Surat Penghargaan

7
SJK(TAMIL) LADANG KATOYANG, 35900 TANJONG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN. KOD SEK: ABD 0092 No.Tel: 019- 4130022(GB) email : [email protected] “PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN” 8 OKTOBER 2014 Kepada : YB Dato’ Hjh Rusnah Kassim (DPMP. PMP, KMN,PPT) ADUN Behrang, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Dato’ , UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS SUMBANGAN KEWANGAN Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami, warga SJK(T) Ladang Katoyang amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan kewangan yang dihulurkan oleh Dato’. 3. Kami telah mengadakan kejohanan olahraga kali ke- 48 seperti butiran di bawah: Tarikh: 25 September 2014(Khamis) Masa: 3.00 petang Tempat: Padang Sekolah 4. Sehubungan itu, kami amat menghargai sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM1500.00 yang dihulurkan demi menjayakan karnival ini. Sumbangan ini telah membantu meringankan kos perbelanjaan kami dan seterusnya membolehkan kami menjalankan kejohanan olahraga pada kali ini dengan meriah sekali. Pihak kami akan sentiasa menghargai bantuan ini dan memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan Dato’. Sekian, terima kasih.

description

sukan

Transcript of Surat Penghargaan

Page 1: Surat Penghargaan

SJK(TAMIL) LADANG KATOYANG,

35900 TANJONG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN.

KOD SEK: ABD 0092

No.Tel: 019- 4130022(GB) email : [email protected]

“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN” 8 OKTOBER 2014

Kepada :

YB Dato’ Hjh Rusnah Kassim (DPMP. PMP, KMN,PPT)ADUN Behrang,35900 Tanjong Malim,Perak Darul Ridzuan.

Dato’ ,

UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ATAS SUMBANGAN KEWANGAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami, warga SJK(T) Ladang Katoyang amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan kewangan yang dihulurkan oleh Dato’.

3. Kami telah mengadakan kejohanan olahraga kali ke- 48 seperti butiran di bawah:

Tarikh: 25 September 2014(Khamis)Masa: 3.00 petangTempat: Padang Sekolah

4. Sehubungan itu, kami amat menghargai sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM1500.00 yang dihulurkan demi menjayakan karnival ini. Sumbangan ini telah membantu meringankan kos perbelanjaan kami dan seterusnya membolehkan kami menjalankan kejohanan olahraga pada kali ini dengan meriah sekali. Pihak kami akan sentiasa menghargai bantuan ini dan memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan Dato’.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah

………………………………….. (MURUGESU A/L ATHIYAPP AN Guru Besar

Page 2: Surat Penghargaan

SJK(TAMIL) LADANG KATOYANG, 35900 TANJONG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN. KOD SEK: ABD 0092

No.Tel : 019- 4130022(GB) e-mail : [email protected]______________________________________________________________________________“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”

8 OKTOBER 2014 Kepada ,Y.B. Dato Seri Ong Ka Chuan.Ahli Parlimen Kawasan Tanjong Malim.35900 Tanjong Malim,Perak Darul Ridzuan.

Dato Seri,

UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami, warga SJK(T) Ladang Katoyang amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan oleh Dato Seri.

3. Kami telah mengadakan kejohanan olahraga kali ke- 48 pada 25 September 2014(Khamis) pada pukul 3.00 petang. Sehubungan itu, kami amat menghargai dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran Dato’ Seri bagi merasmikan kejohanan olahraga pada kali ini. Sesungguhnya kehadiran Dato’ Seri telah menyerikan lagi majlis kami pada hari berkenaan.

4. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga dihulurkan kepada Dato’ Seri kerana telah menjanjikan sumbangan kewangan sebanyak RM10 000 untuk urusan penyelenggaran kawasan sekolah serta sumbangan sepuluh buah komputer bagi urusan pembelajaran dan pengajaran. Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban sekolah dalam pelbagai aspek. kami akan sentiasa menghargai bantuan ini dan memberi sokongan padu kepada pucuk pimpinan Dato’Seri.

