Sweeping Malaysia

5
Sejak kebelakangan ini, dunia telah dikejutkan oleh peristiwa dan isu yang amat hebat yang berlaku di Asia Tenggara. Peristiwa ini berlaku di Indonesia yang berlanjutan daripada kes Ganyang Malaysia. Ianya digelar “Sweeping Malaysia”. Isu ini telah memberikan nama buruk kepada negara serantau Asia Tenggara dan ianya juga telah memberikan kesan yang buruk kepada hubungan etnik dan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia. Sebelum kita melihat dengan lebih mendalam apa yang berlaku di dalam perisiwa “Sweeping Malaysia”, mari kita kaji maksud peristiwa ini. Sweeping Malaysia atau lebih dikenali dengan halau Malaysia yang dicetuskan oleh rakyat Indonesia yang beragama Kristian bertujuan untuk menghancurkan tali persaudaraan, keagamaan, dan hubungan etnik yang sudah lama terjalin di antara Indonesia dan Malaysia. Isu ini berlaku kerana dikatakan Malaysia telah sengaja menggunakan tarian “Pandet” yang berasal daripada Bali untuk tujuan perlancongan. Akan tetapi pakar sejarah Malaysia iaitu Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata bahawa tarian Pandet ini sebenarnya bukan berasal daripada Bali. Jika diteliti dengan lebih mendalam menjurus kepada fakta sejarah,ianya dibawa pengaruh agama Hindu ke negara Indonesia. Beliau juga berkata bahawa Malaysia sebenarnya tidak berniat untuk mencuri budaya tarian itu. Ini kerana penduduk Indonesia yang telah berhijrah ke Malaysia semata – mata untuk mencari rezeki yang telah membawa budaya tarian “pandet”. Oleh kerana tarian ini dibawa oleh pengaruh agama Hindu, rakyat Malaysia yang menganut agama 1

description

malaysia

Transcript of Sweeping Malaysia

Page 1: Sweeping Malaysia

Sejak kebelakangan ini, dunia telah dikejutkan oleh peristiwa dan isu yang amat hebat

yang berlaku di Asia Tenggara. Peristiwa ini berlaku di Indonesia yang berlanjutan daripada

kes Ganyang Malaysia. Ianya digelar “Sweeping Malaysia”. Isu ini telah memberikan nama

buruk kepada negara serantau Asia Tenggara dan ianya juga telah memberikan kesan yang

buruk kepada hubungan etnik dan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia. Sebelum kita

melihat dengan lebih mendalam apa yang berlaku di dalam perisiwa “Sweeping Malaysia”,

mari kita kaji maksud peristiwa ini.

Sweeping Malaysia atau lebih dikenali dengan halau Malaysia yang dicetuskan oleh

rakyat Indonesia yang beragama Kristian bertujuan untuk menghancurkan tali persaudaraan,

keagamaan, dan hubungan etnik yang sudah lama terjalin di antara Indonesia dan Malaysia.

Isu ini berlaku kerana dikatakan Malaysia telah sengaja menggunakan tarian “Pandet” yang

berasal daripada Bali untuk tujuan perlancongan. Akan tetapi pakar sejarah Malaysia iaitu

Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata bahawa tarian Pandet ini sebenarnya

bukan berasal daripada Bali. Jika diteliti dengan lebih mendalam menjurus kepada fakta

sejarah,ianya dibawa pengaruh agama Hindu ke negara Indonesia. Beliau juga berkata

bahawa Malaysia sebenarnya tidak berniat untuk mencuri budaya tarian itu. Ini kerana

penduduk Indonesia yang telah berhijrah ke Malaysia semata – mata untuk mencari rezeki

yang telah membawa budaya tarian “pandet”. Oleh kerana tarian ini dibawa oleh pengaruh

agama Hindu, rakyat Malaysia yang menganut agama Hindu telah menyelitkan atau

memasukkan elemen tarian tersebut ke dalam Tarian Klasik India.

Isu atau konfrontasi “Sweeping Malaysia” yang ditimbulkan oleh individu yang tidak

bertanggungjawab bakal menyebabkan peristiwa “Ganyang Malaysia” berlaku kembali. Ini

telah memberikan kesan yang buruk terutama kepada pelajar – pelajar Malaysia yang

melanjutkan pengajian di Indonesia. Dalam kejadian tersebut, segelintir rakyat Indonesia

yang menggelarkan diri mereka “Benteng Demokrasi Rakyat” telah melakukan ‘sweeping’

atau ‘sapu’ ke atas rakyat Malaysia. Mereka membawa buluh runcing dan memeriksa kad

pengenalan setiap individu yang melalui Jalan Diponegoro semata – mata untuk mencari

rakyat Malaysia. Suasana yang cukup tegang itu telah berlaku di antara tiga puluh minit

hingga satu jam. Tindakan yang berunsurkan kekerasan ini telah melanggar undang – undang

dunia yang telah ditetapkan oleh PBB. Tindakan ini juga telah merobek hubungan antara dua

negara dan juga hubungan etnik antara kaum yang telah terjalin lama dan baik selama ini.

