SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan...

22
Bertarikh hb, , 20 DI ANTARA AmBank (M) Berhad (8515-D) Dan ____________________________________________________ SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK _____________________________________________________ RB-DOA-04-2015(BM)

Transcript of SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan...

Page 1: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

Bertarikh hb, , 20

DI ANTARA

AmBank (M) Berhad (8515-D)

Dan

____________________________________________________ SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK

_____________________________________________________

RB-DOA-04-2015(BM)

Page 2: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 1

SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK ANTARA Pihak yang diperihalkan di dalam Seksyen Kedua Jadual pertama kemudian ini

(“Penyerah hak”) DAN AmBank (M) Berhad (8515-D) (“Bank”) sebuah syarikat yang diperbadankan di

Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 22, Bangunan AmBank Group, No.55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur (“Bank”).

RESITAL A. Penyerah hak adalah menurut kuasa di bawah Perjanjian JualBeli, telah memperolehi hak-

hak dan/atau kepentingan di dalam Hartanah dari pihak-pihak yang diperihalkan di dalam Jadual 5 Jadual Pertama, atas terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Jual Beli.

B. Hakmilik individu berasingan Hartanah belum dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan

pada tarikh kemudian ini. C. Peminjam telah memohon kepada Bank dan Bank telah bersetuju untuk menyediakan

dan/atau terus menyediakan kemudahan Pinjaman kepada Peminjam di atas terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Pinjaman.

D. Sebagai balasan kepada yang tersebut di atas, Penyerah hak menandatangani Surat Ikatan

Penyerahan Hak ini berpihak kepada Bank berkenaan dengan Hartanah untuk menjamin pembayaran semula dan pembayaran kemudahan Pinjaman apabila dituntut, faedah ke atasnya dan semua wang dan tanggungan terhutang atau berbayar oleh Peminjam kepada Bank di bawah peruntukan Perjanjian Pinjaman.

DENGAN INI KEDUA-DUA PIHAK BERSETUJU: 1.1 Di dalam Perjanjian ini, perkataan dan ungkapan berikut hendaklah mempunyai makna

seperti disebut kemudian dari ini:- ‘Penyerah hak’

pihak yang nama dan butirannya diperihalkan di Seksyen Kedua Jadual Pertama kemudian ini.

‘Kumpulan AmBank’

semua syarikat berkaitan dan syarikat bersekutu Bank dan syarikat induk.

‘BNM’

Bank Negara Malaysia, anak syarikatnya, agensi-agensi dan biro ditubuhkan olehnya.

‘Peminjam’ bermaksud pihak yang butirannya diperihalkan di dalam Seksyen 6 Jadual Pertama.

Page 3: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 2

‘Dana Penyelenggaraan Bangunan’

dana yang perlu dikekalkan oleh Badan Pengurusan Bersama di bawah Bangunan dan Hartanah Awam Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) Akta 2007.

‘Gadaian’

gadaian ke atas Hartanah yang akan diwujudkan di bawah Akta Kanun Tanah Negara di dalam bentuk sepertimana dikehendaki di bawah undang-undang yang disebut sebelum ini, yang akan ditandatangan oleh Penyerah hak berpihak kepada Bank sebagai jaminan untuk Keterhutangan.

‘Pinjaman’

kemudahan pinjaman yang diperihalkan di dalam Perjanjian Pinjaman /surat tawaran dilampirkan bersama.

‘Perjanjian Pinjaman’

perjanjian Pinjaman yang ditandantagani oleh Bank dan Peminjam berkaitan dengan kemudahan Pinjaman, yang diperihalkan di dalam Seksyen 7 Jadual Pertama kemudian ini.

“CBP”

bermaksud mana-mana cukai berbayar atas pembekalan barang-barang, perkhidmatan atau perkara lain mengikut peruntukan Undang-undang CBP.

“Undang-undang CBP”

bermaksud Akta Barang-Barang dan Perkhidmatan 2014, undang-undang subsidiari, perintah-perintah statut dan peraturan mengawal pemakaian CBP, sepertimana dipinda, dari semasa ke semasa.

‘Keterhutangan’

mana-mana amaun terhutang oleh Peminjam kepada Bank) samada prinsipal/jaminan termasuk prinsipal, faedah, faedah dimodalkan, faedah berganda, faedah, yuran, kos, caj/caj-caj lain) di bawah Perjanjian Pinjaman, Surat Ikatan Penyerahan Hak dan/atau Dokumen Sekuriti lain.

‘Pengurusan Bersama’

bermaksud badan yang ditubuhkan di bawah Akta Bangunan dan Hartanah Awam Bersama ( Penyelenggaraan dan Pengurusan ) Akta 2007 .

‘Akta-Akta Tanah’

Kanun Tanah Negara 1965/Kanun Tanah Sarawak/ Ordinan Tanah Sabah ;

‘Hartanah’

hartanah butiran sepertimana dinyatakan di dalam Seksyen 4 Jadual Pertama kemudian ini.

‘Dokumen Sekuriti’

secara jamak merujuk kepada dokumen sekuriti untuk kemudahan Pinjaman.

Page 4: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 3

‘Pihak Sekuriti’

pihak yang memberi jaminan kepada Bank untuk pembayaran /pembayaran semula Keterhutangan, termasuk Penyerah hak.

‘Penjual’

Jika terpakai, mana-mana/lebih dari pihak berikut: a) pemaju yang membangun Hartanah;

b) pemilik yang memiliki Hartanah; c) penjual yang menjual Hartanah kepada

Peminjam/Penyerah hak; d) kontraktor yang membina/mengubah suai Hartanah; e) pembiaya yang telah memberi kemudahan pinjaman

kepada Peminjam/Penyerah hak (sebagaimana terpakai).

‘Perjanjian Jual Beli’ Jika terpakai, mana-mana perjanjian ditandatangani oleh

Penyerah hak untuk Hartanah, iaitu : (a) perjanjian jual beli dengan pemaju dan/atau

pemilik/penjual untuk pembelian Hartanah;

(b) perjanjian pembinaan/perjanjian novasi dengan kontraktor untuk pembinaan/ubah suai Hartanah;

(c) pinjaman sedia ada / Perjanjian Pinjaman dengan

pembiaya bagi Hartanah diletakkan sebagai jaminan kemudahan pinjaman diberikan kepada Peminjam/Penyerah hak. Tarikh dan tahun perjanjian sepertimana dinyatakan di dalam Seksyen 3 Jadual Pertama.

2.0 Interpretasi Dan Pentafsiran

2.1 Rujukan kepada jantina maskulin hendaklah termasuk termasuk jantina feminine dan

jantina neuter dan sebaliknya dan rujukan kepada perkataan tunggal hendaklah bermaksud majmuk dan sebaliknya.

