SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 11/1999: Pengedaran · PDF fileKementerian Pendidikan ......

2
1 PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900 Fax: 03-2535150 KP (BS) 8591/Jilid XV/ (11) 23 Julai 1999 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 11/1999: Pengedaran Surat Siaran Dan Pekeliling Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan memandang berat aduan terhadap pihak pentadbiran sekolah, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri yang LEWAT atau TIDAK mengambil tindakan menyampaikan makluman, pelawaan, tawaran, peraturan ataupun arahan Kementerian Pendidikan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, sama ada melalui suratsurat siaran, surat-surat pekeliling atau sebagainya. 2. Terdapat keadaan di mana guru-guru dan kakitangan mendakwa mereka tidak dimaklumkan serta tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai program dan aktiviti Kementerian Pendidikan termasuk perkara-perkara yang melibatkan diri mereka seperti tawaran mengikuti kursus lanjutan di pusat pengajian tinggi, pelawaan mengisi jawatan- jawatan kosong, kemudahan pinjaman kenderaan dan kemudahan pinjaman pembelian komputer. 3. Sayugia diperingatkan bahawa maklumat, pelawaan, tawaran, peraturan atau arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk pengetahuan semua pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Pendidikan, kecuali dalam perkara-perkara khusus yang ditujukan kepada kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Pihak pentadbir sekolah hendaklah mempastikan bahawa semua siaran atau pekeliling dapatdisampaikan kepada semua pegawai dan kakitangan supaya rungutan dan bantahan sebagaimana dinyatakan di atas tidak lagi berbangkit. 4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan sekolah di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan. Sekian. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Transcript of SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 11/1999: Pengedaran · PDF fileKementerian Pendidikan ......

Page 1: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 11/1999: Pengedaran · PDF fileKementerian Pendidikan ... Terdapat keadaan di mana guru-guru dan kakitangan ... tawaran mengikuti kursus lanjutan di

1

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIAOffice of the Director General of Education MalaysiaPARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARALevel 7 Block J Damansara Town Centre50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jilid XV/ (11)23 Julai 1999

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 11/1999:Pengedaran Surat Siaran Dan Pekeliling Kementerian Pendidikan

Kementerian Pendidikan memandang berat aduan terhadap pihak pentadbiran sekolah,Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri yang LEWAT atauTIDAK mengambil tindakan menyampaikan makluman, pelawaan, tawaran, peraturanataupun arahan Kementerian Pendidikan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, samaada melalui suratsurat siaran, surat-surat pekeliling atau sebagainya.

2. Terdapat keadaan di mana guru-guru dan kakitangan mendakwa mereka tidakdimaklumkan serta tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai program dan aktivitiKementerian Pendidikan termasuk perkara-perkara yang melibatkan diri mereka sepertitawaran mengikuti kursus lanjutan di pusat pengajian tinggi, pelawaan mengisi jawatan-jawatan kosong, kemudahan pinjaman kenderaan dan kemudahan pinjaman pembeliankomputer.

3. Sayugia diperingatkan bahawa maklumat, pelawaan, tawaran, peraturan atau arahanyang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk pengetahuan semua pegawaidan kakitangan Perkhidmatan Pendidikan, kecuali dalam perkara-perkara khusus yangditujukan kepada kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Pihak pentadbir sekolah hendaklahmempastikan bahawa semua siaran atau pekeliling dapatdisampaikan kepada semuapegawai dan kakitangan supaya rungutan dan bantahan sebagaimana dinyatakan di atastidak lagi berbangkit.

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua PejabatPendidikan Bahagian/Daerah dan sekolah di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAHKetua Pengarah Pendidikan Malaysia

Page 2: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 11/1999: Pengedaran · PDF fileKementerian Pendidikan ... Terdapat keadaan di mana guru-guru dan kakitangan ... tawaran mengikuti kursus lanjutan di

2

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Musa Bin MohamadMenteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Datuk Abdul Aziz Bin ShamsuddinTimbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Hon Choon KimTimbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

8. Ketua Nazir Sekolah

9. Pegawai Perhubungan Awam