairulnizal, dia tidak dapat mengecam jenis motosikal yang dinaiki suspek kerana keadaan ketika itu agak gelap.

Katanya, antara barang yang hilang termasuklah wang tunai RM80, kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM dan sebuah telefon bimbit.

Dia yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian membuat laporan polis di Balai Johor Bahru Sentral di sini.

Page 16: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

9  

ARKIB : 28/06/2011

Ditahan selepas jual hasil ragut

SUBANG JAYA 27 Jun - Biarpun telah menjual hasil ragut kepada seorang pembeli, dua remaja tidak sempat menikmati hasil jualan itu setelah mereka ditahan sepasukan polis, baru-baru ini.

Dalam kejadian 3.30 petang Rabu lalu, kedua-dua remaja yang berusia 16 tahun dan masih bersekolah, sebelum itu meragut loket emas milik seorang wanita di SS12/17 dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, suspek sempat menjual loket emas berkenaan di sebuah kedai emas di sini.

"Pembeli emas yang berusia 33 tahun itu juga telah ditahan untuk membantu siasatan," katanya selepas majlis penyerahan sijil penghargaan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah kepada orang awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini hari ini.

Dalam kes lain, katanya, empat pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaran di SS15 berjaya menumpaskan satu kegiatan ragut di sini.

Menurut Zainal Rashid, dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC itu telah meragut seutas rantai milik seorang remaja berusia 18 tahun, namun nasib mereka malang, apabila dilihat empat pekerja terbabit.

"Selepas dikejar dan berlaku pergelutan, seorang dari suspek berjaya ditangkap dan hasil tindakan susulan, seorang lagi peragut turut diberkas selepas itu," katanya.

Page 17: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

10  

ARKIB : 18/06/2011

Fatin peka persekitaran

JENAYAH ragut yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini menyebabkan orang ramai khususnya wanita perlu peka dan sentiasa berhati-hati dengan suasana persekitaran di sekeliling mereka.

Terutama bagi wanita, sikap berhati-hati perlu ada pada diri mereka kerana bagi anak muda dari Pasir Mas, Kelantan, Nik Noor Fatin Fatihah Nik Hasri, 20, golongan wanita boleh 'menggamit' penjenayah seandainya mereka tidak berwaspada.

Menurutnya, contoh paling ketara adalah penampilan diri di khalayak ramai memandangkan ada segelintir wanita tidak sensitif dengan suasana di sekeliling mereka.

"Misalnya, ada wanita mengenakan pakaian menjolok mata sambil berjalan dalam keadaan melenggang lenggok dengan gaya menggoda.

"Ada juga wanita yang gemar menunjukkan barang-barang perhiasan diri seperti rantai, gelang serta suka berjalan berseorangan.

"Kesemua ini boleh mengundang padah," kata siswi tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang ini kepada S2.

Justeru, Nik Noor Fatin Fatihah, berpendapat wanita sentiasa 'memiliki' peluang untuk menjadi mangsa jenayah jika tidak berhati-hati.

"Sewajarnya kita kena ambil iktibar terhadap apa yang telah banyak menimpa golongan wanita hari ini. Banyak kes dilaporkan melibatkan mereka yang memperlihatkan mereka semakin teraniaya," katanya.

Jelasnya, wanita seharusnya dilindungi bukan untuk dizalimi tetapi apa yang dikesali, lelaki yang tiada perikemanusiaan kini semakin ramai.

Page 18: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

11  

Bagaimanapun, dia yang lebih mesra dengan panggilan Fatin tidak menyalahkan lelaki sahaja dalam soal ini, memandangkan wanita sendiri turut menjadi penyumbang kepada jenayah.

Pesannya, usah memandang remeh pada perkara kecil contohnya dalam pemilihan pakaian, pergaulan dan sikap serta bijak menjaga kehormatan diri.

Ujarnya, wanita perlu berhati-hati dengan sesiapa sahaja walaupun dengan orang yang dikenali bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa perlakuan jenayah.

ARKIB : 26/05/2011

Dua lelaki ragut rantai leher wanita

KUANTAN 25 Mei – Seorang suri rumah terpaksa berputih mata apabila rantai leher miliknya bernilai RM10,000 diragut dua lelaki bersenjatakan pisau di hadapan rumahnya di Rumah Lot Sri Aman, Sungai Gau dekat Temerloh kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Nordin Mustapha berkata, kejadian berlaku pukul 8.30 pagi ketika mangsa sedang membersihkan kebun di hadapan rumahnya sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

Tambahnya, salah seorang suspek menghampirinya lalu berpura-pura bertanya rumah seseorang sebelum rakannya turun dari motosikal sambil mengacukan sebilah pisau pemotong sayur di pinggang mangsa.

ARKIB : 29/04/2011

Peniaga parah dibelasah peragut

Oleh ROKIAH ABDULLAH [email protected]

PULAU PINANG 28 April - Dua lelaki ditahan selepas menyamun dan membelasah seorang peniaga barangan plastik sehingga cedera parah di Jalan Lim Khoon Huat, semalam.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa seorang lelaki berusia 41 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di pusat bandar sebelum didatangi dua lelaki tempatan dari arah belakang dengan menunggang sebuah motosikal.

Difahamkan, suspek berusia 17 dan 24 tahun itu bertindak menendang motosikal yang dinaiki lelaki tersebut sehingga menyebabkan mangsa jatuh ke atas jalan raya.

Page 19: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

12  

Tidak cukup dengan itu, kedua- dua suspek yang merupakan seorang penganggur dan penggembala lembu turut didakwa memijak dan membelasah mangsa serta menarik rambut sebelum bertindak meragut seutas rantai emas di lehernya.

Bagaimanapun, tindakan pantas dua anggota polis ke tempat kejadian berjaya menahan seorang suspek manakala rakannya sempat meloloskan diri sebelum diberkas beberapa jam kemudian.

Polis turut menjumpai semula rantai emas daripada suspek yang kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

Akibat daripada insiden ragut itu mangsa mengalami cedera ringan di seluruh anggota badan serta mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng turut mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu kes akan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

ARKIB : 13/04/2011

Tindakan pantas polis gagalkan peragut berijazah

TELUK INTAN 12 April - Tindakan pantas dan berani dua anggota polis berjaya menggagalkan percubaan seorang lelaki meragut seorang wanita di Jalan Sultan Abdullah semalam.

Kedua-dua anggota polis yang ketika itu sedang meronda menaiki motosikal terus mengejar suspek sebaik sahaja mendengar jeritan mangsa.

Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Ismail dari Taman Desa Bakti, dekat sini memberitahu, dia baru keluar dari sebuah kedai runcit apabila melihat tiga motosikal ditunggang laju seperti sedang berlumba.

"Saya ingatkan mat rempit tetapi setelah melihat salah seorang daripada lelaki berkenaan memakai pakaian seragam polis, baru saya sedar polis sedang menangkap penjenayah," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, suspek berjaya ditahan polis selepas terjatuh ketika melalui satu selekoh.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, suspek berusia 34 tahun itu telah membuang beg yang diragut sebaik sahaja menyedari dikejar polis.

"Suspek berjaya diberkas selepas jatuh di selekoh berhampiran Kampung Banjar. Sebelum itu, dia telah membahayakan pengguna yang melalui Jalan Sultan Abdullah, Jalan Maharaja-Lela

Page 20: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

13  

dan Jalan Kampung Banjar dan Jalan Changkat Jong," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, hasil pemeriksaan ke atas suspek menemui beberapa keping kad pengenalan dipercayai milik mangsa ragut, alat menghisap syabu, pemutar skru, wayar kabel komputer dan pemacu cakera.

Menurutnya, suspek yang berasal dari Jalan Maharaja-Lela dekat sini dan positif dadah itu dipercayai telah melakukan lebih 13 jenayah ragut.

Katanya, suspek yang juga pemegang ijazah kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah ragut.

ARKIB : 06/04/2011

Lapor polis kad pengenalan hilang hanya untuk mangsa ragut

PUTRAJAYA 5 April - Orang ramai yang kehilangan kad pengenalan tidak perlu membuat laporan polis kecuali jika mahu mendapatkan pengurangan atau pengecualian denda.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd. Noor berkata, secara dasarnya laporan polis hanya dibuat untuk pengesahan kehilangan dokumen bagi menjaga identiti pengguna.

"Berdasarkan Akta Pendaftaran Negara 1957 (Akta 78) tiada keperluan untuk mengemukakan laporan polis bagi mendapatkan gantian kad pengenalan yang hilang.

"Namun, jika kad tersebut dirompak atau diragut mereka boleh buat laporan polis supaya denda dapat dikurangkan atau dikecualikan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas aduan yang disiarkan dalam akhbar ini Sabtu lalu, yang dibangkitkan oleh seorang individu menggunakan nama samaran 'Pedro', meminta supaya mereka yang kehilangan kad pengenalan agar membuat laporan polis kerana ia tidak membebankan.

Page 21: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

14  

ARKIB : 26/03/2011

Mangsa ragut trauma, peragut tak diadili?

MANGSA menggeletar ketakutan. Fikirannya buntu. Tiada siapa ambil tahu. Jaraknya hanya beberapa langkah dari deretan kedai di taman perumahan di Kuala Lumpur. Mangsa mencapai telefon yang terjatuh ke lantai kereta. Nasibnya baik telefon masih berfungsi. Dia terus menghubungi kawan.

Nada suaranya menggigil dan terputus-putus memberitahu kawannya: "Habis dah, semua habis. Cermin kereta aku dipecah. Orang itu rampas beg berisi sampul duit RM13,000. Duit itu aku nak bayar pendahuluan kereta baru."

Kawannya suruh bertenang. ''Cepat buat laporan polis." Arahan kawan diikutinya segera. Kemudian dia menelefon bosnya. "Tidak perlu datang kerja. Selesaikan masalah," kata bos yang perihatin.

Mangsa sudah kehilangan sebahagian harta hasil titik peluhnya. MyKad, barang peribadi, kad ATM, buku bank, kad kerja dan kunci rumah. Semuanya dirampas oleh dua lelaki yang bermotosikal. Dia tidak cam mereka.

Dia sempat melihat sekilas lelaki yang menumbuk pecah cermin Perodua Kancilnya. Orang itu berpakaian seragam pengawal keselamatan. Aku ceritakan kejadian ini sekadar untuk renungan pembaca.

Mangsa itu aku sendiri. Aku manusia biasa yang diuji Allah SWT dengan kerugian, hilang harta, sakit dan pening. Kejadian itu berlaku empat tahun lepas. Namun, trauma ketakutan masih menghantui aku.

Begitulah pengajarannya. Berwaspadalah apabila membawa beg berisi duit berlebihan atau barang berharga. Jangan bersantai-santai sebab kita diperhatikan mereka yang disangka baik tapi dek terdesak dalam kehidupan, adalah sebaliknya.

Sebelum kejadian malang itu, sewaktu hendak keluar dari bank, hati aku tertanya-tanya mengapa seorang lelaki sungguh hormat membukakan pintu. Selepas kejadian baru aku terfikir rupa-rupanya ini satu isyarat kepada pelanggan bank ini bahawa dia bakal menjadi mangsa rompakan.

Di balai polis, pegawai penyiasat bertanya sama ada aku boleh cam lelaki itu. Sayangnya, aku tidak ingat wajahnya. Maka pihak polis tidak dapat membantu dengan segera, sekadar meronda tempat kejadian. Kebetulan pada masa itu banyak kejadian curi, ragut, pecah rumah yang didakwa dilakukan geng Palembang.

Page 22: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

15  

Senja baru aku pulang. Tiba-tiba, telefon bimbit berbunyi. Seorang wanita memperkenalkan diri sambil memberitahu bahawa pembantu rumahnya menjumpai sebuah beg warna hitam berisi barang serta MyKad, kad kerja atas nama aku dan juga ada nombor telefon.

Menurut wanita itu, beg dijumpai di dalam tong sampah depan rumahnya. Kami berjanji untuk berjumpa esok hari.

Pada keesokan harinya, anak lelaki wanita itu membawa beg ke rumah aku. Apabila dibuka beg itu, hati aku terkejut. Kenapa? Ya, hampir semua barang dan dokumen penting ada dan yang hilang hanya sampul surat berisi duit, sebatang pen Parker dan sikat rambut! Dan, terdapat juga sekotak rokok keretek dan pemetik api plastik.

Aku menelefon pegawai penyiasat polis. Kata pertamanya ialah: "Alhamdulillah." Hati aku memujuk diri sendiri dengan mengatakan harta dan duit itu rezeki Allah.

Namun, kesan ketakutan sebagai mangsa kejadian ini tidak akan hilang selama-lamanya. Aku tidak menaruh dendam tapi kadang kala hati menjadi tidak keruan terutama setiap kali aku berhenti kereta di persimpangan lampu isyarat. Dan, di sebelah kereta pula ada lelaki menunggang motosikal. "Tak usah buruk sangka," cetus hatiku.

Rakan taulan pun turut mengalami ketakutan yang sama. Rakan yang aku panggil nama mesra Taj pula memberitahu, sekarang apabila keluar berjalan jika berdekatan rumah, dia hanya membawa kad ATM saja.

Dia jarang membawa MyKad kerana takut disamun lagi. Apabila MyKad hilang, katanya, susah nak buat urusan. Taj trauma kesan disamun di depan rumahnya. Rantai emas, beg duit walaupun tidak banyak habis dilarikan.

Ada seorang lagi rakan mengalami trauma selepas diragut ketika berjalan menuju ke perhentian bas. Lengan dan sikunya cedera. Dalam satu lagi kejadian rakan aku jadi mangsa samun ketika memandu untuk pulang ke rumah. Dia dipintas oleh seorang penunggang motosikal yang kemudian melarikan keretanya. Dia cedera kerana ditetak.

Seorang rakan yang balik bertugas waktu tengah malam bulan lepas dilaporkan jadi mangsa samun kejam apabila keretanya dilanggar dari belakang. Kereta mewahnya dilarikan. Mangsa ini terkapai-kapai mencari pertolongan.

Aku pernah meliputi kes samun di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, seorang suspek kena penjara 20 bulan dan dua kali sebatan selepas mengaku salah menyamun rakyat asing.

Memetik satu kes lain, juga di Mahkamah Majistret, penganggur dipenjara setahun selepas mengaku salah meragut beg mangsa yang hanya berisi duit RM11. Dan seorang suspek lain

Page 23: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

16  

pula dipenjara setahun selepas mengaku salah menyamun RM200 milik mangsa dengan menggunakan sebilah parang.

Mahkamah dan pihak polis mengendalikan suspek yang didakwa melakukan jenayah ini menurut peruntukan undang-undang. Namun, kami sebagai mangsa tetap dalam ketakutan

ARKIB : 15/03/2011

Peragut guna kereta curi ditangkap dalam masa kurang 24 jam

PETALING JAYA 14 Mac - Kegiatan sekumpulan penjenayah menggunakan kereta curi untuk meragut dan menyamun akhirnya terbongkar apabila kurang 24 jam kejadian ragut dilaporkan. Salah seorang daripadanya ditahan di Batu 14, Puchong, dekat sini awal pagi tadi.

Kejayaan itu susulan laporan polis seorang mangsa wanita berusia 40-an selepas beg tangannya mengandungi wang tunai RM100 serta dokumen peribadi dilarikan, semalam.

Ketika kejadian kira-kira pukul 4 petang, mangsa yang memandu kereta Proton Satria warna perak terlibat dalam kemalangan setelah kenderaannya hilang kawalan dan terbabas di selekoh berhampiran Putra Height, dekat sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, ketika mangsa keluar melihat kenderaannya, sebuah kereta Proton Satria warna biru dinaiki dua lelaki menghampiri mangsa.

Katanya, salah seorang daripada suspek lalu masuk ke dalam kereta mangsa dan meragut beg tangannya sebelum melarikan diri.

"Maklumat lengkap yang diberi mangsa mengenai jenis, warna dan nombor plat WJC 4545 yang digunakan suspek dapat membantu pihak polis untuk mengesan suspek.

"Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki suspek-suspek merupakan kereta curi yang dilaporkan hilang di Seri Kembangan pada 9 Mac lalu.

"Polis percaya suspek menggunakan kereta curi dan bersedia mengambil peluang untuk meragut dan menyamun mangsa yang berseorangan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, di sini hari ini.

Katanya, bertindak hasil maklumat tersebut, polis mengesan salah seorang suspek sedang memandu kereta dengan nombor plat sama ketika membuat rondaan di kawasan Putra Heights, pukul 3.50 pagi.

Page 24: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

17  

"Pihak polis minta suspek memberhentikan kenderaan itu bagaimanapun dia memecut laju keretanya sehingga melanggar palang tol menghala ke Puchong.

"Suspek yang dikejar sejauh kira-kira 10 kilometer akhirnya terbabas dan berjaya diberkas.

"Dia memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah didapati positif syabu ketika ditangkap," katanya.

Zainal memberitahu, polis menemui satu paket kecil dadah syabu seberat 2.4 gram dan satu beg tangan mengandungi peralatan untuk mencuri kereta.

"Suspek direman tujuh hari sehingga 20 Mac ini dan polis sedang memburu rakan-rakan suspek yang dipercayai turut terlibat dalam jenayah ragut, samun dan curi kenderaan," katanya

ARKIB : 09/03/2011

Jangan bersikap terburu-buru

Oleh SHOLINA OSMAN

KAUM wanita di negara ini dinasihatkan supaya tidak bersikap terburu-buru jika secara tiba-tiba terpaksa berhadapan dengan jenayah ragut.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, apa yang penting lihat dahulu keadaannya supaya mangsa tidak diancam dengan bahaya.

"Barang yang hilang boleh diganti tetapi nyawa itu lebih penting daripada segala-galanya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

Jangan jadikan diri anda mangsa kepada jenayah ragut kerana ia boleh membawa

maut. - Gambar hiasan

Sehubungan itu katanya, sekalipun seseorang wanita itu mungkin menganggap dirinya berani tetapi dia mesti tahu menilai keadaan persekitaran pada ketika itu supaya tindakannya itu nanti tidak akan mengancam nyawa sendiri.

"Ini kerana modus operasi peragut biasanya dilakukan dengan menggunakan motosikal di mana seorang meragut dan seorang lagi memecut kenderaan dengan laju,'' katanya.

Page 25: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

18  

Katanya, jika wanita yang sedang berjalan itu tetap juga mempertahankan beg tangannya lebih mendatangkan bahaya kerana boleh membuatkan mangsa terjatuh.

Bagaimanapun Lam Thye memuji sikap berani segelintir wanita yang bertindak ke atas peragut sekalipun tahu bahawa sudah ramai yang terkorban dan cedera akibat jenayah ini.

Katanya, tindakan ini bukan boleh dilakukan oleh semua orang tetapi semangat luar biasa ini mungkin timbul disebabkan oleh rasa benci ke atas peragut.

"Ini menunjukkan wanita ini sememangnya berani walaupun berdepan dengan keadaan yang boleh melayangkan nyawa malah berdepan dengan kecederaan,'' katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mencadangkan kepada mesyuarat MCPF nanti supaya mereka yang berani ini diberikan penghargaan.

"Wanita yang berani melawan penjenayah ini wajar dicontohi oleh orang lain khususnya dalam usaha menangani jenayah,'' katanya.

Lam Thye berkata, pihaknya memberikan beberapa tip antaranya menyarankan kaum wanita supaya sentiasa berwaspada jika mengalas beg tangan.

"Sebaiknya pastikan beg tangan itu tidak mengandungi dokumen penting dan masukkan kad pengenalan atau kad lain yang penting di dalam poket baju,'' katanya.

Malah katanya, sebaiknya ketika berjalan kaki seeloknya dari arah aliran kenderaan secara berhadapan.

Yang penting katanya, pastikan beg tangan dipegang atau digalas dengan kemas supaya tidak mudah disambar oleh peragut dari belakang.

Page 26: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

19  

ARKIB : 28/02/2011

Jom Heboh: Wanita dicekup ketika meragut

KUALA TERENGGANU 27 Feb. - Orang ramai ke Karnival Jom Heboh di sini, dengan niat untuk berhibur, namun lain pula dilakukan wanita ini apabila ke karnival itu dengan tujuan meragut.

Tindakannya bagaimanapun memakan diri apabila dia dicekup ketika cuba meragut rantai emas seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zamri Samsuddin berkata, suspek berusia 39 tahun dan berasal dari Pulau Pinang berjaya dicekup orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Berikutan penahanan wanita itu, polis percaya dapat menyelesaikan tiga kes ragut sepanjang karnival terbabit, sejak kelmarin," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pada masa sama, Zamri berkata, pihaknya berjaya menghalang satu cubaan untuk mencuri motosikal pada hari kedua karnival itu.

"Saya ingin berterima kasih kepada orang ramai dan semua pihak kerana turut sama membantu polis bagi mencegah kegiatan jenayah," katanya.

ARKIB : 26/02/2011

Mangsa ragut maut akibat terkejut

JOHOR BAHRU 25 Feb. - Seorang tukang cuci wanita maut akibat terkejut setelah beg tangannya diragut tiga lelaki semasa dalam perjalanan ke sebuah stesen minyak di Bandar Baru Uda di sini awal pagi ini.

Dalam insiden kira-kira pukul 5.50 pagi, mangsa, R, Alamelu (gambar), 49, yang membonceng motosikal rakan anaknya meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh daripada motosikal yang dinaiki sejurus diserang tiga suspek terbabit.

Anak mangsa, R. Mugash, 20, berkata, rakannya, Ganesan yang tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu memberitahu, tiga suspek itu menunggang dua motosikal dan mereka dipercayai warga asing.

"Menurut Ganesan, dalam kejadian itu, ibu saya tetap berkeras tidak mahu melepaskan beg tangannya apabila salah seorang suspek cuba meragut beg tangannya.

Page 27: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

20  

"Akhirnya, Ganesan dan ibu terjatuh daripada motosikal tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal memandangkan kedua-duanya memakai topi keledar, namun ibu mati akibat terkejut dengan kejadian itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dia yang masih terkejut dengan insiden yang menimpa ibunya itu berkata, ibunya memang dikenali sebagai seorang yang tidak mudah menyerah kalah malah tidak pernah sakit atau mempunyai sebarang masalah jantung.

Tambah Mugash, pada kebiasaannya, ibunya yang bekerja di Singapura pergi kerja bersamanya, namun disebabkan kakinya sakit hari ini, dia meminta ibunya menumpang motosikal Ganesan.

"Mungkin jika dia pergi dengan saya, kejadian ini tidak akan berlaku tetapi saya reda dengan apa yang terjadi," katanya sambil memberitahu seluruh keluarga masih menunggu keputusan bedah siasat ibunya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan kes tersebut sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu tampil membantu atau menghubungi pihak polis di talian 07-2212999 atau mana-mana balai polis terdekat," katanya.

ARKIB : 08/02/2011

Mangsa ragut pesan dikebumi di Pulau Indah

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Mangsa ragut di Jalan PJS 1/25 Pangsapuri Permai dekat sini, Zabedah Abas memaklumkan kepada suaminya pada malam sebelum kejadian yang dia akan meninggal dunia dalam satu kemalangan.

Zabedah, 46, juga meminta jenazahnya dikebumikan di kampung halaman mereka di Pulau Indah, Klang.

Perkara itu diberitahu oleh suami mangsa, Azlan Abdul Aziz, 48, ketika menceritakan perubahan yang berlaku ke atas isterinya sebelum menjadi mangsa kejadian ragut pada Khamis lalu.

Menurut Abdul Aziz, berikutan itu, dia akan menyempurnakan hajat isterinya dan mengkebumikan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Perigi.

Page 28: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

21  

Katanya, selain itu, Zabedah turut meninggalkan pesanan kepada empat anak-anak mereka serta meminta kuih donat dan ayam goreng.

"Mulanya dia (Zabedah) minta anak kedua kami, Nur Azlin berhenti kerja di sebuah kilang dan mengecat rumah. Selepas itu arwah minta dibelikan kuih donat dan ayam goreng.

"Semua permintaannya itu kami sempurnakan kerana sebelum ini dia tidak pernah meminta apa-apa daripada kami sekeluarga," katanya sedih.

Abdul Aziz berkata demikian ketika menuntut jenazah isterinya di bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang Khamis lalu, Zabedah yang dalam perjalanan ke warung miliknya tidak jauh dari situ dengan menunggang motosikal telah diragut dua lelaki, juga menaiki kenderaan sama.

Suspek bertindak menarik beg pinggang yang dipakai mangsa, namun gagal sebelum melarikan beg tangan diletakkan di dalam bakul motosikal.

Akibat rentapan kuat, mangsa terjatuh di atas jalan raya dan mengalami pendarahan di kepala sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM selama empat hari.

Selepas tidak sedarkan diri, Zabedah akhirnya disahkan meninggal dunia tengah hari semalam.

Abdul Aziz berkata, dia turut terkilan dengan kelewatan urusan pihak polis melakukan bedah siasat.

"Selepas arwah disahkan meninggal dunia tengah hari semalam, saya memberitahu pegawai yang bertugas bagi mempercepatkan urusan membawa pulang mayat.

"Bagaimanapun kelewatan pegawai polis yang tiba di PPUM pada 5.30 petang telah menyebabkan urusan menuntut jenazah terpaksa ditangguhkan pada hari ini, kami hanya mampu pulang ke rumah dan menunggu hari ini untuk kebumikan jenazah," jelasnya kecewa.

Page 29: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

22  

ARKIB : 07/02/2011

Ibu mangsa ragut maut selepas koma

PETALING JAYA 6 Feb . – Dua peragut bertindak kejam menendang motosikal dinaiki seorang ibu kepada empat anak sehingga mengakibatkan wanita itu maut selepas tiga hari koma dalam kejadian

di Jalan Klang Lama pada Khamis lalu.

Kejadian berlaku pukul 3 petang ketika motosikal ditunggangi mangsa, Zabedah Abas, 46, terjatuh sebaik sahaja ditendang dua penjenayah itu menyebabkan mangsa mengalami cedera parah di kepala.

Bagaimanapun, tiga hari selepas koma dan dirawat

di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pemilik sebuah restoran di Taman Medan itu meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Suami mangsa, Azlan Abdul Aziz, 48, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu yang berlaku berhampiran stesen minyak Shell oleh orang ramai ketika menunggu ketibaan isterinya di sebuah warung berhampiran restoran mereka.

“Biasanya, isteri saya tidak akan mengambil masa yang lama untuk datang ke kedai dari rumah tetapi hari itu, dia lambat dan saya berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

“Telahan saya benar apabila tidak lama kemudian, ada orang memberitahu isteri saya menjadi mangsa ragut. Setibanya saya di tempat kejadian, saya dapati bahagian tempurung kepala isteri saya pecah dan mulutnya berbuih,” katanya sebak ketika ditemui di PPUM hari ini.

Menurut Azlan, dia dimaklumkan bahawa penjenayah yang menaiki motosikal itu telah mengekori motosikal isterinya sejak dari sebuah persimpangan berhampiran rumah mereka.

“Saya diberitahu, setibanya

di tempat kejadian, mereka bertindak meragut beg tangan dan beg pinggang isteri saya sebelum menendang motosikalnya. Ketika itu, isteri saya cuba melawan tetapi apakan daya, dia jatuh dan cedera teruk di kepala,” katanya.

Mangsa meninggalkan seorang suami, dua anak perempuan dan sepasang anak kembar lelaki.

Sementara itu, anak mangsa, Nur Azlin Azlan, 20, memberitahu, ibunya itu mungkin telah lama diperhatikan penjenayah terbabit.

Page 30: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

23  

ARKIB : 24/01/2011

Derita mangsa ragut berpanjangan

BALING 23 Jan. - Seorang gadis, Haslinda Lahmin, 20, terpaksa menanggung penderitaan sepanjang hayat akibat perbuatan keji kejadian jenayah ragut yang dilaluinya sejak tiga tahun lalu.

Dia bukan sahaja terpaksa menggunakan besi di dalam kaki kanannya malah dia hampir hilang suara akibat kejadian itu.

Hasliza Harun (dua dari kanan) bersama anggota Mayang Parlimen Baling melawat Haslinda Lahmin di rumahnya di Kampung

Sera, Baling, Kedah, semalam.

Lebih menyedihkan akibat kejadian berkenaan kegembiraan menikmati zaman gadisnya tidak lagi bermakna apabila dia terpaksa memakai saluran paip pada leher selepas mengalami gangguan pernafasan.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sera Mukim Pulai dekat sini, Haslinda kini hanya mampu meniti hari-hari penderitaan akibat perbuatan jahat pihak tidak bertanggungjawab.

Haslinda anak ketiga daripada enam beradik itu mengalami nasib malang selepas dia diragut ketika menunggang motosikal bersama adiknya, Nurul Faezah, 17, pada 20 Ogos 2008 di Jalan Weng dekat sini menyebabkan dia kehilangan wang tunai, dokumen pengenalan diri, telefon dan turut menyebabkan kakinya cedera parah dan terpaksa menggunakan besi.

Dalam kejadian itu, dia terjatuh selepas diragut dan kemudiannya dilanggar pula oleh sebuah kereta. Peragut itu pula berjaya melarikan diri.

Kini gadis itu terpaksa menggunakan alat sokongan untuk bergerak.

"Kerana perbuatan itu anak saya kini menderita selepas kakinya patah dan terpaksa menggunakan besi manakala suaranya hampir hilang," kata bapanya Lahmin Che Din, 59, ketika ditemui rumahnya di sini hari ini.

Menurutnya, Haslinda juga sudah lapan kali berulang alik ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan susulan.

Lebih malang, Haslinda yang sebelum ini menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan tiba-tiba hilang sumber kewangan itu kerana dihentikan bantuan tanpa sebab oleh pihak berkenaan sehingga hari ini.

Page 31: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

24  

Keadaan itu menyempitkan lagi hidupnya kerana Lahmin hanya bekerja kampung manakala ibunya, Robiah Senawi,63, adalah suri rumah.

Lahmin berkata, anaknya hanya sempat menikmati bantuan JKM itu selama empat bulan sahaja.

Haslinda bagaimanapun menyatakan hasrat untuk berdikari dengan berminat untuk menjalani kursus menjahit bagi menambah pengetahuan sebagai orang kurang upaya (OKU).

Penderitaan yang dilalui Haslinda ini turut menyebabkan Majlis Kebajikan Masyarakat Penyayang (Mayang) Parlimen Baling sentiasa memberi perhatian kepada gadis ini.

Timbalan Pengerusinya, Hasliza Harun berkata, pihaknya sentiasa prihatin dengan nasib gadis itu dan bersedia membantu memenuhi keperluan termasuk berusaha mendapatkan kelas atau kemahiran yang diperlukannya.

"Kita sentiasa memberi perhatian terhadap nasib Haslinda yang mengalami penderitaan itu," katanya.

ARKIB : 15/01/2011

Pembeli barang ragut dicekup

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Polis menahan dua pemilik kedai pajak gadai yang disyaki menjadi pembeli hasil ragut dua peragut yang diberkas dalam kejadian di Lebuh Ampang, Jumaat lalu.

Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Gombak Isnin lalu, hasil soal siasat yang dijalankan polis terhadap dua peragut terbabit.

Jurucakap polis berkata, kedua-duanya juga direman selama seminggu bagi membantu siasatan kes itu.

Dalam kejadian Jumaat lalu, dua peragut menerima padah apabila ditangkap oleh anggota dari Unit Risikan dan Operasi Rekod (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang mengintip mereka sebelum sempat meragut seorang wanita.

Kejadian berlaku pukul 12.30 tengah hari ketika dua peragut berusia 20-an itu merancang meragut mangsa yang baru keluar dari sebuah kedai emas.

Kedua-dua suspek sebelum itu dilihat berlegar-legar di deretan kedai di kawasan tersebut sebelum memberhentikan motosikal merek

Page 32: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

25  

ARKIB : 28/12/2010

Trauma cuba diragut lelaki bermotosikal

SEREMBAN 27 Dis. - Seorang peniaga trauma apabila tercedera selepas menjadi mangsa cubaan ragut oleh sekumpulan lelaki bermotosikal di Jalan Rahang berhampiran Stesen Komuter Seremban dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, mangsa, Ho Ken Jee, 54, cedera di kaki dan kepala selain patah tulang rusuk akibat terjatuh dari motosikal yang ditungganginya.

Menurut mangsa, ketika kejadian, dia menunggang motosikal seorang diri dari rumahnya di Rahang menuju ke gerainya di Pasar Besar Seremban di sini.

Menceritakan semula detik cemas itu, Ken Jee memberitahu, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, motosikalnya dihampiri sekumpulan lelaki yang menunggang kira-kira 10 buah motosikal.

"Tiba-tiba, salah sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghimpit motosikal saya sebelum pembonceng motosikal itu cuba meragut beg yang disangkut di pinggang saya.

"Saya bertindak menepis tangan lelaki itu beberapa kali menyebabkan suspek hanya dapat menarik jaket saya. Mungkin berang dengan tindakan saya, lelaki itu kemudian menendang motosikal saya sehingga saya terjatuh," katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Seremban di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, selepas terjatuh dan terbaring di atas jalan, kumpulan lelaki bermotosikal itu kemudian cemas sebelum bertindak melarikan diri.

"Mereka melarikan diri dan tidak sempat mengambil apa-apa barang milik saya. Mujurlah ada penunggang motosikal yang melalui kawasan tersebut membantu membawa saya ke hospital.

"Pemeriksaan x-ray mendapati tujuh tulang rusuk saya patah selain beberapa kecederaan pada kepala dan kaki," ujarnya.

Tambahnya, dia tidak dapat mengecam rupa serta wajah suspek kerana mereka memakai topi keledar dan keadaan ketika itu masih gelap.

Kata Ken Jee, kejadian itu merupakan kali pertama buat dirinya sejak berniaga di pasar berkenaan kira-kira 30 tahun lalu.

Menurutnya, dia belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana masih berada dalam keadaan trauma dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Page 33: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

26  

ARKIB : 11/12/2010

Berwaspada jenayah ragut semakin aktif

KUANTAN 10 Dis. - Masyarakat di negeri ini khususnya golongan wanita diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap jenayah ragut yang dilihat kembali aktif sejak kebelakangan ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis daerah, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, ini terutamanya mereka yang membawa beg tangan apabila keluar rumah.

"Seboleh-bolehnya, elakkan menyandang beg di bahu dan jangan berjalan seorang diri di kawasan gelap dan sunyi," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jenayah ragut yang dilihat semakin menjadi-jadi dan menimbulkan kebimbangan orang ramai khususnya golongan wanita.

Akhbar semalam melaporkan seorang penjual ikan, Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen daerah atas kesalahan meragut beg uncang seorang pelajar perempuan yang hanya mengandungi wang tunai RM10.

Kata Kamaruzzaman, kes tersebut diharap dapat memberi peringatan serta pengajaran terhadap peragut- peragut.

Dalam pada itu, katanya, polis sentiasa memantau dan meronda kawasan-kawasan sering berlaku jenayah ragut.

"Namun, kita tidak jangka di mana atau bila peragut-peragut ini akan melakukan jenayah.

"Apa yang penting, orang awam harus sentiasa meningkatkan tahap keselamatan masing-masing bagi mengelakkan kejadian ini dari berlaku," ujarnya.

ARKIB : 03/12/2010

Unit Banteras Peragut diwujudkan

JOHOR BAHRU 2 Dis. - Dalam usaha membasmi jenayah ragut secara menyeluruh, Polis Johor mewujudkan Unit Banteras Peragut (UBP) di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, langkah itu bertujuan memastikan jenayah itu dikurangkan dan pada masa sama membolehkan masyarakat hidup dalam keadaan tenteram.

Beliau berkata, seramai tiga hingga lima anggota di setiap IPD akan ditugaskan di dalam unit berkenaan sebagai usaha mengurangkan jenayah ragut di negeri itu.

Page 34: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

27  

"Seorang pegawai akan mengetuai unit itu manakala semua anggota yang terlibat dikehendaki mencari maklumat berkaitan ragut dan unit itu akan diselia oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal.

"Polis memandang serius gejala ini dan peragut yang layak digelar lanun darat akan diperangi pihak kami habis-habisan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, berdasarkan statistik pada tahun ini, pihaknya menahan seramai 345 peragut dengan 88 orang daripadanya dituduh di mahkamah, manakala 47 lain sudah dijatuhi hukuman.

Malah, katanya, ganjaran juga diberikan kepada orang awam yang memberi maklumat mengenai peragut kepada pihak berkuasa.

"Jumlah ganjaran masih dibincangkan dan orang ramai digalakkan untuk bekerjasama memberi segala maklumat berkaitan lanun darat terbabit," katanya.

Beliau turut mengingatkan sesetengah pihak agar tidak memperjuangkan nasib penjenayah kerana golongan tersebut tidak mempunyai sifat keperimanusiaan dan hanya mementingkan diri sendiri.

"Golongan seperti ini hanya menimbulkan kesusahan kepada masyarakat," katanya.

ARKIB : 25/11/2010

Bomba selamatkan dua peragut

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI [email protected]

Seremban 24 Nov. – Gara-gara takut diberkas polis yang datang ke rumahnya, dua suspek kes ragut bertindak memanjat bumbung rumah jiran mereka sebelum menyorok di sebalik tangki air.

Namun usaha kedua-duanya sia-sia apabila mereka gagal pula untuk turun sehingga polis terpaksa memanggil pasukan bomba dan penyelamat.

Itulah berlaku terhadap dua suspek yang juga merupakan adik-beradik di Taman Bukit Kepayang, di sini kira-kira pukul 2 pagi ini.

Kedua-dua mereka ditahan polis sebaik sahaja operasi menyelamatkan mereka selesai dilakukan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin memberitahu, kedua-dua suspek berusia 20-an, sebelum itu dipercayai melakukan jenayah ragut di sebuah rumah di sekitar Jalan Tan Sri Manickavasagam, pukul 6.15 petang.

Page 35: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

28  

“Dalam kejadian itu, kedua-dua suspek menyamar sebagai pemungut hutang sebelum melarikan beg pinggang mangsa. Suspek-suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Ford Laser,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, bertindak hasil daripada maklumat, pihaknya berjaya mengesan rumah kedua-dua suspek di taman perumahan berkenaan, beberapa jam kemudian.

Katanya, namun ahli keluarga suspek dikatakan enggan memberikan kerjasama sebelum anggota terbabit menyedari kedua-dua mereka menyusup di atas bumbung rumah dua tingkat itu.

“Bagaimanapun mereka tidak boleh turun dari bumbung berkenaan sehingga kita terpaksa memanggil bomba bagi menurunkan suspek.

“Pihak bomba mengambil masa beberapa jam untuk menurunkan kedua-dua suspek sebelum mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk disoal siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

ARKIB : 13/11/2010

Dua rakan didakwa ragut warga emas

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Seorang peniaga burger dan rakannya, seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meragut beg seorang tukang jahit warga emas, minggu lalu.

Mohd. Huzaini Che Mat dan Mohd. Hasram Sama, masing-masing berusia 24 tahun memohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan samun dengan cara meragut sebuah beg kanvas berwarna hijau, sebuah beg tangan hitam, buku akaun Public Bank, serangkai anak kunci, sebuah telefon bimbit jenama Nokia, kad pengenalan dan wang tunai RM250.

Kesemua barangan yang dianggarkan bernilai RM300 itu adalah milik Chong Mei Foong, 54.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela itu didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Pria, Taman Maluri, Cheras di sini pada pukul 7.15 petang, 4 November lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yong Ann Nee mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Zainal Abidin tidak menetapkan sebarang jaminan memandangkan tiada ahli keluarga atau kenalan tertuduh yang hadir untuk menjadi penjamin.

Beliau menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 26 November ini.

Page 36: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

29  

ARKIB : 08/11/2010

Penagih dadah maut ditembak selepas ragut wanita

08/11/2010 3:29pm

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

SEREMBAN 8 Nov. – Seorang penagih dadah ditembak mati oleh polis apabila cuba meragut seorang wanita di Kawasan Perindustrian Senawang dekat sini hari ini.

Suspek yang berusia 32 tahun cuba meragut mangsa di lampu isyarat pusat bandar Senawang sebelum dikejar oleh polis yang meronda di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ melarikan diri sebelum dikejar sejauh 4 kilometer. – Utusan

ARKIB : 02/11/2010

Polis wanita bersedia gempur penjenayah

BATU PAHAT 1 Nov. - Polis masyarakat (Polmas) wanita sentiasa bersedia menggempur penjenayah jalanan terutamanya peragut di sekitar daerah ini.

Itu yang ditegaskan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris ketika melancarkan Polmas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 15 anggota Polmas wanita dari IPD itu secara rasmi mula ditugaskan untuk melakukan rondaan bermotosikal terutamanya di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah jalanan seperti di pusat bandar dan taman-taman perumahan.

IBRAHIM Mohd. Aris (kiri) bersama skuad bermotosikal Polmas yang siap sedia menjalankan tugas di IPD Batu Pahat,

semalam. "Kebiasaannya wanita sering dijadikan sasaran penjenayah jalanan, jadi kita yakin tugas ini sesuai digalas anggota polis wanita.

"Selain melakukan rondaan, Polmas juga bertindak memberi nasihat serta maklumat kepada golongan wanita berhubung langkah pencegahan bagi mengelak menjadi mangsa ragut dan jenayah jalanan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Page 37: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

30  

Ibrahim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bilangan anggota Polmas akan ditambah sekiranya wujud keperluan dari semasa ke semasa.

Beliau yakin, kewujudan Polmas dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan sekali gus mewujudkan keadaan yang kondusif untuk perkembangan ekonomi dan meningkatkan pelaburan asing di daerah ini.

Sementara itu, beliau berkata, indeks jenayah di Batu Pahat sejak awal tahun hingga semalam mencatatkan penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Beliau menambah, jenayah jalanan sejak awal tahun hingga semalam turut menurun sebanyak 37 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Justeru, Ibrahim meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah agar menghubungi IPD Batu Pahat di 07-4341225 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu mencegah perbuatan jenayah.

ARKIB : 05/10/2010

Lelaki Pakistan ditahan ragut pelancong

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Pembabitan pelajar asing dalam kegiatan jenayah di negara ini semakin menjadi-jadi.

Terbaru, polis berjaya memberkas seorang pelajar warga Pakistan kerana melakukan jenayah ragut di Jalan Sultan Ismail di sini.

Pemuda berusia 24 tahun yang merupakan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan pada pukul 11.55 malam tadi sejurus selepas meragut seorang pelancong warga Taiwan.

Sumber polis berkata, suspek ditangkap oleh beberapa anggota polis pelancong yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan tumpuan orang ramai di sekitar ibu negara.

"Suspek mengambil kesempatan meragut kamera digital seorang pelancong Taiwan berusia 28 tahun semasa mangsa sedang leka merakamkan gambar-gambar pemandangan menarik berhampiran Jalan Sultan Ismail.

"Lelaki terbabit bagaimanapun tidak bernasib baik apabila jeritan mangsa meminta tolong didengari oleh sekumpulan polis pelancong yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Page 38: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

31  

ARKIB : 05/10/2010

Tiga lagi kejadian ragut di RTP Bukit Goh

KUANTAN 4 Okt. - Selepas kejadian ragut yang menimpa seorang kerani, Wan Noresah Mat Isa, 24, pada Jumaat lalu sehingga menyebabkan mangsa parah di kepala, tiga lagi kes berlaku tidak jauh dari lokasi yang sama di Taman Impian di sini kelmarin.

Salah seorang mangsa, Sarina Abdul Basid, 31, dari Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh di sini berkata, dia turut menjadi mangsa ragut sehari selepas kejadian yang berlaku kepada Wan Noresah.

"Ketika kejadian pada pukul 5.30 petang, saya sedang menunggang motosikal dari Taman Impian melalui jalan kebun menuju ke rumah bersama anak ketiga saya yang baru berusia 11 bulan.

"Kira-kira dua kilometer dari rumah, sebuah motosikal jenis Yamaha Sport berwarna merah yang dinaiki dua lelaki cuba menghampiri saya.

"Sebaik sahaja diarahkan supaya memberhentikan motosikal, saya segera mengikut kerana bimbang dilanggar atau ditendang," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Tambahnya, dia yang merupakan seorang ibu tunggal merayu kepada dua lelaki berkenaan sambil memeluk anaknya agar tidak diapa-apakan.

Namun, katanya, dua peragut itu merampas dompet yang diletakkan di bawah baju sejuk dalam bakul motosikal sebelum melarikan diri.

"Ekoran kejadian itu, saya segera membuat laporan polis kerana kehilangan kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM40," jelasnya.

Sehari sebelum itu, Wan Noresah dari Kampung Sungai Pinang di sini parah selepas dihentak dengan topi keledar sebelum diragut dalam kejadian pada pukul 9 malam Jumaat lalu selepas pulang dari tempat kerjanya.

Sementara itu, Nor Emylia Niza Zahid, 21, dari Taman Impian di sini turut mengalami kejadian yang sama ketika sedang menunggang motosikal bersama anak dan adiknya.

"Saya percaya penjenayah yang cuba meragut beg saya merupakan lelaki yang sama meragut Sarina. Ini kerana kejadian berlaku di tempat yang sama kira-kira sejam kemudian. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana sempat menjerit dan adik saya, Nor Zuriati, 19, memeluk erat anak saya, Wan Mazrizan Hakim Wan Mazran, 10 bulan ketika peragut itu menarik beg yang berada dalam bakul motosikal.

"Akibat jeritan saya, peragut itu melepaskan tali beg tersebut kerana bimbang dipukul penduduk yang mendengar jeritan saya," jelasnya.

Page 39: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

32  

Dalam pada itu, seorang suri rumah, Norhasmida Abdul Kadir, 20, dari kawasan perumahan yang sama turut menjadi mangsa apabila rantai emas yang dipakainya turut diragut ketika menunggang motosikal.

"Selain merentap rantai, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Modenas Legenda turut mengambil beg duit yang diletakkan di dalam bakul kira-kira pukul 12 tengah hari di tempat dan hari sama," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan berkata siasatan lanjut masih diteruskan.

ARKIB : 26/09/2010

Remaja ditahan kes cabul, ragut

Oleh KAMIL MASLIH [email protected]

MUAR 25 Sept. - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bukan sahaja mencabul dan meragut mangsa malah menunjukkan kemaluannya kepada lima wanita di sekitar Parit Jawa di sini, semalam dan kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, suspek yang menunggang motosikal melakukan semua perbuatan tersebut secara berasingan.

Katanya, kes pertama berlaku pukul 7.30 pagi kelmarin apabila suspek yang menunggang motosikal memegang payu dara seorang gadis berusia 22 tahun.

MOHAMAD Nasir Ramli (tengah) menunjukkan topi keledar milik remaja yang

melakukan kesalahan cabul, ragut dan menunjukkan kemaluan yang ditahan oleh

polis di Muar, Johor, baru-baru ini.

"Ketika kejadian mangsa juga sedang menunggang motosikal di kawasan berhampiran Stesen Petronas di Parit Jawa," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 7.15 pagi semalam pula, suspek telah menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita berusia 49 tahun di perhentian bas di Sungai Gersik, di sini.

Katanya, selang sejam di Parit Jamil, suspek menghimpit motosikal seorang gadis berusia 23 tahun sebelum meramas payu dara mangsa.

Page 40: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

33  

"Mangsa ketiga ialah seorang wanita berusia 30 tahun dan suspek yang menaiki motosikal telah menolak mangsa serta motosikalnya sehingga jatuh sebelum memegang payu dara mangsa.

"Mangsa seterusnya adalah seorang gadis berusia 18 tahun di Parit Pecah. Tidak seperti mangsa sebelumnya, suspek mengambil masa selama kira-kira sejam untuk berbual dengan mangsa sebelum meragut beg tangan mangsa," ujarnya.

Menurut Mohamad Nasir, bertindak daripada laporan mangsa-mangsa, pihak polis telah berjaya mengenal pasti nombor plat motosikal suspek dan menahannya di sebuah rumah di Parit Yusuf di sini pukul 8.30 malam kelmarin.

Katanya, suspek beralamat di Kluang dan tidak lagi bersekolah manakala motosikal digunakannya adalah milik kakaknya yang tinggal di Parit Yusuf.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cabul, Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana meragut dan Seksyen 509 kerana menunjukkan kemaluan," katanya.

ARKIB : 17/08/2010

Terselamat jadi mangsa ragut

MELAKA 16 Ogos - Seperti kebiasaan pada waktu pagi, pasangan suami isteri warga emas, Ramlah Baba dan Khamis Awang akan berehat di anjung rumah mereka di Kampung Pengkalan Renggam, Kandang di sini.

Setelah berehat, Ramlah, 67, meneruskan rutin hariannya di rumah seperti menjemur pakaian dan membersihkan halaman rumah.

Bagaimanapun, ketenangan kedua-duanya hari ini dikejutkan dengan kemunculan seorang lelaki yang cuba meragut gelang tangan dipakai oleh Ramlah.

RAMLAH Baba menceritakan kejadian cemas menjadi mangsa ragut di hadapan rumahnya di Kampung Pengkalan Renggam, Kandang,

Melaka, semalam.

Tanpa mengetahui gelang tangan dipakai wanita itu bukan tulen tetapi hanya bersadurkan emas, suspek bertindak terus menyerangnya.

Akibatnya, wanita malang itu menerima tiga jahitan di tangan kirinya setelah penyerangnya merentap dengan kuat gelang tangan tersebut.

Ramlah berkata, dia tidak mengsyaki apa-apa ketika terlihat dua lelaki menaiki sebuah motosikal berulang-alik di hadapan rumahnya pada pukul 9.30 pagi.

Page 41: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

34  

"Sewaktu sedang mencuci ikan, saya terkejut apabila tiba-tiba muncul seorang lelaki dari belakang dan bertindak merentap gelang tangannya.

"Rupa-rupanya, pembonceng motosikal tadi bersembunyi di belakang mak cik manakala rakannya menunggu di tepi rumah.

"Dia cuba tarik gelang tangan hingga mak cik terjatuh dan oleh kerana terlalu takut dan terkejut, mak cik menjerit dan mujurlah, pak cik menyedari kejadian itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Khamis yang berada di anjung rumah kemudian menjerit dan berjaya menakutkan penyerang Ramlah yang kemudiannya melarikan diri tanpa memperoleh gelang tangan tersebut.

Kedua-dua penjenayah terbabit melarikan diri bersama penunggang motosikal terbabit tanpa memperolehi gelang tangan tersebut.

Ramlah yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi itu kemudian dibawa oleh salah seorang anaknya mendapat rawatan di Klinik Mawar Ayer Molek di sini.

Selepas itu dia membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Kandang pada pukul 11.30 pagi.

ARKIB : 12/08/2010

Wanita China jadi mangsa ragut

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Harapan seorang wanita warga China untuk pulang ke negara asalnya berkecai apabila semua dokumen penting miliknya dan tiket kapal terbang hilang akibat disamun empat lelaki di Taman Gembira, Kuchai Lama, sebulan lalu.

Ketika kejadian, mangsa Sun Xiu Mei, 45, dalam perjalanan pulang seorang diri dari sebuah pusat beli-belah sebelum didatangi oleh sebuah kereta berwarna putih yang dinaiki oleh empat lelaki.

Ketua Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Micheal Chong berkata, tiba-tiba dua lelaki turun dari kereta itu lalu mengacukan parang ke arahnya sebelum merampas beg miliknya.

Beliau berkata, mangsa yang cuba menarik beg tersebut bagaimanapun ditetak di kaki kanan dan bahagian badan.

"Mangsa sepatutnya telah pulang ke negaranya namun ekoran peristiwa ngeri yang menimpa dirinya, dia tidak dapat berbuat demikian.

"Mangsa kerugian RM2,000, RMB 8,300 (RM3,980) selain kehilangan pasport, telefon bimbit, tiket kapal terbang, kunci dan dua keping kad kredit bank," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Page 42: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

35  

Menurut beliau, mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius walaupun ditetak oleh penyamun terbabit kerana memakai jaket jean tebal.

Katanya, semua suspek yang dipercayai berkulit gelap kemudian melarikan diri sementara mangsa meminta bantuan orang ramai menghantarnya ke hospital berdekatan.

"Selepas menerima rawatan, mangsa seterusnya membuat laporan di Balai Polis Petaling pada hari yang sama," katanya.

Micheal memberitahu, mangsa dan suaminya yang merupakan warga tempatan sebelum ini cuba memperbaharui pas lawatannya namun gagal berbuat demikian akibat kejadian tersebut.

"Kesukaran untuk memperbaharui pas lawatannya menyebabkan dia tidak dapat balik ke negara asal untuk melihat ibunya yang sedang sakit," katanya lagi.

ARKIB : 17/07/2010

Pelajar wanita UiTM nekad kejar peragut

SHAH ALAM 16 Julai - Tindakan berani seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengejar lelaki bermotosikal yang meragut begnya di Persiaran Raja Muda di sini tidak sia-sia apabila penjenayah itu akhirnya berjaya diberkas polis.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi semalam ketika mahasiswi UiTM Shah Alam berusia 23 tahun itu dalam perjalanan menaiki motosikal untuk ke kampusnya.

Penahanan suspek berusia lewat 20-an yang memiliki lima rekod jenayah itu turut membantu polis menyelesaikan lima kes ragut di sekitar daerah ini.

Menceritakan kejadian itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin berkata, selepas beg mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikalnya diragut oleh suspek, mangsa bertindak nekad mengejarnya sejauh 1.5 kilometer.

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di satu pusingan U berdekatan deretan kedai di Jalan Jati, Seksyen 3 di sini, mangsa mengambil kesempatan melanggar motosikal suspek hingga menyebabkan kedua-duanya terjatuh.

"Selepas terjatuh, mangsa menjerit meminta tolong dan orang awam termasuk dua pegawai polis yang sedang minum di sebuah restoran di deretan kedai berkenaan meluru ke arahnya untuk membantu dan seterusnya menangkap suspek.

"Suspek kemudian dibawa ke balai sementara mangsa yang hanya mengalami luka ringan membuat laporan polis," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Kata beliau, suspek yang diberkas mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Nor Azam berkata, polis ingin mengucapkan terima kasih kepada mangsa dan semua pihak yang membantu dua pegawainya memberkas suspek semasa kejadian.

Page 43: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

36  

ARKIB : 02/07/2010

Ragut: Mekanik dijel tiga tahun, didenda

KUALA LUMPUR 1 Julai - Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah didapati bersalah meragut seorang pembantu rumah warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Fareez Mohd. Fauzi, 25, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dalam kes tersebut.

Dalam keputusannya, Zaki Asyraf menyatakan, keterangan pembelaan yang diberikan oleh tertuduh ditolak oleh mahkamah kerana ia hanya rekaan dan penafian semata-mata serta tidak berasas.

Mohd. Fareez disabitkan kesalahan meragut seutas rantai leher emas yang dianggarkan bernilai RM700 milik wanita yang hanya dikenali sebagai Sri Murnilawati, 30, di alamat 79A, Jalan 1/5A, Taman Melati, Setapak dekat sini pada pukul 9 malam, 2 Mac 2007.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan permohonan Mohd. Fareez untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dengan syarat jumlah denda itu dibayar dan notis rayuan difailkan hari ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias manakala tertuduh diwakili peguam bela K. Komagan.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak tiga saksi pendakwaan tampil memberi keterangan manakala seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh sendiri memberi keterangan bela diri secara bersumpah dari kandang saksi.

Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu sedang berjalan kaki di kawasan perumahan Taman Melati tiba-tiba diragut oleh tertuduh yang membonceng motosikal jenis Yamaha bernombor pendaftaran WDJ 3035.

Pembantu rumah itu kemudiannya bertindak menyepak tertuduh tetapi lelaki tersebut berjaya membalas sepakan itu sehingga menyebabkan wanita itu cedera di siku kanannya.

Tertuduh cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh jiran mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Page 44: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

37  

ARKIB : 31/12/2009

Kekejaman peragut dan ah Long

SEPERTI mana tahun-tahun sebelum ini, 2009 tidak kurang dengan berita berkaitan tragedi, nahas dan jenayah yang menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.

Berikut peristiwa menarik sepanjang tahun termasuk jenayah ragut yang masih menghantui rakyat negara ini.

3 Mei - Seorang wanita hamil dua bulan, Jamilah Selamat, 31, yang terpaksa bertarung nyawa selepas koma dua hari akibat diragut akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Johor Bahru.

6 Mei - Seorang lagi wanita hamil empat bulan, Saripah Mohd. Noor, 34, maut dirempuh kereta selepas terjatuh dari motosikal akibat diragut dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di Kampung Padang Raja, Jalan Melor, Ketereh.

6 Mei - Seorang nenek, Tom Salleh, 86, pula menjadi mangsa seterusnya apabila maut akibat ditumbuk oleh dua lelaki yang cuba meragut anak perempuannya di Kampung Besar, Tasek Gelugor, Seberang Perai.

Suami pengusaha salon, Jafri Tajul Ariffin (kanan) memeluk anaknya dalam kejadian samun dan bunuh di Taman Pinji Seni Ipoh

pada 20 Mei lalu. 26 Nov. - Seorang wanita warga emas, Fatimah Salleh, 66, terbunuh akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal setelah diragut lelaki bermotosikal di Alor Binjai, Pendang, Kedah.

7 Dis. - Seorang lelaki, Abdul Rahman Mohd. Khadla'din, 34, maut manakala isterinya parah setelah motosikalnya merempuh pagar simen sebuah rumah setelah diragut dua lelaki di Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.

Nahas dan tragedi

28 Mac - Dua doktor pakar kanak-kanak Hospital Ampang Puteri ditemui mati di Bukit Tabuh, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

18 Mei - Lima parah dan dua hilang apabila sebuah kapal tangki milik syarikat Singapura membawa kira-kira 2,000 tan metrik minyak kotor, terbakar di perairan Pengerang, Kota Tinggi, Johor.

Page 45: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

38  

20 Mei - Seorang penagih dadah yang terdesak mahu mendapatkan wang menikam mati seorang pengusaha salon bersama anak lelaki berusia lima tahun dan pembantu rumahnya dalam rompakan di sebuah rumah di Taman Pinji Seni, Ipoh.

29 Mei - Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang dirahsiakan selama tiga tahun oleh satu keluarga di Pulau Pinang terbongkar apabila adik-beradiknya mendedahkan dia telah dibunuh oleh bapa mereka sendiri.

2 Jun - Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi lokasi utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh.

29 Jun - Seorang ibu sanggup merendam bayi perempuannya yang baru dilahirkan di dalam baldi cat sehingga mati di sebuah rumah sewa di Wisma Bola Sepak, Jalan Gambut, Kuantan.

14 Julai - Anak sulung Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun maut setelah rumahnya di tingkat 32, Kondominium Seri Bayu di Mont Kiara terbakar.

11 Sept. - Sebuah pesawat ringan meragut dua nyawa ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

9 Nov. - Seorang warga emas sanggup menikam isterinya hingga mati selepas wanita itu dikatakan meminta cerai di rumahnya di Alor Setar.

26 Nov. - Seramai 14 orang maut, 13 terselamat manakala dua masih hilang selepas bot yang mereka naiki untuk menyambut Hari Raya Aidiladha karam ketika dalam perjalanan dari Kudat ke Karakit, Pulau Banggi.

Kemalangan meragut nyawa

2 Jan. - Seramai 10 orang maut manakala seorang bayi parah dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 21, Jalan Kuala Krai-Gua Musang.

13 April - Enam terkorban apabila bas ekspres dua tingkat yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 443 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Rawang menghala ke Kuala Lumpur.

31 Mei - Tiga rakyat Indonesia maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Urvan yang dinaiki terbalik sebelum dirempuh sebuah kereta lain di Kilometer 128.1 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), dekat Temerloh, 31 Mei lalu.

18 Sept. - Empat sekeluarga rentung manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan.

6 Dis. - Dua sahabat maut apabila sebuah kereta hilang kawalan lalu terjunam dari atas tempat letak kenderaan sebelum terhempas di dalam pusat beli-belah KB Mall, Kota Bahru.

11 Dis. - Seorang pengantin lelaki, Mohd. Ariff Ab. Kadir, 23, maut tiga jam selepas bernikah dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar.

Page 46: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

39  

12 Dis. - Dua beradik antara tiga yang rentung apabila sebuah lori tangki minyak terbabas dan merempuh sebuah rumah sebelum meletup di Kampung Batu Ulu Klawang, Batu 18, Jelebu, Negeri sembilan.

14 Dis. - Seorang mati manakala 20 lagi cedera termasuk enam parah apabila medan selera di tingkat bawah sebuah pusat beli-belah di Jalan Lagenda Bachang, Seremban, tiba-tiba meletup, dipercayai akibat kebocoran gas.

26 Dis. - 10 maut apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan di Ipoh, Perak.

27 Dis. - Empat sekeluarga maut dengan tiga daripada mereka rentung manakala dua lagi cedera apabila van dinaiki terbalik dan terbakar dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 6.4, Jalan Parit Bunga-Tangkak, Tangkak, Johor.

Kejayaan polis

10 Jan. - Polis Sabah melumpuhkan satu sindiket penipuan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS), dengan tertangkapnya 15 orang termasuk dua wanita sekali gus menyelesaikan beratus-ratus kes penipuan itu di seluruh negara.

17 Feb. - Polis menembak mati enam penjenayah yang dikehendaki kerana terbabit dalam beberapa siri rompakan bersenjata di sebuah rumah di Kampung Kemunting, Sungai Karangan, Kulim, Kedah.

