Surat PP PMR 2012-PDF

9
JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU, JALAN BUKIT KECIL, 20604 KUALA TERENGGANU Pengarah : 09-6213101 Pejabat Am : 09-6213000 Fax : 09-6227207 Pejabat Am SPA : 09-6213318 Fax SPA : 09-6234335 Rujukan Kami : P.T.11038-13(32 ) Bertarikh : 19 Julai 2012 Semua Pengetua, Sekolah Menengah Negeri Terengganu Tuan PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2012 Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman tuan, dalam usaha jabatan ini meneruskan agenda kecemerlangan peperiksaan awam 2012, peperiksaan percubaan PMR (OTI3) bagi tingkatan 3, akan diadakan di seluruh negeri Terengganu. 3. Bersama ini disertakan jadual peperiksaan (Lampiran 1) untuk kegunaan pihak tuan seperti yang telah dipersetujui bersama dengan Pengurusan MPSM dan Majlis Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam mesyuarat pada 17 Januari 2012 bagi melaksanakan peperiksaan tersebut. Mohon kerjasama pihak tuan untuk mematuhi jadual yang dilampirkan. Walau bagaimanapun waktu mula dan akhir boleh diubah mengikut kesesuaian sekolah tuan. 4. Soalan-soalan boleh diambil di pusat-pusat penghantaran (lampiran 2) bermula pada 24 Julai 2012 untuk tingkatan yang terlibat. Mohon kerjasama tuan untuk memastikan keselamatan soalan dan mematuhi Garis Panduan Peperiksaan (Lampiran 3). Data keputusan peperiksaan hendaklah dihantar kepada pegawai meja di daerah masing-masing (Pen. PPD Bahasa) melalui sistem e-pantau PMR pada atau sebelum 30 Ogos 2012 5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungai Haji Zainon bin Jusoh di talian 09-6213348 atau Haji Wan Zuraidi Che Wan Zaid di talian 09-6213351 di Sektor Pengurusan Akademik, JPNT. Kerjasama dan komitmen tuan dalam usaha melonjakkan prestasi pendidikan negeri Terengganu bagi merealisasikan 20 10 5 2 dan Terengganu Negeri Anjung Ilmu sangat kami hargai dan diucapkan terima kasih. Sekian. ”Guru Penyayang Murid Berkualiti” ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (HAJI MOHD ZUBIR BIN EMBONG) Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, b.p Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Transcript of Surat PP PMR 2012-PDF

Page 1: Surat PP PMR 2012-PDF

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU,

JALAN BUKIT KECIL,

20604 KUALA TERENGGANU

Pengarah : 09-6213101

Pejabat A m : 09-6213000

Fax : 09-6227207

Pejabat Am SPA : 09-6213318

Fax SPA : 09-6234335

Rujukan Kami : P.T.11038-13(32 ) Bertarikh : 19 Julai 2012

Semua Pengetua, Sekolah Menengah Negeri Terengganu Tuan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2012

Dengan segala hormat dan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, dalam usaha jabatan ini meneruskan agenda kecemerlangan peperiksaan awam 2012, peperiksaan percubaan PMR (OTI3) bagi tingkatan 3, akan diadakan di seluruh negeri Terengganu.

3. Bersama ini disertakan jadual peperiksaan (Lampiran 1) untuk kegunaan pihak tuan seperti yang telah dipersetujui bersama dengan Pengurusan MPSM dan Majlis Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam mesyuarat pada 17 Januari 2012 bagi melaksanakan peperiksaan tersebut. Mohon kerjasama pihak tuan untuk mematuhi jadual yang dilampirkan. Walau bagaimanapun waktu mula dan akhir boleh diubah mengikut kesesuaian sekolah tuan.

