Syiah Dan Ancamannya.pdf

48
1 Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara Jabatan Agama Islam Selangor BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA Ahmad Nasim bin Abdul Rauf 1.0 MUQADDIMAH Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam. Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidah, syariah dan umat Islam, perlu kita merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam ketiga, ketika mana gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan umat di setiap wilayah yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan begitu hebat sehingga akhirnya terkorban syahid Khalifah Uthman bin Affan yang telah dikahwinkan oleh Rasulullah S.A.W. dengan dua orang cahaya matanya, seorang yang berkali-kali dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai ahli syurga kerana besar jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Uthman dengan mencurahkan harta bendanya yang banyak untuk melengkapkan `Jaisyu al „Usrah. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud : “Selepas hari ini tiada amalan lagi boleh merosakkan Uthman.” 1 Perancangan untuk memecahbelahkan umat Islam dari dalam itu dengan cara penyusupan masuk ajaran yang bukan Islam ke dalam masyarakat Islam yang dikenali dengan gerakan Ibnu Saba‟ telah berjaya memecahbelahkan perpaduan Umat Islam selama ini. Umat Islam setelah itu tidak lagi dapat menumpukan perhatian mereka kepada musuh Islam dan pedang mereka tidak lagi terhunus ke muka musuh-musuh yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya tetapi sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri. Pedang dan lembing mereka mula bergemerencang di medan perang saudara sehingga beberapa lama. Jika di zaman masyarakat Islam yang sebilangan besarnya terdiri daripada orang- orang yang dididik oleh Rasulullah S.A.W. sendiri dan masih ramai orang yang 1 Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad dan beliau telah menilai hadis ini sebagai hadis hasan sahih.

description

Syiah Dan Ancamannya

Transcript of Syiah Dan Ancamannya.pdf

Page 1: Syiah Dan Ancamannya.pdf

1

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK,

UMMAH DAN NEGARA

Ahmad Nasim bin Abdul Rauf

1.0 MUQADDIMAH

Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun

sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada

pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam.

Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidah, syariah dan umat

Islam, perlu kita merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam ketiga,

ketika mana gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan

umat di setiap wilayah yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan begitu hebat

sehingga akhirnya terkorban syahid Khalifah Uthman bin Affan yang telah

dikahwinkan oleh Rasulullah S.A.W. dengan dua orang cahaya matanya, seorang

yang berkali-kali dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai ahli syurga kerana

besar jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Uthman dengan mencurahkan harta

bendanya yang banyak untuk melengkapkan `Jaisyu al „Usrah. Rasulullah S.A.W.

bersabda bermaksud : “Selepas hari ini tiada amalan lagi boleh merosakkan

Uthman.”1

Perancangan untuk memecahbelahkan umat Islam dari dalam itu dengan cara

penyusupan masuk ajaran yang bukan Islam ke dalam masyarakat Islam yang

dikenali dengan gerakan Ibnu Saba‟ telah berjaya memecahbelahkan perpaduan

Umat Islam selama ini. Umat Islam setelah itu tidak lagi dapat menumpukan

perhatian mereka kepada musuh Islam dan pedang mereka tidak lagi terhunus ke

muka musuh-musuh yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya

tetapi sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri. Pedang dan lembing

mereka mula bergemerencang di medan perang saudara sehingga beberapa lama.

Jika di zaman masyarakat Islam yang sebilangan besarnya terdiri daripada orang-

orang yang dididik oleh Rasulullah S.A.W. sendiri dan masih ramai orang yang

1 Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan Ahmad dan beliau telah menilai hadis ini sebagai hadis hasan sahih.

Page 2: Syiah Dan Ancamannya.pdf

2

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

imannya teguh dan keyakinan tentang Islam begitu mendalam, racun-racun yang

disemburkan oleh mereka itu telah dapat juga melemahkan sebahagian anggota

masyarakat Islam sehingga menimbulkan huru-hara yang berpanjangan,

bayangkanlah bagaimana agaknya jika racun yang begitu berbisa itu disemburkan

ke tubuh masyarakat Islam hari ini yang mana anggotanya terdiri daripada orang-

orang yang lemah aqidahnya, cetek pengetahuannya tentang selok belok ajaran

Islam dan tidak pula mendapat pendidikan Islam yang sempurna, tentu sekali dalam

masa yang singkat wajah masyarakat Islam akan berubah kepada rupa yang

sungguh menakutkan.

Apakah intisari ajaran Syiah permulaan yang dikepalai oleh Ibnu Saba‟ itu? Apakah

fahaman-fahaman tajaan Syiah permulaan yang telah berjaya menggugat Islam dari

dalam dan telah melemahkan ikatan persaudaraan Islam pada ketika itu?

Jawapannya akan kita temui dalam ajaran dan fahaman Syiah hari ini.

Umat Islam hari ini perlu menjadikan sejarah yang lampau sebagai pengajaran dan

iktibar, jika tidak sejarah akan berulang lagi. Tidak mungkin umat Islam yang

berpegang dengan al-Qur‟an dan as-Sunnah boleh terperangkap dengan jerangkap-

jerangkap yang dipasang oleh musuh-musuh yang telah tercatat dalam sejarah

muram mereka.

Mukmin sejati mustahil akan terjebak ke dalam fahaman-fahaman salah yang

dikemukakan oleh musuh-musuh yang pernah menikam nenek moyang mereka

dahulu kerana Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

رة ب عن أب هر لدغ المإمن من عن الن ه وسلم قال ل عل جحر صلى للا

ن ت واحد مر2

Maksudnya :

“Daripada Abu Hurairah R.A. daripada Nabi S.A.W. Sabdanya :

Orang mukmin tidak disengat dua kali di lubang yang sama.”

2 Sahih Muslim, Kitab Zuhdi wa al-raqaa‟iq, bab La yuldaghu al-mukminu min hujrin waahidin maratain, no hadith : 2998.

Page 3: Syiah Dan Ancamannya.pdf

3

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

Walaupun golongan Syiah hari ini menafikan hubungannya dengan ajaran yang

dibawa oleh Ibnu Saba‟ dan rakan-rakannya namun penafian itu tidaklah membawa

apa-apa erti jika persamaan di antara kedua-duanya diketahui dan diakui oleh umum

termasuk pengikut Syiah sendiri. Lihatlah kepada at-Thusi, seorang tokoh ulama‟

mutaqaddimin Syiah, beliau dianggap sebagai tokoh yang mendalam ilmunya

tentang riwayat dan rijal menuliskan di dalam kitabnya yang dianggap sebagai kitab

yang terpenting tentang Rijal Syiah yang dikenali dengan `Rijal Kasyi‟. Sebahagian

ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah Ibnu Saba‟ adalah seorang Yahudi yang

kemudiannya memeluk Islam dan membela Sayyidina Ali A.S. Semasa beragama

Yahudi dia berpendapat Yusya‟ bin Nun merupakan Washi bagi Nabi Musa secara

ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), fahaman yang sama

dibawakan tentang Ali sebagai Washi bagi Rasulullah S.A.W. sepeninggalan

Baginda S.A.W. Dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajiban melantik

Ali sebagai Imam, menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-

musuh Ali dan berlepas diri dari mereka bahkan mengkafirkan mereka. Dari sinilah

orang yang menentang Syiah mengatakan punca ajaran Syiah dan Rafidhah ialah

Agama Yahudi. 3

Di antara tokoh-tokoh Syiah yang juga telah menyebutkan perkara yang sama ialah

an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syiah” (hal. 43-44), al-Hulli dalam “Kitab al-Rijal”

(hal. 469), Mamaqami seorang tokoh ulamak mutaakhir Syiah tentang Rijal dalam

kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2 hal. 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju al-

Maqal” (hal. 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam “Syarah Mahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal.

309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal. 184) dan lain-

lain. (lihat lampiran no.1)

Di kalangan tokoh-tokoh ahli Sunnah pula yang menyebutkan ajaran Ibnu Saba‟ dan

peranannya dalam memecahbelahkan umat Islam ialah Abu Hasan al-Asyaari dalam

“Maqalat al-Islamiyin” (Jilid 1 hal. 50), Abdul Qahir al-Baghdadi dalam “al-Farqu

Baina al-Firaq” (hal. 233-235), al-Isfiraini dalam “at-Tabsir fi ad-Din” (hal. 108-109),

Syahrastani dalam “al-Milal wa an-Nihal” (Jilid 2 hal. 11), at-Tabari dalam “Tarikh al-

Umam wa al-Muluk” (Jilid 5 hal. 90), Ibnu Kathir dalam “al-Bidayah wa an-Nihayah”

3 Kitab Rijal al-Kasyi, hlm.108.

Page 4: Syiah Dan Ancamannya.pdf

4

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

(Jilid 7 hal. 167), Hafiz Ibnu Hajar dalam “Lisan al-Mizan” (Jilid 3 hal. 289) dan lain-

lain. (lihat lampiran no. 2)

Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti dan kita mengkaji ajaran Syiah dari

semua aspek aqidah, syariah, akhlak dan lain-lain maka kita akan dapati ajaran-

ajaran itu telah dirancang sebegitu rupa untuk mengambil alih agama Islam yang

sedia ada supaya umat Islam secara tidak sedar menganut dan mengamalkan

ajaran-ajaran yang bukan berasal dari Islam sama sekali. Pada ketika itu Islam yang

dianuti pada hakikatnya hanya nama semata-mata atau Islam yang palsu dan Islam

yang palsu itu tentu sekali tidak membimbangkan atau menggugat kedudukan

agama-agama dan fahaman-fahaman lain yang terdapat di dunia. Segala-galanya

disusun dan direncanakan sehingga umat Islam sendiri yang pengetahuannya tidak

begitu mendalam tentang Islam dapat menerima ajaran yang dikemukakan mereka

sebagai ajaran Islam.

