Surat Pengesahan
-
Upload
pearl-black -
Category
Documents
-
view
32 -
download
1
description
Transcript of Surat Pengesahan
-
Rujukan Kami :
Rujukan Tuan :
Tarikh :
Kepada:
Sesiapa Yang berkenaan,
Y.Bhg. Dato'/ Datin / Tuan / Puan,
PROJEK KOMUNITI PELAJAR DIPLOMA SAINS KOMPUTER UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA (UTMSPACE KUALA LUMPUR)
Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar kami dari Diploma Sains Komputer (UTMSPACE
KUALA LUMPUR) akan melakukan projek komuniti pemasangan komputer sebagai tugasan
subjek PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN PERKAKASAN KOMPUTER
(DDPC2333).
2. Projek Komuniti ini akan melibatkan perkenalan dan pemasangan perkakasan komputer
(hardware) secara berasingan sebagai tujuan pembelajaran kepada kami sebagai pelajar.
3. Komputer yang dihasilkan daripada Projek Komuniti ini akan di berikan kepada rumah
anak-anak yatim yang akan ditentukan kemudian. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar
hati sekiranya mendapat sumbangan daripada Y.Bhg. Dato'/ Datin / Tuan / Puan, untuk
bersama- sama menjayakan hasrat murni ini.
4. Kesudian dan keperihatinan Y.Bhg. Dato'/ Datin / Tuan / Puan, kepada Projek Komuniti
ini, amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian terima kasih,
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
..........................................................