5 Mac - Polis Kelantan menembak mati empat penjenayah paling dikehendaki terlibat dalam 35 kes rompakan, dalam kejadian berbalas tembak di persimpangan Kampung Sungai Sam-Dabong di Jalan Kuala Krai-Gua Musang.

23 Mac - Satu sindiket dadah antarabangsa bernilai RM61.3 juta, didalangi oleh warga Taiwan tumpas selepas polis menyerbu sebuah kilang yang dijadikan makmal di kawasan perindustrian Tebrau, Johor Bharu.

3 Mei - Polis menahan tiga lelaki dan merampas sebuah lori membawa muatan 900 kilogram syabu bernilai RM254 juta di sebuah kawasan di Rompin. Anggota polis terbabit turut ditawarkan sejumlah wang RM500,000 sebagai ganjaran untuk dilepaskan.

13 Mei - Sebuah kumpulan samun warga Indonesia, 'Geng Bonding' berjaya ditumpaskan selepas polis menembak mati lima ahlinya di susur keluar Jalan Seelong ke Lebuh Raya Pasir Gudang, Johor Bahru.

13 Mei - Ketua Polis Johor, Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menunjukkan sepucuk pistol yang berjaya dirampas dari sekumpulan perompak yang merompak di sebuah rumah di Kampung Sinaran Baru, Skudai pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis, (IPK) Johor Bahru.

8 Jun – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis syabu oleh dua lelaki warga Iran setelah merampas 20.4 kilogram dadah itu bernilai RM5.1 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Page 47: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

40  

20 Jun – Sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa turut ditumpaskan apabila polis menahan sembilan kakitangan Jabatan Imigresen Johor termasuk lima pegawai kanan.

25 Julai – Polis menembak mati dua penjenayah yang memecah masuk rumah ibu penyanyi terkenal, Asmawi Ani, 28, atau Mawi di Felda Taib Andak, Kulaijaya.

5 Okt. – Empat penjenayah yang terbabit sekurang-kurangnya 41 kes samun bersenjata ditembak mati di sekitar Kedah dan Perlis di kawasan tangki air Bukit Kukus.

14 Dis. – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan bayi dengan tertangkapnya sembilan ejen termasuk dalang dan empat pembeli dalam tangkapan berasingan di Banting, Klang dan Kajang, Selangor.

Kegiatan ah long

27 Mei – Tiga lelaki diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam ‘lokap’ buatan ceti haram itu.

12 Julai – Empat ketua ah long termasuk seorang yang bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan kes membabitkan kegiatan ceti haram itu yang mempunyai rangkaian di dalam dan luar negara.

Peristiwa-peristiwa lain

6 Mac – Setiausaha politik kepada seorang menteri Kabinet berusia 40-an ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah restoran kerana dipercayai menerima suapan lebih RM70,000.

7 Mei – Orang ramai gempar apabila beberapa keping gambar bogel seorang ahli politik wanita tersebar di sebuah laman blog.

12 Mei – Polis menahan Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir pada 12 Mei lalu kerana dipercayai terlibat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Kuala Terengganu.

17 Ogos – Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull membuat kejutan yang suruhanjaya itu akan memberhentikan sementara siasatan terhadap ahli politik berkuat kuasa serta merta.

1 Sept. – Lelaki warga Perancis yang terkenal dengan gelaran Spiderman kerana kebolehannya menakluk bangunan pencakar langit tanpa kelengkapan, akhirnya berjaya menawan puncak tertinggi Menara Berkembar Petronas. Bagaimanapun dia ditahan dan didenda RM2,000.

2 Nov. – Seorang ahli Parlimen adalah antara lima yang didakwa SPRM di Mahkamah Shah Alam kerana dipercayai terlibat dalam kesalahan rasuah.

4 Dis. – Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang sepatutnya menamatkan tugasnya pada 25 Mei tahun depan mengemukakan notis bertulis kepada Pejabat Perdana Menteri untuk memendekkan tempoh perkhidmatan beliau.

Page 48: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

41  

ARKIB : 23/12/2009

Wanita kena ragut RM53,000

KLANG 22 Dis. - Tindakan membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak, apatah lagi secara berseorangan memang mengundang petaka.

Hakikat itu terpaksa ditanggung seorang ahli perniagaan wanita apabila wang tunai RM53,000 dan barangan berharga miliknya diragut seorang lelaki bermotosikal di hadapan sebuah bengkel kereta di Bukit Tinggi petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, mangsa berusia 45 tahun dikatakan baru sahaja mengeluarkan wang tunai dari sebuah bank di Jalan Kapar di sini.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, suspek dipercayai telah mengekori mangsa yang menaiki kereta sejak dia keluar dari bank, pulang ke rumah dan keluar semula untuk ke bengkel berkenaan.

"Mangsa pulang sebentar ke rumahnya untuk mengambil barang sebelum keluar semula ke bengkel berkenaan bagi melunaskan bayaran membaiki sebuah lagi keretanya yang rosak.

"Sebaik sahaja melihat mangsa keluar dari rumah, suspek berusia lingkungan 40-an terus mengekori kenderaannya.

"Apabila nampak mangsa tiba di bengkel dan keluar dari kereta, suspek mengambil kesempatan meragut beg tangannya sebelum melarikan diri," kata beliau.

Menurut Mohamad, mangsa yang tergamam dengan kejadian itu hanya mampu melihat beg tangannya yang didakwa mengandungi wang tunai RM53,000 dan beberapa barangan berharga termasuk rantai leher dan telefon bimbit dilarikan peragut berkenaan.

Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang dan siasatan kini dilakukan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana meragut.

Sehubungan itu, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian berkenaan agar menghubungi mana-mana balai polis atau IPD Klang bagi menyalurkan maklumat.

Sumber : http://www.utusanmalaysia.com.my Tarikh Akses : 16 Ogos 2011

Page 49: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

1  

Headline: Warga emas mangsa ragut meninggal dunia Publication: HM Date of publication: Aug 13, 2011 Section heading: Main Section Page number: 042

SUNGAI PETANI: Seorang warga emas yang bertarung nyawa selepas menjadi mangsa ragut dua lelaki di Gurun, dekat sini, meninggal dunia semalam selepas 11 hari menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) akibat kecederaan parah. Mangsa, M Minachi (gambar), 83, dari Kampung Kilang Ketapan, Gurun mati kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH pada 1 Ogos lalu akibat kecederaan di kepala serta putus telinga kanan. Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari di hadapan rumahnya ketika mangsa keluar untuk mengambil angin sebelum dua lelaki menaiki kereta Perodua Viva merentap rantai leher dan subang mangsa. Anak mangsa, S Raja, 50, berkata suspek menolak ibunya hingga terjatuh lalu menyebabkan kepalanya terhentak pada lantai ketika dia bersama ahli keluarga lain berada dalam rumah. Menurutnya, dia terkejut mendengar jeritan lalu bergegas keluar untuk mengejar dua lelaki itu, namun gagal. Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya kini sedang memburu suspek terbabit untuk membantu siasatan.

Headline: Mengaku ragut nenek Publication: BH Date of publication: Aug 12, 2011 Section heading: Main Section Page number: 026 Byline / Author: Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur yang meragut rantai leher nenek saudaranya berusia 87 tahun, dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Hakim Azman Musa menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Khairul Nik, 24, dari Kampung Tanah Merah Kerandang, Besut, selepas mengaku bersalah meragut rantai leher bernilai RM7,000 yang dipakai nenek saudaranya di rumah mangsa di Kampung Air Puteh Kerandang, Besut pada 4 Ogos lalu. Mengikut fakta kes, tertuduh menyentap rantai leher emas milik nenek saudaranya, Aishah Yusof, kira-kira jam 9 pagi. Ketika kejadian, mangsa membasuh pinggan di dapur. Muhammad Khairul kemudian ditahan kira-kira jam 3 petang hari sama selepas mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 12 tengah hari dan barang kes yang disembunyikan dalam kereta Perodua Alza milik kakak tertuduh, turut dirampas.

Page 50: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

2  

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Zulfazliah Mahmood, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Headline: Peragut silap sasaran Publication: HM Date of publication: Aug 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 029 Byline / Author: Oleh Zatul Iffah Zolkiply; Taufiq Daud

KUALA TERENGGANU: "Saya minta maaf, ambillah semula gelang ini. Jangan belasah saya," rayu seorang peragut apabila mendapati wanita yang diragutnya di Bulatan Jalan Sultan Omar di sini, kelmarin, adalah seorang anggota polis. Namun, lelaki berusia 26 tahun itu cuba melarikan diri, tetapi dikejar anggota polis wanita berkenaan sebelum dia ditahan anggota Pasukan Khas Ragut yang tiba tidak lama selepas itu. Mangsa, konstabel Siti Hawa Norashid, 25, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu bermula apabila dia dihampiri suspek yang menunggang sebuah motosikal Yamaha ketika tiba di Jalan Sultan Omar sebelum lelaki itu meragut gelang emas di tangan kanannya. "Saya yang terkejut dengan kejadian itu, nekad mengejarnya. Pada masa sama, suspek yang hilang kawalan gagal mengawal motosikalnya sebelum dia terbabas dan jatuh. "Dalam keadaan kakinya yang berdarah, suspek sempat meminta maaf dan memulangkan semula gelang saya. Bagaimanapun, saya sempat bergelut dan memukulnya antara dua hingga tiga kali menggunakan topi keledar," katanya ketika ditemui di Bulatan Jalan Sultan Omar di sini, kelmarin. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek bertindak meragut gelang emas di tangan kanan mangsa yang menunggang skuter MZ Mosquito sebelum melarikan diri. Manoharan berkata, suspek berasal dari Taman Keramat, Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pembantu juruukur itu ditahan anggota Pasukan Khas Ragut yang tiba tidak lama selepas itu. Katanya, suspek yang juga positif dadah kini direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.

Page 51: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

3  

Headline: Doktor mahu buang tiub Publication: HM Date of publication: Aug 4, 2011 Section heading: Main Section Page number: 034

KUALA TERENGGANU: "Maizatul Akmal masih koma dan tidak menunjukkan sebarang perubahan dan saya bertambah risau dengan keadaannya apabila doktor meminta izin membuang tiub di mulutnya bagi mengelakkan jangkitan," kata ibu dua beradik mangsa ragut, Maimunah Salim, 47, semalam. Menurutnya, doktor yang merawat anaknya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, meminta keizinannya membuang tiub berkenaan bagi mengelak berlaku jangkitan kuman dan menebuk leher Maizatul Akmal untuk memudahkan saluran ubat atau makanan dimasukkan terus melalui bahagian berkenaan. Ahad lalu, Maleha dan Maizatul Akmal, 22, mengalami kecederaan parah selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan ketika cuba mengejar peragut yang merampas beg sandang Maizatul Akmal dalam kejadian di Jalan Kamaruddin, di sini.

Headline: Mangsa ingin jumpa peragut Publication: HM Date of publication: Aug 3, 2011 Section heading: Main Section Page number: 004

KUALA TERENGGANU: "Setiap kali terkenangkan tragedi itu, saya berasa ingin berjumpa dan berdepan dengan peragut itu," kata Maleha Malik, 25, yang terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, akibat menjadi mangsa ragut di Jalan Kamaruddin, di sini, Ahad lalu. Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, Maleha mengalami pendarahan dalaman, patah tangan kanan dan cedera di leher manakala adiknya, Maizatul Akmal, 22, koma berikutan parah di kepala. Anak keempat daripada 11 beradik itu berkata, dia berharap peragut terbabit dikenakan hukuman setimpal. "Sebelum ini, saya kerap membaca kejadian ragut melalui akhbar mahupun televisyen dan tidak pernah terlintas di fikiran saya sendiri akan menjadi mangsa. "Kejadian ini membuatkan saya tertekan dan sedih apatah lagi ia berlaku ketika masyarakat Islam membuat persiapan menyambut Ramadan. "Malah, hati saya dihambat pilu apabila dimaklumkan keluarga mengenai keadaan adik yang masih koma. Saya berharap peragut itu menerima balasan setimpal. Dia perlu bertanggungjawab di atas perbuatannya," katanya ketika ditemui di HSNZ, di sini, semalam.

Page 52: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

4  

Headline: Kakak parah, adik koma Publication: HM Date of publication: Aug 2, 2011 Section heading: Main Section Page number: 010 Byline / Author: Oleh Zatul Iffah Zolkiply

KUALA TERENGGANU: "Saya tidak akan memaafkan perbuatan yang dilakukan terhadap anak saya. Penjenayah itu perlu bertanggungjawab dan saya mahu dia dikenakan tindakan sewajarnya," kata Maimunah Salim, 47, ibu kepada dua beradik yang cedera parah akibat menjadi mangsa ragut di Jalan Kamaruddin, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, anak keempat daripada 11 beradik, Maleha Malik, 25, mengalami pendarahan dalaman, patah tangan kanan dan cedera di leher manakala adiknya, Maizatul Akmal, 22, koma akibat cedera parah di kepala. Kedua-duanya masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini. Difahamkan, dua beradik yang bekerja sebagai pembantu kedai itu dalam perjalanan ke Kompleks Seri Iman dengan menunggang motosikal dari rumah mereka di Flat Seri Kolam, di sini. Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, mereka dihampiri seorang penunggang motosikal sebelum meragut beg Maizatul Akmal yang membonceng menyebabkan Maleha mengejar penjenayah berkenaan. Namun, usaha mereka gagal apabila motosikal ditunggang dua beradik itu bertembung dengan sebuah motosikal lain yang datang dari arah bertentangan sebelum bergesel dengan sebuah teksi menyebabkan mereka hilang kawalan lalu jatuh dan mengalami kecederaan serius. Maimunah berkata, hati ibu mana yang tidak hiba melihat dua anak terlantar tidak bermaya, apatah lagi tragedi itu berlaku ketika masyarakat di ambang menyambut ketibaan Ramadan. "Saya masih terkejut dengan kejadian ini. Pada malam sebelum kejadian, Maleha dan Maizatul Akmal kelihatan ceria dan mesra dengan adik-beradik yang lain. "Mereka turut bersikap pelik apabila tidak mahu saya menyediakan juadah berbuka kerana mahu membeli lauk-pauk di bazar Ramadan," katanya ketika ditemui di HSNZ di sini, semalam. Menurut Maimunah, dia merasakan apa yang berlaku seolah-olah mimpi ngeri selain masih terbayangkan keceriaan dua anaknya pada malam sebelum kejadian. "Melihat kecederaan Maleha dan Maizatul Akmal, saya tidak dapat bayangkan ketika menyambut lebaran nanti. "Saya tidak tahu bagaimana kejadian sebenar, tetapi dimaklumkan anak kami diragut. "Saya hanya mahu melihat mereka sembuh sambil berharap orang ramai yang melihat kejadian itu dapat tampil membantu siasatan polis," katanya sambil mengesat air mata yang berlinang.

Page 53: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

5  

Sementara itu, bapa mangsa, Malik Ngah, 58, berkata, Maleha yang menjalani pembedahan di tangan dan bahagian perut selain patah tangan kanan kini berada dalam keadaan stabil. "Maizatul Akmal yang menjalani pembedahan membuang darah beku selepas mengalami kecederaan parah di kepala masih koma," katanya. Menurutnya, kejadian itu sudah dimaklumkan kepada polis, kelmarin dan dia difahamkan, siasatan lanjut akan dijalankan sebaik anaknya berada dalam keadaan lebih stabil.

Headline: Seni pertahanan diri cegah jenayah

Publication: BM Date of publication: Jul 31, 2011 Section heading: Main Section Page number: 017 Byline / Author: Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

KAJIAN agensi penyelidikan antarabangsa menunjukkan rakyat Malaysia kini lebih selamat berbanding tahun lalu. Kaji selidik dilakukan TNS Research International Malaysia (TNS) bagi pihak Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di landasan betul dalam usaha mengurangkan jenayah. Namun, kajian itu menyebut, kebimbangan wanita terhadap jenayah (60.3 peratus) lebih tinggi berbanding lelaki (38.3 peratus). Perkara ini mungkin terjadi kerana lebih ramai wanita menjadi mangsa penjenayah, terutama kes ragut. Wartawan Berita Minggu, MOHD AIZAT SHAMSUDDIN mendapatkan pandangan penyanyi, Atilia yang pernah menjadi mangsa ragut. ? Apakah anda selamat berada di khalayak ramai atau masih trauma. Selepas kejadian rompak dan ragut di rumah, pada awalnya memang saya tidak nyenyak tidur kerana sering teringat kejadian itu. Saya mengelak keluar berseorangan dan minta ditemankan. Saya sentiasa berjalan sambil melihat belakang untuk memastikan selamat dan membawa penyembur serbuk lada. ? Apakah anda fikir negara ini selamat. Negara kita semakin tidak selamat kerana banyak berlaku jenayah. Jika dulu, ibu bapa tidak kisah anak bermain di luar, tetapi dengan kes penculikan yang berlaku, mereka risau untuk membenarkan anak bermain di luar. Jenayah juga tidak mengenal tempat kerana ada wanita memandu diragut beg tangan yang diletakkan di kerusi penumpang ketika berhenti di lampu isyarat. ? Kes jenayah seperti samun dan ragut terus berlaku walaupun pelbagai usaha diambil pihak berkuasa bagi mengurangkan indeks jenayah, mengapa ini terjadi. Walaupun ekonomi stabil, tahap ekonomi individu masih tidak stabil menyebabkan ada yang melakukan jenayah. Kebanyakan yang melakukan jenayah ini ialah mereka yang tiada kerja tetap dan penagih dadah. Kebanjiran pendatang asing juga menjadi faktor meningkatnya indeks

Page 54: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

6  

jenayah. ? Apakah kempen antijenayah atau pendedahan seni mempertahankan diri perlu diberi penekanan pada peringkat prasekolah atau usia muda. Kempen keselamatan tidak harus tertumpu kepada satu golongan saja seperti kanak-kanak. Semua pihak perlu peka dan ambil tahu apa perlu dilakukan apabila berdepan situasi jenayah atau kawasan yang sering berlaku jenayah sebagai langkah berjaga-jaga. Belajar seni bela diri juga dianggap langkah baik kerana kita dapat mempertahan diri apabila berdepan jenayah. Selain itu, kita juga dapat membantu masyarakat jika mereka menghadapi situasi sama.

Headline: Malaysia kini bertambah selamat

Publication: BH Date of publication: Jul 28, 2011 Section heading: Main Section Page number: 016 Byline / Author: Oleh Nor Azizah Mokhtar

KUALA LUMPUR: Kajian sebuah agensi penyelidikan antarabangsa menunjukkan rakyat Malaysia kini berasa lebih selamat berbanding tahun lalu. Mengikut kajian itu, tahap kebimbangan rakyat Malaysia terhadap jenayah menurun daripada 52 peratus ketika tempoh kajian empat bulan (Oktober 2010-Januari 2011) kepada 48.9 peratus pada Februari-Mei 2011. Bagaimanapun, kajian bagi tempoh sama mendapati ada sedikit peningkatan rasa bimbang wanita terhadap jenayah iaitu kenaikan 0.7 peratus kepada 60.3 peratus (Mei 2011) berbanding 59.6 peratus (Januari 2011). Kaji selidik TNS Research International Malaysia (TNS) bagi pihak Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga menunjukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di landasan betul dalam usaha menurunkan kadar jenayah di negara ini. Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PEMANDU, Eugene Teh Yee, berkata pujian harus diberikan kepada polis yang terus berusaha mengurangkan kadar jenayah dengan melaksanakan inisiatif yang dirangka mengikut Program Transformasi Kerajaan (GTP). "Kajian ini dilakukan setiap empat bulan sekali sejak Disember 2009 dan penurunan berterusan yang dicatatkan sejak itu membuktikan kita (PEMANDU dan PDRM) berada di landasan yang betul dalam memastikan rakyat di negara ini sentiasa berasa selamat. "Dalam pada itu, kita akan terus memberi perhatian dan memperbaiki beberapa perkara menerusi penambahbaikan dan antara masalah yang harus ditangani polis ialah peningkatan tahap kebimbangan terhadap jenayah di kalangan wanita," katanya. Beliau berkata, kajian TNS juga mendapati wanita lebih bimbang berlakunya jenayah berat,

Page 55: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

7  

terutamanya jenayah serangan fizikal, bunuh, cabul, rogol, rompak, samun, ragut dan samseng jalan. "Kajian itu juga menunjukkan kadar kebimbangan wanita terhadap jenayah lebih tinggi berbanding lelaki (60.3 peratus bagi wanita, berbanding 38.3 peratus bagi lelaki). Ini mungkin kerana lebih ramai wanita menjadi mangsa penjenayah terutama dalam kes ragut," kata Teh Yee. Selain itu katanya, penduduk di luar bandar dilihat lebih bimbang berlakunya jenayah berbanding penduduk bandar hasil pelaksanaan lebih banyak program keselamatan dan rondaan di bandar berbanding luar bandar. Sementara itu, kaji selidik terhadap kadar kepuasan orang ramai terhadap perkhidmatan PDRM juga dilakukan di empat kawasan titik panas (hot spot) iaitu sekitar Kuala Lumpur, Johor Bahru, Selangor dan Pulau Pinang serta didapati menurun sedikit daripada 56.6 peratus pada Januari 2011 kepada 55 peratus (Mei 2011). Kaji selidik TNS membabitkan 1,212 responden yang berumur 18 tahun ke atas dan dipilih secara rawak berdasarkan taburan penduduk setiap negeri. Kaji selidik merangkumi tiga kategori utama iaitu jenayah rompak dan samun, jenayah membabitkan kenderaan serta jenayah keganasan.

Headline: Pelajar ragut wanita Publication: BH Date of publication: Apr 30, 2009 Section heading: Main Section Page number: 017 Byline / Author: Oleh Nik Sukry Ramli

KUALA LUMPUR: Dua pelajar sekolah menengah yang lengkap berpakaian seragam sekolah memukul seorang wanita sehingga cedera sebelum meragut beg tangannya di Desa Setapak di sini, kelmarin. Seorang daripada mereka berusia 13 tahun, bagaimanapun ditahan petang semalam di rumahnya di sini, berdasarkan maklumat diperoleh daripada sebuah beg sekolah yang ditemui di tempat kejadian. Di dalam beg sekolah itu, polis menjumpai pelbagai kad mesin juruwang automatik (ATM), kad kredit, lesen memandu, telefon bimbit, kunci kereta dan sejumlah wang tunai. Mengikut jurucakap polis, kejadian ragut itu berlaku jam 1.30 petang ketika mangsa berusia 27 tahun berada di kawasan letak kereta sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Desa Setapak, sebelum dihampiri dan diserang pelajar terbabit. Mangsa yang bekerja di syarikat teknologi maklumat di sini, terkejut dengan tindakan kedua-dua pelajar dan cuba melawan, menyebabkan pergelutan sehingga mangsa cedera di tangan, kepala, badan dan kaki. Kejadian itu bagaimanapun, disedari orang awam yang kebetulan berada di kawasan

Page 56: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

8  

berhampiran yang mengejar kedua-dua suspek. "Kedua-dua suspek sempat meloloskan diri, namun beg sekolah seorang daripadanya tercicir di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan beg sekolah itu, kita berjaya mengesan identiti suspek berusia 13 tahun dan usaha menjejak seorang lagi sedang dijalankan," katanya. Difahamkan, seorang lagi suspek berusia 14 atau 15 tahun dan polis yakin dapat menahannya dalam tempoh terdekat berikutan penahanan rakannya. Berdasarkan penemuan pelbagai kad ATM, kad kredit telefon bimbit dan wang tunai di dalam beg sekolah itu, polis percaya mereka sudah lama terbabit dalam kegiatan ragut serta mempunyai kumpulan besar. (END)

Headline: Geng Boboi, Auni punah Publication: HM Date of publication: Jul 27, 2011 Section heading: Main Section Page number: 002 Byline / Author: Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

KUALA LUMPUR: Kelicikan dua geng ragut diketuai Boboi dan Auni tumpas apabila kedua-dua mereka bersama tiga dan dua ahli geng masing-masing ditahan dalam serbuan berasingan pada 21 hingga 23 Julai lalu di rumah mereka di Hulu Klang, Gombak, Jinjang dan Pandan Indah. Hasil serbuan polis merampas pelbagai barangan samun dianggarkan berjumlah RM70,000. Kumpulan terbabit yang dianggotai tujuh lelaki berusia 20 hingga 24 tahun menyasarkan wanita yang berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum mereka memecahkan cermin kereta menggunakan palam pencucuh yang diubah suai dan melarikan beg tangan diletakkan di tempat duduk penumpang. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya menubuhkan satu pasukan khas sejak sebulan lalu bagi mengesan dan membanteras kegiatan samun didalangi suspek yang aktif menjalankan aktiviti mereka di Sentul, Gombak dan Lembah Klang. Menurutnya, dengan tertangkapnya ketujuh-tujuh suspek, polis percaya dapat melumpuhkan dua geng samun di Sentul. "Polis mengesan suspek pada 21 hingga 23 Julai lalu di Hulu Klang, Gombak, Jinjang dan Pandan Indah, sebelum menangkap semua suspek di kediaman masing-masing. "Polis turut merampas lapan motosikal curi yang digunakan suspek untuk menyamun bersama barangan milik mangsa seperti 15 beg tangan, telefon bimbit, jam tangan dan kad pengeluaran wang automatik (ATM)," katanya. Zakaria berkata, hasil ujian air kencing mendapati semua mereka positif syabu.

Page 57: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

9  

"Geng Boboi dianggotai empat orang manakala Geng Auni dianggotai tiga orang menyamun pengguna jalan raya sejak awal tahun ini dengan lebih 40 kes direkodkan dan daripada jumlah itu, 20 kes berlaku di Sentul. "Kes terakhir kejadian samun berlaku minggu lalu di Segambut dengan melakukan modus operandi sama," katanya.

Headline: Geng samun, ragut tegar ditumpaskan Publication: HM Date of publication: Mar 19, 2011 Section heading: Main Section Page number: 041

TAIPING: Satu geng samun dan ragut tegar yang bergiat aktif di sini sejak Januari lalu berjaya dilumpuhkan dengan penangkapan lima anggota kumpulan terbabit sekitar Changkat Jering dan daerah ini. Kelima-lima lelaki berusia antara 17 hingga 22 tahun itu ditahan sepanjang minggu ini hasil operasi khas dijalankan polis bagi memburu mereka yang berada dalam senarai dikehendaki itu. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dengan penahanan suspek, pihaknya yakin dapat menyelesaikan lapan daripada 13 kes samun dan ragut dilaporkan sekitar daerah ini antara Januari hingga pertengahan bulan ini. "Kelima-lima suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan. "Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan," katanya. Beliau berkata, semua suspek dipercayai terbabit dalam kes samun, ragut, samun kedai telefon bimbit dan samun kedai serbaneka 24 jam.

Page 58: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

10  

Headline: Dicekup selepas 10 minit ragut Publication: BH Date of publication: Jul 26, 2011 Section heading: Main Section Page number: 021

SERDANG: Polis menahan dua peragut kira-kira 10 minit selepas melarikan beg tangan milik dua wanita yang sedang menunggang motosikal di Taman Kinrara, Puchong di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, dua suspek berusia 20-an yang menunggang motosikal dikatakan cuba memikat dua perempuan ketika berhenti di lampu isyarat sebelum seorang lagi rakan suspek yang menunggang motosikal berlainan di belakang mangsa merentap dua beg tangan milik wanita terbabit sebelum melarikan diri. Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias, berkata Unit Peronda Polis (MPV) yang kebetulan membuat rondaan di lokasi itu terserempak dua wanita terbabit melambai tangan meminta pertolongan dan memaklumkan mereka diragut. "Bertindak atas maklumat itu, pasukan polis terbabit menahan dua lelaki berkenaan kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian bersama dua beg milik mangsa, manakala seorang lagi ditahan jam 8 pagi, juga di lokasi berhampiran. "Modus operandi suspek adalah memikat wanita sedang menunggang motosikal, manakala rakan mereka yang berada di belakang memantau sebelum bertindak melarikan beg mangsa," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Headline: Wanita mangsa ragut cedera, rugi RM9,000 Publication: HM Date of publication: Jul 23, 2011 Section heading: Main Section Page number: 050

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan sahaja mengalami kecederaan di siku kanan, lutut kiri dan dagu, malah kerugian kira-kira RM9,000 selepas beg rangannya diragut seorang lelaki di hadapan pasar Jalan Klang Lama, di sini, Khamis lalu. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa baru selesai membeli barangan dapur di pasar itu dan sedang menyimpan barang di dalam but keretanya. Mangsa dikenali sebagai Mok, 50, berkata secara tiba-tiba, seorang lelaki datang dari arah belakang dan meragut beg tangannya mengakibatkan dia terjatuh. "Berikutan itu, saya luka di siku kanan, lutut kiri dan dagu serta hilang dua telefon bimbit termasuk IPhone, selain wang tunai RM1,000, beg tangan berharga RM4,800 dan barangan peribadi lain," katanya.

Page 59: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

11  

Headline: Pelajar cedera terseret lepas diragut Publication: HM Date of publication: Jul 18, 2011 Section heading: Main Section Page number: 018

AMPANG: Seorang pelajar perempuan cedera di tangan, kaki dan perut akibat terseret di atas jalan raya selepas menjadi mangsa ragut seorang lelaki berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka, di sini, Selasa lalu, menyebabkan kerugian RM1,500. Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun berjalan bersendirian dari kediamannya di Blok D, Pandan Ria, di sini ke stesen berkenaan. Menurut sumber, beg tangan mangsa tiba-tiba direntap dari belakang oleh seorang lelaki bermotosikal. "Mangsa yang terkejut cuba merampas kembali beg tangannya namun terjatuh dan terseret di jalan sebelum melepaskan genggamannya," katanya. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan.

Headline: 2,426 remaja, pelajar ditahan Publication: HM Date of publication: Jul 18, 2011 Section heading: Main Section Page number: 012

KUALA LUMPUR: Penahanan seramai 2,426 pelaku jenayah membabitkan golongan remaja dan belia termasuk pelajar sekolah dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini perlu dipandang serius semua pihak terutamanya ibu bapa. Daripada jumlah itu, seramai 992 ditahan adalah pelajar manakala 1,434 bukan pelajar dan remaja. Mendedahkan perkara berkenaan, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) berkata, antara kesalahan jenayah berat yang membabitkan golongan itu adalah seperti rogol, ragut, samun berkumpulan dan samun bersenjata. "Pada 2010, golongan pelajar, bukan pelajar dan remaja yang yang ditahan di seluruh negara seramai 8,105 orang dan daripada jumlah itu, seramai 5,165 membabitkan pelajar. Jumlah itu meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 7,717 orang iaitu 3,654 kes membabitkan pelajar," katanya selepas merasmikan Projek Pencegahan Jenayah dan Hidup Sihat anjuran Kelab Lions Kuala Lumpur Utara, di Sri Petaling, di sini, semalam.

Page 60: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

12  

Headline: Enam Geng Halim kantoi Publication: HM Date of publication: Mar 12, 2011 Section heading: Main Section Page number: 002

MELAKA: Sekumpulan enam penjenayah tegar dikenali `Geng Halim' yang mengganas dengan melakukan samun berkumpulan dan bersenjata di premis perniagaan 24 jam serta stesen minyak di sekitar negeri itu tidak bertahan lama, apabila mereka ditahan dalam operasi berasingan polis, minggu lalu. Difahamkan, selain samun, kumpulan terbabit disyaki melakukan jenayah ragut dan dikesan aktif, sejak dua bulan pertama tahun ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, semua suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut. Beliau berkata, dalam operasi pada 4 Mac, kira-kira jam 10.30 malam lalu, bertindak atas maklumat awam sepasukan anggota Bahagian Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri (IPPK) menyerbu sebuah rumah di Seberang Gajah, Bukit Rambai. "Dalam operasi itu, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita juga isteri seorang daripada suspek dan wanita itu bagaimanapun dibebaskan selepas siasatan mendapati dia tidak terbabit. "Siasatan terhadap dua suspek lelaki itu, polis melancarkan tiga sebuan berasingan dan menahan empat lagi suspek bagi membantu siasatan kes samun dan ragut kebanyakannya di Melaka Tengah dan Alor Gajah. "Selain itu, polis merampas pelbagai barangan seperti dua telefon bimbit, satu pisau lipat, sebuah motosikal, parang pemotong daging, dua paket lutsinar disyaki dadah, 28 gulung wang kertas RM1 dan satu alat perekat plastik 'impulse sealer'," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPPK), Bukit Beruang, dekat sini. Raja Shahrom berkata, kumpulan itu dikenali sebagai Geng Halim kerana ketuanya bernama Halim dan berusia 28 tahun dan polis percaya semua suspek yang tidak bekerja menggunakan hasil samun untuk membiayai ketagihan dadah mereka. Katanya, hasil siasatan lanjut, polis percaya dapat menyelesaikan 15 kes samun yang berlaku di sekitar Melaka, sejak Januari lalu. "Kami dapati mereka ini menggunakan modus operandi menaiki motosikal ke tempat sasaran di premis 24 jam dan stesen minyak antara jam 11 dan hingga 3 pagi. "Suspek didapati berpura-pura mahu membeli barangan dan selepas menyedari keadaan sunyi dan tiada orang lain mereka terus mengeluarkan senjata seperti pisau dan parang sebelum menyamun juruwang bertugas. "Mereka tidak menyamun dalam jumlah yang banyak, namun lebih kepada harta yang ada di depan seperti telefon bimbit, wang tunai dan dompet milik pekerja di premis 24 jam dan stesen

Page 61: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

13  

minyak terbabit. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395, Kanun Keseksaan," katanya. Dalam perkembangan sama, beliau menasihati pengusaha stesen minyak dan premis 24 jam meningkatkan ciri keselamatan dengan memasang alat penggera keselamatan dan kamera litar tertutup (CCTV). "Apa yang jelas kebanyakan CCTV dipasang di premis 24 jam dan stesen minyak yang dirompak didapati tidak berfungsi atau berkualiti rendah dan alat itu bukan saja gagal merakam gambar suspek, malah tidak dapat membantu siasatan," katanya.

Headline: Operasi atasi jenayah diperhebat

Publication: BH Date of publication: Apr 17, 2009 Section heading: Main Section Page number: 042 Byline / Author: Oleh Ifwan Tun Tuah

KUALA LUMPUR: Polis bandar raya kelmarin melancarkan operasi bersepadu besar-besaran selama sebulan menggunakan konsep kepolisan agresif bagi menangani jenayah ragut dan samun di ibu negara. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata pihaknya memperbanyakkan pemeriksaan dan rondaan cegah jenayah di ibu negara terutama di kawasan menjadi tumpuan penjenayah. "Kita mengambil langkah ini kerana jenayah samun dan ragut menunjukkan peningkatan mendadak sepanjang tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu. "Dalam operasi ini, kita akan membuat pemeriksaan lebih kerap dan konsisten terhadap semua kenderaan, orang ramai dan premis yang didapati mencurigakan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam. Beliau berkata, polis turut menumpukan perhatian kepada penagih dadah dan penunggang motosikal kerana statistik mendapati golongan berkenaan banyak terbabit dalam jenayah ragut serta samun. Katanya, lebih 400 pegawai dan anggota polis dari semua daerah di Kuala Lumpur termasuk IPK terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Cawangan Khas, trafik dan tugas am terbabit dalam operasi berkenaan. Ku berkata, pihaknya akan mengkaji keberkesanan operasi berkenaan selepas sebulan, sebelum memutuskan sama ada menjadikannya operasi berterusan atau dibuat dari semasa ke semasa. Dalam perkembangan sama, Ku berkata, pihaknya memeriksa 1,837 orang dalam operasi kelmarin dan menangkap 37 orang kerana pelbagai kesalahan termasuk lapan daripadanya adalah suspek beberapa kes samun di Sentul dan Brickfields.

Page 62: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

14  

Sebanyak 1,089 kenderaan turut diperiksa dengan 723 adalah motosikal, kereta (333) dan van serta lori (34). Daripada jumlah itu, tiga motosikal dirampas kerana dipercayai kenderaan curi. (END)

Headline: Tersembam ditendang peragut Publication: HM Date of publication: Jul 12, 2011 Section heading: Main Section Page number: 006

KOTA BHARU: "Tanpa belas kasihan saya ditumbuk di muka dan ditendang seorang daripada dua lelaki yang bertindak ganas merampas beg tangan saya yang diletakkan dalam bakul motosikal. "Akibatnya, saya terjatuh dari motosikal dalam keadaan muka tersembam ke jalan raya," kata mangsa ragut, Che Rahimah Dollah, 44. Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi kelmarin, Che Rahimah yang bekerja sebagai pembantu taska cedera di kepala dan muka sehingga menerima dua jahitan di mulut, lima di kening dan patah tangan kiri selepas diragut dua lelaki yang mengekorinya menggunakan sebuah motosikal di sebuah jalan di Lundang, di sini. Menurut Che Rahimah, sebelum kejadian dia yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dalam perjalanan ke rumah anaknya, Siti Aisah Johar, 23, yang bersalin lima hari lalu di Jalan Merican, di sini. "Dalam perjalanan, saya sedar diekori dua lelaki tidak dikenali menunggang motosikal, tetapi tidak mengesyaki apa-apa sebelum tiba-tiba dua lelaki itu menghampiri saya dan cuba merampas beg tangan diletakkan di dalam bakul motosikal," katanya ketika ditemui di Wad 28 Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, semalam. Che Rahimah berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu segera membantunya dan dia sempat memberi nombor telefon suaminya, Johar Abdullah, 45, sebelum pengsan. Terdahulu, Che Rahimah menerima kunjungan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman yang melawatnya. Azham berkata, polis meminta kerjasama orang ramai melihat kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di talian 09-7752200.

Page 63: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

15  

Headline: CCTV bantu kurang kadar jenayah

Publication: BH Date of publication: Jul 11, 2011 Section heading: Main Section Page number: 019

SHAH ALAM: Pemasangan 22 kamera litar tertutup (CCTV) oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sekitar bandar raya ini, sejak beberapa bulan lalu mula memberi kesan psikologi kepada pelaku jenayah apabila kadar jenayah jalanan dilaporkan semakin terkawal. Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata pemasangan kamera terbabit terutama di beberapa kawasan panas yang dikenal pasti pihak berkuasa, turut menyebabkan penduduk berasa semakin selesa berada di jalanan. "Kami menerima maklum balas penduduk yang berterima kasih di atas pemasangan CCTV di kawasan panas, terutama yang dipasang di zon sering berlaku jenayah ragut. "Sekurang-kurangnya ia memberi kesan psikologi kepada penjenayah daripada melakukan jenayah jalanan," katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini. Antara lokasi dipasang CCTV ialah di Seksyen 25 Sri Muda, Seksyen 7, Seksyen 2 dan di depan Kompleks PKNS di sini.

Headline: Wanita cedera jatuh longkang diasak peragut Publication: HM Date of publication: Jul 8, 2011 Section heading: Main Section Page number: 062

KUALA TERENGGANU: Seorang kakitangan wanita sebuah universiti cedera leher dan kedua-dua belah tangan apabila motosikal ditunggangnya terjatuh selepas diasak peragut yang cuba melarikan beg tangannya, kelmarin. Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, wanita berusia 28 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Panji Alam di sini, bersama seorang rakan sekerja berusia 23 tahun membonceng motosikalnya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata ketika wanita itu hampir sampai ke rumah, seorang lelaki menunggang sebuah motosikal Yamaha Ego tiba-tiba muncul dan menghimpitnya sebelum cuba menarik beg tangan mangsa yang diletak dalam raga motosikalnya. "Berlaku tarik menarik antara mangsa dan suspek sebelum kedua-dua motosikal terjatuh ke dalam longkang. "Sebaik terjatuh, suspek melarikan diri meninggalkan motosikalnya manakala orang ramai yang melihat kejadian itu mengejarnya sebelum anggota sebuah kereta peronda yang kebetulan

Page 64: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

16  

melalui kawasan itu menangkap suspek," katanya di sini, semalam. Menurutnya, mangsa yang cedera di leher dan kedua-dua belah tangan serta rakannya kemudian dihantar orang ramai ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan. "Siasatan awal mendapati suspek berusia 22 tahun dan mendakwa bekerja sebagai pemandu lori terbabit dengan tiga kes jenayah ragut di sekitar bandar raya ini serta berada dalam senarai dikehendaki polis," katanya.

Headline: Berjoget selepas ragut beg tangan Publication: HM Date of publication: Mar 4, 2011 Section heading: Main Section Page number: 002

DUNGUN : "Kalaulah kepala tidak sakit sudah tentu saya kejar jantan itu," kata Mazriezawani Abd Ghani, 21, yang geram selepas beg tangannya diragut seorang pemuda di Jalan Yahaya Ahmad, dekat sini, malam kelmarin. Menurutnya, kejadian berlaku jam 10.15 malam ketika dia sedang menunggang motosikal pulang ke rumahnya di Kampung Seberang Pintasan, di sini, selepas membantu ibu saudaranya berniaga kedai makan di Jalan Baru Pak Sabah, di sini. "Saya balik awal kerana sakit kepala dan menunggang motosikal seorang diri agak perlahan. Setiba di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki memotong di sebelah kanan dan meragut beg tangan di dalam bakul motosikal," katanya. Menurutnya, dia yang ketakutan sempat menjerit meminta tolong kepada orang ramai yang berada di dalam kedai makan dan pasar raya berhampiran, namun tidak diendahkan. Mazriezawani berkata, apa yang membuatkannya bertambah geram apabila lelaki terbabit mempersendakannya dengan berjoget di atas motosikal selepas meragut beg tangannya seolah-olah meminta dikejar. "Kalaulah kepala tidak sakit, sudah tentu saya kejar. Dalam fikiran saya ketika itu saya nak langgar dia, apa nak jadi-jadilah. Saya memang geram," katanya. Menurutnya, dia kesal apabila orang ramai sekadar menyaksikan kejadian itu tanpa menghulurkan bantuan termasuk seorang wanita yang melarang suaminya membantu meskipun dia merayu meminta pertolongan. Berikutan kejadian itu, beg tangannya yang mengandungi wang tunai RM75 termasuk dokumen penting lesap dilarikan peragut. Dia membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun pada jam 11.30 malam kelmarin.

Page 65: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

17  

Headline: Lokasi ragut

Publication: HM Date of publication: Jun 28, 2011 Section heading: Main Section Page number: 028 Byline / Author: Oleh Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor

KUALA LUMPUR: Penduduk di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, dekat sini bimbang dengan kejadian ragut yang sering berlaku sejak kebelakangan ini. Pelajar yang mahu dikenali sebagai Ema, 21, memberitahu dia pernah melihat rakannya diragut ketika dalam perjalanan balik dari kuliah, baru-baru ini. Menurutnya, ketika kejadian mereka berjalan dari kedai berhampiran untuk membeli makanan dan pulang ke rumah yang terletak tidak jauh dari kedai itu kira-kira jam 7 malam. "Nasib kami baik kerana hanya telefon bimbit rakan saja dirampas kerana sedang berbual ketika dalam perjalanan balik ke rumah," katanya. Pemandu teksi, Mohamad Zaki Sanudin, 64, berkata, dia mendengar keluhan daripada seorang mangsa yang pernah menjadi mangsa ragut baru-baru ini sekitar jam 6.30 pagi. Katanya, mangsa seorang lelaki kini cacat selepas peragut menetak tangan kanannya hampir putus menggunakan parang. Dia diberitahu, rata-rata pelajar yang mendiami kawasan itu mendakwa mereka takut untuk ke kawasan sekitar lebih-lebih lagi berjalan kaki kerana khuatir menerima nasib sama. Seorang kakitangan swasta yang bekerja di kawasan berhampiran turut mendakwa kejadian curi kereta turut berlaku terhadap rakan sekerjanya. "Rakan meletakkan keretanya seketika di kawasan itu untuk singgah ke pejabat dan dalam masa singkat, keretanya dicuri," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kawasan itu tergolong dalam kawasan rondaan polis bermotosikal dan kenderaan peronda polis setiap masa.

Page 66: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

18  

Headline: Lapan termasuk 3 remaja ditahan kes samun, ragut Publication: HM Date of publication: Jun 28, 2011 Section heading: Main Section Page number: 002

SUBANG JAYA: Sepanjang minggu lalu, lapan suspek berhubung kes samun dan ragut termasuk tiga remaja belasan tahun ditahan polis kerana terbabit tiga kes berasingan di daerah ini, termasuk seorang daripada remaja itu menyamar polis bagi menyamun mangsa. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata semua suspek yang diberkas berusia 16 hingga 40 tahun dan seorang daripada suspek pembeli barangan curi. Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Rabu lalu, dua remaja berusia 16 tahun dan masih bersekolah ditahan selepas meragut seorang wanita yang berjalan berseorangan di SS17/1E, di sini. "Remaja terbabit menaiki skuter menghampiri wanita itu dari depan dan sebaik berselisih seorang daripadanya menyambar rantai leher hingga menyebabkan mangsa terjatuh serta luka dan terseliuh siku kiri. "Hasil maklumat awam, kami menjejaki suspek dan menahan mereka. Bagaimanapun, rantai leher yang diragut sudah dijual dan siasatan susulan polis memberkas seorang lelaki berusia 33 tahun bersama rantai berkenaan dipercayai pembeli barangan curi itu," katanya selepas majlis penyampaian sijil penghargaan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah kepada beberapa individu yang mematahkan kes ragut. Zainal Rashid berkata, dalam kejadian berasingan kira-kira jam 6.45 petang Khamis lalu, dua lelaki bermotosikal diberkas selepas meragut beg tangan seorang remaja perempuan di SS15/4D. "Suspek berusia 33 dan 40 tahun, seorang daripadanya dicekup selepas dikejar dan bergelut dengan empat pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menyaksikan kejadian itu, manakala seorang lagi melarikan diri, namun ditahan dalam operasi susulan. "Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah, manakala barangan yang diragut diperoleh kembali," katanya. Sementara itu, dalam satu lagi kejadian, tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun yang menyamar polis dengan melakukan pemeriksaan jalanan terhadap mangsa ditahan di Bukit Puchong kira-kira jam 3 pagi, kelmarin. Katanya, semua lapan suspek kini direman dan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395, Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana samun dan ragut, serta Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar penjawat awam.

Page 67: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

19  

Headline: Peragut minum cendol dicekup Publication: HM Date of publication: Jun 23, 2011 Section heading: Main Section Page number: 026 Byline / Author: Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

SUBANG JAYA: Dua peragut yang sedang menikmati minuman cendol di atas motosikal selepas penat meragut seorang mangsa wanita diberkas di PJS 6/1 Sungai Way, kelmarin. Mereka masing-masing berusia 20 dan 22 tahun ditahan kira-kira jam 2.50 petang selepas 20 minit meragut seorang mangsa di PJS 7/19, Bandar Sunway. Kedua-dua lelaki itu antara empat suspek ragut dan samun yang aktif menjalankan jenayah itu di sekitar Subang Jaya sejak sebulan lalu. Penangkapan suspek berkenaan dapat menyelesaikan sembilan kes membabitkan lima samun dan empat ragut. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, sebelum ditangkap, suspek yang menggunakan motosikal Yamaha 125z warna hitam meragut mangsa berusia 20-an dengan mengekorinya dari arah belakang ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke keretanya. Katanya, seorang daripada suspek kemudian menarik beg bimbit yang mengandungi wang tunai RM50, kad pengenalan, lesen memandu, kad kredit dan kad ATM milik mangsa. "Sebaik selesai meragut, mereka berhenti untuk meminum cendol bagi menghilangkan dahaga, namun ditahan polis selepas mendapat maklumat mengenai kejadian itu daripada mangsa. "Ketepatan mangsa menggambarkan suspek dari segi wajah, pakaian dan motosikal ditunggangi memudahkan anggota polis bertugas mengesan dan seterusnya menahan suspek. "Kami turut menemui kembali barang milik mangsa," katanya selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada lima anggota yang berjaya memberkas suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang, di sini semalam. Menurutnya, selain itu, dua lagi lelaki berusia 19 dan 26 tahun ditahan anggota polis peronda yang ketika itu sedang meronda di kawasan SS 15/5E, jam 7 pagi semalam. Katanya, ketika itu, kedua-dua suspek yang menunggang motosikal cuba meragut seorang wanita berumur 70 tahun. "Mangsa ketika itu sedang berjalan kaki sebelum didatangi dua lelaki terbabit dari arah belakang. Pemboncengnya turun dan terus mengacu parang ke leher mangsa dan cuba meragut rantai emas yang di pakai mangsa," katanya. Beliau berkata, polis yang membuat rondaan terus mengejar dan berjaya menangkap seorang daripada suspek dan merampas sebilah parang, namun sebelum itu berlaku pergelutan menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan di jari tangan kanan. "Suspek yang ditahan berumur 26 tahun dan pemeriksaan awal mendapati dia dikehendaki dalam satu kes samun di Negeri Sembilan serta turut positif dadah," katanya.

Page 68: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

20  

Headline: 14 ditahan siasat kes jenayah ragut Publication: HM Date of publication: Feb 28, 2011 Section heading: Main Section Page number: 015

JOHOR BAHRU: Peragut di negeri ini dikatakan cenderung memilih motosikal dua lejang jenis Yamaha 125Z dan Kawasaki Ninja150 sebagai kenderaan utama ketika melakukan jenayah terkutuk itu hingga menyebabkan kehilangan nyawa mangsa. Dalam perkembangan terbaru, polis menahan 14 suspek berusia 20-an hingga 30-an bagi membantu siasatan kematian mangsa ragut, R Alamelu, 52, Jumaat lalu. Menurut sumber, mereka ditahan terdiri warga tempatan dan asing dipercayai dapat membantu menyelesaikan siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Berikutan itu, satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal, menjalankan gerakan bagi membanteras aktiviti ragut dalam kalangan penunggang motosikal. Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, mengesahkan penahanan semua suspek dan akan menjalankan siasatan segera bagi memburu penjenayah bertanggungjawab.

Headline: Hapus kerakusan penjenayah Publication: BH Date of publication: Jun 17, 2011 Section heading: Hip Page number: 021 Byline / Author: Oleh Hidayah Mohammad

PERAGUT dan perogol boleh dikategorikan sebagai manusia yang tidak ada rasa belas kasihan terhadap wanita. Boleh dikatakan bersifat seperti binatang kerana kes ragut dan rogol sehingga boleh menyebabkan kematian masih lagi belum dapat dibendung sungguhpun pelbagai usaha sudah dilakukan pelbagai pihak. Sama ada suka atau tidak, kita harus akui bahawa wanita adalah sasaran utama dalam kejadian rompak, ragut, rogol dan bunuh. Tambahan pula, ramai wanita moden hari ini hidup berdikari berikutan kelihatan wanita mampu memandu bersendirian atas tuntutan tugas. Sungguhpun pendirian lebih berdikari, namun wanita masih lagi lemah berikutan kurang kesedaran serta mengamalkan cara yang betul untuk melindungi diri ketika berada di atas jalan raya, di dalam kenderaan mahupun di tempat letak kereta dalam bangunan. Pengasas dan Pengarah Urusan sebuah syarikat rangkaian media untuk keselamatan wanita, VenusBuzz, Anna Chew, berkata lokasi paling mudah untuk penjenayah melakukan aktiviti mereka berkenaan adalah di tempat letak kereta dalam bangunan kerana tempatnya agak gelap, tersorok dengan tembok dinding dan celahan kenderaan lain selain kurang orang.

Page 69: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

21  

"Beberapa langkah keselamatan perlu diamalkan wanita bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Masih ramai lagi wanita yang mengabaikan langkah keselamatan diri ketika berada di tempat letak kereta walaupun tahu bahawa ramai penjenayah lebih mudah menghampiri. "Pelbagai kes jenayah seperti ragut beg tangan ketika berjalan kaki, memecah tingkap kereta dan merampas beg tangan yang diletakkan di tempat duduk penumpang setiap wanita perlu mengambil iktibar dan bertindak segera. Tambahan pula dengan jenayah `lelaki asid' menyimbah asid ke arah wanita yang sedang memandu kereta menyebabkan ramai wanita bimbang untuk menjalankan tugasan harian. "Kita perlu menjaga keselamatan diri tanpa perlu mengharapkan orang lain ketika berseorangan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen The VenusBuzz CARing Project di Bangsar Shopping Center (BSC), Kuala Lumpur baru-baru ini. Kempen berkenaan diadakan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan wanita supaya berhatihati walau ke mana saja terutama di jalan raya serta di tempat letak kereta. Ia juga diadakan bagi mengingatkan pengetahuan wanita dan kanak-kanak mengenai langkah keselamatan yang menyeluruh menerusi laman web khas untuk wanita iaitu www.venusbuzz.com. Belum lagi kurang jumlahnya jenayah ragut dan rogol, dalam tempoh kurang dua bulan saja, 23 kes simbah asid ketika memandu dilaporkan berlaku dan mangsa adalah wanita. Ekoran kejadian itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengemukakan cadangan untuk menggubal undang-undang khas mengenai penggunaan, penyimpanan dan pembelian asid dalam negara. INFO 10 Langkah selamat ketika di kawasan tempat letak kereta 1. Sentiasa memilih tempat letak kereta yang terang terutama waktu malam. 2. Letak kereta dekat dengan destinasi yang hendak dituju. Jangan bimbang mengenai latihan senaman yang menuntut anda untuk berjalan lebih. 3. Apabila sudah sampai di destinasi tempat letak kereta, lihat kawasan sekeliling terutama kawasan tersorok yang berpotensi untuk penjenayah bersembunyi sebelum anda keluar kereta. Pastikan ketika itu, anda dalam kereta yang masih berkunci. 4. Sebelum keluar dari kereta, sorokkan atau keluarkan barangan berharga termasuk wang kecil supaya tidak menarik perhatian perompak. 5. Ketika berjalan ke kereta atau daripada kereta, pastikan anda memegang sesuatu seperti penyembur lada hitam untuk mata demi keselamatan diri. 6. Apabila sampai di kereta, keluarkan dan pegang kunci kereta sebagai senjata. Kemudian masuk ke dalam kereta dengan segera. 7. Lihat dan perhatikan kawasan sekeliling dan bahagian bawah serta kereta sebelah.

Page 70: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

22  

8. Elakkan bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Penjenayah akan mengambil kira aspek kebaikan dan keprihatinan. Jangan jadi mangsa. 9. Elak berjalan berseorangan. Kalau boleh, cuba berjalan dengan orang lain yang mahu mengambil kereta mereka. 10. Apabila masuk ke dalam kereta, pastikan anda mengunci kereta dengan cepat.

Headline: 2 peragut junior kantoi Publication: HM Date of publication: Jun 17, 2011 Section heading: Main Section Page number: 059 Byline / Author: Oleh Arifin Salleh

ALOR GAJAH: Tiga jam selepas dua remaja belasan tahun meragut wanita berusia 21 yang turut cedera di kaki kerana bergelut dengan mereka, dua peragut itu ditangkap polis petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, S Geeta, 21, cedera di kaki kanan ketika bergelut dengan dua peragut ketika melintas longkang kecil seorang diri. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Alor Gajah, Asisten Superintendan Zabidi Kadir Mohamad berkata, kedua-dua suspek berusia belasan tahun itu ditangkap di taman di Krubong. Katanya, dalam kejadian jam 4.30 petang itu mangsa pulang dari tempat kerja apabila diragut dua peragut bermotosikal. "Mangsa yang bertugas sebagai anggota keselamatan di sini, singgah membeli barang di kedai 24 jam. "Susulan itu, gerakan memburu dua suspek dilancarkan dan tiga jam selepas menerima maklumat awam polis menangkap dua suspek di Krubong," katanya semalam. Dalam pada itu, Geeta yang masih trauma dengan kejadian menimpanya berkata, ketika hendak melangkah longkang kecil di seberang jalan, tiba-tiba motosikal yang ditunggang dengan laju dari arah pekan meluru ke arahnya dan merentap beg tangan menyebabkan dia terjatuh. "Ketika beg tangan diragut, saya cuba melawan rentapan kuat daripada peragut itu tetapi tiada kekuatan lalu terjatuh di tepi longkang sambil menjerit meminta tolong. "Dalam keadaan menahan kesakitan, saya sempat berpaling ke belakang dan melihat dua lelaki bertubuh kurus menunggang motosikal, memecut laju ke Kelemak membawa beg saya sebelum saya dibantu dua wanita," katanya. Geeta berkata, orang awam cuba mengejar dua peragut terbabit menggunakan motosikal namun gagal selepas ia hilang ketika di persimpangan. "Tidak lama kemudian rakan sekerja tiba dan membawa saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Page 71: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

23  

Alor Gajah membuat laporan kejadian yang menimpa saya (kelmarin)," katanya. Menurut Geeta, dia kerugian wang tunai RM200, MyKad, kad ATM, buku bank dan kad ahli anggota keselamatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin mengesahkan penangkapan dua suspek yang kini direman bagi siasatan lanjut. "Kes disiasat kerana kesalahan mencuri dan ragut dan kedua-dua suspek direman empat hari bermula hari ini (semalam)," katanya semalam.

Headline: Suami isteri berkas peragut Publication: HM Date of publication: Feb 23, 2011 Section heading: Main Section Page number: 002

TELUK INTAN: Gandingan hebat sepasang suami isteri bukan saja mematahkan cubaan ragut, malah memberkas pelaku jenayah itu dalam satu kejadian di Jalan Pasar, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, seorang lelaki berusia 40-an memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kedai bagi menurunkan isterinya yang berusia 40-an. Sebaik isterinya keluar dari kenderaan, seorang lelaki berusia 25 tahun menunggang motosikal Honda EX5 datang dari belakang cuba merampas beg disandangnya. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, suami mangsa keluar dari kereta menyebabkan peragut melarikan diri. "Suami mangsa mengejar peragut itu sejauh hampir 100 meter sebelum menghimpit dan merempuh motosikal suspek," katanya.

Page 72: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

24  

Headline: Dua penyamun dijejaki Publication: HM Date of publication: Feb 9, 2011 Section heading: Main Section Page number: 018 Byline / Author: Oleh Rashidi Karim

PADANG BESAR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, sedang memburu dua lelaki kerana disyaki terbabit dalam dua kes jenayah berasingan, termasuk mencederakan mangsa menggunakan pedang samurai dan kes ragut serta mencuri motosikal. Salah seorang suspek adalah bekas banduan dikenali sebagai Rohakimi Ibrahim, 36, dari Batu Lapan, Jalan Kaki Bukit, dekat sini, yang disyaki terbabit dalam kes ragut sebelum bertindak mencuri sebuah motosikal. Seorang lagi suspek dikenal pasti berdasarkan lakaran wajah selepas bertindak agresif menggunakan pedang menyerang seorang mangsa yang bersarapan bersama rakannya di Pekan Sayur, Kaki Bukit, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata Rohakimi yang baru keluar dari penjara sebulan lalu, didakwa bertindak meragut rantai emas kepunyaan seorang gadis berusia 18 tahun di Kampung Padang Tebuan, Kubang Tiga, dekat sini, pada 3 Februari lalu. "Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari, gadis berketurunan Siam berkenaan sedang menunggang motosikal seorang diri untuk pulang ke rumah, dihalang suspek yang berpura-pura menanyakan tempat sebelum bertindak meragut rantai emas di lehernya. "Suspek disyaki terbabit dalam beberapa kes jenayah, termasuk aktif mencuri motosikal dan dadah dikenal pasti berdasarkan nombor motosikal yang ditunggangi iaitu milik ibu saudaranya yang menetap di Jalan Kaki Bukit," katanya pada sidang media di pejabatnya, petang kelmarin. Beliau berkata, pada keesokan harinya, suspek bertindak lebih agresif dengan mencuri sebuah motosikal jenis Suzuki Shogun 125cc kepunyaan seorang pemuda di Kampung Semadung ketika pemilik meletakkannya di hadapan rumah. "Pemuda berkenaan yang sedang menukar pakaian di dalam rumah untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat, terpinga-pinga dan hanya mampu melihat suspek melarikan motosikalnya di hadapan rumah," katanya. Che Man berkata, suspek kedua pula dipercayai berdarah campuran India dan Siam, bersama tiga rakan menaiki kereta jenis Viva, menyerang seorang tukang rumah menggunakan pedang hingga menyebabkan mangsa yang berusia 41 tahun cedera di lengan. "Mangsa bernasib baik kerana bertindak menahan serangan bertubi-tubi suspek menggunakan sebuah kerusi ketika bersarapan bersama dua rakan di Pekan Sayur, kira-kira jam 11 pagi. "Suspek melarikan diri dengan menggunakan kereta Viva yang nombor pendaftarannya hanya ditulis 1 (satu) di depan dan belakang bersama tiga rakan apabila orang ramai yang berada di situ turut membantu mangsa," katanya.

Page 73: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

25  

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) manakala Seksyen 379 KK dan Seksyen 379 (A) KK bagi kes Rohakimi iaitu ragut dan mencuri. Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mengesan kedua-dua suspek supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Tajuddin Md Fadilah di talian 017-7191635 atau menghubungi IPD Padang Besar 04-9491481.

