Surat Izin Suamiiiiiii

3
Alamat suami .......................................................................... .......................................................................... ............ Ketua Sektor, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuaan, 62604, Putrajaya 4 September 2015 Tuan, KEIZINAN PERTUKARAN SEKOLAH Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan permohonan pertukaran sekolah isteri saya, NAMA ISTERI melalui laman web E-GTukar No. Permohonan W2XXXXXXX adalah berkaitan. 2. Sukatcita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas memberi keizinan kepada isteri saya, NAMA ISTERI, (No. Kad Pengenalan ) yang kini bertugas di Sekolah Kebangsaan XXXXXXr untuk berpindah ke mana-mana sekolah di dalam daerah MANA. 3. Untuk makluman tuan, saya mewakili isteri saya berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan perpindahan ini atas sebab-sebab berikut : i. Bakal menimang cahaya mata yang pertama pada bulan Disember 2015. Jadi wajarlah sekiranya saya dapat menjaga anak dan isteri saya. Hal ini dapat meringankan bebanan tanggungjawab isteri saya dalam menjaga anak kerana tiada pengalaman menguruskan anak dan perlu menguruskannya seorang diri. Disamping itu juga, isteri saya tidak perlu menggunakan Cuti Rehat Khas yang dibekalkan hanya 9 hari sekaligus sekiranya terjadi perkara-perkara yang tidak diingini melibatkan perihal anak pada masa akan datang. Hal ini dapat mengelakkan prestasi kerja isteri saya menurun apabila tertekan dengan keadaan semasa.

description

surat izin suami

Transcript of Surat Izin Suamiiiiiii

Page 1: Surat Izin Suamiiiiiii

Alamat suami

................................................................................................................................................................

Ketua Sektor,

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,

Kementerian Pelajaran Malaysia,

Aras 4, Blok E2, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuaan,

62604, Putrajaya                                                                                                 4 September 2015

Tuan,

KEIZINAN PERTUKARAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan permohonan pertukaran

sekolah isteri saya, NAMA ISTERI melalui laman web E-GTukar No. Permohonan W2XXXXXXX

adalah berkaitan.

2. Sukatcita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas memberi keizinan kepada isteri saya,

NAMA ISTERI, (No. Kad Pengenalan ) yang kini bertugas di Sekolah Kebangsaan XXXXXXr untuk

berpindah ke mana-mana sekolah di dalam daerah MANA.

3. Untuk makluman tuan, saya mewakili isteri saya berharap agar pihak tuan dapat meluluskan

permohonan perpindahan ini atas sebab-sebab berikut :

i. Bakal menimang cahaya mata yang pertama pada bulan Disember 2015. Jadi wajarlah

sekiranya saya dapat menjaga anak dan isteri saya. Hal ini dapat meringankan bebanan

tanggungjawab isteri saya dalam menjaga anak kerana tiada pengalaman menguruskan

anak dan perlu menguruskannya seorang diri. Disamping itu juga, isteri saya tidak perlu

menggunakan Cuti Rehat Khas yang dibekalkan hanya 9 hari sekaligus sekiranya terjadi

perkara-perkara yang tidak diingini melibatkan perihal anak pada masa akan datang. Hal ini

dapat mengelakkan prestasi kerja isteri saya menurun apabila tertekan dengan keadaan

semasa.

ii. Sekolah di mana tempat isteri saya mengajar telah terpilih dalam Program Sekolah

Transformasi mulai tahun hadapan dan hal ini menjadi kekangan kepada isteri saya untuk

memohon pertukaran sekolah setelah program tersebut dijalankan. Tidak wajar seorang

anak berjauhan dengan bapanya selama 3 tahun selepas ini dan menjadi tanggungjawab

seorang isteri untuk berada di sisi suaminya.

Page 2: Surat Izin Suamiiiiiii

iii. Salah seorang daripada kami terpaksa berulang alik dari Pasir Gudang ke Kuala Lumpur

atau Kuala Lumpur ke Pasir Gudang. Pada permulaannya, ia tidaklah mendatangkan

masalah tetapi apabila memikirkan masa hadapan disamping bakal menimang cahaya mata

pada hujung tahun ini, adalah menjadi satu tekanan kepada kami terutamanya memikirkan

keselamatan anak sepanjang perjalanan. Prestasi kerja juga menurun kerana penat

berulang alik samada menggunakan kenderaan awam mahupun kenderaan sendiri.

iv. Kami terpaksa menyewa dua buah rumah iaitu di Pasir Gudang seperti alamat diatas dan

satu lagi di ALAMAT RUMAH. Keselamatan isteri saya juga menjadi keutamaan saya

kerana menyewa bersama rakan, dan jika terjadi apa-apa kecemasan saya tiada di sisi.

v. Port kerja saya hanya terdapat di Pasir Gudang tiada di kawasan Kuala Lumpur dan

sekitarnya. Jadi tinggilah harapan saya untuk meletakkan harapan supaya isteri saya dapat

bertukar kemana-mana sekolah berdekatan di dalam Daerah Pasir Gudang.

4. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar permohonan perpindahan isteri saya berhampiran

dengan rumah kediaman saya di Pasir Gudang mendapat pertimbangan sewajarnya dan seterusnya

diluluskan oleh pihak tuan. Saya juga berharap pihak tuan meluluskan permohonan isteri saya

kerana ini adalah peluang kali terakhir untuk isteri saya membuat permohonan sebelum Program

Transformasi Sekolah bermula pada tahun hadapan dan terpaksa menunggu 3 tahun lagi untuk

membuat permohonan pertukaran.

5. Sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi

kami di talian NO TEL (NAMA SUAMI) atau NO TEL (NAMA ISTERI). Segala kerjasama daripada

pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

-------------------------

(NAMA SUAMI)