2.2 Apabila dua pihak atau lebih memberi ungkapan dan/atau akujanji sebagaimana

dikehendaki, ungkapan dan akujanji hendaklah boleh dikuatkuasakan terhadap pihak-pihak tersebut samada secara bersesama atau berasingan.

2.3 Segala perkataan dan ungkapan yang ditakrifkan dalam Perjanjian Pinjaman berkaitan

hendaklah membawa erti yang sama apabila digunakan / disebut di dalam Surat Ikatan Penyerahan Hak ini, kecuali jika ia ditakrifkan sebaliknya dalam Perjanjian ini.

Page 5: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 4

2.4 Mana-mana terma berkaitan dengan perkhidmatan perbankan dan pembiayaan yang tidak ditakrifkan secara khusus dalam Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut amalan umum perniagaan dan perdagangan industri perbankan dan pembiayaan di Malaysia.

2.5 Perkataan yang merujuk kepada individu adalah termasuk mana-mana pihak, orang

persendirian, syarikat, perbadanan, persatuan, korporat, firma/ usahasama/ selainnya dan sebaliknya.

2.6 Rujukan kepada 'undang-undang' hendaklah merangkumi tanpa limitasi: perundangan-

perundangan / statut di Malaysia, enakmen negeri, perundangan subsidiari, undang-undang kecil, garis panduan, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan di bawahnya dan mana-mana enakmen seperti perundangan / enakmen negeri.

2.7 Rujukan kepada mana-mana perundangan khusus adalah dimasukkan untuk tujuan

memudahkan sahaja dan hendaklah tidak diambil kira di dalam membuat terjemahan/tafsiran kemudian ini Surat Ikatan Penyerahan Hak.

2.8 Tajuk-tajuk kepada Seksyen Perjanjian ini adalah dimasukkan untuk tujuan memudahkan

sahaja dan tidak bertujuan untuk memberi kesan kepada interpretasi / pentafsiran Perjanjian ini.

2.9 Semua peruntukan di dalam Perjanjian Pinjaman hendaklah dianggap dimasukkan ke

dalam dan adalah membentuk sebahagian dari Surat Ikatan Penyerahan Hak (samada peruntukan tersebut adalah diulang di sini atau tidak) tertakluk kepada pindaan atau perubahan jika perlu untuk memastikan peruntukan Perjanjian Pinjaman tidak bercanggah dengan peruntukan Surat Ikatan Penyerahan Hak.

2.10 Sekiranya berlaku mana-mana konflik atau perselisihan di antara peruntukan Perjanjian

Pinjaman dan Surat Ikatan Penyerahan Hak, peruntukan Perjanjian Pinjaman hendaklah diterimapakai bagi tujuan mentafsirkan dan melaksanakan Surat Ikatan Penyerahan Hak.

3.0 Penyerahan hak Sebagai Sekuriti 3.1 Sebagai jaminan untuk pembayaran Keterhutangan, Penyerah hak sebagai pemilik

benefisial Hartanah dengan ini secara mutlak membuat PENYERAHAN HAK kepada Bank, Hartanah dan semua dan keseluruhan manafaat Perjanjian bersama dengan semua hak, hakmilik dan kepentingan Penyerah hak kemudian ini.

3.2 Walau apa pun Surat Ikatan Penyerahan Hak ini, Penyerah hak hendaklah dan dengan ini

mengaku janji untuk terus mematuhi dan terikat dengan wa’d dan stipulasi-stipulasi yang terkandung di dalam Perjanjian.

3.3 Penyerah hak hendaklah sebagai tambahan kepada Surat Ikatan Penyerahan Hak,

menandatangani dan menyerahkan kepada Bank suatu Surat Kuasa Wakil dalam bentuk dan intipati yang diterima oleh Bank, dengan ini, Penyerah hak dengan cara tidak boleh batal melantik Bank atau mana-mana pihak diberi kuasa oleh Bank buat masa ini sebagai wakil Penyerah hak dan di atas nama Penyerah hak dan bagi pihak Penyerah hak untuk membuat urusan Hartanah.

Page 6: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 5

3.4 Surat Ikatan Penyerahan Hak hendaklah menjadi jaminan berterusan bagi pembayaran balik dan pembayaran Keterhutangan, sama ada sebagai prinsipal atau jaminan sehingga suatu perjanjian bertulis oleh Bank mengenai pelepasan muktamad dan tanpa syarat.

3.5 Semasa Surat Ikatan Penyerahan Hak berterusan, Bank hendaklah mempunyai jagaan dan

milikan ke atas salinan asal Perjanjian Jual Beli dan semua dokumen lain membuktikan mana-mana hakmilik kepada atau hak kepada Hartanah atau mana-mana manafaat atau hak-hak dilampirkan, berkaitan dengannya atau di dalam mana-mana cara berkaitan kemudian darinya.

3.6 Sebagai stipulasi berasingan dan penetapan bebas, sekiranya Penyerah hak bukan

Peminjam, Penyerah hak hendaklah bertanggungjawab di bawah Surat Ikatan Penyerahan Hak sebagai penghutang prinsipal dan bukan setakat sebagai penjamin dan Penyerah hak hendaklah tidak dilepaskan di bawah Surat Ikatan Penyerahan Hak atau tanggungannya kemudian ini terkesan sekiranya Penyerah hak bukan setakat penghutang prinsipal.

3.7 Setelah pembayaran balik kepada Bank semua wang dijamin di bawah Surat Ikatan

Penyerahan Hak, Penyerah hak hendaklah berhak ke atas semua kos dan perbelanjaan (termasuk kos peguamcara bertindak untuk Bank) untuk mendapatkan pelepasan Hartanah dari Bank, pelepasan demikian di dalam bentuk dan kandungan sebagaimana Bank hendaklah di dalam keadaan sedemikian anggap munasabah.

4.0 Menandatangani Gadaian 4.1 Setelah hakmilik individu/strata berasingan Hartanah dikeluarkan, Penyerah hak hendaklah

pada kos dan perbelanjaan sendiri dengan serta merta mengambil pindahmilik dan menandatangani Gadaian terhadap hakmilik individu berasingan/hakmilik strata kepada Hartanah, di dalam format sepertimana yang dikehendaki oleh Bank.

4.2 Sekiranya Penyerah hak gagal atau enggan menandatangani Gadaian, Bank hendaklah

berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang disediakan di bawah Klausa 3.3.

5.0 Representasi, Waranti, Akujanji dan Wa’d oleh Penyerah hak

5.1 Penyerah hak mengakui bahawa Bank telah menerima Surat Ikatan Penyerahan Hak atas

kebergantungan penuh representasi, waranti dan akujanji dibuat oleh Penyerah hak:-

(a) bahawa Surat Ikatan Penyerahan Hak ini adalah sah, berkuatkuasa dan mengikat Penyerah hak.