4. Soalan-soalan boleh diambil di pusat-pusat penghantaran (lampiran 2) bermula pada 24 Julai 2012 untuk tingkatan yang terlibat. Mohon kerjasama tuan untuk memastikan keselamatan soalan dan mematuhi Garis Panduan Peperiksaan (Lampiran 3). Data keputusan peperiksaan hendaklah dihantar kepada pegawai meja di daerah masing-masing (Pen. PPD – Bahasa) melalui sistem e-pantau PMR pada atau sebelum 30 Ogos 2012

5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungai Haji Zainon bin Jusoh di talian 09-6213348 atau Haji Wan Zuraidi Che Wan Zaid di talian 09-6213351 di Sektor Pengurusan Akademik, JPNT.

Kerjasama dan komitmen tuan dalam usaha melonjakkan prestasi pendidikan negeri

Terengganu bagi merealisasikan 20 10 5 2 dan Terengganu Negeri Anjung Ilmu sangat

kami hargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

”Guru Penyayang Murid Berkualiti” ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah, (HAJI MOHD ZUBIR BIN EMBONG) Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, b.p Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

Page 2: Surat PP PMR 2012-PDF

s,k

1. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

2. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu

3. Ketua Sektor Pendidikan Islam

4. Semua Pegawai Pelajaran Daerah

5. Semua Ketua Penolong Pengarah SPA

6 Semua Penolong Pengarah SPA

7. Semua Penolong Pengarah Kurikulum SPI

8 Semua Penolong. PPD Bahasa - kumpulkan analisis daripada sekolah daerah tuan

9. Pengurus Percetakan Yayasan Islam - sila hantar semua soalan ke pusat penghantaran sebelum 23 Julai 2012

hzj@usspa/jpnt

Page 3: Surat PP PMR 2012-PDF

Lampiran 1

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2012 (OTI 2)

TARIKH WAKTU KOD KERTAS/ MATA PELAJARAN MASA

29.07.12 (AHAD)

8.00 pagi - 9.00 pagi 02/1 Bahasa Malaysia 1 1 jam

9.30 pagi - 11.30 tengahari 02/2 Bahasa Malaysia 2 2 jam

12.00 tgh - 1.45 ptg 50/2 Matematik 2 1 jam 45 minit

30.07.12 (ISNIN)

8.00 pagi - 10.00 pagi 45 Pendidikan Islam 2 jam

8.00 pagi - 10.00 pagi Pendidikan Moral 2 jam

10.30 pagi - 11.30 pagi 12/1 Bahasa Inggeris 1 1 jam

12.00 tgh - 1.30 ptg 12/2 Bahasa Inggeris 2 1 jam 30 minit

31.07.12 (SELASA)

8.00 pagi - 9.00 pagi 55/1 Sains 1 1 jam

9.30 pagi - 11.00 pagi 55/2 Sains 2 1 jam 30 minit

11.30 pagi - 12.45 tgh 50/1 Matematik 1 1 jam 15 minit

1.08.12 (RABU)

8.00 pagi - 10.30 pagi 31 Bahasa Arab Komunikasi 2 jam 30 minit

8.00 pagi - 9.00 pagi 32/1 Bahasa Cina 1 1 jam

9.30 pagi - 11.30 pagi 32/2 Bahasa Cina 2 2 jam

12.00 tgh - 1.15 ptg 22 Sejarah 1 jam 15 minit

2.08.12 (KHAMIS)

8.00 pagi - 9.15 pagi 23 Geografi 1 jam 15 minit

9.45 pagi - 11.15 pagi 76 Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan KT 1 jam 30 minit

9.45 pagi - 11.15 pagi 77 Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan ERT 1 jam 30 minit

9.45 pagi - 11.15 pagi 78 Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan PERTANIAN 1 jam 30 minit

9.45 pagi - 11.15 pagi 79 Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan PK 1 jam 30 minit

07.08.12 - 13 08.12 (SELASA

- SELASA)

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP (SBP SAHAJA)

Catatan: Jadual Waktu ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Sebarang perubahan tarikh tidak dibenarkan, tetapi

waktu mula dan akhir setiap kertas peperiksaan boleh diubah mengikut kesesuaian sekolah,

sebarang mata pelajaran tambahan atau yang tidak diselaraskan, pihak sekolah perlu menyediakannya

dan melaksanakan mengikut kesesuaian

Analisis keputusan peperiksaan hendaklah dikirim melalui email Penolong PPD Bahasa

daerah masing-masing dengan menggunakan e-Pantau PMR pada atau sebelum 30 Ogos 2012

