SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BINTANG … BORANG PENYERT… · Berikut adalah lagu-lagu yang...

7
Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) -1- SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BINTANG ASLI REMAJA KEBANGSAAN 2014 1. SYARAT PERTANDINGAN I. Penyertaan terbuka kepada remaja yang terdiri daripada warganegara Malaysia lelaki dan wanita berusia antara 15 hingga 25 tahun. (Lahir pada 1 Januari 1989 hingga 31 Disember 1999). Penyertaan adalah PERCUMA. II. Pertandingan ini berkonsepkan persembahan solo dan dibahagikan kepada dua katagori iaitu katagori lelaki dan wanita. III. Untuk ujibakat peringkat zon, peserta dibenarkan untuk menyanyikan sebarang lagu tetapi mestilah lagu yang bergenre tradisional. IV. Setiap peserta dikehendaki menyanyikan 2 buah lagu pada peringkat akhir iaitu satu lagu wajib dan satu lagu pilihan yang telah disenaraikan penganjur dan dinyanyikan secara medley. V. Johan, Naib johan dan Tempat Ketiga bagi Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan, Pertandingan Bintang Irama Malaysia, Pertandingan Bintang Idola P. Ramlee Saloma, Pertandingan Bintang RTM, Pertandingan Bintang Idola Patriotik dan Pertandingan Bintang Klasik tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. VI. Peserta digalakkan membawa Minus One atau Karaoke sendiri semasa Ujibakat atau menyanyi tanpa iringan muzik. Pihak penganjur hanya akan menyediakan Muzik Iringan semasa pertandingan Akhir sahaja. Kumpulan muzik pengiring bagi pertandingan ini ialah kumpulan muzik asli yang akan disediakan oleh pihak penganjur semasa Peringkat Akhir sahaja. Kumpulan muzik persendirian tidak dibenarkan. VII. Peserta yang pernah membuat album tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. VIII. Bagi peserta yang masih menuntut di Peringkat Sekolah Menengah hanya layak menyertai pertandingan di negeri dimana mereka bersekolah sahaja dan

Transcript of SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BINTANG … BORANG PENYERT… · Berikut adalah lagu-lagu yang...

Page 1: SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BINTANG … BORANG PENYERT… · Berikut adalah lagu-lagu yang dipersetujui untuk dipertandingkan. Pemilihan lagu akan diberikan secara undian bagi

Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)

-1-

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BINTANG ASLI REMAJA KEBANGSAAN 2014

1. SYARAT PERTANDINGAN

I. Penyertaan terbuka kepada remaja yang terdiri daripada warganegara Malaysia

lelaki dan wanita berusia antara 15 hingga 25 tahun. ((Lahir pada 1 Januari

1989 hingga 31 Disember 1999). Penyertaan adalah PERCUMA.

II. Pertandingan ini berkonsepkan persembahan solo dan dibahagikan kepada dua

katagori iaitu katagori lelaki dan wanita.

III. Untuk ujibakat peringkat zon, peserta dibenarkan untuk menyanyikan sebarang

lagu tetapi mestilah lagu yang bergenre tradisional.

IV. Setiap peserta dikehendaki menyanyikan 2 buah lagu pada peringkat akhir iaitu

satu lagu wajib dan satu lagu pilihan yang telah disenaraikan penganjur dan

dinyanyikan secara medley.

V. Johan, Naib johan dan Tempat Ketiga bagi Pertandingan Bintang Asli Remaja

Kebangsaan, Pertandingan Bintang Irama Malaysia, Pertandingan Bintang Idola

P. Ramlee Saloma, Pertandingan Bintang RTM, Pertandingan Bintang Idola

Patriotik dan Pertandingan Bintang Klasik tidak dibenarkan menyertai

pertandingan ini.

VI. Peserta digalakkan membawa Minus One atau Karaoke sendiri semasa Ujibakat

atau menyanyi tanpa iringan muzik. Pihak penganjur hanya akan menyediakan

Muzik Iringan semasa pertandingan Akhir sahaja. Kumpulan muzik pengiring bagi

pertandingan ini ialah kumpulan muzik asli yang akan disediakan oleh pihak

penganjur semasa Peringkat Akhir sahaja. Kumpulan muzik persendirian tidak

dibenarkan.

