SURAT PERKHEMAHAN.docx

download SURAT PERKHEMAHAN.docx

of 1

Transcript of SURAT PERKHEMAHAN.docx

Guru besar,Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya,KM 10 Jalan Kuala Kedaht,06600 Kuala Kedah,Kedah Darul Aman.

Tuan,

PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa guru-guru Program Pendidikan Khas, Kelas Integrasi Bermasalah Pembelajaran, Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya akan menjalankan Kem Solat Bestari di kelas Pendidikan Khas. Butiran untuk aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh:5 Julai 2014Masa:1.30 tengah hari 4.30 petangPeserta:19 orang murid, 5 orang guru, 4 orang guru pelatih dan 2 orang PPM

3. Tujuan program ini dijalankan agar murid diberi pendedahan, pengukuhan nilai, sokongan dan dorongan agar mencapai kemantapan rohani selaras dengan pencapaian akademik.

4. Sehubungan itu, kami amat berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Segala kerjasama dan keperihatinan tuan berhubung dengan perkara di atas sangat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARAPENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

Yang menjalankan tugas,

Disediakan Oleh :

.(EN. MOHD AMIR AFNAN BIN BORAHAN)Setiausaha,Kem Bestari Solat.