Di sini kita akan mendedahkan kepalsuan ajaran Syiah, percanggahannya dengan

agama Islam yang suci dan bahayanya kepada umat Islam di setiap tempat supaya

agama yang mereka mahu hapuskan dan lenyapkan dari muka bumi (Islam) ini tetap

akan mengibarkan bendera kemenangannya sesuai dengan firman Allah :

ن كله ظهره على الد ولو هو الذي أرسل رسوله بالهدى ودن الحق ل

4كره المشركون

Maksudnya :

“Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya (dengan

membawa) petunjuk (al-Qur’an) dan agama yang benar

untuk dimenangnya atas segala agama walaupun orang-

orang musyrikin tidak menyukainya”.

Di antara bahaya dan percanggahan ajaran Syiah dengan Islam yang akan

dikemukakan di sini ialah :

1. Bahaya kepada aqidah

4Al-Qur‟an, Surah at-Taubah: 33.

Page 5: Syiah Dan Ancamannya.pdf

5

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

2. Bahaya kepada syariat

3. Bahaya kepada akhlak

4. Bahaya kepada ummat

5. Bahaya kepada negara

2.0 BAHAYA KEPADA AQIDAH

2.1 Aqidah Syirik Dengan Allah

2.1.1 Muhammad Bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan dalam “Ushul Kahfi”

dari Abi Abdillah, kata beliau “Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah

kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan

memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran

dari pihak Allah kepadanya.”5 (lihat lampiran no. 3)

Sedangkan Allah telah berfirman di dalam al-Qur‟an yang berbunyi :

6"إن األرض هلل وثرها من شآء من عباده"

Maksudnya :

“Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah. Diberikannya

kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-

hambanya”.

Allah berfirman lagi :

7"هلل ملك السموات واألرض"

Maksudnya :

5 al-Kafi, Bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, jilid 1, hlm. 409 6 Al-Qur‟an, Surah al-„Araf: 128. 7 Al-Qur‟an, Surah al-Hadid: 2.

Page 6: Syiah Dan Ancamannya.pdf

6

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

“Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi…..”

2.1.2 Allah menyatakan sifatnya dalam al-Qur‟an sebagai yang awal dan

akhir, yang zahir dan yang batin sebagaimana firman-Nya :

8"هو األول واألخر والظاهر والباطن"

Maksudnya :

“Dialah yang awal dan akhir, yang zahir dan yang batin”

Tetapi Syiah meriwayatkan kononnya Saidina Ali R.A. berkata :

9"انا األول وانا األخر وانا الظاهر وانا الباطن وانا وارث األرض"

Maksudnya :

“Akulah yang awal dan yang akhir, akulah yang zahir dan

akulah yang batin, akulah pewaris bumi….”

Sedangkan Allah berfirman :

10 "انا نحن نرث األرض ومن علها"

Maksudnya :

“Kamilah pewaris bumi dan sekelian makhluk yang ada di

atasnya”.

2.1.3 Al-Kulaini menyebut dalam Usul Kafi bahawa Imam Muhammad al-

Baqir berkata : “Kami adalah wajah Allah, Kami adalah mata Allah di kalangan

makhlukNya dan Kami adalah tanganNya yang terhampar menghulurkan

rahmat kepada hambaNya.”11. Begitu juga diriwayatkan dari Abi Abdillah (Ja‟far

8 Al-Qur‟an, Surah al-Hadid: 3. 9 Kitab Rijal al-Kasyi, hlm. 211 10 Al-Qur‟an, Surah Maryam: 40. 11 Al-Kulayni, Abu Ja‟far Muhammad bin Ya‟qub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p. Jilid 1: Intisyarat „ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 83.

Page 7: Syiah Dan Ancamannya.pdf

7

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

as-Sadiq) bahawa Amirul Mukminin Ali a.s selalu berkata : “Akulah pembahagi

syurga dan neraka bagi pihak Allah……aku dikurniakan beberapa

keistimewaan yang tidak pernah dikurniakan kepada sesiapa pun sebelumku,

aku mengetahui kematian dan bencana yang menimpa manusia, keturunan

mereka dan kemampuan memutuskan perkara yang tepat. Sesuatu yang telah

berlaku tidak terlepas dari pengetahuanku dan tidak tersembunyi dari

pengetahuanku apa yang tidak ada di hadapanku.” 12

Seorang ahli tafsir Syiah yang terkenal bernama Maqbul Ahmad dalam

tafsirnya ketika mentafsirkan ayat berbunyi :

13"كل شىء هالك ال وجهه "

“Segala sesuatu akan binasa kecuali wajah-Nya…”

meriwayatkan bahawa Ja’far as-Sadiq mentafsirkan ayat ini

dengan: “Kamilah wajah Allah itu.” (lihat lampiran no. 4)

2.1.4 Al-Kulaini mengadakan satu bab bertajuk :

“Para Imam mengetahui perkara yang lalu dan yang akan datang dan tidak

tersembunyi daripada pengetahuan mereka sesuatu pun”.

Di dalam bab ini beliau mengemukakan satu riwayat dari Ja‟afar as-Sadiq

bahawa beliau berkata :

“Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di

bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka.

Aku mengetahui perkara yang berlalu dan perkara yang akan

datang.” 14

2.1.5 Di dalam kitab yang sama menyebut bahawa para Imam boleh

menghalalkan dan mengharamkan apa yang mereka kehendaki dan mereka

12 Kitab al-Hujjah min al-kafi, hlm. 197. 13 Al-Qur‟an, Surah al-Qashash: 88. 14 Ibid, hlm. 261.

Page 8: Syiah Dan Ancamannya.pdf

8

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

sekali-kali tidak menghendaki melainkan apa yang dikehendaki Allah.15

Sedangkan Allah berfirman di dalam al-Qur‟an:

ب ها الن ا أ لك م ما أحل للا 16 لم تحر

Maksudnya :

“Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah

halalkan bagimu”.

Ini bermakna Syiah menyekutukan Allah dengan para Imam mereka dalam

mengharamkan dan menghalalkan sesuatu, di dalam kitab itu juga al-Kulaini

meriwayatkan bahawa as-Sadiq berkata :

“Mana-mana Imam yang tidak mengetahui sesuatu yang akan menimpanya

dan ke mana mereka akan pergi maka ia bukanlah hujah dari pihak Allah

kepada makhluk-Nya.” 17

Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud :

ماوات وا ل قل علم من ف الس ب إل ل رض الؽ 18 للا

Maksudnya :

“Katakan tiada siapa pun mengetahui perkara ghaib di langit

dan di bumi melainkan Allah”.

Di sinilah Syiah menyekutukan Allah dengan Imam-Imam mereka dalam

mengetahui perkara ghaib.

15

Al-Kulayni, Abu Ja‟far Muhammad bin Ya‟qub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p. Jilid 1 : Intisyarat „ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 441. 16

Al-Qur‟an, Surah at-Tahrim: 1. 17

Op.cit, hlm. 285. 18

Al-Qur‟an, Surah al-Naml:65.

Page 9: Syiah Dan Ancamannya.pdf

9

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

2.2 Di antara Aqidah Syiah yang sungguh menyesatkan ialah Aqidah Bada‟.

Aqidah ini juga telah dipopularkan oleh Ibn Saba‟.

2.2.1 Bada‟ bermakna :

(a) Nyata atau jelas sesuatu setelah tersembunyi seperti yang terpakai dalam

firman Allah yang berbunyi :

حتسبون كونوا ما لم 19وبدا لهم من للا

Maksudnya :

“Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang tidak pernah

terfikir oleh mereka”.

(b) Timbul fikiran baru tentang sesuatu setelah melihat keadaan yang berlainan

dari apa yang ada dalam pengetahuan seseorang sebelumnya. Ini terpakai

dalam firman Allah yang berbunyi :

ه حتى حن م من بعد ما رأوا ال ثم بدا له سجنن ات ل 20

Maksudnya :

“Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-

tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka mesti

memenjarakannya hingga ke suatu masa”.

Kesimpulannya Bada‟ bererti jahil tidak mempunyai ilmu yang meliputi.

Golongan Syiah mempercayai Allah bersifat dengan sifat al-Bada‟.

