Surat Muzium Padi

2
Prasekolah, Sekolah Kebangsaan IPGM Perlis, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis. Lembaga Muzium Padi Negeri Kedah Darul Aman, Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman. 27 Jun 2012 Tuan/Puan, Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Padi Negeri Kedah Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan IPGM Perlis akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Padi Negeri Kedah. 2. Lawatan ini bertujuan untuk member pendedahan kepada murid-murid Prasekolah Sekolah Kebangsaan IPGM Perlis yang berumur 6 tahun tentang dunia luar selain daripada pembelajaran di dalam kelas. 3. Untuk makluman tuan/puan, berikut adalah butir-butir lawatan kami : Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa) Masa : 9.30 pagi Bilangan : 43 orang murid dan 10 orang guru pengiring

Transcript of Surat Muzium Padi

Page 1: Surat Muzium Padi

Prasekolah,

Sekolah Kebangsaan IPGM Perlis,

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Jalan Behor Pulai,

01000 Kangar, Perlis.

Lembaga Muzium Padi Negeri Kedah Darul Aman,

Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata,

05100 Alor Setar,

Kedah Darul Aman. 27 Jun 2012

Tuan/Puan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Padi Negeri Kedah

Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan IPGM

Perlis akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Padi Negeri Kedah.

2. Lawatan ini bertujuan untuk member pendedahan kepada murid-murid Prasekolah

Sekolah Kebangsaan IPGM Perlis yang berumur 6 tahun tentang dunia luar selain daripada

pembelajaran di dalam kelas.

3. Untuk makluman tuan/puan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :

Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)

Masa : 9.30 pagi

Bilangan : 43 orang murid dan 10 orang guru pengiring

4. Di sini juga pihak kami akan sertakan tentatif lawatan yang kami cadangkan. Pihak

tuan/puan boleh membuat perubahan dan cadangan yang difikirkan bersesuaian.

5. Kami amat berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Segala

jasa dan perhatian pihak tuan/puan amat kami hargai.

Yang benar,

(CIK ELINA ZALIHA BT MAHIZAN)

Setiausaha,

Program Lawatan Sambil Belajar,

Page 2: Surat Muzium Padi

Prasekolah Sekolah Kebangsaan IPGM Perlis.