VII. Peserta yang pernah membuat album tidak dibenarkan menyertai pertandingan

ini.

VIII. Bagi peserta yang masih menuntut di Peringkat Sekolah Menengah hanya

layak menyertai pertandingan di negeri dimana mereka bersekolah sahaja dan

Page 2: SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BINTANG … BORANG PENYERT… · Berikut adalah lagu-lagu yang dipersetujui untuk dipertandingkan. Pemilihan lagu akan diberikan secara undian bagi

Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)

-2-

mendapat pengesahan dari Pengetua Sekolah atau Kebenaran dari pihak Jabatan

Pelajaran Daerah/Negeri.

IX. Sebarang perbelanjaan untuk menyertai Pertandingan Bintang Asli Remaja

Kebangsaan 2014 adalah di tanggung oleh peserta sendiri.

X. Pihak Urusetia berhak mengambil sebarang tindakan jika terdapat sebarang

kesalahan yang dibuat oleh peserta.

2. PANEL PENILAI UJIBAKAT DAN PERINGKAT AKHIR

2.1 Panel Penilai Ujibakat dan Peringkat Akhir Pertandingan Bintang Asli

Remaja Kebangsaan akan dilantik oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian

Negara

3. DISIPLIN PESERTA

3.1 Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri semasa menyertai

pertandingan ini, bagi menjaga nama baik diri, keluarga ,sekolah dan

penganjur.

3.2 Semasa menyertai pertandingan, peserta dikehendaki mengikut arahan

dan peraturan pihak urusetia dari masa ke semasa.

3.3 Sebarang bentuk kecederaan atau kemalangan peserta sebelum atau

selepas pertandingan adalah tanggungjawab peserta sendiri.

4. GANTIRUGI

4.1 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa

kemalangan atau kecederaan atau kematian atau kehilangan barang-

barang milik peserta atau kumpulan semasa pertandingan ini diadakan.

Page 3: SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BINTANG … BORANG PENYERT… · Berikut adalah lagu-lagu yang dipersetujui untuk dipertandingkan. Pemilihan lagu akan diberikan secara undian bagi

Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)

-3-

5. JADUAL PERTANDINGAN - PERINGKAT ZON

BIL ZON TARIKH TEMPAT

NEGERI TERLIBAT

1

Zon Timur

5 April 2014

Auditorium Kompleks JKKN Terengganu

Terengganu Kelantan

2

Zon Utara

26 April 2014

Auditorium Kompleks JKKN Pulau Pinang

Pulau Pinang Perlis Kedah Perak

3

Zon Selatan

27 April 2014

Auditorium Kompleks JKKN Negeri Sembilan

Negeri Sembilan

Johor Melaka

4

Zon Tengah

11 Mei 2014

Auditorium Kompleks JKKN WPKL

Kuala Lumpur Selangor

5

Zon Sabah

17 Mei 2014

Auditorium Kompleks JKKN Sabah

Sabah

6

Zon Sarawak

24 Mei 2014

The Hills Shoping Mall

Sarawak

7

Negeri Pahang

31 Mei 2014

Auditorium Kompleks JKKN Pahang

Pahang

Page 4: SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BINTANG … BORANG PENYERT… · Berikut adalah lagu-lagu yang dipersetujui untuk dipertandingkan. Pemilihan lagu akan diberikan secara undian bagi

Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)

-4-

6. SENARAI LAGU PERINGKAT AKHIR BINTANG ASLI REMAJA KEBANGSAAN 2014

Berikut adalah lagu-lagu yang dipersetujui untuk dipertandingkan. Pemilihan lagu akan

diberikan secara undian bagi menentukan satu lagu wajib dan satu lagi pilihan

wajib bagi Kategori Lelaki dan Kategori Wanita.