Di dalam al-Kafi terdapat satu riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini dari ar-

Rayyan Bin as-Salt, dia berkata: “Aku mendengar ar-Ridha A.S. berkata :

“Tidak ada seorang pun nabi yang diutus Allah melainkan ia membawa ajaran

19 Al-Qur‟an, Surah az-zumar: 47. 20 Al-Qur‟an, Surah Yusuf: 35.

Page 10: Syiah Dan Ancamannya.pdf

11

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

tentang haramnya arak dan ajaran yang memperakui Allah bersifat dengan al-

Bada‟.” 21

Hakikat Bada‟ ini dihuraikan oleh satu riwayat lain dengan lebih jelas lagi, iaitu

riwayat yang dikemukakan oleh al-Kulaini juga dari Abi Hasyim al-Ja‟afari

katanya : “Pernah aku berada di samping Abi al-Hassan A.S. sepeninggalan

anaknya Abu Ja‟afar. Ketika itu aku berfikir di dalam diriku dan mahu

menceritakan kepadanya apa yang terlintas di hatiku. Seolah-olah Abu Ja‟afar

dan Abu Muhammad dalam keadaan ini seperti Abu al-Hassan bin Musa dan

Ismail bin Ja‟afar bin Muhammad. Kisah kedua-duanya sama kerana Abu

Muhammad yang diharapkan (menjadi Imam sepeninggalan Abu Ja‟afar). Tiba-

tiba Abu al-Hassan menghadap ke arahku sebelum lagi aku menceritakan isi

hatiku kepadanya, terus dia berkata : “Ya, Wahai Abu Hasyim memang telah

berlaku kepada Allah berhubung dengan Abu Muhammad sepeninggalan Abu

Ja‟afar apa yang Ia (Allah) tidak mengetahui sebelumnya seperti mana telah

berlaku kepada Allah tentang Musa sepeninggalan Ismail. Perkara ini memang

seperti apa yang terlintas di hatimu walaupun tidak disenangi oleh orang-orang

yang sesat. Abu Musa adalah anakku yang menjadi pengganti sesudahku

kerana padanya ada pengetahuan yang diperlukan dan bersamanya ada alat

Imamah.” 22

An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja‟afar bin Muhammad al-Baqir telah

menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya dan beliau telah

mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika

beliau masih hidup. Maka Ja‟afar pun berkata : “Tidak pernah berlaku kepada

Allah (al-Bada‟) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadanya

berhubung dengan Ismail anakku.” 23

2.2.2 Untuk menguatkan lagi aqidah al-Bada‟ ini golongan Syiah

mengemukakan riwayat yang kononnya berasal daripada Muhammad al-Baqir

bahawa Nabi Luth A.S. juga bimbang akan berlaku Bada‟ pada Allah sehingga

21

Al-kulayni, Abu Ja‟far Muhammad bin Ya‟qub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p. Jilid 1 : Intisyarat „ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 148. 22

Ibid, hlm. 327. 23

Firaq as-Syiah hlm. 84.

Page 11: Syiah Dan Ancamannya.pdf

11

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

Baginda tidak sabar-sabar lagi meminta para malaikat yang diutuskan untuk

menyeksa kaumnya supaya menyegerakan penyeksaan terhadap mereka

sebelum berlaku perubahan pada kehendak Allah kerana sesuatu sebab yang

tersembunyi kepadaNya sebelum itu dan baru nyata kemudian setelah berlaku

sebab itu (al-Bada). Inilah dialog Nabi Luth dengan para Malaikat yang tersebut

di dalam riwayat itu :

Luth berkata kepada mereka : “Wahai utusan-utusan Tuhanku, apakah perintah

Tuhanku kepada kamu terhadap mereka?”

Para Malaikat menjawab : “Ia memerintah kami supaya menimpakan azab ke

atas mereka pada dinihari nanti.”

Nabi Luth berkata : “Aku ada hajat dengan kamu.”

Mereka Tanya : “Apakah hajatmu itu?”

Nabi Luth berkata : “Kamu timpakanlah azab ke atas mereka sekarang juga

kerana aku bimbang akan berlaku Bada‟ kepada Tuhanku tentang mereka.”

Para malaikat berkata : “Wahai Luth! Sesungguhnya masa yang dijanjikan

untuk menimpakan azab ke atas mereka itu ialah Subuh, bukankah Subuh itu

sudah hampir?”24.

2.2.3 Al-Bada‟ mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam aqidah Syiah

sehingga mereka menganggapnya sebagai pernyataan ubudiyyah terhadap

Allah yang tidak ada tolok bandingnya. Mereka meriwayatkan dari Muhammad

al-Baqir bahawa beliau berkata : “Tidak ada satu pun pernyataan ubudiyyah

kepada Allah yang menyamai al-Bada‟.” 25

24

al-Furu‟ Min al-Kafi, jilid 5 hlm. 546 25

Opcit, hlm. 146.

Page 12: Syiah Dan Ancamannya.pdf

12

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

Daripada Ja‟afar as-Sadiq pula mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata :

“Tiada suatu pun cara pengagungan terhadap Allah yang menyamai al-

Bada‟.”26

Dari Ja‟afar as-Sadiq juga, mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata :

“Sekiranya manusia mengetahui pahala yang terdapat pada memperkatakan

dan mempercayai al-Bada‟ tentulah mereka tidak jemu-jemu

memperkatakannya.”27

Lihatlah bagaimana Syiah menghubungkan sifat jahil kepada Allah S.W.T. dan

menganggapnya sebagai puncak pernyataan ubudiyyah kepada Allah

sedangkan Allah S.W.T. telah berfirman :

ء علما قد أحاط بكل ش وأن للا28

Maksudnya :

“Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu”.

Firman Allah S.W.T.. :

بك ء علم وللا ل ش29

Maksudnya :

“Allah Maha mengetahui tentang segala sesuatu”.

Firman Allah S.W.T.. :

ماء ء ف األرض ول ف الس ه ش خفى عل ل 30 إن للا

Maksudnya :

26

Ibid. 27

Op.cit, 148. 28

Al-Qur‟an, Surah at-Talaq:12. 29

Al-Qur‟an, Surah An-Nisa: 176. 30

Al-Qur‟an, Surah Ali-Imran: 5.

Page 13: Syiah Dan Ancamannya.pdf

13

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

“Sesungguhnya tidak ada satu pun yang tersembunyi kepada

Allah baik di bumi mahupun di langit”.

Firman Allah S.W.T. :

حم حمن الر هادة هو الر ب والش الذي ل إله إل هو عالم الؽ 31هو للا

Maksudnya :

“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang

ghaib dan yang nyata, Dialah yang maha pengasih lagi maha

penyayang”.

2.3. Di antara aqidah Syiah ialah at-Tahrif fi al-Qur‟an.

Satu aqidah tentang al-Qur‟an yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah

diubah, ditokok tambah dan diselewengkan. Di antara ulamak Syiah yang

mengakui berlakunya tahrif kepada al-Qur‟an adalah Allamah Husain bin

Muhammad Taqiy an-Nuuri at-Thabarsi bilamana beliau menukilkan kata-kata

Sayyid Ni'matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya Al-Anwar An-Nu'maniyyah

yang berbunyi :

بةل المتةواترة الدالةة أطبقوا على صحة األخبار المستفضةة أن األصحاب قد

وقوع التحرؾ ف القرآن بصرحها على

Terjemahannya :

“Sesungguhnya tokoh-tokoh Syiah telah sepakat tentang

sahihnya hadith-hadith yang sampai ke peringkat mutawaatir

yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya

penyelewengan terhadap al-Qur’an.” 32

31

Al-Qur‟an, Surah al-Hasyr: 22. 32

Fashlul Khitab Fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab, hlm. 31.

Page 14: Syiah Dan Ancamannya.pdf

14

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

2.4 Aqidah al-Imamah dan al-Walayah

Kepercayaan bahawa Imam-Imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan

mereka adalah ma‟asum serta wajib ditaati. Kepercayaan ini begitu penting di

dalam ajaran Syiah, sehingga ia merupakan salah satu syarat keimanan dan

dianggap terpenting dari antara rukun-rukun Islam yang lain. Setiap Nabi yang

datang telah mengakui keimaman dan walayah Ali dan seseorang yang tidak

mengenal Imam-Imamnya dianggap tidak mengenal Allah. Kepercayaan ini

terdapat dalam mana-mana kitab Syi'ah terutamanya kitab al-Kafi. Antaranya:

: بن السالم على خمس: عن فضل بن سار، عن أب جعفر عله السالم قال

على الصالة والزكاة والصوم والحج والولة ولم ناد بشئ كما نودي بالولة،

.هذه عن الولة ربع وتركوافؤخذ الناس بؤ

Terjemahannya :

Al-Kulaini meriwayatkan dari Fudhail dari Abi Jaafar A.S. Kata

beliau : “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang,

zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak ada satu pun daripada

rukun-rukun yang tersebut yang diseru sebagaimana seruan

yang diberikan kepada al-Walayah. Lalu manusia mengambil

keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, iaitu walayah.” 33

2.5 Aqidah Takfir as-Sahabah

Akidah tentang majoriti para sahabat telah murtad yang tidak tersembunyi

kepada sesiapa sahaja yang pernah membaca kitab-kitab Syiah, sehingga

bolehlah dikatakan tidak ada sebuah kitab Syiah yang muktabar terutamanya

yang ditulis oleh ulama‟-ulama‟ mereka yang lalu melainkan pasti tersebut di

dalamnya riwayat-riwayat yang mengkafirkan atau memurtadkan para sahabat

atau melaknat, memaki hamun dan melakukan tabarri (tabarra – yakni

33

Al-kulayni, Abu Ja‟far Muhammad bin Ya‟qub(t.t), Usul al-kafi, t.t.p.Jilid 2: Intisyarat „ilmiyyah Islamiyyah, hlm. 20.

Page 15: Syiah Dan Ancamannya.pdf

15

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

menyatakan sikap berlepas diri dan tidak mempunyai hubungan kasih sayang)

terhadap mereka. Tidak terlepas daripada tuduhan-tuduhan mereka sahabat-

sahabat besar Rasullullah s.a.w sekalipun seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar,

Uthman, Abdul Rahman bin „Auf, isteri-isteri Rasullullah s.a.w dan lain-lain.

2.6 Ar-Raj‟ah

Satu aqidah dan kepercayaan Syiah tentang para Imam akan dibangkitkan

sebelum kiamat untuk menuntut bela dan menghukum orang-orang zalim yang

telah merampas hak-hak mereka. Kepercayaan ini merupakan perkara yang

telah diijmakkan oleh para ulama‟ Syiah. Antaranya Syeikh Mufid

menyebutkan:

"واتفقت اإلمامة على وجوب رجعة كثر من األموات"

Terjemahannya :

“Golongan Imamiah sependapat tentang wajibnya raj’ah

(kembali) sebahagian besar dari orang-orang mati ke dunia

sebelum qiamat.”34

3.0 BAHAYA KEPADA SYARIAT

Sememangnya musuh-musuh Islam yang merupakan pengasas Syiah melalui

ajaran yang diada-adakan mereka bermaksud supaya diketepikan dan diperkecilkan

syariat yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Syariat yang dikemukakan oleh mereka tentu

sekali akan bertentangan dengan al-Qur‟an dan as-Sunah.

