Surat Pakaian Rasmi Pengawas Pss

2
Ruj. Kami: CEA 4096/02/05/03 ( ) Tarikh : 23 September 2013 PENGARAH PELAJARAN PAHANG Daftar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 25050 KUANTAN Tuan, PERTUKARAN PAKAIAN RASMI PENGAWAS PUSAT SUMBER. Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pakaian rasmi Pengawas Pusat Sumber Sekolah Menengah Padang Garuda untuk tahun 2014 adalah seperti berikut: 3. 3.1 Pakaian (Lelaki) : Kemeja bewarna merah hati ( maroon) berlengan panjang : Seluar panjang bewarna hitam 3.2 Pakaian (Perempuan) : Baju kurung bewarna merah hati ( maroon) : Kain Sarung bewarna hitam 3.3 Tali Leher : Berwarna hitam 3.4 Kasut : Kanvas bewarna hitam : Stokin putih 3.5 Tudung : Merah gelap merah hati ( maroon) (senang sarung) 4. Pertukaran pakaian rasmi ini kerana pihak pusat sumber inginkan kelainan agar pengawas mendapat semangat baru dalam menjalankan tugas. Selain itu pertukaran ini adalah disebabkan berlakunya ketidakseragaman pakaian antara pengawas akibat daripada kesukaran mencari warna fabrik yang sama dan sesuai. 5. Diharapkan pakaian rasmi pengawas pusat sekolah yang baru ini dapat memberi semangat kepada pengawas agar dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, jujur dan ikhlas setiap masa. 6. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan berkaitan perkara di atas diucapkan jutaan terima kasih. Sekian. PUSAT SUMBER SMK PADANG GARUDA “PEMANGKIN KECEMERLANGAN” Saya yang menurut perintah, (NOR AINI BINTI MD SALLEH) Pengetua SMK Padang Garuda SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG GARUDA, JALAN LAPANGAN TERBANG SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KAMPUNG PANDAN SATU, 26070 KUANTAN PAHANG DARULMAKMUR.

Transcript of Surat Pakaian Rasmi Pengawas Pss

Page 1: Surat Pakaian Rasmi Pengawas Pss

Ruj. Kami: CEA 4096/02/05/03 ( ) Tarikh : 23 September 2013 PENGARAH PELAJARAN PAHANGDaftar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan25050 KUANTAN

Tuan,

PERTUKARAN PAKAIAN RASMI PENGAWAS PUSAT SUMBER.

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pakaian rasmi Pengawas Pusat Sumber Sekolah Menengah Padang Garuda untuk tahun 2014 adalah seperti berikut:

3.3.1 Pakaian (Lelaki) : Kemeja bewarna merah hati ( maroon) berlengan panjang

: Seluar panjang bewarna hitam3.2 Pakaian (Perempuan) : Baju kurung bewarna merah hati ( maroon)

: Kain Sarung bewarna hitam 3.3 Tali Leher : Berwarna hitam 3.4 Kasut : Kanvas bewarna hitam

: Stokin putih3.5 Tudung : Merah gelap merah hati ( maroon) (senang sarung)

4. Pertukaran pakaian rasmi ini kerana pihak pusat sumber inginkan kelainan agar pengawas mendapat semangat baru dalam menjalankan tugas. Selain itu pertukaran ini adalah disebabkan berlakunya ketidakseragaman pakaian antara pengawas akibat daripada kesukaran mencari warna fabrik yang sama dan sesuai.

5. Diharapkan pakaian rasmi pengawas pusat sekolah yang baru ini dapat memberi semangat kepada pengawas agar dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, jujur dan ikhlas setiap masa.

6. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan berkaitan perkara di atas diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

PUSAT SUMBER SMK PADANG GARUDA“PEMANGKIN KECEMERLANGAN”

Saya yang menurut perintah,

(NOR AINI BINTI MD SALLEH)PengetuaSMK Padang Garuda

s.k 1. Fail HEM2. Fail Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG GARUDA,JALAN LAPANGAN TERBANG SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KAMPUNG PANDAN SATU, 26070 KUANTANPAHANG DARULMAKMUR.

Kod Sekolah : CEA4096Telefon : 09-5381016Faks : 09-5381017E- mel : [email protected]

Page 2: Surat Pakaian Rasmi Pengawas Pss

LAMPIRAN

PAKAIAN WARNA PAKAIAN CONTOH WARNA FABRIK

PENGAWAS LELAKI

KEMEJA (MERAH HATI / MAROON)

SELUAR (HITAM)

PENGAWAS PEREMPUANBAJU KURUNG (MERAH HATI /

MAROON)

KAIN ( HITAM)

TUDUNG (MERAH HATI / MAROON)