SYARAT-SYARAT DASAR PENSWASTAAN PROJEK...
Transcript of SYARAT-SYARAT DASAR PENSWASTAAN PROJEK...
SYARAT-SYARAT DASAR PENSWASTAAN PROJEK PERUMAHAN
NEGERI TERENGGANU
```````````````````````````````````````````````````````````````````
1. Pelupusan Tanah
Tanah yang dimajukan tidak akan diberimilik kepada pihak pemaju swasta tetapi
diberimilik kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.
2. Tanah Tidak Dibenarkan Cagar/Gadai
Tanah yang dimajukan tidak dibenar cagar/gadai kepada mana-mana institusi
kewangan untuk mendapatkan ‘bridging finance’ oleh pemaju swasta.
Bagaimanapun pemaju boleh menguruskan ‘end financing’ pembeli.
3. Pembeli Unit Rumah Mampu Milik (Kos Rendah)
Senarai pembeli mesti dikemuka dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan
Pembeli yang ditubuhkan oleh Kerajaan. Syarat kelayakan pembeli bagi rumah
mampu milik adalah seperti berikut:-
3.1. Warganegara Malaysia (keutamaan diberi kepada anak tempatan)
3.2. Sudah berkahwin (bagi wanita yang belum berkahwin tetapi telah
mencapai umur 35 tahun ke atas layak memohon)
3.3. Pemohon atau pasangan belum mempunyai rumah atau belum
pernah mengambil pinjaman perumahan perbendaharaan (bagi
kakitangan kerajaan)
3.4. Pemohon atau pasangan hendaklah dalam gred 1 hingga 22 atau
setaraf dengannya (bagi kakitangan kerajaan)
3.5. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.
4. Kebenaran Merancang/Kelulusan Pelan Susunatur
Bagi menyegerakan pelaksanaan projek, pihak pemaju dikehendaki memohon
kebenaran merancang dalam tempoh masa 60 hari dari tarikh surat kelulusan/
perlantikan dan menyediakan pelan susunatur untuk dikemukakan kepada Pihak
Berkuasa Tempatan berkenaan.
5. Kelulusan Pelan Bangunan
Pihak pemaju dikehendaki menyedia dan mengemukakan pelan bangunan
kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan dalam tempoh masa 30 hari
dari tarikh surat kelulusan pelan susunatur.
1/4
6. Mendapatkan Lesen Pemajuan
Adalah menjadi tanggungjawab pemaju untuk mendapatkan Lesen Pemajuan
daripada Kementerian dengan mengemukakan permohonan dalam tempoh
60 hari selepas memperolehi kelulusan pelan bagunan.
7. Lantikan Jurukur Dan Peguam
Pemaju hendaklah melantik jurukur yang bertauliah dan peguam dalam masa
14 hari daripada tarikh setuju terima tawaran bagi melaksanakan projek.
8. Kerja-Kerja Pembinaan
Pihak Pemaju hendaklah memulakan kerja-kerja pembinaan dalam tempoh
60 hari selepas memperolehi Lesen Pemajuan.
9. Penentuan Harga Jualan
Harga jualan rumah adalah sebagaimana dicadangkan oleh pemaju tetapi
diputuskan oleh Kerajaan Negeri. Sebarang kenaikan harga hendaklah
mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Keuntungan akibat daripada kenaikan
harga akan dikongsi pada kadar 50 : 50 di antara pihak pemaju dengan
Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. Pengurangan harga
sekurang-kurangnya 5% hendaklah diberikan kepada pembeli Bumiputera.
10. Pembayaran Premium Tanah
Harga premium tanah (Rumah Mampu Milik) dikenakan pada kadar nominal
iaitu dikira RM100.00 setiap lot. Manakala bagi rumah pangsa pula ialah
sebanyak RM100.00 setiap unit.
11. Syarat-Syarat Kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan
Pihak pemaju dikehendaki mengikuti segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan dalam kelulusan Pelan Bangunan.
12. Tempoh Kecacatan
Pihak pemaju dikehendaki bertanggungjawab dan menanggung segala kos
pembaikian dalam tempoh masa kecacatan. Tempoh kecacatan ialah 1 tahun
daripada tarikh penyerahan projek.