3.1 Jika al-Qur‟an menyatakan bahawa “Seseorang akan diberi balasan

dan ganjaran mengikut amal yang dilakukan olehnya” 35 “Seseorang manusia

tidak menanggung dosa seseorang yang lain” 36, “Tiap-tiap diri

34

Awaailu al-Maqaalat, hlm 52. 35

Al-Qur‟an, Surah an-naml: 39. 36

Al-Qur‟an, Surah al-An „am: 164.

Page 16: Syiah Dan Ancamannya.pdf

16

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya” 37, “Orang-orang yang

tidak bersembahyang akan dimasukkan ke dalam neraka” 38, “Orang-orang

yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan membunuh orang-

orang yang tidak bersalah dan orang-orang yang berzina akan diisikan

kedalam neraka pada hari Qiamat nanti kecuali yang bertaubat, beriman dan

mengerjakan amal soleh” 39, maka Syiah pula akan mengatakan itu semua

tidak penting asalkan seseorang sudah mempunyai perhubungan kasih sayang

dengan para Imam.

Mereka meriwayatkan bahawa Ja‟afar as-Sadiq berkata kepada golongan

Syiah : “Ketahuilah demi Allah! Tidak akan masuk ke dalam neraka dua orang

pun dari kalangan kamu. Tidak! Demi Allah! Tidak seorang pun!” 40

Ja‟afar as-Sadiq berkata kepada Syiah : “Sesungguhnya suratan amalan setiap

orang dari kamu akan dipenuhkan (dengan pahala tanpa sebarang amalan).” 41

Lebih dari itu Ja‟afar as-Sidiq berkata bahkan dia akan bersama Nabi dalam

darjat mereka (Nabi) pada hari Qiamat nanti.42

Ibnu Babwaih al-Qummi meriwayatkan dari Abi al-Hasan ar-Ridha (Imam

Ma‟asum yang kelapan di sisi Syiah) bahawa Qalam diangkat (tidak dicatitkan

dosa) dari Syiah kita. Tidak seorang pun dari Syiah kita yang melakukan dosa

atau kesalahan melainkan pasti akan ada perkara yang menghapuskan dosa-

dosanya itu walau pun dia melakukan dosa sebanyak titisan hujan, sebanyak

bilangan anak batu dan pasir, sebanyak bilangan duri dan pokok.43

Mereka juga meriwayatkan satu hadis Qudsi (yang direka oleh mereka)

bahawa Allah berfirman : “Ali bin Abi Talib adalah hujahKu atas makhlukKu dan

cahayaKu dalam kerajaanKu dan pemegang amanah ilmuKu. Tidak akan

37

Al-Qur‟an, Surah al-Muddatsir: 38. 38

Al-Qur‟an, Surah al-Muddatsir: 41-42. 39

Al-Qur‟an, Surah al-Furqan: 68-70. 40

Ar-Raudhah Jilid 8 hlm. 78. 41

Ibid, Jilid 8, hlm. 315. 42

Muqadimah al-Burhan, hlm. 21. 43

Uyunu Akhbari ar-Ridha, Jilid 2, hlm. 236.

Page 17: Syiah Dan Ancamannya.pdf

17

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

masuk ke dalam neraka orang yang mengenalinya walaupun ia

mengingkariku.” 44

Ini bererti untuk masuk ke syurga seseorang itu tidak perlu terikat kepada

syariat asalkan ia telah mencintai Ali dan Imam-Imam sesudahnya dan untuk

menghindarkan diri dari neraka tidak perlulah seseorang itu meninggalkan

maksiat asalkan ia telah mengenali dan menerima Imam dua belas. Setelah itu

bebaslah ia melakukan apa sahaja yang dikehendakinya kerana Allah akan

mengampunkan mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga.

3.2 Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat

dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Ja‟afar as-Sadiq bahawa

beliau berkata : “Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan

daripada orang yang tidak bersembahyang dari kalangan kita dengan orang

yang bersembahyang daripada Syiah kita. Dan sesungguhnya Allah

menghindarkan (azab dan siksaan) daripada Syiah yang tidak mengeluarkan

zakat dengan Syiah kita yang mengeluarkan zakat dan sesungguhnya Allah

menolak azab dan siksaan daripada Syiah kita yang tidak mengerjakan haji

dengan Syiah kita yang mengerjakannya.” 45. Mereka tidak memandang berat

kepada sembahyang, zakat dan haji kerana dengan adanya segolongan

daripada orang yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji sudah

mencukupi.

Tetapi di sebalik pandangan sepi mereka terhadap ajaran dan syariat yang

ditekankan dan digalakkan oleh Rasulullah S.A.W., mereka mengadakan

syariat yang lain sebagai gantinya. Mereka menggalakan supaya

mengerjakannya dan diperbanyakkan pula fadhilat dan keutamaan orang yang

mengerjakannya iaitu syariat cintakan ahlulbait, ziarah kubur para Imam,

menangisi dan meratapi kematian mereka, menyebarluaskan perhubungan

seks yang bebas atas nama kahwin mut‟ah, mewajibkan khumus atas nama

Imam mereka yang ghaib, mengutamakan tanah Karbala berbanding dengan

44

Muqaddimah al-Burhan, hlm. 23 dan Kitab al-Khisal al-Qummi, jilid 2, hlm. 583. 45

Tafsir al-Qummi, jilid 1 hlm. 83 dan 84 Tafsir al-Ayyasyi, jilid 1, hlm. 135.

Page 18: Syiah Dan Ancamannya.pdf

18

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

tanah Mekah dan Madinah, menambah ucapan Syahadah dalam azan dan

lain-lain lagi.

3.3 Untuk membuktikan syariat yang diada-adakan oleh mereka itu, mereka

mengemukakan riwayat-riwayat (yang direka oleh mereka) dan mentakwilkan

ayat-ayat sebagai alasan dari pihak syarak atau sebagai surat-surat

pengampunan dan keredhaan dari pihak Allah dan Nabi untuk masuk syurga.

3.3.1 Mereka umpamanya meriwayatkan bahawa menziarahi Husain A.S.

(kuburnya) menyamai seratus haji Mabrur dan seratus haji umrah yang diterima

Allah.46

3.3.2 Mereka meriwayatkan juga bahawa Nabi ada bersabda : “Seseorang

yang menziarahi Husain selepas kematiannya pastilah dia mendapat syurga.”

3.3.3 Untuk mendapat syurga, seseorang yang tidak mampu menziarahi

kubur Saiyidina Husein, cukuplah ia menangisi kesyahidan beliau sebagaimana

yang diriwayatkan daripada Muhamad al-Baqir bahawa beliau berkata tidak

jatuh setitik air mata kerana menagisi al-Husain melainkan pasti Allah akan

mengampunkan dosa seseorang itu walaupun banyaknya dosa itu seperti buih-

buih di laut dan pastilah dia mendapat syurga. 47

3.3.4 Begitu juga mereka meriwayatkan seseorang yang menangisi Ali ar-

Ridha (Imam Ma‟asum yang kelapan) pasti akan diharamkan Allah neraka ke

atasnya. Ali ar-Ridha berkata ; “Tiada seseorang Mukmin pun yang menziarahi

kuburku dan mukanya dibasahi setitik air mata melainkan Allah akan

mengharamkan tubuhnya atas neraka.” 48

3.3.5 Mereka meriwayatkan dari Imam Musa al-Kazim, (Imam Ma‟asum yang

ketujuh) bahawa beliau berkata : “Sesiapa yang menziarahi kubur anakku Ali

pahalanya di sisi Allah menyamai pahala tujuh puluh haji mabrur.” Aku berkata

(kata perawi) : “Tujuh puluh haji?” Dia berkata: “70,000 haji.” Kemudian dia

berkata : “Alangkah banyak haji yang tidak diterima! Dan sesiapa yang

46

Al-Irsyad-Syeikh Mufid, hlm. 252. 47

Jila-u al-Uyun- al-Majlisi, jilid 2, hlm. 464 – 468. 48

Uyun Akhbari ar-Ridha, jilid 2, hlm. 227.

Page 19: Syiah Dan Ancamannya.pdf

19

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

menziarahinya (Ali) lalu bermalam dikuburnya, dia seperti menziarahi Allah di

arasyNya.” (Kata perawi) : “Seperti menziarahi Allah di arasy-Nya?” Dia

menjawab : “Ya.” 49

3.4 Islam mengadakan institusi perkahwinan demi menjaga keturunan manusia

dan kemurniaan hidup berkeluarga dalam satu ikatan tanggungjawab tetapi

sebaliknya Syiah mahu menghidupkan amalan jahiliah atas nama Islam

dengan mengemukakan syariah mut‟ah, meminjam dan menyewakan seks dan

menghalalkan amalan kaum Luth dengan isteri-isteri mereka. Kedudukan

mut‟ah ini begitu penting dalam syariah Syiah . Seseorang itu tidak dianggap

sebahagian dari mereka selagi ia tidak menganggap halal amalan mut‟ah.