Headline: Orang ramai gagalkan dua lelaki ragut wanita

Publication: HM Date of publication: Jun 8, 2011 Section heading: Main Section Page number: 011

KUALA LUMPUR: Dua peragut berusia awal 20-an bukan saja terpaksa berputih mata malah nyaris dicekup orang ramai ketika cubaan meragut di pasar di Sentul Pasar, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, kedua-dua suspek yang menaiki motosikal Honda EX5 itu cuba meragut wanita berusia awal 30-an yang berjalan ke keretanya yang diletakkan berhampiran kawasan berkenaan selepas membeli barang dapur. Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, seorang daripada suspek meragut beg tangan mangsa menyebabkan tarik-menarik. "Bagaimanapun, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu membantu wanita berkenaan. Tersentak dengan kehadiran orang ramai, kedua-dua peragut itu melepaskan beg tangan berkenaan dan memecut laju motosikal mereka. "Dalam kekalutan melarikan diri, motosikal suspek melanggar kereta 20 meter dari lokasi kejadian," katanya. Sumber berkata, rempuhan itu menyebabkan dua peragut itu terjatuh. Orang ramai cuba menahan mereka namun usaha itu sia-sia apabila kedua-dua suspek sempat meloloskan diri. Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan.

Page 74: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

26  

Headline: Wanita tertiarap halang peragut Publication: BH Date of publication: Jun 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 016

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja kantin Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) cedera dalam usaha menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa ragut seorang lelaki bermotosikal di Jalan Pengadang Baru, dekat petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Norhayati Ibrahim, 35, yang membonceng motosikal bersama suaminya, Fauzi Abdullah Abdul Ghani, 45, tersembam di atas jalan raya selepas cuba menahan beg tangannya daripada direntap peragut terbabit. Tindakan suami mangsa yang cuba mengejar peragut berkenaan berjaya menghalang niat penjenayah itu daripada mengambil semula beg tangan isterinya yang sudah tercampak di atas jalan terbabit. Norhayati yang tinggal di Kampung Wakaf Mempelam ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), berkata beliau bersyukur kerana nyawa serta barangan berharga dalam beg tangan itu tidak menjadi mangsa ragut. Ketika menceritakan detik cemas itu, beliau berkata kejadian berlaku dengan pantas dan beliau langsung tidak perasan kehadiran suspek yang mengekori mereka ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri kahwin. "Sebaik keluar dari stesen minyak peragut bertindak menyambar beg tangan yang diletakkan di atas riba. Menyedari tindakan peragut itu dengan spontan saya sempat menguatkan pegangan beg dan cuba melawan tindakan peragut yang beberapa kali menyentap beg ini. "Akibat disentap dengan agak kuat saya tersembam atas jalan, manakala beg tangan pula tercampak di atas jalan. Nasib baik suami membrek motosikal selepas melihat saya terjatuh di jalan, lalu mengejar lelaki berkenaan dan berjaya menghalang beg dicapai peragut," katanya.

Page 75: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

27  

Headline: Tersembam disentap peragut Publication: HM Date of publication: Jun 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 006

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja kantin Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) nyaris maut selepas menjadi mangsa ragut seorang lelaki bermotosikal di Jalan Pengadang Baru, dekat sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Norhayati Ibrahim, 35, yang membonceng motosikal ditunggang suaminya, Fauzi Abdullah Abdul Ghani, 45, tersembam di atas jalan raya selepas cuba menahan beg tangannya disentap peragut terbabit. Tindakan suami mangsa mengejar peragut berkenaan berjaya menghalang niat penjenayah daripada mengambil semula beg tangan mangsa yang tercampak di atas jalan. Norhayati yang tinggal di Kampung Wakaf Mempelam ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata, dia bersyukur kerana nyawa serta barangan berharga di dalam beg tangan itu dapat diselamatkan. Menceritakan detik cemas itu, dia berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan dia langsung tidak perasan kehadiran suspek yang mengekori mereka ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. "Kami berdua baru pulang menghadiri kenduri kahwin dan singgah di beberapa kedai untuk melihat barangan perabot di sekitar Jalan Pengadang Baru sebelum berhenti mengisi minyak di stesen berhampiran. "Sebaik keluar dari stesen minyak itulah peragut menyambar beg tangan di atas riba. Saya sempat menguatkan pegangan beg tangan dan cuba melawan. "Akibat disentap dengan kuat saya tersembam atas jalan manakala beg tangan pula tercampak di atas jalan. Suami bergegas membrek motosikal selepas melihat saya terlantar dan mengejar lelaki berkenaan serta menghalang beg dicapai peragut," katanya. Sementara itu Fauzi Abdullah berkata, dia tidak sedar isteri sedang melawan peragut di belakangnya sehinggalah terdengar suara isterinya cuba melawan dan akhirnya terjatuh dari motosikal akibat disentap peragut terbabit. "Hanya Tuhan saja tahu betapa cemasnya melihat keadaan isteri terlantar atas jalan raya yang agak sesak ketika itu, selepas melihat isteri bangun semula saya bergegas mengejar suspek yang cuba mengambil beg tangan isteri yang terjatuh. "Meskipun beg tangan berjaya diselamatkan, saya gagal mengejarnya kerana peragut berpakaian baju coklat berseluar hitam itu lesap sebaik melalui lorong tikus di kampung berhampiran kawasan terbabit. "Melihat keadaan motosikal Yamaha Ego warna hitam yang tidak dipasang nombor

Page 76: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

28  

pendaftaran, memang lelaki ini sudah merancang jenayah itu," katanya yang akan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

Headline: Ketua ditahan, saki-baki Geng Kandar diburu Publication: HM Date of publication: Feb 9, 2011 Section heading: Main Section Page number: 002

JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya melumpuhkan kumpulan penjenayah 'Geng Kandar' yang aktif melakukan samun di negeri ini dengan penahanan ketuanya berusia 22 tahun. Hasil maklumat orang ramai serta risikan dijalankan, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) di Jalan Meldrum di sini, jam 8.05 malam, 25 Januari lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, siasatan mengesahkan suspek terbabit ketua Geng Kandar yang dikehendaki polis berikutan jenayah samun dilakukan. Beliau berkata, suspek kini ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat manakala usaha mengesan enam lagi ahli kumpulan terbabit masih bebas giat dijalankan. Menurutnya, polis percaya kumpulan terbabit bertanggungjawab terhadap 17 kes samun dan ragut dilaporkan di sekitar bandar raya ini sejak lima bulan lalu. "Identiti saki-baki suspek masih bebas itu sudah dikenal pasti dan kami akan mengeluarkan gambar lakaran wajah mereka dalam masa terdekat. "Diharapkan orang ramai mempunyai maklumat berhubung lokasi suspek dapat menyalurkannya kepada kami untuk tindakan lanjut," katanya. Mohd Mokhtar berkata, pihaknya akan menggunakan semua undang-undang sebagai langkah membanteras kegiatan samun dan ragut daripada berleluasa. Maklumat boleh disalurkan melalui hotline Polis Johor 07-2212999 atau ke balai polis berhampiran.

Page 77: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

29  

Headline: Padah ragut Publication: HM Date of publication: May 30, 2011 Section heading: Main Section Page number: 017 Byline / Author: Oleh Mohd Fauzi Abdullah

KUANTAN: Cubaan seorang remaja berusia 15 tahun meragut beg galas seorang wanita berakhir dengan tragik apabila jatuh tersungkur dari motosikal diboncengnya sebelum ditahan dalam kejadian di Lorong Tun Ismail 10, di sini, pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, wanita berkenaan yang berusia dalam lingkungan 30-an, keluar dari sebuah kedai makan menuju ke keretanya bersama beberapa rakan lain. Ketika wanita yang bekerja sebagai akauntan dari Kuala Lumpur itu berjalan ke keretanya, remaja terbabit yang menaiki motosikal dari belakang cuba meragut beg galas wanita berkenaan. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Asisten Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata mangsa kemudian melawan dan berlaku tarik-menarik. "Dalam kelam-kabut, suspek yang tidak menyangka wanita itu melawan, menyentap beg galas, tetapi wanita berkenaan enggan melepaskan begnya. "Selepas berlaku tarik menarik, suspek tiba-tiba jatuh tersungkur dari motosikal dan dikepung orang awam. "Mangsa pula terjatuh di atas jalan dan dilaporkan cedera ringan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Headline: Kelindan lori ragut telefon pekerja kilang dipenjara, kena sebat Publication: BH Date of publication: May 14, 2009 Section heading: Main Section Page number: 010

KUALA LUMPUR: Kelindan lori yang meragut telefon bimbit milik seorang pekerja kilang wanita di sini, Mei lalu, dihukum penjara 48 bulan dan dikenakan dua sebatan. Majistret Nazran Mohd Sham menjatuhkan hukuman itu terhadap R Nathakumar, 27, yang mengaku bersalah dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditahan, 3 Mei lalu. Nazran ketika menjatuhkan hukuman, berkata mahkamah memandang berat kesalahan dilakukan tertuduh berikutan kejadian itu boleh membahayakan nyawa orang awam. "Bayangkan jika isteri kamu yang sedang mengandung diragut, apa perasaan kamu? Saya

Page 78: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

30  

amat memandang serius kes ragut yang sering berlaku kini. "Disebabkan ia (kejadian ragut) bukan saja menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan masyarakat malah mampu membahayakan nyawa individu yang diragut," katanya. Nathakumar dituduh meragut telefon bimbit Sony Ericsson K770i bernilai RM850 milik Norkamisah Che Mat, 22, di Perhentian Bas Pekeliling, Jalan Tun Razak di sini, jam 9 malam, 3 Mei 2009. Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya, berkata ketika kejadian dia mabuk dan tidak menyedari atau mengingati apa dilakukannya serta tidak memikirkan kesan perbuatannya. (END)

Headline: Meningkatkan keselamatan diri

Publication: BH Date of publication: May 26, 2011 Section heading: Varsiti Page number: 004 Byline / Author: Oleh Mohd Azrone Sarabatin

JENAYAH ragut kini semakin berleluasa dan membimbangkan orang ramai terutama wanita serta kanak-kanak. Pelbagai kes yang dilaporkan media bukan saja membabitkan kecederaan parah, bahkan turut menyebabkan kematian mangsa. Pelbagai kaedah disarankan bagi mencegah kejadian ragut berulang, namun sehingga kini kes berkenaan terus berlaku. Lebih membimbangkan apabila pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) turut dijadikan sasaran terutama mereka yang tinggal di luar kampus. Antaranya Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya dan beberapa IPT lain yang berada di kawasan perumahan atau di lokasi sesak menyebabkan kegiatan jenayah khususnya ragut semakin rancak. Surat daripada seorang penuntut UiTM mengenai kes ragut yang terus berleluasa di Seksyen 7 Shah Alam pernah disiarkan akhbar ini pada 24 April lalu, dengan menggesa pihak berkuasa supaya kerap melakukan rondaan di kawasan terbabit sebagai langkah pencegahan. Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Khairi Shafie, berkata tindakan pelajar terutama wanita yang mendedahkan diri kepada peragut turut menyumbang kepada peningkatan kes berkenaan. Katanya, ini termasuk berjalan seorang diri di kawasan sunyi, membawa dan menayangkan' tas tangan selain mudah mempercayai orang yang baru dikenali.

Page 79: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

31  

Beliau berkata, ada mangsa ragut yang sedang leka melayan orang baru dikenalinya sehingga penjenayah terbabit bertindak meragut beg tangan mereka. "Kes seperti ini sebenarnya boleh dielak jika pelajar berhati-hati terhadap orang yang baru dikenali kerana ada antara mereka ialah peragut yang berpura-pura menjadi orang baik. Elakkan juga `menayang' tas tangan," katanya dalam ceramahnya bertajuk `Isu Keselamatan' di UPM, Serdang, Selangor, baru-baru ini. Mohd Khairi turut bersetuju supaya pelajar didedahkan dengan seni mempertahankan diri bagi mengelak menjadi mangsa ragut seperti diamalkan anggota Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia Cawangan UPM. Bagaimanapun, beliau berharap anggota persatuan itu tidak bertindak keterlaluan dengan membelasah peragut sehingga mati kerana akhirnya mereka akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat. "Sebanyak 14 kes jenayah di kawasan UPM kini sedang dalam siasatan IPD Serdang yang dengan sendirinya pelajar universiti itu perlu berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa penjenayah," katanya. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata perangkaan menunjukkan jumlah pelajar terbabit dengan kes jenayah meningkat 538 orang iaitu seramai 1,409 pada 2009 kepada 1,947 pada tahun lalu. Katanya, ia meliputi pelbagai kes yang kemungkinan ada berkaitan dengan jenayah ragut yang seharusnya diberi perhatian oleh pelbagai pihak termasuk ibu bapa kerana pencegahan jenayah bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa seperti polis. Beliau berkata, kemungkinan kes jenayah membabitkan pelajar jauh lebih besar daripada perangkaan berkenaan kerana ada lagi kes yang belum dilaporkan kepada pihak polis. "Kita tidak mahu jenayah ragut yang berleluasa sekarang mengancam keselamatan pelajar universiti dan lebih membimbangkan ada pelajar universiti terbabit dengan kegiatan ini," katanya pada Seminar Punca Jenayah di Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor, baru-baru ini. Selain ragut, kes jenayah seperti cabul dan rogol di IPT selain hamil luar nikah turut pernah dilaporkan. Kisah seorang pelajar di sebuah IPT dirogol, baru-baru ini menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan pelajar sama ada yang tinggal di kampus mahupun menyewa di luar. Peningkatan kes dadah membabitkan pelajar IPT sejak kebelakangan ini turut mencetus kegelisahan bukan saja pihak pentadbiran IPT, bahkan ibu bapa yang bimbang akan keselamatan anak masing-masing. Sewajarnya, pencegahan jenayah di IPT dipandang serius. Selain meningkatkan kawalan keselamatan di IPT, kempen keselamatan termasuk menggalakkan pelajar mempelajari seni bela diri antara langkah boleh diambil bagi menangani masalah berkenaan. Pelajari seni bela diri

Page 80: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

32  

MENYEDARI hakikat peningkatan kes jenayah meliputi ragut di negara ini, pelajar kursus Pentadbiran Pengembangan (DCE3302) Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program keselamatan `Hargai Dirimu' di UPM Kampus Serdang, Selangor, baru-baru ini. Seramai 1,000 pelajar UPM dan 20 kanak-kanak daripada Rumah Anak Yatim Keluarga Kami, Kajang, Selangor menghadiri program sehari yang berlangsung empat jam itu. Peserta diberi pendedahan mengenai keselamatan diri oleh tiga penceramah iaitu Ketua Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Khairi Shafie; wakil Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia Cawangan UPM, Mohd Farizul Abdul Rahman dan wakil Balai Polis Seri Kembangan dalam pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Sarjan Mohd Adnan Harun. Mohd Farizul berkata, anggota persatuan silat itu yang belajar di UPM dan universiti lain didedahkan dengan seni mempertahankan diri bagi membolehkan mereka menyelamatkan diri ketika berhadapan penjenayah termasuk peragut dan perogol. Katanya, ketika ini anggota persatuan terbabit tiada masalah untuk mempertahankan dan menyelamatkan rakan yang menjadi mangsa ragut di luar kampus. Beliau berkata, peragut perlu diperangi kerana tindakan mereka melakukan keganasan melampau sehingga sanggup membunuh meninggalkan kesan negatif termasuk trauma kepada insan yang ditinggalkan. "Bagaimanapun, kami bertindak mengikut lunas undang-undang iaitu hanya mempertahankan diri sendiri dan rakan yang menjadi mangsa peragut," katanya. Sementara itu, seorang peserta, Suhaila Mohammed, 26, berkata kes kematian seorang ibu yang menjadi mangsa ragut membuktikan peragut sanggup membunuh kerana desakan hidup. Katanya, beliau menangis memikirkan nasib anak mangsa termasuk anak sulungnya yang menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kerana kehilangan insan tersayang yang menjadi pendorong tatkala susah dan senang. "Jenayah ragut bukan saja harus diperangi secara besar-besaran termasuk memastikan peragut disumbat dalam penjara, sebaliknya penjenayah itu perlu dihukum gantung sampai mati sebagai pengajaran kepada orang lain supaya menjauhi kegiatan tidak bermoral itu," katanya.

Page 81: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

33  

Headline: 2 lelaki ragut beg jurujual insurans Publication: HM Date of publication: May 26, 2011 Section heading: Main Section Page number: 027

KUANTAN: Seorang jurujual insurans menjadi mangsa ragut ketika hendak menutup pintu kereta di depan sebuah restoran di Jalan Air Putih, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa seorang wanita berusia 22 tahun dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Galing, di sini, namun berhenti seketika di depan restoran berkenaan untuk membeli makanan. Bagaimanapun, ketika hendak memasuki keretanya, dua lelaki bermotosikal secara tiba-tiba datang dari arah belakang menarik beg tangannya sebelum memecut meninggalkan kawasan berkenaan. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Nordin Mustapha berkata, mangsa kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana dua penjenayah terbabit hilang sekelip mata. Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Air Putih, di sini, kira-kira jam 12 tengah malam. "Akibat kejadian itu, mangsa memaklumkan dia kehilangan beberapa dokumen penting antaranya kad pengenalan dan lesen memandu, dompet serta wang tunai berjumlah RM100," katanya.

Headline: Wanita perlu kesedaran maksimum elak ragut Publication: BH Date of publication: May 13, 2009 Section heading: Main Section Page number: 029 Byline / Author: Oleh Prof Madya Dr Rusinah Siron

SEDIH dan terharu apabila membaca dan menatap berita kematian wanita mengandung yang menjadi mangsa ragut. Kesedihan kita sudah tentu tidak sama dengan kesedihan yang dirasai ahli keluarga mangsa yang kehilangan ibu tempat bermanja. Betapa kejamnya peragut hari ini sehingga tidak pernah berfikir walau sedetik pun kesan tindakannya terhadap diri dan masa depan orang lain. Anak kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan hanya kerana kerakusan sikap, kekejaman dan komited seorang peragut. Alangkah baiknya jika tugas yang dijalankan itu tugas yang murni dan mempunyai nilai tambah yang positif kepada diri dan orang lain. Ini tidak, kerjaya paling hina dan merosakkan hidup orang lain juga dipilih oleh sesetengah ahli masyarakat yang tidak pernah memikirkan tanggungjawab dan dosa akibat daripada perbuatan mereka. Apa yang mereka tahu adalah tanggung diri sendiri hasil daripada tunggang-langgangnya hidup orang lain.

Page 82: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

34  

Wanita terdedah kepada bahaya pelbagai kegiatan jenayah seperti rogol, ragut dan ratusan jenayah lain yang berlaku di rumah, di jalanan dan di tempat kerja. Wanita perlu ada kesedaran maksimum mengenai bahaya di sekeliling. Jadi, pelbagai cara perlu kita fikirkan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Kita fikirkan bersama mengenai wanita dan keselamatan diri ini secara khusus. * Pertama, cara kita berpakaian boleh mengundang bahaya. Imej seksi dan terdedah sana sini perlu kita elak. Jangan pakai baju yang tidak kena tempat dan tidak kena masa kerana ia akan mengundang bahaya. Jenis kain dan material pakaian itu juga mengundang bahaya, umpamanya wanita memakai pakaian mahal, jenama terkemuka, labuci sana sini di tempat terbuka dan boleh membuka mata penjenayah yang memang sentiasa mencari peluang. Mereka sentiasa bersedia untuk menyambar dan meragut apa juga barang berharga daripada mangsa. Jadi, berpada-pada dalam soal berpakaian di tempat awam dan terbuka ini bagi wanita yang peka keselamatan diri dan harta benda. * Kedua, apabila berjalan di tempat terbuka, saya perhatikan ramai wanita masih gemar memakai barang kemas dan aksesori yang kelihatan seperti mahal walaupun mungkin barang tiruan termasuk emas celup, rantai atau gelang mutiara palsu. Adakalanya rantai emas palsu kelihatan seolah-seolah barang perhiasan asli yang boleh menarik perhatian penjenayah. Kita pernah terbaca di akhbar mengenai mangsa ragut yang mengalami kecederaan serius hanya kerana memakai rantai emas palsu yang bernilai tidak sampai RM100. Jadi, wahai wanita, janganlah bergaya sehingga kita hilang aset lebih berharga iaitu anggota badan dan nyawa. Kita perlu bertindak dan berfikir dengan waras demi keselamatan diri dan masa depan keluarga. PROF MADYA DR RUSINAH SIRON, Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan, Universiti Tenaga Nasional Kajang, Selangor. (END)

Page 83: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

35  

Headline: Lelaki ragut kena berkas Publication: BH Date of publication: May 13, 2009 Section heading: Main Section Page number: 014 Byline / Author: Oleh Hamid Salleh

KUALA TERENGGANU: Tindakan nekad seorang guru wanita berusia 51 tahun melawan peragut yang cuba meragut beg tangannya, menyebabkan peragut terjatuh dari motosikal sebelum ditahan orang ramai di Jalan Banggol, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, guru terbabit dikatakan menarik dan memegang erat beg tangannya menyebabkan peragut di atas motosikal hilang kawalan sehingga terjatuh ke jalan. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata ketika kejadian guru dari Wakaf Tengah, Mengabang Telipot, Batu Rakit dalam perjalanan ke keretanya yang diletakkan di Jalan Banggol. Katanya, dua peragut terbabit datang dari arah belakang dan secara tiba-tiba meragut beg yang digalas di bahu kiri. "Terkejut dengan kejadian itu, mangsa menarik dan memegang erat beg tangannya menyebabkan peragut di atas motosikal hilang keseimbangan," katanya. Beliau berkata, mangsa menjerit minta tolong dan orang ramai dapat menangkap pembonceng berusia 24 tahun dari Kampung Pasir Tinggi, Marang. Manoharan berkata, seorang lagi suspek yang menunggang motosikal itu dapat melarikan diri, bagaimanapun polis sudah mengenal pasti identitinya dan gerakan mengesannya sudah dibuat. (END)

Page 84: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

36  

Headline: Ragut setaraf kes bunuh Publication: BH Date of publication: May 11, 2009 Section heading: Main Section Page number: 029 Byline / Author: Oleh Abdul Razak Idris

KISAH anak kehilangan ibu akibat menjadi mangsa ragut di Johor dan Kelantan baru-baru ini amat meruntun perasaan. Hanya doa dipanjatkan dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan syahid. Kehilangan ibu bagi insan lain lantaran mendapat penyakit atau faktor usia lanjut adalah lumrah kehidupan. Namun, kematian seorang ibu yang juga sedang hamil bukan perkara biasa, malah menjadi satu virus menjangkiti penjenayah hingga sanggup meragut tanpa mengiramangsa. Peragut bermotosikal yang memecut laju selepas melakukan jenayah dianggap sebagai manusia yang sudah hilang 100 peratus kemanusiaannya. Mereka sedar jika mangsa ragut jatuh, risiko jatuh di atas jalan raya dan terhentak kepala atau patah anggota badan adalah amat tinggi. Jika jatuh, kemungkinan mangsa digilis kenderaan yang tidak sempat mengelak amat besar sekali. Lantaran, peragut berkenaan wajar dikenakan tindakan undang-undang kategori kesalahan mencuri, cubaan membunuh dan membahayakan pengguna jalan raya lain kerana memandu secara bahaya. Hukuman yang disifatkan sebagai setaraf pembunuh perlu diwartakan segera. Kini, permasalahan sosial akibat kemelesetan ekonomi dan tekanan yang dihadapi rakyat perlu ditangani secara konsisten oleh pemimpin dan bukan asyik berpolitik. Jangan sampai pemimpin akan tuding-menuding menyalahkan sesama sendiri hingga rasa meluat itu diterjemahkan di kertas undi nanti. Kita sebenarnya tidak boleh terus-terusan menghukum peragut, pembunuh, perompak tanpa mencari punca untuk mengatasi masalah sosial yang semakin meruncing. Kita berada dalam dunia yang penuh dengan tragedi yang berlaku tanpa batasan masa dan sempadan. Bukan semua jenayah di negara ini membabitkan golongan pendatang yang mencari peluang dengan cara melakukan jenayah. Rakyat tempatan juga tidak terkecuali. ABDUL RAZAK IDRIS,

Page 85: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

37  

Banting, Selangor. (END)

Headline: Beg tangan bergaya dedah risiko diragut Publication: BH Date of publication: May 11, 2009 Section heading: Main Section Page number: 028 Byline / Author: Oleh Akmal Fairuz

JENAYAH ragut yang semakin berleluasa sekarang sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dalam kejadian yang sungguh menyayat hati mengingatkan saya mengenai nasihat seorang rakan sekerja yang saya anggap praktikal dan ringkas. Nasihat rakan saya itu, jangan pakai beg tangan. Barangkali idea ini kedengaran mustahil, tetapi cubalah fikirkan semula - adakah wanita benar-benar memerlukan beg tangan? Cuba buka beg tangan anda, apa yang anda temui? Selain dompet kecil berisi wang dan telefon bimbit, ada banyak `sampah' yang tidak diperlukan dibawa oleh wanita dalam beg tangan mereka. Misalnya, tisu, bedak, gincu dan mungkin beberapa buku bank. Semua itu sebenarnya tidak perlu dibawa setiap hari. Bagi wanita bekerja, apa yang anda perlukan sebenarnya hanyalah dompet kecil berisi wang itu dan telefon bimbit, yang sebenarnya boleh diisi dalam kedua-dua belah poket seluar. Anda tidak perlu membawa buku bank, melainkan anda hendak pergi ke bank dan urusan itu pun tidak dilakukan setiap hari. Jadi anda perlu merancang perjalanan hari itu. Jika anda berbaju kurung yang tidak ada poket, letaklah dompet dan telefon bimbit di dalam laci berkunci apabila tiba di pejabat. Dalam perjalanan ke tempat kerja, letak dompet dan telefon bimbit dalam beg kerja, kerana beg kerja tidak kelihatan `menarik' untuk diragut. Masalahnya dengan wanita hari ini ialah mereka hendak membawa banyak benda tidak berguna ke semua tempat. Apa perlunya membawa buku bank jika anda tidak pergi ke bank? Apa guna membawa tisu jika ia boleh disimpan di tempat kerja. Fikirlah, untuk siapa anda berhias di luar jika membawa alat solek? Bersoleklah di rumah, mengapa perlu membawa bedak dan gincu bersama? Atau kalau ingin juga bersolek di pejabat, simpanlah satu set alat solek di pejabat. Mengapa memerlukannya dalam perjalanan ketika keadaan cuaca negara kita yang panas dan kita mudah berpeluh? Mungkin idea ini kelihatan kurang feminin jika diamalkan, tetapi apa gunanya cantik jika keselamatan terancam. Saya memakai seluar setiap kali keluar rumah dan meletakkan dompet dan telefon bimbit dalam poket seluar. Saya merancang perjalanan setiap hari pergi dan balik dari tempat kerja ke rumah dan hanya membawa apa yang perlu saja. Oleh kerana saya sudah merancang perjalanan setiap hari, saya tidak menunggu lama di satu

Page 86: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

38  

satu tempat, memikirkan hendak ke mana pula selepas itu sehingga memberi masa penjenayah membuat `pemerhatian'. Sebaik saja keluar dari bank, saya akan terus kembali ke tempat kerja atau pulang ke rumah. Selain mengelak daripada ancaman bahaya, kita dapat mengoptimumkan penggunaan masa dan melakukan lebih banyak kerja dalam satu hari. AKMAL FAIRUZ, Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) Lembah Pantai Kuala Lumpur. (END)

Headline: Pengalaman ngeri mangsa ragut jadi teladan Publication: BH Date of publication: May 9, 2009 Section heading: Main Section Page number: 030 Byline / Author: Oleh Siti Zaleha Rashid

KES yang mengorbankan tiga nyawa dalam masa 48 jam kembali menggemparkan negara sesudah peristiwa serupa turut mengorbankan banyak nyawa sebelum ini. Kejadian itu seakan-akan tiada kesudahan, malah kes meningkat begitu ketara sejak kebelakangan ini. Saya pernah menjadi mangsa ragut suatu ketika dulu. Ketika itu saya dalam perjalanan dari rumah ke jalan besar bagi mendapatkan bas untuk ke tempat kerja. Ketika melalui lorong di Taman Batu Caves, Selangor, saya dihampiri motosikal yang ditunggangi dua lelaki dan meragut beg tangan saya. Saya terperanjat dan secara spontan menarik tali beg tangan saya dan akibatnya saya terjatuh di atas jalan dan diseret sejauh lima meter sebelum tali beg tangan terputus. Saya menjerit sekuat hati dan seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu cuba mengejar motosikal itu, namun gagal dan penjenayah berlalu dengan bangga. Seminggu kemudian saya menerima surat yang dikepilkan bersama buku Amanah Saham Berhad dan kad pengenalan dan penulis mendakwa menemui barang itu di tempat pembuangan sampah di Taman Seri Gombak. Saya ingin berkongsi kesilapan yang saya lakukan dan akibat kecuaian saya menjadi mangsa peragut. Mungkin tip yang saya turunkan dapat membantu agar kita terhindar daripada menjadi mangsa

Page 87: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

39  

seterusnya. Selepas usaha yang kita lakukan, selebihnya kita berserah kepada Allah SWT agar melindungi kita. * Salah anggap: Saya tersalah apabila menyangka bunyi motosikal yang menghampiri saya ialah anak jiran yang sengaja ingin mengusik, lantas saya tidak menoleh. Kononnya, saya ingin bertindak tidak melayan kerenah budak muda yang suka mengusik gadis ketika itu. Saya hanya bertindak menoleh apabila hairan mendengar bunyi enjin motosikal itu tersangat hampir dengan saya. Namun, belum sempat menoleh, saya diragut. * Cara menggalas beg tangan: Polis menasihatkan saya cara menggalas beg tangan, bukan menyangkut di bahu tetapi menyangkut secara bersilang di bahagian badan dan beg mesti berada di bahagian hadapan. Ini menyukarkan peragut untuk meragut. * Memegang beg dan bukan tali beg. Dengan memegang ibu beg juga menyukarkan peragut merentapnya. Kesilapan memegang tali beg menyebabkan saya mendapat tali dan peragut mendapat beg dalam kejadian itu. Tali beg saya bawa ke balai polis ketika membuat laporan sebagai bahan bukti dan akibatnya saya diketawakan polis atas kebodohan saya. * Mengalah: Tindakan saya mempertahankan tali beg menyebabkan saya tersungkur di jalan dan terseret seterusnya kulit di bahagian perut terkoyak. Jika saya melepaskan saja beg itu, tentu saya dapat mengelak kecederaan melainkan saya dibayar untuk melakukan aksi 'lasak' yang hebat itu. Lagipun, jumlah wang dalam beg itu hanya RM9.50. Nasib baik nyawa saya tidak melayang. * Tiada ilmu pertahankan diri: Selepas tersungkur, saya berasa terlalu rugi kerana saya tiada sebarang ilmu pertahanan diri. Waktu itu saya begitu bersemangat untuk belajar taekwondo dan ingin melawan peragut tetapi semua sudah terlambat. Kini, saya meminta anak mengikuti ilmu taekwondo. Sekarang saya lebih berhati-hati ketika berjalan. Beg saya kepit sekuat-kuatnya dan pantang berselisih atau terdengar bunyi motosikal atau kereta saya akan menoleh dan lebih berhati-hati terhadap kenderaan atau orang yang menghampiri. Saya menjadi fobia meskipun peristiwa itu sudah lama berlaku. Akhir sekali, ingatlah pesan saya, `mesti peka kepada persekitaran.' Itu yang saya cuba lakukan dan selebihnya hanya berserah pada Allah SWT. SITI ZALEHA RASHID, Rawang, Selangor. (END)

Page 88: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

40  

Headline: Warga emas cedera diseret dua peragut Publication: BH Date of publication: May 9, 2009 Section heading: Main Section Page number: 017

KUANTAN: Seorang suri rumah warga emas menjadi mangsa ragut terbaru apabila cedera tangan dan lutut selepas diseret hampir dua meter oleh dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang meragut beg tangannya, di Jalan Sekilau di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 6.45 petang, mangsa berusia 58 tahun dari Bukit Sekilau, berjalan seorang diri menuju ke keretanya di tepi jalan selepas membeli makanan dan barangan di pasar malam berhampiran tempat kejadian. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Nordin Mustapha, berkata mangsa cuba melawan ketika beg tangannya ditarik seorang daripada suspek yang membonceng motosikal sebelum terjatuh dan diseret. "Mangsa bagaimanapun, terpaksa melepaskan tali beg, tetapi mengalami luka pada tangan, siku dan lutut," katanya ketika ditemui semalam. (END)

Headline: Kaji ubah akta bendung kes ragut Publication: BH Date of publication: May 9, 2009 Section heading: Main Section Page number: 008 Byline / Author: Oleh Syuhada Choo Abdullah

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Reformasi Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri, akan melihat keperluan mengubah suai perundangan sedia ada bagi memastikannya lebih berkesan untuk membendung jenayah ragut yang semakin serius hingga mengakibatkan kematian mangsa. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong (gambar), berkata jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikannya memberi perhatian serius terhadap jenayah itu, lebih-lebih lagi apabila kes terbaru mengorbankan dua wanita masing-masing di Kelantan dan Johor. "Jawatankuasa Reformasi Undang-Undang akan meninjau perkara ini dan juga mendapatkan pandangan pelbagai pihak untuk melihat bagaimana kita dapat mengetatkan lagi perundangan bagi membendung kes ragut. "Jika ada keperluan, kita tidak akan teragak-agak meminda undang-undang untuk memastikan mereka yang melakukan jenayah berkenaan menerima pertuduhan yang sesuai dan hukuman setimpal," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Page 89: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

41  

Seorang ibu mengandung dua bulan, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia Selasa lalu selepas koma tiga hari apabila terjatuh daripada motosikal akibat diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya dalam kejadian di Taman Air Hitam, Air Hitam, Johor Bahru, 3 Mei lalu. Kejadian sama menimpa seorang lagi ibu mengandung tiga bulan, Saripah Mohd Nor, 31, yang maut Rabu lalu selepas tercampak dari motosikal apabila beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal di Kampung Kuala Jel, Bachok. Akhbar semalam melaporkan, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang, berkata sudah sampai waktunya kerajaan menggunakan pendekatan perundangan yang serius bagi membendung jenayah ragut, termasuk mewujudkan akta khusus. Liew berkata, Kabinet amat sedih dengan kejadian yang mengorbankan Jamilah serta Saripah dan beliau percaya semua warga Malaysia juga berperasaan sedemikian. "Kita memahami sentimen khususnya yang dialami keluarga mangsa. Namun setakat ini, kerajaan tidak bercadang mengadakan satu akta khusus bagi jenayah ragut kerana perundangan Kanun Keseksaan adalah memadai untuk mengendalikan kes berkenaan," katanya. Katanya, peragut boleh didakwa atas kesalahan merompak mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga maksimum 10 tahun serta denda, manakala bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, hukuman penjara sehingga maksimum 10 tahun dan denda atau sebatan. Jika berlaku kematian katanya, penjenayah terbabit boleh didakwa atas kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, hukuman mandatori digantung sampai mati. (END)

Headline: Setiap individu perlu waspada hindari kes ragut

Publication: BH Date of publication: May 8, 2009 Section heading: Main Section Page number: 024

KES ragut berlaku hampir setiap hari di Malaysia, cuma ia kini menjadi tumpuan ramai berikutan beberapa kes membabitkan kematian mangsanya dan mendapat perhatian media. Contohnya, seluruh negara gempar Disember lalu apabila seorang mangsa ragut, Lim See Nya, 58, dari Lunas, Kedah meninggal dunia akibat digilis lori selepas jatuh ketika diragut. Enam bulan sebelum itu, seorang wanita yang koma tujuh hari selepas bergelut dengan seorang lelaki yang meragut beg tangannya berhampiran pusat beli-belah Melaka Mall, Melaka, akhirnya meninggal dunia. Banyak lagi kes berlaku yang membabitkan mangsa ragut cedera parah atau koma. Kini, musim mangsa ragut meninggal dunia kembali menyentuh perasaan orang ramai apabila seorang wanita mengandung tiga bulan terkorban di jalan raya, manakala nenek berusia 86 tahun maut di rumahnya, masing-masing angkara peragut bermotosikal, dalam dua

Page 90: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

42  

kejadian di Kota Bharu dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini. Ini adalah kes ketiga membabitkan kematian selepas seorang ibu, Jamilah Selamat, 31, yang juga mengandung dua bulan, meninggal dunia selepas koma tiga hari akibat terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Air Hitam, Johor, Ahad lalu. Seperti biasa, apabila kes seumpamanya mendapat tumpuan ramai dan menjadi berita utama media cetak dan elektronik, pelbagai saranan dilontarkan. Ada yang menyarankan supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap peragut, tetapi jika diteliti semula, tatkala insiden sama berlaku beberapa tahun lalu, saranan sama pernah dikemukakan tetapi semuanya hanya tinggal saranan tanpa sebarang tindakan diambil. Pihak polis sebelum ini juga pernah mencadangkan untuk melarang penggunaan motosikal dalam kawasan bandar raya bagi mengurangkan jenayah ragut dan dikatakan masih dalam peringkat kajian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Namun, cadangan itu dibantah oleh pengguna motosikal yang menyifatkannya sebagai tidak praktikal dan tidak berasas kerana akan menyusahkan ramai pengguna jalan raya. Larangan penggunaan motosikal dalam kawasan bandar raya bukan perkara baru kerana Myanmar sudah melaksanakannya di bandar Yangon, manakala di China pula ia diperkenalkan di Guangzhou bagi mengurangkan pencemaran dan jenayah ragut. Sebenarnya, langkah paling berkesan ialah pada diri kita sendiri dan kita tidak boleh terlalu mengharapkan agensi penguat kuasa seperti polis yang tidak akan mampu mengawasi setiap lokasi pada setiap masa kerana jenayah berlaku pada bila-bila masa dan tanpa mengira tempat. Oleh itu, kita harus sentiasa berwaspada bukan saja terhadap peragut, malah apa saja jenis jenayah di sekitar tempat kediaman atau kerja mahupun ketika bersiar-siar. Orang ramai sudah tentu sedar akan tip untuk mengelak diragut seperti jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal; ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan dan banyak lagi. Jika diri kita lebih berwaspada, bermakna lebih separuh kes ragut rasanya boleh dielak. Kerjasama orang ramai juga penting untuk membanteras jenayah ini. (END)

Headline: Suspek dua kes ragut ditahan

Publication: BH Date of publication: May 8, 2009 Section heading: Main Section Page number: 008

BACHOK: Seorang pemandu lori yang khayal akibat pengambilan dadah, ditahan Polis Kelantan awal pagi semalam, untuk membantu siasatan kes ragut yang mengorbankan nyawa seorang suri rumah yang mengandung tiga bulan dekat Padang Raja, Melor, pagi kelmarin. Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata pemuda berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 pagi oleh sepasukan anggota pasukan khas di seluruh kawasan sasaran sejurus kejadian. "Ketika serbuan terhadap rumahnya di Bachok kira-kira jam 1.30 pagi, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori secara sambilan itu dikesan dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengambilan dadah.

Page 91: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

43  

"Dia kini di reman untuk membantu siasatan kes ragut terbabit mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana turut menyebabkan kematian," katanya selepas menyertai ujian kemahiran menembak Piala Ketua Polis Kelantan 2009 di lapang sasar dekat Gunong di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi di Jalan Melor-Ketereh dekat Kampung Padang Raja itu, mangsa Saripah Mohd Noor, 33, dari Kampung Kuala Jel, Bachok, mati serta-merta akibat dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan selepas tercampak dari motosikalnya sebaik beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal. Di JOHOR BAHRU, polis berjaya menahan seorang lelaki bekas banduan berhubung kes ragut yang menyebabkan seorang wanita hamil dua bulan, meninggal dunia selepas koma tiga hari, Ahad lalu. Bercakap ketika dihubungi semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di Taman Banang Jaya, Batu Pahat kira-kira jam 10.30 malam kelmarin untuk membantu siasatan kes berkenaan. "Ketika tangkapan dibuat suspek menaiki motosikal menggunakan plet palsu, yang dilaporkan hilang," katanya. Katanya, lelaki yang juga penganggur dan bekas banduan itu sebelum ini terbabit dalam lima kes curi dan ragut dan polis sudah mendapatkan perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 13 Mei untuk siasatan lanjut. (END)

Headline: Pemasangan kotak barang pada motosikal boleh kurangkan risiko diragut Publication: BH Date of publication: May 7, 2009 Section heading: Main Section Page number: 029 Byline / Author: Oleh Dr Shaiful Annuar Khalid

SEKALI lagi kejadian ragut menyebabkan mangsa meninggal dunia. Terbaru kejadian di Air Hitam, Johor, seorang ibu hamil dua bulan meninggal dunia selepas koma tiga hari selepas terjatuh daripada motosikal akibat diragut dua lelaki. Menurut suami mangsa, isterinya dipercayai menyimpulkan tali beg tangan pada cermin sisi bagi mengelak diragut. Namun begitu, mungkin disebabkan sentapan motosikal isterinya gagal dikawal sebelum terjatuh. Saya pernah menyarankan di dalam ruangan ini, pada 3 Januari lalu supaya penunggang motosikal mengurangkan penggunaan beg tangan yang disangkut pada bahu, dipegang atau diletakkan dalam raga motosikal. Di samping itu juga, barang berharga perlu disimpan di dalam tempat simpanan barang bertutup yang dipasang di bahagian belakang motosikal. Memandangkan gejala ragut terus berlaku dan peragut pula kini langsung tidak berperikemanusiaan, sudah sampai masanya untuk orang ramai dan pihak berkuasa memikir dan melaksanakan tiga langkah berikut:

Page 92: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

44  

* Motosikal tidak lagi dibenarkan untuk mempunyai raga tempat meletak barang-barang. * Motosikal diwajibkan mempunyai tempat menyimpan barang bertutup yang dipasang di bahagian belakang. Sebagai permulaan kerajaan boleh menjalankan kempen pemasangan kotak berkenaan dengan potongan harga atau percuma. Biarpun tindakan di atas tidak mungkin dapat menghapuskan terus gejala ragut, sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan risiko diragut dan kehilangan nyawa. DR SHAIFUL ANNUAR KHALID, UiTM Perlis, Perlis. (END)

Headline: Pasukan khas siasat kematian mangsa ragut Publication: BH Date of publication: May 7, 2009 Section heading: Main Section Page number: 011

BATU PAHAT: Polis Johor menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan siasatan rapi berhubung kematian seorang wanita mengandung, Jamilah Selamat, 31, di Taman Mekar, Ayer Hitam, yang dipercayai mangsa ragut. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata siasatan akan dijalankan dari dua aspek iaitu jenayah dan kemalangan. Katanya, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal, akan mengetuai siasatan itu dan memohon kerjasama orang ramai yang mengetahui mengenai kejadian itu supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan. "Polis memerlukan maklumat untuk membantu siasatan kerana difahamkan ada yang mendakwa nampak kejadian itu. "Tetapi sehingga hari ini, tiada seorang pun yang tampil membantu dan ini menyukarkan polis menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga mangsa, di kediaman mereka, di sini, semalam. Jamilah yang mengandung dua bulan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, kelmarin selepas koma selama tiga hari selepas terjatuh daripada motosikal dipercayai diragut dua lelaki, kira-kira 70 meter dari rumahnya dalam kejadian di Taman Ayer Hitam, Ayer Hitam, Ahad lalu. Mohd Mokhtar berkata, sesiapa yang melihat kejadian diminta menghubungi talian hotline polis Johor 07-2212999 atau mana-mana balai polis. Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jelaing Mersat, yang turut menziarah keluarga mangsa, berkata satu jawatankuasa khas menangani jenayah ragut dan aktiviti rempit akan ditubuhkan.

Page 93: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

45  

(END)

Headline: Masyarakat memerangi jenayah Publication: BM Date of publication: May 22, 2011 Section heading: Main Section Page number: 016 Byline / Author: Oleh Mohd Azis Ngah

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) yang kini berusia 18 tahun ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu polis menjayakan pelbagai program serta aktiviti menyedarkan masyarakat memerangi dan mencegah jenayah. Idea dicetus bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Hanif Omar, ketika di ambang persaraannya pada 1993 kini bukan saja membuktikan keberkesanan dalam memainkan peranan tetapi boleh dikatakan menjadi tempat rujukan pelbagai lapisan masyarakat dan golongan. Kini, tumpuan utama YPJM ialah menanam benih cintakan keamanan, keselamatan melalui pelbagai program pencegahan jenayah pada peringkat akar umbi dan tentunya pelajar sekolah, bakal pemimpin generasi masa depan menjadi tumpuan utama. Belia, remaja dan pelajar ini yang diharap mampu membentuk lapisan masyarakat penuh kesedaran dengan mentaliti menolak sebarang perlakuan jenayah dengan berpegang pada prinsip mencegah lebih baik. Hakikat ini diakui Naib Pengerusi 1 YPJM, Tan Sri Lee Lam Thye yang menjelaskan, wujud kebimbangan mengenai perlakuan remaja, terutama pelajar yang terbabit dalam kes jenayah. Jika dikaji statistik kes pelajar yang terbabit jenayah dalam tempoh dua tahun terakhir, jumlahnya semakin meningkat. Pada 2009, seramai 1,409 pelajar terbabit dalam jenayah dengan 3,263 tangkapan dan jumlahnya meningkat kepada 1,947 kes pada 2010 dengan 3,701 tangkapan ke atas pelajar. Kes remaja bukan pelajar yang kebanyakannya lepasan sekolah atau layak digelar juvana juga membimbangkan kerana jumlah kes terbabit dengan jenayah meningkat daripada 2,245 (2009) kepada 3,218 kes pada 2010. Jumlah tangkapan menurun tetapi perbezaannya terlalu kecil berbanding 4,497 pada 2009 menurun kepada 4,404 pada tahun lalu. Lee berkata, trend baru jenayah pelajar ialah kes kekerasan atau keganasan di kalangan pelajar wanita. Situasi itu dianggap membimbangkan kerana pelajar wanita terkenal dengan sikap lemah lembut kini banyak terbabit dalam kes pergaduhan, buli dan ada juga yang terbabit dalam kes curi kenderaan. "Satu daripada pendekatan diamalkan YPJM ialah menarik seramai mungkin pelajar menyertai Kelab Pencegahan Jenayah peringkat sekolah bertujuan memberi kesedaran kepada mereka. "Mereka inilah diharap mampu mengamalkan segala pendekatan yang diajar dan menyebarkan kepada rakan lain seterusnya berkembang serta menjadi amalan mereka setiap masa," katanya.

Page 94: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

46  

Sejak dilancarkan pada 1999, Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah sudah berkembang kepada 5,589 sekolah dengan jumlah keahlian mencecah 611,450 orang. Diakui, bukan semua kelab atau ahlinya aktif, tetapi jika dianggarkan hanya 500,000 yang aktif dan mempraktikkan amalan pencegahan jenayah, ia dikira memadai. Jumlah setengah juta itu dianggap berbaloi dengan harapan ia mampu berkembang kepada sejuta ahli aktif dalam masa beberapa tahun akan datang. Aktiviti yang dijalankan kelab turut membabitkan pelbagai agensi kerajaan yang lain di mana kelab dan YPJM bertindak selaku koordinator, manakala setiap agensi berfungsi mengikut kepakaran masing-masing. Mereka mengadakan pameran, ceramah dan aktiviti membabitkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bukan saja pelajar atau ahli kelab yang diberikan penerangan, bahkan guru juga menjadi sasaran dan sering terbabit dalam taklimat khas pencegahan jenayah. INFO Jenis jenayah pelajar * Curi motosikal dan kenderaan * Samun berkumpulan (termasuk bersenjata api) * Curi dan pecah masuk * Ragut * Rogol

Headline: Mangsa ragut maut digilis Publication: BH Date of publication: May 21, 2011 Section heading: Main Section Page number: 011 Byline / Author: Oleh Rashidi Karim

KANGAR: Seorang pelajar perempuan 15 tahun hanya mampu menjerit apabila melihat kakaknya digilis kenderaan selepas terjatuh dari motosikal ketika mengejar peragut di Jalan Kangar-Padang Besar, berhampiran Balai Baru, Beseri, dekat sini, petang kelmarin. Lebih dikesali, rantai yang menjadi sasaran peragut itu bukan emas tulen. Nur Syaza Yasmin Roslan, 17, pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Datuk Jafaar Hassan, Bukit Keteri, dekat sini yang menunggang motosikal bersama adiknya, Nur Syaza Naurah, maut di tempat kejadian akibat cedera parah dalam kejadian jam 7.45 malam itu.

Page 95: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

47  

Nur Syaza Naurah yang cedera di tangan dan kaki, berkata kakaknya berang apabila seorang remaja lelaki cuba merentap rantainya lalu mengejar untuk mendapatkan nombor pendaftaran motosikal suspek. "Saya dan kakak baru keluar dari stesen minyak di Beseri untuk ke kedai telefon bimbit. Seorang remaja lelaki menghampiri kami dan berpura-pura bertanyakan sesuatu sebelum cuba meragut rantai saya. "Kami mengejar motosikal itu, namun remaja berkenaan menghimpit menyebabkan kakak hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah kenderaan sebelum kami terbabas lalu terjatuh. "Saya tercampak ke bahu jalan dan cuba membantu kakak yang terjatuh di tengah jalan. Malangnya, dia digilis kereta yang datang dari belakang. "Kereta yang dinaiki beberapa penumpang itu tidak berhenti membantu dan terus menghala ke Padang Besar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Keteri, dekat sini, semalam. Nur Syaza Naurah menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tuanku Fauziah, manakala jenazah kakaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Keteri, pagi semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros mengesahkan menerima laporan nahas itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Headline: `Kerjasama orang ramai diperlukan' Publication: BH Date of publication: May 7, 2009 Section heading: Main Section Page number: 005

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, meminta orang ramai bekerjasama dan membantu bagi menghapus jenayah ragut yang kini berada pada tahap membimbangkan sehingga mengakibatkan kematian. "Kerjasama orang ramai mampu mengurangkan gejala ini dengan bertindak membantu polis memantau perkara di sekeliling mereka," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Bahagian Komunikasi di sini, semalam. Beliau yang diminta mengulas mengenai kejadian ragut yang berlaku berkata, jenayah sedemikian berada di mana-mana saja. "Walaupun baru-baru ini kita mengadakan operasi bersepadu secara besar-besar bagi menangani gejala jenayah termasuk isu mat rempit, perkara seperti ini tidak akan berakhir kerana apabila kita memberi tumpuan di satu tempat, penjenayah mengambil kesempatan di kawasan lain," katanya. Sementara itu, Musa berkata, mengenai kejadian mat rempit yang semakin meningkat kini,

Page 96: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

48  

beliau berkata, mereka yang terbabit dengan gejala itu akan dikenakan tindakan tegas. "Kini polis masih dalam perbincangan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail, mengenai isu melarang motosikal memasuki Kuala Lumpur bagi mengurangkan gejala ini," katanya. Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Afendi Hashim, berkata sikap orang ramai yang sering menganggap diri mereka tidak akan menjadi mangsa perbuatan jenayah, meningkatkan lagi risiko berlakunya gejala berkenaan kerana gagal mengambil langkah pencegahan lebih awal. Sikap seperti itu juga yang menyebabkan kempen pencegahan jenayah sering tidak mendapat sambutan, manakala langkah penguatkuasaan pula tidak berkesan, sekali gus meningkatkan kes jenayah, terutama ragut. Sementara itu, di KULIM, seorang guru wanita sebuah sekolah rendah di sini, cedera di muka dan tangan selepas ditumbuk lelaki bermotosikal yang meragutnya ketika dalam perjalanan mahu mengambil anaknya di Kampung Tunku Putra, Kelang Lama di sini, kelmarin. Ketika kejadian jam 2.20 petang itu, Rosyada Razak, 39, memandu kereta Perodua Kancil berseorangan untuk mengambil anaknya di rumah pengasuh dipintas dan dihalang dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal. Kejadian itu menyebabkan Rosyada kerugian wang tunai dan barang kemas berjumlah kira-kira RM5,000. KRONOLOGI KES RAGUT * 5 Mei 2009 - Wanita mengandung dua bulan, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia selepas koma tiga hari akibat terjatuh daripada motosikal, diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya di Johor Bahru. * 29 April 2009 - Pelajar Tingkatan Dua, Lee Chee Wai, 14, hampir kehilangan dua jari tangan kiri selepas dilibas pisau peragut di Subang Jaya kerana mahu merampas kembali alat permainannya. * 28 April 2009 - Dua pelajar sekolah menengah yang lengkap berpakaian seragam sekolah memukul seorang wanita sehingga cedera sebelum meragut beg tangannya di Desa Setapak, Kuala Lumpur, kelmarin. * 29 Mac 2009 - Nurul Fatimah Ali, 19, koma selepas nekad menunggang motosikal melawan arus untuk mengejar motosikal dinaiki dua lelaki yang meragut beg tangannya di bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. * 21 Februari 2009 - Wanita warga Singapura cedera di lutut dan rugi kira-kira S$5,300 (RM13,000) selepas beg tangannya diragut dua lelaki di Kuantan. * 2 Februari 2009 - Nor Hanani Ibrahim, 21, dari Taman Sena Indah, Kangar nekad mengejar dua penjenayah yang meragut beg tangannya sehingga kedua-dua lelaki itu berjaya diberkas orang ramai.

Page 97: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

49  

* 4 Januari 2009 - Seorang pembantu tadika dalam perjalanan menghantar laporan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan menunggang motosikal patah kedua-dua kaki dan tangan kanannya selepas diragut di Jalan Pusara, Kuala Terengganu. * 10 Disember 2008 - Seorang wanita warga emas maut digilis lori selepas diragut dua lelaki bermotosikal sebaik selesai membeli barang harian di Pasar Awam Bukit Mertajam. * 22 November 2008 - Seorang wanita berusia 65 tahun cedera ringan selepas terjatuh dalam kejadian cubaan meragut beg tangan di hadapan masjid Kampung Gerai, Jertih, Besut. * 13 November 2008 - Seorang wanita, Khoo Lee, 38, cedera dalam kejadian cubaan ragut berhampiran lokasi program pencegahan jenayah, di Pusat Perniagaan Pesta Baru, Jalan Bakri, Muar. * 29 Oktober 2008 - Hasrat seorang pelajar Tingkatan Lima cuba menolong sepasang kekasih yang menjadi mangsa ragut berakhir dengan tragedi kerana maut apabila motosikalnya terbabas diterajang rakan peragut yang mengekorinya. * 11 September 2008 - Seorang wanita kerugian kira-kira RM1,200 selepas beg tangannya diragut seorang gadis yang membonceng motosikal seorang lelaki di Jalan Air Putih, Kuantan. * 11 Ogos 2008 - Jururawat, Israha Ismail, 29, parah selepas diragut ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Jalan Seriab, Kangar. * 20 Jun 2008 - Seorang wanita yang koma tujuh hari selepas bergelut dengan seorang lelaki yang meragut beg tangannya berhampiran pusat beli-belah Melaka Mall, Melaka, meninggal dunia. * 12 Mei 2008 - Isteri seorang kakitangan Berita Harian yang mengandung tiga bulan cedera diragut dua penunggang motosikal di Jalan Walter Grenier, Kuala Lumpur. * 10 Mei 2008 - Penjual nasi lemak, Siti Zubaidah Ismail, 41, parah manakala anaknya, Noorhasniza Mat Tahir, 14, cedera selepas jatuh dari motosikal apabila seorang lelaki meragut beg tangan dari dalam raga motosikal yang mereka naiki di Simpang Kuala, Alor Setar. * 20 April 2008 - Penghantar surat sambilan, Mohd Atiff Afifi Omardin, 22, cedera ditikam dengan pisau rambo, ketika cuba menangkap dua lelaki yang meragut seorang warga emas dekat Pintu Geng, Kota Bharu. * 10 Februari 2008 - Pelajar Universiti Malaysia Perlis, Nur Amalina Abu Bakar, 20, cedera di kepala selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan kereta ketika cuba mengejar lelaki yang meragut beg tangannya di Alor Setar. * 28 Disember 2007 - Guru, Norlidah Misran, 36, patah tulang belakang selepas terjatuh ketika menarik beg tangannya daripada diragut di Muar. * 30 Oktober 2007 - Ketua Meja Jenayah akhbar Nanyang Siang Pau, Steven Chiew, 44, cedera di mulut dan hidung terjatuh selepas beg yang disandangnya disentap penjenayah di Kelana Jaya. (END)

Page 98: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

50  

Headline: Mangsa ragut koma fobia

Publication: BH Date of publication: May 7, 2009 Section heading: Main Section Page number: 005

KUALA TERENGGANU: Mangsa ragut, Nurul Fatimah Ali, 19, dari Kampung Pulau Ketam di sini trauma menunggang motosikal selepas koma selama hampir sebulan selepas bertindak nekad mengejar peragut beg tangannya secara melawan arus trafik sebelum berlanggar dengan kereta di Jambatan Sultan Mahmud di sini, pada 30 Mac lalu. Nurul Fatimah yang membawa RM1,000 dalam beg tangannya untuk membiayai kos belajar memandu kereta ketika kejadian itu, mengakui membuat tindakan membahayakan kerana terlalu marah dengan tindakan dua lelaki bermotosikal yang melarikan beg tangannya, walaupun terpaksa menunggang secara melawan arus ke arah pusat bandar raya. Katanya, tindakan nekad dan berbahaya itu juga terpaksa diambil kerana tidak ada pengguna jalan raya yang melihat kejadian ketika itu menghulurkan bantuan, walaupun dia sudah menjerit meminta tolong. "Bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih hidup lagi, walaupun koma sebulan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Ketam, petang semalam. Nurul Fatimah dibenarkan keluar dari HSNZ pada 24 April lalu dan akan ke hospital semula pada 25 Mei ini untuk pemeriksaan lanjut. Tips elak jadi mangsa ragut. * Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal. * Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal. * Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek. * Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah. * Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan. * Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat. * Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank. * Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan. * Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai. * Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas. (END)

Page 99: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

51  

Headline: Banteras jenayah jalanan misi KDN Publication: BH Date of publication: May 7, 2009 Section heading: Main Section Page number: 004 Byline / Author: Oleh Syuhada Choo Abdullah

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meletakkan usaha memerangi jenayah jalanan terutama ragut, sebagai antara yang paling utama bagi menentukan petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian itu. Sehubungan itu, beliau menegaskan, tiada kompromi dalam usaha membanteras jenayah jalanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil pendekatan menyeluruh untuk membanteras gejala berkenaan pada masa depan. "Pendekatan menyeluruh akan diambil meliputi penggemblengan usaha agensi, bahagian serta jabatan dalam KDN dan juga antara kementerian, termasuk Kementerian Pengangkutan dalam konteks mengatasi gejala ini," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam. Masalah jenayah ragut semakin meruncing dengan semalam, dua mangsa meninggal dunia, termasuk seorang ibu mengandung tiga bulan di Kota Bharu dan seorang wanita berusia 86 tahun di Pulau Pinang, manakala di Kulim, seorang lagi mangsa ragut cedera ditumbuk. Akhbar semalam pula melaporkan seorang ibu mengandung dua bulan meninggal dunia, kelmarin, selepas koma tiga hari apabila terjatuh daripada motosikal akibat diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya dalam kejadian di Taman Air Hitam, Air Hitam, Johor Bahru, Ahad lalu. Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah kira-kira jam 7.30 pagi akibat kecederaan serius di kepala akibat terhentak di atas jalan. Sementara itu, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) menyifatkan peragut sebagai tidak berhati perut dan kejadian mengorbankan nyawa seorang ibu dan kandungannya bukan saja memilukan, malah mencetuskan kemarahan masyarakat. Exco YPJM, Tan Sri Robert Phang, berkata orang ramai harus bekerjasama membanteras gejala ragut, selain meminta polis meningkatkan rondaan, terutama di lokasi yang sering menjadi tumpuan kejadian jenayah berkenaan. Dalam konteks ini, beliau berkata, pelbagai pihak merangkumi YPJM, polis serta pemimpin masyarakat wajar mengadakan lebih banyak aktiviti, termasuk forum bertukar idea untuk membantu mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa ragut. "Jenayah ragut mesti diperangi habis-habisan. Perbuatan itu sangat kejam... tergamak mereka mengorbankan dua nyawa (Jamilah dan kandungannya) semata-mata untuk mendapatkan duit yang mungkin tidak seberapa. Saya sendiri berasa amat sedih dan marah atas kejadian itu. "Apapun, amat penting untuk ada kesedaran sentiasa menjaga keselamatan sendiri. Bagi wanita yang menunggang motosikal, dinasihatkan sebaik-baiknya hanya membawa dompet yang disimpan dalam kocek mereka.