1

Page 2: Sweeping Malaysia

Negara Malaysia telah melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan rakyatnya di

Indonesia termasuk kira – kira 5600 pelajar perubatan, kedoktoran, dan pergigian dan juga

ribuan individu professional yang sedang bekerja di sana. Kedutaan Malaysia yang berada di

Indonesia juga telahirkan kebimbangan terhadap ancaman ‘Sweeping Malaysia’ yang

kononnya mengakui mempunyai ilmu kebal. Pihak – pihak yang tidak bertanggungjawab

telah membakar bendera Malaysia dan membaling telur busuk ke atas ke Kedutaan Malaysia

di Indonesia atas dasar ketidpakpuashatian.

Berdasarkan kejadian atau kontrovesi tersebut, kerajaan Malaysia sendiri terlebih

dahulu mengakji mengapa tarian Bali tersebut boleh terdapat di dalam klip video promosi

perlancongan Malaysia. Perkara kecil ini sepatutnya dipandang serius kerana telah

melibatkan sensitiviti antara kedua – dua negara. Hubungan di antara rakyat Malaysia dan

Indonesia juga telah tercalar disebabkan isu ini. Isu ini perlu dipandang kepada kedua –dua

pihak. Ada yang berpendapat bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah sengaja

mencetuskan kontrovesi melalui provokasi media massa. Ini telah membuktikan bahawa

media massa di Indonesia telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, atas

kepentingan tertentu. Agenda yang cuba dirancang oleh pihak tersebut mungkin akan

menyebabkan ‘Ganyang Malaysia’ yang berlaku bertahun lama dahulu akan berlaku kembali.

Jika dilihat dari kronologi yang berlaku sebelum ini seperti perebutan hak kewilayahan ke

atas Pulau Sipadan dan Ligitan yang akhirnya dimiliki oleh Malaysia. Setelah itu, berlaku

pula kes penderaan ‘amah’ atau pekerja asing yang menjadi pembantu rumah kepada majikan

di Malaysia yang menyebabkan isu pembantu rumah menjadi isu yang hebat diperkatakan di

Malaysia. Kemudian timbulnya isu yang Malaysia telah mengambil lagu tempatan Indonesia

‘Terang Bulan’ dan untuk mencipta lagu kebangsaan Malaysia iaitu ‘Negaraku’. Seterusnya

penggunaan lagu tempatan Indonesia iaitu ‘Rasa Sayang’ untuk tujuan perlancongan

Malaysia dan seterusnya yang terbaru iaitu ‘Tarian Pandet’. Semua ini telah dirancang oleh

pihak – pihak yang mempunyai agenda untuk menimbulkan perang saudara di antara

Malaysia dan Indonesia.

Media massa Indonesia yang menyebarkan isu ini telah menyemarakkan kemarahan rakyat

Indonesia terhadap Malaysia tanpa mengambil kira kebenaran atau tujuan isu itu ditimbulkan.

Mereka perlu berhati – hati semasa menyebarkan isu – isu yang mungkin akan menyebabkan

perpaduan yang terjalin sekian lama di antara Indonesia dan Malaysia akan tercalar. Rakyat

Indonesia sepatutnya perlu berfikir lebih panjang sebelum membuat sesuatu tindakan yang

akan lebih memburukkan keadaan. Sepatutnya mereka perlu berfikir bahawa Malaysia masih

2

Page 3: Sweeping Malaysia

sanggup menerima rakyat asing untuk mencari rezeki di sini walaupun isu ini sedang hebat

berlaku. Mereka perlu bersyukur bahawa Malaysia masih sudi untuk menjalin hubungan

kenegaraan dengan negara Indonesia yang mungkin akan membantu dari segi ekonomi,

perdagangan dan sebagainya. Mereka tidak boleh melulu mengikut arus yang telah

disebarkan oleh media massa sehingga sanggup menghina negara jiran. Akhlak berjiran perlu

dijaga supaya keamanan dan keselesaan hidup akan kekal dikecapi. 1

1 http://redxone.net/sweeping-malaysia-bakal-cetus-masalah-baru/ http://www.ppiuniten.com/v1/?tag=sweeping-malaysia

3