3.4.1 Al-Kulaini meriwayatkan dari Ja‟afar bin Muhamad al-Baqir bahawa

beliau berkata “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj‟ah

(kebangkitan semula kami para Imam sebelum kiamat untuk menghukum

orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal

mut‟ah kita.” 50

Untuk menggalakkan amalan Mut‟ah ini mereka mengadakan sekian banyak

hadits palsu atas nama para Imam mereka yang dua belas dan Nabi S.A.W.

sendiri di mana mereka meriwayatkan dari Nabi, bahawa Baginda bersabda :

“Sesiapa yang keluar dari dunia (mati) dalam keadaan tidak pernah melakukan

mut‟ah, ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan rompong.”

Ketika Nabi s.a.w mi‟raj ke langit Baginda telah ditemui oleh Jibril, lalu berkata:

“Wahai Muhammad, Allah Tabarakawata‟ala berkata : “Sesungguhnya Aku

telah mengampunkan orang yang melakukan mut‟ah dengan perempuan dari

kalangan umatmu.” 51 (lihat lampiran no. 5)

49

Ibid, jilid 2, hlm. 259. 50

Man La Yahdhuru al-Faqih, jilid 3, hlm. 458, Muntaha al-Amal-Syeikh Abbas al-Qummi, jilid 2, hlm. 341. 51

Manla Yadhuruhu al-Faqih, jilid 3, hlm. 463.

Page 20: Syiah Dan Ancamannya.pdf

21

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

3.4.2 Perkahwinan Mut‟ah tidak memerlukan kepada saksi, wali dan

perisytiharan. 52 (lihat lampiran no. 6)

Ini boleh dilakukan di antara seorang perempuan dan seorang lelaki di mana-

mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi

dan dengan perempuan pelacur sekalipun seperti kata Khomeini di dalam

kitabnya53 “Tidak perlu disoal dan diambil tahu samada perempuan itu

mempunyai suami atau tidak.” 54

At-Thusi meriwayatkan dari Fadhal Maula Ahmad bin Rasyad bahawa dia

menceritakan kepada Ja‟afar as-Sadiq A.S. : “Bahawa aku telah berkahwin

dengan seorang perempuan secara mut‟ah setelah itu timbul dalam hatiku

bahawa perempuan itu mempunyai suami. Tiba-tiba aku dapati memang benar

dia mempunyai suami.” Dia (Ja‟afar) berkata : “Kenapa kamu selidiki?”55

Pernah Abdullah bin Umair al-Laisi menemui Abu Ja‟afar (Muhammad al-

Baqir). Lalu Abdullah berkata kepadanya: “Apa pendapatmu tentang mut‟ah?”

Beliau berkata: “Allah telah menghalalkan dalam kitab-Nya dan melalui Nabi. Ia

adalah halal sampai hari kiamat.” Lalu Abdullah bin Umair al-Laisi berkata :

“Wahai Abu Jaafar, adakah orang sepertimu berkata begini sedangkan Umar

mengharamkan dan melarang daripada melakukannya?” Berkata Abu Jaafar :

“Walaupun Umar mengharamkannya dan melarang daripadanya!” Abdullah bin

Umair berkata : “Aku minta supaya engkau dilindungi Allah daripada

menghalalkan sesuatu yang diharamkan Umar.” Abdullah bin Umair berkata,

maka Abu Jaafar berkata kepadanya : “Engkau berada di atas pendapat

ikutanmu dan aku berada di atas keputusan Rasulullah. Mari kita saling

memohon kepada Tuhan supaya dilaknatkan (orang yang tidak benar di antara

kita). Aku yakin yang benar apa yang diputuskan oleh Rasulullah dan yang

salah apa yang diputuskan oleh ikutanmu.” Berkata perawi, Abdullah bin Umair

pun mengadap Abu Jaafar seraya berkata : “Adakah engkau suka isteri-

isterimu, anak-anak perempuanmu saudara-saudara perempuan dan sepupu-

52

Tahzib al-Ahkam jilid 7 Hal 254, an-Nihayah, hlm. 489. 53

Tahrir al-Wasilah, jilid 2, hlm. 292 . 54

An-Nihayah at-Thusi hal: at-Thusi, hlm. 489, Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 253. 55

Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 253.

Page 21: Syiah Dan Ancamannya.pdf

21

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

sepupu perempuan dilakukan mut‟ah?” Berkata perawi, maka berpalinglah Abu

Jaafar daripada Abdullah bin Umair ketika ia menyebutkan isteri-isterinya dan

sepupu-sepupu perempuannya.” 56

3.4.3 Abu Jaafar telah ditanya tentang sekurang-kurang umur perempuan

yang boleh dilakukan Mut‟ah. Beliau menjawab, iaitu kanak-kanak yang tidak

tertipu. Berkata perawi, aku pun berkata : “Semoga Allah mendamaikan

engkau. Berapakah minima umur perempuan yang tidak tertipu.” Beliau

menjawab : “Sepuluh tahun.” 57

Al-Hulli dalam kitab fiqahnya yang bernama Syaraain al-Islam 58 “Seseorang

gadis cerdik yang sudah baligh boleh mengakadkan mut‟ahnya sendiri. Walinya

tidak berhak membantah, samada ia masih dara atau janda.”

3.4.4 Perempuan boleh dikahwini secara mut‟ah mengikut Syiah tanpa had.

Ia tidak terbatas sampai empat orang sahaja, tetapi mengikut apa yang mereka

riwayatkan dari Jaafar as-Sadiq beliau ada berkata : “Berkahwinlah dengan

mereka secara mut‟ah walaupun sampai seribu orang kerana mereka itu

termasuk di antara perempuan yang disewakan.” 59

3.4.5 Mas kahwin untuk nikah mut‟ah pula tidak terlalu besar, hanya

memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah

tamar.60

3.4.6 Berkenaan dengan jangkamasa mut‟ah itu boleh dilakukan dapat kita

ketahui dari riwayat yang dikemukakan oleh mereka dari Abu Hasan Ali bin

Muhamad al-Jawad bahawa beliau pernah ditanya : “Berapa lamakah

sekurang-kurangnya tempoh mut‟ah itu boleh dilakukan? Adakah harus

seseorang melakukannya dengan syarat sekali persetubuhan?” Beliau

56

Al-Furu‟ Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 449; Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 251. 57

Al-Istibsar, jilid 3, hlm.145, Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 225, al-Furu‟Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 463. 58

jilid 2 hlm. 186. 59

Al-Istibar jilid 3 hlm. 147;Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 259. 60

Al-Furu Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 457; Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 259.

Page 22: Syiah Dan Ancamannya.pdf

22

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

menjawab : “Ya, tidak mengapa tetapi bila selesai hendaklah memalingkan

mukanya dan tidak memandang lagi (kepada perempuan itu).”61

3.4.7 Selain dari itu, seseorang lelaki boleh berkahwin secara Mut‟ah dengan

seorang perempuan beberapa kali sebagaimana yang diriwayatkan dari Ja‟afar

as-Sadiq bahawa beliau berkata : “Tidak mengapa, seseorang boleh

melakukan mut‟ah dengan seseorang perempuan seberapa banyak kali yang

dikehendakinya.” 62

3.4.8 Bahkan lebih dari itu golongan Syiah berpendapat harus menyewakan

faraj dan menghadiahkan kepada sahabat handai. At-Thusi meriwayatkan dari

Abu Hasan bahawa dia berkata : “Aku bertanya Abi Abdillah A.S. tentang

peminjaman faraj. Dia menjawab : “Tidak mengapa.” 63

Dengan pembohongan dan pendustaan yang sedemikian itu pada hakikatnya

Syiah mahu membuka pintu pelacuran dan perhubungan seks secara bebas

tanpa sebarang sekatan dengan seluas-luasnya.

3.4.9 Lebih dari itu lagi golongan Syiah mengharuskan seseorang

mengamalkan amalan kaum Luth dengan isterinya atas nama Ahlil Bait. Al-

Khulaili meriwayatkan dari al-Ridha bahawa beliau ditanya oleh Safuan bin

Yahya : “Salah seorang hamba bebasanmu menyuruh aku bertanya engkau.”

Al-Ridha berkata: “Apa pertanyaan itu?” Aku berkata : “Bolehkah seseorang

mendatangi isterinya pada duburnya?” Al-Ridha menjawab : “Itu haknya.”

Berkata Safuan : “Maka aku pun bertanya dia : “Adakah engkau

melakukannya?” Ar-Ridha menjawab : “Kami tidak melakukannya.”64

Diriwayatkan juga dari Abu Hasan ar-Ridha (Imam Ma‟sum yang kelapan) satu

riwayat yang lebih jelas dan lebih jelik daripada riwayat di atas, kerana at-Thusi

meriwayatkan bahawa beliau (al-Ridha) ditanya oleh seseorang lelaki tentang

seorang yang mendatangi isterinya dari belakang (pada dubur). Al-Ridha

61

Al-Furu‟ Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 460, al-Istibar jilid 3, hlm. 151. 62

Al-Furu‟ Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 460 . 63

Al-Istibsr, jilid 3, hlm. 141. 64

Al-Furu‟ Min al-Kafi, jilid 5, hlm. 40, al-Istibsar, hlm. 243 – 244.

Page 23: Syiah Dan Ancamannya.pdf

23

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

menjawab : “Satu ayat dalam kitab Allah telah menghalalkannya, iaitu kata-kata

Nabi Luth A.S. yang dihikayatkan oleh Allah;

ا قوم هإ 65 ء بنات هن أطهر لكم ل قال

Maksudnya:

“Luth berkata : “Wahai kaumku! Ini anak-anak perempuanku

lebih suci untuk kamu.”

Sedangkan Nabi Luth sudah maklum bahawa mereka tidak menghendaki faraj.