Page 100: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

52  

"Adalah amat berbahaya meletakkan beg tangan di dalam bakul hadapan motosikal kerana ia boleh menarik perhatian peragut yang sanggup bertindak di luar batasan. "Selain itu, mereka juga dicadangkan membawa wisel dan meniupnya apabila berlaku kecemasan. Tindakan itu bukan saja dapat menarik perhatian orang ramai untuk membantu, tetapi secara tidak langsung juga boleh menakutkan penjenayah terbabit. "Satu lagi `senjata' amat berguna dan mudah dibawa ialah payung yang boleh digunakan untuk melindungi diri daripada penjenayah apabila keadaan terdesak atau memerlukan. Bagi pejalan kaki pula, pastikan sentiasa menghala bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak sebarang tindakan mencurigakan," katanya. (END)

Headline: Dua lagi mangsa ragut maut (HL) Publication: BH Date of publication: May 7, 2009 Section heading: Main Section Page number: 001 Byline / Author: Oleh Betty Subaryati; Zulfa Mohamad

KOTA BHARU: Seorang wanita mengandung tiga bulan terkorban di jalan raya, manakala nenek berusia 86 tahun maut di rumahnya, masing-masing angkara peragut bermotosikal, dalam dua kejadian di sini dan Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Ini adalah kes ketiga membabitkan kematian selepas seorang ibu, Jamilah Selamat, 31, yang juga mengandung dua bulan, meninggal dunia kelmarin setelah koma tiga hari akibat terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Air Hitam, Johor, Ahad lalu. Dalam kejadian di Padang Raja, Melor di sini kira-kira jam 10.50 pagi semalam, Saripah Mohd Noor, 33, yang hamil, tercampak dari motosikal apabila beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal sebelum dirempuh sebuah kereta. Ibu lima anak itu, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Jel, Repek dekat Bachok, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu dikatakan menghimpit motosikal Saripah sebelum meragut beg tangan yang disandangnya. Saripah yang menunggang bersendirian dari rumah ibunya di Kampung Tok Bedolah, Tumpat, tercampak ke tengah jalan dan ketika itu, sebuah kereta dari arah bertentangan tidak sempat mengelak, lalu merempuhnya. Dua lelaki berkenaan melarikan diri. Zahruddin meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu, menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. Di TASEK GELUGOR, Tom Salleh, 86, meninggal dunia selepas kepalanya terhantuk ke dinding akibat ditumbuk seorang lelaki yang meragut rantai emas anaknya di rumah mereka di Kampung Besar, kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Page 101: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

53  

Beliau yang ditumbuk di mata kanannya, dikejarkan ke Hospital Kepala Batas tetapi meninggal dunia pada jam 10.40 malam. Anak mangsa, Siti Minah Idris, 58, berkata lelaki terbabit serta rakannya yang menaiki motosikal Yamaha RXZ berhenti di depan rumah mereka dan berpura-pura hendak mencari anak lelakinya yang didakwa berhutang RM2,000 dengan along. "Saya menyangka mereka rakan anak saya, Mohd Shukri Mohd Saad, tetapi berasa pelik apabila lelaki itu menyebut nama Din sedangkan saya tiada anak bernama Din," katanya. Siti Minah berkata, dia terus berlari ke dalam rumah tanpa sempat mengunci pintu apabila lelaki berkenaan mengugut untuk membunuhnya jika tidak memberi wang. Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said, berkata kes itu disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. (END)

Headline: Kontraktor ragut wanita Publication: HM Date of publication: May 6, 2011 Section heading: Main Section Page number: 047

GEORGETOWN: Akibat terdesak untuk mendapatkan wang, seorang kontraktor muda nekad meragut seorang wanita yang baru mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Lorong Kucing, Pulau Tikus, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berjalan berseorangan menjerit apabila beg tangannya diragut sebelum seorang pemandu teksi mengejar suspek yang menunggang motosikal kemudian dia hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam longkang. Peragut terbabit berjaya diberkas dan kemudian diserahkan kepada polis. Menurut sumber, suspek berusia 27 tahun itu dikatakan aktif menjalankan kegiatan ragut di sekitar kawasan berkenaan. "Dalam menjalankan kegiatan jenayahnya, dia akan menanggalkan nombor pendaftaran belakang motosikalnya bagi mengelak dikesan. "Malah, siasatan awal yang dilakukan juga mendapati suspek sebelum ini sering bergerak bersama rakannya yang kini dikatakan sudah melarikan diri ke ibu kota," katanya.

Page 102: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

54  

Headline: Bapa halang polis tangkap peragut Publication: BH Date of publication: May 27, 2009 Section heading: Main Section Page number: 012 Byline / Author: Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

KOTA BHARU: Seorang warga emas menyerang polis dengan parang panjang awal pagi kelmarin, ketika menghalang anggota keselamatan daripada menahan anak lelakinya yang disyaki terbabit kes ragut seorang peniaga wanita dekat Tumpat, Ahad lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata kejadian itu berlaku ketika sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Tumpat menyerbu sebuah rumah di Kampung Tujoh dekat Tumpat kira-kira jam 5.30 pagi. "Anggota polis digerakkan ke rumah terbabit selepas mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran suspek yang disyaki terbabit kes ragut seorang warga emas di Kampung Sri Tujuh. "Setiba anggota polis di rumah terbabit, bapa suspek yang berusia 55 tahun melarang anggota polis memasuki rumahnya dan mengancam akan menetak dengan parang yang dipegangnya jika ada yang masuk ke rumah itu untuk menahan anaknya. "Bagaimanapun, anggota polis nekad bertindak menyerbu masuk menyebabkan berlaku pergelutan dengan warga emas terbabit sebelum berjaya merampas senjata tajam daripadanya tetapi anaknya berjaya melarikan diri menerusi pintu belakang," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam. Dalam kejadian Ahad lalu, seorang warga emas cedera dicekik dan diheret kira-kira lima meter oleh seorang pemuda yang meragut rantai lehernya di sebuah kedai runcit dekat Kampung Tujoh selepas berpura-pura mahu membeli gula dan bawang. Akibat kejadian itu, mangsa Saadiah Musa, 63, cedera di mata, leher, tangan dan lutut selepas bergelut dengan peragut terbabit dalam usahanya menyelamatkan rantai lehernya bernilai RM5,000. Mazlan berkata, polis merampas sebilah parang sepanjang 35 sentimeter dari bapa suspek ragut yang kini ditahan reman selama tiga hari mulai kelmarin untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menakutkan penjawat awam ketika menjalankan tugas. Beliau berkata, pihaknya percaya suspek yang juga seorang penagih dadah itu masih berada di sekitar Tumpat. Katanya, berikutan kejadian itu juga, Polis Kelantan kini mahu menghubungi seorang saksi dikenali sebagai, Mohammad Khairul Omar, 26, yang dipercayai boleh membantu siasatan polis berhubung kes terbabit. (END)

Page 103: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

55  

Headline: Kecemerlangan akhlak perlu diajar di sekolah Publication: BH Date of publication: May 26, 2009 Section heading: Main Section Page number: 034 Byline / Author: Oleh Mohamad Aiyad Ramli

BARU-baru ini, kita dikejutkan dengan kes ragut membabitkan kehilangan nyawa di Johor dan Kelantan. Yang menyedihkan peristiwa ini berlaku ketika sambutan Hari Belia. Sejurus itu, kenyataan pelbagai pihak yang memberi seribu satu jalan penyelesaian untuk membendung kes ragut itu. Jalan terbaik untuk menangani masalah itu ialah kerajaan perlu mengambil tindakan mengubah sistem pendidikan negara kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Seharusnya aspek kecemerlangan akhlak dan moral lebih diutamakan. Seandainya seorang pelajar itu mempunyai akhlak dan moral yang cemerlang, nescaya aspek akademik juga mereka akan cemerlang. Inilah modal insan sebenarnya. Kementerian Pelajaran seharusnya memberi tumpuan yang lebih kepada aspek keagamaan untuk membentuk sahsiah yang cemerlang. Pendidikan keagamaan dan moral perlu dititikberatkan ketika pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Saya percaya seandainya masalah ini tidak diselesaikan dengan segera, maka lahirlah generasi cemerlang akademik tetapi mereka memiliki akhlak yang rendah dan kotor. MOHAMAD AIYAD RAMLI, Wakaf Bharu, Kelantan. (END)

Page 104: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

56  

Headline: Waspada elak ragut Publication: BH Date of publication: May 26, 2009 Section heading: 1Klassifieds Page number: 001 Byline / Author: Oleh Mona Ahmad

PERTENGAHAN Disember lalu, kejadian yang menyayat hati berlaku ke atas warga emas, Lim See Nya, 58, yang maut digilis lori selepas terjatuh akibat diragut ketika berjalan ke kereta keluarganya selepas membeli barangan keperluan di sebuah pasar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dua bulan sebelum itu, di ibu negara, seorang pelajar Tingkatan Lima, Mustakim Minsawi, 17, maut selepas motosikalnya terbabas akibat diterajang peragut ketika beliau cuba menyelamatkan seorang wanita yang diragut dua lelaki yang menyamar sebagai polis. Terbaru, seorang pembantu tadika Kemas dalam perjalanan menghantar laporan berhubung pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu patah kedua-dua belah kaki dan tangan kanannya selepas terbabit dalam satu kejadian ragut di Jalan Pusara, di bandar itu. Nasib malang yang menimpa Suhaida Ab Rahman, 35, dari Kampung Tanjung itu apabila peragut terbabit yang menunggang motosikal dalam keadaan laju secara tiba-tiba menyambar beg tangan yang disorokkan di bawah baju hujan dalam raga motosikal. Tiga kes itu adalah antara banyak lagi kes ragut di negara ini yang saban minggu terpampang di dada akhbar. Sama ada hanya membabitkan kehilangan wang atau harta peribadi hinggalah yang membawa kepada kecederaan malah yang lebih menyedihkan ada yang nyawa melayang. Jenayah ragut yang semakin berleluasa mencetuskan kebimbangan orang ramai. Kejadian ragut yang berlaku tidak kira tempat di bandar atau kampung, sukar ditangani jika kita hanya mengharapkan kepada pihak berkuasa yang mempunyai bebanan tugas banyak untuk mengatasinya. Tidak ada cara untuk kita mengetahui atau meramal bila kejadian itu bakal berlaku dan siapa pula yang menjadi mangsa. Justeru, penting bagi anggota masyarakat untuk sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dan berwaspada apabila berada di bandar, perhentian bas, pasar malam, sedang menaiki motosikal atau berjalan kaki. Adalah tindakan bijak untuk menghalang jenayah ragut sebelum ia benar-benar berlaku ke atas kita. Antara panduan yang boleh diambil kira ialah mengelakkan daripada berjalan sendirian, di kawasan sunyi dan jika ada seseorang yang mencurigai mengekori cuba menuju ke tempat yang ramai orang. Memakai barang kemas berlebihan termasuk memakaikan anak-anak dengan barang kemas turut mengundang kepada jenayah ragut.

Page 105: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

57  

Peningkatan kes jenayah seperti ragut dikaitkan dengan gaya kehidupan moden yang banyak memberi tekanan terhadap jiwa seseorang selain kepincangan berlaku dalam masyarakat. PANDUAN MENGELAKKAN DARIPADA DIRAGUT: * Gunakan jalan yang selalu dilalui orang ramai Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman. * Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam bakul membeli-belah atau di atas kaunter. * Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan lalu lintas. * Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk genggam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah. * Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal. * Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, kereta api, panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut. * Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera. * Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang bola sepak, bas atau kereta api. * Semasa menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi atau kereta api jangan berasak-asak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun. * Jangan biarkan orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu anda terutama sekali semasa naik atau turun kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan. * Jangan simpan duit (wang) di satu kocek saja. Simpanlah dalam kocek yang berasingan. (END)

Page 106: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

58  

Headline: Isteri ahli kumpulan nasyid kena ragut RM1,500 Publication: HM Date of publication: May 5, 2011 Section heading: Main Section Page number: 032

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja terpaksa bergelut dengan dua peragut sebelum beg tangannya dilarikan, malah aduan kepada pihak pengurusan sebuah pusat beli-belah terkemuka, di sini, kelmarin mengenai kejadian itu juga tidak dilayan. Mangsa yang dikenali sebagai Lia, 30, mendakwa mengunjungi premis berkenaan bersendirian untuk bertemu rakannya dan ketika meletakkan kereta di tempat parkir, dia menyedari kehadiran dua lelaki bertopi 'koboi' serta memakai kaca mata hitam. Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang itu, lelaki terbabit tiba-tiba menghampirinya sebelum menyembur serbuk pemedih mata ke arahnya, namun hanya mengenai muka. "Mereka cuba meragut beg tangan saya hingga berlaku pergelutan sebelum seorang daripada lelaki itu menumbuk muka saya. "Bagaimanapun, usaha itu gagal menyebabkan lelaki itu mencapai sebuah topi keledar milik pengunjung berhampiran dan menghentaknya ke kepala saya menyebabkan saya terjatuh. "Sebaik terjatuh, mereka meragut beg tangan saya dan melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja berwarna keemasan," katanya. Mangsa yang juga isteri kepada seorang ahli kumpulan nasyid terkenal kemudian menjerit meminta tolong, namun tiada sesiapa yang datang membantunya termasuk pengawal keselamatan di premis itu. Selain itu, mangsa yang mengalami kecederaan pada kepala, badan dan jarinya terluka, cuba membuat aduan kepada pihak pengurusan pusat beli-belah, namun tidak diendahkan malah kamera litar tertutup (CCTV) juga didakwa tidak berfungsi. Kerugian dianggarkan bernilai RM1,500 dan mangsa sudah membuat laporan di balai polis berhampiran serta mendakwa masih trauma dengan kejadian itu selain kesal dengan sikap lepas tangan pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata siasatan akan dijalankan.

Page 107: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

59  

Headline: Air mata ibu gagal selamat anak dipenjara 36 bulan

Publication: BH Date of publication: May 23, 2009 Section heading: Main Section Page number: 010

KUALA LUMPUR: Air mata seorang ibu gagal menyelamatkan anaknya daripada dipenjarakan 36 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan pilihan merompak beg tangan perunding kecantikan, tahun lalu. Hakim Zainal Abidin Kamarudin yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Tamil Kanan Veerasamy, 23, berkata kesalahan seperti dilakukan tertuduh semakin meningkat dan mahkamah perlu mengambil kira faktor kepentingan awam. "Oleh kerana kes ragut semakin berleluasa pada masa ini, hukuman penjara 36 bulan daripada tarikh ditangkap ini adalah wajar sebagai mesej jelas kepada masyarakat bahawa jenayah meragut adalah sangat serius. "Kamu sepatutnya kasihan kepada ibu yang tidak bekerja, tidak ada tempat bergantung serta hidup keseorangan, bukannya melakukan kesalahan berkenaan dengan apa pun alasan," katanya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum kerana tindakan tertuduh boleh membawa kehilangan nyawa kepada mangsa. Tamil, seorang pekerja kontrak didakwa merompak beg tangan Sua Li Fern, 36, di Hentian Bas Batu 3, Jalan Ipoh Sentul di sini, jam 10.30 malam, 27 April 2008. Dia sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan asal iaitu menggunakan topi keledar sebagai senjata dan menyebabkan kecederaan ketika melakukan kesalahan pada waktu, tempat dan tarikh sama, ditahan 13 bulan lalu. (END)

Page 108: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

60  

Headline: Remaja melutut minta maaf kepada bapa, kakak Publication: BH Date of publication: May 23, 2009 Section heading: Main Section Page number: 010 Byline / Author: Oleh Norhashimah Mohd Radzali

KUALA LUMPUR: Seorang remaja menangis teresak-esak sambil melutut di kaki bapa dan kakaknya memohon kemaafan selepas mengaku bersalah atas tuduhan meragut beg tangan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Selepas mendengar nasihat Hakim Zainal Abidin Kamarudin, Mohd Faisuseh Ibrahim Chong, 20, yang berdiri dalam kandang tertu-duh, sambil menangis terus meluru ke arah bapanya, berlutut dan memegang kedua-dua tangan serta memohon keampunan. Bapa tertuduh, Ibrahim Chong Abdullah dilihat mengusap lembut kepala anaknya dan sebaik menerima kemaafan daripada bapanya, tertuduh melutut di hadapan kakaknya, yang turut menangis menyaksikan peristiwa itu. Terdahulu, Hakim Zainal menyoal Mohd Faisuseh sama ada dia sayang kepada kedua-dua ibu bapanya dan dalam nada sebak, dia menjawab: "Sayang Yang Arif. Saya sayang mereka sepanjang hayat." "Kalau kamu sayang mereka, kamu kena berubah. Kamu yang akan mencorakkan masa depan sendiri dan keluarga hanya mampu memberi nasihat. Kalau diikutkan, saya mahu kenakan hukuman penjara terhadap kamu kerana tempat itu sesuai dengan kamu. Zainal berkata, hukuman khidmat masyarakat wajar dikenakan terhadap tertuduh kerana dia bersalah kepada masyarakat dan perlu membayarnya dengan berkhidmat kepada mereka. "Saya sarankan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya individu yang terbabit dalam jenayah ragut ini, dikenakan hukuman berkhidmat di hospital bagi membantu mangsa ragut, supaya mereka dapat melihat sendiri trauma dialami mangsa," katanya. Zainal kemudian mengenakan hukuman khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh dua tahun terhadap Mohd Faisuseh selepas dia dengan seikhlasnya menyatakan kekesalannya dan berjanji tidak mengulanginya. Mohd Faisuseh, seorang penganggur, dituduh bersama dua lagi yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan parang terhadap dua beradik, Ariyantie Rahim, 23, dan Nur Aqilah, 20, dengan melarikan tiga telefon bimbit, kad pengenalan, kad ATM, kad kredit, lesen memandu serta wang tunai RM520. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tangga jejantas LRT Bandar Tasik Selatan, Cheras di sini, jam 7.45 pagi, 30 Oktober 2008. (END)

Page 109: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

61  

Headline: KDN minta polis tingkat pemantauan Publication: BH Date of publication: May 22, 2009 Section heading: Main Section Page number: 010

IPOH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta polis meningkatkan pemantauan di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah terutama di bank dan lokasi Mesin Juruwang Automatik (ATM) bagi mencegah jenayah ragut dan samun. Timbalan Menterinya, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata kawasan berkenaan berisiko tinggi berlaku kejadian jenayah seperti ragut atau samun kerana penjenayah melihat bank atau ATM sebagai lokasi mudah untuk mencari mangsa. "Kementerian berharap polis terus mempertingkatkan pemantauan mereka di kawasan berisiko tinggi ini bagi mengurangkan jenayah ragut atau samun," katanya selepas melawat keluarga mangsa samun dan bunuh di sini, semalam. Dalam kejadian di Taman Pinji Seni di sini petang kelmarin, seorang wanita Wah Yah Mat Zi, 42, anak lelakinya, Ermin Danish, 5, dan pembantu rumah, Dani Miasih, 21, mati ditikam perompak. Abu Seman berkata, kementerian juga mengarahkan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) mengemas kini kursus prabebas untuk penagih dadah di pusat serenti sebagai persediaan untuk keluarga mereka menerima kembali bekas penagih. Katanya, kebanyakan bekas penagih dadah tidak diterima oleh keluarga sendiri, apatah lagi masyarakat umum menyebabkan mereka kembali kepada rakan penagih dan mengulangi tabiat lama. (END)

Page 110: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

62  

Headline: Gagal ragut Publication: HM Date of publication: May 3, 2011 Section heading: Main Section Page number: 002

KUALA LUMPUR: Dua peragut bermotosikal berusia 20-an berputih mata apabila gagal meragut seorang wanita selepas mangsa dibantu orang awam hingga suspek terjatuh di Pasar Sentul, di sini, semalam. Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kedua-dua penjenayah yang dipercayai berusia 20-an terbabit melarikan diri dan gagal ditahan orang awam. Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, seorang wanita berusia 40-an dalam perjalanan pulang ke rumah selepas memberi barangan di pasar itu. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini, dan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Headline: Pemuda dituduh punca wanita maut Publication: BH Date of publication: May 21, 2009 Section heading: Main Section Page number: 010 Byline / Author: Oleh Mohd Roji Abdullah

BATU PAHAT: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, terhadap tuduhan menyebabkan kematian dan kecederaan wanita hamil, Jamilah Selamat dalam kejadian rompak di Jalan Kaloi, Ayer Hitam, awal bulan ini. Tertuduh, Mohamad Ariffin Anang, 26, dari Taman Bukit Flora, di sini, yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya Azeezi Nordin di depan Hakim Indra Nehru Savandiah. Bagi tuduhan pertama, dia dituduh menyebabkan kematian jurujual kraftangan, Jamilah, 31, di Jalan Kaloi, Ayer Hitam di sini, pada jam 7.15 malam, 3 Mei lalu manakala tuduhan kedua menyebabkan kecederaan kepada mangsa ketika merompak dalam kejadian sama. Mohamad Ariffin yang ditahan ketika menunggang motosikal ketika khayal di Taman Banang Jaya, di sini, 6 Mei lalu didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian mangsa. Bagi tuduhan pertama, dia boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun serta denda dan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun serta sebatan bagi tuduhan kedua mengikut Seksyen 394 kanun sama. Hakim menetapkan 13 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu tertuduh melantik peguam.

Page 111: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

63  

Bagaimanapun, Azeezi, memohon tertuduh tidak ditawarkan ikat jamin kerana dia masih dalam tempoh jaminan terhadap empat lagi tuduhan terdahulu antaranya kes ragut, curi dan penyalahgunaan dadah. Mahkamah membenarkan permohonan dan tertuduh dihantar ke lokap sementara menunggu tarikh sebutan semula kes. Dalam prosiding semalam, Mohammad Ariffin yang dikawal ketat empat anggota Jabatan Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, tiba di Mahkamah Sesyen di sini dengan van polis tepat jam 9 pagi semalam. Keadaan agak kecoh ketika polis membawa dia keluar dari kenderaan apabila keluarganya cuba menghalang media merakam gambarnya. Tertuduh tenang ketika pertuduhan dibacakan dan hanya menggelengkan kepala ketika jurubahasa mahkamah bertanya sama ada dia mengaku salah atau tidak. Dia juga tidak menunjukkan reaksi apabila keluarga menyuruhnya menundukkan kepala bagi mengelak jurugambar ketika keluar dari mahkamah. PERTUDUHAN * Mohamad Ariffin Anang, 26, dari Taman Bukit Flora, Batu Pahat dituduh menyebabkan kematian jurujual kedai kraftangan, Jamilah Selamat, 31, di Jalan Kaloi, Ayer Hitam jam 7.15 malam, 3 Mei lalu. * Mohamad Ariffin juga dituduh menyebabkan kecederaan kepada mangsa ketika merompak dalam kejadian yang sama. (END)

Headline: Suami tak maaf penjenayah Publication: BH Date of publication: May 20, 2009 Section heading: Main Section Page number: 014

BATU PAHAT: "Saya tidak akan memaafkan lelaki itu sampai bila-bila. Perbuatan dia terlalu kejam, ia bukan kerja manusia," kata Razali Ahmad, suami Jamilah Selamat, 31, wanita mengandung yang meninggal dunia selepas koma tiga hari akibat kepalanya terhentak di jalan dalam kejadian ragut di Jalan Kaloi, Taman Ayer Hitam, 3 Mei lalu. Razali, 41, berkata beliau puas hati dan lega dimaklumkan penjenayah kejam itu dikenal pasti dan berharap dapat bersemuka dengannya. "Kalau diberi peluang, saya memang mahu melihat wajah dia. Sebelum ini apabila dimaklumkan ada suspek ditahan, saya meminta kebenaran polis untuk melihatnya, tetapi tidak dibenarkan. "Saya berharap dia akan menerima hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan terlalu

Page 112: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

64  

berat. Dia mungkin tidak berasa kehilangan apa-apa, tetapi kami yang ditinggalkan arwah ini hidup dalam tekanan, kerana perbuatan kejam penjenayah itu," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam. Jamilah, yang mengandung 10 minggu meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, 5 Mei lalu selepas koma tiga hari akibat kecederaan di kepala. (END)

Headline: Peragut berdepan hukuman mati Publication: BH Date of publication: May 20, 2009 Section heading: Main Section Page number: 014 Byline / Author: Oleh Johan Afandi

JOHOR BAHRU: Peragut yang menyebabkan kematian wanita hamil, Jamilah Selamat dari Jalan Mekar, Taman Mekar, Batu Pahat dekat sini, pada 5 Mei lalu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman mati mandatori di Mahkamah Majistret Batu Pahat, hari ini. Seorang lelaki lagi yang memiliki telefon bimbit mangsa turut didakwa di mahkamah sama mengikut Seksyen 411 KK kerana menyimpan harta curi. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif, berkata kertas siasatan bagi kes ragut dan memiliki telefon bimbit mangsa sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan kedua-dua lelaki terbabit akan didakwa hari ini. "Suspek pertama akan didakwa mengikut Seksyen 302 KK kerana tindakan ragut yang membunuh mangsa manakala lelaki kedua berdepan dengan dakwaan mengikut Seksyen 411 kanun sama kerana menyimpan harta curi," katanya di sini, semalam. Beliau berkata, peragut yang juga bekas banduan berusia 26 tahun ditahan pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Amer Awal di Taman Banang Jaya, Batu Pahat, sehari selepas mangsa meninggal dunia. Katanya, ketika ditahan, bekas banduan terbabit yang mempunyai enam rekod kesalahan lampau membabitkan curi, ragut dan pencerobohan jenayah antara 2003 hingga 2006 itu sedang khayal kerana mengambil pil Eramin 5. "Lelaki itu cuba melarikan diri dan bertindak agresif melawan anggota polis tetapi mula memberi kerjasama pada 15 Mei lalu dengan menunjukkan lokasi barangan milik mangsa yang dibuang di dalam semak, berdekatan ladang sawit di Parit Raja, Batu Pahat," katanya. Dalam kejadian jam 7.30 malam 3 Mei lalu, Jamilah sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari pasar malam di Taman Ayer Hitam ke rumahnya di Jalan Mekar, Taman Mekar. Sebaik tiba di sebuah bonggol di Jalan Kaloi, Taman Ayer Hitam, mangsa diragut menyebabkan motosikal jenis Honda EX 5 yang ditungganginya hilang kawalan lalu terjatuh.

Page 113: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

65  

(END)

Headline: Ragut: 2 mat rempit dicekup Publication: BH Date of publication: May 19, 2009 Section heading: Main Section Page number: 007 Byline / Author: Oleh Irwan Shafrian Ismail

KUANTAN: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah. Inilah perumpamaan tepat bagi menggambarkan nasib menimpa dua mat rempit yang ditangkap selepas meragut dua wanita dalam dua kejadian berasingan di bandar ini, pagi kelmarin. Suspek berusia 25 dan 16 tahun ditahan selepas motosikal yang ditunggang terbabas dan terjatuh sewaktu dikejar kereta peronda polis yang melihat tindakan suspek meragut mangsa kedua berhampiran Wisma Belia, Bandar Indera Mahkota. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, suspek dikatakan meragut beg tangan wanita berusia 19 tahun menyebabkan mangsa hampir terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Nordin Mustapha, berkata anggota kereta peronda yang menahan suspek yang masing-masing berasal dari Kampung Padang, Sungai Lembing, dekat sini menemui semula beg tangan mangsa yang berisi RM14. Beliau berkata, dalam kejadian pertama kira-kira jam 8.30 pagi, dua suspek terbabit dipercayai meragut beg tangan seorang wanita berusia 25 tahun yang menunggang motosikal bersendirian, di Sungai Pinang, dekat Sungai Lembing. "Wanita terbabit kerugian RM300 selepas beg tangan yang diletakkan dalam bakul motosikal diragut suspek yang menunggang sebuah motosikal," katanya. Nordin berkata, suspek yang dipercayai tidak berpuas hati dengan hasil ragut pertama cuba meragut seorang pelajar wanita berusia 20 tahun. Dalam kejadian jam 11.10 pagi itu, pelajar terbabit yang dalam perjalanan ke sebuah kolej swasta di Bandar Indera Mahkota, di sini menyedari tindakan suspek yang mahu meragut beg tangannya. "Selepas gagal meragut, suspek memecut motosikal untuk melarikan diri sebelum mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini," katanya. Nordin berkata, remaja terbabit yang sudah tidak bersekolah bersama rakannya kini ditahan di IPD di sini dan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun. "Hasil siasatan awal, suspek mengaku terbabit dalam ketiga-tiga kejadian berkenaan dan pihak kami masih menyiasat sama ada mereka turut terbabit kejadian ragut yang dilaporkan di daerah ini," katanya. (END)

Page 114: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

66  

Headline: Polis tumpu jenayah ragut, samun Publication: HM Date of publication: Jan 21, 2011 Section heading: Main Section Page number: 002

KOTA BHARU: Polis negeri ini akan memberi tumpuan khusus kepada jenayah jalanan seperti ragut, samun serta curi kenderaan sebagai agenda 'Program High Polising' mereka dalam usaha mengurangkan kadar jenayah itu di bandar ini. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata pengawasan di kawasan bandar perlu dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan orang ramai. "Tidak dinafikan kawasan bandar sering menjadi tumpuan masyarakat untuk berurusan dan pada masa sama kesibukan itu diambil kesempatan penjenayah jika mendapat berpeluang. "Sehubungan itu, kami menasihatkan orang ramai peka dengan masalah ini. Jika langkah keselamatan diambil, kemungkinan penjenayah sukar melakukan kegiatannya," katanya. Beliau berkata demikian pada Program High Polising yang turut disertai 60 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sekitar bandar ini di sini, semalam. Menerusi program itu, sebanyak 1,000 risalah diedarkan kepada orang ramai di bandar ini dalam usaha meningkatkan kesedaran mereka mengenai bahaya jenayah jalanan seperti ragut, samun dan curi kenderaan. Katanya, program itu bertujuan mendekatkan masyarakat dengan polis bagi membantu menangani kes jenayah yang berlaku di negeri ini. "Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah jalanan boleh berhubung terus dengan kami di talian 09-7450999," katanya.

Sumber : http://www.nstemedia.com.my Tarikh Akses : 16 Ogos 2011

Page 115: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

1  

PEMUDA RAGUT WARGA EMAS SETELAH TUMPANGKAN MANGSA

Date: 08-08-2011Author: / ND BK RAGUT-WARGA EMAS BESUT, 8 Ogos (Bernama) -- Seorang warga emas terpaksa berputih mata seteah diragut oleh seorang pemuda yang disangkakan ikhlas menumpangkannya menaiki motosikal. Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam, mangsa yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke Kampung Lapan Kotak dari rumahnya di Kampung Gong Bayor, beliau telah berhenti di Kampung Alor Lintang untuk menunggu kereta sewa sebelum didatangi oleh seorang pemuda yang menaiki motosikal. " Suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an datang menghampiri mangsa dan mempelawanya menaiki motosikalnya untuk menghantarnya ke destinasi yang ingin dituju dengan alasan mengenali mangsa dan pernah datang ke rumahnya beberapa kalisebelum itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Tanpa mengesyaki sesuatu, mangsa bersetuju untuk menaiki motosikal pemuda berkenaan hinggalah dibawa ke sebuah kawasan tanaman padi sebelum suspek bertindak menurunkan mangsa dan meragut beg duitnya sebelum melarikan diri. Ekoran itu mangsa kerugian RM1,000 wang tunai selain kehilangan beberapa dokuman. Sehubungan itu Kamaruddin menasihati orang ramai terutamanya warga emas agartidak mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali yang berpura-pura memberikan pertolongan. Kejadian meragut warga emas seumpama itu merupakan kejadian yang keempat berlaku di daerah Besut dalam tempoh sebulan ini. -- BERNAMA ND BK

Page 116: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

2  

MANGSA RAGUT SEDIH ADIK MASIH KOMA HARAP PERAGUT DAPAT DITANGKAP

Date: 02-08-2011 Author: / NFI NSM RHM MANGSA-RAGUT KUALA TERENGGANU, 2 Ogos (Bernama) -- "Jika boleh saya ingin berjumpa dengan peragut dan biar dia menerima hukuman yang setimpal atau lebih teruk daripada keadaan yang menimpa adik," demikian luahan mangsa ragut Maleha Malik yang cedera parah dalam kejadian ragut di Jalan Kamaruddin, di sini Ahad lepas. Maleha, 24, ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini, masih di dalam keadaan lemah dan amat sedih kerana adiknya Maizatul Akmal, 22, masih koma. "Sekarang saya masih rasa sakit lagi di bahagian tangan dan perut,tapi saya rasa lebih tertekan kerana adik masih belum sedarkan diri," katanya. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi Ahad lalu, dua beradik itu cedera parah apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lagimotosikal dari arah bertentangan semasa mereka mengejar peragut yang melarikan beg tangan mereka. Kejadian itu berlaku apabila kedua-dua beradik itu yang bermotosikal dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka menuju ke Kompleks Sri Iman dekat sini untuk mengambil Wang Dana Bakti Remaja yang diberikan oleh kerajaan negeri. Dalam kejadian itu, Maleha yang hampir putus tangan serta luka di beberapa bahagian badan telah mula sedarkan diri semalam setelah menjalani pembedahan di hospital itu manakala adiknya masih koma. Sementara itu, Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa yang melawat mangsa di hospital itu hari ini berharap orang ramai membantu menyalurkan maklumat untuk mengesan peragut terbabit. -- BERNAMA NFI NSM RHM

Page 117: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

3  

KAKAK SUDAH SEDAR, ADIK MASIH KOMA EKORAN KES RAGUT

Date: 01-08-2011 Author: / NFI SHI HM POLIS-SAMUN KUALA TERENGGANU, 1 Ogos (Bernama) -- Seorang daripada dua beradik perempuan mangsa ragut yang terlibat dalam kemalangan pagi semalam kini sudah sedarkan diri manakala adiknya masih berada dalam keadaan koma. Bapa mereka, Malik Ngah, 58, berkata anaknya Maleha, 24, yang hampir putus tangan dan luka di badan telah mula sedarkan diri setelah menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam. Bagaimanapun katanya adik kepada Maleha, Maizatul Akmal, 22, masih koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital yang sama. "Laporan polis masih belum dibuat kerana kita nak tunggu dulu cerita dari Maleha. Sekarang dia masih lemah dan doktor nasihatkan dia supaya tidak banyak bercakap," kata Malik kepada pemberita di hospital berkenaan. Beliau berkata beliau sekeluarga yang tinggal di Flat Sri Kolam di sini masih trauma dengan tragedi yang berlaku kepada kedua-dua anaknya tersebut yang masing-masing bekerja sebagai jurujual. Namun katanya keluarganya reda dengan kejadian yang menimpa anak keempat dan kelima daripada 11 beradik itu. "Tapi memang pahit untuk kami terima tambahan pula ianya berlaku sehari sebelum puasa. "Saya harap pihak polis dapat menangkap peragut itu dan hukuman yang setimpal akan dikenakan," katanya. Kejadian itu berlaku apabila kedua-dua beradik itu yang bermotosikal dipercayai dalam perjalanan dari rumah mereka menuju ke Kompleks Sri Iman dekat sini untuk mengambil Wang Dana Bakti Remaja telah diragut oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi semalam itu, dua beradik itu dipercayai bertindak nekad mengejar peragut yang melarikan beg tangan mereka namun motosikal mereka bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan di Jalan Kamaruddin di sini. -- BERNAMA NFI SHI HM

Page 118: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

4  

PDRM BERAZAM KURANGKAN KES CURI KENDERAAN SELEPAS BERJAYA TANGANI JENAYAH RAGUT

Date: 19-07-2011 Author: / FZL HK SBB PEMANDU-CURI KENDERAAN KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Polis berazam mengurangkan kejadian curi kenderaan selepas berjaya menangani jenayah ragut dan kecurian kecil menerusi kaedah pengawasan bersama orang awam. Pengerusi Majlis Pengurangan Pencurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) Datuk Hadi Ho Abdullah, yang juga Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, berkata sejumlah kenderaan dianggarkan bernilai kira-kira RM1 bilion hilang akibat dicuri tahun lepas. Ini berdasarkan indeks jenayah tahun lepas yang menunjukkan curi kenderaan menyumbang sebanyak 40 peratus daripada jumlah keseluruhan indeks berkenaan, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) hari ini. Kenyataan itu dikeluarkan selepas bengkel tertutup dua hari anjuran VTREC dengan kerjasama Pemandu dan agensi berkaitan serta sektor swasta bagi membangunstrategi memerangi jenayah curi kenderaan. Hadi juga berkata jenayah itu mempunyai kesan yang ketara terhadap pengusaha insurans dan takaful kerana ia mungkin menyebabkan kadar premium meningkat, sekaligus membebankan pengguna. "Dalam dunia jenayah tanpa sempadan kini, kumpulan dan sindiket penjenayah menggunakan transaksi elektronik serta kaedah sofistikated bagi mencuri kenderaan. "Sudah tiba masanya melibatkan sektor awam dan swasta dalam usaha PDRM memerangi dan mengurangkan jenayah curi kenderaan," katanya. Hadi berkata VTREC akan mengemukakan semua saranan kepada Pemandu selain bekerjasama dengan pihak dan agensi kerajaan yang berkaitan bagi memantau perkembangan pelaksanaannya. Turut hadir pada bengkel itu ialah wakil Bank Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Dalam Negeri, Persatuan Automotif Malaysia, Persatuan Bank-Bank Malaysia, Persatuan Takaful Malaysia. -- BERNAMA FZL HK SBB

Page 119: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

5  

PEMANDU LORI DITAHAN SELEPAS RAGUT DUA KAKITANGAN IPTA

Date: 07-07-2011 Author: / NFI NSM ROS POLIS-RAGUT KUALA TERENGGANU, 7 Julai (Bernama) -- Seorang pemandu lori ditahan selepasmeragut dua kakitangan wanita sebuah institusi pengajian tinggi awam di sini semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang di Lorong Gemia, Panji Alam itu, kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menunggang sebuah motosikal sebelum datang motosikal yang dinaiki suspek dari arah belakang yang menghimpit mereka. Beliau berkata suspek yang berusia 22 tahun dan dipercayai pernah terlibat dengan tiga kes ragut sebelum ini kemudian cuba meragut beg mangsa. "Mangsa yang menyedari kejadian itu kemudian menarik balik begnya menyebabkan berlaku insiden tarik menarik sebelum kedua-dua mangsa dan suspek terjatuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Kedua-dua mangsa yang terjatuh ke dalam longkang yang berhampiran mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki serta tangan dan kemudian mendapatkan rawatandi Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ). "Suspek terus melarikan diri dan dikejar oleh orang awam yang menyedari kejadian itu, lalu menyorok di belakang bangunan Jabatan Perangkaan di Jalan Pasir Panjang, namun berjaya dikesan dan ditahan oleh polis," katanya. Manoharan berkata dengan tertangkapnya suspek yang berasal dari Losong Masjid di sini, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes berkaitan ragut dan samun di jalanan di sekitar bandar raya ini. Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana cuba menyamun dan menyebabkan kecederaan. -- BERNAMA NFI NSM ROS

Page 120: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

6  

POLIS TUMPAS SAMUN DAN RAGUT, BERKAS LAPAN LELAKI

Date: 27-06-2011 Author: / NUA NAK POLIS-RAGUT PETALING JAYA, 27 Jun (Bernama) -- Polis dapat menumpaskan tiga kejadian samun dan ragut di Subang Jaya dan Puchong antara Rabu lepas sehingga semalam berikutan penahanan lapan lelaki di sekitar daerah berkenaan. Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid berkata polis menahan lapan lelaki termasuk seorang pembeli barangan hasil samun itu, yang berumur antara 16 dan 40 tahun. Penahanan mereka dibuat hasil maklumat orang ramai, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada empat pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membantu polis dalam kejadian samun itu. "Dalam kejadian pertama pada 22 Jun kira-kira 3.50 petang, seorang wanita berumur 36 tahun yang sedang berjalan di lorong SS17/1E, Subang Jaya, telah didatangi dua lelaki menaiki skuter bewarna hitam. "Mereka yang datang dari arah hadapan mangsa itu terus meragut rantai lehernya menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami luka dan terseliuh siku kiri," katanya. Zainal berkata hasil maklumat orang awam, polis menahan dua remaja lelaki masing-masing berusia 16 tahun dan lelaki berumur 30-an kerana membeli rantai daripada remaja terbabit. Dalam kejadian kedua pada 23 Jun, dua lelaki berumur 33 dan 40 tahun, yang meragut beg tangan seorang wanita, ditahan di Jalan SS15/4D kira-kira 6.45 petang. "Mangsa berumur 18 tahun ketika itu berjalan berseorangan sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal dari arah belakang mangsa. Setelah begnya diragut, mangsa terjatuh dan mengalami cedera di siku kanan," katanya. Zainal berkata empat pekerja TNB yang berada tidak jauh dari tempat kejadian sempat mengejar suspek dan menahan seorang daripada mereka. "Hasil siasatan lanjut, suspek yang melarikan diri itu dapat diberkas keesokannya dan barangan mangsa seperti telefon bimbit dan wang tunai diperolehi semula," katanya sambil menambah kedua-dua lelaki itu mempunyai rekod jenayah dan dadah. Bagi kes ketiga pula, tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis ditahan selepas merampas wang tunai dan telefon bimbit milik seorang lelaki di bulatan Puchong Perdana, 26 Jun lepas. Zainal berkata dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa berumur 17 tahun sedang menunggang motosikalnya sebelum ditahan tiga suspek tersebut yang menaiki dua motosikal. "Tiga suspek berumur 17 hingga 22 tahun mengaku sebagai anggota polis sebelum merampas dompet mangsa dan sejumlah wang tunai serta telefon bimbit," katanya. Beliau berkata kereta peronda polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan dua daripada suspek manakala seorang lagi yang sempat melarikan diri dapat diberkas keesokannya. "Suspek berumur 17 tahun itu masih belajar di sekolah menengah dan dua lagi bekerja di kilang. Kesemua motosikal yang terlibat dalam kes samun dan ragut ini turut dirampas," katanya.

Page 121: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

7  

-- BERNAMA NUA NAK EMPAT SUSPEK DALAM SEMBILAN KES SAMUN DAN RAGUT DI SUBANG DITAHAN

Date: 22-06-2011 Author: / PNAK AKT HM POLIS-TAHAN SUBANG JAYA, 22 Jun (Bernama) -- Polis menyelesaikan lima kes samun dan empat ragut yang berlaku di sekitar Subang dalam tempoh sebulan ini dengan tertangkapnya empat lelaki. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid berkata suspek pertama ditahan Khamis lepas setelah dia bersama seorang lagi rakannya cuba meragut beg tangan seorang wanita di Jalan SS 14/1 di sini. "Ketika itu mangsa yang berumur 25 tahun mahu memasuki keretanya di hadapan rumahnya sebelum suspek dan rakannya yang menaiki motosikal cuba meragutnya dariarah belakang menyebabkan mangsa terjatuh. "Bagaimanapun beg tangan mangsa tersebut gagal dilarikan kerana mangsa memegang kuat pada beg tangannya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya hari ini. Beliau berkata suami mangsa yang ketika itu sudah berada di dalam kereta berkenaan bertindak mengejar suspek dengan dibantu oleh orang ramai dan mereka berjaya menangkap suspek yang berumur 19 tahun dan merupakan pelajar kolej di Kuala Selangor. "Rakan suspek berjaya melarikan diri tetapi polis kemudiannya menyerbu rumahnya, namun dia tetap dapat dapat melarikan diri. "Namun motosikal yang digunakan di dalam kes itu telah dirampas di rumah terbabit," kata Zainal. Tangkapan kedua pula berjaya dilakukan dengan kecekapan polis peronda yang ketika itu sedang meronda di kawasan SS 15/5E kira-kira pukul 7 pagi semalam yang telah ternampak satu kejadian ragut oleh dua lelaki yang menaiki motosikal terhadap seorang wanita berumur 70 tahun. "Mangsa ketika itu sedang berjalan kaki sebelum didatangi dua lelaki dari arah belakang. Pemboncengnya turun dan terus mengacu parang ke leher mangsa dancuba meragut rantai emas yang di pakai mangsa," katanya. Zainal berkata polis yang membuat rondaan terus mengejar dan berjaya menangkap seorang darinya dan merampas sebilah parang namun sebelum itu berlakupergelutan menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan di jari tangan kanan. Suspek yang ditahan berumur 26 tahun dan pemerikasan awal mendapati dia dikehendaki dalam satu kes samun di Negeri Sembilan serta turut positif dadah. Polis masih mengesan suspek kedua. Beliau berkata siasatan lanjut mendapati kedua-dua mereka turut terlibat dalam satu lagi kes samun ke atas seorang lelaki berumur 60 tahun di Jalan SS 15 15 minit sebelum itu. "Namun dalam kes pertama, mereka hanya memperolehi sebanyak RM1.20," katanya. Zainal berkata tangkapan ketiga juga dilakukan semalam iaitu kira-kira pukul 2.30 petang apabila seorang wanita yang sedang berjalan ke arah keretanya yang

Page 122: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

8  

diletakkan di tepi jalan di PJS 7/19, Bandar Sunway telah diragut dua lelaki yang menaiki motosikal, yang datang dari arah belakang. "Selepas itu suspek telah melarikan diri dan mangsa kerugian kad pengenalan, kad ATM, kad kredit, telefon bimbit serta wang RM50," katanya. Namun 25 minit kemudiannya hasil dari maklumat mangsa, kedua-dua suspek yang berumur 20 dan 22 tahun berjaya diberkas ketika sedang makan cendol di Jalan PJS 6/1, Sungai Way. "Setelah pemeriksaan dibuat polis telah menemui semula semua barang milik mangsa," kata Zainal. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menyampaikan sijil penghargaan kepada lima anggota polis yang berjaya memberkas suspek dalam tiga kes tersebut. -- BERNAMA PNAK AKT HM

Page 123: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

9  

POLIS TAHAN LELAKI RAGUT WANITA INDONESIA

Date: 05-05-2011 Author: / NFAK AZE RS POLIS-RAGUT GEORGE TOWN, 5 Mei (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki yang meragut beg tangan seorang wanita warga Indonesia di Jalan Kuching, Pulau Tikus di sini semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan ketika cuba melarikan diri dengan memecut motosikalnya sebelum terjatuh ke dalam longkang akibat dirempuh oleh sebuah teksi pada kira-kira pukul 4 petang. "Lelaki itu memecut motosikal yang ditunggangnya selepas meragut beg tangan wanita berusia 20 tahun yang berjalan seorang diri menuju ke sebuah hospital berhampiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, setelah wanita itu menjerit meminta tolong, seorang pemandu teksi yang menyaksikan kejadian itu terus mengekori dan merempuh motosikal peragut mengakibatkan dia terjatuh sebelum ditahan polis "ops payung" di kawasan berhampiran. Gan berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. -- BERNAMA NFAK AZE RS

Page 124: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

10  

DUA WANITA MENJADI MANGSA RAGUT KETIKA BUKA PAGAR RUMAH

Date: 28-02-2011 Author: / NZR NZR RHM POLIS-RAGUT KUANTAN, 28 Feb (Bernama) -- Dua wanita menjadi mangsa ragut dalam masa selang 10 minit di dua kawasan perumahan di Bentong ketika masing-masing membukapintu pagar rumah. Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian pertama berlaku kira-kira 10.30 pagi membabitkan seorang guru berusia 56 tahun yang baru pulang ke rumahnya. Wanita itu diragut ketika mahu masuk semula ke dalam keretanya selepas membuka pintu pagar rumah di mana secara tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar meluru ke arahnya dan menarik rantai di lehernya, katanya. Katanya mangsa tidak sempat berbuat apa-apa kerana terkejut dan hanya mampu melihat suspek dan rakannya melarikan diri dengan sebuah motosikal bersamarantainya bernilai RM3,000. Kejadian kedua pula, katanya berlaku kira-kira 10 minit kemudian apabila seorang jururawat berusia 55 tahun diragut ketika membuka pintu pagar rumahnya di Taman KSM, Bentong. "Mangsa juga dihampiri dua lelaki bermotosikal dan memakai topi keledar yang bertindak meragut rantai leher bernilai RM15,000," katanya. Beliau berkata polis percaya kedua-dua kes dipercayai dilakukan oleh suspek yang sama. -- BERNAMA NZR NZR RHM

Page 125: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

11  

POLIS TAHAN WANITA DISYAKI TERLIBAT KES RAGUT BARANG KEMAS KANAK-KANAK

Date: 27-02-2011 Author: / TAJ SHI RS POLIS-TANGKAP KUALA TERENGGANU, 27 Feb (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita keranadisyaki terlibat dalam kes ragut barang kemas kanak-kanak kecil perempuan di karnival Jom Heboh sejak dua hari lepas di Dataran Syahbandar di sini. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata, wanita berumur 39 tahun itu berasal dari Pulau Pinang. "Pada hari pertama karnival (Jumaat) dua kes melibatkan ragut rantai dua kanak-kanak perempuan telah dilaporkan dan pada hari terakhir (semalam) dia cuba meragut rantai seorang lagi kanak-kanak perempuan. "Bagaimanapun orang ramai berjaya memberkasnya dan menyerahkannya kepada polis," kata Zamri di sini hari ini. Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis sedang memburu seorang lelaki berumur 39 tahun yang disyaki telah membakar rumahnya hingga musnah di KampungBalik Bukit, Setiu kira-kira 12.30 pagi semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K Manoharan berkata, lelaki itu bertindak demikian kerana dikatakan sering menghadapi masalah dengan isterinya. Manoharan berkata, isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai telah membuat laporan di Balai Polis Setiu petang semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. -- BERNAMA TAJ SHI RS

Page 126: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

12  

LELAKI DIPERCAYAI TERLIBAT DALAM LAPAN KES RAGUT DITAHAN

Date: 09-02-2011 Author: / NNA AKT SN POLIS-RAGUT PETALING JAYA, 9 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 33 tahun yang disyaki terlibat dalam lapan kes ragut di sekitar Petaling Jaya, ditahan di Taman Maju Jaya, di sini hari ini. Penganggur yang mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan dua kes ragut dan tiga berkaitan dadah itu ditahan di rumahnya pada pukul 10.15 pagi. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis kini menyiasat sama ada lelaki itu terlibat dalam kejadian ragut di Pangsapuri Permai di taman berkenaan yang menyebabkan seorang wanita maut selepas tiga harikoma. "Lelaki itu ditahan satu kilometer dari lokasi kejadian Zabedah Abas, 46, diragut. Polis turut merampas motosikal lelaki itu selepas mendapati ia adalah motosikal curi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini. Zabedah, meninggal dunia 6 Feb lepas, setelah tidak sedarkan diri sejak tiga hari akibat terjatuh daripada motosikal selepas diragut di Taman Sri Manja pada 3 Feb. Tun Hisan berkata hasil risikan, polis percaya terdapat seorang individu yang menyaksikan kejadian ragut itu dan beliau meminta saksi itu tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 untuk membantu siasatan. Sementara itu, beliau menafikan kawasan Taman Maju Jaya merupakan kawasan panas, tetapi tidak menolak ia adalah kawasan bermasalah. Pada tahun lepas sebanyak enam kes ragut dilaporkan di kawasan itu dan polis telah mengadakan tiga sesi dialog bersama penduduk dalam usaha memerangi jenayah terutama ragut. -- BERNAMA NNA AKT SN

Page 127: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

13  

POLIS TAHAN LELAKI RAGUT BEG DUIT WARGA ASING

Date: 08-02-2011 Author: / PBA PBA RS POLIS-WARGA ASING TELUK INTAN, 8 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki yang dikehendaki polis berhubung kegiatan ragut diberkas selepas dia meragut beg duit seorang lelaki warga asing di Jalan Maharaja Lela, di sini malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supt Mohd Zaki Harun berkata, lelaki berusia 30an itu ditahan selepas beberapa orang awam mengejar dan menangkapnya ketika cuba melarikan diri selepas dia meragut beg duit milik seorang warga Bangladesh. Sebelum itu suspek menghampiri mangsa berusia 24 tahun sambil memperkenalkan dirinya konon sebagai anggota polis lalu merampas dompet berisi wang tunai RM300 milik mangsa sebelum melarikan diri, katanya ketika dihubungi hari ini. Mohd Zaki berkata, siasatan polis mendapati suspek positif dadah. Beliau berkata lelaki berkenaan ditahan reman seminggu dan disiasat dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun. Dalam perkembangan lain, polis merampas 40 kilogram daun ketum daripada seorang lelaki yang menjalankan aktiviti menjual daun itu kepada orang ramai. Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan pada pukul 2 petang oleh pasukan Anti Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak dalam serbuan di rumahnya di Chendrong Balai, Teluk Intan. -- BERNAMA PBA PBA RS

Page 128: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

14  

KES RAGUT DI MELAKA TURUN HAMPIR 50 PERATUS TAHUN LEPAS

Date: 17-01-2011 Author: / FBR NO NM POLIS-INDEKS MELAKA, 17 Jan (Bernama) -- Kes ragut di negeri ini turun 47.4 peratus sepanjang tahun lepas berbanding tahun sebelumnya dan merupakan satu daripada empat jenis jenayah yang mencatatkan penurunan paling banyak. Ketua Polis Melaka SAC Datuk Chuah Ghee Lye berkata turut mencatatkan penurunan ialah kes bunuh iaitu 33.3 peratus, pecah rumah (26.4 peratus) dan kes kecurian lain-lain (18.2 peratus). Secara keseluruhan indeks jenayah Melaka mencatatkan penurunan sebanyak 4.54peratus tahun lepas iaitu 5,276 kes berbanding 5,527 kes pada tahun sebelumnya, kata Chuah kepada pemberita, di sini hari ini. Bagaimanapun katanya, kes curi motosikal meningkat sebanyak 23.77 peratus iaitu bertambah 359 kes. "Curi motosikal juga menjadi kes terbanyak tahun lepas iaitu 35.4 peratus diikuti kes kecurian lain 23.3 peratus, pecah rumah waktu malam 14.2 peratus dan pecah rumah waktu siang enam peratus," katanya. Chuah berkata sepanjang tahun lepas juga Polis Melaka berjaya menyelesaikan 54.93 peratus kes berbanding 40 peratus yang ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagi kesalahan melibatkan Akta Dadah Berbahaya dan Akta Pencegahan Dadah, beliau berkata seramai 3,972 orang telah ditangkap pada tahun lepas iaitu meningkat 21.7 peratus berbanding tahun 2009. Beliau berkata sebanyak 3.17 kilogram dadah jenis heroin dirampas pada tahun lepas, ganja (15.97 kg), syabu 2.38 kg, ecstacy (9,515 biji), eramin (3,368 biji), ketamine (1.17 kg), methadone (896 ml), pil psychotropic (1,936 biji), yaba (478 biji) dan kodein (155.95 ml). Bagi kes kemalangan jalan raya pula, Chuah berkata Melaka mencatat 14,107 kes tahun lepas iaitu meningkat sebanyak enam peratus berbanding tahun sebelumnya. Chuah sebelum itu hadir majlis serah terima tugas antara Timbalan Ketua Polis negeri SAC Datuk Kamal Pasha Jamal yang mula bersara hari ini dan pemangku SAC Shah Ghazli Khan Shahadad. -- BERNAMA FBR NO NM

Page 129: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

15  

LELAKI MAUT KETIKA CUBA RAGUT MANGSA KEDUA

Date: 12-01-2011 Author: / FJM FJM SN POLIS-RAGUT JOHOR BAHARU, 12 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki yang cuba meragut seorang wanita, maut apabila motosikal yang dinaikinya merempuh pembahagi jalan berhampiran sebuah kompleks membeli belah di Jalan Tun Razak di sini hari ini. Lelaki berusia 24 tahun itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala manakala wanita yang cuba diragutnya turut cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan. Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaakob berkata siasatan polis mendapati lelaki terbabit sebelum itu telah meragut beg tangan seorang wanita berusia 30-an yang berisi telefon bimbit dan wang tunai di kawasan yang sama. "Kami percaya lelaki itu tidak berpuas hati dengan hasil ragutnya yang pertama dan cuba meragut seorang lagi wanita lain. "Tetapi dia hilang kawalan ke atas motosikalnya menyebabkan dia merempuh pembahagi jalan," katanya. Zainuddin berkata polis percaya lelaki itu terlibat dalam beberapa kes ragut di sekitar bandar raya ini dan polis kini dalam usaha mengesan tempat persembunyian lelaki terbabit dan rakan-rakannya. -- BERNAMA FJM FJM SN

Page 130: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

16  

DUA PENGANGGUR DIDAKWA RAGUT TUJUH WANITA DI PERLIS

Date: 06-01-2011 Author: / AD AD SBB MAHKAMAH-RAGUT KANGAR, 6 Jan (Bernama) -- Dua penganggur yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah meragut tujuh wanita di beberapa lokasi di Perlis pada bulan Disember lepas. Tajuddin Mat Desa, 40, dan seorang remaja berusia 18 tahun dari Beseri, didakwa melakukan ketujuh-tujuh kesalahan antara 1 Dis dan 24 Dis lepas, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad menetapkan 8 Feb ini untuk perbicaraan. Beliau membenarkan Tajuddin diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, manakala remaja berkenaan dikenakan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan. Mengikut kertas pertuduhan, mereka meragut beg tangan dan beg duit mangsa yang mengandungi wang antara RM40 dan RM1,320, kad pengenalan, lesen memandu serta telefon bimbit. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. -- BERNAMA AD AD SBB

Page 131: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

17  

POLIS TAHAN 10 LELAKI TERLIBAT 46 KES SAMUN, RAGUT, CURI MOTOSIKAL

Date: 20-12-2010 Author: / SMK SMK RHM POLIS-SAMUN JOHOR BAHARU, 20 Dis (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan kumpulan "Kangkar" yang dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 46 kes samun, ragutdan curi motosikal di sekitar bandar raya ini selepas menahan 10 anggota kumpulan berkenaan, Rabu lepas. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dua daripada mereka ditahan di sebuah rumah di Kampung Kangkar Tebrau, di sini, manakala lapan yang lain di sekitar bandar raya ini. "Hasil siasatan yang dibuat, polis merampas sembilan motosikal yang dipercayai hasil curi, sebatang besi berbentuk T, tujuh batang besi tajam dan dua besi berbentuk L yang ditajamkan hujungnya yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mohd Mokhtar berkata siasatan mendapati dua daripada anggota kumpulan itu mempunyai rekod jenayah lampau. Katanya, kesemua 10 suspek yang berumur 18 hingga 27 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut. Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata polis menahan seorang lelaki dan wanita serta seorang kanak-kanak perempuan pada Khamis lepas, yang dipercayai menjalankan penipuan. Beliau berkata mereka yang menaiki sebuah kereta Proton Waja ditahan di Jalan Wong Ah Fook di sini. Polis menemui pelbagai barangan kemas termasuk rantai, gelang dan anting-anting, wang tunai berjumlah RM2,100, seutas jam tangan, sebuah telefon bimbit dan dua buku akaun bank daripada mereka, katanya. Katanya, siasatan mendapati mereka terlibat dalam tujuh kes penipuan di bandar raya ini dan lelaki berkenaan mempunyai 10 rekod jenayah lampau. -- BERNAMA SMK SMK RHM

Page 132: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

18  

KERANA RAGUT RM10, PENJUAL IKAN DIPENJARA EMPAT TAHUN

Date: 09-12-2010Author: / MS MAI MAHKAMAH-RAGUT KUANTAN, 9 Dis (Bernama) -- Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini mengenakan hukuman penjara empat tahun terhadap seorang penjual ikan yang mengaku bersalahmeragut beg seorang wanita berisi RM10. Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dari Triang, Bera, dituduh meragut jurujual berkenaan di belakang Sekolah Rendah Sultan Abdullah, Jalan Wong Ah Jang di sini pada 9.45 malam 12 Nov lepas. Selain wang tunai itu, beg itu juga mengandungi kunci rumah, MyKad, buku akaun bank dan surat hospital. Tertuduh ditangkap orang ramai di kawasan berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis. Nik Khairul Azmi memohon supaya dikenakan hukuman yang ringan dengan alasan isterinya baru melahirkan anak tiga minggu lepas. Hakim Irwan Suaibon menetapkan hukuman penjara berkenaan berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditangkap. Nik Khairul Azmi tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilla Md Ali. -- BERNAMA MS MAI

Page 133: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

19  

RAGUT: HASRAT PENIAGA BERNIKAH TERTANGGUH SELEPAS DIPENJARA 12 BULAN

Date: 15-11-2010 Author: / SYJ NAK SBB MAHKAMAH-RAGUT KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Seorang peniaga yang sepatutnya berkahwin dua minggu lepas, terpaksa menangguhkan hasrat itu sehingga dia selesai menjalani hukuman penjara 12 bulan kerana meragut beg tangan seorang wanita. Shairol Anuar Zainudin, 26, sepatutnya bergelar 'Raja Sehari' pada 4 Nov lepas. Bagaimanapun, dia ditangkap sehari sebelum itu selepas meragut beg tangan Siti Noraziah Bachek, 42, di persimpangan ke PPR Sri Semarak Jalan Air Keroh, Setapak di sini. Hakim Mahkamah Sesyen Zainal Abidin Kamaruddin memerintahkan Shairol Anuar menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap selepas dia mengaku bersalah. Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun, dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. -- BERNAMA SYJ NAK SBB

Page 134: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

20  

POLIS TUMPASKAN GENG MAT GANJA AKTIF RAGUT DAN CURI MOTOSIKAL

Date: 28-09-2010 Author: / EIY EIY KLS POLIS-TAHAN BUKIT MERTAJAM, 28 Sept (Bernama) -- Polis berjaya menumpaskan Geng Mat Ganja yang dipercayai aktif menjalankan aktiviti ragut dan curi motosikal di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) di sini selepas menahan tiga remaja lelaki pada 21 Sept lepas. Ketua Polis Daerah SPT ACP Azman Abd Lah berkata tiga remaja termasuk seorang pelajar sekolah berusia antara 16 dan 20 tahun itu ditahan berasingan di rumah masing-masing di sekitar Kubang Semang di sini pada 7 pagi, 21 Sept lepas. "Polis percaya dengan penahanan mereka telah berjaya menyelesaikan dua kes ragut dan lapan kes curi motosikal di sekitar SPT sejak April lepas dan siasatan juga mendapati mereka positif ganja," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Azman berkata polis juga merampas sebuah motosikal dan beberapa komponen motosikal yang dicuri serta beberapa barang kemas yang dipercayai diragut. Katanya polis kini giat mengesan ketua geng terbabit iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun dan berasal daripada Kubang Semang di sini bagi membantu siasatan. Tiga remaja berkenaan kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 379A(1) dan 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri motosikal serta meragut, katanya. Sementara itu beliau berkata polis mencari waris seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang ditemui di Jalan Kelisa Emas 2, Taman Kelisa Emas di sini pada 26 Sept lepas kira-kira pukul 8 pagi. Katanya lelaki yang lengkap berpakaian t-shirt merah dan seluar jean biru itu dipercayai warga tempatan ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan. "Ketika ditemui lelaki itu dalam separuh sedar dan dia dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan sebelum meninggal dunia kira-kira pukul 9.15 pagi hari yang sama," katanya. Azman berkata siasatan mendapati tiada sebarang dokumen perjalanan diri bersama mangsa dan hasil bedah siasat menunjukkan lelaki terbabit mengalami kecederaan dalaman akibat terjatuh dari motosikal sebelum ditinggalkan di tempat kejadian. "Kita minta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubang kejadian berkenaan supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatanatau ASP Rizal Ramli di talian 019-4585145 bagi membantu siasatan," katanya. -- BERNAMA EIY EIY KLS