(b) bahawa penandatangan, penyerahan dan pelaksanaan Surat Ikatan Penyerahan Hak

oleh Penyerah hak:-

(i) tidak akan melanggar peruntukan mana-mana undang-undang atau peraturan atau mana-mana perintah atau dekri mana-mana kerajaan, otoriti, agensi atau Mahkamah yang mengawal Penyerah hak; dan

Page 7: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 6

(ii) tidak akan melanggar peruntukan mana-mana pajakan, kontrak atau akujanji lain atau instrumen yang mana Penyerah hak adalah pihak atau ia mengikat Penyerah hak.

(c ) bahawa Perjanjian Jual Beli yang telah ditandatangani oleh Penyerah hak adalah sah dan menurut undang-undang dan semua kebenaran, kelulusan atau pemberi kuasa oleh mana-mana pihak berkuasa berhubung dengan penandatangan, penyerahan, pelaksanaan, keabsahan dan penguatkuasaan Perjanjian Jual Beli telah diperolehi dan mana-mana syarat-syarat terkandung di dalamnya atau sebaliknya yang dipohon kemudian dari itu telah dipatuhi sepenuhnya.

(d) bahawa Penyerah hak tidak melanggar mana-mana perjanjian yang Penyerah hak

menjadi pihak dan tiada litigasi, timbang tara atau prosiding pentadbiran yang sedang berjalan atau belum selesai atau diancam yang mana litigasi, timbang tara atau prosiding pentadbiran mungkin memberi kesan kepada kesolvensi Penyerah hak dan menghalang kebolehan Penyerah hak untuk melaksanakan obligasi-obligasi Surat Ikatan Penyerahan Hak kemudian dari ini;

(e) bahawa Penyerah hak mempunyai kuasa penuh dan muktamad, hak dan kuasa untuk

menandatangani Surat Ikatan Penyerahan Hak dan hendaklah tidak akan ada individu ataun pihak yang akan mempunyai keutamaan lebih dari Bank berhubung dengan Hartanah;

(f) bahawa semua butiran dan deklarasi yang telah disediakan atau dibuat oleh Penyerah

hak berhubung dengan permohonan Peminjam untuk kemudahan Pinjaman adalah benar, tepat dan betul;

(g) bahawa semua representasi dan waranti sepertimana dinyatakan di dalam Perjanjian

Pinjaman (jika terpakai) hendaklah mengikat Penyerah hak;

(h) bahawa Penyerah hak adalah pemilik benefisial Hartanah pada tarikh kemudian ini, bebas dari sebarang bebanan dan tuntutan apa sahaja dan bahawa:-

(i) tiada berlaku pelanggaran terhadap mana-mana undang-undang atau peraturan

yang memberi kesan secara material dan buruk terhadap nilai Hartanah atau mana-mana bahagian darinya;

(ii) Penyerah hak telah mematuhi dengan dan hendaklah mematuhi dengan semua

kebenaran diperlukan berhubung dengan Hartanah;

(iii) tiada pihak ketiga mempunyai mana-mana kepentingan, hakmilik, tuntutan atau manafaat ke atas Hartanah atau mana-mana bahagian darinya;

(iv) Penyerah hak tidak memasuki mana-mana perjanjian atau susunan (samada

secara lisan atau bertulis) dan Penyerah hak bersetuju untuk menyerah, memindah, menyerah hak, menggadai atau mewujudkan mana-mana bebanan ke atas Hartanah atau mana-mana bahagian darinya.

(v) semua syarat-syarat kegunaan tanah (nyata atau tersirat) berkait dengan

Hartanah dan semua undang-undang, kaedah, peraturan telah dan akan dipatuhi;

Page 8: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 7

(vi) semua cukai pintu dan perbelanjaan pasti yang lain berhubung dengan

Hartanah telah dan hendaklah dibayar sepenuhnya;

(vii) tiada notis perolehan wajib berhubung dengan Hartanah atau mana-mana bahagian darinya telah diterima oleh Penyerah hak;

(viii) sekiranya Hartanah (atau mana-mana bahagian darinya) sedang dibangunkan,

semua kebenaran yang diperlukan berhubung dengan pembangunan hendaklah diperolehi dan masih berterusan pada masa permulaan dan sepanjang masa Hartanah dibangunkan atau bahagian Hartanah kemudian darinya;

(i) jika Penyerah hak adalah pihak selain dari Peminjam, ianya adalah bermanafaat

untuk Penyerah hak menandatangai dan melaksanakan Surat Ikatan Penyerahan Hak ini.

(j) tiada kepentingan sekuriti sedia ada yang mempunyai keutamaan di dalam Surat

Ikatan Penyerahan Hak dan Penyerah hak bersetuju untuk tidak mewujudkan mana-mana kepentingan sekuriti ke atas Hartanah.

5.2 Penyerah hak dengan ini berwa’d dan bersetuju bahawa semasa perjanjian ini berterusan, Penyerah hak hendaklah:-

(a) menduduki di atas Hartanah sebagai penerima lesen Bank dan tanpa hak lain,

sehingga hakmilik geran individu berasingan dikeluarkan dan dipindahmilik kepada Penyerah hak dan Gadaian berpihak kepada Bank didaftarkan;

(b) memenuhi dan mematuhi semua syarat, sekatan-sekatan dan kegunaan Hartanah

secara nyata atau tersirat yang dikenakan ke atas atau berkenaan Hartanah atau oleh Akta-Akta Tanah atau mana-mana undang-undang terpakai;

(c) tidak menggunakan Hartanah dalam cara yang akan membatalkan polisi insuran;

(d) membayar cukai tanah, taksiran, kadar, cukai dan semua perbelanjaan pasti berbayar

ke atas Hartanah berkaitan dengan pihak berkuasa berkenaan atau Pemaju atau Badan Pengurusan Bersama, dari masa ke semasa dan apabila ia hendaklah menjadi perlu dibayar dan berbayar dan akan menyerahkan kepada Bank apabila dituntut semua resit untuk pembayaran tersebut;

(e) memastikan Bank mendapat indemniti terhadap semua tuntutan, tindakan, denda,

penalti dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung, diteruskan atas sebab tiada pembayaran bagi cukai hartanah, kadar, caj, perbelanjaan dan wang dikenakan berhubung dengan Hartanah atau mana-mana bahagian darinya atau untuk pelanggaran atau tidak melaksanakan wa’d, obligasi dan perjanjian terkandung di sini;

(f) mengekalkan mana-mana bangunan, struktur, sekarang atau pada bila-bila masa

kemudiannya dibangunkan di atas atau dilekapkan ke atas Hartanah dalam keadaan boleh disewakan dan baik dan membenarkan Bank pada masa munasabah memasuki Hartanah untuk melihat dan memeriksa keadaan Hartanah. Sekiranya ada

Page 9: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 8

kemungkiran kemudian dari itu, ianya adalah sah tetapi tidak wajib untuk Bank melakukan pembaikian sebagaimana Bank fikirkan perlu pada kos dan perbelanjaan Penyerah hak dan semua wang yang dibelanjakan hendaklah dibayar semula oleh Penyerah hak apabila dituntut dengan faedah pada kadar ditetapkan oleh Bank DENGAN SYARAT bahawa sekiranya Bank memasuki dan melakukan pembaikian ia hendaklah tidak dipertanggungjawab sebagai penerima hak dalam pemilikan.