Sebagaimana mereka meriwayatkan dari Ja‟afar as-Sadiq melalui Abdullah bin

Abi Ya‟afur bahawa beliau berkata : “Aku bertanya Abu Abdullah (Ja‟afar as-

Sadiq) tentang seorang yang mendatangi isteri pada duburnya.” Dia berkata :

“Tidak mengapa jika isterinya suka.” Aku pun berkata di mana firman Allah

yang berbunyi:

ث أمركم للا فؤتوهن من ح

Maksudnya :

“Datangilah mereka itu ditempat yang diperintahkan Allah

kepadamu.”Lalu Ja’afar bin as-Sadiq menjawab: “Tempat itu

untuk mencari anak.” 66

4.0 BAHAYA KEPADA AKHLAK

4.1. Kebiadaban dan penghinaan

4.1.1 Kebiadaban dan Penghinaan terhadap Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

Orang-orang Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman

Syiah pasti akan bersifat biadap terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul.

65

Al-Qur‟an, Surah Hud: 78. 66

Tahzib al-Ahkam, jilid 7, hlm. 414, al-Istibsar jilid 3, hlm. 243

Page 24: Syiah Dan Ancamannya.pdf

24

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

Maulla Baqir al-Majlisi meriwayatkan secara dusta dalam kitabnya Biharu al-

Anwar daripada Nabi S.A.W. bahawa Nabi s.a.w berkata kepada Ali : “Wahai

Ali! Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku, Fatimah isterimu,

sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang seumpamanya. Daripadanya

engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua

orang anak laki-laki seumpamanya. Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan

aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya. Aku sendiri

bapa mertuamu. Sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama Jaafar.

Fatimah al-Hasyimiah adalah ibumu, dimana akanku dapat ibu seumpamanya.”

67.

Al-Kulaini menyebutkan bahawa darjat Imamah adalah lebih tinggi dari darjat

kenabian, kerasulan dan khullah. Untuk maksud itu dia (Kulaini) telah berdusta

atas nama Jaafar as-Sadiq, bahawa beliau berkata : “Sesungguhnya Allah

menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai nabi dan

menjadikannya sebagai nabi sebelum menjadikannya sebagai rasul dan

sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai khalil sebelum menjadikannya

sebagai Imam.”68

Al-Kulaini meriwayatkan lagi daripada Saif at-Tammar bahawa beliau berkata :

“Kami pernah bersama Abi Abdillah A.S. dalam satu kumpulan di Hijir Ismail,

maka Abu Abdullah berkata : “Adakah mata-mata gelap mengikut kita?” Kami

pun berpaling ke kanan dan ke kiri, tidak kelihatan kepada kami sesiapapun.

Maka beliau pun berkata : “Demi Tuhan Kaabah! Demi Tuhan binaan ini! (3

kali) Kiranya aku berada di antara Musa dan Khaidir A.S. tentu aku

menceritakan kepada mereka berdua bahawa aku lebih alim daripada mereka

berdua dan tentu aku akan menyatakan kepada mereka berdua apa yang tidak

diketahui oleh mereka sesungguhnya mereka telah dikurniakan ilmu tentang

masa lampau. Untuk mereka berdua tidak dikurniakan ilmu tentang apa yang

akan terjadi dan apa yang berlaku sampai hari qiamat.” 69

67

Kitab Biharu al-Anwar – Kitabu asy-Syahadah, jilid 5, hlm. 511. 68

Kitabu al-Hujjah Min al-Kafi, jilid 1, hlm. 175. 69

Usul Kafi, jilid 1, hlm. 261.

Page 25: Syiah Dan Ancamannya.pdf

25

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

Diriwayatkan juga dari Jaafar as-Sadiq : “Sesungguhnya aku mengetahui apa

yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di

neraka. Aku mengetahui ilmu tentang zaman silam dan ilmu tentang zaman

akan datang.” 70

Mereka menganggap bala yang menimpa Nabi Ayub dan Nabi Yunus ditelan

ikan sehingga terpaksa terkurung di dalam perut ikan sampai beberapa lama

itu, tidak kerana lain melainkan kerana mereka mengingkari Walayah Ali. 71

4.1.2 Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Isteri-Isteri Nabi S.A.W.

Mulla Baqir al-Majlisi mengadakan satu bab yang khusus dalam kitabnya,

“Hayatu al-Qulub” bertajuk “Bab Yang Ke 55 pada menyatakan kecelakaan

Aisyah dan Hafsah” 72. Di dalam bab ini berkali-kali pengarangnya mengatakan

Aisyah dan Hafsah sebagai munafik dan kafir. Beliau mengemukakan riwayat

yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni

Nabi sehingga mengakibatkan kewafatan Baginda. Al-Aisyyasyi telah

meriwayatkan dengan sanad yang muktabar dari Imam Ja‟afar Sadiq bahawa

Aisyah dan Hafsah telah mensyahidkan Rasulullah S.A.W. dengan meracuni

Baginda.

Di suatu tempat yang lain didalam kitab yang sama Mulla Baqir al-Majlisi

meriwayatkan dari tokoh tafsir Syiah yang terkemuka dari kalangan

Mutaqaddimin, iaitu Ali bin Ibrahim al-Qummi bahawa Sayyidina Abu Bakar dan

Saidina Umar bersama anak perempuan mereka masing-masing telah

mengadakan pakatan untuk membunuh Nabi dengan meracuni Baginda, begini

bunyinya, “Maka dua munafik lelaki itu dan dua munafik perempuan itu (Aisyah

dan Hafsah) telah mengadakan pakatan untuk membunuh Baginda dengan

memberikan racun kepada Baginda.” 73

4.1.3 Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Sahabat-Sahabat Rasulullah

S.A.W. yang lain.

70

Ibid. 71

Tafsir Nurr ats-Tsaqalain jilid 3 hlm. 435. 72

jilid 2, hlm. 610 – 612. 73

Ibid.

Page 26: Syiah Dan Ancamannya.pdf

26

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

Golongan Syiah mempercayai bahawa para sahabat telah murtad

sepeninggalan Rasulullah S.A.W. kecuali tiga atau empat orang dari kalangan

mereka. Tidak ada lagi kebiadaban dan penghinaan yang lebih dahsyat dari ini.

Al-Kulaini yang dianggap sebagai Bukhari di kalangan Syiah telah

meriwayatkan bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi kecuali

tiga orang daripada mereka, iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan

Salman al-Farisi. 74

Perkara yang sama telah disebut oleh al-Majlisi yang dianggap sebagai

“Khatimatu al-Muhadditsin” di kalangan Syiah bahawa, maksudnya :

“Para sahabat semuanya binasa, selepas wafat Rasulullah S.A.W. kecuali tiga

orang iaitu Abu Zar, Miqdad dan Salman.” 75. (lihat lampiran 7)

4.2 Di antara ciri yang tidak dapat dipisahkan dari Syiah ialah “Taqiyyah”.

Taqiyyah pada hakikatnya ialah berdusta dan berbohong. Ulamak Islam di

zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh mereka

lantaran jelas mereka mengamalkan pembohongan kerana itu Imam Syafie

berkata : “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang

lebih pembohong dari golongan Syiah.”

4.2.1 Syiah ada meriwayatkan hadis dari Imam mereka tentang pentingnya

mengamalkan taqiyyah dan tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan

taqiyyah. Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitabnya al-Kafi bahawa Jaafar as-

Sadiq berkata : “Taqiyyah adalah di antara ajaran agamaku dan agama nenek

moyangku. Tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan taqqiyyah.” 76

(lihat lampiran 8)

4.2.2 Taqqiyyah adalah amalan yang disukai oleh Imam Maksum dan satu

amalan yang meninggikan darjat seseorang di sisi Allah. Al-Kulaini

meriwayatkan lagi dari Ja‟afar as-Sadiq bahawa beliau berkata : “Demi Allah,

74

Al-Raudhah Min al-Kafi, jilid.8, hlm. 245. 75

Hayatul Al-Qulub, jilid 2, hlm. 640. 76

Al-Kafi, jilid 2, hlm. 223.

Page 27: Syiah Dan Ancamannya.pdf

27

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

tiada sesuatu di atas muka bumi ini yang lebih disukai olehku daripada

taqiyyah.”

4.2.3 Sesungguhnya seseorang yang mengamalkan taqqiyyah diangkat

darjatnya oleh Allah dan Allah merendahkan darjat orang yang tidak

mengamalkannya. Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Abdillah beliau

berkata : “Allah mengangkatkan darjat orang yang mempunyai taqiyyah dan

merendahkan orang yang tidak mempunyai taqiyyah.” 77

4.2.4 Taqiyyah perlu dilakukan dalam kebanyakan kehidupan beragama

sehingga ia diamalkan dalam sembilan persepuluh kehidupan beragama. Al-

Kulaini meriwayatkan lagi dari Ja‟afar as-Sadiq beliau berkata : “Sesungguhnya

sembilan persepuluh agama terletak dalam taqiyyah, Tiada agama bagi orang

yang tidak bertaqiyyah. Taqiyyah boleh dilakukan dalam semua hal, kecuali

dalam masalah nabiz dan menyapu khuf”. 78

4.2.5 Bahkan ajaran agama Syiah sebenarnya ditegakkan di atas taqiyyah.

Al-Kulaini meriwayatkan dari Ja‟afar as-Sadiq bahawa beliau berkata :

“Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang sesiapa

menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa menyebarkannya

akan dihina oleh Allah.” 79

4.2.6 Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang

berfahaman Syiah. Akan terkeluar dari Syiah jika tidak mengamalkannya.