Page 4: Surat PP PMR 2012-PDF

Lampiran 2 SENARAI SEKOLAH MENGIKUT DAERAH

PENGAMBILAN SOALAN TOV/OTI 2012

Pusat Bil Nama Sekolah Bil Daerah Bil

PKG RAJA

1 SMK Kuala Besut 1

BESUT

1

2 SMK Nasiruddin Shah 2 2

3 SMK Tengku Mahmud 3 3

4 SMK Tengku Mahmud II 4 4

5 SMK Teknik Besut 5 5

6 SMKA Nurul Ittifaq 6 6

7 SMK Permaisuri Nur Zahirah 7 7

8 SMK Tembila 8 8

9 SMK Seri Bukit Puteri 9 9

10 SMA Maarif 10 10

11 IMTIAZ Besut 11 11

PKG JERTIH

1 SMK Seri Nering 12 12

2 SMK Bukit Payong 13 13

3 SMK Renek 14 14

4 SMK Pelagat 15 15

5 SMKA Wataniah 16 16

6 SMK Tok Dor 17 17

7 SMK Jabi 18 18

8 SMK Putra 19 19

9 SMA Ittifakiah 20 20

PKG BUKIT BESI

1 SMK Padang Pulut 1

DUNGUN

21

2 SMK Durian Mas 2 22

3 SMK Jerangau 3 23

4 SMK Kuala Jengal 4 24

5 SMK Bukit Besi 5 25

6 IMTIAZ Kemaman 6 26

PKG SERI DUNGUN

1 SMK Tengku Intan Zaharah 7 27

2 SMK Pulau Serai 8 28

3 SMK Seri Dungun 9 29

4 SM Sains Dungun 10 30

5 SMK Sultan Omar 11 31

6 SMK Sura 12 32

7 SMK(A) Kuala Abang 13 33

8 SM Teknik Dungun 14 34

9 SMK Balai Besar 15 35

10 SMK Kompleks Rantau Abang 16 36

11 SMA Sultan Ismail 17 37

12 IMTIAZ Dunguin 18 38

PKG PAKA

1 SMK Paka 19

DUNGUN

39

2 SMK Seri Rasau @ Rasau kerteh BI 20 40

3 SMK Ketengah Jaya 21 41

4 SMK Seri Paka 22 42

5 SMK Teja Putra 23 43

6 SMK Kampung Nyiur 24 44

PKG KUALA BERANG

1 SMK Matang 1 HULU TERENGGANU

45

2 SMK Ajil 2 46

3 SMK Landas 3 47

4 SMK Menerong 4 48

5 SMK Seri Berang 5 49

Page 5: Surat PP PMR 2012-PDF

6 SMK Tengku Ampuan Intan 6

50

7 SMK Kuala Telemong 7 51

8 SMK Jenagor 8 52

9 SMK Kuala Jenderis 9 53

10 SMK Tersat 10 54

11 SMK Bukit Diman 11 55

12 SMA Mahmudiah 12 56

13 IMTIAZ Kuala Berang 13 57

14 SM Sains Hulu Terengganu 14 58

15 SMK Tapu 15 59

PKG DURIAN BURUNG

1 SMK Dato' Razali Ismail 1

KUALA TERENGGANU

60

2 SMK Panji Alam 2 61

3 SMK Padang Midin 3 62

4 SMK Seri Budiman 4 63

5 SMK Sultan Ahmad 5 64

6 SMK Chendering 6 65

7 SMK Chung Hwa Wei Sin 7 66

8 SMK Sultan Mansor 8 67

9 SMK Sultan Sulaiman 9 68

10 SMK(A) Sheikh Abdul Malek 10 69

11 SMK Bukit Besar 11 70

12 SMK Tengku Bariah 12 71

13 SMK Seri Nilam 13 72

14 SMK Padang Negara 14 73

15 SMA Atas Sultan Zainal Abidin 15 74

16 SMA Khairiah 16 75

17 SMA Sultan Zainal Abidin Ladang 17 76

18 SM Sains Kuala Terengganu 18 77

19 IMTIAZ K. Trg (KOSPINT) 19 78

20 IQ Padang Midin (Swasta) 20 79

21 SMA Kg Laut (Swasta) 21 80

PKG TOK JIRING

1 SMK Ibrahim Fikri 22

KUALA

TERENGGANU

81

2 SMK Tengku Mizan Zainal Abidin 23 82

