SyaratNasyid

6
SYARAT PERTANDINGAN FESTIVAL NASYID NEGERI SABAH SEMPENA KARNIVAL KESENIAN ISLAM NEGERI SABAH 1435H/2014M Muka Surat 1 daripada 6 1- FORMAT PERTANDINGAN NASYID 1.1. Pemilihan kumpulan ke Festival Nasyid peringkat Negeri Sabah akan dibuat melalui pertandingan nasyid yang diadakan di peringkat daerah dan bahagian. 1.2. Sebanyak dua belas (12) kumpulan akan dipilih dan bertanding di Festival Nasyid Peringkat Negeri. Di mana dua (2) kumpulan yang mewakili bahagian tradisi dan moden akan mewakili daerah kePeringkat Bahagian dan dua (2) kumpulan yang mewakili bahagian tradisi dan moden akan mewakili bahagian ke Peringkat Negeri. Seandainya tidak ada penyertaan dari mana-mana daerah atau bahagian, maka daerah atau bahagian itu tidak akan diwakili oleh mana-mana kumpulan dari bahagian lain. 1.3. Penentuan kumpulan yang akan mewakili kategori Nasyid Moden atau Nasyid Tradisi ke Festival Nasyid Peringkat Daerah dan Bahagian ditentukan oleh penyertaan kumpulan dalam kategori yang dipilih oleh kumpulan. 1.4. Setiap kumpulan hanya mempersembahkan satu (1) buah lagu sahaja. 1.5. Kumpulan yang bertanding hendaklah mempersembahkan nasyid mereka dengan menggunakan minus one di semua Peringkat Daerah, Bahagian dan Negeri. 1.6. Mana-mana kumpulan nasyid yang menjadi Johan di Peringkat Negeri tidak semestinya secara automatic mewakili negeri Sabah ke Festival Nasyid Kebangsaan kerana pemilihan dibuat melalui pemilihan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan. 1.7. Setiap kumpulan yang menyertai pertandingan nasyid Peringkat Daerah, Bahagian dan Negeri hendaklah mengisi Borang N-KARNIVAL KESENIAN ISLAM: 01 : Borang Penyertaan Festival Negeri Nasyid - yang disediakan oleh Jawatankuasa Festival Nasyid. 2- SYARAT PERTANDINGAN 2.1. Penyertaan 2.1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua kumpulan nasyid terdiri daripada warganegara Malaysia yang telah bermastautin selama 6 bulan di Sabah. 2.1.2. Jumlah peserta nasyid dalam satu kumpulan hendaklah seramai 6 orang penyanyi. Penyanyi mestilah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan.

description

syarat pertandingan nasyid kebangsaan

Transcript of SyaratNasyid

Page 1: SyaratNasyid

SYARAT PERTANDINGAN FESTIVAL NASYID NEGERI SABAH

SEMPENA KARNIVAL KESENIAN ISLAM NEGERI SABAH 1435H/2014M

Muka Surat 1 daripada 6

1- FORMAT PERTANDINGAN NASYID

1.1. Pemilihan kumpulan ke Festival Nasyid peringkat Negeri Sabah akan dibuat

melalui pertandingan nasyid yang diadakan di peringkat daerah dan bahagian.

1.2. Sebanyak dua belas (12) kumpulan akan dipilih dan bertanding di Festival

Nasyid Peringkat Negeri. Di mana dua (2) kumpulan yang mewakili bahagian

tradisi dan moden akan mewakili daerah kePeringkat Bahagian dan dua (2)

kumpulan yang mewakili bahagian tradisi dan moden akan mewakili bahagian ke

Peringkat Negeri. Seandainya tidak ada penyertaan dari mana-mana daerah atau

bahagian, maka daerah atau bahagian itu tidak akan diwakili oleh mana-mana

kumpulan dari bahagian lain.

1.3. Penentuan kumpulan yang akan mewakili kategori Nasyid Moden atau Nasyid

Tradisi ke Festival Nasyid Peringkat Daerah dan Bahagian ditentukan oleh

penyertaan kumpulan dalam kategori yang dipilih oleh kumpulan.

1.4. Setiap kumpulan hanya mempersembahkan satu (1) buah lagu sahaja.

1.5. Kumpulan yang bertanding hendaklah mempersembahkan nasyid mereka dengan

menggunakan minus one di semua Peringkat Daerah, Bahagian dan Negeri.

1.6. Mana-mana kumpulan nasyid yang menjadi Johan di Peringkat Negeri tidak

semestinya secara automatic mewakili negeri Sabah ke Festival Nasyid

Kebangsaan kerana pemilihan dibuat melalui pemilihan Jawatankuasa Peringkat

Kebangsaan.

