Surat Cuti Sekolah Agama

download Surat Cuti Sekolah Agama

of 3

description

CONTOH SURAT CUTI SEKOLAH AGAMA

Transcript of Surat Cuti Sekolah Agama

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA UTAMAJALAN KEMPAS, BANDAR PUTRA,81000 KULAIJAYA, Tel : 07-5989105JOHOR. Faks : 07-5989107 Ruj. Kami : JBA8034/700-6/2/ (2) Tarikh : 12 MEI 2014

Kepada,Guru Besar,Sekolah Agama Bandar Putra / Kg. Melayu,81000 Kulaijaya,Johor.

Tuan,

PELEPASAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

Berhubung dengan perkara di atas, pihak kami ingin memaklumkan bahawa ........ orang murid daripada sekolah ini telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam KARNIVAL BOLA JARING PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN peringkat MSSD KULAIJAYA pada 21 MEI 2014 (RABU) bertempat di PADANG SK KOTA KULAI 1, KULAIJAYA.

2.Berikut merupakan senarai nama murid yang terlibat:-RUJUK LAMPIRAN-

3.Semoga mendapat kebenaran dan pelepasan daripada pihak tuan. Justeru, pihak kami berharap agar murid-murid yang terlibat diberikan kebenaran untuk mengambil peperiksaan pada hari tersebut pada masa lain yang akan ditetapkan. Segala kerjasama yang diberikan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA UTAMAJALAN KEMPAS, BANDAR PUTRA,81000 KULAIJAYA, Tel : 07-5989105JOHOR. Faks : 07-5989107 Ruj. Kami : JBA8034/700-6/2/ (1) Tarikh : 17 APRIL 2014

Kepada,Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Putra Utama,81000 Kulaijaya,Johor.

Tuan/Puan,

SURAT AKUAN DAN KEBENARAN IBU BAPA

Saya ................................................................................................ibu bapa / penjaga kepada murid yang bernama ........................................................................ kelas ...................................... membenarkan anak / jagaan saya mewakili sekolah dalam kegiatan:

1.1 Pertandingan / Kegiatan LATIHAN PASUKAN BOLA JARING SEKOLAH yang akan diadakan di GELANGGANG BOLA JARING SK PUTRA UTAMA pada MAC 2014 hingga MEI 2014.

2. Sesungguhnya saya telah mengetahui bahawa pihak sekolah telah mengambil segala langkah-langkah keselamatan dan pengawasan. Saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pengelola atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa kemalangan atau kecederaan terhadap anak jagaan saya yang berlaku di dalam perjalanan dan sebelum, semasa atau selepas pertandingan / kegiatan di atas.

3.Saya memberikan kebenaran kepada pihak pengelola kegiatan ini atau wakilnya member apa-apa rawatan atau pertolongan perubatan kepada anak jagaan saya jika didapati perlu.

4.Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

4.1 CIKGU NOOR ASMAWATI BINTI DARHAM No h/p: 0123063776

Sekian, terima kasih.

Tanda tangan ibu bapa / penjaga :.............................................................Nama :.............................................................No. K/P:.............................................................No. Tel untuk dihubingi:.............................................................

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA UTAMAJALAN KEMPAS, BANDAR PUTRA,81000 KULAIJAYA, Tel : 07-5989105JOHOR. Faks : 07-5989107 Ruj. Kami : JBA8034/700-6/2/ (1) Tarikh : 17 APRIL 2014

Kepada,Ibu Bapa / Penjaga,

Tuan/Puan,

MAKLUMAN LATIHAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH 2014

Berhubung dengan perkara di atas, pihak kami ingin memaklumkan bahawa anak / jagaan tuan dan puan telah terpilih untuk menyertai latihan bola jaring peringkat sekolah.

2.Berikut merupakan tentatif latihan:Masa: 3.00 petang hingga 6.00 petangHari: Setiap hari Rabu dan Khamis (sepanjang bulan Mac hingga Mei)Tempat: Sekolah Kebangsaan Putra Utama

3.Sebarang perubahan latihan akan dimaklumkan terus kepada anak / jagaan tuan dan puan. Sebarang pertanyaan bolehlah disalurkan kepada Cikgu Noor Asmawati di talian 0123063776.

4.Semoga mendapat makluman daripada pihak tuan / puan. Segala kerjasama yang diberikan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,