surat kepada YDP

2
Sekolah Menengah Kebangsaan Serian Jalan Ilmu, 94700, Serian, Sarawak. Tuan, JEMPUTAN KE MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA PMR, SPM DAN STPM 2010 Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman Tuan, pada tahun ini Persatuan pelajar Islam SMK Serian menganjurkan Majlis Solat Hajat sempena PMR, SPM dan STPM sebagai sebahagian daripada usaha menjelang peperiksaan yang mendatang. Sehubungan dengan itu, kami dengan besar hati mempelawa tuan bersama-sama menjayakan Majlis Solat Hajat yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut; Tarikh : 30 September 2010 ( Khamis) Masa : 6.15 petang Tempat : Dewan Sri Sadong 3. Objektif majlis tersebut adalah seperti berikut; i. Memohon kepada Allah s.w.t agar pelajar-pelajar SMKS mendapat kecemerlangan di dalam peperiksaan. ii. Melatih warga SMKS supaya sentiasa memohon kepada Allah s.w.t. iii. Merapatkan hubungan silaturrahim antara warga pendidik SMKS dan ibu bapa pelajar. 4. Kami amat mengalu-alukan kehadiran pihak tuan ke majlis tersebut. Atas segala sokongan padu dan keprihatinan pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

description

surat jemputan ke majlis solat hajat

Transcript of surat kepada YDP

Page 1: surat kepada YDP

Sekolah Menengah Kebangsaan SerianJalan Ilmu, 94700, Serian, Sarawak.

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS SOLAT HAJAT SEMPENA PMR, SPM DAN STPM 2010

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan, pada tahun ini Persatuan pelajar Islam SMK Serian menganjurkan Majlis Solat Hajat sempena PMR, SPM dan STPM sebagai sebahagian daripada usaha menjelang peperiksaan yang mendatang. Sehubungan dengan itu, kami dengan besar hati mempelawa tuan bersama-sama menjayakan Majlis Solat Hajat yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut;

Tarikh : 30 September 2010 ( Khamis)Masa : 6.15 petangTempat : Dewan Sri Sadong

3. Objektif majlis tersebut adalah seperti berikut;

i. Memohon kepada Allah s.w.t agar pelajar-pelajar SMKS mendapat kecemerlangan di dalam peperiksaan.

ii. Melatih warga SMKS supaya sentiasa memohon kepada Allah s.w.t.iii. Merapatkan hubungan silaturrahim antara warga pendidik SMKS dan ibu bapa pelajar.

4. Kami amat mengalu-alukan kehadiran pihak tuan ke majlis tersebut. Atas segala sokongan padu dan keprihatinan pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 

( Ustaz Kusairi Bin Jawawi)Guru PenasihatPersatuan Pelajar IslamSMK Serian