1.7. Setiap kumpulan yang menyertai pertandingan nasyid Peringkat Daerah, Bahagian

dan Negeri hendaklah mengisi Borang N-KARNIVAL KESENIAN ISLAM: 01

: Borang Penyertaan Festival Negeri Nasyid - yang disediakan oleh Jawatankuasa

Festival Nasyid.

2- SYARAT PERTANDINGAN

2.1. Penyertaan

2.1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua kumpulan nasyid terdiri daripada

warganegara Malaysia yang telah bermastautin selama 6 bulan di

Sabah.

2.1.2. Jumlah peserta nasyid dalam satu kumpulan hendaklah seramai 6 orang

penyanyi. Penyanyi mestilah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak

melebihi 35 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan.

Page 2: SyaratNasyid

SYARAT PERTANDINGAN FESTIVAL NASYID NEGERI SABAH

SEMPENA KARNIVAL KESENIAN ISLAM NEGERI SABAH 1435H/2014M

Muka Surat 2 daripada 6

2.1.3. Sesuatu kumpulan itu dianggap kumpulan yang baru atau kumpulan yang

lain sekiranya tiga (3) orang atau lebih ahli kumpulannya merupakan ahli

baru dan bukan ahli-ahli dari satu kumpulan nasyid yang sama

sebelumnya.

2.1.4. Seorang peserta hanya dibenarkan mewakili satu kumpulan sahaja.

2.1.5. Sesiapa yang mengganggotai mana-mana Jawatankuasa Pertandingan

Nasyid di Peringkat Daerah, Bahagian dan Negeri tidak dibenarkan

mengambil bahagian dalam pertandingan ini sama ada sebagai penyanyi,

pemuzik, penggubah/pencipta lagu dan pemimpin suatu kumpulan.

2.1.8. Pencipta lagu dan penulis lirik hendaklah warganegara Malaysia dan telah

bermastautin selama 6 bulan di Sabah.

2.2. Lagu

2.2.1. Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan 1 buah lagu sama

ada lagu nasyid tradisi atau lagu nasyid moden dan hendaklah

disampaikan dalam masa tidak lebih dari 4 minit.

( Nasyid Tradisi bermaksud lagu yang mengandungi unsur-unsur

antaranya bayati, nahwan, sikah, ras, sobah, hijaz. Manakala lagu Nasyid

Moden ialah lagu selain daripada lagu tradisi tetapi hendaklah tidak

termasuk rentak seperti rock, heavy metal, jazz, hip hop dan rap )

2.2.2. Senikata lagu hendaklah dalam bahasa Melayu, Arab atau Inggeris atau

gabungan bahasa-bahasa tersebut. Bagi senikata di dalam bahasa Arab dan

Inggeris hendaklah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

2.2.3. Senikata dan lagu hendaklah ciptaan yang asal bebas dari

saduran/ciplak/palagiat dan belum pernah dirakam, dicetak atau disiarkan

untuk sebarang siaran.

2.3. Lirik

2.3.1. Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai Islam yang bertujuan untuk

memupuk semangat dakwah Islamiah, semangat patriotik dan

kehidupan sejahtera, membenteras gejala-gejala sosial, meningkatkan

nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan seumpanya. Nama lagu dan lirik

tidak boleh menggunakan nama tema festival. Senikata yang tidak

sesuai akan ditolak.

2.3.2. Lirik lagu hendaklah tidak menyentuh sentimen mana-mana individu dan

kaum.

Page 3: SyaratNasyid

SYARAT PERTANDINGAN FESTIVAL NASYID NEGERI SABAH

SEMPENA KARNIVAL KESENIAN ISLAM NEGERI SABAH 1435H/2014M

Muka Surat 3 daripada 6

2.4. Persembahan

2.4.1. Para peserta diwajibkan berpakaian menutup aurat. Peserta wanita

hendaklah mengenakan pakaian yang longgar dan tidak menonjolkan

bentuk tubuh badan.

2.4.2. Para peserta tidak dibenarkan membuat persembahan seolah berbentuk

tarian atau pergerakan yang berlebihan.

3- PENGHAKIMAN

3.1. Syarat Hakim

3.1.1. Seorang hakim tidak layak menjadi hakim pertandingan jika terlibat

sebagai penulis, penggubah, jurulatih atau pemimpin mana-mana

kumpulan yang bertanding; dan

3.1.2. Hakim yang dipilih terdiri dari kalangan mereka yang terlibat secara aktif

dalam penciptaan lagu, penulisan lirik, para pensyarah muzik, pernah

menjadi hakim tilawah Al-Quran dan kalangan yang terlibat secara

langsung dalam industri muzik.