Page 135: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

21  

POLIS KURANGKAN KES JENAYAH RAGUT DI IPOH

Date: 06-09-2010 Author: / PBA MAI POLIS-RAGUT IPOH, 6 Sept (Bernama) -- Polis berjaya mengurangkan kadar jenayah ragut di bandar raya Ipoh sepanjang Jnuari hingga Ogos tahun ini dengan 76 kes dicatatkanberbanding 165 kes tempoh yang sama tahun lepas. Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar berkata, dalam tempoh yang sama juga, polis telah menahan lapan lelaki kerana terbabit dalam kes jenayah ragut dan sebanyak 23 kes berjaya diselesaikan. "Pengurangan ini disebabkan peningkatan fokus kepada kawasan yang sering berlaku jenayah itu," katanya. Ibrahim berkata sebanyak 24 kamera litar tertutup dipasang di kawasan-kawasan yang sering berlaku jenayah. Mengurangkan kadar jenayah jalan seperti ragut merupakan antara Bidang Keberhasilan Utama Negara yang ditetapkan oleh kerajaan. -- BERNAMA PBA MAI

PEGAWAI PENYIASAT DIGANTUNG TUGAS KERANA HINA MANGSA RAGUT

Date: 04-09-2010 Author: / NAN HAZ DC POLIS-TINDAKAN KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Polis telah mengambil tindakan menggantung tugas seorang pegawai penyiasat dari Balai Polis Kepong yang dikatakan memarahi seorang wanita mangsa ragut yang tidak pandai berbahasa Malaysia. Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Muhammad Sabtu Osman hari ini berkata pegawai tersebut kini akan menjalankan tugas pentadbiran di pejabat sementara menunggu hasil siasatan yang dijalankan. Pada 28 Ogos lepas, seorang wanita berbangsa Cina telah datang untuk membuat laporan berhubung kes ragut yang melibatkan beliau di balai tersebut dan mendakwa telah dimarahi pengawai penyiasat itu yang turut memintanya agar pulang ke negara China. Berikutan tindakan pegawai itu, wanita berkenaan telah membuat laporan polis di balai yang sama pagi ini. Muhammad Sabtu berkata beliau akan memastikan kes tersebut disiasat secara telus dan saksama, serta tidak akan melindungi mana-mana anggota polis yang didapat melakukan sebarang salah laku. -- BERNAMA NAN HAZ DC

Page 136: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

22  

KERJASAMA ORANG RAMAI BOLEH HENTIKAN KES RAGUT DI KAWASAN TARIKAN PELANCONG DI SARAWAK

Date: 19-08-2010Author: / CJ NH PELANCONG-RAGUT KUCHING, 19 Ogos (Bernama) -- Kegiatan ragut terutama di kawasan tarikan pelancong termasuk Tebingan Sarawak boleh dikekang jika semua pihak bekerjasama, kata Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Sarawak Datuk Talib Zulpilip. Walaupun masalah itu masih terkawal, kementerian mahu usaha dibuat bagi mengekang kegiatan itu agar ia tidak menjejaskan imej negeri ini dan negara sebagai destinasi pelancongan. "Orang ramai boleh membantu polis dengan bertindak pantas apabila melihat kejadian ragut sama ada dengan menangkap peragut, mencatat nombor pendaftaran motosikalnya semasa melakukan salah laku itu dan juga dengan merakamkan gambar melalui kamera telefon bimbit," katanya selepas menyampaikan Jalur Gemilang kepada anggota Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) dan melekatkannya pada van dan teksi di sini. Beliau berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan pihak berkaitan termasuk polis dan pengusaha pelancongan untuk berbincang mengenai perkara itu. Kenyataan itu dikeluarkan berikutan beberapa kejadian ragut yang mensasarkan pelancong asing dengan yang terbaru melibatkan seorang pelancong dari Thailand yang cedera selepas begnya diragut dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal. Bagaimanapun, Talib yang juga pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah berkata pihaknya tidak bercadang untuk mengarahkan pengurusan hotel meletakkan papan tanda ingatan agar pelanggannya berwaspada dengan kegiatan ragut di tempat mereka termasuk premis yang diuruskan perbadanan itu. -- BERNAMA CJ NH PEMANDU PERIBADI TERIMA SIJIL KERANA BANTU LELAKI DALAM KEJADIAN RAGUT

Date: 22-07-2010 Author: / NUA KHY SBB POLIS-SIJIL KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Seorang pemandu peribadi antara yang menerima sijil penghargaan daripada polis hari ini selepas membantu seorang lelaki dalam kejadian ragut di tempat letak kereta di Sri Petaling, pertengahan bulan lepas. Khairul Fahmi Md Yusof, 32, berkata kejadian kira-kira 5 petang itu berlaku ketika beliau menunggu majikannya di dalam sebuah kereta yang terletak lima meter dari tempat kejadian. "Saya nampak seorang lelaki menaiki motosikal cuba ragut beg yang dipegang mangsa, dan pada masa yang sama, berlaku kejadian tarik-menarik. Geram dengan tindakan peragut itu, saya kemudiannya berlari ke arah peragut terbabit dan bertindak memukulnya dengan topi keledar yang dibawa bersamanya," katanya yang ditemui selepas majlis perhimpunan bulanan peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini. Pada majlis itu, sembilan anggota RELA, dua anggota Jabatan Pertahanan Awam

Page 137: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

23  

Malaysia dan 12 anggota polis yang menunjukkan prestasi cemerlang, turut menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid. Sementara itu, Wan Abdul Bari berkata tindakan orang ramai membantu mangsa ragut amat dihargai, namun seseorang itu tidak digalakkan mengambil tindakan sendiri bagi menahan atau mencederakan suspek kerana dikhuatiri suspek memiliki senjata yang boleh mendatangkan bahaya. -- BERNAMA NUA KHY SBB

PENGAWAL KESELAMATAN RAGUT PENUNTUT UITM DIPENJARA LIMA TAHUN

Date: 21-07-2010Author: / FAI MAI MAHKAMAH-RAGUT SHAH ALAM, 21 Julai (Bernama) -- Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah meragut beg tangan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara pada minggu lepas. Hakim Latifah Mohd Tahar memerintahkan Hairul Azuan Abdul Rahman, 33, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 15 Julai lepas. Dia didakwa meragut beg tangan Juliza Jamaluddin, 23, yang mengandungi dompet, sebuah telefon bimbit, kad pelajar dan lesen memandu serta kad pengenalan di Jalan Persiaran Raja Muda, Seksyen 3 di sini pada 8.15 pagi 15 Julai. Menurut fakta kes, Hairul Azuan bertindak meragut beg tangan Juliza yang sedang dalam perjalanan ke kampusnya dengan menaiki motosikal. Tertuduh yang juga menunggang motosikal melarikan diri sebelum pelajar itu bertindak mengejarnya dan melanggar motosikal tertuduh menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh dari motosikal masing-masing. Hairul Azuan, yang cuba melarikan diri, bagaimanapun diberkas oleh dua anggota polis yang terdengar jeritan meminta tolong daripada Juliza. -- BERNAMA FAI MAI

Page 138: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

24  

SUSPEK KES RAGUT DAN MENCEDERAKAN MANGSA DITAHAN DI BALIK PULAU

Date: 20-06-2010 Author: / NU LIB AZH POLIS-TAHAN BALIK PULAU, 20 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam satu kejadian ragut dan mencederakan seorang pemilik kedai runcit di Permatang Damar Laut pada 7 Jun lepas ditahan polis kediamannya di Sungai Ara, di sini. Timbalan Ketua Polis Balik Pulau Supt Lai Fah Hin berkata suspek yang berusia awal 20an itu diberkas Rabu lepas setelah polis melancarkan gerakan besar-besaran memburunya. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini beliau berkata suspek sudah ditahan reman dan akan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan. Dalam kejadian 7 Jun lepas seorang pemilik kedai Loke Mei Ling, 52, ditikam di bahagian badannya oleh seorang lelaki, sebelum suspek lari dan menghilangkan diri di kawasan hutan paya berhampiran apabila dikejar oleh beberapa penduduk kawasan berkenaan. -- BERNAMA NU LIB AZH POLIS PULAU PINANG TUMPAS SINDIKET RAGUT SEKITAR DAERAH BARAT DAYA

Date: 20-06-2010 Author: / NU LIB SBB SINDIKET-TUMPAS BALIK PULAU, 20 Jun (Bernama) -- Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Barat Daya berjaya menumpaskan sindiket ragut dan kes pecah kereta di sekitar daerah itu sejak tiga bulan lepas. Timbalan Ketua Polis Barat Daya, Supt Lai Fah Hin berkata empat lelaki berusia 29 hingga 38 tahun ditahan secara berasingan dan dipercayai terlibat dalam 25 kes pecah kereta di sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru. "Bertindak atas maklumat orang awam, polis menahan dua lelaki pada pukul 12.45 awal pagi tadi di Sungai Nibong dan seorang lelaki pada pukul 2 pagi tadi juga di Sungai Nibong," katanya. Beliau berkata polis menemui tiga pemutar skru, kunci motorsikal serta barang kemas termasuk cincin, rantai, gelang tangan serta keronsang baju yang dipercayai barangan curi. Katanya berdasarkan maklumat tiga suspek yang ditahan, polis menyerbu sebuah premis membaiki kereta di Lorong Aziz Ibrahim, Bayan Lepas pada 4.50 pagi tadi dan menahan seorang lelaki. "Hasil penahanan suspek yang dipercayai pembeli barang-barang curi itu, polis menemui 22 buah pemain CD/DVD pelbagai jenama dan dua buah peralatan audio jenama Brothers," katanya. Turut dirampas sebuah motosikal dan nilai keseluruhan barangan curi itu dianggarkan RM25,000. Lai berkata, modus operandi sindiket itu ialah memecahkan cermin sisi bahagian pintu belakang kereta menggunakan pemutar skru untuk memasuki kenderaan

Page 139: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

25  

itu. Beliau berkata dua suspek didapati positif dadah jenis heroin dan seorang daripada mereka memiliki enam rekod jenayah lampau berkaitan kes samun serta ragut. "Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan ditahan reman sehingga 22 Jun ini," katanya. Sehubungan itu, katanya, polis percaya dapat menyelesaikan semua kes ragut yang dilaporkan sejak bulan Mac lepas dan semua mangsa akan dipanggil untuk proses pengecaman barangan mereka yang hilang. -- BERNAMA NU LIB SBB POLIS P.PINANG TINGKAT USAHA BURU SUSPEK KES RAGUT DAN CEDERA MANGSA

Date: 09-06-2010 Author: / KTK KTK AZH POLIS-BURU PULAU PINANG, 9 Jun (Bernama) -- Polis Pulau Pinang melancarkan gerakan besar-besaran hari ini bagi memburu seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam satu kejadian ragut dan mencederakan seorang pemilik kedai runcit di Permatang Damar Laut di sini Isnin lepas. Timbalan Ketua Polis Balik Pulau Supt Lai Fah Hin berkata pemilik kedai itu Loke Mei Ling, 52, ditikam di bahagian badannya oleh seorang lelaki yang berumur awal 20-an dalam kejadian tersebut. Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam apabila suspek yang berpura-pura hendak membeli rokok, bertindak menikam Loke dengan pisau dan kemudiannya meragut rantai emas yang dipakai wanita itu sebelum melarikan diri. Katanya lelaki yang dipercayai seorang penagih dadah itu melarikan diri ke kawasan hutan paya berhampiran apabila dikejar oleh beberapa penduduk kawasan tersebut yang cuba menahannya. "Polis sudah kepung kawasan berkenaan pada hari itu, tapi kami terpaksa menghentikan pencarian apabila hari semakin bertambah gelap," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Lai berkata polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan. -- BERNAMA KTK KTK AZH

Page 140: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

26  

SINDIKET KES RAGUT DI KARNIVAL TUMPAS, 25 DITAHAN - POLIS

Date: 31-05-2010 Author: / NZO AD SN RAGUT-TUMPAS KANGAR, 31 Mei (Bernama) -- Polis menahan 25 orang disyaki anggota sindiket ragut yang aktif menjalankan kegiatan mereka secara berkumpulan di kawasan-kawasan keramaian dan karnival. Kesemua mereka termasuk seorang ibu bersama anak perempuannya itu ditahan selepas disyaki terbabit dalam beberapa kes ragut di karnival hiburan dan jualan di sini pada Sabtu dan semalam. Ketua Polis Perlis Datuk Ghazali Mohd Amin berkata ibu dan anak perempuannya yang masing-masing berumur 46 tahun dan awal dua puluhan itu ditahan di sebuah hotel di Kuala Perlis bersama-sama 19 yang lain. Empat lagi ditahan ketika menjalankan kegiatan itu di lokasi karnival berkenaan semalam, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini. Beliau berkata mereka yang ditahan itu terdiri daripada 12 lelaki dan 13 wanita berusia antara 18 dan 46 tahun dan siasatan awal polis mendapati anggota sindiket itu mempunyai hubungan persaudaraan dan dalangi seorang lelaki berumur 22 tahun. "Sindiket itu akan datang ke lokasi yang ada pesta keramaian dengan menyewa hotel dan bergerak secara berkumpulan mengikut sesi pagi dan petang," Beliau berkata tiga daripada yang ditahan itu dipercayai pembeli barangan curi yang berasal dari Perak dan Pulau Pinang manakala selebihnya dipercayai dari Sabah. Ghazali berkata hasil penahanan mereka, polis menemui 37 utas rantai leher, sembilan utas rantai kaki dan tangan dan 14 loket dipercayai hasil ragut serta barangan kegunaan sindiket itu iaitu empat bilah gunting, alat penimbang emas, kalkulator dan kanta. Kesemuanya dianggar bernilai lebih RM26,500. Dengan tumpasnya sindiket itu, polis percaya dapat menyelesaikan kesemua laporan kes ragut yang dibuat dalam tempoh kurang daripada 24 jam dan polis akan memanggil kesemua mangsa bagi proses pengecaman barangan mereka yang hilang. Sementara itu, Ghazali berkata jenayah indeks di Perlis menunjukkan penurunan sebanyak 73 kes atau 23.3 peratus bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini sehingga 26 Mei lepas iaitu 244 kes berbanding 317 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. Sebanyak 42.62 peratus berjaya diselesaikan bagi tempoh lima bulan pertama ini, katanya. -- BERNAMA NZO AD SN

Page 141: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

27  

LELAKI TERLIBAT 300 KES RAGUT DITAHAN

Date: 04-05-2010 Author: / NBA KHY KAY POLIS-RAGUT KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Seorang peragut kejam yang dipercayai mengakibatkan seorang mangsanya maut serta isterinya patah kaki pada penghujung tahun lepas akhirnya diberkas setelah lebih empat bulan menjadi buruan polis. Lelaki berumur 22 tahun itu yang dipercayai terlibat dalam 300 kes ragut di sekitar Lembah Klang ditahan ketika sedang menunggu makanan yang dipesannya di sebuah restoran di Bandar Tun Razak, Cheras pada 25 April lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abdul Rahim Hamzah Osman berkata hasil maklumat orang awam dan risikan, lelaki yang tidak bekerja itu ditahan berseorangan di restoran berkenaan kira-kira pukul 8 malam. "Daripada soal siasat yang dijalankan mendapati lelaki itu terlibat dalam kes ragut pada 7 Dis lepas, yang menyebabkan seorang lelaki maut manakala isterinya patah kaki apabila meragut rantai leher wanita itu yang sedang membonceng motosikal bersama suaminya," katanya kepada pemberita di pejabatnyadi sini hari ini. Katanya hasil maklumat yang diperolehi, lelaki itu tidak berseorangan sebaliknya melakukan kegiatan ragut tersebut bersama seorang lagi rakannya yang berumur 20 tahun berasal dari Selayang. "Kita telah perolehi maklumat seorang lagi suspek dan kita sedang memburu lelaki yang juga tidak mempunyai pekerjaan itu bagi menyelesaikan kes ini dengan secepat mungkin," katanya. Abdul Rahim berkata modus operandi kedua-dua mereka ialah meragut mangsa yang menaiki motosikal dan tertumpu kepada wanita yang memakai rantai emas atau sedang menggalas beg tangan. "Mereka melakukan kegiatan ini tanpa menggunakan sebarang senjata...cara mereka lakukan dengan pembonceng meragut dengan pantas ketika melalui sebelah mangsa," katanya. Lelaki itu katanya ditahan reman sehingga 8 Mei ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek yang dikesan tampil membantu polis dengan berhubung terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 03-9145222. -- BERNAMA NBA KHY KAY

Page 142: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

28  

POLIS SELESAI 56 KES PECAH KERETA DAN RAGUT DI SEBERANG PERAI TENGAH

Date: 26-04-2010 Author: / EIY EIY HM POLIS-TAHAN BUKIT MERTAJAM, 26 April (Bernama) -- Polis dapat menyelesaikan 56 kes pecah kereta dan ragut yang berlaku di sekitar Seberang Perai Tengah dengan tertangkapnya tujuh lelaki yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan. Mereka yang berumur 20 hingga 30 tahun ditahan secara berasingan sejak 16 April lepas. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah berkata hasil penahanan tersebut, polis menemui semula barangan curi seperti komputer riba dan beg tangan. Nombor pendaftaran palsu kenderaan turut ditemui daripada mereka, katanya. Geng tersebut aktif menjalankan jenayah sejak awal tahun ini. "Kumpulan ini bergiat aktif menyamun dan memecahkan kenderaan. Mereka menggunakan motosikal dengan nombor pendaftaran palsu bagi mengelak dikesan polis," kata Azman pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata mereka lebih mensasarkan kaum wanita untuk dijadikan mangsa. Katanya kesemua mereka berjaya ditahan selepas polis memberkas salah seorang daripada mereka di sini 16 April lalu. Azman berkata mereka kini sedang ditahan reman. Dalam kes lain, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubungseorang lelaki Myanmar yang dikenali sebagai Hameed berumur 30-an agar menghubungi polis bagi membantu menyelesaikan satu kes pembunuhan di sebuah tapak projek di Juru. -- BERNAMA EIY EIY HM POLIS TANGKAP PERANCANG UTAMA PECAH RUMAH DAN RAGUT

Date: 25-06-1997 Author: / KG AHH KOTA KINABALU, 25 Jun (Bernama) -- Polis percaya dapat menumpaskan kegiatan pecah rumah dan ragut yang aktif di sekitar ibu negeri berikutan penangkapan dua lelaki perancang utama kegiatan itu dalam satu serbuan di kawasan setinggan Kolombong, Inanam semalam. Ketua Daerah Polis, ACP Othman Ibrahim berkata kedua-dua lelaki rakyat asing dan berumur 25 tahun itu ditangkap bersama seorang rakan ketika sedang menghisap syabu dalam sebuah rumah setinggan. Polis juga merampas beberapa barang kemas, televisyen, perakam video, pedang samurai, jam tangan, beg tangan, tiga penjanakuasa dan tiga motosikal yang dipercayai digunakan untuk kegiatan itu, katanya pada persidangan berita di sini hari ini. Menurut Othman, tangkapan itu susulan daripada penahanan lapan orang termasuk ibu kepada seorang perancang kegiatan itu dua hari lepas. Katanya kumpulan itu bergiat cergas di kawasan Inanam dengan menjadikansuri rumah sebagai sasaran utama. -- BERNAMA

Page 143: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

29  

KG AHH KES RAGUT DI PETALING JAYA MENINGKAT

Date: 19-06-1997Author: / . Polis-Ragut PETALING JAYA, 19 Jun (Bernama) -- Polis Petaling Jaya hari ini menubuhkan sebuah pasukan khas bagi membanteras kejadian ragut berikutan peningkatan kes yang dilaporkan. Ketua Daerah Polis Petaling Jaya SAC II Fuaad Hassan berkata pasukan khas itu akan mula beroperasi akhir minggu ini dan akan di tempatkan di sekitar daerah ini bagi membolehkan tindakan segera dibuat jika berlaku sebarang kejadian ragut. Sebanyak 124 kes ragut dilaporkan di sekitar daerah itu dalam tempoh 1 Mei hingga semalam dan daripada jumlah itu, sebanyak 60 kes dilaporkan sepanjang bulan lepas berbanding 25 kes pada bulan April, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata sepanjang bulan lepas, kejadian ragut paling banyak berlaku di sekitar kawasan Sea Park iaitu 20 kes diikuti oleh Sungei Way 12 kes, Subang Jaya (11), Petaling Jaya (8), Damansara (6) dan masing-masing satu kes di Sungai Buluh, Kampung Subang dan Puchong. Fuaad berkata 90 peratus daripada mangsa ragut ialah wanita dan kebanyakan kes dikesan di pusat-pusat perniagaan, kawasan perumahan dan kawasan sunyi dan gelap serta lorong-lorong pejalan kaki. Beliau berkata kajian polis juga mendapati masa yang paling digemari oleh peragut untuk menjalankan kegiatan mereka ialah antara pukul 12 tengah hari dan 10 malam. "Peragut biasanya menggunakan motosikal dan bertindak sama ada secara berseorangan atau berdua. Ada juga kes peragut yang menggunakan kereta," katanya. Beliau menasihatkan orang ramai terutama wanita supaya lebih berhati-hati dan tidak berjalan seorang diri di tempat-tempat yang sunyi dan gelap, jangan memakai atau mendedahkan barang kemas dan jangan membawajumlah wang yang banyak. Selain itu, mangsa ragut juga diminta membuat laporan di balai-balai polis berhampiran sebaik sahaja berlaku kejadian itu atau menghubungi talian terus 03-7559222 atau Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya melalui nombor telefon 03-7562222 sambungan 201 atau 207, Balai Polis Sea Park (03-7742222), Balai Polis Sungei Way (03-7752222) atau Balai Polis Subang Jaya (03-7732222) atau talian kecemasan 999. Jika boleh mangsa ragut diminta mengambil jenis dan warna kenderaan serta nombor plat yang digunakan oleh peragut, katanya. -- BERNAMA. SN WAT

Page 144: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

30  

KES RAGUT MENINGKAT DI KOTA BAHARU

Date: 22-04-1997Author: / ZI NMO KOTA BAHARU, 22 April (Bernama) -- Polis mengingatkan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak supaya berwaspada berikutan meningkatnya kes ragut di kalangan kanak-kanak di daerah ini dalam tempoh sebulan ini. Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Muhammad Muda berkata dalam tempoh 21 hari ini sahaja sebanyak 12 kes ragut telah dilaporkan membabitkan mangsa yang terdiri kanak-kanak dan suri rumah. "Mereka yang menjadi mangsa peragut ini ialah kanak-kanak perempuan yang memakai barangan kemas dan suri rumah yang berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi," katanya kepada pemberita di sini. Menurutnya siasatan polis mendapati peragut itu terdiri daripada penagih dadah yang menggunakan pelbagai jenis motosikal bagi tujuan itu. Menurutnya, kes ragut yang dilaporkan pada bulan ini meningkat dengan mendadak berbanding dengan lima kes pada bulan lepas. Katanya polis telah menahan tiga orang yang disyaki sebagai penagih dadah dan peragut pada pukul 3 pagi ini di Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini dan seorang lelaki pada 20 April lepas di Panji dekat sini. Kesemua yang ditahan itu berumur antara 18 dan 26 tahun dan ekoran tangkapan itu polis percaya dapat menyelesaikan dua kes ragut yang dilaporkan sebelum ini, katanya. -- BERNAMA ZI NMO

TIGA LELAKI DITAHAN BERKAITAN KES RAGUT

Date: 13-03-1997 Author: / ARI NMO Polis-Ragut PETALING JAYA, 13 Mac (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki berusia dalam lingkungan 20 tahun yang terlibat dalam kegiatan ragut di kawasan Petaling Jaya dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Datuk Harun di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Johar Che Din berkata dalam serbuan pada pukul 4.20 pagi itu, polis juga menemui 14 pakej daun kering yang dipercayai ganja, beberapa keping kad Maybank dan kad pengenalan yangdimiliki oleh orang lain serta beberapa surat pajak gadai milik lelaki berkenaan. "Daripada penyiasatan polis, ketiga-tiga lelaki itu terlibat dalam 12 kejadian ragut sejak pertengahan bulan lepas di sekitar Petaling Jaya," katanya kepada pemberita di pejabatnya. Beliau berkata kejadian ragut terakhir yang disyaki dilakukan mereka ialah di Sea Park pada 10 Mac lepas. Dalam kejadian itu, dua daripada mereka meragut sebuah beg tangan daripada seorang perempuan berusia dalam lingkungan 20 tahun dengan menggunakan motosikal di sebuah lorong di kawasan itu, katanya. Dalam kejadian lain, seorang lelaki menemui rangka manusia di kawasan

Page 145: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

31  

belukar di Sungai Buluh ketika hendak meratakan kawasan itu kira-kira pukul 3 petang semalam, katanya. Orang ramai yang kehilangan saudara-mara atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerusi nombor telefon 03-7572222 atau mana-mana balai polis berhampiran. -- BERNAMA ARI NMO POLIS TAHAN TIGA LELAKI YANG TERLIBAT DALAM KES RAGUT

Date: 13-03-1997Author: / ARI PR Polis-Ragut PETALING JAYA, 13 Mac (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan meragut di kawasan Petaling Jaya dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Datuk Harun di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Johar Che Din berkata, dalam serbuan pada pukul 4.20 pagi itu, polis juga menemui 14 pakej daun kering yang dipercayai ganja, beberapa keping kad Maybank dan kad pengenalan milikorang lain serta beberapa surat pajak gadai milik lelaki berkenaan. "Daripada siasatan polis, ketiga-tiga lelaki itu terlibat dalam 12 kejadian ragut sejak pertengahan bulan lepas di sekitar Petaling Jaya," katanya kepada pemberita di pejabatnya. Beliau berkata kejadian ragut terakhir yang dilakukan oleh mereka dalam lingkungan usia 20-an itu ialah di Sea Park pada 10 Mac lepas. Dalam kejadian itu, dua daripada mereka meragut sebuah beg tangan seorang wanita yang membonceng atas sebuah motosikal di sebuah lorong di kawasan itu, katanya. Beliau berkata, mangsa yang membonceng motosikal rakannya itu mengalami kecederaan di kaki dan tangan apabila motosikal yang dinaikinya itu tidak dapat dikawal dan terbalik. Dalam kejadian lain, seorang lelaki menemui rangka manusia di kawasan belukar di Sungai Buluh ketika hendak meratakan kawasan itu pada kira-kira pukul 3 petang semalam, katanya. Orang ramai yang kehilangan saudara mara atau mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerusi nombor telefon 03-7572222 atau mana-mana balai polis berhampiran. -- BERNAMA ARI PR

Page 146: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

32  

KES RAGUT KIAN MENINGKAT DI SEKITAR BANDARAYA GEORGETOWN

Date: 09-11-1996 Author: / NER ZU WAT Ragut PULAU PINANG, 9 Nov (Bernama) -- Polis meminta orang ramai terutamanya wanita supaya lebih berhati-hati ketika berjalan seorang diri di sekitar bandaraya Georgetown berikutan banyak aduan mengenai kejadian ragut membabitkan golongan itu diterima sejak kebelakangan ini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supt Osman Bakar berkata, kebanyakan mangsa mengadu bahawa beg tangan mereka diragut ketika mereka sedang berjalan atau menunggang motosikal. Bercakap kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini, beliau berkata, polis memandang serius mengenai kes itu kerana sejak kebelakangan ini banyak kejadian seumpama itu dilaporkan. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah kes yang terlibat. Katanya, pada kejadian terbaru semalam, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal meragut beg tangan seorang wanita, yang juga bermotosikal, ketika mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat antara Jalan Pantai dan Lebuh Chulia pada kira-kira pukul 11.40 pagi. Osman berkata, wanita itu meletakkan beg tangannya di dalam bakul motosikalnya dan selepas menerima aduan daripada wanita itu, polis mengadakan rondaan di sekitar kawasan berkenaan serta menahan sebuah motosikal yang mencurigakan. Katanya, kedua-dua lelaki itu cuba melarikan diri tetapi motosikal mereka terbabas di Jalan C.Y. Choy pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari dan seorang daripada mereka ditahan setelah mendapat kecederaan di kakinya manakala rakannya sempat melarikan diri. Beliau berkata, lelaki berusia 36 tahun yang ditahan itu dipercayai berasal dari Kuala Lumpur dan polis meneruskan siasatan untuk mengesan lelaki yang melarikan diri itu, yang berasal dari Negeri Sembilan. Polis menemui kembali beg tangan wanita itu ketika menahan lelaki terbabit. Sementara itu, seorang peguam kerugian RM2,000 apabila rumahnya di Bukit Gelugor dimasuki pencuri semalam. Osman berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 9.45 pagi dan 11.45 malam semasa beliau keluar bekerja dan sekembalinya dari pejabat, peguam itu mendapati pintu dan tingkap rumahnya terbuka dan rumahnya dalam keadaan berselerak. -- BERNAMA NER ZU WAT

Page 147: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

33  

POLIS TAHAN LELAKI RAGUT BEG KETIKA MENYAMANNYA

Date: 30-10-1996 Author: / NER NMOPULAU PINANG, 30 Okt (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai meragut beg tangan seorang wanita, ketika dia disaman kerana melakukan kesalahan lalulintas malam tadi. Ketika memeriksa lelaki itu dalam operasi lalulintas itu, polis mendapati maklumat peribadinya bersamaan dengan gambaran mengenai orang yang meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Sungai Dua beberapa jam sebelum itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Georgetown, Supt Osman Bakar berkata, polis sebelum itu telah menerima laporan daripada seorang wanita kerani insurans mengenai kejadian ragut yang berlaku ketika dia sedang dalam perjalanan pulang daripada mengikuti kelas malam. Beliau berkata, menurut laporan wanita itu seorang lelaki yang menunggang motosikal datang dari arah belakangnya lalu meragut begnya yang mengandungi kamus bersuara bernilai kira-kira RM1,000 dan wang tunai RM600. Osman berkata barang-barang yang didakwa diragut juga dijumpai pada lelaki yang ditahan itu. -- BERNAMA NER NMO

POLIS TAWAR RM20,000 UNTUK MAKLUMAT KES RAGUT

Date: 07-08-1996 Author: / ZAI WAT Polis - RagutPetaling Jaya, 7 Ogos (Bernama) -- Polis hari ini menawarkan RM20,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ragut di Jalan SS21/36 di sini sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah dan lumpuh. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC II Khoo Ah See pada persidangan berita di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini berkata tawaran itu dibuat kepada sesiapa yang boleh membantu siasatan polis dengan maklumat penting sehingga tertangkapnya penjenayah-penjenayah yang bertanggungjawab. Dalam kejadian pada 25 Julai lepas, mangsa kes ragut itu, Cheryl Chow Bor Ling, 29, cedera parah setelah terjatuh dan terseret beberapa meter apabila cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut oleh penjenayah yang menaiki sebuah kereta. Cheryl dikatakan sedang berjalan seorang diri di kawasan gerai untuk menemui tunangnya apabila sebuah kereta putih menghampirinya dan salah seorang daripada penumpang kereta itu cuba meragut beg tangannya pada pukul 9.30 malam. Cheryl yang cedera parah pada tulang belakang kini berada di Unit Kecemasan Hospital Universiti dan masih belum sedarkan diri. Khoo berkata polis kini menjejaki dua lelaki berumur 28 dan 30 tahun untuk membantu siasatan berkenaan kes itu. Kedua-dua mereka juga dpercayai terbabit dalam beberapa kes samun dan ragut di sekitar Damanasara dan Seapark di sini sejak beberapa bulan lepas,

Page 148: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

34  

katanya. Beliau berkata setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat dan polis sedang menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 394/511 Kanun Keseksaan bagi kesalahan rompakan sehingga mendatangkan kecederaan. Maklumat daripada orang ramai adalah dialu-alukan dan polis berjanji sekiranya maklumat itu boleh membawa kepada penahanan mereka yang terbabit, wang RM20,000 adalah milik pemberi maklumat berkenaan, katanya. Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Lam Chin Fei atau Insp Abdullah Seman melalui nombor telefon 03 - 7562222 atau Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor di talian terus 03 - 2020999. -- BERNAMA ZAI WAT

LELAKI CUBA REMPUH POLIS DALAM KES RAGUT

Date: 22-07-1996Author: / NH MAI Ragut PULAU PINANG, 22 Julai (Bernama) -- Seorang anggota polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki yang disyaki peragut ketika dia cuba merempuhnya dan melarikan diri di Jalan Burmah di sini hari ini. Ketua Siasatan Jenayah Georgetown Supt Osman Abu Bakar memberitahu pemberita bahawa lelaki berumur 25 tahun itu yang cedera di kaki, ditahan di rumahnya di Bayan Lepas pada pukul 2 pagi. Dalam kejadian itu, seorang anggota polis bermotosikal yang sedang meronda di jalan itu terserempak dengan lelaki berkenAan yang menepati gambaran lelaki yang terbabit dalam beberapa kes ragut Jumaat dan Sabtu lepas di sini dan cuba menahannya. Bagaimanapun, lelaki yang disyaki itu cuba merempuh anggota polis berkenaan dengan motosikal yang ditungganginya bersama seorang lagi rakannya sebelum terjadi pergelutan, katanya. Beliau berkata semasa cuba menahan lelaki itu daripada melarikan diri, anggota polis berkenaan telah melepaskan dua das tembakan ke arah motosikalmereka dan satu daripadanya mengenai kaki lelaki itu. Osman berkata lelaki itu dan rakannya dapat melarikan diri selepas kejadian. Bagaimanapun, dia ditahan di rumahnya beberapa minit kemudian sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Polis turut merampas motosikal yang dipercayai dicuri, katanya. Lelaki itu dihadapkan ke mahkamah di sini Mac lepas kerana kesalahan ragut dan dibebaskan dengan jaminan dan dipercayai terbabit dalam banyak kes ragut di sekitar bandar ini. Polis juga percaya dapat menyelesaikan sebahagian daripada 231 kes ragut yang dilaporkan sejak awal tahun ini dengan tertangkapnya lelaki itu.-- BERNAMA NH MAI

Page 149: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

35  

DANG WANGI CATAT JENAYAH RAGUT PALING TINGGI

Date: 14-05-1996 Author: / NAS CRKUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Daerah Dang Wangi dikenalpasti sebagai kawasan paling tinggi berlaku kes ragut di Kuala Lumpur dengan mencatatkan 156 kes bagi empat bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Ismail Che Rus. Beliau berkata kawasan-kawasan itu termasuk Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail dengan 68 kes, Chow Kit, Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman (48) kes dan Jalan Pudu (26) kes. Penempatan polis pelancong di kawasan-kawasan terbabit sejak setahun lepas juga bertujuan membendung jenayah ragut dan kini terdapat 119 anggota polis pelancong yang mengawal kawasan terbabit, katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Pencegahan Jenayah dengan kerjasama Persatuan Bank-Bank Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata, setakat ini 309 kes jenayah ragut menggunakan kenderaan dilaporkan berlaku di sekitar ibu kota yang mana 54 kes dilakukan dengan menggunakan kereta manakala 255 kes lagi secara bermotosikal. Jumlah itu turun 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Daripada jumlah itu empat kes dicatat menggunakan kereta bernombor plat palsu dan motosikal pula membabitkan 33 kes, katanya. Katanya pada tahun lepas 794 kes jenayah ragut dilaporkan berlaku dengan 168 kes membabitkan kereta dan 626 kes pula ragut menggunakan motosikal. Daripada jumlah itu 14 kes membabitkan kereta yang menggunakan plat palsu manakala 46 lagi membabitkan motosikal. -- BERNAMA NAS CR

ATLIT REMAJA CHAI PENG MENJADI MANGSA RAGUT

Date: 21-04-1996 Author: Abdul Rachman Norodin / RN FAZ Olahraga - Terbuka HanoiHANOI, 21 April (Bernama) -- Atlit remaja Malaysia kemarau pingat pada hari terakhir Kejohanan Trek dan Padang Antarabangsa Hanoi tetapi yang lebih malang pelari pecut Yew Chai Peng menjadi mangsa ragut di sini. Chai Peng, 20, dari Perak cuma menduduki tempat keempat dalam acara 200 meter akhir wanita dan kejadian itu nampaknya telah menjejaskan prestasinya pada kejohanan tiga hari itu. Yew dan pegawai pasukan membuat laporan polis bahawa beberapa lelaki yang menaiki motosikal meragut begnya mengandungi kasut sukan berharga RM500, kamera, jam tangan dan radio Walkman di luar cawangan Maybank di sini. Mereka berada di sana untuk menukar mata wang. Chai Peng cuma mampu memenangi pingat gangsa bagi Malaysia dalam acara 100 m wanita pada Jumaat lalu, hari pertama kejohanan. Atlit Malaysia yang bertarung bersama 200 atlit remaja termasuk dari

Page 150: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

36  

Singapura dan Myanmar memenangi lima pingat emas, dua perak dan satu gangsapada kejohanan itu. Pegawai olahraga Majlis Sukan Negara Rasu Maniamberkata ini merupakan penyertanaan antarabangsa yang pertama bagi 16 atlit remaja Malaysia itu selepas menjalani latihan selama empat bulan. Rasu, menyertai pasukan itu lewat Khamis lepas dan apabila dimaklumkan mengenai kecurian itu membawa sepasang kasut "spike" yang baru dari Kuala Lumpur untuk Chai Peng. Anehnya, kejadian itu berlaku tidak lama selepas atlit dan pegawai pasukan melawat Kedutaan Malaysia dan diberitahu oleh para diplomat bahawa bandaraya yang mempunyai tiga juta penduduk itu biasanya terhindar daripada jenayah. -- Bernama RN FAZ

SEBANYAK 33 ORANG DITAHAN BERHUBUNG KES RAGUT DAN SELUK SAKU

Date: 14-02-1996Author: / LES CR KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Sebanyak 33 lelaki termasuk 24 rakyat Indonesia dan seorang rakyat Filipina ditahan untuk disoalsiasat berhubung kes ragut dan seluk saku yang semakin berleluasa di sekitar daerah Dang Wangi dalam tempoh seminggu ini. Ketua Daerah Polis Dang Wangi Penolong Pesuruhjaya Zainal Abidin Ali berkata 15 orang diberkas di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan selebihnya di Chow Kit, Jalan Silang, Kompleks Kotaraya dan Perhentian Bas Klang. Katanya, tempat-tempat tersebut merupakan tempat tumpuan awam yang menjadi sasaran utama golongan peragut dan penyeluk saku terutama pada musim perayaan yang semakin menjelang. Kesemua kes yang dikesan dilakukan oleh peragut dan penyeluk saku yang berjalan kaki dan belum ada kes yang membabitkan peragut berkenderaan, katanya. Menurut beliau mereka diberkas berdasarkan maklumat orang awam dan sehingga kini mereka masih ditahan di Balai Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut. Katanya polis turut merampas peralatan seperti gunting dan 'test pen' yang dipercayai digunakan untuk meragut. -- BERNAMA LES CR

Page 151: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

37  

POLIS PERLIS BERJAYA SELESAIKAN 35.1 PERATUS KES RAGUT

Date: 19-10-2001 Author: / AMR AD ZB KANGAR, 19 Okt (Bernama) -- Polis Perlis berjaya menyelesaikan 13 daripada 37 kes ragut di negeri ini berikutan tertangkapnya dua lelaki berumur 23 dan 30 tahun, baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Kamal Pasha Jamal berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan pada 2 Oktober lalu di Ulu Pauh dekat sini dan Kodiang, Kedah. Dengan tertangkapnya lelaki itu, sebanyak 35.1 peratus daripada kes ragut di Perlis telah diselesaikan, katanya. Beliau percaya beberapa lagi orang yang disyaki terbabit dalam kejadian itu akan di tangkap. Sementara itu, seorang wanita berusia 45 tahun kerugian kira-kira RM200 apabila rantai lehernya diragut dua lelaki bermotosikal kira-kira pukul 2.30 petang semalam. Kamal Pasha berkata, berdasarkan laporan polis, mangsa yang menunggang motosikal bersama adik ipar perempuannya yang berusia 30 tahun di Jalan Kampung Sungai Padang, telah didatangi dua lelaki berkenaan. Penunggang motosikal itu berpura-pura bertanya jalan di situ manakala pemboncengnya dengan pantas meragut rantai leher wanita tersebut sebelum melarikan diri ke Jalan Kuala Sungai Baharu. Kamal Pasha menasihati orang ramai supaya tidak mendedahkan barang kemas ketika berada di tempat terbuka atau sunyi bagi mengelakkan kejadian ragut. -- BERNAMA AMR AD ZB

POLIS BERKAS DUA LELAKI TERBABIT 33 KES RAGUT

Date: 31-05-2001 Author: / PBA AR RHM Polis-RagutIPOH, 31 Mei (Bernama) -- Polis memberkas dua lelaki berusia 22 dan 25 tahun kerana terbabit dalam 33 kes ragut di sekitar bandar raya ini sepanjang lima bulan pertama tahun ini. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Ahmad Tejuddin Abdul Majeed berkata kedua-dua lelaki itu ditangkap pada 21 Mei lepas di Kampung Rapat di sini selepas meragut seorang wanita. Katanya polis yang mendapat maklumat daripada orang awam telah mengadakan rondaan di kawasan taman perumahan di Kampung Rapat dan terserempak dengan dua lelaki bermotosikal dalam keadaan mencurigakan. Polis turut menemui lima buah beg tangan pada kedua-dua lelaki itu yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu dan kad-kad ATM, katanya pada persidangan berita di pejabatnya di sini hari ini. Ahmad Tejuddin berkata selepas di soal siasat, kedua-dua lelaki itu telah mengaku melakukan 33 kes ragut sepanjang tempoh berkenaan.

Page 152: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

38  

"Mereka adalah penganggur dan tinggal di Simpang Pulai. Biasanya mereka mengekori mangsa-mangsa yang kesemuanya terdiri daripada wanita di kawasan-kawasan sunyi," katanya. Sementara itu, Ahmad Tejuddin juga berkata polis tidak membenarkan parti-parti politik mengadakan ceramah di kawasan-kawasan perumahan kerana ia akan mengganggu ketenteraman awam. Katanya, penceramah-penceramah politik boleh mendapatkan permit daripada pihak polis jika mereka mahu mengadakan ceramah di tempat-tempat yang sesuai. "Kita akan luluskan permit kepada parti politik yang mengadakan ceramah di tempat-tempat yang tidak mengganggu orang awam seperti di hotel atau dewan," katanya. Banyak parti politik memohon untuk mendapatkan permit untuk menganjurkan ceramah tetapi apabila disiasat tempat yang hendak diadakan ceramah itu didapati adalah di kawasan perumahan, katanya. -- BERNAMA PBA AR RHM

POLIS TANGKAP LELAKI DAN HASIL BARANGAN RAGUT

Date: 17-04-2001Author: / SBS PR Polis-Ragut MELAKA, 17 April (Bernama) -- Polis percaya dapat menyelesaikan 15 kes ragut yang dilaporkan berlaku di sekitar bandar Melaka sejak lima bulan lepas dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 22 tahun di sini, petang semalam. Timbalan Ketua Polis Melaka SAC II Samsudin Sulaiman berkata, semasa lelaki itu ditahan di hadapan pusat membeli-belah Mahkota Parade polis menemui wang tunai RM3,000 dalam saku seluar lelaki berkenaan yang dipercayai hasil perbuatan ragut. "Selain itu, polis turut menemui 21 barangan pada lelaki itu yang juga dipercayai hasil ragut termasuk pelbagai mata wang negara asing, dua loket emas, seutas rantai perak dan dua telefon bimbit," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Daerah Polis Melaka Tengah, di sini, hari ini. Selepas lelaki yang berasal dari dari Jasin itu disoalsaiat, polis menyerbu rumahnya di Telok Emas dan menemui 22 lagi barangan yang disyakihasil daripada perbuatan ragut yang dilakukannya. Samsudin berkata antara barangan itu ialah sebuah televisyen, sebuah sistem pembesar suara berjenama McLaren, sebuah mesin jahit elektronik, dua buah basikal mountain bike, dua buah amplifier, beberapa buah pemain DVD, seutas jam tangan dan beberapa resit pembelian barangan secara tunai serta beberapa resit pajak gadai di rumah berkenaan. Beliau berkata hasil pemeriksaan, kesemua barangan yang dirampas dari rumah berkenaan bernilai RM20,000 dan lelaki itu memberitahu dia telah menjalankan kegiatan meragut sejak November lepas. Tangkapan itu dibuat hasil maklumat orang ramai dan Samsudin berharap orang ramai sentiasa memberi kerjasama kepada polis untuk memastikan jenayah ragut dapat diatasi di negeri ini terutamanya di kawasan tumpuan

Page 153: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

39  

pelancong. "Daripada mata wang asing yang ditemui daripada lelaki itu, dipercayai pelancong menjadi mangsanya dan ini akan merosakkan imej Melaka sebagai sebuah bandaraya pelancongan," katanya. Ditanya kemungkinan lelaki itu terlibat dengan dadah, beliau berkata polis tidak menolak perkara berkenaan dan lelaki itu menjalankan kegiatannya secara bersendirian. Dalam kejadian berasingan, katanya, polis turut menangkap seorang lelaki berusia 25 tahun di Kampung Jawa di bandar Melaka kerana meragut beg tangan seorang wanita di situ. "Hasil tangkapan, polis menjumpai beg berkenaan dan beberapa dokumen lain serta wang daripada lelaki berkenaan dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi semalam," katanya. -- BERNAMA SBS PR

POLIS TAHAN WANITA RAGUT RANTAI LEHER

Date: 24-02-2001 Author: / MNR BD PR Polis-Ragut KOTA BAHARU, 24 Feb (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita berusia 40-an bagi membantu siasatan berhubung beberapa kejadian ragut rantai leher yang dipakai kanak-kanak perempuan di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor, semalam. Timbalan Ketua Daerah Polis Tumpat, DSP Juri Yunos berkata wanita itu ditahan pada kira-kira pukul 11 pagi selepas meragut seutas rantai leher daripada seorang kanak-kanak di situ. "Orang ramai yang melihat kejadian itu terus menahan dan menyerah wanita itu kepada polis," katanya ketika dihubungi di pejabatnya dari sini, hari ini. Juri berkata sebelum kejadian itu, wanita terbabit dikatakan telah meragut seutas rantai daripada seorang lagi kanak-kanak perempuan di kawasan yang sama dan cuba meragut seutas lagi rantai leher daripada kanak-kanak lain yang berada tidak jauh dari tempat itu. Bagaimanapun orang ramai yang melihat kejadian itu menangkap perempuan itu bersama rantai leher yang diragutnya. Wanita berkenaan kini ditahan di Ibu Pejabat Daerah Polis Tumpat untuk siasatan lanjut, katanya. Menurut Juri, wanita terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali. Beliau menasihatkan orang ramai yang berkunjung ke kawasan bebas cukai supaya sentiasa mengawasi anak masing-masing bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. -- BERNAMA MNR BD PR

Page 154: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

40  

KES RAGUT: PEMUDA MENGAKU BERSALAH

Date: 01-02-2001 Author: / RAM NAK Mahkamah-RagutKOTA TINGGI, 1 Feb (Bernama) -- Seorang pemuda berusia 23 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tiga tuduhan meragut di sekitar daerah ini membabitkan nilai sebanyak RM5,310 antara 29 Sept dan 15 Jan lepas. Adzlihan Bariman didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya. Majistret Azmi Kari membenarkan pemuda itu diikat jamin sebanyak RM15,000 dan menetapkan 14 Mac ini sebagai tarikh menjatuhi hukuman. Adzlihan bagaimanapun gagal membayar wang jaminan itu dan ditahan di balai polis daerah sementara menunggu tarikh menjatuhi hukuman. Sementara itu, Polis Daerah di sini menyelesaikan 27 daripada 35 kes ragut di sekitar daerah ini sejak September lepas berikutan penangkapan seorang bekas polis bantuan pada 19 Jan lalu. Ketua Daerah Polis, Supt Ismail Mohd Nor, berkata lelaki berusia 23 tahun itu adalah penagih dadah dan pernah berkhidmat sebagai bekas polis bantuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). "Modus operandinya ialah mengikuti mangsa, yang kebanyakannya wanita, dengan menggunakan motosikal sebelum meragut mereka di tempat-tempat sunyi," katanya di sini, hari ini. Ismail berkata peragut itu juga akan menukar jaket yang dipakainya dan menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengelak daripada dikesan polis. Katanya peragut itu ditahan dalam satu serbuan polis di rumahnya di Taman Laksamana pada kira-kira 11 malam, 19 Jan lepas. Turut dirampas dalam serbuan itu ialah dua topi keledar, sebuah motosikal, empat jaket, 11 beg sangkut termasuk beg pakaian, 33 beg kecil dan dompet, kad pengenalan (8), kad ATM, lesen memandu, 18 buku akaun dan wang tunai sebanyak RM20,000, katanya. "Kita percaya peragut itu mendapat bekalan dadahnya hasil daripada kegiatan meragut," katanya. Menurutya kegiatan meragut oleh lelaki itu menyebabkan indeks jenayah di daerah itu meningkat sejak beberapa bulan lepas. -- BERNAMA RAM NAK

Page 155: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

41  

KIRA-KIRA 100 KES RAGUT SELESAI TERTANGKAPNYA EMPAT LELAKI

Date: 08-01-2001Author: / NER RI Ragut PULAU PINANG, 8 Jan (Bernama) -- Satu kumpulan yang dipercayai terlibat dalam lebih 100 kes ragut sejak dua tahun lalu berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya empat lelaki di Teluk Bahang, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, SAC II Mustafa Abdullah berkata, kesemua mereka yang ditangkap itu dikenali sebagai anggota "Geng India" berusia antara 18 dan 20 tahun dipercayai menjalankan kegiatan meragut di sekitar bahagian pulau negeri ini. Katanya, seorang lelaki anggota kumpulan itu berjaya ditahan dalam satu operasi yang diketuai oleh Insp Karuna Karan di sebuah kedai nasi kandar di Jalan Macalister pada kira-kira pukul 11.30 malam, selasa lalu. Beliau berkata, beberapa jam kemudian tiga lagi lelaki dari kumpulan yang sama ditahan di rumah masing-masing di sekitar Teluk Bahang pada hari yang sama. "Empat lagi anggota kumpulan itu termasuk seorang lelaki Melayu kini dalam buruan polis," katanya pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Beliau berkata, semasa serbuan di rumah seorang daripada anggota kumpulan itu, turut dijumpai ialah lima keping kad ATM, sekeping cek bernilai RM264, dua buah telefon bimbit dan sebuah motosikal jenis Suzuki. Katanya, motosikal yang dijumpai itu menggunakan nombor pendaftaran palsu. Sementara itu, Mustafa berkata, kes jenayah bagi daerah Timur Laut yang dicatatkan sepanjang tahun lalu ialah sebanyak 5,259 kes, menurun sebanyak 2.4 peratus. Katanya, kadar penyelesaian kes jenayah di daerah itu didapati meningkat sebanyak 35 peratus tahun lalu berbanding 24 peratus tahun sebelumnya. Mustafa berkata, peningkatan penyelesaian kes jenayah itu berikutan penahanan lebih 3,110 penangih dadah yang dipercayai terlibat dalam kes-kes jenayah seperti samun tanpa senjata, pecah rumah, curi motosikal dan ragut. Selain itu, kekerapan mengadakan operasi dan keyakinan masyarakat terhadap kemampuan polis turut menyumbang kepada kejayaan berkenaan, katanya. -- BERNAMA NER RI

Page 156: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

42  

KES RAGUT SEKITAR DAERAH SHAH ALAM MENINGKAT BULAN INI

Date: 23-12-2000 Author: / AZH LAT Polis-Ragut SHAH ALAM, 23 Dis (Bernama) -- Keghairahan orang ramai mengeluarkan wang untuk berbelanja menjelang Hari Raya ini telah menyumbang kepada peningkatan kes jenayah ragut di sekitar daerah Shah Alam bulan ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Zulkapli Ahmad berkata 53 kes ragut dilaporkan berlaku di Shah Alam bulan lepas dan angka itu meningkat kepada 56 kes sejak awal bulan ini hingga semalam. Beliau berkata kebanyakan kes ragut berlaku di sekitar kawasan bank iaitu selepas orang ramai berurusan dengan bank atau mesin ATM. "Peragut mengambil kesempatan mengekori mangsanya. Dalam keadaan sekarang, di mana-mana bank atau mesin ATM jelas kelihatan orang ramai beratur panjang untuk mengambil wang," katanya pada sidang media di Ibupejabat Daerah Polis Shah Alam di sini hari ini. Beliau meminta orang ramai supaya berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, terutama selepas berurusan dengan bank dan ketika membawa jumlah wang yang banyak. Zulkapli juga meminta mereka yang menetap di Shah Alam, dan ingin pulang berhari raya ke kampung msing-masing, supaya singgah sebentar di balai polis Shah Alam untuk mengisi borang khas bagi memaklumkan tempoh masa mereka akan meninggalkan rumah. Katanya borang itu akan memberikan maklumat kepada polis mengenai siapa yang perlu dihubungi sekiranya sesuatu bencana atau kejadian jenayah harta benda berlaku di rumah mereka. "Disamping itu, mereka dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti menghentikan langganan akhbar untuk sementara waktu, memasang satu lampu rumah, memasang alat penggera dan lain-lain lagi semasa hendak meninggalkan rumah," katanya Zulkapli berkata polis Shah Alam kini sudah mulai meningkatkan operasi rondaan ke kawasan perumahan dalam usaha mencegah kejadian jenayah kerana orang ramai kini sudah mulai pulang ke kampung. Beliau berkata anggota polis yang membuat rondaan itu akan mengisi satu borang khas yang mencatatkan tarikh dan masa rondaan dibuat dan memasukkannya ke dalam peti surat rumah mereka yang mengisi borang khas terbabit. -- BERNAMA AZH LAT

Page 157: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

43  

KES RAGUT: LEBIH BANYAK RONDAAN DI BANGSAR

Date: 30-03-2000 Author: / MRA NAKKUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Polis akan meningkatkan rondaan dan pengawasan di Bangsar berikutan meningkatnya kes ragut di kawasan itu. Ketua Polis Brickfields ACP Koh Hong Sun berkata beliau telah membincangkan perkara itu dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Kamarudin Mohamed Ali. Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan PersatuanPenduduk-penduduk Bangsar Baru (BBRA) di sini, beliau berkata sebanyak 46 kes ragut dilaporkan berlaku di Bangsar dari Januari hingga 29 Mac. Kawasan di Bangsar yang mencatatkan bilangan kes tertinggi ialah Telawi dengan 24 kes, Lucky Garden (10), Bukit Bandaraya (9), Jalan Maarof (2) dan Bukit Bandaraya (1). "Wanita adalah mangsa utama kes-kes ragut itu," katanya. Beliau menasihatkan mereka supaya memastikan tali tas tangan mereka sentiasa di depan, berjalan menentang arus lalu lintas dan membawa wisel bersama untuk digunakan semasa berlaku kejadian tidak diingin. -- BERNAMA MRA NAK KUMPULAN RAGUT TUMPAS

Date: 24-03-2000 Author: / MRA FAZ Polis-TumpasKUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Polis dapat menyelesaikan 75 kes ragut di ibu negara selepas enam lelaki daripada "Gang Setapak" diberkas dalam dua serbuan bulan ini. Ketua Daerah Polis Dang Wangi Mohamed Bakri Zinin berkata dua daripada mereka ditangkap di Jalan Alor sementara empat lagi diberkas di Setapak. "Mereka yang berumur 22 hingga 55 tahun adalah penagih dadah dan telah mengaku mencuri barang kemas dan wang tunai berjumlah kira-kira RM20,000," kata beliau pada persidangan media di sini hari ini. Beliau berkata "modus operandi" anggota kumpulan itu ialah meragut barang kemas atau wang tunai mangsa dan kemudian melarikan diri dengan motosikal. Mereka biasanya menjalankan kegiatan di kawasan yang sibuk seperti Jalan Bukit Bintang, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail. Sementara itu, dalam "Ops Karat" untuk memberkas mereka yang terlibat menjual barang curi, polis menahan 156 orang termasuk tujuh wanita. Barang-barang curi berupa kasut sukan berjenama dan motosikal yang dirampasitu bernilai RM10,000. Empat puluh orang daripada mereka ialah rakyat tempatan, 68 rakyat Indonesia, 18 rakyat China, sembilan warga Thailand, tiga rakyat Bangladesh, empat warga India dan seorang rakyat Ghana sementara 13 yang lain tidak mempunyai dokumen yang sah," kata Mohamed Bakri.