(g) menyediakan untuk Bank salinan-salinan notis kepada atau daripada semua pihak

berkuasa berkenaan berhubung dengan Hartanah tidak lebih dari tujuh (7) hari dari tarikh notis diterima oleh atau dihantar kepada Penyerah hak dan akan mematuhi dengan semua keperluan kerajaan dan undang-undang dan notis-notis sama ada statutori atau sebaliknya berhubung dengan Hartanah;

(h) memberitahu Bank sekiranya Hartanah atau mana-mana bahagian darinya hendaklah

pada bila-bila masa menjadi inti pati atau dimasukkan ke dalam mana-mana notis, notifikasi atau deklarasi berhubung dengan perolehan oleh kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau mana-mana pertanyaan atau prosiding berhubung dengannya, dan memajukan kepada Bank satu salinan atau salinan-salinan mana-mana notis, notifikasi atau deklarasi sebaik sahaja ia hendaklah dihantar dan diserahkan kepada Penyerah hak. Bank hendaklah berhak di atas perbelanjaan Penyerah hak untuk melantik penasihat dan ejen (termasuk peguamcara dan penilai) sebagaimana ia fikirkan sesuai bagi tujuan menghadirkan diri atau menasihati apabila ada apa-apa pertanyaan atau prosiding memberi kesan, berkaitan atau berhubung mana-mana perolehan. Semua wang diterima sebagai gantirugi terhadap mana-mana perolehan Hartanah atau mana-mana bahagian darinya hendaklah digunakan untuk pelepasan atau pembayaran balik mana-mana wang atau liabiliti dijamin oleh Surat Ikatan Penyerahan Hak. Penyerah hak bersetuju dan mengesahkan bahawa Bank boleh menerima dan membuat pelepasan terhadap semua wang;

(i) melaksanakan, mengamal, melepaskan dan mematuhi semua dan setiap satu tugas,

tanggungajawab, liabiliti, obligasi dan wa’d dikenakan ke atas Penyerah hak oleh Akta-Akta Tanah atau Bangunan & Hartanah Bersama (Penyelenggaraan & Pengurusan Akta 2007) atau undang-undang kecil diluluskan oleh Pemaju atau Badan Pengurusan Bersama, berhubung dengan hak Penyerah hak, penggunaan dan keseronokan mengguna Hartanah dan hartanah am dan tidak akan membuat atau menyebabkan berlaku apa-apa perkara berlawanan atau tidak konsisten dengan tugas disebut sebelum ini, tanggungajawab liabiliti, obligasi dan wa’d berhubung dengan kegunaan, keseronokan dan hak Penyerah hak ke atas Hartanah dan hartanah am oleh Penyerah hak.

(j) mengekalkan polisi insuran ke atas Hartanah terhadap kerugian atau kerosakan oleh

kebakaran dan risiko lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Bank sehingga nilai insuran penuh dengan syarikat insuran yang dibenarkan di atas nama bersama Penyerah hak dan Bank dan akan mendeposit polisi insuran dengan Bank dan akan dari semasa ke semasa membayar premium ke atasnya dan menyerahkan semua resit pembayaran kepada Bank. Sekiranya ada kemungkiran, Bank hendaklah mempunyai kebebasan tetapi tidak bertanggungjawab mengekalkan atau memperbaharui mana-mana polisi insuran Haranah terhadap risiko yang telah diambil insuran ke atasnya sebagaimana Bank fikirkan sesuai, pada kos dan perbelanjaan Penyerah hak;

Page 10: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 9

(k) hendaklah dengan segera membayar sumbangan, langganan, perbelanjaan perlu dibayar dan bayaran ke atas Dana Penyelenggaraan Bangunan, dalam cara dan pada masa sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Pemaju/Penjual atau Badan Pengurusan Bersama, untuk tujuan mengekalkan, mengawal, mengurus dan mentadbir hartanah am bersama, membayar sewa, kadar, taksiran, cukai dan premium insuran dan menjalankan mana-mana obligasi di pihak Penjual atau Badan Pengurusan Bersama. Sekiranya ada kemungkiran, ia hendaklah menjadi sah tetapi tidak wajib bagi Bank untuk membuat pembayaran tersebut atau mana-mana bahagian darinya dan pembayaran hendaklah dianggap sebagai sebahagian wang yang dijamin dengan faedah yang ditetapkan oleh Bank dan hendaklah bagi segala maksud menjadi berbayar dengan serta merta apabila dituntut.

(l) hendaklah pada bila-bila masa melaksanakan dan melakukan semua pindahmilik,

serah hak, jaminan, gadaian, debentur, instrumen, dokumen, tindakan dan perkara sebagaimana diperlukan oleh Bank ke atas semua hak, hakmilik dan kepentingan Penyerah hak dalam mana-mana hartanah atau aset atau perniagaan dipunyai oleh atau akan diperolehi oleh Penyerah hak; dan

(m) hendaklah memberitahu Bank secara bertulis dengan segera mengenai apa-apa

perubahan di dalam alamat Penyerah hak, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Bank dilepaskan dari semua liabiliti dengan menghantar notis ke alamat dan/atau nombor seperti yang didapati di dalam rekod Bank.

5.3 Penyerah hak, semasa Surat Ikatan Penyerahan Hak ini berterusan, hendaklah tidak boleh

tanpa kebenaran Bank terlebih dahulu:-

(a) memindahmilik, menjual, menggadai atau sebaliknya berurusan dengan Hartanah atau mana-mana bahagian darinya atau mana-mana kepentingan terkandung di dalamnya atau membuatnya tertakluk kepada mana-mana tanggungan, gadaian, bebanan, liabiliti atau lien atau membuat mana-mana permohonan untuk mengubah kategori kegunaan tanah atau untuk mengenakan mana-mana kategori kegunaan tanah baru berhubung dengan Hartanah atau untuk membatalkan, memindahkan atau meminda mana-mana syarat atau sekatan melibatkan Hartanah;

(b) pajak atau sewa atau bersetuju untuk memberi pajak atau sewa atau memberi mana-

mana lesen atau sebaliknya melepaskan pemilikan atau membuat atau menerima serahan mana-mana pajakan atau berhubung dengan Hartanah atau mana-mana lekapan atau strukur di atasnya atau mana-mana bahagian kemudian dari itu kepada mana-mana pihak, firma atau syarikat;