Diriwayatkan dari Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata : “Tiada

agama bagi orang yang warak dan tiada iman bagi orang yang tidak

bertaqiyyah.” Maka beliau ditanya : “Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah

(perlu bertaqiyyah)?” Beliau menjawab: “Sampai hari tertentu, iaitu munculnya

Imam Mahadi. Sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluar

Imam Mahadi, bukanlah ia dari kalangan kami.” 80

77

Usul Kafi, jilid 2, hlm. 217 78

Ibid. 79

Ibid,hlm. 222. 80

Kasyful Ghummah al-Ardabili, hlm. 341

Page 28: Syiah Dan Ancamannya.pdf

28

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

4.2.7 Kadang-kadang orang-orang Syiah berdalih dengan berkata bahawa

taqiyyah itu bukanlah amalan yang bercanggah dengan Islam kerana

seseorang boleh mengucapkan kalimah kufur dalam keadaan terpaksa dan

dikasari seperti yang berlaku pada Ammar bin Yasir.

Tetapi sebenarnya ini hanya dolak dalik mereka kerana terlalu banyak riwayat

Syiah yang mengemukakan contoh amalan taqiyyah dalam keadaan tiada

sebarang tekanan dan paksaan. Di antaranya adalah riwayat yang

dikemukakan oleh al-Kulaini dari Muhamad bin Muslim bahawa beliau berkata :

“Aku masuk untuk menemui Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq A.S.). Pada ketika itu

disisinya ada Abu Hanifah, lalu aku berkata kepadanya : “Semoga diriku

dijadikan tebusan untukmu. Aku telah bermimpi suatu mimpi yang aneh.” Maka

beliau pun berkata kepadaku : “Wahai Ibnu Muslim, kemukakanlah mimpimu

itu. Sekarang ada orang yang arif tentangnya di sini.” Sambil dia

mengisyaratkan dengan tangan ke arah Abu Hanifah. Aku pun menceritakan :

“Aku bermimpi aku masuk ke dalam rumahku. Tiba-tiba keluar isteriku dengan

membawa banyak buah badam dan dihamburkannya buah badam itu

kepadaku. Aku berasa sungguh hairan dengan mimpiku ini.”

Maka Abu Hanifah pun menta‟birkan mimpiku dengan berkata : “Engkau akan

bertengkar dan berhadapan dengan orang-orang yang bangsat berhubung

dengan harta pusaka isterimu, tetapi selepas engkau mengalami susah payah

engkau akan mendapat juga hajatmu dari harta pusaka itu, InsyaAllah.”

Mendengar ta‟bir itu Abu Abdillah (Jaafar as-Sadiq) pun berkata : “Demi Allah!

Tepat ta‟birmu itu, wahai Abu Hanifah!” Berkata Muhamad bin Muslim : “Tak

lama kemudian Abu Hanifah pun keluar dari sisinya (Jaafar as-Sadiq), lalu aku

berkata kepadanya : “Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku tak suka

kepada ta‟bir nasib ini.” Lalu ia berkata: “Wahai Ibnu Muslim! Semoga Allah

tidak memburukkan padahmu! Ta‟bir mereka tidak akan menepati ta‟bir kita

dan ta‟bir kita pula tidak akan menepati ta‟bir mereka, ta‟bir mimpiku yang

sebenar bukanlah seperti yang diceritakannya.”

Muhammad bin Muslim berkata : “Aku pun berkata kepadanya (Jaafar as-

Sadiq): “Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Bagaimana dengan katamu

Page 29: Syiah Dan Ancamannya.pdf

29

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

tadi, “Tepat ta‟birmu” dan engkau bersumpah pula atas ta‟birnya padahal dia

salah?” Beliau berkata : “Memang benar aku bersumpah tadi dan mengatakan

ia tepat, tetapi tepat salah.” 81

Kita semua maklum Abu Hanifah bukannya seorang penguasa dan pemerintah

yang perlu digeruni dan ditakuti bahkan dia adalah salah seorang yang tidak

disenangi oleh pihak penguasa, tetapi apakah yang mendorong Jaafar as-

Sadiq bersikap demikian jika tidak untuk menghidupkan amalan taqiyyah?.

4.2.8 Khomeini sendiri mengajar Syiah mengamalkan taqiyyah ketika

membicarakan tentang perkara-perkara yang membatalkan solat, katanya :

“Perkara kedua (yang membatalkan sembahyang) ialah takfir iaitu meletakkan

satu tangan di atas tangan yang lain (dakap qiam) seperti yang dilakukan oleh

orang-orang bukan dari kalangan kita. Tetapi tidak mengapa melakukannya

dalam keadaan taqiyyah.” 82

Dia berkata lagi : “Dan sengaja mengucapkan „amin‟ selepas selesai membaca

Fatihah (juga membatalkan sembahyang) kecuali kerana taqiyyah, tidak

mengapa mengucapkannya.” 83

5.0 BAHAYA KEPADA UMMAH

Kebanyakan orang Islam hari ini terdiri daripada orang-orang yang pengetahuannya

tentang Islam terlalu mendatar. Merekalah yang akan menjadi mangsa yang ketara

kepada ajaran Syiah kerana mengamalkan amalan yang langsung tidak ada kena

mengenanya dengan ajaran Islam yang suci murni.

Merekalah yang akan memaki hamun pejuang-pejuang Islam yang lampau terdiri

daripada para sahabat, tabi‟in, tabii at-tabi‟in yang telah begitu berjasa kepada

mereka dan juga kepada umat Islam seluruhnya dengan membawa Islam dengan

penuh rasa tanggungjawab, generasi demi generasi sehingga ke hari ini.

5.1. Memecahbelahkan Ummah

81

Op.cit, hlm. 292. 82

Tahriru al-Wasilah, jilid 1, hlm. 186. 83

Ibid, hlm.190.

Page 30: Syiah Dan Ancamannya.pdf

31

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

5.1.1 Kehadiran Syiah akan memecahbelahkan umat Islam kerana

menganggap golongan Ahli Sunnah yang berpegang dengan ajaran al-Qur‟an

dan as-Sunnah sebagai kafir dan lebih dahsyat kekufurannya daripada iblis.

Syeikh Mufid berkata : “Golongan Imamiah sepakat bahawa semua

pendokong-pendokong bidaah adalah kafir.” 84

Ibnu Babwaih al-Qummi yang dianggap sebagai Syeikh Shaduq (Syeikh yang

sangat benar) berkata : “Orang yang tidak menerima (tidak mempercayai)

Imam Ghaib adalah lebih kafir dari iblis.” 85

5.1.2 Ahli Sunnah khususnya dan semua masyarakat Islam pada pandangan

Syiah adalah anak zina kecuali mereka. Al-Kulaini meriwayatkan dalam al-Kafi

bahawa manusia semuanya adalah anak zina kecuali Syiah kita.” 86

Riwayat yang sama dikemukakan juga oleh al-Majlisi di dalam al-Baiharu Al-

Anwar87.

5.1.3 Ahli Sunnah lebih hina dari anjing di sisi Syiah. Mulla Baqir al-Majlisi

menulis :

“Mereka (Nashibi atau ahli Sunnah) lebih jelik dari anak zina, sesungguhnya

Allah tidak mencipta binatang yang lebih hina dari anjing tetapi Nashibi adalah

lebih hina daripadanya lagi.” 88

5.1.4 Golongan Syiah menganggap harta ahli Sunnah adalah halal, boleh

dicuri dan boleh dirampas. Mereka hanya perlu mengeluarkan khumus

daripada harta Ahli Sunnah yang dirampas itu. At-Thusi meriwayatkan dari Abi

Abdillah, kata beliau : “Ambillah harta Nashibi di mana sahaja kamu temui dan

keluarkanlah 1/5 daripada harta yang diambil itu kepada kami.” 89

84

Awaailu al-Maqalat, hlm. 15 85

Ikmalu ad-Din, hlm. 13. 86

Ar-Raudhah min al-Kafi, hlm. 135. 87

Jilid 24 hlm. 311. 88

Haqqu al-Yaqin, jilid 2, hlm. 536. 89

Tahzibu al-Ahkam, jilid 4, hlm. 122-123.

Page 31: Syiah Dan Ancamannya.pdf

31

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

Tokoh-tokoh Syiah juga berpendapat bahawa harta Nashibi dan segala

sesuatu yang dimilikinya adalah halal. 90

Perkara yang sama disebutkan juga oleh al-Hurrru al-Amili dalam kitabnya 91

5.1.5 Golongan Syiah juga menganggap Ahli Sunnah najis. Khomeini

berkata, “Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij (semoga mereka

dilaknat oleh Allah) adalah najis dan ini tidak terhenti kepada penafian mereka

terhadap risalah.” 92

5.1.6 Sembelihan Ahli Sunnah tidak halal di sisi Syiah seperti kata Khomeini

: “Halal sembelihan semua golongan-golongan dalam Islam kecuali sembelihan

Nashibi walapun ia menyatakan Islamnya.” 93

Tidakkah ajaran-ajaran yang seperti ini akan memecahbelahkan umat Islam?

Tidakkah fahaman-fahaman yang seperti ini akan menimbulkan permusuhan,

suasana benci membenci dan menyimpan dendam kesumat yang

berpanjangan di antara satu dengan yang lain?

Tentu sekali! Inilah yang akan merupakan natijah dari kehadiran ajaran Syiah

ke dalam masyarakat umat Islam. (Di antara perkara yang menambah

kebencian terhadap Ahlus Sunnah ialah menganggap sahabat-sahabat adalah

perampas hak ahlul bait dan musuh mereka. Begitu juga dengan pengikut-

pengikut sahabat R.A. Memperbesarkan upacara mengingati kematian imam-

imam mereka yang dianggap dizalimi oleh pemimpin-pemimpin dari kalangan

ahlus sunnah adalah untuk memperbaharui kebencian terhadap ahlus sunnah).