Page 158: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

44  

Dua daripada mereka yang disyaki ialah penghuni pusat pemulihan dadah yang melarikan diri, kata beliau. Beliau berkata seorang lelaki berumur 26 tahun yang memiliki 11 kad ATM diberkas pada 18 Mac di Jalan Sultan. Mohamed Bakri juga menasihat penumpang supaya mencatatkan nombor pendaftaran teksi yang mereka naiki berikutan beberapa kes penumpang dirompak oleh "pemandu teksi". "Kebanyakan mangsa ialah wanita yang memakai barang kemas," kata beliau. -- BERNAMA MRA FAZ

POLIS TAHAN TIGA LELAKI TERLIBAT KES RAGUT DAN PECAH RUMAH

Date: 21-09-1999 Author: / RAM NAK Polis-TahanJOHOR BAHARU, 21 Sept (Bernama) -- Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa ke samun, ragut dan mencuri di sekitar bandaraya ini ditahan di Taman Sentosa dan Taman Skudai Baru, di sini, semalam. Ketua Daerah Polis, SAC II Abu Bakar Said berkata polis merampas dua motosikal, senjata, beberapa keping kad pengenalan, kad kredit dan lesen memandu milik orang lain, yang dipercayai dicuri, daripada mereka. Dalam kejadian pertama di Jalan Kasa Taman Sentosa, polis menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an setelah kelihatan mecurigakan, pada kira-kira 9 malam tadi. "Ketika diperiksa, polis menjumpai rantai besi sepanjang dua kaki, sebilah pisau dan hampir 10 keping kad pengenalan, kad kredit dan lesen memandu serta kad Bonuslink milik orang lain," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Abu Bakar berkata daripada siasatan awal, dua lelaki itu disyaki terlibat dalam beberapa kes samun dan lapan kes ragut di sekitar Taman Johor Jaya, Taman Daya dan Taman Plentong, sejak lima bulan lepas. Dalam kejadian kedua pula, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan ketika cuba mengumpil pintu belakang sebuah rumah di Taman Skudai Baru. Turut dirampas daripadanya ialah spanar, sebuah motosikal dan serangkai anak kunci yang dipercayai digunakan untuk memecah rumah, kata Abu Bakar. Katanya ketiga-tiga lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan polis. Beliau juga meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat bagi membenteras kegiatan jenayah di sekitar bandaraya ini. -- BERNAMA RAM NAK

Page 159: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

45  

YPJM MAHU KEMPEN ANTI RAGUT

Date: 06-09-1999Author: / YBK PR Ragut/I KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) hari ini meminta supaya diadakan kempen kesedaran terhadap kejadian ragut. Naib Pengerusinya Datuk Lee Lam Thye berkata, YPJM sedia bekerjasama dengan semua pihak untuk menjalankan kempen itu bagi menyedarkan orang ramai bagaimana kejadian ragut boleh dielakkan. "Yayasan itu bercadang bekerjasama dengan mana-mana penaja daripada sektor swasta seperti syarikat-syarikat insurans, bank-bank dan yang lain untuk mengedarkan risalah yang mengandungi maklumat bagaimana orang ramaiboleh elakan diri daripada menjadi mangsa ragut," katanya. "Ramai yang menjadi mangsa ragut, khasnya wanita yang membawa beg tangan kerana tidak sedar bagaimana insiden seperti itu dapat dielakkan," katanya. Lee berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog antara yayasan itu, polis ibu negara dan persatuan-persatuan penduduk di ibu pejabat kontingen polis Kuala Lumpur, di sini. Selain mengeluarkan risalah, Lee berkata YPJM juga meminta sektor swasta mendirikan papan tanda dan papan iklan dengan slogan pencegahan jenayah untuk memaklumkan kepada mereka apa yang boleh dibuat untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa ragut. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Kamarudin Ali, dalam ucapannya berkata antara Januari dan Ogos lepas, 2,649 kes ragut dilaporkan kepada polis. Dalam kes-kes ragut sejak kebelakangan ini, polis mendapati insiden seperti itu menyebabkan kecederaan serius kepada mangsa dan ada kalanya berakhir dengan kematian, katanya. Bagaimanapun, sejak polis meningkatkan rondaan di ibu kota bermula Julai lepas, kadar jenayah ragut telah jatuh berbanding 11 kes sehari yang dilaporkan setiap hari, katanya. Mereka yang berminat menyertai projek masyarakat itu boleh menghubungi YPJM melalui talian 03-22626286 untuk menguruskan butir-butir. -- BERNAMA YBK PR

Page 160: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

46  

RAGUT BABIT WARGA ASING, KATA POLIS

Date: 28-07-1999Author: / SLR PR Ragut-Polis KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Polis kini bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk membendung kegiatan ragut dan seluk saku oleh warganegara asing yang memasuki negara ini menggunakan pas lawatan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Kamarudin Md Ali berkata, trend baru itu dikesan sejak beberapa bulan lepas dan polis yang memandang serius kegiatan "pelancong" asing itu meminta bantuan Imigresen untuk mengesan mereka yang terbabit. Ketika dihubungi di sini, hari ini, beliau berkata pelancong asing itu dikesan sering keluar masuk negara ini menggunakan pas lawatan dan menjalankan aktiviti meragut sehingga mencapai "pendapatan" berjumlah RM3,000 dan RM4,000 sebulan setiap seorang untuk dibawa pulang ke negara masing-masing. "Seorang warganegara Indonesia ditahan beberapa minggu lepas kerana kesalahan ragut dan dia mengaku berulang-alik dari negara asal ke sini untuk meragut," katanya. Beliau berkata polis masih menyiasat sama ada pelancong asing ini menjalankan kegiatan mereka secara sindiket tetapi setakat ini polis mengetahui mereka ini bergerak bersendirian. "Individu itu menjadikan tempat lumba kuda atau kawasan tumpuan ramai seperti pasar malam dan pusat membeli belah sebagai sasaran," katanya. Sementara itu dalam kejadian terbaru iaitu pada pagi ini, seorang daripada dua lelaki warga Indonesia ditahan dalam cubaan meragut seorang kerani di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran kompleks membeli belah Sogo di sini. Ketua Daerah Polis Dang Wangi ACP Mohd Bakri Zinin berkata, lelaki itu yang dipercayai memasuki negara ini menggunakan pas lawatan mengekori mangsa dengan motosikal dari Jalan Ampang hingga ke Sogo dan cuba meragut wang berjumlah RM50,000 yang baru dikeluarkan mangsa dari sebuah bank tetapi tindakan mereka dapat digagalkan dengan bantuan orang awam dan polis. Serbuan di sebuah hotel di Jalan Raja Muda petang tadi memberkas dua warga asing dan seorang wanita tempatan berumur 19 tahun yang disyaki terbabit dengan kegiatan itu. -- BERNAMA SLR PR

Page 161: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

47  

TUJUH LELAKI DITAHAN REMAN TERBABIT SINDIKET RAGUT

Date: 03-08-1998 Author: / PBA AKD Polis-Ragut IPOH, 3 Ogos (Bernama) -- Polis menahan reman tujuh orang lelaki berusia di antara 20 tahun hingga 30 tahun kerana dipercayai terbabit dalam sindiket ragut di sekitar bandaraya ini. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Ghazali Ismail berkata, kesemua lelaki berkenaan, yang dipercayai penagih dadah, ditangkap sejak 27 Julai hingga Jumaat lepas di beberapa kawasan di sekitar bandaraya ini. Dua daripada lelaki itu ditahan pada 27 Julai di sebuah jalan di Manjoi dekat sini kerana berkelakuan mencurigakan, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Hasil siasatan polis terhadap kedua-dua lelaki berkenaan, polis menahan lima lagi rakan mereka di Jelapang, Jalan Pasir Putih, Batu Gajah dan Manjoi. Polis turut merampas dua buah motosikal, beberapa barangan kemas, empatbeg kulit berjenama dan surat gadai daripada mereka, katanya. Ghazali berkata polis percayai telah dapat menyelesaikan 10 kejadian ragut di sekitar bandaraya ini. Dalam perkembangan lain, polis meminta pewaris atau kenalan untuk mengenai mayat seorang lelaki berusia 20an yang ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah kawasan kuari di Km 7 Jalan Gopeng-Ipoh Sabtu lepas. Lelaki itu dipercayai bangsa Melayu atau Indonesia ditemui hanya berpakaian seluar dalam berwarna kelabu dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah. Mayatnya dihantar ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat. Sehubungan itu pewaris atau mereka yang mengenali mayat lelaki itu diminta menghubungi ASP Shahrulnaim Jais di Balai Polis Ipoh di talian 05-2424222 untuk membantu siasatan. -- BERNAMA PBA AKD

Page 162: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

48  

LELAKI YANG CUBA RAGUT MANGSA KEDUA AKHIRNYA DIBERKAS

Date: 10-07-1998Author: / PBA PR Polis-Ragut SITIAWAN, 10 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun selepas meragut seutas rantai leher milik seorang wanita yang sedang mengunakan telefon awam di Jalan Kampung Koh dekat sini semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Jamaluddin Kudin berkata, rantai leher S.Kaliamah, 49, telah diragut oleh seorang lelaki bermotosikal semasa beliau menggunakan telefon awam pada lebih kurang pukul 2.20 petang semalam. "Wanita itu sempat menjerit dan telah disedari oleh abangnya yang ketika itu sedang berurusan untuk membayar ansuran kenderaan di sebuah premis berhampiran dan lalu berkejar ke tempat adiknya dan berjaya menangkap lelaki berkenaan, katanya ketika dihubungi di pejabatnya di sini, hari ini. Jamaluddin berkata, polis yang kebetulan sedang meronda di kawasan itu telah memberkas lelaki berkenaan dan menemui seutas rantai di tangannya dan seutas lagi rantai dalam pakaiannya. Polis turut merampas sebuah motosikal yang tidak bernombor pendaftaran yang digunakan oleh lelaki berkenaan. Polis juga mengesahkan lelaki yang sama telah meragut seutas rantai leher milik seorang wanita berusia 29 tahun di hadapan sebuah kedai di Ayer Tawar pada pukul 1.50 petang semalam. Jamaluddin berkata, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes ragut di sekitar Sitiawan dengan tertangkapnya lelaki berkenaan. Sementara itu dalam perkembangan lain, polis menahan lima orang suri rumah berusia antara 34 dan 41 tahun kerana berjudi di sebuah rumah di Kampung Koh, dekat sini semalam dan merampas wang tunai sebanyak RM253.40serta 52 keping daun terup. Menurut beliau, kesemua wanita itu dibawa ke Balai Polis Sitiawan untuk diambil kenyataan dan dibebaskan selepas di ikat jamin polis. -- BERNAMA PBA PR

Page 163: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

49  

PENUNGGANG MOTOSIKAL RAGUT WANG TUNAI RM3,500 DARI PENIAGA

Date: 09-06-1998 Author: / PBA WATTELUK INTAN, 9 Jun (Bernama) -- Seorang peniaga wanita berusia 30 tahun kerugian wang tunai berjumlah RM3,500 apabila beg duitnya di ragut oleh seorang lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di jalan Sungai Nibong Tebal dekat sini petang semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Penguasa Zulkeply Mohd Salleh berkata, kejadian itu berlaku ketika wanita itu bersama saudaranya sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak kira kira 10 meter daripada tempatnya berniaga pada pukul 7 petang semalam. "Tanpa disedari seorang penunggang motosikal yang datang dari arah belakang telah meragut beg tangan yang disandang dibahunya dan terus melarikan diri ke arah pekan Teluk Intan," katanya ketika di hubungi dipejabatnya di sini hari ini. Zulkeply berkata wang itu adalah hasil kutipan daripada perniagaan semalam dan wanita itu telah membuat laporan di balai Polis Teluk Intan. Polis sedang menyiasat kejadian itu dan menurutnya lelaki terbabit itu berumur dalam lingkungan 20an. Sehubungan itu polis menasihatkan orang ramai terutama kaum wanita di daerah ini supaya berhati-hati ketika membawa wang tunai yang banyak keranakejadian ragut di sekitar daerah ini semakin tinggi. -- BERNAMA PBA WAT

POLIS TAHAN DUA LELAKI TERBABIT KES SAMUN DAN RAGUT

Date: 12-02-1998 Author: / PBA RONIPOH, 12 Feb (Bernama) -- Polis berjaya memberkas dua lelaki berusia 28 dan 42 tahun kerana dipercayai terbabit melakukan 33 kes samun dan ragut barang kemas sejak Ogos tahun lepas hingga awal Februari di sekitar bandaraya ini. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Ghazali Ismail berkata kedua-dua lelaki berkenaan ditangkap di sebuah rumah setinggan di Buntung, dekat sini 4 Feb lepas. Berikutan tertangkapnya kedua-dua lelaki berkenaan polis menemui pelbagai jenis barang kemas bernilai kira-kira RM35,000 dalam bentuk 27 utas rantai emas, 25 loket, 18 rantai bermanik, lima bentuk cincin dan lima pasang subang. Menurutnya sisatan awal mendapati kedua-dua lelaki terbabit memilih wanita India sebagai sasaran mereka berdasarkan bentuk barang kemas itu yang kebanyakan dipakai oleh orang India. Ghazali berkata polis sedang mengesan seorang lagi rakan dua lelaki berkenaan yang berjaya melepaskan diri. Beliau meminta mangsa ragut dan samun barang kemas itu supaya membuat tuntutan di balai polis Ipoh dengan membawa resit pembelian dan orang ramai

Page 164: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

50  

yang mempunyai maklumat peragut boleh menghubungi balai itu di talian 05-2424222 untuk membantu siasatan. -- BERNAMA PBA RON MANGSA RAGUT MENINGGAL DUNIA PAGI INI

Date: 14-06-2004 Author: / BH ROS Ragut-MeninggalJOHOR BAHARU, 14 Jun (Bernama) -- Mangsa ragut, Chong Fee Cheng, yang tidak sedar diri sejak dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini malam kelmarin disahkan meninggal dunia kira-kira 7.35 pagi ini. Suami mangsa, Ching Fook Yee, 35, berkata beliau mendapat berita kematian isterinya menerusi telefon daripada Hospital Pakar Puteri pagi ini. "Mayat Chong kini dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk dibedah siasat," katanya di sini hari ini. Chong, 37, mengalami kecederaan parah di kepala akibat terjatuh dan diheret dalam kejadian ragut bermotosikal di Taman Molek di sini malam kelmarin. Kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam semasa Ching bersama isterinya sedang melintas jalan untuk pergi ke sebuah kedai perabot. Secara tiba-tiba, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura meragut beg tangan Chong hingga menyebabkannya terjatuh dan kepalanya terhentak lalu diheret beberapa meter di atas jalan raya. Akibat kejadian itu, Chong terus pengsan dan tidak sedarkan diri sehingga disahkan meninggal dunia hari ini. Chong yang bertugas sebagai kerani di akhbar Nanyang Siang Pau di Taman Maju di sini sejak lapan tahun lepas, mempunyai dua orang anak iaitu Ching Soon Wei, 4, dan Ching Lai Ting, 3. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Idris Ismail mengesahkan menerima laporan itu. -- BERNAMA BH ROS

Page 165: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

51  

MCA BIMBANG JENAYAH RAGUT BERLELUASA DI BEBERAPA BANDAR RAYA

Date: 14-06-2004 Author: / MHI BD MOZ Ong-Ragut (Bergambar)JOHOR BAHARU, 14 Jun (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting hari ini berharap polis akan turut meningkatkan operasi di bandar raya besar seperti Johor Baharu yang menghadapi masalah jenayah ragut yang serius. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata operasi besar-besaran polis untuk menangani jenayah ragut di Lembah Kelang sebagaimana yang diumumkan hari ini perlu diperluaskan ke bandar-bandar yang lain. "Perkara ini (jenayah ragut) berleluasa di Johor Baharu dan saya baca polis akan adakan operasi khas dan kempen di Lembah Klang. Saya menyokong usaha polis ini tetapi nampaknya bandar-bandar besar yang lain juga mempunyai risiko yang tinggi." "Saya harap Ketua Polis Negara Tan Sri Bakri Omar akan mengambil perhatian yang serius dan menjadikan Johor Baharu sebagai satu sandaran untuknya meningkatkan penguatkuasaan," katanya pada pemberita selepas menziarahi keluarga mangsa ragut Chong Fee Cheng di Rumah Mayat Tionghua Johor Baharu, hari ini. Ong berkata beliau telah menelefon Bakri hari ini untuk memberitahunya tentang betapa seriusnya masalah jenayah ragut ini dan Ketua Polis Negara berjanji untuk mengambil tindakan dengan serius. Chong, 37, kerani di akhbar Nanyang Siang Pau di sini meninggal dunia pada 7.35 pagi tadi akibat kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dan diheret dalam satu kejadian ragut di Taman Molek semalam. Kejadian malang tersebut berlaku kira-kira 7.30 malam semalam semasa mangsa dan suaminya, Ching Fook Yee, 35, sedang melintas jalan menuju ke sebuah kedai perabot. Secara tiba-tiba, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura meragut beg tangan Chong hingga menyebabkannya terjatuh dan kepalanya terhentak sebelum diheret beberapa meter di atas jalan raya. Berikutan kejadian itu, mangsa tidak sedarkan diri sehingga disahkan meninggal dunia hari ini. Ong berkata beliau juga telah membawa masalah jenayah ragut serta jenayah lain bagi dibincangkan oleh Kabinet yang bersetuju untuk menyokong polis menguatkuasakan undang-undang dengan lebih berkesan. Beliau juga mahukan semua agensi atau pihak berkuasa tempatan mengambil langkah-langkah yang perlu termasuk memasang kamera litar tertutup di kawasan jalan kaki awam sebagai langkah menjamin keselamatan mereka. Sementara itu suami mangsa, Ching ketika ditemui di rumah mayat tersebut berkata beliau sedih dan marah di atas kejadian yang menimpa isterinya. Ching yang ditemani oleh dua orang anaknya, Tan Soon Wei, 4, dan Tan Li Ping, 3, berkata polis perlu meningkatkan usaha menjaga keselamatan orang ramai. Sementara itu Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan China Johor Alex

Page 166: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

52  

Lua berkata pihaknya telah memulakan kempen memakai lilitan kain putih di lengan bagi mendesak polis menyelesaikan dengan segera kes yang membabitkanChong. Di MELAKA, beberapa lokasi tumpuan pelancong telah dipasang kamera litar tertutup bagi mengawasi orang ramai daripada ancaman jenayah terutama peragut, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohamad Ali Rustam. Beliau berkata setakat ini sebelas buah kamera telah dipasang termasuk di Taman Melaka Raya, Hang Tuah Mall, Jonker Walk dan Dataran Sejarah di Ayer Keroh. "Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah akan memasang 11 lagi kamera litar tertutup membabitkan kos RM400,000. Ini kerana ianya didapati berkesan mengurangkan kes-kes ragut dan jenayah lain," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Yang Dipertua Negeri Tan Sri Khalil Yaakob meninjau projek pembersihan dan pengindahan Sungai Melaka. Ketua Polis Melaka SAC I Datuk Cristopher Wan Soo Kee yang turut mengikutui lawatan itu, berkata sepanjang Januari hingga Mei lepas, sebanyak 74 kes ragut dilaporkan di Melaka berbanding 215 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas. Beliau berkata seramai 24 peragut ditahan dalam tempoh lima bulan tahun ini berbanding 46 peragut sepanjang tahun lepas. Sebagai negeri pelancongan, polis dan kerajaan negeri telah bekerja keras untuk membanteras kes ragut dan ia berhasil apabila bilangan kes semakin berkurangan iaitu sebanyak 554 kes pada 2001 diikuti 377 kes pada 2002 dan 332 kes pada 2003, katanya. -- BERNAMA MHI BD MOZ

POLIS LANCAR OPERASI BANTERAS RAGUT DI LEMBAH KLANG

Date: 13-06-2004 Author: / MRA AKT PR Operasi-RagutPETALING JAYA, 13 Jun (Bernama) -- Polis Bukit Aman melancarkan operasi besar-besaran membanteras perbuatan ragut di sekitar Lembah Klang termasuk dengan menempatkan anggota polis wanita berpakaian preman untuk menangkap peragut. Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Musa Hassan berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar telah mengeluarkan arahan mengenai operasi itu untuk dijalankan segera. "Ketua Polis Negara juga membenarkan agar Pasukan Gerakan Am terlibat dalam membantu operasi ini," katanya semasa berucap pada sesi dialog antara polis dan penduduk Bandar Sri Damansara di sini, hari ini. Beliau berkata antara kawasan terlibat adalah kawasan segitiga emas terutama sekitar Bukit Bintang kerana terdapat jumlah kehadiran pelancong yang ramai dan mereka sering menjadi sasaran peragut kerana dipercayai membawa wang tunai yang banyak. Selain menempatkan anggota wanita yang menyamar bagi menangkap peragut, kamera televisyen litar tertutup (CCTV) juga akan ditempatkan di kawasan yang mencatatkan kadar kes ragut yang tinggi.

Page 167: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

53  

Musa berkata polis sebelum ini mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan agar membina halangan yang memisahkan antara pejalan kaki dan penunggang motosikal kerana kebiasaannya peragut menggunakan kenderaan itu. Beliau berkata kajian polis mendapati kebanyakan mereka yang terbabit di dalam aktiviti ragut ini adalah penagih dadah. Beliau juga berkata orang ramai yang menyaksikan kejadian ragut, boleh membuat tangkapan awam terhadap peragut. "Mereka (orang awam) boleh melaksanakan kuasa mereka untuk menangkap peragut termasuk melanggar kenderaan si peragut bertujuan menyekat peragut itu daripada lari," katanya. Beliau berkata tindakan melanggar kenderaan peragut itu adalah tidak salah dan selepas peragut itu ditahan, orang ramai harus menyerahkan peragut itu kepada pihak polis. Terdahulu Musa menasihatkan pemaju kawasan perumahan agar membina sebuah pondok atau balai polis bagi kawasan perumahan yang baru. "Pemaju sepatutnya mempunyai inisiatif bagi memastikan keselamatan penduduk juga terjamin dengan membina bangunan untuk menempatkan anggota polis bagi mencegah jenayah," katanya. Beliau berkata jika pemaju mengharapkan kepada kerajaan untuk menyediakan kemudahan balai atau pondok polis ianya akan mengambil masa kerana pelaksanaan itu tertakluk kepada peruntukan. Beliau memberi jaminan bahawa pihak polis akan menempatkan anggota di kawasan perumahan sekiranya pihak pemaju menyediakan kemudahan pondok polisatau balai polis. -- BERNAMA MRA AKT PR

KAMERA DI LAPAN KAWASAN UNTUK PANTAU KEJADIAN RAGUT

Date: 11-06-2004 Author: / MAM MAZ PR PUTRAJAYA, 11 Jun (Bernama) -- Kamera Litar Tertutup Televisyen (CCTV) akan dipasang di lapan kawasan di Kuala Lumpur bagi membolehkan pihak berkuasa memantau dan bertindak bagi mengurangkan kejadian ragut, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini. Kawasan terlibat ialah Jalan Ampang, Jalan Binjai, Jalan P. Ramlee, Jalan Sultan Ismail, Jalan Conlay, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Imbi. Beliau berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan pihak polis bagi menentukan lokasi sesuai bagi pemasangan kamera itu. "DBKL perlu memasang kamera itu secepat mungkin dan ini akan dilaksanakan secara berperingkat kerana faktor kos yang mahal," kata Isa kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Wilayah Persekutuan di sini. Beliau berkata, Kementerian juga sedang memikirkan cara lain bagi mengatasi jenayah ragut seperti menyediakan laluan pejalan kaki bawah tanah dan mengadakan kempen bagi menggalakkan orang ramai menggunakan jejantas pejalan kaki.

Page 168: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

54  

Selain itu, Isa berkata pihaknya juga akan memperkenalkan penggunaan alat pengunci roda motosikal di tempat awam sebelum akhir tahun ini bagi membendung kecurian motosikal di ibu kota. -- BERNAMA MAM MAZ PR

POLIS TAHAN PELAJAR SEKOLAH TERBABIT KES RAGUT DI KUANTAN

Date: 09-06-2004 Author: / TSS SOP LAT Polis-TahanKUANTAN, 9 Jun (Bernama) -- Seorang pelajar ditahan polis semalam kerana dipercayai terlibat dalam satu kes ragut di sebuah pusat membeli belah di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Ahmad Noordin Ahmad Mustafa berkata pelajar lelaki berusia 17 tahun itu ditangkap orang awam di sekitar tempat kejadian pada pukul 9.30 pagi. Beliau berkata ketika kejadian, suspek bersama seorang rakannya menaiki sebuah motosikal dan meragut beg tangan seorang wanita berusia 30 tahun. Ahmad Noordin berkata wanita terbabit merentap kuat beg tangannya menyebabkan kedua-dua suspek jatuh dari motosikal. "Seorang daripada suspek berjaya ditangkap oleh orang awam yang terdengar jeritan mangsa meminta tolong manakala rakannya dapat melepaskan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya, pelajar itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan. Dalam kes lain, seorang suri rumah berusia 40 tahun kerugian RM7,000 selepas diperdaya dua lelaki menerusi skim cabutan hadiah bertuah, di rumahnya di Lipis, Isnin lepas. Ahmad Noordin berkata wanita itu didatangi dua lelaki yang berpura-pura membeli surat khabar lama dan menawarkan hadiah sebuah motosikal menerusi skim cabutan berkenaan pada pukul 1.30 tengah hari. "Selepas bersetuju dengan tawaran itu, mangsa menyerahkan sejumlah barang kemas bernilai RM7,000 dengan janji bahawa dia akan menerima hadiah tersebut keesokan hari," katanya. Bagaimanapun katanya, mangsa membuat laporan polis semalam selepas mendapati kedua-dua lelaki berusia antara 20 dan 30-an itu tidak mengotakan janji mereka. "Polis sedang menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu," katanya. Beliau menasihati orang ramai terutama suri rumah supaya berwaspada dengan tipu muslihat pihak tertentu yang cuba memperdaya mangsa menerusi skim seperti itu. -- BERNAMA TSS SOP LAT

Page 169: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

55  

KES RAGUT DI KUALA LUMPUR CATAT PENURUNAN 22 PERATUS

Date: 03-06-2004 Author: / ZAZ HM BK LAT Noh-PolisKUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kes ragut di Kuala Lumpur yang telah menurun sebanyak 22 peratus dalam tempoh empat bulan tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas membuktikan polis sentiasa berusaha mengekang kejadian itu daripada terus berleluasa. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Noh Omar berkata penurunan itu adalah selaras dengan langkah kementerian mengarahkan semua unit dan jabatan polis bergabung dalam membanteras gejala ragut. "Saya percaya pihak polis tidak akan berdiam diri dalam menangani masalah ini dan mereka akan sentiasa mempertingkatkan operasi dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita semasa melawat anggota polis, L/Kpl Norazamzi Mohd Daud, 35, yang cedera tiga jari kanannya akibat di tembak, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini hari ini. Norazamzi ditembak seorang lelaki dengan pistol dari jarak enam kaki ketika cuba menangkap lelaki itu di Jalan Budiman 11, Taman Mulia Cheras pagi tadi. Beliau menjelaskan penggabungan unit polis itu melibatkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) polis dalam membanteras kejadian ragut. Kejadian ragut sebelum ini mendapat perhatian umum apabila ada di kalangan mangsa terdiri daripada kalangan pelancong asing yang boleh menjejaskan nama baik negara dan industri pelancongan. Berikutan itu terdapat cadangan supaya penghadang besi dibina di laluan pejalan kaki di kawasan yang kerap berlaku ragut untuk membendung kegiatan itu serta melindungi mangsa ragut, yang kebanyakkannya wanita. Noh berkata polis sentiasa bertindak secara profesional selain memberi jaminan kepada masyarakat serta pelancong asing bahawa keadaan keselamatan dalam negara masih baik. Mengenai kejadian menembak itu yang mencederakan Norazamzi, Noh berkata tindakan polis melepaskan tembakan terhadap penjenayah adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan polis tidak sewenang-wenangnya melepaskan tembakan. Beliau juga berkata tuduhan pihak tertentu bahawa polis suka "tembak-menembak" ini sebagai satu tuduhan "nakal". Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mustafa Abdullah berkata polis kini memburu beberapa orang lagi rakan lelaki yang melepaskan tembakan dan mencederakan Norazamzi. Berdasarkan maklumat, orang ramai mendapati terdapat sebuah kereta proton wira memecut meninggalkan tempat kejadian selepas insiden itu berlaku. "Saya juga ingin meminta klinik dan pengamal perubatan supaya memaklumkan kepada polis jika didatangi orang yang cedera di tangan akibat tembakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Hasil pemeriksaan, polis mendapati terdapat kesan percikan darah pada bahagian dalam teksi yang digunakan lelaki itu untuk melarikan diri yang menunjukkan penjenayah terbabit turut cedera terkena tembakan yang

Page 170: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

56  

dilepaskan Norazamzi. -- BERNAMA ZAZ HM BK LAT

YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH BUAT KEMPEN ANTI RAGUT

Date: 30-05-2004 Author: / ZI MZM LAT Ragut-KempenLANGKAWI, 30 Mei (Bernama) -- Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia akan mengadakan kempen besar-besaran di seluruh negara mulai Julai ini bagi memberi kesedaran mengenai jenayah ragut. Naib Pengerusi Yayasan berkenaan Tan Sri Lee Lam Thye berkata kempen bersama polis dan badan bukan kerajaan itu akan dimulakan di Lembah Klang yang mencatatkan kes ragut tertinggi dan disusuli negeri-negeri lain. Katanya kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak dalam membanteras kes ragut yang semakin meningkat. Beliau berkata berdasarkan statistik, 4,511 kes ragut berlaku di seluruh negara sepanjang Januari hingga April lepas dan sepanjang tahun lepas jenayah itu mencatatkan 15,798 kes berbanding 14,480 kes pada 2002. Lee memberitahu pemberita demikian selepas menerima anugerah perkhidmatan perubatan oleh Persatuan Perubatan Malaysia di atas sumbanganbeliau kepada persatuan itu, di Kompleks Sukan Langkawi di sini petang semalam. Beliau berkata orang ramai perlu memain peranan membanteras jenayah ragut itu jika kejadian itu berlaku di depan mereka. "Orang ramai jangan megambil sikap berkecuali apabila melihat kejadian ragut, sebaliknya perlu bersedia bertindak," katanya. -- BERNAMA ZI MZM LAT

KADAR KES RAGUT DI KELANTAN TERKAWAL, KATA POLIS

Date: 26-05-2004 Author: / ZI RSD SHI MAIKOTA BAHARU, 26 Mei (Bernama) -- Kadar 45 kes ragut di Kelantan sejak Januari adalah terkawal tetapi jika masyarakat tidak memberi perhatian, ianya boleh meningkat, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Ishak Abdul Majid. Sepanjang tahun lepas sebanyak 86 kes ragut dilaporkan dengan 38 orang ditahan, katanya kepada pemberita di sini hari ini. "Kita khuatir jika sesuatu tidak dilakukan, kadar itu mungkin meningkat tahun ini," katanya sambil menjelaskan bahawa apa yang membimbangkan ialahpembabitan pelajar sekolah dalam kegiatan ragut menggunakan motosikal. Ishak berkata polis menahan beberapa pelajar dipercayai terlibat dalam aktiviti ragut menggunakan motosikal terutamanya di kawasan pusat bandar. Dalam kes lain, seorang lelaki berumur 40 tahun kerugian RM20,000

Page 171: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

57  

setelah ditipu lima lelaki yang baru dikenalinya yang mengajak beliau menjadi rakan kongsi untuk satu perniagaan hartanah di Sabah. Menurut Ishak, lelaki itu membuat aduan semalam dan polis sedang menyiasat identiti kelima-lima lelaki berkenaan. -- BERNAMA ZI RSD SHI MAI CEGAH RAGUT MENERUSI KESEDARAN AWAM, KATA MCPF

Date: 24-05-2004 Author: / PJR MFJ MAZ MAIKUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa polis, badan sukarela dan badan bukan kerajaan bekerjasama bagi mencegah kegiatan meragut melalui kesedaran awam. Presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata MCPF yang melancarkan kempen kesedaran awam bagi mencegah peragut dua tahun lepas, akan mengadakan kempen anti-ragut dengan kerjasama NGO dan kumpulan yang prihatin. "Peragut mendatangkan kesusahan kepada masyarakat. Majoriti mangsa yang menjadi sasaran penjenayah ialah surirumah dan wanita," katanya dalam satu kenyataan bagi mengulas kejadian ragut yang menyebabkan kematian seorang wanita di sini hujung minggu lepas. Chin Wai Fun, seorang kerani, meninggal dunia pagi semalam akibat kecederaan parah di kepala setelah terjatuh dan terhantuk di jalan dalam satu cubaan meragut Sabtu. Lee berkata menurut polis, sebanyak 4,511 kes ragut dilaporkan dalam tempoh Januari hingga April tahun ini berbanding 5,913 kes pada masa yang sama tahun lepas. -- BERNAMA PJR MFJ MAZ MAI

KES RAGUT DI KUALA LUMPUR CATAT KERUGIAN RM2.35 JUTA

Date: 13-05-2004 Author: / NSM HK AZH Polis-RagutKUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Kes ragut di Kuala Lumpur antara Januari dan April tahun ini telah mencatat kerugian sebanyak RM2.35 juta dengan hampir separuh daripada mangsanya terdiri daripada kalangan pelancong asing, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah. Katanya kebanyakan kes ragut ini berlaku di kawasan sekitar "golden triangle Kuala Lumpur" dengan barangan yang sering dilaporkan hilang terdiri daripada wang tunai, kamera digital, kamera video dan barangan berharga yang lain. "Pelancong asing menjadi tumpuan peragut kerana biasanya mereka membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak serta pelbagai barangan berharga," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini. Beliau berkata bagaimanapun jika dibandingkan dengan tempoh yang sama

Page 172: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

58  

tahun lepas, kes ragut tahun ini telah turun sebanyak 22 peratus, iaitu daripada 1,460 kepada 1,144 kes tahun ini. Menurutnya secara purata, sembilan kes ragut dicatatkan setiap hari, dan kes ini "menyumbang kepada 18 peratus jumlah keseluruhan kes jenayah di kontijen ini." "Daerah Dang Wangi mencatatkan jumlah paling banyak menerima laporan kes ragut iaitu sebanyak 831 kes, Sentul 210 kes, Brickfields 57 kes, Cheras 45 kes dan satu kes di Putrajaya," katanya. Mustafa berkata polis telah melipatgandakan operasi dan rondaannya di kawasan-kawasan di mana berlaku jumlah kes ragut yang tinggi sejak dua bulan lepas dan menurutnya Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut membantu dalam tugas rondaan ini. "Kejadian-kejadian ini (ragut) sedikit sebanyak akan mencemarkan imej negara serta menjejaskan industri pelancongan di negara kita," katanya. Mustafa berkata, selain kes ragut, jenayah indeks di Kuala Lumpur dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini turut mencatat penurunan sebanyak sembilan peratus iaitu daripada 8,512 kes tahun lepas kepada 7,747 kes tahun ini. -- BERNAMA NSM HK AZH KES RAGUT TIDAK JEJAS INDUSTRI PELANCONGAN

Date: 28-04-2004 Author: Linda Khoo / LK CJ RS Ragut-PelanconganKUCHING, 28 April (Bernama) -- Kejadian ragut yang semakin berleluasa di Sarawak dengan purata 60 kes dilaporkan setiap bulan tidak menjejas industri pelancongan di negeri ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC II Abdul Razak Hassan berkata hari ini, bilangan pelancongan yang terlibat dalam kejadian ini adalah terlalu kecil. Katanya, dari sejumlah 90 kejadian ragut yang dilaporkan di sekitar kawasan "tiga segi emas" di sini dari Januari hingga Mac tahun ini, hanya dua melibatkan pelancong. Namun, polis memandang serius kes ragut ini, kata beliau. Pada tempoh berkenaan, Kuching mencatat bilangan kes ragut tertinggi (90), diikuti oleh Miri (46 kes), Sibu (39), Bintulu (lima) dan Meradong (dua). "Walaupun bilangan kes yang kecil ini tidak akan menjejas industri pelancongan, Unit Polis Pelancongan (UPP), yang terletak di Tebingan Kuching di sini sentiasa bekerjasama dengan orang ramai dalam usaha membendung jenayah itu," katanya kepada Bernama di sini. UPP dibantu oleh 690 pelatih dari Pusat Latihan Polis Sarawak yang ditempatkan di kawasan tertentu yang sering berlaku kejadian jenayah sekitar bandaraya. Berikutan pelancaran Operasi Gelombang Biru baru-baru ini, kira-kira 120 pelatih digerakkan untuk meronda setiap hari di kawasan awam seperti Tebingan Kuching, kawasan perumahan dan penempatan bank di mana sering berlaku kejadian ragut dan pecah rumah.

Page 173: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

59  

Ahad lepas, dengan kerjasama orang awam, mangsa ragut Chiew Chee Hung, 50, berjaya menumpaskan kejadian itu daripada berlaku dekat Tebingan Kuching. Pegawai polis Ketua Inspektor, Chiew Swoi Kee yang kebetulan berada di tempat kejadian berjaya menumpaskan kes itu dengan melepaskan dua das tembakan termasuk satu mengenai kaki salah seorang peragut terbabit. Orang ramai harus lebih berhati-hati kerana "kaki ragut" sentiasa menggunakan taktik licik untuk memperdaya mangsa, terutamanya golongan wanita, katanya. "Golongan wanita harus berwaspada kerana peragut sering memerhati wanita yang berjalan kaki seorang diri atau menunggu bas untuk dijadikan mangsa," katanya. Peragut selalunya melarikan diri dengan bantuan teman yang menunggu sekitar kawasan kejadian. Beliau berkata satu lagi taktik yang sering digunakan ialah mendakwa wang atau dompet mangsa terjatuh dan apabila mangsa memandang atau memeriksa ke belakang, peragut akan mengambil kesempatan untuk menyeluk saku mangsa. Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuching (OCPD), ACP Rozin Yusop berkata keselamatan bank harus dipertingkatkan agar kes yang melibatkan orang ramai mengeluarkan wang dari bank diminimumkan. "Pengurus bank harus mempertingkatkan keselamatan bank seperti menghadkan mereka yang tidak mempunyai urusan daripada memasuki bank," katanya. Beliau berkata peragut sentiasa menggunakan modus operandi yang sama iaitu membuat pemerhatian terhadap mangsa dan merampas wang apabila mangsasampai di hadapan rumah atau pejabat. -- BERNAMA LK CJ RS

SARAWAK BENTUK JAWATANKUASA ATASI JENAYAH RAGUT

Date: 24-02-2004 Author: / SCC AZZ RONKUCHING, 24 Feb (Bernama) -- Sebuah jawatankuasa yang dianggotai polis dan pegawai Kementerian Pelancongan negeri telah ditubuhkan untuk memantau kejadian melibatkan pelancong yang menjadi mangsa ragut di Kuching dan Miri. Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Seri Abang Johari Tun Openg memberitahu Bernama hari ini bahawa jawatankuasa itu akan mengemukakan laporan dan cadangan bagi membendung kejadian sedemikian kepada pihak berkuasa menjelang April. Mengenai pelancongan domestik, beliau berkata kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat akan meningkatkan kemudahan di sekitar Kuching seperti di terminal lapangan terbang, di taman negara dan kemudahan rekreasi lain, mencantikkan kampung tradisional Melayu di Petra Jaya dan membangunkan sumber manusia seperti pemandu pelancong. Usaha untuk menarik pasaran negara jiran, katanya, diadakan melalui kerjasama kawasan pertumbuhan Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina-Asia Timur

Page 174: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

60  

(BIMP-EAGA) dan langkah promosi dengan kerjasama sektor swasta. -- BERNAMA SCC AZZ RON

DBKL DICADANGKAN PASANG BESI PENGHADANG JALAN ELAK KES RAGUT

Date: 09-02-2004 Author: / RZR MRA MFJ BK KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Dell Akhbar Khan hari ini mencadangkan supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memasang besi penghadang di tepi jalan untuk menangani kejadian kes ragut di ibu negara. Beliau berkata besi penghadang jalan itu memisahkan pejalan kaki daripada pengguna kereta dan motosikal di sekitar ibu negara. "Tanpa besi penghadang itu, penunggang motosikal boleh datang dan meragut mangsa. Ia boleh dihias supaya kelihatan menarik selain membendung jenayah," katanya kepada pemberita selepas lawatan persaraan beliau ke Ibu Pejabat Polis Trafik Jalan Bandar di sini. Dell Akhbar akan bersara pada 22 April ini dan beliau akan memulakan cuti persaraan pada mulai 18 Feb ini. Sebelum ini, Polis Trafik Kuala Lumpur mencadangkan kepada Polis Bukit Aman melarang motosikal di bawah kuasa 150 cc dari memasuki ibu negara pada masa dan tempat tertentu sebagai langkah membanteras lumba haram dan ragut. Dell Akhbar menasihati semua agensi lain supaya tampil membantu polis dalam mencegah jenayah dan bukan menuding kepada polis semata-mata. Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut menasihati cawangan trafik turut terlibat dalam membanteras jenayah ragut, curi kenderaan dan samun tepi jalan dengan bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah. -- BERNAMA RZR MRA MFJ BK

MENTERI YAKIN LARANGAN MOTOSIKAL KE IBU NEGARA HALANG LUMBA HARAM, KES RAGUT

Date: 29-01-2004 Author: / MAM MAI Tengku Adnan-Motosikal/IPUTRAJAYA, 29 Jan (Bernama) -- Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tetap yakin tindakan melarang motosikal menggunakan beberapa jalan di Kuala Lumpur pada waktu-waktu tertentu akan dapat menghalang lumba haram dan kejadian ragut jika cara lain gagal. Katanya pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang membuat pemantauan dan pihak berkuasa akan melaksanakan cadangan itu jika mereka terpaksa berbuat demikian. "Ini baik untuk pembayar cukai, penduduk bandar dan juga pelancong asing. Kita berpendapat bahawa kepentingan orang ramai lebih utama daripada

Page 175: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

61  

mereka yang melakukan perbuatan buruk di jalan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini. Namun, Tengku Adnan berkata perbincangan mengenai perakra itu akan terus diadakan dengan kementerian dan agensi yang berkaitan sebelum keputusan muktamad dibuat. Tengku Adnan berkata jalan-jalan di sekitar bandar raya bukannya litar perlumbaan, dan Kuala Lumpur tidak seharusnya menjadi tumpuan penjenayah. Katanya beliau telah menerima beberapa surat daripada mereka yang marah tentang cadangan berkenaan tetapi ramai juga yang menyokongnnya. Sambil menjelaskan bahawa beliau bukannya berhasrat menimbulkan kesulitan kepada orang ramai, Tengku Adnan berkata pihak berkuasa akan mengambil kira kepentingan pengguna motosikal lain seperti penghantar surat sebelum melaksanakan cadangan itu. Katanya pihak berkuasa juga sedang menimbang membina halangan antara pejalan kaki dan kenderaan di kawasan-kawasan sibuk di Kuala Lumpur untuk menghindar kejadian ragut. -- BERNAMA MAM MAI

POLIS CARI WANITA DAN DUA ANAK KECIL BERHUBUNG KES RAGUT DI BAZAR RAMADAN

Date: 05-11-2003 Author: / TSS LIB MAI KUANTAN, 5 Nov (Bernama) -- Polis sedang mencari seorang wanita dan duaanaknya, seorang berumur tujuh tahun dan seorang lagi 10 tahun, berhubung kes ragut dua beg tangan milik peniaga gerai di sebuah bazar Ramadan di sini semalam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Supt Mokhtar Mohd Ali, berkata kejadian berlaku sekitar 5.30 petang ketika bazar berkenaan sesak dengan orang ramai. Beliau berkata, wanita berusia 30-an dikatakan berpura-pura hendak membeli juadah di sebuah gerai milik seorang wanita berusia 44 tahun, dan ketika peniaga itu sedang melayan wanita berkenaan, seorang daripada kanak-kanak itu telah mengambil sebuah beg tangan milik mangsa dan satu lagi kepunyaan rakannya yang diletakkan di bawah meja sebelum melarikan diri. Mokhtar menasihatkan peniaga di bazar Ramadan supaya sentiasa memastikan beg tangan atau barang berharga tidak diletakkan di sebarangan tempat. --BERNAMA TSS LIB MAI

Page 176: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

62  

KES PELANCONG ASING JADI MANGSA RAGUT MENURUN

Date: 13-09-2003 Author: / SA DC RHM Polis-Pelancong (Bergambar)PULAU PINANG, 13 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mencatatkan sejumlah 162 kes ragut dan daripada jumlah itu seramai 47 pelancong asing dari 18 negara menjadi mangsa kegiatan itu di sepanjang kawasan persisiran pantai negeri itu setakat Ogos tahun ini. Bagi tempoh yang sama dari Januari hingga Ogos tahun lepas, sebanyak 190 kes ragut dilaporkan dengan 73 pelancong dari 20 negara menjadi mangsa di Daerah Timur Laut termasuk kawasan sepanjang pantai Batu Ferringhi. Ketua Polis Negeri Datuk Othman Talib berkata penurunan sebanyak 14.7 peratus atau 28 kes berbanding tahun lepas itu amat menggalakkan berikutan kekerapan sekatan jalan raya secara rambang di seluruh kawasan itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Unit Polis Pelancong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Pembangunan Wanita Negeri, Datuk Kee Phaik Cheen, di sini hari ini. Othman berkata Unit Polis Pelancongan dengan 40 anggota termasuk tujuh wanita itu akan mula bertugas selama 24 jam di sepanjang pantai Batu Ferringhi mulai bulan ini. "Mereka akan berkawal di kawasan "jaluran pelancongan" itu bermula dari Ferringhi Beach Hotel ke Northam Hotel yang dikenal pasti sebagai pusat tarikan pelancong di mana sebahagian besar hotel terkenal ditempatkan," katanya. Katanya, kawasan yang merangkumi keluasan 58km persegi itu dibahagikan kepada dua sektor dan akan ditempatkan empat pondok polis dan 36 pusat pemeriksaan yang akan dilawati oleh anggota unit berkenaan. "Pendekatan itu akan dapat mengatasi kelemahan dari aspek pelancongan, kawalan dan pertindihan tugas yang menyebabkan pembaziran tenaga anggota polis," katanya. Othman berkata mereka juga merancang menempatkan anggota unit itu di pintu masuk di negeri itu seperti lapangan terbang, pelabuhan dan terminal feri jika terdapat pertambahan anggota polis di negeri itu pada masa depan. Sementara itu, Kee, berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan kepada unit itu untuk mengikuti kursus, bengkel pelancongan dan latihan kemahiran pelbagai bahasa seperti Perancis, Inggeris, Jerman dan Itali bagi memudahkan urusan komunikasi dengan pelancong asing. -- BERNAMA SA DC RHM

Page 177: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

63  

PURATA DUA ATAU TIGA KES RAGUT DILAPORKAN DI CHERAS SETIAP HARI

Date: 20-08-2003 Author: / KK AHH AZHKUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kawasan Cheras mencatatkan purata sebanyak dua hingga tiga kejadian ragut setiap hari, dan kebanyakannya berlaku pada waktu puncak ketika orang ramai hendak pergi dan pulang dari tempat kerja. Ketua Polis Daerah Cheras Supt Mohd Noor Masdar berkata kebanykan kes itu membabitkan orang yang sama yang menjadikan aktiviti ragut itu seolah-olah sebagai satu kerjaya. "Mereka (peragut) biasanya akan meronda-ronda di satu-satu kawasan dan mensasarkan mangsa yang besendirian," katanya pada pemberita selepas melawat seorang anggota polis yang cedera akibat kemalangan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini hari ini. Sehubungan itu Mohd Noor mengingatkan, terutamanya kaum wanita supaya lebih berhati-hati ketika dihampiri oleh orang yang menunggang motosikal dan memakai topi keledar cermin penuh bagi mengelakkan kejadian ragut atau samun. Beliau berkata kebanyakan kes ragut membabitkan peragut yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi seperti Yamaha RXZ dan Yamaha GSX, yang akan menegur mangsa terlebih dahulu, terutama mereka yang berjalan atau duduk berseorangan, sebelum diragut. "Walaupun (kes ragut) tidak banyak namun kalau boleh kita tidak mahu langsung ia berlaku. Kita juga membuat tangkapan dan kebanyakannya adalah yang terlibat dengan kes ragut di tepi-tepi jalan," katanya. -- BERNAMA KK AHH AZH

POLIS PERAK TUMPU BANTERAS SAMUN BERSEJATA, CURI KENDERAAN DAN RAGUT

Date: 04-08-2003 Author: / PBA RHM Polis-JenayahIPOH, 4 Ogos (Bernama) -- Polis Perak akan memberikan lebih tumpuan untuk membanteras jenayah samun bersenjata, curi kenderaan dan ragut, kata Pemangku Timbalan Ketua Polis Negeri SAC I Kamalul Azmi Darus. Beliau berkata sepanjang Januari hingga Julai tahun ini sebanyak 889 kes jenayah terbabit dilaporkan dan daripada jumlah itu sebanyak 388 kes telah diselesaikan. Bagi mengatasi kes-kes jenayah seperti itu, kerjasama masyarakat amat diperlukan untuk membantu pihak polis, katanya semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) di sini hari ini. Pada majlis itu seramai 13 anggota polis menerima surat perhargaan daripada beliau. Beliau berkata bagi tempoh itu juga, sebanyak 2,655 orang ditahan atas

Page 178: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

64  

pelbagai kes penyalahgunaan dan pengedaran dadah dan daripada jumlah itu 12 orang dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 (A) Akta Dadah Berbahaya. Beliau juga berkata dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, seramai 11 anggota pangkat rendah dan konstabel telah diambil tindakan tatatertib bersabit beberapa kesalahan salah laku. Beliau mengingatkan semua pegawai dan anggota polis di kontinjen itu agar meningkatkan disiplin dan menjauhi gejala-gejala yang tidak sihat. -- BERNAMA PBA RHM

PENGANGGUR TERBABIT DALAM 11 KES RAGUT DITAHAN

Date: 22-04-2003 Author: / PBA RHM Polis-RagutIPOH, 22 April (Bernama) -- Seorang penganggur berusia 35 tahun yang dipercayai melakukan 11 kes ragut sepanjang bulan lepas di bandar raya ini ditahan di rumah sewanya di Taman Silibin di sini pada Sabtu lepas. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Che Sab Hanafiah berkata lelaki itu yang sudah beristeri dan mempunyai dua anak ditahan selepas dia meragut beg tangan seorang wanita di Jelapang pada 1.15 tengah hari Sabtu lepas dengan menggunakan sebuah motosikal. Berikutan laporan wanita itu, polis telah melakukan serbuan dan menangkap lelaki itu yang dipercayai penagih dadah di rumahnya pada pukul 3 petang pada hari yang sama, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Polis turut menemui sebelas beg tangan wanita, beberapa barang kemas di rumah itu, katanya. Katanya polis juga mendapati motosikal yang digunakan oleh lelaki itu adalah motosikal curi yang dilaporkan hilang di bandar raya ini tahun lalu. Lelaki itu kini ditahan reman di Balai Polis Ipoh untuk siasatan lanjut, katanya. Sementara itu dalam kes lain, Che Sab berkata pihaknya sedang menyiasat aduan seorang pemaju perumahan yang menerima beberapa nota ugutan bunuh yang ditampal pada papan tanda di jalan di hadapan rumahnya di Taman Ipoh, semalam. Katanya nota ugutan yang berbunyi "Aku akan bunuh dia" adalah satu daripada empat nota yang dijumpai isteri pemaju perumahan berumur 37 tahun itu selepas pulang menghantar dua anaknya ke sekolah. Pemaju perumahan berusia 47 tahun itu yang dimaklumkan berhubung penemuan nota itu oleh isterinya telah membuat laporan polis, katanya. Beliau berkata polis sedang menyiasat motif perbuatan itu. -- BERNAMA PBA RHM

Page 179: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

65  

POLIS TINGKAT RONDAAN KAWAL KES CURI KENDERAAN, RAGUT DI SHAH ALAM

Date: 19-01-2003Author: / RIZ LAT Polis-CuriSHAH ALAM, 19 Jan (Bernama) -- Polis akan meningkatkan rondaan dan kawalan di Shah Alam bagi mengekang kegiatan mencuri kenderaan dan kes ragut di daerah itu, kata Ketua Polis Daerah ACP Mohamed Sukri Dahlan, Beliau berkata walaupun kadar kes kecurian motosikal dan kenderaan lain menurun tahun lepas, ia tidak bermakna polis akan berdiam diri dan tidak berusaha untuk menurunkan lagi kadar kedua-dua jenayah itu. "Jumlah kes itu yang dilaporkan dalam lingkungan 1,600 kes tahun lepas, walaupun bukan satu jumlah yang besar, tetapi beri tamparan kepada kita bagi meningkatkan aktiviti operasi bagi mengurangkannya," kata Mohamed Sukri. Bercakap pada perasmian bilik operasi badan kebajikan penduduk pangsapuri Blok 19, Seksyen 20, di sini hari ini, Mohamed Sukri berkata kadar jenayah curi kenderaan pada tahun lepas menurun kepada 1,610 kes daripada 1,629 kes pada 2001 dan 1,928 kes yang dilaporkan pada 2001. Katanya polis akan meningkatkan kawalan dan rondaan termasuk di blok pangsapuri dan apartmen di sekitar daerah itu bagi mencegah jenayah ragut yang kerap kali dilaporkan di kawasan perumahan jenis itu. Menurut Mohamed Sukri sebanyak 547 kes ragut dan kes peras ugut di laporkan berlaku di daerah itu tahun lepas berbanding 659 kes pada tahun sebelumnya. Beliau berkata polis memberi tumpuan kepada siasatan kes kecurian motosikal kerana ia mempunyai kaitangan dengan kes penagihan dadah. Berdasarkan kajian, beliau berkata banyak kejadian curi motosikal dilakukan oleh penagih dadah. Mengikut statistik, penagih yang ditahan polis kerana pelbagai kesalahan membabitkan 1,201 kes pada 2000, 1,733 kes pada 2001 dan 1,43 kes dilaporkan tahun lepas. "Angka itu bukan satu jumlah yang kecil kerana kebanyakan yang ditangkap turut mempunyai beberapa kes lain dan ada yang pernah ditahan polis sebelumnya," katanya. -- BERNAMA RIZ LAT

Page 180: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

66  

POLIS TANGKAP DUA LELAKI SELESAI 36 KES RAGUT SEKITAR ALOR STAR

Date: 15-10-2002 Author: / MAN MAIALOR STAR, 15 Okt (Bernama) -- Polis berjaya menyelesaikan 36 kes ragut di sekitar Alor Star dengan tertangkapnya dua lelaki di dua tempat pada 9 dan 12 Okt lepas. Ketua Polis Kota Star ACP Hussain Bapoo hari ini berkata tangkapan pertama melibatkan remaja tidak bersekolah berusia 15 tahun di rumahnya di Kampung Titi Haji Idris di sini pada 9 Okt lepas manakala tiga hari lepas, seorang lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sendiri, diberkas di rumahnya di Kampung Berhala, Pendang dekat sini. Beliau berkata kedua-dua lelaki itu kini ditahan reman di IPD Kota Star untuk siasatan berhubung 36 kes ragut sepanjang tempoh dari penghujung tahun lepas sehingga awal tahun ini. Dalam kes lain, polis juga berjaya melumpuhkan satu kumpulan mencuri motosikal di sekitar Alor Star dengan tertangkapnya sembilan lelaki berusia antara 16 dan 39 tahun, enam daripadanya pelajar sekolah, baru-baru ini. Ketua kumpulan itu merupakan penagih dadah dan berusia 25 tahun, kata Hussain, sambil menjelaskan bahawa kumpulan berkenaan dipercayai terlibat dalam 31 kes kecurian motosikal di sekitar Pokok Sena sepanjang tahun ini. -- BERNAMA MAN MAI MANGSA RAGUT MATI SELEPAS LIMA HARI TIDAK SEDARKAN DIRI

Date: 04-07-2002Author: / ZU PR Ragut-Mati (Bergambar)PULAU PINANG, 4 Julai (Bernama) -- Hasrat seorang wanita dari Medan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi penyakit artritis di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala selepas terlibat dalam kejadian ragut pada Ahad lalu (30 Jun). Kartini Mansor, 60, dari Dolok Sanggul 4, Medan, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Gleneagles tengah hari ini akibat keretakan tempurung kepala dan pendarahan otak yang serius. Suaminya, Kusnan Hamzah, 64, seorang peniaga buku dan alat tulis ketika ditemui di hospital itu berkata, beliau bersama isteri dan seorang anak perempuannya, Milani, 27, datang ke Pulau Pinang pada 29 Jun lalu melalui Singapura selepas berkunjung ke rumah keluarga mereka di republik itu. Selain hendak makan angin, mereka juga datang ke sini untuk mendapatkan rawatan bagi Kartini di Island Hospital, dengan rawatan dijadualkan pada Selasa lepas. Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian setelah Kartini berada dalam keadaan koma sejak kejadian ragut pada malam Ahad itu. Kusnan berkata, pada malam kejadian, mereka tiga beranak keluar bersiar-siar di sebuah pusat membeli belah di sekitar Persiaran Gurney dan makan malam sambil menonton perlawanan akhir Piala Dunia antara Brazil dan

Page 181: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

67  

Jerman. Selepas Brazil menjaringkan gol pertama, mereka meninggalkan kawasan itu untuk berjalan pulang ke Hotel Berjaya di Pulau Tikus dan apabila sampai di Persiaran Midlands dua lelaki menaiki sebuah motosikal datang dari arah belakang lalu meragut beg tangan Kartini. "Tarikan yang kuat itu menyebabkan isteri saya jatuh terlentang dan kepalanya terhentak pada bahu jalan," katanya. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Adventist oleh seorang pemandu yang lalu di kawasan itu dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Gleneagles untuk menjalani pembedahan segera di bahagian kepalanya pada kira-kira pukul 11 malam. "Sejak itu, isteri saya tidak sedarkan diri sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya," katanya dengan penuh sayu. Kusnan membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Pulau Tikus pada malam kejadian dan antara barang-barang yang dilaporkan hilang ialah pasport, telefon bimbit yang berharga RM950 dan seutas jam tangan berharga RM300, yang baru dibelinya di Singapura serta wang tunai RM400. Sementara itu, Milani berkata, mereka sekeluarga amat sedih dengan kejadian itu dan tidak menduga suasana gembira bersiar-siar pada malam itu bertukar menjadi duka. Milani berkata, jenazah ibunya akan diterbangkan ke Medan esok sebaik sahaja semua urusan bedah siasat di Hospital Pulau Pinang selesai dan Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Halat, Medan. Kartini mempunyai tiga orang anak iaitu seorang lelaki dan dua perempuan dan kesemua anak-anak serta adik perempuannya, yang hanya dikenali sebagai Ismardini, berada di sini untuk menguruskan jenazah beliau. Polis ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu. -- BERNAMA ZU PR

POLIS CARI DUA LELAKI BANTU KES RAGUT SEBABKAN KEMATIAN

Date: 11-04-2002Author: / HIS PR Polis-CariKUANTAN, 11 April (Bernama) -- Polis sedang mencari dua lelaki bagi membantu siasatan satu kes ragut yang menyebabkan kematian mangsa ragut, kata Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Noor Hamat. Menurut beliau, lelaki itu dikenali sebagai Che Mad Haniza Che Ibrahim, 24, di alamat 22, Felda Bukit Kepayang, Bera, Triang dan Mohd Azhar Rashid, 22, atau dikenali sebagai Ja'ah di alamat 396, Blok 4, Peringkat 2, di Felda Kepayang, Bera. "Kami meminta orang ramai yang mengetahui kedudukan lelaki-lelaki itu supaya menghubungi kami untuk membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pangkalan Polis Marin Kuantan di sini, hari ini. Mohd Noor berkata, dalam kejadian yang berlaku pada 2 April lalu,

Page 182: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

68  

seorang kerani wanita, mati selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengejar dengan motosikal, dua lelaki yang meragut beg tangannya di Taman Sentosa, Mentakab. Menurut beliau, hasil daripada siasatan dan maklumat yang diterima, polis percaya kedua-dua lelaki itu terlibat dalam kejadian berkenaan dan dapat membantu pihaknya untuk menyelesaikan kes itu. Mohd Noor berkata, pada 9 April lepas, hasil maklumat orang ramai pihaknya telah mengepung sebuah rumah di Felda Kepayang, Bera kerana dipercayai didiami oleh Mohd Azhar. Menurut beliau, Mohd Azhar dan abangnya Mohd Saad Rashid yang menyedari rumah mereka dikepung, keluar dan cuba untuk melarikan diri dengan bersenjatakan parang dan pisau. "Dalam usaha melarikan diri, Mohd Saad yang bersenjatakan parang menetak pergelangan tangan seorang anggota polis menyebabkan beliau ditembak anggota polis lain yang berada berhampiran," katanya. Mohd Noor berkata, Mohd Saad kemudiannya telah dibawa ke hospital Mentakab untuk rawatan, tetapi beliau kemudiannya meninggal dunia. "Bagaimanapun, Azhar yang bersenjatakan pisau berjaya melarikan diri selepas mengugut anggota polis yang mengepungnya," kata beliau. Noor Hamat berkata, hasil siasatan, pihaknya mendapati Mohd Saad pernah di dakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan juga Seksyen3 Akta Penagih Dadah. Menurut beliau, anggota polis yang ditetak itu berpangkat Lans Koperal dan mendapat tujuh jahitan di lengannya di Hospital Mentakab. -- BERNAMA HIS PR DUA LELAKI DITAHAN KERANA KES RAGUT

Date: 12-03-2002Author: / SBS PR Polis-Ragut MELAKA, 12 Mac (Bernama) -- Dua lelaki ditangkap oleh orang ramai beberapa minit selepas mereka meragut beg seorang wanita di Taman Desa Damai di sini, pada Ahad lepas. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt Wee Beng Hian berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 5.30 petang itu, kedua-dua lelaki berkenaan yang menaiki sebuah motosikal meragut beg wanita berusia 27 itu, ketika dia sedang berjalan di hadapan asrama sebuah kilang di taman berkenaan. "Wanita itu terkejut lalu menjerit meminta tolong dan orang ramai yang berada di blok asrama berkenaan bertindak menahan motosikal yang dinaiki oleh kedua-dua lelaki itu dan menangkap mereka," katanya kepada pemberita di pejabatnya, hari ini. Beliau berkata orang ramai kemudian menyerahkan kedua-dua lelaki itu yang berusia antara 18 dan 31 tahun itu kepada polis "Polis juga percaya kedua-dua mereka terlibat dalam satu lagi kes ragut yang berlaku pada kira-kira pukul 10.15 pagi hari yang sama di Jalan Taman Bukit Cheng di sini," katanya. Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 24 tahun kehilangan RM150

Page 183: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

69  

berserta sebuah telefon bimbit dan kad Gironya selepas beg tangannya diragut oleh dua lelaki, katanya. Wee berkata dalam kejadian lain, seorang lelaki ditemui tergantung di atas sebuah pokok rambutan di kampung Pondok Kempas dekat Jasin, pada pukul 6.50 petang semalam. Beliau berkata polis menerima laporan berkenaan daripada orang awam berhubung kejadian itu dan apabila sampai di tempat kejadian, mendapati lelaki berusia 48 tahun itu tergantung dengan lehernya terikat pada kain pelekat yang digantung di dahan pokok yang setinggi tiga meter itu. "Kita percaya ini merupakan kes bunuh diri dan mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat," katanya. -- BERNAMA SBS PR

POLIS RAYU ORANG RAMAI CEGAH JENAYAH RAGUT DAN CURI MOTOSIKAL

Date: 06-03-2002Author: / ZU PR Polis-Cegah BUTTERWORTH, 6 Mac (Bernama) -- Kes-kes jenayah ragut dan mencuri motosikal di sekitar Butterworth didapati meningkat sejak awal tahun ini, kata Ketua Daerah Polis Seberang Perai Utara (SPU), ACP Mohd Sharif Hassan. Beliau berkata, bagi jenayah ragut, sebanyak 16 kes dilaporkan pada bulan Januari manakala pada Februari tujuh kes dan 10 kes pada lima hari pertama bulan Mac. Trend kes mencuri motosikal juga meningkat daripada 21 kes pada Januari lalu kepada 35 kes bulan lepas dan sembilan kes dalam lima hari pertama bulan ini, katanya. Ketika bercakap dalam sidang berita di pejabatnya di sini, hari ini, beliau berkata, berikutan peningkatan yang ketara itu, polis merayu kerjasama orang ramai dan pemilik motosikal supaya mengambil pelbagai langkah keselamatan bagi mencegah jenayah ragut dan kecurian motosikal daripada berleluasa. Beliau berkata, pemilik motosikal diminta menggunakan kunci tambahan pada motosikal mereka dan jangan meletakkan kenderaan itu di tempat yang tersorok bagi mengelakkan daripada dicuri. Mohd Sharif berkata, pemandu motosikal juga diminta supaya tidak meletakkan beg tangan atau barang-barang berharga dalam bakul motosikal bagi mengelakkan ia diragut ketika berhenti di persimpangan jalan atau di lampu isyarat. Golongan wanita juga diminta supaya lebih berhati-hati dan tidak memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berjalan bagi mengelakkan menjadi mangsa ragut, katanya. "Kalau boleh, polis mahu mencapai sasaran "jenayah sifar" di kawasan SPU terutamanya di Butterworth dan semua ini memerlukan kerjasama orang ramai," katanya. Mengenai keselamatan lokap di balai-balai polis di daerah polis itu, Mohd Sharif berkata, pihaknya akan memastikan keadaan lokap selamat dan tidak mudah dibolosi.