(c) merubah Hartanah atau mana-mana bahagian kemudian dari itu atau mana-mana

lekapan sekarang atau pada bila-bila masa kemudian dari ini dibina atau dilekapkan ke Hartanah dan hendaklah kemudian dari ini menggantikan atau membaik pulih sekiranya ada perubahan;

(d) membenarkan mana-mana individu atau pihak selain dari Penyerah hak untuk

menjadi penghuni Hartanah dan sekiranya Hartanah adalah dijual melalui lelongan awam mengikut peruntukan terkandung di sini atau perintah Mahkamah atau Pentadbir Tanah, Penyerah hak hendaklah pada bila-bila masa yang diminta oleh Bank pada kos dan perbelanjaan Penyerah hak menyerahkan milikan kosong

Page 11: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 10

Hartanah kepada Bank atau kepada pihak lain sebagaimana boleh diarahkan oleh Bank;

(e) untuk melakukan atau mengekalkan mana-mana insuran terhadap risiko berhubung

dengan Hartanah bersama dengan mana-mana lekapan atau struktur di atasnya jika Bank telah melaksanakan atau mengekalkan mana-mana insuran sebagaimana dinyatakan.

5.4 ADALAH DIPERSETUJUI bahawa sekiranya Penyerah hak hendaklah melakukan

kemungkiran di dalam pelaksanaan perjanjian dan aku janji terkandung di dalam Surat Ikatan Penyerahan Hak ini, ia hendaklah sah dari segi undang-undang tetapi tidak wajib ke atas Bank untuk meremedi kemungkiran dan mana-mana wang yang telah dibayar atau dibelanjakan oleh Bank bersama dengan faedah kemudian dari itu pada kadar ditetapkan oleh Bank dari tarikh pembayaran hendaklah atas tuntutan dibuat pembayaran balik kepada Bank dan pembayaran balik tersebut hendaklah disifatkan sebagai wang didahulukan oleh Bank kepada Penyerah hak dan hendaklah dianggap sebahagian wang yang dijamin.

6.0 Kejadian Kemungkiran

6.1 Bank hendaklah berhak melaksanakan kesemua / mana-mana remedi tersedia ada sama ada

melalui Surat Ikatan Penyerahan Hak/undang-undang apabila berlaku kejadian berikut:-

(a) Peminjam/mana-mana pihak sekuriti gagal membayar mana-mana amaun perlu dibayar pada tarikh ia perlu dibayar apabila dituntut, sekiranya ia berbayar;

(b) Peminjam/mana-mana Pihak Sekuriti gagal mematuhi/melaksanakan mana-mana perjanjian, wa’d, stipulasi, akujanji, terma dan syarat untuk dipatuhi/dilaksanakan di bawah Perjanjian ini, Perjanjian Jual Beli/ Dokumen Sekuriti;

(c) Peminjam /Pihak Sekuriti / mengumumkan perubahan/ lumrah/ perniagaan/skop

perniagaan;

(d) Peminjam/Pihak Sekuriti melakukan perbuatan kebankerapan/menjadi bankerap/mati/menjadi tidak siuman/dipenjarakan (terpakai untuk Peminjam/Pihak Sekuriti iaitu seorang individu);

(e) Peminjam/Pihak Sekuriti telah digulung/memasuki mana-mana komposisi/susunan

dengan pemiutang/membenarkan mana-mana penghakiman masih tidak diselesaikan/terpakai kepada Mahkamah untuk mana-mana perintah penyekatan/penerima dilantik ke atas aset (terpakai untuk Peminjam/Pihak Sekuriti iaitu sebuah syarikat);

(f) kemudahan Pinjaman telah digunakan untuk mana-mana tujuan selain dari tujuan

dinyatakan di dalam Surat Tawaran;

(g) mana-mana representasi dan waranti di dalam Perjanjian Pinjaman/Surat Ikatan Penyerahan Hak/Dokumen Sekuriti didapati tidak benar, tidak tepat/dimungkiri pada waktu material;

Page 12: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 11

(h) mana-mana maklumat dan dokumen diserahkan kepada Bank oleh Peminjam/Pihak Sekuriti untuk permohonan Pinjaman selepas ini didapati salah, tidak benar, diusik/palsu.

(i) mana-mana Keterhutangan Peminjam perlu dibayar pada waktu tarikh matang;

(j) mana-mana prosiding undang-undang dimulakan terhadap Hartanah oleh mana-

mana pihak/entiti;

(k) mana-mana litigasi/timbang tara dimulakan terhadap Peminjam/Pihak Sekuriti yang dianggap oleh Bank memberi kesan buruk kepada keupayaan Peminjam/Pihak Sekuriti untuk melaksanakan obligasi di bawah Perjanjian ini/mana-mana Dokumen Sekuriti/sebaliknya;

(l) mana-mana tindakan undang-undang, prosiding/saman dimulakan oleh

Peminjam/Pihak Sekuriti terhadap Bank berhubung dengan kemudahan Pinjaman/Hartanah.

(m) mana-mana tindakan undang-undang, prosiding/saman adalah dimulakan oleh mana-

mana pihak ketiga terhadap Bank berhubung dengan kemudahan Pinjaman/Hartanah. 7.0 Remedi Bank 7.1 Atas tuntutan dan/atau berlaku mana-mana Kejadian Kemungkiran sebagaimana

dinyatakan di dalam Perjanjian Pinjaman, Bank hendaklah berhak melaksanakan semua atau mana-mana hak-hak dan kuasa berikut:-

(a) hak dan kuasa untuk menjual, menyerah hak, menggadai atau dalam apa-apa cara jua

menjual atau berurusan dengan Hartanah sebagai pemilik tanpa sebarang sekatan kemudian dari ini pada harga, samada melalui lelongan awam atau triti persendirian dengan atau tanpa pengiklanan atau penilaian dan dalam cara dan tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana Bank hendaklah dalam budibicaranya anggap sesuai;

(b) menyewa, memajak Hartanah atau mana-mana bahagian kemudian dari itu tertakluk kepada terma sebagaimana Bank menganggap sesuai;

(c) menuntut dan menerima hasil sewa berhubung dengan Hartanah dari penghuni

sekarang dan/atau membatalkan penyewaan;

(d) lain-lain hak dan remedi sepertimana diperuntukan di bawah undang-undang.

DAN Penyerah hak bersetuju, berwa’d dan beraku janji untuk membuat dan melaksanakan semua tindakan, surat ikatan, instrumen dan perkara yang Bank mungkin perlukan atau tetapkan untuk tujuan memberi kesan dan atau menyempurnakan transaksi disebut di dalam klausa ini atau di dalam Perjajian Jual Beli.