3 SMK Manir 24 83

4 SMK Bukit Guntong 25 84

5 SMK Bukit Tunggal 26 85

6 SMK Belara 27 86

7 SMK Sains Sultan Mahmud 28 87

8 SMK Komp.Mengabang Telipot 29 88

9 SMK Komp. Gong Badak 30 89

10 SMK(A) Tok Jiring 31 90

11 SBPI Batu Rakit 32 91

12 SM Teknik K.Trg, Jln Lpg Terbang 33 92

13 SM Teknik Wakaf Tembesu 34 93

14 SMK Kompleks Seberang Takir 35 94

15 SMK Padang Kemunting 36 95

16 SMK Batu Rakit, Mengabang Lekor 37 96

17 Maahad Tahfiz Tok Jiring (Swasta) 38 97

18 SMK Jeram 39 98

PKG BUKIT PAYONG

1 SMK Bukit Sawa 1 MARANG

99

2 SMK Tun Telanai 2 100

3 SMK(A) Durian Guling 3 101

4 SMK Wakaf Tapai 4 102

Page 6: Surat PP PMR 2012-PDF

5 SMK Seri Payong 5

103

6 SMK Pengkalan Berangan 6 104

7 Yayasan Islam Bk Payong (Swasta) 7 105

PKG MARANG

1 SMK Tengku Lela Segara 8 106

2 SMK Merchang 9 107

3 SMK Rusila 10 108

4 SMK Seberang Marang 11 109

5 SMK Jambu Bongkok 12 110

6 SMK Seri Serating 13 111

7 SMA Marang 14 112

8 Sekolah Tunas Bakti (P) Marang 15 113

PKG LANGKAP

1 SMK Chalok 1 SETIU

114

2 SMK Sungai Tong 2 115

3 SMK Pelong 3 116

4 SMK Bukit Nanas 4 117

5 SMK Lembah Bidong 5 118

6 SMK Langkap 6 119

PKG PERMAISURI

1 SMK Penarik 7 SETIU

120

2 SMK Tengku Ibrahim 8 121

3 SMK Saujana 9 122

4 SMK Guntong 10 123

5 SMK Putera Jaya 11 124

6 SMA Setiu 12 125

7 SM Sains Setiu 13 126

PKG BINJAI

1 SMK Cheneh Baharu 1 KEMAMAN

127

2 SMK Chukai 2 128

3 SMK Ayer Puteh 3 129

4 SMK Geliga 4 130

5 SMK Sultan Ismail 5 131

6 SMK Sultan Ismail II 6 132

7 SM Teknik Kemaman 7 133

8 SMK Felda Neram 8 134

9 SMK Mak Lagam 9 135

10 SMK Bukit Mentok 10 136

11 SMK Binjai 11 137

12 SMK Cherul 12 138

13 SMK Seri Cheneh 13 139

14 SMA Al Falah 14 140

15 SM Islam Al Amin (Swasta) 15 141

PKG KEMASIK

1 SMK Badrul Alam Shah 15 142

2 SMK Kijal 16 143

3 SMK Kerteh 17 144

4 SMK Rantau Petronas 18 145

5 SMK Kg Baru Kerteh 19 146

6 SMK Rasau Kerteh B 5 20 147

7 SMK Seri Bandi 21 148

8 Sek Tahfiz Al-Muqarrabin (Swasta) 22 149

Page 7: Surat PP PMR 2012-PDF

Lampiran 3

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

GARIS PANDUAN PENTADBIRAN PEPERIKSAAN

PERINGKAT NEGERI KELOLAAN JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

1. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan tentang tata cara pentadbiran

dan pelaksanaan peperiksaan setara peringkat negeri kelolaan Jabatan Pelajaran

Negeri Terengganu yang merangkumi semua Ujian Pengesanan TOV, Ujian OTI,

Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan

Percubaan.

