Surat LCD Mains

download Surat LCD Mains

of 2

description

a

Transcript of Surat LCD Mains

Tarikh: 10 OGOS 2015.

Kepada,

Tuan Pengarah,

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan,

Melalui,

Yang Dipertua PIBG,

Sekolah Kebangsaan Paroi,

70400 Seremban,

Negeri Sembilan DarulKhusus.

Melalui,

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Paroi,

70400 Seremban,

Negeri Sembilan.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PEMBELIAN 2 BUAH LCD PROJEKTOR UNTUK MAKMAL KOMPUTER DAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MURID (PDP)Perkara di atas adalah dirujuk.

2.Pihak kami menghadapi masalah kerana LCD projektor sekolah yang sedia ada tidak jelas paparannya dan akan rosak sepenuhnya pada bila-bila masa sahaja. Tambahan pula, ia adalah LCD projektor kohort PPSMI yang kebanyakannya telah lama rosak.

3.Masalah kekurangan LCD projektor bertambah buruk apabila jumlah LCD projektor yang masih boleh berfungsi dalam keadaan seperti di atashanya tinggal 2 buah sahaja.Oleh itu, kami memohon sumbangan untuk 2 buah LCD projektor bagi menampung kekurangan tersebut. (Sila rujuk lampiran kertas cadangan)

4.Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dengan sewajarnya untuk kemajuan pendidikan murid-murid sekolah ini. Kerjasama dan bantuan pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terimakasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang Benar,

(NORAZLAN BIN ISMAIL)

Penyelaras ICT,

SekolahKebangsaanParoi.