7.2 Bagi mengelakkan keraguan, Bank hendaklah berhak melaksanakan semua remedi tersedia ada secara bersama atau selepas selesai setiap satu, pada budibicaranya.

Page 13: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 12

7.3 Setelah penjualan Hartanah, Bank hendaklah menggunakan hasil penjualan dalam cara berikut:-

PERTAMA untuk pembayaran semua kos, caj dan perbelanjaan

ditanggung dan pembayaran dibuat oleh Bank di bawah peruntukan Perjanjian Pinjaman atau mana-mana Dokumen Sekuriti berkenaan (sekiranya ada) dan mana-mana cukai berbayar di bawah mana-mana undang-undang bertulis pada masa material berkuatkuasa berhubung dengan pelupusan Hartanah;

KEDUA

untuk pembayaran kepada Bank semua faedah terakru dan masih tidak dibayar berhubung dengan kemudahan Pinjaman atau baki kemudian dari itu pada masa material terhutang.

KETIGA untuk pembayaran kepada Bank amaun prinsipal atau baki yang masih belum dibayar di bawah kemudahan Pinjaman.

KEEMPAT

Mana-mana lebihan hendaklah dibayar kepada pihak yang berhak kemudian itu.

DENGAN SYARAT BAHAWA sekiranya Bank hendaklah berpendapat bahawa sekuriti adalah tidak mencukupi, pembayaran boleh dibuat kepada Bank untuk prinsipal sebelum faedah tetapi perubahan di dalam susunan pembayaran hendaklah tidak memprejudiskan hak Bank untuk menerima amaun penuh yang sepatutnya ia berhak untuk terima sekiranya susunan pembayaran dipatuhi atau selepas Hartanah dilupuskan atau amaun yang diperolehi dari pelupusan Hartanah mungkin mencukupi untuk menyelesaikan pembayaran.

7.4 Sekiranya amaun yang diperolehi oleh Bank hasil dari penjualan Hartanah adalah kurang

dari amaun yang perlu dibayar kepada Bank. Penyerah hak hendaklah bertanggungjawab membayar kepada Bank perbezaan di antara amaun yang perlu dibayar dan amaun diperolehi dan sehingga pembayaran penuh dan akan membayar faedah atas baki pada kadar ditetapkan oleh Bank.

8.0 Ubahsuaian Dan Kelonggaran 8.1 Bank boleh pada bila-bila masa dan tanpa memberi kesan kepada sekuriti yang diwujudkan

dalam apa-apa cara dan tanpa memberi notis terdahulu kepada Penyerah hak:-

(a) menetapkan, mempelbagaikan, mengubahsuai, menstruktur semula, mengurang atau menambah amaun dan kadar faedah kemudahan Pinjaman atau mana-mana bentuk kredit dijamin di bawah Surat Ikatan Penyerahan Hak dan boleh membuka dan/atau meneruskan mana-mana akaun di mana-mana cawangan atau cawangan-cawangan Bank;

(b) memberi kepada Penyerah hak atau kepada mana-mana penjamin apa-apa lanjutan masa atau kelonggaran;

Page 14: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 13

(c) berurus dengan, menukar, melepaskan atau mengubahsuai atau menahan dari menyempurnakan atau melaksanakan mana-mana sekuriti atau jaminan-jaminan lain atau hak-hak pada waktu sekarang atau pada bila-bila masa kemudian dari ini yang ada padanya atau terhadap Penyerah hak atau mana-mana pihak lain;

(d) mempelbagaikan terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian Pinjaman dan/atau Surat

Ikatan Penyerahan Hak. 8.2 (a) mana-mana notis diperlukan atau dibenarkan untuk diserahkan oleh Bank mengikut

Surat Ikatan Penyerahan Hak ini termasuk surat cara kausa pemula untuk mana-mana prosiding undang-undang dimulakan oleh Bank di bawah Surat Ikatan Penyerahan Hak atau Perjanjian Pinjaman hendaklah diserahkan di dalam cara sebagaimana dinyatakan di dalam Perjanjian Pinjaman.

(b) mana-mana surat tuntutan, notis, penyata, peringatan atau sijil diperlukan untuk

diberi kepada Bank di bawah Surat Ikatan Penyerahan Hak hendaklah tidak perlu dibuat dengan tandatangan mana-mana pegawai atau wakil Bank jika ia dinyatakan bahawa dokumen adalah dikeluarkan oleh komputer dan tandatangan tidak diperlukan.

8.3 Sekuriti, liabiliti dan/atau obligasi diwujudkan oleh Surat Ikatan Penyerahan Hak ini

hendaklah terus sah dan mengikat bagi semua tujuan tanpa mengira mana-mana perubahan:-

(a) oleh penyatuan/pembentukan semula perniagaan Bank; dan

(b) oleh penyatuan, kebankerapan, mati, tidak siuman, pemerbadanan, likuidasi,

pembentukan semula atau penggulungan atau di dalam nama, gaya, penubuhan atau komposisi Penyerah Hak.

9.0 Pendedahan Maklumat 9.1 Penyerah hak memberi kebenaran kepada Bank untuk mendedah, pada budibicara Bank,

semua/mana-mana maklumat dan dokumen berhubung dengan Surat Ikatan Penyerahan Hak ini:-

9.1.1 waris terdekat/pentadbir/wasi/benefisiari Penyerah hak/peguamcara bertindak

bagi pihak mereka dalam memohon ke mahkamah untuk perintah mahkamah/pihak yang memohon untuk perintah mahkamah berhubung dengan estet Penyerah hak;

9.1.2 BNM/pihak berkuasa lain berkenaan bertindak di bawah kuasa-kuasa yang diberi

di bawah mana-mana undang-undang terpakai;

9.1.4 penginsurer, broker, adjuster kerugian mengikut mana-mana tuntutan dibuat oleh Bank di bawah polisi insuran berhubung dengan kemudahan Pinjaman;

9.1.5 tujuan mana-mana saman undang-undang/prosiding difailkan oleh Bank terhadap

mana-mana pihak ketiga untuk mendapatkan gantirugi atas kerugian di bawah Surat Ikatan Penyerahan Hak/Pinjaman/Hartanah.

Page 15: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 14

9.1.6 pihak polis/pihak berkuasa siasatan lain, untuk tujuan siasatan terhadap mana-mana jenayah (termasuk mana-mana wang gubahan haram dan aktiviti pembiayaan keganasan) samada oleh Peminjam/Penyerah hak/sebaliknya;

9.1.7 pihak polis/pihak berkuasa siasatan lain untuk tujuan memfailkan laporan relevan

oleh Bank dan siasatan kemudian dari ini, sekiranya Bank berpendapat bahawa jenayah telah dilakukan/untuk mencegah/mendapat kembali mana-mana kerugian ditanggung oleh Bank/atau mencegah jenayah;

9.1.8 mana-mana pihak yang ingin mendapatkan Hartanah melalui

lelongan/penjualan/mana-mana pihak yang ingin memperoleh kepentingan Bank, aset dan liabiliti di bawah Surat Ikatan Penyerahan Hak/Keterhutangan/Hartanah;

9.1.9 mana-mana pihak pada masa hadapan mungkin menyatakan niat untuk

memperoleh mana-mana kepentingan/pegangan syer di dalam Bank/mengikut mana-mana cadangan susunan, gabungan, pemerolehan/penstrukturan di antara Bank dan pihak berkenaan;

9.1.10 penasihat professional luar pihak Bank dan Kumpulan AmBank.