2. TATA CARA PENTADBIRAN DAN PELAKSANAAN

Bagi memastikan kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) yang tinggi

kepada peperiksaan yang dilaksanakan, pihak sekolah hendaklah mematuhi tata

cara berikut yang meliputi tiga peringkat iaitu :

i. pra peperiksaan

ii. semasa peperiksaan

iii. pasca peperiksaan

i. Pra peperiksaan

1. Mengemukakan bilangan kertas soalan yang diperlukan mengikut

bilangan pelajar kepada urus setia peperiksaan di Sektor

Pengurusan Akademik sebagaimana surat yang dihantar ke

sekolah.

Page 8: Surat PP PMR 2012-PDF

2. Menerima jadual waktu peperiksaan dan mengedarkannya

kepada semua guru dan murid.

3. Mengambil kertas soalan di pusat pengambilan soalan (PKG)

pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Tempat, tarikh dan

masa pengambilan soalan akan dimaklumkan oleh urus setia.

4. Memastikan bekalan soalan adalah mencukupi dari segi mata

pelajaran dan bilangan sebagaimana keperluan.

5. Menyimpan kertas soalan yang diterima di bilik yang sesuai dan

terjamin keselamatannya. Bilik ini bolehlah dijadikan bilik operasi

peperiksaan sekolah.

6. Mengasingkan kertas soalan mengikut mata pelajaran, kelas dan

tarikh peperiksaan sebagaimana jadual yang telah diedarkan.

Pihak sekolah hendaklah melantik guru tertentu bagi

melaksanakan arahan ini.

7. Menyimpan semua skima jawapan dan peraturan pemarkahan di

bilik pengetua dan hanya dikeluarkan kepada guru berkenaan

selepas peperiksaan bagi kertas tersebut dijalankan.

8. Memastikan keselamatan soalan peperiksaan bagi mengelakkan

kobocoran.

ii. Semasa peperiksaan

1. Mengeluarkan soalan mengikut hari, masa dan mata pelajaran

sebagaimana jadual peperiksaan yang telah ditetapkan dan

menyerahkannya kepada guru yang bertugas untuk mengawasi

peperiksaan.

2. Memastikan mutu pengawasan guru adalah sebagaimana

peperiksaan awam.

3. Memastikan jadual waktu peperiksaan bagi sesuatu kertas

dipatuhi sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pihak sekolah boleh

Page 9: Surat PP PMR 2012-PDF

mengubahsuai masa mula dan masa akhir bagi kertas tersebut

jika perlu.

4. Memastikan guru pengawas mengumpulkan semua kertas

jawapan dan menyerahkannya ke bilik operasi peperiksaan untuk

diambil oleh guru mata pelajaran berkenaan.

iii. Pasca peperiksaan

1. Menyerahkan skima jawapan dan peraturan pemarkahan kepada

guru berkenaan selepas peperiksaan bagi sesuatu kertas

dijalankan untuk pemeriksaan.

2. Memastikan kertas jawapan murid diperiksa sebagaimana skima

jawapan dan peraturan pemarkahan dalam tempoh yang

ditetapkan.

3. Memasukkan markah murid ke dalam sistem analisis

peperiksaan yang berkenaan.

4. Menghantar analisis peperiksaan kepada urus setia peperiksaan

berkenaan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan

sebagaimana yang dinyatakan dalam surat arahan yang dihantar

bersama jadual waktu peperiksaan.

5. Menyediakan analisis peringkat sekolah untuk tindakan

selanjutnya.

3. PEMAKAIAN

Garis panduan ini adalah asas kepada tata cara pentadbiran dan pelaksanaan

peperiksaan dan hendaklah dipatuhi. Walau bagaimanapun penambahbaikan

boleh dibuat bergantung kepada budi bicara pihak sekolah.