5. Dato’Seri, kami, warga SJK(T) Ladang Katoyang bersama PIBG sekolah telah bercadang untuk mengadakan satu majlis makan malam bersama Dato’ Seri di Slim River. Oleh itu, kami memohon kepada Dato’Seri untuk memilih tarikh yang sesuai bagi meluangkan sedikit masa bersama kami. Segala kerjasama dan keprihatinan Dato’ Seri kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah

………………………………….. (MURUGESU A/L ATHIYAPP AN Guru Besar

SJK(TAMIL) LADANG KATOYANG,

Page 3: Surat Penghargaan

35900 TANJONG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN. KOD SEK: ABD 0092

No.Tel : 019- 4130022(GB) e-mail : [email protected]______________________________________________________________________________“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”

Kepada :

Guru Besar,SJK( C ) Chung Sin.Tanjong Malim,Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

UCAPAN PENGHARGAAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami, warga SJK(T) Ladang Katoyang amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa baik tuan.

3. Sekolah kami telah berjaya mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke- 48 seperti butiran di bawah:

Tarikh: 25 September 2014 (Khamis)Masa: 3.00 petangTempat: Padang SJK(T) Ladang Katoyang

4. Sehubungan itu, kami amat menghargai bantuan yang dihulurkan oleh sekolah tuan iaitu meminjamkan set pong-pong sebanyak 10 set. Pihak kami akan sentiasa menghargai bantuan ini.

Sekian, terima kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah

………………………………….. (SHIAMALA DEVI A/P MUTHUSAMY) Guru Kanan Kokurikulum

SJK(TAMIL) LADANG KATOYANG,35900 TANJONG MALIMPERAK DARUL RIDZUAN. KOD SEK: ABD 0092

Page 4: Surat Penghargaan

No.Tel : 019- 4130022(GB) e-mail : [email protected]______________________________________________________________________________“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”

Kepada : 8 OKTOBER 2014

Guru Besar,SJK(T) Slim River,35800 Slim River,Perak Darul Ridzuan.

Puan,

UCAPAN PENGHARGAAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami, warga SJK(T) Ladang Katoyang amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa baik puan.

3. Sekolah kami telah berjaya mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke- 48 seperti butiran di bawah:

Tarikh: 25 September 2014 (Khamis)Masa: 3.00 petangTempat: Padang SJK(T) Ladang Katoyang

4. Sehubungan itu, kami amat menghargai bantuan yang dihulurkan oleh sekolah puan iaitu meminjamkan set nyalaan obor. Selain itu, kami juga amat menghargai jasa baik En. T.Edison, En.M.Thanaraj dan En.Vengadesh yang sudi membantu kami bertugas sebagai pegawai sukan dalam kejohanan olahraga pada kali ini. Sesungguhnya kehadiran mereka telah banyak membantu kami untuk mengadakan kejohanan ini dengan penuh meriah.

5. Kami juga amat gembira dan berterima kasih kerana sekolah puan telah sudi menghantar pasukan pelari lelaki dan perempuan bagi acara jemputan 4 X 100 m. Ini menunjukkan keprihatinan puan dalam kemajuan sukan serta semangat setiakawan dalam kalangan sekolah-sekolah tamil pada keseluruhannya. Kami akan sentiasa menghargai jasa baik puan.

Sekian, terima kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah

………………………………….. (MURUGESU A/L ATHIYAPP AN) Guru Besar

SJK(TAMIL) LADANG KATOYANG,35900 TANJONG MALIMPERAK DARUL RIDZUAN.KOD SEK: ABD 0092

Page 5: Surat Penghargaan

No.Tel : 019- 4130022(GB) e-mail : [email protected]______________________________________________________________________________“PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN”

Kepada : 8 OKTOBER 2014

Pengetua,SMK MethodistTanjong Malim,Perak Darul Ridzuan.

Puan,

UCAPAN PENGHARGAAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kami, warga SJK(T) Ladang Katoyang amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa baik puan.

3. Sekolah kami telah berjaya mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke- 48 seperti butiran di bawah:

Tarikh: 25 September 2014 (Khamis)Masa: 3.00 petangTempat: Padang SJK(T) Ladang Katoyang

4. Sehubungan itu, kami amat menghargai bantuan yang dihulurkan oleh sekolah puan iaitu meminjamkan tiang bendera dan bendera negeri-negeri di Malaysia. Sesungguhnya kemeriahan sukan sekolah kami lebih menyerlah dengan kibaran bendera-bendera berkenaan. Pihak kami akan sentiasa menghargai bantuan ini.

Sekian, terima kasih.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah

………………………………….. (MURUGESU A/L ATHIYAPP AN) Guru Besar