9.2 Sekiranya mana-mana prosiding dimulakan oleh Bank terhadap Penyerah hak di bawah

Surat Ikatan Penyerahan Hak untuk mendapat kembali Keterhutangan atau mengikut hak-hak dan remedi di bawah Surat Ikatan Penyerahan Hak, Penyerah hak memberi kebenaran kepada Bank untuk mendedahkan butiran, maklumat berhubung dengan Penyerah hak dan suratcara kausa berkaitan dengan prosiding undang-undang kepada mana-mana agensi laporan kredit di Malaysia.

10.0 Notis 10.1 Penyerah hak hendaklah dengan segera memberitahu Bank secara bertulis mengenai mana-

mana perubahan di dalam alamat Penyerah hak, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Bank hendaklah dilepaskan dari segala liabiliti dengan menghantar mana-mana notis ke alamat terkini dan/atau nombor tercatit di dalam rekod Bank.

10.2 Tiada perubahan di dalam alamat Penyerah hak walaubagaimanapun isu ini ditimbulkan

hendaklah memberi kesan dan mengikat Bank, kecuali notis mengenai perubahan alamat telah diterima dan diakui penerimaan oleh Bank.

10.3 Semua notis oleh Penyerah hak kepada Bank hendaklah diserahkan ke atas cawangan Bank

di tempat kemudahan Pinjaman dikekalkan. 10.4 Bank boleh memberi mana-mana notis sebagaimana diperlukan untuk kepada Penyerah

hak dengan menghantar notis melalui surat dihantar dengan pos biasa/serahan kediri ke alamat Penyerah hak terdapat di dalam rekod Bank. Notis hendaklah disifatkan telah diserahkan ke atas Penyerah hak pada hari ke lima selepas surat diposkan atau jika diserahkan kepada Bank melalui serahan kediri, pada hari ia diserahkan.

Page 16: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 15

11.0 Resolusi Pertelingkahan 11.1 Semua aduan dari Penyerah hak terhadap Bank mengenai Surat Ikatan Penyerahan Hak

hendaklah dialamatkan secara bertulis ke: P.O. Box 12617 GPO Kuala Lumpur/Nombor fax: 03-21713171/alamat email: [email protected].

11.2 Sekiranya mana-mana aduan oleh Penyerah hak tidak dapat diselesaikan oleh Bank atau

Penyerah hak tidak berpuashati dengan keputusan Bank berhubung dengan aduan, Penyerah hak boleh merujuk kepada BNM bahagian aduan BNMLINK di Walk-in Customer Service Centre, Groudn Floor, D Block, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur, Tel: BNMTELELINK at 1-300-88-5465 Email: [email protected]

11.3 Surat Ikatan Penyerahan Hak ini hendaklah dikawal oleh dan ditaksirkan mengikut

undang-undang Malaysia. 11.4 Semua suratcara kausa pemula untuk mana-mana prosiding undang-undang yang

dimulakan oleh Bank terhadap Peminjam di bawah Surat Ikatan Penyerahan Hak Gadaian hendaklah diserahkan kepada alamat Penyerah hak terdapat di dalam rekod Bank.

11.5 Semua suratcara kausa pemula untuk mana-mana prosiding undang-undang yang

dimulakan oleh Penyerah hak terhadap Bank di bawah Surat Ikatan Penyerahan Hak, Gadaian hendaklah diserahkan secara serahan kediri/AR pos berdaftar ke alamat berdaftar Bank, pada masa ini ialah 22nd Floor, Bangunan AmBank Group, No.55, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Penyerah hak bersetuju untuk tidak menyerahkan suratcara kausa pemula ke cawangan Bank. Serahan sedemikian hendaklah dianggap sebagai serahan tidak sah ke atas Bank.

12.0 TERMA AM 12.1 Di dalam mana-mana prosiding undang-undang berkaitan dengan Surat Ikatan

Penyerahan Hak, surat tuntutan, notis, penyataan, peringatan atau sijil iaitu:

(a) ditandatangani oleh pegawai atau peguamcara atau ejen-ejen lain yang dilantik oleh Bank;

(b) dalam bentuk dokumen dicetak oleh komputer dari Bank yang tidak memerlukan

tandatangan;

hendaklah menjadi muktamad dan mengikat Penyerah hak sebagai bukti muktamad Keterhutangan di dalam mahkamah undang-undang, kecuali naba-mana kesilapan jelas.

12.2 Kegagalan/kelewatan oleh Bank di dalam melaksanakan mana-mana hak, diberi hak,

otoriti/kuasa diberi kepada Bank kemudian ini hendaklah berhasil sebagai pengecualian kemudian dari itu.

12.3 Semua kos, caj dan perbelanjaan yang ditanggung/diberi oleh Bank di bawah Surat

Ikatan Penyerahan Hak, secara nyata atau tersirat hendaklah berbayar oleh Penyerah hak kepada Bank apabila dituntut dan hendaklah menanggung faedah kemudian itu sekiranya tidak dibayar pada masa ia perlu dibayar.

Page 17: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 16

12.4 Bank boleh menyerah hak dan/atau memindahmilik hak dan obligasi di bawah Surat Ikatan Penyerahan Hak/mana-mana bahagian darinya, pada budibicara mutlaknya yang dianggap sesuai, kepada penerima serah hak/penerima pindahmilik. Penyerah hak tidak akan menyerah hak mana-mana haknya di bawah Perjanjian ini.

12.5 Mana-mana terma /syarat /stipulasi /peruntukan /wa’d /akujanji /representasi yang

terkandung di dalam Perjanjian ini yang dianggap tidak sah, dilarang/tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana tribunal/mahkamah mempunyai bidangkuasa kompeten hendaklah tidak memberi kesan setakat ketidak sahan, terbatal, dilarang/tidak dapat dilaksanakan, tanpa membatalkan baki peruntukan lain kemudian ini.

12.6 Bank hendaklah tidak dipertanggungajawab untuk mana-mana kegagalan di pihaknya

untuk melaksanakan mana-mana obligasi di dalam ini disebabkan secara lansung atau tidak lansung oleh tindakan atau tiada tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau tempatan atau mana-mana mogok, boikot, kepungan, force majeure, kekacauan awam, atau sebab-sebab yang di luar kawalan Bank.