Page 184: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

70  

Mohd Sharif berkata, beliau akan memastikan kejadian tahanan lari daripada lokap tidak berlaku di daerah itu dan melaksanakan semua kaedah keselamatan yang ditetapkan di peringkat pusat. -- BERNAMA ZU PR

POLIS S'WAK TINGKATKAN KEMPEN ANTI-RAGUT

Date: 04-02-2002 Author: / RDY RHM Polis-Ragut (Bergambar)KUCHING, 4 Feb (Bernama) -- Polis akan meningkatkan kempen anti-ragut sempena perayaan Tahun Baru Cina minggu depan, kata Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Mohamad Yusoff Jaafar. Beliau berkata semua ketua polis daerah telah diarahkan untuk mengedarkan risalah, penanda buku dan kertas ang-pow yang mengandungi peringatan ringkas dan cara mengelakkan diri daripada diragut. Kecuaian mangsa merupakan punca utama berlakunya kes ragut, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tiga hari Ketua-ketua Polis Daerah dan Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am di sini hari ini. Katanya mengikut statistik, sebanyak sebanyak 375 kes ragut dilaporkan tahun lepas berbanding 340 kes pada 2000, 409 kes (1999) dan 407 kes (1998). Beliau berkata, mangsa perlu mengutamakan keselamatan semasa diragut dengan membiarkan barangan diambil oleh si peragut kerana ada kes mangsa ragut dibunuh oleh peragut. "Mangsa juga kalau boleh menjerit sekuat hati kerana itu senjata paling efektif, kenal pasti wajah serta kenderaan peragut dan akhir sekali hubungi polis sejurus selepas kejadian berlaku," katanya. Yusoff juga berkata hanya 2.67 peratus atau 216 kes daripada 6,000 kes jenayah yang dilaporkan di Sarawak dilakukan oleh orang asing. Beliau berkata 159 orang asing, majoritinya rakyat Indonesia ditahan pada tahun lepas kerana melakukan pelbagai jenayah di negeri ini. -- BERNAMA RDY RHM

Page 185: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

71  

TIGA LELAKI DIBERKAS TERBABIT DALAM SINDIKET RAGUT DI MANJUNG

Date: 24-01-2002Author: / PBA ZB Polis-Ragut IPOH, 24 Jan (Bernama) -- Polis Perak percaya telah dapat menumpaskan satu sindiket ragut di daerah Manjung berikutan penahanan tiga lelaki di sebuah hotel di Pantai Remis dua hari lalu. Ketua Polis Daerah Manjung Supt Tun Hisan Datuk Tun Hamzah berkata tangkapan itu dibuat hasil maklumat daripada beberapa mangsa berkenaan. Polis turut merampas wang tunai RM4,000 daripada mereka, kata beliau ketika dihubungi di pejabatnya di Manjung hari ini. Ketiga-tiga lelaki itu dipercayai menjadikan hotel berkenaan sebagai tempat bertemu dan berbincang untuk melakukan kegiatan ragut di sekitar daerah ini, katanya. Kes terbaru membabitkan seorang ahli perniagaan wanita yang menjadi mangsa ketiga-tiga lelaki berkenaan pada Sabtu lepas. Tun Hisan berkata, wanita berkenaan yang menaiki sebuah motosikal di pekan Pantai Remis diragut wang tunai RM15,000 ketika hendak ke sebuah bankuntuk menyimpan wang berkenaan. Mangsa dikatakan diekori dari belakang oleh ketiga-tiga lelaki berkenaan yang menaiki dua buah motosikal lalu meragut wang tunai yang dibungkus dengan kertas dalam raga motosikal mangsa sebelum melarikan diri. Katanya mangsa membuat laporan polis selepas kejadian itu. Bertindak daripada maklumat mangsa, polis berjaya mengesan dan memberkas ketiga-tiga lelaki berusia antara 28 hingga 30 tahun itu di hotel tersebut. Ketiga-tiga mereka masih ditahan reman di Balai Polis Lumut untuk siasatan lanjut, katanya. Hasil siasatan awal, polis mendapati ketiga-tiga mereka pernah terbabit dalam beberapa kes rompakan, ragut dan samun di sekitar Taiping dan dikatakan baru keluar daripada Penjara Taiping beberapa bulan lalu. --BERNAMA PBA ZB SUAMI ISTERI DITAHAN TERBABIT KES RAGUT

Date: 06-01-2002 Author: / ZI BD MOZKOTA BAHARU, 6 Jan (Bernama) -- Kegiatan sepasang suami isteri yang terlibat dengan jenayah ragut di sini sejak setahun lepas berakhir dengan penangkapan mereka baru-baru ini. Ketua Daerah Polis Kota Baharu, ACP Mohd Ali Mohd Yusof berkata pasangan berumur dalam lingkungan 20-an itu adalah penagih dadah. Mereka bersama seorang lagi rakan lelaki berumur 31 tahun dikehendaki kerana melakukan lebih 10 kes ragut di sekitar bandar ini sejak setahun lepas, katanya. Kegiatan mereka akhirnya terbongkar apabila wanita itu diberkas sejurus selepas meragut barang kemas seorang penunggang motosikal di perhentian

Page 186: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

72  

lampu isyarat Jalan Kebun Sultan di sini pada 29 Dis lepas. "Ketika itu wanita berkenaan menunggang sebuah motosikal manakala suaminya sebagai pembonceng...motosikal yang dinaiki pasangan itu terjatuh akibat dihalang oleh orang ramai yang menyaksikan perbuatan itu," kata Mohd Ali. Suaminya diberkas di Kampung Kubur Kuda di sini, Rabu lepas. Mohd Ali berkata polis ingin menghubungi Ismail Ibrahim @ Mail Lundang yang beralamat terakhir di Kampung Kota Tampan, Lenggong, Perak untuk membantu siasatan terhadap pasangan itu. -- BERNAMA ZI BD

PENGANGGUR DITAHAN KERANA RAGUT DAN CEDERAKAN MANGSA

Date: 24-11-2001 Author: / PBA LAT Polis-Ragut TELUK INTAN, 24 Nov (Bernama) -- Polis menahan seorang penganggur berusia 26 tahun, kira-kira 30 minit selepas lelaki berkenaan meragut rantai emas dua mangsanya di bandar ini semalam. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ismail Mohd Husin berkata lelaki berkenaan yang menunggang motosikal, dikatakan meragut rantai emas seorang wanita berusia 36 tahun di Jalan Padang Tembak di sini. Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari, wanita yang sedang berjalan kaki itu diragut daripada arah belakang oleh lelaki berkenaan, katanya ketika di hubungi dipejabatnya di sini hari ini. Ismail berkata lima belas minit kemudian lelaki berkenaan meragut seutas rantai leher seorang wanita berusia 61 tahun di Jalan Manggis ketika mangsa sedang berjalan kaki. Wanita tua itu mengalami kecederaan ringan ditangan akibat pergelutan semasa lelaki itu meragut rantai lehernya. Hasil maklumat kedua-dua wanita itu, polis yang bertindak pantas berjaya memberkas lelaki terbabit 20 minit kemudian di bandar ini. Ismail berkata polis juga merampas motosikal yang digunakan oleh lelaki berkenaan dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan sama ada motosikal itu dicuri. Hasil siasatan awal, lelaki berkenaan pernah melakukan sembilan kes ragut di bandar ini, katanya. Lelaki itu kini ditahan reman di balai polis di sini untuk siasatan lanjut. Sementara itu, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun kerana dipercayai terbabit mencuri wang syiling dan rokok bernilai RM600 di sebuah kedai di Bagan Datoh semalam. Pemilik kedai berusia 50 tahun itu menyedari kehilangan rokok ketika hendak memulakan perniagaanya pagi semalam. Hasil maklumat daripada pemilik kedai itu, polis berjaya memberkas lelaki berkenaan tengah hari semalam dan menemui sejumlah rokok dan wang. -- BERNAMA PBA LAT

Page 187: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

73  

RAGUT: DUA BERADIK DITANGKAP KETIKA OPS CEGAH RAGUT DI TAMAN SEA

Date: 09-07-2004 Author: / ZAZ RV LATPETALING JAYA, 9 Julai (Bernama) -- Dua beradik yang melakukan tiga kes ragut hari ini ditahan semasa "Ops Cegah Ragut" yang dijalankan oleh polis Balai Sea Park di sini petang ini. Ketua balai Cif Inspektor Jasmirol Jamaluddin berkata kedua-dua peragut berumur 26 dan 28 tahun itu yang berasal dari Klang, Selangor, mengaku sebagai peragut dan hari ini sahaja mereka telah melakukan perbuatan itu sebanyak tiga kali, dua di Taman Sea dan satu di Sungai Way. Beliau berkata kedua-duanya ditahan di Jalan 21/12 Taman Sea pada kira-kira pukul 5.50 petang selepas dua wanita adik beradik mengadu diragut di hadapan rumah mereka di Jalan 14/34 Taman Sea. "Anggota polis mengejar peragut yang menunggang motosikal jenis Yamaha dan menahan mereka apabila terjatuh...peragut didapati mempunyai rekod jenayah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. "Bersama-sama mereka polis menemui tiga beg tangan wanita yang mengandungi wang berjumlah kira-kira RM50, telefon bimbit serta kad-kad ATM," katanya. Jasmirol berkata sejak dua minggu lepas, anggota balai berkenaan menjalankan operasi cegah ragut dari pukul 3 hingga 6 petang setiap hari di sekitar Petaling Jaya dan juga Taman Sea. Beliau berkata polis menubuhkan dua kumpulan dalam operasi ini iaitu kumpulan anggota lengkap beruniform yang menjalankan sekatan jalan raya dan kumpulan yang tidak beruniform yang menjalankan rondaan di kawasan kerap berlakunya kejadian ragut. -- BERNAMA ZAZ RV LAT

RAGUT: DUA SURI RUMAH KERUGIAN RM3,300 DALAM TEMPOH DUA JAM

Date: 08-07-2004 Author: / IB ERE LATKUALA TERENGGANU, 8 Julai (Bernama) -- Dua kes ragut yang dilakukan dua pembonceng motosikal melibatkan kerugian kira-kira RM3,300 dilaporkan berlaku di bandar ini dalam tempoh dua jam semalam, kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Ayob Abdul Kadir. Beliau berkata dalam kejadian pertama kira-kira 8 pagi, seorang suri rumah Mariam Omar, 49, meletakkan beg tangan mengandungi barang kemas dan wang tunai di atas ribanya ketika membonceng motosikal yang ditunggangi suaminya. Beliau berkata ketika suami mangsa berhenti di kawasan lampu isyarat Jalan Sultan Mahmod, Batu Buruk, seorang lelaki yang membonceng motosikal ditunggangi rakannya menyambar beg tangan mengandungi wang tunai RM500 serta seutas rantai leher emas bernilai RM800. Dua jam kemudian, polis sekali lagi menerima laporan mengenai kes ragut membabitkan seorang suri rumah.

Page 188: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

74  

Ayob berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Khatijah Abdul Hamid, 51, dari Gong Badak, sedang membuka pintu kereta selepas membeli kad prabayar di sebuah kedai telekomunikasi di Jalan Jalil, di sini. Katanya seorang lelaki yang datang dari belakang terus meragut beg tangan mangsa yang mengandungi wang tunai RM2,000 dan melarikan diri sebelum menaiki sebuah motosikal yang sedang menunggu. -- BERNAMA IB ERE LAT

KUNCI KENDERAAN KETIKA MEMANDU ELAK KEJADIAN RAGUT

Date: 07-07-2004 Author: / ZI SHI LAT Polis-RagutKOTA BAHARU, 7 Julai (Bernama) -- Polis menasihatkan pemandu kereta terutama pemandu wanita mengunci kenderaan dari dalam ketika memandu bagi mengelak mereka menjadi sasaran peragut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Ishak Abdul Majid berkata perbuatan pemandu wanita terutama yang berseorangan meletakkan beg tangan di sebelah tempat duduk penumpang tanpa mengunci kereta sering mengundang peragut mengambil kesempatan melakukan jenayah itu. Beberapa kes ragut yang dilaporkan kepada polis membabitkan kejadian sedemikian dan yang terbaru berlaku semalam ketika mangsa berhenti di simpang lampu isyarat Jalan Bayam di sini pada pukul 7.50 pagi, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Wanita berusia 50 tahun itu kerugian lebih RM3,000 apabila beg tangannya yang mengandungi barang kemas dan telefon bimbit, dilarikan peragut bermotosikal ketika berhenti di simpang jalan itu. "Peragut berkenaan dengan mudah membuka pintu kereta yang tidak berkunci dan mengambil beg tangan wanita berkenaan sebelum melarikan diri," katanya. Dalam kejadian berasingan, seorang pemuda berusia 23 tahun patah tangan kanan akibat dibelasah tiga penduduk yang bersenjatakan kayu di Taman Hamzah, di sini kerana menyangkakan pemuda itu adalah penjenayah. Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, pemuda terbabit yang melalui jalan di taman perumahan itu telah memberhentikan kenderaannya selepas bonet keretanya dihentak dengan tangan oleh beberapa lelaki yang berada di situ. "Pemuda itu turut dari kereta beberapa meter dari tempat terbabit untuk melihat bahagian bonet tersebut tetapi pada masa yang sama sebuah kereta jenis BMW yang dinaiki lima lelaki berhenti di situ," katanya. Beliau berkata tiga daripada lelaki itu yang bersenjatakan kayu memukul mangsa sehingga patah tangan kanan dan hasil siasatan polis mendapati berlaku salah faham antara penduduk kampung dengan pemuda berkenaan yang hendak pulang ke rumah selepas menziarahi keluarganya di taman itu. Menurutnya polis telah menahan seorang lelaki berusia 23 tahun bagi membantu siasatan. Polis meminta penduduk kampung atau taman perumahan yang menjalankan khidmat kawalan keselamatan supaya tidak terburu-buru bertindak terhadap

Page 189: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

75  

mana-mana individu yang melalui kawasan mereka pada sebelah malam. -- BERNAMA ZI SHI LAT POLIS MINTA PENGUSAHA KEDAI EMAS BANTU TANGANI JENAYAH RAGUT

Date: 07-07-2004 Author: / AMR AD MOZ KANGAR, 7 Julai (Bernama) -- Polis hari ini meminta institusi kewangan, pengusaha kedai emas dan pajak gadai di Perlis meningkatkan tahap keselamatan di premis masing-masing bagi mencegah kejadian jenayah terutama ragut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Ramli Buang berkata usaha itu penting kerana kebanyakan mangsa ragut di sini membabitkan pelanggan bank, kedai emas dan pajak gadai. Beliau berkata kebanyakan mangsa itu diragut sejurus selepas keluar dari premis-premis berkenaan. Ramli berkata demikian kepada para pemberita selepas majlis dialog antara polis dan 50 pengurus institusi kewangan, kedai emas dan pajak gadai seluruh Perlis di Kuala Perlis, dekat sini hari ini. Beliau berkata sebanyak 11 kes ragut dilaporkan di Perlis antara Januari dan Jun lalu. -- BERNAMA AMR AD MOZ

KES RAGUT DIPERAK MENINGKAT JANUARI-JUN

Date: 06-07-2004 Author: / PBA LAT Polis-Ragut IPOH, 6 Julai (Bernama) -- Sebanyak 434 kes ragut dilaporkan sepanjang Januari hingga Jun lepas di Perak, peningkatan sebanyak 36 kes berbanding 398 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Polis negeri Datuk Asari Mokhtar. Beliau berkata sepanjang tempoh itu 78 orang ditahan kerana terbabit dalam jenayah berkenaan dan polis berjaya menyelesaian 226 kes. Berdasarkan laporan, kebanyakan kes ragut berlaku pada hari Isnin hingga Jumaat antara pukul 8 pagi dan 12.30 tengah hari iaitu waktu orang ramai sedang sibuk pergi ke tempat kerja dan berurusan dengan pihak bank, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan IbuPejabat Polis Kontinjen Perak. Asari berkata sepanjang tempoh itu kaum Cina paling banyak menjadi mangsa ragut dengan 218 orang, Melayu 102, dan India 54 orang manakala masing-masing satu kes membabitkan pelancong dari England dan Indonesia. "Kita juga mendapati peragut terdiri daripada kalangan penagih dadah dan penganggur serta mengunakan motosikal ketika melakukan jenayah itu," kata Asari.

Page 190: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

76  

Berdasarkan statistik itu beliau berkata ia jelas menunjukkan bahawa peningkatakan jenayah ragut di negeri ini merupakan perkara serius yang perlu ditangani segera. Asari menasihatkan semua Ketua Polis Daerah mengatasi kejadian jenayah ragut ini dengan meningkatakan lagi pengawasan serta rondaan. Disamping itu katanya tindakan proaktif juga perlu dijalankan sebagai pendekatan kepada masalah ini sama ada melalui penglibatan bersama masyarakat, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan. Katanya dialog juga perlu diadakan dengan agensi pelancongan bagi menyalur maklumat sebagai tindakan pencegahan dalam usaha memastikan pelancong asing tidak menjadi mangsa kepada penjenayah ragut. -- BERNAMA PBA LAT

PULAU PINANG TUMPU BANTERAS JENAYAH RAGUT

Date: 06-07-2004 Author: / NHA ZU JUR RON Polis-JenayahPULAU PINANG, 6 Julai (Bernama) -- Polis Pulau Pinang kini memberi tumpuan kepada usaha membanteras jenayah ragut dengan melakukan operasi menangkap pendatang tanpa izin, penagih dadah dan mereka yang berjudi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Othman Talib hari ini berkata kumpulan itu diberi perhatian kerana kebanyakan jenayah ragut membabitkan mereka. Polis telah menggerakkan pasukan khas untuk membanteras jenayah ragut dan menempatkan anggota di beberapa lokasi tumpuan awam seperti pasar malam, kawasan rekreasi dan kawasan yang sunyi, katanya pada sesi dialog dengan anggota jawatankuasa Parti Gerakan negeri di pejabatnya di sini hari ini. Dialog selama dua jam yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan, itu bertujuan mendapatkan maklumat mengenai langkah yang diambil polis bagi menangani pelbagai kegiatan jenayah di negeri ini. Othman berkata walaupun menghadapi masalah kekurangan anggota, polis masih dapat mengawal kegiatan jenayah seperti ragut dengan bantuan pasukan rondaan Rukun Tetangga. Selain itu, operasi pencegahan kes jenayah berat seperti kes samun kontena yang membawa muatan bernilai tinggi daripada kilang perindustrian turut diberi tumpuan bagi memberi keyakinan kepada pelabur tentang keselamatan untuk berurus niaga di negeri ini, katanya. Othman memberi jaminan ancaman jenayah di negeri ini terkawal di sebalik kebelakangan ini banyak kes termasuk ragut dilaporkan berlaku di Pulau Pinang. Sementara itu, Dr Teng berkata kerajaan negeri akan mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk segera memasang lampu jalan di kawasan yang gelap dan berisikotinggi bagi mencegah jenayah ragut. -- BERNAMA

Page 191: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

77  

NHA ZU JUR RON

CUBAAN RAGUT GAGAL - DUA LELAKI DITANGKAP ORANG RAMAI

Date: 02-07-2004 Author: / NHA LAT Ragut-GagalPULAU PINANG, 2 Julai (Bernama) -- Dua lelaki yang cuba meragut rantai leher seorang wanita di sebuah pangsapuri di Paya Terubong di sini berjaya diberkas oleh penghuni pangsapuri terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC 11 Abdul Rahim Jani berkata kedua-dua lelaki itu yang berumur 23 dan 31 tahun, ditangkap di perkarangan pangsapuri itu ketika cuba melarikan diri dengan menggunakan motosikal pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Katanya rantai leher mangsa yang bernilai kira-kira RM550 berjaya ditemui semula daripada salah seorang lelaki yang meragut rantai leher itu. Ketika dihubungi di sini hari ini, Abdul Rahim berkata kejadian itu berlaku ketika wanita berumur 69 tahun itu bersendirian menaiki lif untuk pulang ke rumahnya. Menurut Abdul Rahim salah seorang lelaki itu masuk ke dalam lif ketika lif berhenti di tingkat satu, lalu menyerang dan merampas rantai leher wanita terbabit. Abdul Rahim berkata penghuni pangsapuri berkenaan yang berada tidak jauh dari tempat kejadian, menangkap lelaki itu setelah mendengar jeritan meminta pertolongan daripada mangsa. Katanya rakan lelaki itu yang sedang menunggu di perkarangan pangsapuri turut ditangkap oleh penghuni pangsapuri itu dan diserahkan kepada polis. Menurut Abdul Rahim kejadian ragut itu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. -- BERNAMA NHA LAT

KES RAGUT DAN JENAYAH: POLIS TAHAN EMPAT SUSPEK LELAKI

Date: 30-06-2004 Author: / BH MNY BK Polis-Ragut JOHOR BAHARU, 30 Jun (Bernama) -- Polis menahan empat lelaki, yang disyaki terbabit dalam beberapa kejadian kes ragut dan jenayah di sekitar bandaraya ini sejak dua hari lepas. Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan SAC II Hashim Yusof berkata mereka berusia antara 17 tahun dan 26 tahun diberkas secara berasingan di bandaraya ini dengan kerjasama orang ramai. Suspek pertama membabitkan dua lelaki berasal dari Negeri Sembilan ditahan polis ketika berada di Jalan Dhobi di sini semalam, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Hashim berkata kedua-dua suspek itu yang bersenjatakan sebilah pisau

Page 192: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

78  

ditahan pada kira-kira pukul 1 pagi semalam dipercayai selepas melarikan wang tunai milik mangsa. Kes kedua pula melibatkan seorang lelaki berusia 17 tahun yang berasal dari Kota Tinggi telah ditahan polis semasa membuat rondaan cegah jenayah pada kira-kira pukul 10.45 malam semalam. "Semasa pemeriksaan dijalankan, polis menemui sebilah pisau kerambit berukuran 10sm di dalam kocek suspek selepas ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. Menurut Hashim, suspek ketiga melibatkan seorang lelaki berusia 26 tahun dan berasal dari Mersing dikatakan cuba meragut beg tangan seorang wanita yang sedang berjalan kaki di Jalan Mawar Biru, Pasir Gudang dekat ini, pada kira-kira pukul 6.40 petang kelmarin. Bagaimanapun, percubaan peragut itu gagal apabila seorang pengawal keselamatan yang melalui kawasan itu berjaya menangkap suspek dan menyerahkannya kepada polis. Kesemua lelaki terbabit kini ditahan reman untuk siasatan lanjut, katanya. -- BERNAMA BH MNY BK KEJADIAN RAGUT LELUASA BIMBANGKAN PASANGAN BULAN MADU ARAB - PEGAWAI

Date: 30-06-2004 Author: / RT MRH AM RS Pelancong-RagutKUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kedutaan Diraja Arab Saudi di sini berharap pihak berkuasa memperhebat tindakan bagi membanteras kejadian ragut memandangkan ramai orang Arab, khususnya pasangan bulan madu, kini bimbang untuk bercuti panjang di bandaraya ekoran pengalaman rakan-rakan mereka yang pernah menjadi mangsa. Ketua bahagian konsular kedutaan, Ghurmallah A. Zahrani berkata dalam tempoh empat tahun beliau di sini, kedutaan menerima lebih 50 aduan daripada mangsa ragut Saudi. "Ragut berlaku kebanyakan di kawasan Bukit Bintang. Kami telah melaporkannya kepada polis tetapi tidak satupun kes yang diselesaikan setakat ini," kata Ghurmallah dalam temubual hari ini. Beliau berkata kedutaannya kecewa tidak ada maklum balas dari pihak berkuasa mengenai perkembangan siasatan mereka terhadap kes-kes yang dilaporkan. "Kebanyakan mangsa Saudi ke sini untuk berbulan madu, tetapi berakhir dengan menghabiskan sebahagian besar percutian di kedutaan untuk menyelesaikan masalah pasport dan visa, belum lagi soal kehilangan wang dandokumen penting lain," katanya. Menurut beliau, akhir-akhir ini pegawai kedutaan bertugas hingga lewat malam membantu mangsa ragut. "Kami percaya bukan semua peragut rakyat Malaysia tetapi musibah ini boleh menyekat pelancong Arab daripada datang ke negara yang indah ini. Walaupun polis meronda, pelancong masih merasa tak selamat," kata beliau. Ghurmallah berkata pelancong Arab adalah sasaran mudah oleh kerana mereka mudah dikenali.

Page 193: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

79  

"Orang Arab biasanya berjalan dalam kumpulan ... barangkali satu keluarga besar keluar bersiar dan bila mereka hendak duduk untuk minum, peragut tiba-tiba muncul melarikan beg tangan, dompet malahan komputer riba," kata beliau. -- BERNAMA RT MRH AM RS

MANGSA RAGUT TRAUMA, SEDIH KEMATIAN PENYELAMATNYA

Date: 30-06-2004 Author: / ZAZ KK AZZ RS Mangsa-TraumaKUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Mangsa kejadian ragut, Sutriya Abdul Shukor, 26, yang terselamat dari kekejaman penjenayah yang cuba meragut begnya di Ampang semalam, kini berada dalam trauma. Perasaannya tambah tertekan dengan kematian penyelamatnya Rosli Mohd Saad, 36, yang menerima tiga tikaman di bahagian dada dan rusuk kiri ketika bergelut dengan penjenayah tersebut kira-kira 20 meter dari rumahnya di Taman Mulia Jaya, Ampang, kira-kira pukul 6.10 pagi. Sutriya yang ditemui di rumahnya berkata peristiwa tersebut masih menghantuinya hingga membuatkan perasaannya tidak menentu dan tidak berani untuk keluar berseorangan. "Saya masih terbayangkan kejadian itu dan rasa seolah-olah peragut itu sentiasa berada di belakang dan memerhatikan saya," katanya yang jelas kelihatan dalam keadaan takut. Ia berkata sejak tragedi semalam, ia cuba menenangkan diri dengan berehat di rumah dan tidak berani untuk berjumpa dengan sesiapa. "Saya hanya baring di rumah dan tidak mahu jumpa dengan sesiapapun semalam termasuk saudara mara, kerana saya terlalu terkejut dan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku,"katanya. Menceritakan tentang kejadian itu, Sutriya berkata ia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik apabila dihampiri oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika sedang menunggu bas yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya kira-kira pukul 6 pagi semalam. Ia berkata sangkaannya itu tepat apabila lelaki bersaiz agak rendah dan berambut lurus tiba-tiba datang dari arah belakangnya dan menarik beg tangannya dengan kuat. "Saya tidak cam wajahnya kerana cahaya agak suram ketika itu, tambahan saya agak panik. Ketika itu saya hanya mampu menjerit meminta tolong," katanya. Ketika itulah katanya, sebuah van datang berhenti dan peragut itu segera melarikan diri dan pemandu van berkenaan mengejar lelaki itu hingga ke persimpangan berhampiran dengan rumahnya. "Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang kecederaan namun saya kesal kerana kejadian itu, satu nyawa telah hilang dan saya meminta maaf kepada balu Allahyarham kerana kejadian itu dia kehilangan suaminya,"katanya. Katanya, ia tidak mengetahui berlaku pergelutan antara Rosli dan lelaki itu hingga menyebabkan Rosli ditikam.

Page 194: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

80  

"Sepuluh minit kemudian, saya membuat keputusan untuk pulang ke rumah dan dalam perjalanan saya nampak Allahyarham terbaring dengan berlummuran darah dan saya terus pulang memberitahu suami saya,"katanya. Sutriya, ibu kepada dua anak berusia empat dan lapan tahun itu menganggap penjenayah itu seorang yang kejam dan berharap kejadian seperti itu tidak berlaku lagi kepada mangsa lain hingga menyebabkan kehilangan nyawa. "Kalau boleh biar dia (penjenayah) kena tangkap, jangan buat kepada orang lain hingga menderita seperti saya dan melibatkan kehilangan nyawa orang lain," katanya. Sutriya berharap dapat bertemu dengan isteri Allahyarham, Jamilah Abdul Hamid, 32, setelah Jamilah pulang semula ke Kuala Lumpur bagi mengucapkan terima kasih dan takziah atas apa yang menimpa suaminya. "Saya memahami perasaan Jamilah setelah kehilangan suami tercinta, kerana saya juga seorang isteri," katanya. Sementara itu, anggota Parlimen Ampang, Dr Rozaidah Talib berkata beliau telah menyerahkan butiran peribadi Rosli kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin semalam untuk diambil langkah selanjutnya. "Saya menyerahkan butiran itu apabila mengetahui Allahyarham dan isterinya, Jamilah Abdul Hamid, 32, merupakan pekerja syarikat yang mendapat kontrak mencuci di Wisma Tani yang berada bawah bidang kuasa kementerian tersebut," katanya ketika ditemui di pejabat UMNO Bahagian Ampang. Dr Rozaidah berharap maklumat yang diberi membolehkan langkah diambil bagi membantu keluarga Allahyarham Rosli. Dr Rozaidah berkata beliau akan berbincang dengan polis mengenai usaha berterusan untuk membanteras kejadian ragut di kawasan itu. Beliau turut menceritakan pengalamannya menjadi mangsa ragut awal tahun ini di hadapan rumahnya di Bukit Indah, Ampang. "Ketika itu, saya baru pulang dari makan bersama keluarga di luar. Suami saya memberhentikan kereta di hadapan rumah dan saya keluar sambil mendukung anak dan sebelah tangan lagi menyandang beg tangan. "Tiba-tiba datang dua lelaki bermotosikal dan cuba meragut beg tangan saya tetapi tidak berjaya," katanya. -- BERNAMA ZAZ KK AZZ RS

Page 195: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

81  

PENYELAMAT MANGSA RAGUT MATI DITIKAM KETIKA BERGELUT

Date: 29-06-2004 Author: Suhainie Mohd Khalid (menukar slug) / MNH MOZ Ragut-Mati (Bergambar)KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Seorang penyelia syarikat pembersih mati ditikam ketika cuba menyelamatkan seorang wanita mangsa ragut di Taman Mulia Jaya, Lembah Jaya Selatan, Ampang, di sini hari ini. Rosli Mohamed Saad, 36, yang dianggap "wira" oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Noh Omar, meninggal dunia setelah dipercayaibergelut dengan penyamun berkenaan yang menikamnya dengan pisau. Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Jalil Othman berkata kejadian itu berlaku ketika Rosli dan isterinya Jamilah Abdul Hamid, 32, dalam perjalanan mengambil beberapa pekerja lain untuk dihantar ke Wisma Tani di Jalan Sultan Salahudin di sini kira-kira pukul 6 pagi tadi. "Dalam perjalanan itu, Rosli terserempak dengan seorang wanita yang meminta tolong ketika bergelut dengan seorang lelaki yang cuba meragut beg tangannya," katanya kepada pemberita di pejabatnya. Rosli terus memberhentikan vannya lalu mengejar lelaki itu yang melarikan diri ke sebuah lorong, katanya. Pergelutan dipercayai berlaku di lorong itu dan Rosli ditikam sebanyak tiga kali di dada kiri, rusuk kiri dan bahagian belakang badannya. Lelaki itu dikatakan melarikan diri ke dalam belukar berhampiran, katanya. Jalil berkata mangsa ragut itu, Sutriya Abdul Shukor, 26, yang bekerja di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) tidak mengalami kecederaan dan beg tangannya yang cuba diragut juga tidak sempat dilarikan. "Kita mengklasifikasikan kes ini sebagai kes samun dan bunuh," katanya. Sementara itu, Jamilah yang ditemui di hospital di sini, berkata beliau menunggu di dalam van sebelum beliau membuat keputusan untuk pergi ke lorong itu apabila suaminya tidak muncul. Beliau mendapati suaminya tertiarap di atas jalan dengan darah berlumuran di dada. "Saya meminta tolong seorang lelaki yang tinggal berhampiran untuk membawa suami saya ke hospital," katanya yang telah 10 tahun berkahwin dengan Rosli. Rosli dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Ampang Puteri dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, katanya. Adik Rosli, Zuraiza, 32, berkata beliau bertemu Rosli kali terakhir Jumaat lepas dan abangnya menyuarakan hasrat untuk berhenti kerja dan menetap di kampung mereka di Kubang Rotan, Alor Star, Kedah hujung bulan ini. "Beliau kelihatan gembira kerana telah dapat melangsaikan segala hutang untuk pulang ke Kedah tetapi malangnya hajat abang saya tidak kesampaian," katanya. Zuraiza berkata abangnya menetap di Kuala Lumpur sejak empat tahun lalu tetapi baru sahaja tinggal di Taman Mulia Jaya. Jenazah Rosli dibawa ke Kampung Masjid Kubang Rotan di Kedah petang ini untuk dikebumikan.

Page 196: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

82  

Antara yang menziarahi jenazah dan mengucapkan takziah kepada keluarga Rosli di HUKM ialah Noh dan anggota parlimen Ampang, Dr Rozaidah Talib. Noh menyifatkan Rosli sebagai wira kerana keberaniannya menyahut seruan kerajaan membanteras jenayah. Beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika cuba memberkas penjenayah dan kerana kemungkina penjenayah memiliki senjata. Di ALOR STAR, jenazah Rosli selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Masjid, Kubang Rotan, malam ini. Jenazah tiba di Kampung Masjid kira-kira pukul 9.15 malam tadi. Majlis pengkebumian itu dihadiri oleh lebih 400 orang termasuk penduduk kampung, anggota polis dan kaum keluarganya. Bapa allahyarham, Mat Saad Man, 59, berkata beliau diberitahu mengenai kematian anaknya itu pada kira-kira pukul 7 pagi tadi melalui panggilan telefon dari saudaranya. "Saya terlalu terkejut tapi redha dengan pemergiannya dan turut merasa bangga terhadap apa yang Allahyarham lakukan," katanya. Mat Saad berkata anaknya itu mungkin begitu prihatin terhadap mangsa ragut sehingga mengadaikan nyawanya sendiri kerana ibunya pernah menjadi mangsa ragut beberapa tahun yang lepas. -- BERNAMA MNH MOZ

LELAKI DIDAKWA MEMBUNUH KERANI AKHBAR DALAM KEJADIAN RAGUT

Date: 28-06-2004Author: / MHI RS Mahkamah-Ragut JOHOR BAHARU, 28 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kerani akhbar Nanyang Siang Pau di dalam kejadian ragut di Taman Molek pada 12 Jun lepas. Harun Sinong, 27, beralamat di Jalan Taman Datuk Musa, Pengkalan Rinting, Tampoi dituduh di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana membunuh Chong Fee Cheng, 37. Menurut kertas pertuduhan yang dibacakan di hadapan majistret Norma Ismail, beliau didakwa melakukan kesalahan itu bersama beberapa orang yang masih bebas pada 7.30 malam di Jalan Molek 1/9 berhadapan kedai bernombor 45 dan 47. Ketika dibacakan kertas pertuduhan itu, Harun yang memakai t-shirt berwarna kuning serta kedua-duanya tangannya bergari hanya menganggukkan kepala menandakan beliau memahami dakwaan ke atasnya. Harun telah ditahan oleh anggota polis pada 15 Jun, sehari selepas kematian Chong. Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Ketua Inspektor Adnan Mohamad. Norma kemudiannya memerintahkan supaya kes itu disebut semula pada20 Ogos depan. Dalam kejadian pada 7.30 malam Sabtu itu, Chong yang mempunyai dua orang anak itu diragut ketika beliau bersama suaminya, Ching Fook Yee sedang melintas jalan untuk untuk ke kedai perabut.

Page 197: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

83  

Akibat dari diragut itu, mangsa telah terjatuh dan kepalanya dipercayai terhentak ke tanah. Beliau dikejarkan ke sebuah klinik di Taman Johor Jaya sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Puteri dan Hospital Sultanah Aminah (HSA). Chong meninggal dunia di HSA pada 7.35 pagi hari Isnin dalam keadaan koma. -- BERNAMA MHI RS

JENAYAH RAGUT DI KL SUSUT 21.9 PERATUS

Date: 27-06-2004 Author: / KIA MFJ MAI Polis-RagutKUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Sejumlah 1,455 kes ragut dilaporkan di ibu negara antara Januari dan Mei tahun ini, kurang 21.9 peratus daripada 1,864 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata Timbalan Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Lumpur, DSP Alwee A. Ghani. Daripada jumlah kes tahun ini, sebanyak 434 kes ragut terhadap pelancong asing melibatkan kerugian RM1.27 juta dan 1,021 kes terhadap rakyat tempatan melibatkan kerugian RM1.7 juta, katanya kepada media selepas melancarkan program "Sukarelawan Terlatih Ronda Metroraya" (STORM) anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini. Sebanyak 780 kes ragut terhadap pelancong asing melibatkan kerugian RM2.8 juta dan 3,482 kes terhadap rakyat tempatan melibatkan kerugian RM4.5 juta dilaporkan tahun lepas. "Penurunan ini bagaimanapun dibayangi oleh beberapa kes ragut terutama melibatkan kematian yang mendapat liputan meluas media tempatan," kata Alwee. Beliau juga berkata terdapat rancangan supaya polis mengeluarkan kad khas kepada penunggang motosikal yang memberi kerjasama kepada polis dalam menangani jenayah ragut. "Ada pihak memandang serong terhadap penunggang motosikal kerana jenayah ragut sebahagian besar membabitkan penunggang motosikal. Kad khas ini membolehkan polis mengenal pasti penunggang yang membantu polis," katanya. Alwee berkata polis juga akan mengeluarkan surat penghargaan setiap bulan kepada masyarakat yang memberikan maklumat atau membawa peragut kepada pihak polis. Program STORM anjuran PPIM bersama-sama Kelab Bermotor Nusantara adalahusaha membanteras jenayah ragut melalui aktiviti rondaan. -- BERNAMA KIA MFJ MAI

Page 198: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

84  

RELA SEDIA BANTU BANTERAS KES RAGUT DI SARAWAK

Date: 25-06-2004 Author: / LK FLL ROSKUCHING, 25 Jun (Bernama) -- Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Sarawak sedia membantu polis dalam membanteras kes-kes jenayah termasuk kes ragut yang semakin serius, kata Pengarahnya ACP Awang Drahman Awang Redhuan hari ini. Beliau berkata jumlah anggota Rela yang mencecah 52,323 orang di Sarawak memudahkan mereka membantu polis dalam menangani kes-kes jenayah, terutamanya kes ragut. "Rela sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada pihak polis kerana ia merupakan satu usaha murni kepada masyarakat serta negara," katanya sewaktu dihubungi di sini hari ini. Awang Drahman berkata daripada jumlah keseluruhan anggota Rela di negeri ini, 44,503 orang diwakili anggota lelaki dan 7,820 anggota wanita. Semalam, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Azmi Khalid mengesyorkan kuasa polis bantuan diberi kepada anggota Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Rukun Tetangga bagi membantu memerangi jenayah termasuk kes ragut. Azmi berkata cadangan itu berikutan bilangan anggota polis sedia ada tidak mencukupi bagi mengawal dan menangani kegiatan jenayah di seluruh negara. -- BERNAMA LK FLL ROS

MBKS PASANG CCTV ATASI KES RAGUT

Date: 25-06-2004 Author: / LK FLL MAZ LAT KUCHING, 25 Jun (Bernama) -- Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi meningkatkan tahap pemantauan keselamatan di bandar raya itu daripada masalah jenayah terutama ragut, Ogos ini. Datuk Bandar Chan Seng Khai berkata di peringkat awal, dua CCTV bernilai lebih RM10,000 dipasang di kawasan tempat letak kereta majlis. "Jika didapati berkesan, kita akan memasangnya di kawasan yang sering berlaku kes ragut," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tajaan kepada Ratu Sari Sarawak 2004. Chan berkata daripada 304 kes ragut yang dilaporkan di Sarawak dari Januari hingga Mei lepas, 133 kes berlaku di Kuching. Ratu Sari Sarawak 2004 dianjurkan oleh Biro Perhubungan India Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan ia merupakan program berterusan bagi menggalakkan penyertaan kaum India dalam pelbagai aktiviti di Sarawak. Chan berkata 17 peserta, termasuk dua rakyat Nigeria akan mengambil bahagian pada pertandingan akhir di sini, 17 Julai ini. -- BERNAMA LK FLL MAZ LAT

Page 199: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

85  

KES RAGUT DI KELANTAN MENINGKAT, BERPUNCA DARIPADA PENAGIH DADAH

Date: 24-06-2004 Author: / WM RAR BK Kelantan-RagutPASIR PUTEH, 24 Jun (Bernama) -- Jumlah kes ragut di Kelantan semakin membimbangkan apabila didapati meningkat dari tahun ke tahun terutama di Jajahan Kota Baharu, kata Ketua Polis Kelantan SAC 1 Datuk Abdul Aziz Nawi. Katanya mengikut rekod dari Jan hinga Mei tahun ini sebanyak 60 kes ragut telah dilaporkan berlaku di negeri ini berbanding 86 kes sepanjang tahun lepas, 99 kes pada 2002 dan 31 kes pada 2001. "Beberapa hari lepas, dua mangsa ragut juga dilaporkan tercedera akibat perbuatan jenayah itu," katanya ketika merasmikan balai Polis Cherang Ruku berharga RM3 juta. Yang turut hadir pada majlis itu ialah anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi Pasir Puteh Che Min Che Ahmad yang baru semalam diisytiharkan menang pilihan raya umum apabila Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan calon PAS. Abdul Aziz berkata kes ragut yang kian meningkat temasuk di seluruh negara berpunca daripada meningkatnya mereka yang terbabit dalam penagihan dadah. Beliau berkata di Kelantan sahaja terdapat 80,000 bilangan penagih dadah berbanding 1.3 juta rakyat Kelantan. Abdul Aziz berkata polis juga telah menangkap sebanyak 12 peragut terdiri daripada remaja berumur belasan tahun dan penagih dadah yang menggunakan motosikal bagi menjalankan kegiatan berkenaan dalam tempoh itu. Menurutnya bagi mengelakkan kejadian itu berleluasa, polis akan mengadakan rondaan lebih kerap di kawasan tertentu yang dikenalpasti selain mengadakan sekatan jalan raya. Beliau berkata polis juga akan cuba memohon supaya dipercepatkan proses pendakwaan terhadap kes ragut supaya dapat dijadikan teladan kepada masyarakat. Abdul Aziz juga menasihati orang ramai terutama wanita supaya tidak berjalan bersendirian sekiranya membawa barangan berharga dan wang dalam jumlah yang banyak. -- BERNAMA WM RAR BK

Page 200: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

86  

PERLU KAJIAN MENYELURUH MENGENAI PUNCA RAGUT - LAM THYE

Date: 23-06-2004 Author: / BH RHM Ragut-KajianJOHOR BAHARU, 23 Jun (Bernama) -- Kajian menyeluruh mengenai punca kejadian ragut yang semakin berleluasa sekarang perlu dijalankan bagi membendung gejala itu, kata Naib Pengerusi Pencegahan Jenayah KebangsaanTan Sri Lee Lam Thye. "Semua pihak termasuk universiti, tokoh akademik, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) perlu berbincang untuk mencari punca di peringkat akar umbi yang menyebabkan berlakunya kes ragut yang semakin berleluasa akhir-akhir ini," katanya. Kajian itu penting kerana ia akan dapat membantu pihak berkuasa menangani masalah kes ragut dengan lebih berkesan, katanya semasa merasmikan ceramah dan sesi dialog anti ragut anjuran Nanyang Siang Pau di sini malam tadi. Pada majlis itu, penjual gas Mohd Hazlan Sabran, 36, yang membantu pihak polis menangkap peragut di kawasan Kemayan City di sini pada 16 Jun lalu menerima penghargaan daripada pihak penganjur. Lee berkata berdasarkan rekod ibu pejabat polis di Bukit Aman, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini sebanyak 5,517 kes ragut dilaporkan di seluruh negara manakala bagi negeri Johor pula sebanyak 654 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama. Lee berkata angka itu tidak mempamerkan jumlah sebenar kes ragut kerana dipercayai ramai mangsa ragut yang tidak membuat laporan polis. Beliau juga berharap akhbar-akhbar tempatan dapat memainkan peranan penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat untuk membantu pihak berkuasa menangani kes ragut. Sementara itu, Ketua Unit Operasi Narkotik Johor DSP Yap Eng Kuan berkata bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 384 peragut diberkas di negeri ini. Daripada jumlah itu, seramai 154 terdiri daripada orang Melayu diikuti India (90 orang), Cina (70 orang) dan warga Indonesia (70 orang). "Kebanyakan peragut yang diberkas itu adalah merupakan penagih dadah," katanya sambil menambah setakat ini polis menyenaraihitamkan 16 kawasan yang sering menjadi tumpuan kes ragut di sekitar bandar raya ini. Antara kawasan itu ialah Jalan Wong Ah Fook, Permas Jaya, Taman Johor Jaya, Taman Molek, Senai, Kulai dan Skudai. -- BERNAMA BH RHM

Page 201: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

87  

PERAGUT CUBA "BALAS DENDAM" KEPADA MANGSA RAGUT

Date: 22-06-2004 Author: / BH MNY ROS Peragut-DendamJOHOR BAHARU, 22 Jun (Bernama) -- Seorang wanita mangsa ragut kini berada dalam ketakutan apabila peragut yang dikatakan telah dibebaskan oleh polis didapati cuba beberapa kali "membalas dendam" terhadapnya. Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Pangkalan Rinting, Low Teh Hian berkata peragut itu, seorang lelaki bertubuh gempal dalam lingkungan 30-an tahun, telah bertindak mencederakan dua mangsa yang pernah diragutnya April lepas. Dalam kejadian terbaru semalam, wanita mangsa ragut itu Tang Soo Im, 33, yang tinggal di Taman Sentosa mengadu ditolak ke dalam longkang besar oleh peragut itu pada kira-kira 7 malam tetapi bernasib baik tidak cedera, kata Low pada sidang media di sini. "Ini bukannya kes baru... pada pandangan saya, peragut ini cuba untuk membalas dendam kepada Tang kerana mengakibatkan peragut lelaki itu ditahan polis pada April lalu di sekitar kawasan Taman Sentosa kerana meragut beg tangan Tang. "Ketika diserahkan kepada polis oleh orang awam, terdapat sekurang-kurangnya 10 buah beg tangan wanita yang dipercayai diragut oleh lelaki itu... tetapi peragut itu dipercayai telah dilepaskan oleh polis setelah ditahan beberapa hari," kata Low. Low berkata sebelum itu Tang terserempak dengan peragut itu pada 17 Mei di Jalan Sutera 6 juga di kawasan perumahan yang sama kira-kira 9 malam. "Peragut itu yang menaiki motosikal kemudiannya membuka topi keledar sambil menjerit 'saya sudah keluar' kepada Tang lalu bertindak mencederakan lengan kiri Tang bersama seorang lagi mangsa ragut yang juga turut dicederakan dengan senjata tajam," kata Low. Berikutan kejadian itu, katanya, Tang yang bertugas sebagai jurujual kini merasa keselamatan diri dan keluarganya terancam lebih-lebih lagi apabila peragut itu bagaikan mengenalinya dan mencari kesempatan untuk terus membalas dendam. Low akan membuat laporan polis berkaitan kes itu dan meminta pihak berkuasa bertindak segera sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. Sementara itu, Tang yang ditemui berkata beliau kini benar-benar takut kepada peragut itu, yang kini sudah mengenalinya, dan cuba mencederakannya apabila terserempak dengan peragut lelaki itu. "Saya amat takut sekarang... nanti keluarga pun susah kerana sering diancam," katanya. Rakan Tang, yang enggan dikenali, dikatakan telah dipindahkan ke Singapura oleh anak-anaknya untuk tinggal bersama mereka di sana selepas merasa tidak selamat akibat kejadian pada 17 Mei itu. -- BERNAMA BH MNY ROS

Page 202: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

88  

RAGUT: TIGA SUSPEK LELAKI DITAHAN

Date: 21-06-2004 Author: / BH MNY RHMJOHOR BAHARU, 21 Jun (Bernama) -- Polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes ragut yang berlaku di sekitar bandar raya ini dengan tertangkapnya tiga suspek lelaki dalam kejadian berasingan di sini semalam. Ketua Daerah Polis Johor Baharu Selatan SAC II Hashim Yusof hari ini berkata dua suspek, masing-masing berumur antara 16 dan 17 tahun ditangkap oleh orang ramai di Jalan Abdul Samad di sini kira-kira pukul 5.30 pagi, semalam. Dua lelaki itu yang tinggal di Bandar Baru Uda, Tampoi di sini diberkas oleh orang ramai apabila mangsa ragut menjerit meminta pertolongan setelah beg tangannya diragut lelaki itu yang menunggang motosikal, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Dalam satu lagi kejadian pada kira-kira pukul 3.58 petang Sabtu lepas, seorang lelaki berusia 19 tahun dari Kahang, Mersing, diberkas selepas meragut beg tangan seorang mangsa di pusat beli-belah City Square di sini. Hashim berkata mangsa baru sahaja mengeluarkan sejumlah wang dari mesinATM cawangan Maybank di pusat beli-belah itu. "Polis yakin dengan tertangkapnya suspek itu, kita telah berjaya menyelesaikan beberapa kes ragut yang berlaku di bandar raya ini," katanya. -- BERNAMA BH MNY RHM PASUKAN KHAS POLIS BERJAYA TURUNKAN KADAR KES RAGUT DI KL

Date: 21-06-2004 Author: / KK HK RHM Polis-Ragut (Bergambar)KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Pasukan khas polis bagi membanteras jenayah ragut di Kuala Lumpur, yang ditubuhkan dua hari lepas, telah berjaya mengurangkan kadar jenayah itu sebanyak 20 peratus, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mustafa Abdullah. Beliau berkata kadar 12 kes ragut yang dilaporkan di Kuala Lumpur kira-kira lima bulan lepas telah berkurangan kepada sembilan kes sehari sejak penubuhan pasukan itu. Pasukan khas itu yang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Penolong Penguasa dan dua berpangkat Inspektor serta 48 anggota berpakaian biasa, yang kini menjalankan operasi di kawasan segitiga emas akan bergerak ke kawasan pinggir bandar terutama di kawasan perumahan bagi mengesan penjenayah ragut, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima memorandum daripada MCA Wilayah Persekutuan yang disampaikan oleh pengerusinya DatukTan Chai Ho mengenai jenayah ragut di pejabatnya di sini hari ini. Memorandum itu antara lain mencadangkan polis bekerjasama dengan Rela bagi menangkap penjenayah ragut terutama di kawasan perumahan. Mustafa berkata Pasukan Gerakan Am (PGA) juga akan turut membantu pasukan itu mengikut keperluan dalam mengendalikan operasi dalam satu-satu

Page 203: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

89  

masa terutama di kawasan segitiga emas. Beliau berkata: "Sebelum ini kita tumpukan operasi di kawasan segitiga emas kerana 80 peratus kes ragut yang dilaporkan di Kuala Lumpur adalah di kawasan tersebut." Bagaimanapun pasukan itu akan menjalankan operasi di mana-mana sahaja mengikut modus operandi penjenayah kerana mereka akan menukar stategi sekiranya kegiatan mereka di tempat-tempat awam di kawasan bandar tidak selamat, katanya. Mustafa berkata ada kemungkinan penjenayah kini menjalankan kegiatan mereka di kawasan perumahan di pinggir bandar kerana kes ragut yang melibatkan seorang wanita cedera di bahu kanannya akibat dikelar oleh seorang peragut pada Sabtu lepas berlaku di Desa Pandan. "Kes tersebut walaupun telah di klasifikasikan sebagai kes samun bersenjata, namun ia menunjukkan yang penjenayah semakin tertekan, tak dapat lakukan jenayah di bandar...mereka beralih ke kawasan perumahan pula,"katanya. Mustafa meminta orang ramai yang menjadi mangsa percubaan ragut atau ragut segera membuat laporan bagi memudahkan polis bertindak dengan menghubungi talian 03- 2052 0199 atau menghantar SMS dengan cara tulis poliskl, kemudian jarakkan, tulis laporan tersebut dan hantar kepada 399888. -- BERNAMA KK HK RHM

RAGUT: BEKAS PENAGIH TERBABIT KERANA TIADA PEKERJAAN

Date: 20-06-2004 Author: / NSM AZZ MAZ MOZ Yayasan-RagutKUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mahu usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas penagih dadah dipertingkatkan sebagai langkah mencegah kejadian jenayah termasuk ragut. Naib Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata langkah itu bagi membendung kegiatan ragut kerana berdasarkan laporan polis Bukit Aman, majoriti bekas penagih terlibat dengan jenayah kes ragut. "Seramai 58,000 bekas penagih telah keluar dari pusat serenti dan mereka kini cuba mendapatkan pekerjaan," katanya kepada pemberita selepas melawat seorang mangsa samun, Junaifah Jaafar, 25, di Pusat Perubatan Gleneagles di sini hari ini Junaifah yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat insurans cedera di bahagian bahu kirinya ketika bergelut dengan seorang lelaki yang meragut beg tangannnya ketika beliau sedang menaiki tangga untuk pulang ke rumahya di tingkat empat pangsapuri Desa Pandan, semalam. Lee berkata kerajaan perlu melibatkan sektor swasta dalam program memberi peluang pekerjaan kepada bekas penagih. Sementara itu, Junaifah yang menerima 10 jahitan di bahu kirinya dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Bagaimanapun beliau enggan ditemubual oleh pemberita kerana masih berada dalam keadaan trauma. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam, Junaifah sedang

Page 204: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

90  

menaiki tangga di tingkat satu Pangsapuri Desa Pandan apabila dipeluk dari arah belakang oleh seorang lelaki yang kemudiannya mengugut dan memintanya menyerahkan beg tangannya. Beliau cuba melawan tetapi telah dikelar di bahu kirinya oleh lelaki itu dengan menggunakan pisau menyebabkan bahunya mengalami kecederaan sepanjang 6cm. Lelaki itu kemudiannya melarikan diri dengan motosikal jenis Suzuki RG Sport bersama seorang lagi rakannya yang menunggu di tingkat bawah pangsapuri itu. -- BERNAMA NSM AZZ MAZ MOZ

KES RAGUT: LAPORAN MEDIA DIMINTA TIDAK KETERLALUAN

Date: 19-06-2004 Author: / FAI AZZ LAT Ragut-MediaKUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Timbalan Menteri Penerangan Datuk Donald Lim Siang Chai berkata media perlu berhati-hati dalam melaporkan kes-kes ragut bagi mengelak kebimbangan masyarakat terutama pelancong asing berkunjung ke negara ini. "Bukan tidak boleh langsung laporkan tentang kes ragut tetapi perlulah ditulis dengan hati-hati. Jangan keterlaluan kerana jika tidak kita akan hadapi masalah," katanya ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kemerosotan kemasukan pelancong asing terutama dari Singapura ekoran meningkatnya laporan mengenai kejadian kes ragut. Lim berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majalah "Let's Travel" dan "Pet's" terbitan Life Publisher Sdn Bhd di sini hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar Johor, Freddie Long Hoo Hin dilaporkan berkata kemerosotan pelancong, kebanyakannya wanita rakyat Singapura yang takut ke negeri itu setelah mendapat maklumat melalui media terutama akhbar yang menunjukkan peningkatan kes ragut di Johor. Lim berkata kementerian akan mengadakan kempen untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya membantu mangsa ragut sekiranya mereka berada di tempat kejadian. "Kementerian pasti akan akan ambil tindakan, jalankan kempen supaya orang ramai lebih sedar. "Kita sokong kenyataan Perdana Menteri mengenai isu itu, namun undang-undang perlu dipinda supaya orang ramai tampil dan membantu kerajaan selain kita juga mahu hukuman yang keras dikenakan ke atas mereka (peragut)," katanya. Beliau turut mencadangkan supaya jumlah pekerja asing di negara ini dikurangkan memandangkan golongan terbabit turut terbabit dalam kejadian ragut. "Kita perlu kaji dengan serius masalah pendatang asing ini... ramai yang masuk sini tidak ada kerja jadi ramai yang terbabit dengan jenayah ragut," katanya. -- BERNAMA

Page 205: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

91  

FAI AZZ LAT

ENAM KES RAGUT DILAPORKAN DI SEA PARK SEMALAM

Date: 18-06-2004 Author: / SMK KHY LAT Polis-RagutPETALING JAYA, 18 Jun (Bernama) -- Enam kes ragut membabitkan kerugian wang tunai bernilai kira-kira RM800 dilaporkan berlaku di sekitar Sea Park, di sini semalam. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya DSP Ahmad Razil Yaacob berkata kesemua kejadian dilaporkan berlaku antara 4.30 petang dan hampir tengah malam. "Dalam kejadian pertama, seorang wanita India kehilangan dokumen penting dan wang tunai bernilai RM40 setelah begnya diragut di Jalan 21/1 oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di sini hari ini. Dalam kejadian kedua, seorang pelajar kolej swasta cedera di siku dan lutut dalam kejadian di Jalan 20/9 manakala kejadian ketiga membabitkan seorang eksekutif sebuah syarikat yang mengalami kerugian bernilai RM300, kehilangan telefon bimbit termasuk dokumen penting apabila begnya diragut di Jalan SS 2/64 pada kira-kira pukul 7 malam semalam. Mangsa keempat pula katanya, seorang pelajar kerugian RM100 apabila begnya diragut dua lelaki bermotosikal di Jalan 14/1 kira-kira pukul 6.15 petang. "Mangsa kelima dan keenam pula membabitkan seorang kerani dan seorang wanita yang kehilangan wang tunai bernilai RM100 dan RM250 serta telefon bimbit selain dokumen penting, oleh dua lelaki bermotosikal selepas pulang bekerja kira-kira pukul 8.30 dan 10 malam semalam," katanya. Menurut Ahmad Razil, kesemua wanita yang diragut itu berusia dalam lingkungan 18 hingga 33 tahun. "Kesemua peragut berkenaan dipercayai orang yang berlainan. Usaha sedang dijalankan untuk menangkap peragut-peragut ini. Bagaimanapun, saya menasihatkan wanita supaya sentiasa berhati-hati serta tidak membawa barang kemas di dalam beg mereka memandangkan kes ragut semakin berleluasa," katanya. -- BERNAMA SMK KHY LAT

Page 206: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

92  

DUA WANITA JADI MANGSA RAGUT DI IPOH

Date: 16-06-2004Author: / PBA PR IPOH, 16 Jun (Bernama) -- Dua orang wanita menjadi mangsa ragut di bandaraya ini semalam dengan masing-masing kehilangan wang tunai dan telefon bimbit kepada peragut bermotosikal. Timbalan Ketua Daerah Polis Ipoh Supt Che Sab Hanafiah berkata, kedua-dua wanita itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Dalam kejadian pertama, seorang kerani wanita berusia 21 tahun kehilangan beg sandang yang diletakkan di raga motosikalnya apabila diragut oleh seorang peragut bermotosikal di Jalan Ipoh-Gopeng. Dalam kejadian pada pukul empat petang itu, kerani berkenaan yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Rapat Jaya di sini dihampiri oleh lelaki itu dari belakang sebelum meragut beg itu yang mengandungi wang tunai RM30 dan telefon bimbit bernilai RM350. Dalam kejadian kedua pada pukul 7.45 malam, beg tangan seorang jururawat yang berjalan pulang ke rumahnya diragut oleh seorang lelaki yang datang dengan motosikal dari belakang di Jalan S.A Lingam di sini. Mangsa yang berusia 38 tahun tidak mengalami kecederaan tetapi kerugianwang tunai RM200 dan telefon bimbit bernilai RM250, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Che Sab berkata, mangsa yang terkejut itu gagal mengecam muka peragut serta nombor pendaftaran motosikal. -- BERNAMA PBA PR

KES RAGUT SERING BERLAKU ANTARA 12 TENGAH HARI DAN 7 MALAM, KATA POLIS

Date: 16-06-2004 Author: / KK RV DC MAI Ragut-WaktuPETALING JAYA, 16 Jun (Bernama) -- Kegiatan jenayah ragut sering berlaku antara 12 tengah hari dan 7 malam ketika orang ramai sibuk menjalankan aktiviti harian di kawasan awam, kata Timbalan Ketua Polis Daerah 1 Petaling Jaya ACP Osman Abu Bakar. Beliau berkata kajian dan pemerhatian polis mendapati peragut menggunakan kesempatan ketika orang ramai sibuk menjalankan urusan di luaruntuk melakukan jenayah itu. "Kajian daripada kes yang dilaporkan mendapati kejadian ragut jarang berlaku selepas waktu itu," katanya kepada pemberita selepas beliau menerima tugas selaku Timbalan Ketua Polis Daerah 1 Petaling Jaya daripada ACP Hassan Abdul Rahman. Hassan kini dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Bukit Aman. Osman berkata kebanyakan penjenayah ragut adalah penagih dadah dan penganggur daripada kalangan rakyat tempatan dan juga warga asing terutamanya pendatang tanpa izin Indonesia.