3.2. Ciri Penghakiman

3.2.1. Penghakiman akan dinilai dari beberapa aspek seperti berikut;-

3.2.1.1 Lirik : 25 markah

3.2.1.2 Lagu/Ciptaan : 25 markah

3.2.1.3 Mutu Suara : 25 markah

3.2.1.4 Susunan Muzik : 15 markah

3.2.1.5 Persembahan : 10 markah

3.2.2. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan markah tertinggi yang diperoleh

oleh kumpulan. Sekiranya markah kumpulan adalah sama, markah lirik

akan diambil kira terlebih dahulu. Sekiranya masih sama, turutan markah

hendaklah dilihat dari markah ciptaan lagu, mutu suara, susunan muzik

dan seterusnya persembahan. Sekiranya masih juga sama, pemilihan

hendaklah dibuat melalui undian Panel Hakim yang di pengerusikan oleh

Ketua Hakim.

3.2.3. Kertas pemarkahan bagi suatu penghakiman sama ada di Peringkat

Bahagian atau aalah Negeri dianggap SULIT dan hendaklah dihantar dan

disimpan oleh SETIAUSAHA Festival Nasyid Peringkat Negeri Sabah.

Semua borang penghakiman akan diseal selama 6 bulan (sebelum

Page 4: SyaratNasyid

SYARAT PERTANDINGAN FESTIVAL NASYID NEGERI SABAH

SEMPENA KARNIVAL KESENIAN ISLAM NEGERI SABAH 1435H/2014M

Muka Surat 4 daripada 6

dibolehkan membukanya). Keputusan jemaah hakim adalah

muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

3.3. Pelantikan Penghakiman

Hakim pertandingan nasyid di peringkat Daerah dilantik oleh Jawatankuasa

Festival Nasyid Daerah. Pertandingan di Peringkat Bahagian dan Negeri akan

dilantik oleh Jawatankuasa Festival Nasyid Peringkat Negeri Sabah.

4- PELANGGARAN PERATURAN

Jawatankuasa Penghakiman Nasyid Negeri Sabah boleh menyingkirkan mana-mana

kumpulan nasyid yang didapati melanggar apa- apa peraturan yang telah

ditetapkan sekiranya terdapat bukti-bukti yang kukuh sebelum, semasa dan selepas

pertandingan dijalankan.

5- HAK CIPTA

Lagu-lagu yang dipertandingan akan menjadi hak milik Jawatankuasa Festival Nasyid

Negeri Sabah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah). Jawatankuasa berhak

untuk menerbit mana-mana lagu untuk di albumkan. Dengan mengambil kira

pembayaran royalti kepada pencipta lagu dan penulis lirik tertakluk kepada budi bicara

Jawatankuasa Festival Nasyid Negeri Sabah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri

Sabah).

6- PEMBIAYAAN PENGANGKUTAN DAN PENGINAPAN

Jawatankuasa Festival Nasyid akan membiayai pengangkutan dan penginapan kumpulan

nasyid yang mewakili Bahagian ke Peringkat Negeri iaitu seramai 8 orang (termasuk

pengurus kumpulan dan Pengerusi/AJK Pelaksana Festival Nasyid Peringkat

Bahagian/Daerah) ke Festival Nasyid Peringkat Negeri.

7- KEPUTUSAN PERTANDINGAN Keputusan Hakim adalah muktamad.

Page 5: SyaratNasyid

SYARAT PERTANDINGAN FESTIVAL NASYID NEGERI SABAH

SEMPENA KARNIVAL KESENIAN ISLAM NEGERI SABAH 1435H/2014M

Muka Surat 5 daripada 6

BORANG PENYERTAAN FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI SABAH 1435H/2014M

N-KARNIVAL KESENIAN ISLAM: 01

1. Nama Kumpulan :_________________________________________ 2. Nama Pengurus Kumpulan :_________________________________________ 3. Nama Ketua Kumpulan :_________________________________________ 4. Alamat Kumpulan :_________________________________________ ____________________________________ No. Telefon :_______________________E-mail :_______________________ 1. Nama Ahli Kumpulan

(Salinan Kad Pengenalan Ahli Kumpulan yang disahkan hendaklah disertakan)

BIL.

NAMA AHLI

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH LAHIR

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Page 6: SyaratNasyid

SYARAT PERTANDINGAN FESTIVAL NASYID NEGERI SABAH

SEMPENA KARNIVAL KESENIAN ISLAM NEGERI SABAH 1435H/2014M

Muka Surat 6 daripada 6

BORANG N-KARNIVAL KESENIAN ISLAM: 01

2. Latar belakang Kumpulan:

3. PERAKUAN

Saya (kami) ____________________________________________________bagi Pihak kumpulan______________________________________________ dengan Ini mengaku akan mematuhi segala syarat/peraturan dan keputusan penghakiman yang ditetapkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Festival Nasyid Peringkat Negeri Sabah 1435H/2014M. ______________________________ ( Tandatangan Pengurus Kumpulan )

Nama :_____________________________ No. K/P :______________________________