Surat Tunjuk Sebab
-
Upload
mohd-hazwan -
Category
Documents
-
view
801 -
download
50
description
Transcript of Surat Tunjuk Sebab
Mohd Hazwan Bin Hot (PISMP 7.11 Matematik)IPG Kampus Pendidikan Islam43657 Bandar Baru BangiSelangor Darul Ehsan. ______________________________________________________________________Ketua Jabatan,Jabatan Hal Ehwal Pelajar,IPG Kampus Pendidikan Islam43657 Bandar Baru BangiSELANGOR DARUL EHSAN. 13 JANUARI 2015Tuan,
SURAT TUNJUK SEBAB SALAH LAKU BERAMBUT PANJANGSehubungan dengan borang salah laku daripada pihak tuan bertarikh 13 Januari 2015, perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.2.Saya seperti nama di atas telah melakukan kesalahan semasa di IPG Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI) pada 2015. Saya mengaku telah melanggar undang-undang IPG KPI kerana menyimpan rambut panjang.3. Saya menyedari bahawa kesilapan saya ini telah mendatangkan pelbagai kesulitan kepada pihak tuan. Saya tidak berniat mahupun berhajat untuk melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak IPG KPI. Untuk itu, saya ingin memohon maaf kepada pihak tuan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan seperti ini lagi. Saya berharap agar tuan dapat menerima permohonan maaf ini. Sekian, terima kasih.Yang benar,
(MOHD HAZWAN BIN HOT)