Susunan Ayat Contoh

1
Pada petang itu, tanpa pengetahuan ibu dan bapanya, Kamal telah mengambil kunci motosikal yang terletak di atas peti televisyen di rumahnya. Kamal mencapai motosikal yang berada di belakang rumah dan terus menunggang motosikal tersebut dengan laju ke rumah rakannya, Najib. Ibu dan bapa Kamal telah sering kali mengingatkan dan melarang Kamal daripada menunggang motosikal kerana dia tidak memiliki lesen. Akan tetapi, Kamal tidak mengendahkan nasihat tersebut. Kamal tiba di suatu selekoh yang tajam. Tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu dengan laju datang dari arah yang bertentangan. Kamal mengelak kereta tersebut, menyebabkan motosikalnya terbabas ke dalam parit. Mujurlah ada orang yang lalu-lalang di situ. Mereka membantu Kamal dan membawanya ke hospital yang berdekatan. Kejadian itu menginsafkan Kamal.

description

bahasa malaysia

Transcript of Susunan Ayat Contoh

Pada petang itu, tanpa pengetahuan ibu dan bapanya, Kamal telah mengambil kunci motosikal yang terletak di atas peti televisyen di rumahnya. Kamal mencapai motosikal yang berada di belakang rumah dan terus menunggang motosikal tersebut dengan laju ke rumah rakannya, Najib. Ibu dan bapa Kamal telah sering kali mengingatkan dan melarang Kamal daripada menunggang motosikal kerana dia tidak memiliki lesen. Akan tetapi, Kamal tidak mengendahkan nasihat tersebut.Kamal tiba di suatu selekoh yang tajam. Tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu dengan laju datang dari arah yang bertentangan. Kamal mengelak kereta tersebut, menyebabkan motosikalnya terbabas ke dalam parit. Mujurlah ada orang yang lalu-lalang di situ. Mereka membantu Kamal dan membawanya ke hospital yang berdekatan. Kejadian itu menginsafkan Kamal.