12.7 Surat Ikatan Penyerahan Hak ini hendaklah mengikat wakil persendirian, penerima

serah hak dibenarkan dan pengganti dalam hakmilik dan penerima serah hak Bank. 12.8 Masa di mana sahaja yang dinyatakan adalah intipati Surat Ikatan Penyerahan Hak. 12.9 Bank hendaklah berhak pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu kepada Penyerah hak

untuk mensetem Perjanjian Pinjaman sekiranya jumlah keseluruhan wang didahulukan kepada atau perlu dibayar dan terhutang oleh Peminjam melebihi had prinsipal bagi Perjanjian Pinjaman yang telah disetem dan sehingga pembayaran hendaklah menjadi sebahagian wang yang dijamin oelh Surat Ikatan Penyerahan Hak dan Dokumen Sekuriti.

12.10 Adalah dipersetujui dengan nyata dan diisytiharkan bahawa pihak-pihak yang

menandatangani dokumen ini boleh dipertanggungjawab sebalik dari Peminjam atau bersama dengan Peminjam kepada Bank untuk amaun perlu dibayar dan terhutang dari Peminjam kepada Bank. Penandatangan dokumen ini adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang sebelum menandatangani dokumen ini.

12.11 Perjanjian Pinjaman, Surat Ikatan Penyerahan Hak, dan Dokumen Sekuriti lain adalah

instrumen-instrumen yang digunakan untuk satu transaksi untuk menjamin semua wang atau liabiliti termasuk faedah kemudian ini sebagaimana sekarang atau dari semasa ke semasa perlu dibayar atau terhutang di bawah Perjanjian Pinjaman dalam maksud Seksyen 4 (3) Akta Setem 1949 (Digabungkan dan Disemak, 1989). Untuk tujuan Seksyen tersebut, Perjanjian Pinjaman adalah disifatkan sebagai instrumen prinsipal atau utama dan Surat Ikatan Penyerahan Hak ini, dan Dokumen Sekuriti lain disifatkan sebagai instrumen tambahan atau subsidiari.

Page 18: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 17

13.0 Cukai Barang-Barang Dan Perkhidmatan (CBP)

Selain dari dinyatakan sebaliknya di dalam Surat Ikatan Penyerahan Hak, pihak-pihak bersetuju bahawa yuran dan apa-apa wang lain berbayar di bawah Surat Ikatan Penyerahan Hak ini oleh Penyerah hak adalah tidak termasuk CBP sebagaimana yang terpakai di bawah peruntukan Undang-undang CBP dan CBP hendaklah ditanggung oleh Peminjam dan atau Penyerah hak.

______________________________________________________________________________

(baki halaman ini sengaja dibiarkan kosong)

Page 19: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 18

DENGAN MENYAKSIKAN Penyerah hak dan Wakil Bank telah menandatangani Surat Ikatan Penyerahan Hak pada hari dan tahun sebagaimana dinyatakan di Seksyen 1 Jadual Pertama. DITANDATANGANI oleh ] AmBank (M) Berhad (Company No: 8515-D) DAN ] oleh Wakilnya Oleh Wakil sebagai Wakil Bank ] ] Di Hadapan:- ] (Penyerah hak adalah individu) DITANDATANGANI oleh ] Penyerah hak ]

] ] Di Hadapan:- ] (Penyerah hak adalah syarikat) Cap Meterai ] Penyerah hak ] telah diletakkan menurut ] kaedah dan peraturan ] Di Hadapan:- ] ________________________ _________________________ Pengarah Pengarah/Setiausaha

Page 20: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 19

JADUAL PERTAMA (hendaklah dibaca dan ditafsirkan sebagai bahagian penting Surat Ikatan Penyerahan Hak)

Seksyen Perkara Butiran 1.

Tarikh Surat Ikatan Penyerahan Hak

2.

Perihal Penyerah hak

Nama: Kad Pengenalan: Alamat:

3.

Perihal Penjual (*untuk subsale, pembiayaan semula, masukkan siri instrumen Jual Beli dan Perjanjian Jual Beli terkini)

4.

Perihal Hartanah

5.

Perihal Penjual/Pemaju/Pemilik/ Kontraktor

(a) Penjual Nama: No Kad Pengenalan: Alamat: (b) Pemaju

Nama: Alamat: (c ) Pemilik Nama: Alamat: (c) Kontraktor

Nama: Alamat:

6.

Perihal Peminjam

Nama: Kad Pengenalan: Alamat:

Page 21: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 20

WA’D OLEH PEMINJAM (Terpakai untuk Surat Ikatan Penyerahan Hak pihak ketiga)

Saya/Kami, Peminjam yang diperihalkan di dalam Seksyen 6 Jadual Pertama dengan ini mengaku, bersetuju, berwa’d dan beraku janji bahawa Saya/Kami hendaklah mematuhi, melaksanakan dan terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat dinyatakan di dalam Surat Ikatan Penyerahan Hak dan berwa’d akan mendapatkan Penyerah hak mematuhi dan melaksanakan terma-terma di dalam Surat Ikatan Serak Hak. DITANDATANGANI oleh ] PEMINJAM ]

] ] Di Hadapan:- ] Cap Meterai ] PEMINJAM ] telah diletakkan menurut ] kaedah dan peraturan ] Di Hadapan:- ] ________________________ _________________________ Pengarah Pengarah/Setiausaha

Page 22: SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK - ambankgroup.com IKATAN SE… · berhak, tetapi tidak diwajibkan menandatangani Gadaian di bawah Surat Kuasa Wakil yang ... dan menurut undang-undang

RB-DOA-04-2015(BM) 21

SURAT KEBENARAN DAN AKU JANJI To: Kami, dengan in memberi kebenaran kepada penyerahan hak melalui Surat Ikatan Penyerahan Hak dan dengan ini mengaku bahawa pada hb , Surat Ikatan Penyerahan Hak ini telah ditunjukkan dengan cara menyerahkan satu salinan kemudian ini dan kami telah maklum dan merekodkan perkara ini dan kami dengan ini bersetuju, berwa’d dan mengaku janji untuk menandatangani dan menyerahkan Memorandum Pindahmilik Hartanah yang sah dan boleh berdaftar berpihak kepada Penyerah Hak bersama dengan geran hakmilik individu berasingan bebas dari mana-mana bebanan setelah ia dikeluarkan kepada Bank dan/atau peguamcaranya untuk menguruskan pendaftaran Memorandum Pindahmilik kemudian dari ini. DITANDATANGANI oleh ] Bagi pihak PEMAJU/ ] PENJUAL ] ] Di Hadapan:- ] DITANDATANGANI oleh ] Bagi pihak PEMILIK ]

] ] Di Hadapan:- ]