Page 207: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

93  

"Mereka ini nak dapat duit dengan cara mudah, jadi mereka gunakan cara ini walaupun terpaksa mencederakan orang lain," katanya. Osman berkata bahawa sejak Januari sebanyak 318 kes ragut dilaporkan di Petaling Jaya Utara termasuk 31 kes dalam dua minggu pertama bulan ini. Kes ragut paling tinggi dilaporkan di SEA Park yang merangkumi SS2, Seksyen 14 dan 17 diikuti Damansara dan Kelana Jaya. Katanya pada tahun ini, seramai lapan orang di daerah itu telah didakwa kerana terbabit dengan jenayah ragut. -- BERNAMA KK RV DC MAI

DUA LELAKI DITAHAN BANTU SIASATAN KES RAGUT DAN BUNUH SURI RUMAH

Date: 02-11-2004 Author: / NT FAI MAI Sabah-Ragut KOTA KINABALU, 2 Nov (Bernama) -- Polis Sabah menahan dua lelaki tempatan masing-masing berumur 19 dan 23 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes ragut dan bunuh seorang suri rumah di Kompleks Sedco di sini Ahad lepas. Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Azizan Abu Taat berkata kedua-dua lelaki itu diberkas di kawasan berasingan di Asia City dalam satu operasi khas tengah malam tadi. "Kita telah mendapat sedikit petanda (daripada mereka) dan kita percaya kedua-dua lelaki ini boleh membantu kita dalam siasatan. Seorang lelaki berkenaan menepati gambaran awal suspek yang terlibat dalam kes ragut dan bunuh itu," katanya pada sidang media di sini hari ini. Azizan berkata polis turut menemui kesan darah pada baju berwarna putih yang dipakai oleh lelaki yang berumur 19 tahun itu. "Sebelum ini kita diberi gambaran bahawa suspek dikatakan memakai baju yang cerah dan kita tangkap dia pun masih memakai baju itu iaitu baju putih," katanya. Azizan berkata, polis telah menghantar contoh darah berkenaan ke Jabatan Kimia di Kuala Lumpur untuk ujian DNA. "Jika semuanya berjalan lancar keputusan DNA itu boleh diketahui dalam tempoh seminggu," katanya. Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai identiti kedua-dua lelaki berkenaan sama ada seorang daripada mereka berambut panjang sebagaimana gambaran yang diberikan oleh anak mangsa. "Polis akan memohon reman maksimum 14 hari daripada mahkamah bagi maksud siasatan yang lengkap," katanya. Azizan berkata berdasarkan rekod polis kedua-dua lelaki itu pernah ditahan beberapa kali sebelum ini kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk mencuri telefon dan berdasarkan ujian air kencing, kedua-dua mereka positif mengambil dadah jenis syabu. Ditanya sama ada penangkapan itu menunjukkan bahawa kes ragut dan bunuh suri rumah berkenaan selesai, Azizan berkata siasatan akan tetap diteruskan kerana kes itu bergantung kepada hasil penyiasatan forensik. Dalam kejadian pukul 5.45 petang semalam, Elizabeth Wong Oi Chon, 47,

Page 208: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

94  

cedera parah selepas seorang lelaki menikam perut dan dadanya dalam kejadian ragut di ruang letak kereta di Kompleks Sedco, di sini. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 2 pagi semalam. Anak perempuannya yang berumur 13 tahun, Shenial Chai, mengalami kecederaan pada tiga jari tangan kanannya ketika dia cuba merampas pisau daripada lelaki itu. Kes ragut dan bunuh itu merupakan yang pertama seumpamanya di Sabah dan banyak pihak menyatakan rasa kesal dan sedih dengan kejadian itu. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu mahukan orang ramai tampil memberi maklumat dan membantu siasatan polis. Ketua Wanita Parti Demokratik Liberal (LDP) Senator Naomi Chong pula meminta pihak berkuasa meningkatkan rondaan khususnya di sekitar bandar raya kerana lebih ramai yang akan keluar membeli-belah di kawasan pusat bandar menjelang musim perayaan. -- BERNAMA NT FAI MAI

SURIRUMAH MANGSA JENAYAH RAGUT DI SABAH MENINGGAL DUNIA

Date: 01-11-2004Author: / JS RHM Ragut-MatiKOTA KINABALU, 1 Nov (Bernama) -- Seorang surirumah berusia 47 tahun meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini awal pagi ini, kira-kira lapan jam selepas seorang lelaki menikam perut dan dadanya dalam kejadian ragut di sini. Wanita itu, Elizabeth Wong Oi Chon, yang cedera parah dalam kejadian kira-kira 5.45 petang semalam itu, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi tadi. Anak perempuannya yang berumur 13 tahun, Shenial Chai, mengalami kecederaan pada tiga jari tangan kanannya ketika dia cuba merampas pisau daripada lelaki itu. Keadaannya dilaporkan stabil. Jurucakap polis berkata Wong dan anak perempuannya itu telah pergi ke Bazar Ramadan di Asia City di sini untuk membeli kuih-muih. Apabila mereka kembali ke kereta mereka, yang diletakkan berhampiran dengan kompleks Sedco, seorang lelaki berambut panjang tiba-tiba muncul dan cuba meragut beg tangan Wong. Wong cuba melawan dan lelaki itu mengeluarkan pisau dan menikam perut dan dadanya. Anak perempuannya yang cuba menolong turut menjerit meminta pertolongan yang menyebabkan lelaki itu melarikan diri dengan tangan kosong. Wong sempat menghubungi Jabatan Pertahanan Awam dan ambulans segera dihantar ke tempat kejadian dan membawa mereka ke QEH pada kira-kira 6.25 petang. Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mangsor Ismail ketika diminta mengulas kejadian itu berkata polis sedang memburu lelaki itu dan yakin akan dapat menahan suspek secepat mungkin.

Page 209: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

95  

-- BERNAMA JS RHM BURUH RAGUT WANG RM500 DIPENJARA DUA TAHUN

Date: 18-10-2004 Author: / KIA KHY FAI PR Mahkamah-RagutKUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Seorang buruh hari ini dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan meragut wang berjumlah RM500. Majistret Hamidah Mohd Deril memerintahkan Hamizi Shamsuddin, 31, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 25 Ogos lepas. Pada 3 Sept lepas, Hamizi mengaku bersalah atas tuduhan itu dan mahkamah menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman. Hamidah ketika menjatuhkan hukuman itu berkata walaupun banyak disebarkan melalui media massa mengenai jenayah itu dan usaha-usaha pihak berkuasa untuk membanterasnya, namun jenayah ragut terus berlaku. "Setelah mengambil kira tiada kecederaan kepada mangsa dan barang kes telah dijumpai semula dalam keadaan baik, namun seandainya fakta kes menunjukkan keadaan lebih serius, mahkamah tidak teragak-agak untuk memberi hukuman yang lebih berat lagi," katanya. Hamizi didakwa mencuri dengan meragut beg tangan berwarna putih milik Umi Kalzum Suhir yang mengandungi dompet berisi wang RM53 dan 170,000 Rupiah yang keseluruhannya bernilai RM500 serta kad pengenalan mangsa. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Ampang di hadapan Great Eastern Mall, Cheras pada pukul 10.55 pagi, 25 Ogos lepas. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Menurut fakta kes, seorang orang awam, S.Teeran, 32, yang sedang melalui tempat kejadian itu ternampak seorang wanita menjerit meminta tolong dan seorang lelaki melarikan diri dengan menaiki motosikal. Teeran berjaya menangkap lelaki itu setelah mengejarnya sehingga ke simpang Hotel Nikko dan membawa tertuduh ke balai polis. Ketika rayuan untuk meringankan hukuman, tertuduh yang tidak diwakili peguam menyatakan rasa kesal atas perbuatannya dan memohon mahkamah memberipeluang kepadanya untuk bertaubat. Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Balveer Singh memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh kerana mengulangi kesalahannya. Sebelum ini Hamizi pernah dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 17 Okt 2003 atas kesalahan mencuri kenderaan. -- BERNAMA KIA KHY FAI PR

Page 210: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

96  

MANGSA RAGUT MENINGGAL DUNIA AKIBAT PENDARAHAN OTAK

Date: 14-10-2004 Author: / NHA ZU LAT Ragut-MatiPULAU PINANG, 14 Okt (Bernama) -- Seorang penyelia kilang pakaian yang mengalami pendarahan otak selepas terjatuh dalam kejadian ragut lewat petang semalam di Jalan Paya Terubong, Farlim, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini. Wong Moe Cheng, 54, meninggal dunia pada pukul 2 pagi selepas menjalani pembedahan di hospital itu. Ketua Polis Daerah Barat Daya SAC II Mohd Ali Mohd Yusuf berkata Wong mati akibat pendarahan otak setelah ditolak oleh seorang peragut yang membonceng sebuah motosikal. Katanya dalam kejadian pada pukul 6.30 petang semalam, wanita itu diragut dua lelaki bermotosikal, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli makanan di kedai bertentangan tempat tinggalnya. "Ketika melintas jalan sambil memegang dompet, telefon bimbit, kunci rumah dan bungkusan makanan, tiba-tiba sebuah motosikal menghampirinya dan pemboncengnya meragut dompet dan barangan lain sambil menolak mangsa," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini. Wong yang tidak sedarkan diri selama lima jam selepas kejadian itu, dikejarkan ke HPP oleh orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian. Mohd Ali meminta orang ramai yang melihat kejadian itu dan mereka yang menolong mangsa supaya menghubungi polis. Seorang rakan karib mangsa yang ditemui di perkarangan bilik mayat HPP ketika menuntut mayat mendiang lewat petang ini, Kang Wing Hwa, 44, berkata, Wong yang tinggal bersendirian, memang selalu keluar ke kedai di seberang jalan rumahnya untuk membeli makanan. "Dia selalu beri nasihat kepada orang lain dan sentiasa mengingatkan dirinya juga supaya berhati-hati dengan kejadian ragut yang sering dilaporkan oleh media," katanya. Mangsa yang telah kematian ibu bapa, sentiasa memastikan dirinya memakai seluar panjang dan hanya membawa dompet dan telefon bimbit ketika berjalan seorang diri, katanya. Kang berkata upacara keagamaan pengebumian Wong akan dilakukan di Gereja Kantonis Methodist, Jalan Macalister di sini, Ahad ini. -- BERNAMA NHA ZU LAT

Page 211: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

97  

DUA LELAKI ANCAM WANITA, RAGUT BEG DI BACHOK

Date: 06-10-2004 Author: / ZI RAR RS Polis-RagutKOTA BAHARU, 6 Okt (Bernama) -- Polis sedang mencari seorang wanita yang didakwa mendera pembantu rumahnya, seorang rakyat Indonesia, dengan menumbuk mata serta memaksanya makan najis dan minum air dari mangkuk tandas dua minggu lepas di sebuah taman perumahan di Pengkalan Chepa, dekat sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Ishak Abdul Majid berkata di sini hari ini, majikan itu yang berusia 25 tahun, menghilangkan diri sejurus selepas pembantu rumahnya yang berusia 27 tahun membuat laporan polis pada 23 Sept lepas iaitu hari penderaan itu dikatakan berlaku. Pembantu rumah itu mendakwa majikannya menumbuknya di bahagian mata kanan dan kemudian memaksanya memakan najis dan minum air dari mangkuk tandas sebelum bertindak melumurkan baki najis berkenaan di badannya dalam kejadian pukul 9.30 pagi hari berkenaan. Pembantu rumah itu kini berada di bawah jagaan sebuah agensi pengambilan pekerja asing di bandar ini manakala majikan wanita itu dan keluarganya telah meninggalkan rumah mereka dan sehingga ini gagal dikesan, katanya. Ishak meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan wanita berkenaan yang semasa kejadian masih berada dalam keadaan pantang selepas melahirkan anak. "Polis tidak dapat mengesahkan sama ada benar dakwaan jiran bahawa majikan wanita itu berada dalam keadaan tidak waras yang disebut masyarakat Melayu sebagai `gila meroyan' selepas bersalin," katanya. Sementara itu, seorang lelaki dan rakannya mengancam dua wanita menggunakan sebilah pisau sebelum melarikan beg tangan seorang daripada mangsa di Kampung Kuim, Gunong, Bachok, semalam. Ishak berkata, kejadian itu menimpa kedua-dua mangsa, masing-masing berumur 45 tahun, ketika mereka sedang menunggu bas di kampung itu untuk ke tempat kerja di sini pada pukul 9 pagi. Ketika sedang menunggu bas, datang sebuah kereta Perodua Kancil yang dinaiki dua lelaki berumur awal 20an berpura-pura ingin bertanya sesuatu, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. Beliau berkata seorang daripada lelaki itu kemudian mendekati mangsa dan tiba-tiba meragut beg tangan wanita itu hingga berlaku pergelutan menyebabkan lelaki itu menghunuskan sebilah pisau. Katanya wanita itu menjerit meminta tolong menyebabkan kedua-dua lelaki itu segera melarikan diri bersama beg tangan berkenaan. "Wanita itu kerugian lebih RM1,500 iaitu wang tunai berjumlah RM600 dan beberapa barangan kemas," katanya. -- BERNAMA ZI RAR RS

Page 212: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

98  

POLIS TAHAN DUA PERAGUT SELEPAS JUAL HASIL RAGUT DI NEGARA JIRAN

Date: 25-09-2004 Author: / ZI SHI FAI ROS Polis-RagutKOTA BAHARU, 25 Sept (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki berumur lingkungan 20-an selepas menjual seutas rantai leher bersama loket yang baru disamun di negara jiran sebaik sahaja memasuki semula negara ini di sebuah pangkalan haram di Rantau Panjang, malam semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Ishak Abdul Majid berkata kedua-duanya ditahan beberapa jam selepas menyamun rantai leher bersama loket milik seorang peniaga wanita bernilai RM2,000 di Kuala Balah, Jeli pada 8 malam. Kedua-dua lelaki bermotosikal itu, termasuk seorang rakyat negara jiran berpura-pura bertanyakan sesuatu kepada wanita berusia 70 tahun itu di sebuah kedai makan sebelum menyamun rantai leher beserta loket miliknya, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Beliau berkata wanita itu yang dapat mengecam kedua-dua lelaki berkenaan membantu polis menahan mereka bersama-sama wang tunai berjumlahRM1,000 yang merupakan hasil jualan rantai leher tersebut di pekan Sungai Golok. Dalam kejadian lain, Ishak berkata rantai leher milik seorang lagi wanita berusia 50-an yang juga peniaga kedai makan turut disamun dua orang lelaki di kedainya di Kampung Bukit Jawa, Pasir Puteh pada 1 tengah hari semalam. Ishak berkata modus operandi kedua-dua kes itu hampir sama apabila kedua-dua mangsa didatangi dua lelaki bermotosikal berusia 20-an yang berpura-pura bertanyakan sesuatu sebelum menyamun. Katanya modus operandi kedua-dua kes itu hampir sama apabila kedua-dua mangsa didatangi dua lelaki bermotosikal berusia 20-an yang berpura-pura bertanyakan sesuatu sebelum menyamun mereka. Kedua-dua wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, beliau berkata polis menolak kemungkinan peragut terbabit adalah daripada kumpulan yang sama. Sehubungan itu, beliau menasihati golongan wanita terutama yang berusia lanjut agar tidak terlalu mendedahkan barangan kemas yang mahal bagi mengelakkan berlakunya kejadian sedemikian. -- BERNAMA ZI SHI FAI ROS

Page 213: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

99  

DUA ANGGOTA TENTERA DITAHAN TERBABIT KES RAGUT

Date: 01-09-2004 Author: / ZAF MS FAI RHM KUANTAN, 1 Sept (Bernama) -- Dua anggota tentera dari Kem Batu 10, di sini, ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes ragut terhadap seorang suri rumah yang sedang menunggang motosikal dua hari lepas. Menurut jurucakap polis, seorang daripada mereka diberkas oleh orang awam manakala seorang lagi yang sempat melarikan diri, kemudiannya berjaya ditahan polis hasil bantuan pihak tentera. Dalam kejadian pukul 2.30 petang di persimpangan lampu isyarat Jalan Wong Ah Jang di sini, kedua-dua suspek berusia 20-an itu dikatakan meragut beg mangsa yang sedang berhenti di lampu isyarat berkenaan. Seorang daripada suspek itu berjaya ditangkap oleh orang awam yang berada di tempat kejadian manakala seorang lagi rakannya melarikan diri, kata jurucakap itu ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Bagaimanapun, hasil siasatan polis, seorang lagi suspek yang melarikan diri itu akhirnya ditahan dengan bantuan daripada pihak tentera. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ACP Ahmad Noordin Mustafa, ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan, bagaimanapun enggan mengulas lanjut. -- BERNAMA ZAF MS FAI RHM

MANGSA RAGUT SUDAH SEDAR DAN DALAM KEADAAN STABIL

Date: 30-08-2004 Author: / MHI LAT Ragut-MangsaJOHOR BAHARU, 30 Ogos (Bernama) -- Kerani syarikat guaman Norhafizah Saring, 27, mangsa kejadian ragut Khamis lepas sudah sedar dan kini berada dalam keadaan stabil, kata Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan SAC II Hashim Mohd Yusoff hari ini. Beliau berkata Norhafizah yang diragut di Taman Skudai Kanan, Bandar Baru Uda ketika di dalam perjalanan ke tempat kerja pada pukul 7.30 pagi, tidak koma seperti yang dilaporkan media hari ini. "Beliau (Norhafizah) hanya tidak sedarkan diri akibat daripada kesan ubat pelali selepas menjalani pembedahan di hospital," katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di sini. Katanya polis akan mengambil keterangan daripada mangsa apabila beliau telah bersedia serta daripada seorang saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan polis terhadap insiden itu. Hashim berkata sehingga ini tiada tangkapan dilakukan tetapi polis percaya kejadian itu dilakukan oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ. Peragut itu menurut Hashim, menendang Norhafizah sehingga beliau jatuh dan kepalanya terhantuk pada jalan selepas gagal meragut beg tangan mangsa. Norhafizah dihantar ke klinik oleh majikannya tetapi keesokkannya beliau mula mengalami sakit kepala serta muntah-muntah dan dimasukkan ke

Page 214: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

100  

Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 6 petang, katanya. Menurut Hashim polis hanya mendapat tahu mengenai insiden terbabit dua hari selepas kejadian menerusi laporan polis yang dibuat oleh abang ipar Norhafizah di Balai Polis Tampoi. Hashim turut menjelaskan bahawa mangsa pernah diragut dua tahun lepas dan bukan dua bulan lepas seperti yang didakwa oleh abang ipar mangsa. Beliau juga berkata berikutan kejadian itu polis akan menempatkan satu platun Pasukan Gerak Am (PGA) ke kawasan kejadian dan persekitarannya bagi menangani jenayah itu secara lebih berkesan. Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Johor Baharu Selatan di talian 07-2218999 atau pegawai penyiasat Insp Champin Piuh di talian 019-7156331 atau 07-2232222 sambungan 4973. -- BERNAMA MHI LAT

WANITA MANGSA RAGUT KALI KEDUA KOMA SELEPAS DUA HARI KEJADIAN

Date: 29-08-2004 Author: / MNY MNY RHMJOHOR BAHARU, 29 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita yang menjadi mangsaragut, Norhafizah Saring, 27, kini berada dalam koma di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah di sini akibat cedera selepas kejadian pada pagi Khamis lepas. Menurut abang iparnya, Ishak Mohd Yakob, 33, doktor yang merawatnya mendapati Norhafizah mengalami pendarahan dalam kepala akibat terjatuh ketika bergelut dengan penjenayah bermotosikal yang cuba melarikan beg tangannya. Katanya, ketika kejadian mangsa sedang berjalan kaki ke perhentian bas di Taman Skudai Kanan di sini untuk ke tempat kerja di Gelang Patah pada pukul 7.30 pagi. "Selepas kejadian Norhafizah hanya dirawat di klinik kerana kecederaan di kaki dan tangan tetapi keesokannya dia mengadu sakit kepala, muntah dan pengsan sebelum dikejarkan ke hospital," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Walaupun beg tangan mangsa gagal dilarikan, Ishak berkata beliau telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Katanya, kejadian ragut itu merupakan kali kedua dialami oleh adik iparnya selepas beberapa bulan lepas dua lelaki bermotosikal meragut beg tangannya tidak jauh dari rumahnya. -- BERNAMA MNY MNY RHM

Page 215: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

101  

MAHKAMAH TETAPKAN 27 OKT UNTUK SEBUTAN KES RAGUT

Date: 26-08-2004 Author: / ZMN KHY MOZ Mahkamah-RosliKUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Mahkamah Majistret Ampang hari ini menetapkan 27 Okt ini untuk sebutan kes ragut yang mengakibatkan pemandu van, Rosli Mohd Saad, terbunuh akhir bulan Jun lalu. Majistret Mohd Kamil Nizam membuat keputusan itu setelah Pegawai Pendakwa Cif Inspektor S.Naidu memohon penangguhan sementara menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya sama ada kes itu perlu dibicarakan bersama dengan kes bunuh di Mahkamah Tinggi. Pada 24 Julai lalu, warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Sahlan mengaku tidak bersalah meragut sebuah beg tangan berwarna hitam milik suri rumah rakyat Indonesia, Sutriah Syukur, 25, tanpa persetujuannya. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di persimpangan kedai runcit, Taman Mulia Jaya, Hulu Langat di sini kira-kira pukul 6.10 pagi pada 29 Jun lalu. Bagi pertuduhan tersebut Sahlan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Pada tarikh, masa dan tempat yang sama Sahlan turut didakwa membunuh Rosli, 41, yang cuba membantu Sutriah. Dia yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. Sahlan diwakili peguam Dr Mohd Radzuan Ibrahim. -- BERNAMA ZMN KHY MOZ

SEBANYAK 8,803 KES RAGUT DILAPORKAN DI SELANGOR SEJAK 2001

Date: 16-08-2004 Author: / SHS SHS AZH Dewan-Selangor (Ragut)SHAH ALAM, 16 Ogos (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini diberitahu sebanyak 8,803 kes ragut dilaporkan berlaku di seluruh Selangor sejak Jan 2001 hingga Julai 2004. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata pada tahun 2001, sebanyak 2,920 kes dilaporkan, sebelum ia turun kepada 629 kes pada tahun 2002, dan naik kembali menjadi 4,149 kes tahun lepas, manakala tahun ini sehingga bulan Julai, sebanyak 1,905 kes ragut telah dilaporkan. Menjawab soalan Datuk Ismail Kijo (BN-Lembah Jaya), Dr Mohamad Khir berkata Ampang Jaya mencatat kes paling tinggi dengan catatan sebanyak 3,238 kes dalam tempoh berkenaan, diikuti Petaling Jaya Utara sebanyak 1,964 kes. "Bagi Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Sepang, kurang dari 40 kes setahun dicatatkan," katanya pada sessi soal jawab Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Page 216: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

102  

Sebagai langkah pencegahan, beliau berkata kerajaan negeri sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan supaya menggerakkan anggota penguatkuasa mereka yang terlatih untuk menjalankan rondaan di kawasan-kawasan yang banyak berlaku kes ragut. Sementara itu, menjawab soalan tambahan Ismail, Dr Mohamad Khir berkata perangkaan sejak beberapa tahun lepas menunjukkan bahawa jumlah kejadian jenayah yang berlaku di Selangor adalah lebih kurang sama jumlahnya jika dicampurkan jumlah kejadian jenayah di Johor Bahru dengan Wilayah Persekutuan. Katanya jenayah yang paling tinggi adalah yang membabitkan kecurian motosikal dan polis kini sedang menyiasat dakwaan sesetengah pihak tentang adanya sindiket yang menyeludup motosikal curi dari Selangor ke Riau, Indonesia. Beliau berkata banyak kejadian motorsikal curi didapati membabitkan pembeli dari kalangan pekerja kawasan pembinaan, yang kebanyakannya terdiridari pekerja Indonesia yang membelinya dari penagih dadah. Dr Mohamad Khir berkata dengan tindakan bersepadu polis dan penguatkuasa pelbagai agensi yang berkaitan, kadar kecurian motosikal dapat dikurangkan sebanyak 15 hingga 30 peratus. -- BERNAMA SHS SHS AZH

DUA LELAKI CEDERA TERJATUH MOTOSIKAL SELEPAS RAGUT RANTAI LEHER WANITA

Date: 13-08-2004 Author: / PBA RHM Polis-RagutIPOH, 13 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki patah tangan manakala rakannya cedera apabila motosikal yang mereka naiki terbabas ketika melarikan diri selepas meragut rantai leher seorang wanita di Kampung Ayer Kuning, Changkat Jering, Taiping semalam. Ketua Polis Daerah Larut Matang dan Selama ACP Mohd Amin Abdullah berkata, kedua-dua lelaki berkenaan berjaya ditahan oleh orang awam yang kemudian menyerahkannya kepada pihak polis. Dalam kejadian 2.15 petang semalam, seorang suri rumah berusia 25 tahun yang berada di hadapan rumahnya telah dihampiri oleh kedua-dua lelaki berkenaan yang berpura-pura bertanya mengenai gerai menjual buah-buahan dikampung berkenaan. Ketika seorang daripada lelaki terbabit berbual dengan wanita berkenaan, rakannya dengan pantas meragut rantai leher yang dipakai mangsa bernilai kira-kira RM900, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu terus melarikan diri dan wanita itu yang terkejut terus menjerit meminta tolong. Katanya ketika memecut laju motosikal yang ditunggangi, motosikal itu terbabas dan menyebabkan mereka terjatuh dan ditangkap oleh orang ramai. Katanya polis turut merampas motosikal jenis Honda EX-5 itu yang dipercayai motosikal curi yang dilaporkan hilang di Taiping bulan lepas, katanya.

Page 217: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

103  

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kedua-dua lelaki terbabit mempunyai beberapa rekod jenayah dan pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan dadah dan ragut sebelum ini. Kedua-dua lelaki itu kini ditahan reman seminggu untuk siasatan lanjut dan polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin sehingga berjaya menangkap penjenayah terbabit, katanya. -- BERNAMA PBA RHM

LANS KOPERAL POLIS DITAHAN KES RAGUT DAN CEDERAKAN WANITA PENJUAL BURGER

Date: 10-08-2004 Author: / PBA FAI MAI Polis-burger IPOH, 10 Ogos (Bernama) -- Seorang Lans Koperal polis ditahan bagi membantu siasatan setelah seorang wanita penjual burger mengadu dicederakan dengan pisau dalam kejadian ragut bulan lepas. Ketua Polis Perak, Datuk Asari Mokhtar, berkata anggota polis berusia dalam 30an itu yang ditahan pada hari kejadian dan telah digantung tugas. "Dia ditahan bersama rakannya yang menunggang sebuah motosikal ketika kejadian tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di sini, hari ini. Dalam kejadian 9.30 malam itu, wanita berusia 23 tahun cedera di kepala selepas dilibas dengan pisau ketika cuba menghalang seorang lelaki yang cuba meragut telefon bimbit kakaknya di Taman Boulevard di sini. Wanita itu telah dihantar ke Hospital Ipoh dan menerima beberapa jahitan di kepala. Dalam kes lain, polis sedang mengesan beberapa lelaki dipercayai mencuri kepingan besi landasan kereta api dekat Banir, Tapah, sejak dua hari lepas. Asari berkata kehilangan 75 kepingan besi bernilai RM5,624 itu disedari oleh seorang pemandu kereta api yang mendapati laluan di situ tidak seimbang. "Jika tidak dibendung ia boleh menyebabkan kereta api tergelincir," katanya. Polis percaya kepingan besi seberat enam kilogram setiap satu itu dijual kepada pengusaha besi buruk berikutan kenaikan harga logam itu. Asari juga berkata seramai 411 remaja di Perak dikenal pasti tidak melaporkan diri untuk Program Khas Latihan Khidmat Negara dan akan dikenakan tindakan. Mengenai kes jenayah di Perak sepanjang tahun ini, beliau berkata terdapat 25 kes bunuh dilaporkan berlaku antara Januari dan Julai berbanding 21 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas manakala kes ragut berjumlah 504 berbanding 484 sebelumnya. --BERNAMA PBA FAI MAI

Page 218: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

104  

POLIS TAHAN LELAKI DIPERCAYAI DAPAT RM10,000 SEBULAN HASIL RAGUT

Date: 09-08-2004 Author: / SHS SHS AZH Polis-RagutSHAH ALAM, 9 Ogos (Bernama) -- Seorang peragut yang ditahan Rabu lepas dipercayai memperoleh pendapatan RM10,000 sebulan berdasarkan aktiviti jenayah ragutnya yang kerap dilakukan, terutama selepas berhenti kerja dengan sebuah syarikat kawalan keselamatan sejak dua tahun lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fauzi Saari berkata penjenayah licik berusia 45 tahun itu juga sering berpakaian kemas seperti seorang eksekutif semasa menjalankan aktivitinya sekitar USJ, Damansara, Kelana Jaya dan Subang Jaya. Beliau berkata lelaki itu yang tinggal di sebuah rumah teres di kawasan Bukit Rimau di sini, didapati memiliki turut kereta mewah jenis Proton Perdana V6 serta Mercedes E Class. "Dia (adakalanya) mengutip RM1,000 dalam sehari, dan menjalankan kegiatan ragut kira-kira empat atau lima kali sehari. Bagaimanapun dia tidak meragut setiap hari. Dia kini ditahan reman sejak Rabu lepas," katanya pada sidang media di sini hari ini. Katanya ekoran penangkapan lelaki itu, polis turut merampas 101 beg tangan pelbagai rupa dan saiz, 92 keping kad pengenalan, 96 kad bank ATM, 106 buku akaun bank, lima buku cek, satu pasport Republik Rakyat China, 10 slip bank, 101 beg tangan pelbagai rupa dan saiz, 88 keping dompet, lima beg sandang, empat buah kamera, 10 cermin mata, 24 telefon bimbit, 11 jam tangan. Mohd Fauzi berkata lelaki itu ditahan Rabu lepas apabila beliau gagal melarikan diri selepas meragut seorang mangsa dan siasatan awal mendapati bapa kepada dua anak itu mengaku sudah meragut lebih 150 kali di kawasan terbabit menggunakan sebuah motosikal Honda EX5 dipercayai dicuri. Beliau berkata isteri lelaki itu tidak bekerja dan lelaki berkenaan didapati menyimpan hasil ragutnya di rumahnya sendiri. Polis menemui pelbagai jenis barang yang dipercayai barang hasil kegiatan ragut yang bernilai kira-kira RM300,000. Lain-lain barang yang turut dirampas di rumah lelaki itu adalah 141 kad sim, 41 jenis barang kemas, wang tunai RM1,190, 89 jambak anak kunci, tujuh diari, 16 kad bonus link, sembilan kad Touch and Go, satu perakam kaset, empat kad pengenalan sementara, 12 surat pajak gadai, sekeping cukai jalan, sekeping surat saman polis, sembilan mesin kira, sebuah komputer bimbit dan satu pemain kaset bimbit. Beliau berkata ekoran penangkapan lelaki itu, tiga lelaki masing-masing berumur antara 29 dan 31 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit membeli barang curi. Katanya siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri bagaimanapun sekiranya siasatan mendapati ada tindakan kekerasan dan konfrontasi semasa lelaki itu melakukan jenayah, ia boleh disiasat mengikut Seksyen 392 kanun sama kerana merompak. Beliau seterusnya meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa ragut sekitar kawasan terbabit supaya tampil ke balai untuk membuat pengecaman keatas barang-barang mereka yang diragut.

Page 219: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

105  

-- BERNAMA SHS SHS AZH

HUKUMAN BERAT CARA SEORANG HAKIM TANGANI JENAYAH RAGUT

Date: 07-08-2004 Author: S. Retnanathan / SR MFJ RHM Ragut-MahkamahKUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ketika negara mencari kaedah terbaik menangani jenayah ragut, seorang pesuruhjaya kehakiman yang bertugas di Mahkamah Tinggi Taiping dua tahun lepas, telah mengambil inisiatif sendiri memerangi jenayah itu dengan mengenakan hukuman berat terhadap pesalah ragut bagi menunjukkan betapa seriusnya jenayah itu. Kini, bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Ipoh, Hakim V.T. Singam tetap berusaha menangani jenayah itu, yang bukan sahaja mengakibatkan kehilangan beg tangan dan barangan berharga malahan akhir-akhir ini turut mengorbankan nyawa mangsa. Pada Oktober 2001, hakim yang bijaksana itu telah mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Taiping yang menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi dua kesalahan ragut terhadap seorang penjual sate, Azha Ahmad Zahidi, yang mempunyai lapan rekod jenayah termasuk enam jenayah kejam. "Walaupun telah menjalani hukuman bagi setiap kesalahan yang kamu lakukan, kamu masih belum mahu berubah dan insaf daripada meragut beg tangan. Kamu bukan sahaja menyebabkan dokumen berharga hilang tetapi juga menyebabkan tekanan perasaan dan mental terhadap mangsa kamu. "Masyarakat berhak dilindungi daripada peragut supaya mereka boleh bebas berjalan di jalan-jalan raya tanpa rasa takut dan bimbang," katanya semasa mengekalkan keputusan itu. Pada Januari 2002, V.T. Singam menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan dan dua sebatan dengan rotan ke atas Mohd Kushairi Sulaiman bagi kesalahan ragut sambil menyatakan peragut profesional wajar dikenakan hukuman penjara yang lama kerana keselamatan orang ramai perlu diberi pertimbangan sewajarnya. Dalam penghakimannya, yang dilaporkan media, beliau berkata kes-kes ragut turut berlaku malahan di persimpangan lampu isyarat, semasa pemandu berhenti kerana mematuhi peraturan jalan raya. "Sesetengah mangsa mengalami trauma yang kemudiannya membawa kepada tekanan mental," katanya. Pendirian yang diambil oleh Pesuruhjaya Kehakiman Taiping itu beberapa tahun lepas patut menjadi pedoman kepada pihak berkuasa bahawa jenayah ragut bukan jenayah kecil dan tidak harus dipandang ringan kerana ia melibatkan msyarakat secara keseluruhannya. Tetapi adakah pihak berkuasa, terutamanya unit penguatkuasaan, belajar daripada kejadian itu? Malang sekali jawapannya ialah tidak sehinggakan beberapa orang mati akibat jenayah ragut, kebanyakannya dilakukan oleh penagih dadah bagi mendapatkan wang dengan mudah. Peningkatan jumlah kes ragut sejak beberapa bulan lepas begitu membimbangkan sehinggakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu.

Page 220: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

106  

Dalam kenyataannya pada awal bulan ini, Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 bagi kes-kes ragut. "Pendekatan ini sedang ditimbangkan secara serius kerana kita perlu memerangi jenayah ini," kata Perdana Menteri, mengambarkan betapa seriusnya jenayah itu yang selama ini dianggap sebagai jenayah kecil. Menurut statistik Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, seperti didedahkan oleh Timbalan Menterinya Datuk Noh Omar di Parlimen pada awal Julai lepas, terdapat 15,798 kes ragut dilaporkan tahun lepas dengan 56.1 peratus daripadanya telah diselesaikan. Tahun ini terdapat 5,517 kes dilaporkan setakat ini dan 2,719 atau 49.1 peratus telah diselesaikan. Bulan lepas, kerajaan turut mengambil langkah tegas bagi membanteras jenayah ragut dengan menyatakan mereka yang terlibat dalam jenayah itu akan dituduh bagi kesalahan merompak mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 12 tahun dan sebatan. Jika peragut mengakibatkan kecederaan kepada mangsa, mereka boleh dituduh mengikut Seksyen 394 kanun yang sama yang membawa humkuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Menyokong pendirian masyarakat mengenai jenayah itu, Naib Presiden Yayasan Pencegahan Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye menggesa kajian mendalam dijalankan terhadap peningkatan mendadak jenayah ragut di seluruh negara. "Semua pihak termasuk universiti, ahli akademik, ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan perlu mencari punca kejadian itu," katanya kepada Bernama baru-baru ini. Presiden Majlis AIDS Malaysia Datuk Paduka Marina Mahathir sementara itu berpendapat "Kita perlu melihat di sekeliling kita. Peranan masyarakat dan pihak berkuasa perlu lebih tegas." Sementara pihak berkuasa dan media lantang memperkatakan perkara itu, mungkin sudah tiba masanya bagi mahkamah untuk membuat penghakiman seperti V.T. Singam dalam menangani jenayah itu dan menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap peragut. Lebih-lebih lagi kerajaan telah memberi kebenaran kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap peragut sebagai peringatan dan pengajaran kepada mereka yang mahu terlibat dalam jenayah itu. -- BERNAMA SR MFJ RHM

Page 221: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

107  

MAHKAMAH: PENGAWAL DIPENJARA KERANA RAGUT TELEFON BIMBIT

Date: 04-08-2004 Author: / LYP ZMN MFJ ROS 04 AUG 2004KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara dua tahun terhadap seorang pengawal keselamatan kerana meragut sebuah telefon bimbit bernilai RM100. Majistret Normazaida Ahmad Narihan juga meletakkan Aznan Mat Yusoff @ Hassan, 22, dari Bachok, Kelantan di bawah pengawasan polis selama setahun setelah dia mengaku bersalah meragut telefon bimbit milik Wani Warnida Hasrol. Aznan yang mengaku melakukan kesalahan itu ketika Wani Warnida sedang menunggang basikal di Jalan Gurney, kira-kira 7.30 petang pada 20 Jun lepas, didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Pegawai Pendakwa Cif Inspektor A. Vasu memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dan setimpal ke atas tertuduh memandangkan jenayah ragut yang semakin berleluasa dan ia adalah isu yang membabitkan kepentingan awam. -- BERNAMA LYP ZMN MFJ ROS

RAGUT: TAHANAN REMAN LELAKI INDONESIA DILANJUTKAN

Date: 20-07-2004 Author: / CS AFY ROSKUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Mahkamah Majistret di sini melanjutkan perintah tahanan reman terhadap seorang penganggur warganegara Indonesia selama tujuh hari mulai hari ini bersabit kes pergelutan dengan Rosli Mohamed Saad, yang mati ditikam selepas cuba membantu mangsa ragut pada 29 Jun lepas. Majistret Mohamed Kamil Nizam membenarkan perintah itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, bagi membantu polis menjalankan siasatan. Lelaki berusia 27 tahun itu yang dipercayai mempunyai dokumen perjalanan sah, ditahan oleh polis dalam operasi menahan peragut pada 1 Julai lepas. Rosli, 36, seorang pemandu van, meninggal dunia setelah ditikam di dada dan rusuk kirinya ketika mengejar seorang peragut dalam kejadian 6.10 pagi di Taman Mulia, Ampang Jaya, Selangor. Rosli ditikam semasa bergelut dengan perompak yang cuba meragut beg tangan seorang suri rumah rakyat Indonesia Sutriya Abdul Shukor, 25. Kematian Rosli mendapat perhatian meluas kerana dia merupakan orang awam pertama yang terbunuh ketika membantu mangsa jenayah ragut. -- BERNAMA CS AFY ROS

Page 222: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

108  

RAGUT BEG TANGAN: PENGANGGUR DIPENJARA 10 BULAN

Date: 16-07-2004 Author: / RZY HK RHM Mahkamah-RagutKUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Seorang penganggur hari ini dijatuhi hukuman penjara 19 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu meragut beg tangan dan menyimpan motosikal curi pada Mei lepas. Bagi kesalahan ragut, Salim Mat Som, 34, dari Cheras dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan penjara sembilan bulan bagi kesalahan menyimpan motosikal curi. Majistret Nazran Mohd Sham memerintahkan Salim menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap. Salim mengaku meragut beg tangan seorang wanita Filipina, Nancita, yang sedang melintas jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Bintang, dekat sini, pada pukul 2.45 petang, 24 Mei lalu. Dia juga mengaku menyimpan motosikal curi jenis Yamaha Y125, berwarna biru dan menggunakan nombor pendaftaran palsu WGP 6363, yang bernilai RM6,500 bagi digunakan untuk melakukan kesalahan ragut itu. Bagi kesalahan ragut, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya manakala bagi kesalahan menyimpan motosikal curi, dia didakwa mengikut Seksyen 411 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih tujuh tahun dan denda. Terdahulu, Pegawai Pendakwa Cif Insp Tan Boon Sing memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dan setimpal memandangkan jenayah ragut yang semakin berleluasa di samping tertuduh mempunyai tiga rekod jenayah. Salim pada 1993 dan 1998, pernah dipenjara, masing-masing 14 bulan dan 20 bulan kerana memiliki dadah dan dipenjara 10 bulan kerana melarikan diri dari Pusat Serenti pada tahun 1996. Di Mahkamah Majistret berlainan, seorang penampal lepa siling mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meragut beg tangan seorang wanita pada 3 Jun lalu. Tan Siong Wai, 24 dari Gombak dituduh meragut beg tangan yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM, lesen memandu dan wang tunai RM10 milik Hasmaliza Hassan di Jalan Mata Air, Setapak dekat sini, pada pukul 8.30 pagi. Siong yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya. Majistret Normazaida Ahmad Narihan membenarkan Siong diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes. -- BERNAMA RZY HK RHM

Page 223: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

109  

TABUNG KHAS BANTU MANGSA RAGUT DAN WIRA NEGARA AKAN DITUBUH

Date: 12-07-2004 Author: / ZAZ HO HM MAZ RON Noh-TabungKUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bercadang mewujudkan satu tabung khas untuk membantu mangsa ragut dan orang ramai yang menolong mencegah kejadian jenayah yang disifatkan sebagai wira negara, kata Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Noh Omar. Beliau berkata selain membela nasib mangsa jenayah, tabung itu juga bertujuan memberi penghormatan kepada orang awam yang sanggup berkorban nyawa untuk membanteras jenayah. "Kementerian saya telah membawa perkara ini kepada Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara untuk dibincangkan, namun pelaksanaan tabung ini memerlukan satu piawaian dan sistem yang khusus," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini. Noh berkata penubuhan tabung berkenaan juga bertujuan menggalakkan orang ramai supaya tampil ke hadapan sebagai saksi atau menolong pihak berkuasa untuk membanteras kes ragut dan jenayah lain. Selain mewujudkan tabung itu, kementerian turut menggalakkan pertubuhan sukarela dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perbincangan, program kesedaran dan aktiviti mengenai jenayah kepada orang ramai, katanya. Terdahulu, Noh merasmikan persidangan meja bulat "Peranan Masyarakat Menangani Jenayah Ragut" anjuran kementerian itu dan Sekretariat Alumni Kelab-Kelab Umno Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dihadiri kira-kira 100 peserta pelbagai golongan profesional. Persidangan itu antara lain membincangkan jenayah ragut dalam konteks perundangan negara, melihat semula kedudukan jenayah ragut dalam sistem keadilan jenayah dan meneliti peruntukan undang-undang sedia ada. Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan dengan tajuk "Kedudukan Jenayah Ragut dalam Sistem Keadilan Jenayah Malaysia: Adakah ia Mencukupi", "Kuasa Tangkap Orang Awam: Suatu Penilaian Semula" dan "Kebajikan Mangsa dan Orang Awam Dalam Kes Ragut." -- BERNAMA ZAZ HO HM MAZ RON

Page 224: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

110  

AMPANG JAYA KAWASAN TERTINGGI CATAT KES JENAYAH RAGUT DI SELANGOR

Date: 11-07-2004 Author: / ADA AZZ AZH Ragut-SelangorPETALING JAYA, 11 Julai (Bernama) -- Ampang Jaya dikenalpasti kawasan tertinggi berlakunya jenayah ragut di Selangor antara bulan Jan dan Jun tahun ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fauzi Saari. Beliau berkata dari 1,675 kes yang dilaporkan di seluruh negeri sepanjang tempoh itu, 659 darinya membabitkan kawasan sekitar Ampang Jaya. "Tempat yang sering menjadi sasaran peragut di kawasan terbabit adalah sekitar Ampang Jaya, Ampang Point, Ampang Utama dan Bandar Baru Ampang,"katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Mencegah Peragut di Subang Jaya, di sini hari ini. Beliau berkata ia diikuti Petaling Jaya Utara sebanyak 373 kes, Shah Alam 174 kes, Gombak 120 kes, Petaling Jaya Selatan 119 kes, Klang 96 kes, Kajang 45 kes, Kuala Langat lapan kes, manakala Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Sepang masing-masing mencatatkan enam kes. Katanya jumlah itu bagaimanapun menunjukkan penurunan sebanyak 34.44 peratus atau 880 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu yang mencatatkan jumlah sebanyak 2,555 kes. Fauzi berkata masyarakat perlu berganding bahu bersama polis untuk menangkap penjenayah ragut kerana jumlah anggota polis yang terhad. "Bayangkan 800 orang perlu dijaga seorang polis, kalau di kawasan Petaling Jaya seorang polis menjaga 1,755 penduduk," katanya. Beliau berkata kempen mencegah peragut yang dijalankan oleh penduduk Subang Jaya itu merupakan satu inisiatif baik bagi meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk agar bersama-sama menangani jenayah ragut. "Secekap manapun polis, ia tidak boleh berjaya sekiranya tidak dibantu oleh masayarakat," katanya. -- BERNAMA ADA AZZ AZH

Page 225: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

111  

PENGANGGUR DIPENJARA DUA TAHUN KERANA RAGUT RANTAI

Date: 10-05-2005 Author: / CS AFY AZH Mahkamah-RagutKUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Seorang penganggur yang mempunyai 11 sabitan lampau, hari ini dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, setelah mengaku bersalah meragut seutas rantai emas milik seorang pelajar perempuan. Majistret Hamidah Mohd Deril memerintahkan G. Subramaniam, 44, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 21 Mac lepas, dan menasihatinya agar insaf akan kesalahannya. Subramaniam, yang berasal dari Gemencheh, Negeri Sembilan, mengaku bersalah meragut seutas rantai emas milik Lillian Lau Su Luann, 18, bernilai RM250 di Jalan Tengkat, Tong Shin, di kawasan Dang Wangi di sini, kira-kira 1.50 tengah hari, 21 Mac lepas. Dia melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua dan bagi kesalahan kedua, boleh dikenakan penjara dan denda atau sebatan. Menurut fakta kes yang dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa C/Insp Balveer Singh, Subramaniam yang datang dari arah hadapan mangsa, meragut rantai dan melarikan diri sebelum dikejar oleh mangsa dan orang awam. Selain itu, Balveer berkata Subramaniam mempunyai 11 sabitan lampau antara tahun 1980 dan 1993, termasuk tiga kesalahan cubaan mencuri, dua kesalahan mencuri dan memiliki heroin. "Tertuduh bukanlah seorang yang insaf melakukan kes ragut ini kerana dia pernah melakukan beberapa kesalahan semasa di dalam tempoh pengawasan polis," katanya. Subramaniam diwakili oleh seorang peguam pelatih. -- BERNAMA CS AFY AZH

Page 226: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

112  

KETIADAAN BUKTI SEBABKAN BANYAK KES RAGUT TAK DIBAWA KE MAHKAMAH

Date: 05-05-2005 Author: / SN KAY MAI Negara-RagutKUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ketiadaan bukti yang cukup menjadi punca lebih separuh daripada mereka yang ditahan polis kerana disyaki melakukan jenayah ragut tidak dapat dihadapkan ke mahkamah. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Chia Kwang Chye berkata daripada 1,457 orang yang ditahan kerana disyaki melakukan jenayah itu pada tahun lepas, hanya 706 yang telah didakwa di mahkamah. Katanya dariapda 11,536 kes ragut yang dilaporkan berlaku pada tahun lepas, sebanyak 6,167 kes telah berjaya diselesaikan. "Bagaimanapun polis hanya berjaya membawa 706 orang yang disabitkan kesalahan itu ke mahkamah kerana polis tidak mempunyai bukti yang mencukupiuntuk membawa kesemua mereka yang ditangkap ke mahkamah," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini bagi menjawab pertanyaan Senator Tay Puay Chuan. Chia berkata bahawa dalam kebanyakan kes ragut, penjenayah tidak dapat dikenal pasti oleh mangsa kerana kejadian biasanya berlaku dengan cepat. "Tetapi jika polis mendapat kerjasama yang lebih dari orang ramai, lebih ramai lagi peragut boleh dihadapkan ke muka pengadilan," katanya. Chia berkata kebanyakan daripada kes-kes ragut itu dilaporkan berlaku di bandar utama seperti di Kuala Lumpur, di Selangor, Pulau Pinang dan Johor Baharu dan kebanyakan mereka yang ditahan adalah rakyat tempatan. Beliau berkata walaupun ramai yang beranggapan bahawa kebanyakan kes ragut dilakukan pendatang tanpa izin, statistik menunjukkan sebaliknya. "Penglibatan pendatang asing dalam kes ragut kurang dari dua peratus...mungkin juga mereka (pendatang tanpa izin) tidak dapat ditangkap," katanya. -- BERNAMA SN KAY MAI

Page 227: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

113  

CUBAAN RAGUT GAGAL, PERAGUT DITAHAN ORANG RAMAI

Date: 28-04-2005 Author: / AP KAY BK Polis-Ragut KULIM, 28 April (Bernama) -- Seorang peragut terpaksa menerima lima jahitan di tengkuk kanannya selepas mengalami kecederaan kerana bergelut dengan orang ramai yang cuba menangkapnya di Lunas dekat sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdul Majid Hashim berkata pada kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu di Jalan Paya Besar berhampiran Taman Halia, lelaki berumur dalam lingkungan 30-an itu cuba meragut rantai leher seorang surirumah berusia 39 tahun yang sedang berjalan kaki dari rumahnya di Taman Lobak menghantar anak perempuannya berusia tujuh tahun menghadiri kelas tuisyen di Taman Bayam. Katanya, mangsa dikatakan menjerit dan meronta-ronta cuba melawan lelaki itu sehingga rantai itu terjatuh di tempat kejadian dan pergelutan itu telah disedari orang ramai yang lalu lalang di situ. Suspek yang menyedari percubaannya gagal, kemudiannya dikatakan cuba melarikan diri menuju ke sebuah motosikal dipercayai ditunggang rakannya tetapi sekumpulan kira-kira 10 orang awam telah mengejar suspek ketika cuba membonceng motosikal tersebut sebelum dia terjatuh dan berlaku pergelutan sebelum dapat ditangkap. Katanya, orang ramai yang menangkap suspek telah menyerahkannya kepada polis. Mangsa yang dirawat di Hospital Kulim sebagai pesakit luar mengalami kecederaan ringan dan menerima lima jahitan. Rantai emas milik mangsa telah dijumpai semula di sekitar tempat kejadian dan suspek kini telah ditahan reman selama seminggu mulai hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk membantu siasatan. Sementara itu, Abdul Majid berkata pada Sabtu lepas, seorang gadis berusia 17 tahun kehilangan seutas rantai leher bernilai RM400 setelah diragut dua lelaki bermotosikal ketika sedang berjalan kaki bersama ibunya yang berusia 46 tahun di Jalan Paya Besar, berhampiran Taman Kangkong pada kira-kira pukul 7 petang. Katanya, sehari sebelum itu dalam kejadian pada pukul 11.30 malam seorang pekerja kilang berusia 25 tahun yang membonceng motosikal bersama rakannya telah mengalami luka-luka di bahagian muka setelah terjatuh dari motosikal selepas dua lelaki menaiki sebuah motosikal cuba meragut beg tangannya. Bagaimanapun, kejadian yang berlaku di kawasan Perindustrian Kulim pada kira-kira pukul 11.30 malam itu gagal kerana mangsa telah terjatuh. --BERNAMA AP KAY BK

Page 228: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

114  

ORANG RAMAI TAHAN LELAKI RAGUT BEG WANITA

Date: 21-04-2005Author: / AR BK IPOH, 21 April (Bernama) -- Seorang peragut berjaya diberkas berikutan tindakan pantas orang ramai yang mendengar jeritan seorang wanita yang menjadi mangsa lelaki itu di Jalan Tun Sambanthan di sini petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC 1 Wan Mohamad Wan Abdullah berkata, kejadian itu berlaku ketika wanita berusia 45 tahun itu sedang berjalan kaki. "Tiba-tiba ada seorang lelaki tolak dia dari belakang dengan kasar dan rampas beg wanita itu. Bagaimanapun, wanita itu menjerit meminta pertolongan dan orang ramai yang berada di situ berjaya menangkapnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Wan Mohamad berkata, wang tunai dan dokumen wanita itu berjaya ditemui dan polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes ragut atau samun yang ada kaitan dengan lelaki. Beliau juga berkata, polis daerah Kerian berjaya menahan 11 lelaki yang sedang berjudi di Tanjung Piandang, Parit Buntar semalam. Katanya, polis turut merampas peralatan judi dadu dan RM40. Menurut beliau, kesemua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 7(2), Rumah Judi Umum, 1953. -- BERNAMA AR BK RAGUT: LELAKI DIPENJARA DUA MINGGU, DENDA RM2,000

Date: 14-03-2005Author: / FAI BK Mahkamah-Ragut SHAH ALAM, 14 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki dipenjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah meragut beg tangan seorang wanita menyebabkan kerugian kira-kira RM600. Majistret Suriyanilakma Abd Kadir memerintahkan Muhammad Farid Fazlee Runlee, 19, menjalani hukuman itu bermula hari ini dan turut mengarahkan tertuduh membayar denda RM2,000 atau sebulan penjara. Tertuduh yang berasal dari Puchong dekat sini, didakwa meragut beg tangan (kain) berwarna hijau kepunyaan Yap King Mui, 22, mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, telefon bimbit jenis Nokia 3210, satu bekas alat tulis berwarna merah jenama "PUCCA" dan wang tunai kira-kira RM200. Muhammad Farid Fazlee, anak sulung daripada lima adik-beradik, didakwa melakukan kesalahan itu di Basemen 2 Bangunan Summit City USJ 1 Subang Jaya dekat sini, pada kira-kira pukul 2.50 petang pada 8 Julai tahun lepas. Kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Muhammad Farid Fazlee diwakili peguam Salim Bashir manakala pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa C/Ins K. Nagappan. Sementara itu, di mahkamah yang sama seorang pekerja kilang mengaku bersalah mencuri lapan unit kompresor alat pendingin hawa milik majikannya, kilang Panasonic Compressor Malaysia Sdn Bhd bernilai kira-kira RM2,000.

Page 229: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

115  

M. Vikneshwaran, 28, mengaku melakukan kesalahan itu di No 17, Jalan Puchong Taman Subang Utama, Seksyen 22 di sini, kira-kira pukul 12.05 tengah hari pada 9 Mac lepas. Tertuduh yang berasal dari Seksyen 28, Taman Alam Megah di sini, juga didakwa di bawah seksyen yang sama. Nagappan mencadangkan jaminan RM2,500 serta seorang penjamin terhadap tertuduh yang diwakili peguam M. K Thas. Suriyanilakma kemudiannya membenarkan jaminan RM1,800 serta seorang penjamin dan menetapkan 4 Mei ini untuk menjatuhkan hukuman. -- BERNAMA FAI BK

SEORANG LELAKI TERBABIT DALAM ENAM KES RAGUT DI KUANTAN DIKENAL PASTI

Date: 13-01-2005 Author: / TSS MS AZH Polis-RagutKUANTAN, 13 Jan (Bernama) -- Polis percaya tiga kes ragut pada hari Selasa lepas dan tiga lagi kes serupa yang dilaporkan di sini semalam, didalangi oleh seorang lelaki yang sama, yang sering menjadikan wanita sebagai sasaran. Pegawai Turus Jenayah Berat (D9), DSP Noor Azman Mohamed berkata berdasarkan modus operandi dan keterangan mangsa, lelaki itu dikatakan sering mengekori mangsanya dari arah belakang sebelum bertindak melarikan beg tangan mereka. "Kita sudah kenal pasti lelaki berkenaan dan sedang berusaha mengesannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Semalam, lelaki itu dipercayai melarikan beg tangan milik seorang wanita berusia 59 tahun di hadapan sebuah restoran di kawasan Bukit Sekilau, di sini pada pukul 12.30 tengah hari. Kira-kira 15 minit kemudian, lelaki yang sama dipercayai melarikan satu lagi beg tangan seorang wanita berusia 39 tahun yang sedang menunggu anaknya di hadapan sebuah sekolah di kawasan Air Putih, di sini yang terletak tiga kilometer daripada lokasi kejadian pertama. Noor Azman berkata kira-kira lima minit kemudian, lelaki itu dipercayai melarikan satu lagi beg tangan milik seorang wanita berusia 40 tahun di kawasan sekolah yang sama. Beliau berkata kejadian itu menyebabkan mangsa pertama kehilangan wang tunai serta telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM2,400, mangsa kedua sebanyak RM1,300 dan mangsa ketiga sebanyak RM2,500. Noor Azman berkata, Selasa lepas, tiga wanita dilaporkan kerugian RM2,150 selepas beg tangan masing-masing dilarikan peragut, yang dipercayai dilakukan oleh lelaki yang sama. Berikutan kejadian itu, orang ramai terutama golongan wanita diminta berwaspada ketika membawa wang tunai dan barang berharga selain memastikanbeg tangan mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. -- BERNAMA TSS MS AZH

Page 230: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

116  

PEMANDU LORI DIPENJARA 3 TAHUN KERANA RAGUT RANTAI LEHER

Date: 23-12-2004 Author: / ZMN ISA FA PR Mahkamah-RagutKUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Sementara itu, di mahkamah yang sama seorang pemandu lori hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan setelah mengaku bersalah meragut rantai leher seorang wanita warga Indonesia. Nazran memerintahkan T. Alagappan, 34, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, 28 Okt lepas. Nazran berkata hukuman itu ditetapkan kerana Alagappan sebelum ini pernah disabitkan dengan beberapa kesalahan mencuri sejak 1994. Alagappan yang asyik tersenyum didakwa meragut seutas rantai leher emas bernilai RM1,850 milik Ponirah Dulakhairi pada kira-kira pukul 1.30 petang pada tarikh dia ditangkap. Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Sebelum menjatuhkan hukuman, Nazran sempat mengingatkan Alagappan bahawa perbuatan meragut tidak akan membawa kekayaan kepadanya malah ia menyusahkan. "Awak kata awak dari keluarga susah. Awak kaya dengan meragut? Tentu tidak kan... malah makin susah," katanya kepada Alagappan yang kelihatan mengangguk-angguk kepala sebagai tanda benar. Ketika rayuan Alagappan yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia perlu menyara ibu dan lima orang anak. Katanya, ketika kejadian dia berada di bawah pengaruh alkohol dan kini dia menghidap sakit jantung. Pendakwaan turut dilakukan oleh ASP Zulkifli Osman. -- BERNAMA ZMN ISA FA PR TUKANG CAT DIPENJARA DUA TAHUN KERANA RAGUT RANTAI LEHER

Date: 21-12-2004 Author: / KIA KHY RHM Mahkamah-RagutKUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Seorang tukang cat dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah terhadap tuduhan meragut rantai leher emas. Majistret Nazran Mohd Sham memerintahkan Mah Yoon Keong, 31, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 2 Ogos tahun lepas. Mah mengaku meragut seutas rantai leher emas milik S. Rajamal, 28, di Jalan Landak, Off Jalan Pudu, kira-kira 1.40 tengah hari, 2 Ogos lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Menurut fakta kes, ketika mangsa sedang membeli air di gerai minuman tiba-tiba datang sebuah motosikal yang ditunggangi Mah dan rakan-rakannya yang masih bebas lalu meragut rantai lehernya.

Page 231: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

117  

Bagaimanapun, mangsa yang terjatuh bersama-sama Mah telah menjerit meminta tolong dan dan orang awam yang berada di tempat kejadian berjaya menangkap Mah. Ketika merayu hukuman ringan, Mah berkata dia melakukan perbuatan itu kerana pengaruh kawan dan faktor keluarga yang miskin. Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Cif Insp Yeak Tiew Poh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira empat rekod sabitan lampau Mah yang didakwa mencuri sejak Januari 94 hingga Oktober 2001. Yeak berkata mahkamah perlu mengambil kira keseriusan kes ragut yang berlaku sejak akhir-akhir ini. -- BERNAMA KIA KHY RHM

Sumber : http://mylib.pnm.my/ Tarikh Akses : 17 Ogos 2011

Page 232: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

RUJUKAN

Page 233: SUMBER: INTERNET...· Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut. · Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak. · Meninggalkan beg-beg

RUJUKAN Snatch Theft. [Online]. Available : http://www.en.wikipedia.org/wiki/Snatch_theft (21 April 2011) ACP (B) Mohd. Reduan Aslie Jenayah. Selangor : Alaf 21 Sdn. Bhd, 2009. Polis Di Raja Malaysia Bersama Mencegah Jenayah. Kuala Lumpur : Gempita Maju Sdn. Bhd, 2003. Azni Husairi Tragedi ragut & rompak. Seri Dewi & Keluarga : 113-120 ; Ogos 2009. Zamri Misman Jenayah Ragut Meningkat. Dewan Masyarakat : 56-58 ; Oktober 2004. Auto Touch Perangi Jenayah Ragut Tanggungjawab bersama. Auto Touch : 4-5 ; Jun 2009. Ragut. [Online]. Available : http://www.rmp.gov.my/ (18 Ogos 2011) Ragut. [Online]. Available : http://www.76.162.233.159/template01.asp?contentid=51 (18 Ogos 2011) Snatch Theft. [Online]. Available : http://www.ncpc.gov.sg/pm/stheft.htm (18Ogos 2011) Utusan Malaysia. [Online]. Available : http://www.utusanmalaysia.com.my (16 Ogos 2011) Nst Emedia. [Online]. Available : http://www.nstemedia.com.my (16 Ogos 2011) Blis.Bernama. [Online]. Available : http://www.blis.bernama.com.my (17 Ogos 2011)