2/4
13. Dokumen Perjanjian
Pemaju dikehendaki menyediakan deraf perjanjian usahasama dan
menyerahkan kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri
Terengganu dalam tempoh masa 90 hari dari tarikh Surat Kelulusan/Perlantikan.
14. Bayaran Sumbangan
Pihak pemaju dikehendaki membayar sumbangan kepada pihak Lembaga
Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu sebanyak 10% - 25% daripada
hasil jualan komponen pembangunan. Penyediaan kemudahan komuniti
seperti dewan orangramai, balairaya/tadika, masjid/surau, taman
permainan/alatan tidak akan dimasukira sebagai sumbangan.
15. Cara Bayaran Sumbangan
Pemaju dikehendaki menjelaskan sumbangan sebanyak 2.5% daripada jumlah
sumbangan dan dibuat atas nama Setiausaha Kerajaan Terengganu semasa
menandatangani perjanjian. Baki bayaran selebihnya hendaklah dibayar dalam
bentuk tunai bergantung kepada keadah yang dipersetujui oleh Lembaga
Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.
16. Bayaran Bagi Mendapatkan Hakmilik Tanah
Bayaran bagi urusan mendapatkan/mendaftarkan hakmilik tanah atas nama
Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu termasuk kos bagi kerja-
kerja awalan seperti upah ukur dan penandaan aras tapak serta sebagainya
hendaklah ditanggung oleh pemaju.
17. Komponen Rumah Mampu Milik
Pemaju dimestikan mematuhi syarat minima membina rumah mampu milik
sebanyak 25% daripada bilangan sebenar unit kediaman/kedai. Dalam
perancangan dan pembinaan Rumah Mampu Milik, pemaju dikehendaki
mematuhi :
17.1 Garis panduan perancangan dan pembangunan Rumah Mampu Milik
(Penswastaan)
17.2 Spesifikasi Rumah Mampu Milik (Penswastaan)
serta pindaan dari semasa ke semasa.
3/4
18. Peruntukan Bukan Bumiputera
Pemaju hanya dibenar memperuntukkan dan menjual masing-masing tidak
melebihi 30% daripada unit rumah kos sederhana, rumah kos tinggi dan rumah
kedai/kedai pejabat kepada bukan Bumiputera.
19. Kebenaran Masuk Tapak
Selepas menandatangani perjanjian usahasama, pemaju boleh memohon
kebenaran daripada Pentadbir Tanah berkenaan untuk memasuki tapak projek
bagi menjalankan kerja-kerja pengukuran sementara menunggu proses
kelulusan pelan susunatur dan pelan bangunan.
20. Tempoh Siap Projek
Projek mesti disiapkan mengikut jadual pelaksanaan projek sebagaimana
terdapat dalam dokumen perjanjian. Jika gagal disiapkan dalam tempoh masa
yang ditetapkan tanpa mendapat kelulusan lanjut tempoh, Kerajaan Negeri
berhak menamatkan pelaksanaan projek dan merampas semua harta yang ada
di atas tanah yang dimajukan dan ianya menjadi hak Lembga Tabung Amanah
Warisan Negeri Terengganu tanpa dibayar apa-apa pampasan kepada
pemaju.
21. Sijil Akuan Kelayakan Menduduki Bangunan
Adalah menjadi tanggungjawab pihak pemaju untuk mendapatkan Sijil Akuan
Kelayakan Menduduki Bangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan
berkenaan.
22. Kemudahan Komuniti
Pemaju dikehendakui membina dan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri
kemudahan-kemudahan komuniti seperti dewan serbaguna/orangramai,
bangunan surau, padang dan alatan permainan tadika dan sebagainya
sekiranya kemudahan tersebut disyaratkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
23. Pematuhan Arahan
Pihak pemaju adalah sentiasa tertakluk kepada Akta / Pekeliling / Arahan /
keputusan Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.
* SYARAT-SYARAT DI ATAS TERTAKLUK KEPADA PINDAAN DARI SEMASA KE SEMASA
4/4