LELAKI

LAGU WAJIB LAGU PILIHAN

1. Anak Tiong Gambus Selingan ( masri)

2. Seri Medan Joget Baju Kurung ( Joget)

3. Seri Bentan Memikat Janda (samrah)

4. Gunung Panti Zapin Seri Pekan (zapin)

5. Timang Banjar Ketawa Lagi ( inang)

6. Wak Daeng/ Cantik Manis Joget Kasih Berpadu (joget)

PEREMPUAN

LAGU WAJIB LAGU PILIHAN

1. Gambus Api- Api Joget 106 (joget)

2. Seri Tambak Embun Dirumput (inang)

3. Seri Mahligai Joget Johor Sport (joget)

4. Bentan Telani Selendang Mayang (inang)

5. Gunung Bentan Zapin Ya Allah Ya Saidi (zapin)

6 Sembawa Balik Bunga Hati ( inang dangdut)

Page 5: SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BINTANG … BORANG PENYERT… · Berikut adalah lagu-lagu yang dipersetujui untuk dipertandingkan. Pemilihan lagu akan diberikan secara undian bagi

Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)

-5-

7. HADIAH PERTANDINGAN BINTANG ASLI REMAJA KEBANGSAAN 2014

KEDUDUKAN KATEGORI LELAKI KATEGORI WANITA

HADIAH UTAMA

(WANG TUNAI)

HADIAH IRINGAN

HADIAH UTAMA

(WANG TUNAI)

HADIAH IRINGAN

Johan RM 10,000.00 Piala / Sijil RM 10,000.00 Piala / Sijil

Naib Johan RM 8,000.00 Piala / Sijil RM 8,000.00 Piala / Sijil

Ketiga RM 5,000.00 Piala / Sijil RM 5,000.00 Piala / Sijil

Persembahan

Terbaik

RM 1,000.00

Piala / Sijil

Pakaian

Terbaik

RM 1,000.00

Piala / Sijil

Saguhati

Tempat Ke-4

hingga 6

RM 1000.00 Piala / Sijil RM 1000.00 Piala / Sijil

8. URUS SETIA

Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014,

Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara,

Aras 2-6, Blok F, Kompleks Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn,

50610 Kuala Lumpur

(u/p : MOHD FAIRUZ BIN SELAMAT )

Tel : 03-26148200 / 8298

Faks : 03-26971066 / 26971067

Page 6: SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BINTANG … BORANG PENYERT… · Berikut adalah lagu-lagu yang dipersetujui untuk dipertandingkan. Pemilihan lagu akan diberikan secara undian bagi

Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)

-6-

BORANG PENYERTAAN UJIBAKAT PERTANDINGAN BINTANG ASLI REMAJA

KEBANGSAAN 2014 -------------------------------------------------------------------------------------------

Nama :_____________________________________________ No. Kad :_____________________________________________ Pengenalan Tarikh Lahir :_____________________________________________ Umur :_____________________________________________ Negeri :_____________________________________________ Tempat Lahir :_____________________________________________ Warganegara :_____________________________________________ Alamat :_____________________________________________ :_____________________________________________ :_____________________________________________

E – mail :_____________________________________________ Tel :_____________________________________________ Pekerjaan/ :_____________________________________________ Sekolah Taraf Pendidikan :_____________________________________________ Tajuk Lagu :_____________________________________________

Pertandingan Nyanyian Yang :__________________________________

Pernah Disertai dan pencapaian ________________________________

Page 7: SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN BINTANG … BORANG PENYERT… · Berikut adalah lagu-lagu yang dipersetujui untuk dipertandingkan. Pemilihan lagu akan diberikan secara undian bagi

Kertas Konsep Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK)

-7-

Pengakuan Peserta :

Saya dengan ini mengaku bahawa dengan sukarela menyertai pertandingan ini

dengan tidak mempunyai apa-apa hak untuk membuat sebarang tuntutan

terhadap penganjur sekiranya berlaku kecederaan, kemalangan dan kerugian

terhadap diri saya semasa mengikuti pertandingan , termasuk semasa perjalanan

pergi dan balik.

Tarikh : ________________________ Tandatangan : _______________

(Nama:____________________)

Pengesahan oleh Pengetua Sekolah/

Pegawai Kerajaan /Ketua Kampung /Penghulu

Tandatangan /Cop : _______________________

(Nama : ________________________________)