Syarat Lulus Sejarah Bukan Bebanan

4
TAJUK ARTIKAL WAJIB LULUS SEJARAH BUKAN UNTUK MEMBEBANKAN PARA PELAJAR KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan Kementerian Pendidikan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini bukan untuk membebankan pelajar, sebaliknya bertujuan meningkatkan pengetahuan mereka mengenai sejarah negara. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, jika keputusan itu tidak dibuat pihaknya, para pelajar akan terus beranggapan mata pelajaran tersebut tidak penting dan kurang mendapat tumpuan. Tegasnya, pelaksanaan syarat wajib lulus bagi mata pelajaran itu merupakan usaha untuk mendidik pelajar menjadi seorang warganegara yang baik. "Bukan niat kita (kementerian) untuk tidak meluluskan mereka, kita memang berniat meluluskan semua pelajar tetapi sekurang-kurangnya biarlah mereka mengetahui asas sejarah negara. "Kita melihat apabila Sejarah tidak diwajibkan, ramai menganggap mata pelajaran ini sebagai mata pelajaran tidak penting dan langsung tidak ingin mengetahui sejarah negara, langsung tidak tahu apa berlaku termasuk perjuangan pemimpin terdahulu hingga timbul perasaan tidak menghargai keadaan masa kini," katanya.

Transcript of Syarat Lulus Sejarah Bukan Bebanan

Page 1: Syarat Lulus Sejarah Bukan Bebanan

TAJUK ARTIKAL

WAJIB LULUS SEJARAH BUKAN UNTUK MEMBEBANKAN PARA PELAJAR

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan Kementerian Pendidikan menjadikan mata pelajaran

Sejarah sebagai syarat wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun ini

bukan untuk membebankan pelajar, sebaliknya bertujuan meningkatkan pengetahuan mereka

mengenai sejarah negara.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, jika keputusan itu tidak dibuat

pihaknya, para pelajar akan terus beranggapan mata pelajaran tersebut tidak penting dan kurang

mendapat tumpuan. Tegasnya, pelaksanaan syarat wajib lulus bagi mata pelajaran itu merupakan

usaha untuk mendidik pelajar menjadi seorang warganegara yang baik.

"Bukan niat kita (kementerian) untuk tidak meluluskan mereka, kita memang berniat

meluluskan semua pelajar tetapi sekurang-kurangnya biarlah mereka mengetahui asas sejarah

negara.

"Kita melihat apabila Sejarah tidak diwajibkan, ramai menganggap mata pelajaran ini

sebagai mata pelajaran tidak penting dan langsung tidak ingin mengetahui sejarah negara,

langsung tidak tahu apa berlaku termasuk perjuangan pemimpin terdahulu hingga timbul

perasaan tidak menghargai keadaan masa kini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi lawatan hari pertama peperiksaan

SPM yang bermula hari ini hingga 5 Disember di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri

Wilayah di sini, hari ini. Pada 23 Oktober 2010, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin

Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat

peperiksaan SPM mulai 2013.

Page 2: Syarat Lulus Sejarah Bukan Bebanan

PENDAHULUAN

Semangat cinta akan tanah air atau patriotisme dalam kalangan remaja dan mereka yang lahir

selepas merdeka dikatakan semakin luntur. Isu politik yang dipesongkan serta yang menolak

sejarah juga menjadi penyebab lunturnya semangat patriotisme. Perubahan ini sebenarnya

mencerminkan kurangnya tumpuan kepada soal patriotisme  yang tidak semestinya bergantung

pada wahana sejarah semata-mata, tetapi juga kepada politik, pendidikan, ekonomi dan konsep

hidup dalam negara Malaysia sendiri. Sebuah bangsa yang kuat akan sentiasa mempertahankan

kedaulatan dan kemerdekaan negaranya. Semangat cinta negara ini mesti dididik, semangat ini

tidak akan datang dengan sendirinya tanpa pemahaman jalur sejarah negara.

PANDANGAN DAN CADANGAN

Dalam keadaan negara kita masa kini dan cabaran masyarakat muda yang kurang memahami

kedudukan sejarah negara, maka saya amat bersetuju dan menyokong penuh pengumuman yang

dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu subjek Sejarah wajib

lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2013. Hal ini adalah rentetan yang pernah

disuarakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya subjek Sejarah diwajibkan di

sekolah rendah. Profesor Madya Dr. Shakila Yacob pula mencadangkan agar diambil satu

pendekatan bersepadu dengan merombak atau menggantikan mata pelajaran Sivik dan Kajian

Tempatan dengan pengajian sosial yang mengkaji masyarakat termasuk sejarah, sivik, geografi

dan ekonomi. Dengan itu pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan

menggantikan KBSR yang akan menjadikan Sejarah sebagai subjek teras di sekolah rendah pada

tahun 2014.

Kepentingan subjek itu seharusnya mempunyai kesinambungan dari peringkat rendah

hingga peringkat menengah dengan pelaksanaan yang lebih efektif. Justeru, subjek Sejarah perlu

diberi tempat yang setaraf dengan bahasa Melayu. Dengan itu, subjek Sejarah bukan sahaja

menjadi subjek teras tetapi sekurang-kurangnya perlu lulus untuk mendapat sijil SPM.

Sekiranya, salah satu tidak lulus maka pelajar tidak layak mendapat sijil SPM.

Page 3: Syarat Lulus Sejarah Bukan Bebanan

Subjek sejarah juga boleh menjadi prasyarat kepada lepasan SPM untuk kemasukan ke

institusi pengajian tinggi awam, malahan ia juga boleh diambil kira dalam permohonan ke

jawatan Perkhidmatan Awam. Walaupun cadangan ini mungkin menimbulkan bantahan, tetapi

kita harus melihat kepentingannya kepada negara.

Dalam melaksanakannya, perlulah dititikberatkan tentang memahami latar belakang

negara. Hal ini termasuklah perlembagaan, pembinaan sistem politik, sistem beraja, struktur

kaum, agama, sosial budaya, bahasa dan sebagainya. Keduanya, menghormati hak setiap

warganegara, terutamanya pemahaman kontrak sosial yang membawa kepada situasi menang-

menang. Contohnya, kaum bumiputera mendapat hak istimewa tetapi kaum lain mendapat

kerakyatan dan hak sebagai warganegara.

Di samping itu, perlu wujud rasionalisasi hubungan antara kaum. Maklumat dan fakta

yang dipelajari dalam sejarah boleh mewujudkan pemikiran yang rasional antara kaum. Ini

kerana sekiranya kita faham hak sebagai warganegara dan hak yang dijamin dalam

perlembagaan, maka kita tidak perlu rasa curiga antara kaum. Ini amat penting kerana sejak

kebelakangan ini, ada pihak yang mula membangkitkan isu sensitif dan berunsur perkauman.

Menurut Dr. Shakila, sejarah dapat membangunkan common values dalam usaha

melahirkan identiti bersama (shared identity) yang dapat mewujudkan satu bangsa Malaysia

yang bersatu sebagaimana matlamat wawasan 2020. Oleh itu, kefahaman sejarah boleh

membantu pelajar menganalisis dan memahami perkembangan kontemporari atau politik masa

kini, ideologi dan identiti sesuatu masyarakat. Melalui pembelajaran Sejarah, kita berupaya

membina integrasi nasional menerusi pemahaman murid mengenai sejarah dan tamadun bangsa.

RUJUKAN

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131106/dn_27/Wajib-lulus-Sejarah-bukan-

untuk-membebankan#ixzz30rZTEtcS