Syarat-Syarat Pertandingan Syarahan

3
Syarat-syarat Pertandingan Syarahan KELAYAKAN/SYARAT (a) Setiap unit PPISMP Ambilan Jun 2011 perlu menghantar seorang wakil untuk pertandingan syarahan. TAJUK (a) Tema bagi syarahan ialah Perpaduan Dan Integriti Kaum. (b) Tajuk syarahan boleh menggunakan isu-isu semasa tetapi masih menyentuh isu-isu perpaduan. KAEDAH PERTANDINGAN (i) Setiap peserta diberi masa 5 minit untuk bersyarahan. (ii) Semasa pertandingan, loceng akan dibunyikan sekali sebagai tanda bermulanya syarahan dan satu kali loceng akan dibunyikan apabila masa 1 minit sebelum tamat dan dua kali loceng dibunyikan apabila masa telah tamat. (iii) Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan markah. (iv) Syarahan hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu. (v) Para peserta hendaklah hadir di tempat pertandingan lima belas minit (15 minit) lebih awal untuk tujuan pengesahan pertandingan.

description

hihi

Transcript of Syarat-Syarat Pertandingan Syarahan

Page 1: Syarat-Syarat Pertandingan Syarahan

Syarat-syarat Pertandingan Syarahan

KELAYAKAN/SYARAT

(a) Setiap unit PPISMP Ambilan Jun 2011 perlu menghantar seorang wakil untuk

pertandingan syarahan.

TAJUK

(a) Tema bagi syarahan ialah Perpaduan Dan Integriti Kaum.

(b) Tajuk syarahan boleh menggunakan isu-isu semasa tetapi masih menyentuh isu-isu

perpaduan.

KAEDAH PERTANDINGAN

(i) Setiap peserta diberi masa 5 minit untuk bersyarahan.

(ii) Semasa pertandingan, loceng akan dibunyikan sekali sebagai tanda

bermulanya syarahan dan satu kali loceng akan dibunyikan apabila masa 1

minit sebelum tamat dan dua kali loceng dibunyikan apabila masa telah

tamat.

(iii) Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan

diberikan markah.

(iv) Syarahan hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu.

(v) Para peserta hendaklah hadir di tempat pertandingan lima belas minit (15

minit) lebih awal untuk tujuan pengesahan pertandingan.

ETIKA PERTANDINGAN

(a) Peserta digalakkan berpakaian kemas dan menutup aurat semasa pertandingan.

(b) Peserta tidak digalakkan menunjukkan aksi kurang sopan, misalnya

mengucapkan perkataan kasar dan kurang manis.

Page 2: Syarat-Syarat Pertandingan Syarahan

(c) Peserta tidak digalakkan menyentuh perkara-perkara yang boleh menjejaskan

maruah dan integriti seseorang individu dan sesebuah negara.

(d) Peserta tidak dibenarkan mengkritik isu sensitif keagamaan, bangsa, budaya

atau peribadi seseorang.

PEMARKAHAN

Isi - 40 Markah

Gaya dan Penyampaian - 30 Markah

Bahasa- 30 Markah

Isi akan diadili dari segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah yang

bernas, fakta-fakta, huraian dan bukti atau contoh yang logik.

Gaya dan penyampaian akan diadili berdasarkan persembahan pemidato yang

lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang meyakinkan, gaya yang

menarik, nilai bujukan yang tinggi dan penyampaian isu yang tertib.

Bahasa diadili berdasarkan bahasa yang jelas dan tepat (struktur dan sebutan)

serta gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak

disampaikan.

KEPUTUSAN

Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah-markah yang dicatatkan oleh

mereka adalah sulit dan rahsia. Sebarang kesulitan atau bantahan perlu dikemukakan

kepada Urusetia Pertandingan.