SURAT - Perasmi

2
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11 (1) SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI JALAN P11 J1, PRESINT 11 62300 PUTRAJAYA Tel : 03- 88884220 Faks : 03-88884801 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ Rujukan Kami : SKPP11(1) 600-1( ) Tarikh : 7 Januari 2015 Rusni Bt Ab Jalil K.M.W Pengarah Pelajaran Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya D/A SK Putrajaya Presint 16(2) Jalan P16 62150 Putrajaya. Puan, JEMPUTAN UNTUK MERASMIKAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN IHTIFAL KAFA SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11(1), PUTRAJAYA 20124 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang Akademik , Kokurikulum dan Ihtifal KAFA pada ketetapan berikut: Tarikh : 17 Januari 2014(Sabtu) Masa : 8.15 pagi Tempat : Dewan Auditorium Parcel B, Jabatan Perdana Menteri 3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya puan dapat melapangkan masa dan sudi merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Akademik, Kokurikulum dan Ihtifal KAFA kami pada ketetapan di atas.

description

CONTOH SURAT JEMPUTAN UNTUK MEMANGGIL PERASMI

Transcript of SURAT - Perasmi

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11 (1)

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

JALAN P11 J1, PRESINT 11

62300 PUTRAJAYA Tel : 03-88884220

Faks : 03-88884801

1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Rujukan Kami : SKPP11(1) 600-1( )

Tarikh : 7 Januari 2015 Rusni Bt Ab Jalil K.M.WPengarah PelajaranPejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya

D/A SK Putrajaya Presint 16(2)

Jalan P16

62150 Putrajaya.

Puan,JEMPUTAN UNTUK MERASMIKAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN IHTIFAL KAFA SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 11(1), PUTRAJAYA 20124

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang Akademik , Kokurikulum dan Ihtifal KAFA pada ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Januari 2014(Sabtu)

Masa

: 8.15 pagi

Tempat : Dewan Auditorium Parcel B, Jabatan Perdana Menteri3. Sehubungan itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya puan dapat melapangkan masa dan sudi merasmikan Hari Anugerah Cemerlang Akademik, Kokurikulum dan Ihtifal KAFA kami pada ketetapan di atas.4. Kesudian dan keprihatinan puan untuk hadir dan merasmikan majlis tersebut amatlah dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(SUHAIMI BIN ALI AHMAD )

Guru Besar CemerlangSekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) Jalan P11 J1, Presint 11, Putrajaya

INCLUDEPICTURE "A:\\Documents and Settings\\hazana\\Local Settings\\Temporary Internet Files\\OLK2\\For Color Printing Icon2.jpg" \* MERGEFORMATINET