Surat Rasmi

3
Nor Fairuz Fadhilah Binti Md Johan No.24 Jalan Seroja 13, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, SELANGOR. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Aras 4 Blok E2 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA. 29 JULAI 2015 Tuan, Kemaskini Maklumat Graduan Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya tidak dapat mengemaskini maklumat graduan secara atas talian. 2. Saya Nor Fairuz Fadhilah Binti Md Johan (No. Kad Pengenalan 910916-08-5570) ingin menyatakan sebab kegagalan saya berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan. 2.1 Faktor pertama ialah butang kemaskini tidak tertera di setiap medan yang perlu diisi seperti yang ditunjukkan dalam manual pengguna.

Transcript of Surat Rasmi

Page 1: Surat Rasmi

Nor Fairuz Fadhilah Binti Md Johan

No.24 Jalan Seroja 13,

Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi,

43900 Sepang,

SELANGOR.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Aras 4 Blok E2 Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya,

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA. 29 JULAI 2015

Tuan,

Kemaskini Maklumat Graduan

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya tidak dapat mengemaskini maklumat graduan secara atas talian.

2. Saya Nor Fairuz Fadhilah Binti Md Johan (No. Kad Pengenalan 910916-08-5570) ingin menyatakan sebab kegagalan saya berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan.

2.1 Faktor pertama ialah butang kemaskini tidak tertera di setiap medan yang perlu diisi seperti yang ditunjukkan dalam manual pengguna.

2.2 Seterusnya, berlaku pertindihan masa dengan majlis pernikahan saya iaitu pada 19 Julai 2015. Justeru saya menangguhkan untuk mengemaskini maklumat graduan sehingga majlis selesai dan memperoleh surat akuan nikah bagi dilampirkan dalam maklumat peribadi saya.

3. Selain daripada itu, saya juga ingin membuat pertukaran alamat terdahulu iaitu 18C Batu 6 Bandariang, 33320 Gerik, Perak kepada alamat

Page 2: Surat Rasmi

sekarang, No.24 Jalan Seroja 13, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor.

4. Berikutan itu, saya memohon agar pihak tuan dapat mempertimbangkan penempatan saya dalam negeri Selangor yang berhampiran dengan kediaman suami saya. Di sini saya sertakan maklumat pasangan (suami) saya :

Nama: A’mmar Bin Mohammed Nazam

No. Kad Pengenalan: 870311-02-6267

Alamat: No.24 Jalan Seroja 13, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

No. Tel.: 011-32586727

Sektor pekerjaan: Perniagaan

Alamat Tempat Berkhidmat: No.24 Jalan Seroja 13, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

5. Dengan kata, saya akhiri dengan memohon maaf atas kegagalan serta kelalaian saya untuk mengemaskini maklumat graduan dalam tempoh yang ditetapkan. Di sini, saya turut melampirkan surat akuan nikah sebagai rujukan pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………….

(NOR FAIRUZ FADHILAH BINTI MD JOHAN)

910916-08-5570

019-493 0349