5.2 Mempercayai perkara-perkara bidaah, khurafat, tahyul serta

mengamalkannya.

90

Tahzibu Al-Ahkam, jilid 2, hlm. 48. 91

Wasailu as-Syiah, jilid 6, hlm. 340. 92

Tahriru al-Wasilah, jilid 1, hlm. 118. 93

Ibid, jilid.2, hlm. 146.

Page 32: Syiah Dan Ancamannya.pdf

32

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

5.2.1 Golongan Syiah menganggap Kufah adalah tanah haram.

Bersembahyang dan berbuat kebajikan padanya pasti mendatangkan pahala

yang besar.

Mereka meriwayatkan dari Abi Abdillah A.S. bahawa beliau berkata :

“Sesungguhnya Mekah adalah Tanah Haram Allah dan Madinah adalah Tanah

Haram Muhammad dan Kufah adalah tanah Haram Ali A.S. Sesungguhnya Ali

A.S. mengharamkan di Kufah apa yang diharamkan oleh Ibrahim di Mekah dan

apa yang diharamkan oleh Muhammad di Madinah.” 94

Diriwayatkan dari Abi Abdillah bahawa beliau berkata : “Membelanjakan satu

dirham di Kufah sama dengan membelanjakan 100 dirham di tempat lain dan

mengerjakan dua rakaat sembahyang padanya dikira sama dengan

mengerjakan 100 rakaat di tempat lain.” 95

5.2.2 Tanah Karbala dianggap sebagai tanah yang suci. Tanahnya juga

digunakan oleh orang-orang Syiah sebagai tempat sujud dimana-mana sahaja

di dunia ini. Jarang sekali ditemui rumah Syiah yang tidak mempunyai tanah

Karbala di dalam berbagai-bagai bentuknya. Mereka juga menganggap tanah

Karbala itu boleh dimakan sebagai penawar yang boleh menghilangkan

berbagai-bagai jenis penyakit.

Keutamaan yang seperti ini tidak dipercayai ada pada tanah-tanah yang lain

termasuklah tanah kubur Rasulullah S.A.W. dan para Imam. Khomeini berkata :

“Dikecualikan daripada tanah (yang haram dimakan) tanah kubur penghulu kita

Abi Abdillah al-Husain A.S. sebagai ubat dan tidak harus dimakan tanah ini

dengan tanah lain dan tidak boleh juga dimakan lebih dari kadar kacang putih

yang sederhana, tidak termasuk didalam hukum boleh memakan tanah ini,

tanah kubur orang lain walaupun tanah kubur Nabi S.A.W. dan tanah kubur

para Imam A.S. yang lain.” 96

94

Syeikh Abbas al-Qummi- Safinatu al-Bihar jilid 2, hlm. 498 dan Mulla Mohsein al-Kasyani-al-Wafi, jilid 8, hlm. 215. 95

Ibid. 96

Tahriru al-Wasilah, jilid 2, hlm. 164.

Page 33: Syiah Dan Ancamannya.pdf

33

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

5.2.3 Golongan Syiah juga merayakan hari-hari besar orang-orang Majusi

dan menganggap sunat mandi pada hari itu.

Khomeini berkata : “Di antaranya (di antara mandi-mandi yang disunatkan itu)

ialah mandi dua Hari Raya dan di antaranya lagi ialah mandi pada hari

Nauruz.”97

5.2.3 Mereka juga mengadakan hari perkabungan kerana kesyahidan

Sayyidina Hussain di Karbala pada 10hb. Muharram di mana mereka

melakukan bermacam-macam bidaah, khurafat dan kekufuran.

5.3 Keganasan Akan Berlaku Di kalangan Ummah.

5.3.1 Syiah menganggap orang-orang Islam dari kalangan Ahli Sunnah halal

darahnya dan harus dibunuh terutama dengan cara yang tidak diketahui oleh

sesiapapun. Diriwayatkan dari Daud bin Farqad katanya : “Aku berkata kepada

Abi Abdillah A.S. apa katamu tentang membunuh Nashibi?” Beliau berkata:

“Halal darahnya tetapi aku bimbangkan dirimu. Sekiranya engkau boleh

merobohkan dinding ke atasnya atau engkau menenggelamkannya ke dalam

air supaya tiada sesiapapun menyaksikan pembunuhan itu maka lakukanlah.”

98

At-Thusi mengemukakan satu cerita yang mengisahkan Abu al-Buhair telah

membunuh 13 orang Islam kemudian datang bertemu Jaafar as-Sadiq dan

menceritakan kepadanya cara-cara pembunuhannya namun Jaafar as-Sadiq

tidak menyalahkannya. Abu Buhair menceritakan : “Di antara mereka ada yang

aku naik ke atas rumahnya dengan menggunakan tangga kemudian

membunuhnya. Ada juga di antara mereka yang aku panggil di muka pintunya

pada waktu malam, apabila ia keluar aku terus membunuhnya. Ada juga antara

mereka yang aku temaninya di dalam perjalanan bila sampai di tempat yang

97

Tahriru al-Wasilah, jilid 1, hlm. 98-99. 98

Ibn Babwaith Ilalu as-Syara‟, hlm. 200, Wasailu as-Syiah, jilid 18, hlm. 163, Biharu al-Anwar, jilid 27, hlm. 231.

Page 34: Syiah Dan Ancamannya.pdf

34

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

sunyi aku membunuhnya. Pembunuhan mereka itu tidak diketahui oleh sesiapa

pun.” 99

5.3.2 Sifat Imam Mahdi yang ditunggu oleh Syiah begitu ganas dan kejam

sehingga kerjanya tidak lain selain dari membunuh dan menyembelih manusia,

terutama bangsa Arab dan kalangan Ahli Sunnah.

Mereka menyatakan apabila muncul Imam Mahadi nanti orang-orang Syiah

akan menghadapkan setiap nasibi di hadapan Imam Mahadi. Jika Nasibi itu

mengakui Islam iaitu walayah, maka ia dibebaskan, jika tidak akan dipenggal

lehernya atau ia bersedia membayar jizyah sebagai ahli Zimmi. 100

Mereka mengatakan lagi bahawa pada ketika kemunculan Imam Mahadi nanti

tiada layanan yang lain diberikan kepada orang Arab selain menyembelih

mereka.101

5.3.3 Imam Mahadi yang dinantikan kemunculannya itu yang mengikut

kepercayaan ahli Sunnah akan memenuhi bumi dengan keadilan, setelah ianya

dipenuhi dengan kezaliman, dianggap oleh Syiah sebagai orang yang akan

merobohkan Kaabah dan akan memotong tangan dan kaki penjaga Tanah

Haram.

Syeikh Mufid menyebutnya bahawa : “Apabila Imam Mahadi muncul dia akan

merobohkan Masjidil Haram dan memotong tangan Bani Syaibah kemudian

menggantungkannya di Kaabah serta ditulis kepadanya : “Mereka inilah

pencuri-pencuri Kaabah.” 102

5.4 Memusnahkan Imej Islam.

5.4.1 Islam yang suci murni dengan ajaran tauhidnya akan tercemar dengan

kepercayaan syirik yang dibawa oleh Syiah atas nama satu golongan dari

Islam, seperti yang telah kita kemukakan sebelum ini.

99

Rijal Kasyi, hlm. 343. 100

Biharu al-Anwar, jilid 52, hlm. 373, Tafsir Furat bin Ibrahim, hlm. 100. 101

Kitab al-Ghaibah, hlm. 155, Biharu al-Anwar, jilid 52, hlm. 349. 102

Al-Irsyad, hlm. 411, at-Thusi- Kitabu al-Ghaibah, hlm. 282.

Page 35: Syiah Dan Ancamannya.pdf

35

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

5.4.2 Dengan mengamalkan upacara-upacara seperti pada 10 Muharram

yang sungguh memalukan setiap orang Islam, perbuatan-perbuatan yang

ditunjukkan oleh golongan Syiah di awal bulan Muharram dan kemuncaknya

pada 10 Muharram itu, tidak ada bezanya bagi orang-orang bukan Islam

dengan upacara-upacara keugamaan Hindu seperti Thaipusam dan Kawadi

atau upacara-upacara yang dilakukan oleh orang-orang jakun di Afrika.

5.4.3 Setiap orang Islam merasa sedih diatas kesyahidan Sayyidina Umar di

tangan Abu Lu‟luah yang beragama Majusi itu tetapi Syiah yang mendakwa

dirinya Islam suka hati dengan tragedi itu bahkan mereka merayakan hari

berlakunya tragedi pembunuhan ke atas Sayyidina Umar. Mereka gelarkan Abu

Lu‟luah dengan Baba Syuja‟uddin sebagai menghargai keberaniannya. Ali bin

Mudzahir al-Wasiti meriwayatkan dari Ahmad bin Ishaq (seorang tokoh Syiah di

Qom dan dianggap telah mendapat kehormatan yang besar kerana bertemu

dengan Imam Mahadi dan merupakan orang yang rapat dengan Imam Hassan

al-Askari, Imam kesebelas Syiah) bahawa dia berkata : “Hari Kebangsaan, Hari

Penghormatan, Hari Kelepasan Besar, Hari Berkat dan Hari Hiburan.”

Sungguh ganjil ugama Islam yang dianuti oleh Syiah kerana kematian pejuang

Islam disambut dengan keseronokan dan perayaan seperti yang dilakukan oleh

orang-orang Majusi.

5.5 Hilangnya keyakinan

Ajaran Syiah juga akhirnya akan mengakibatkan hilangnya keyakinan umat

kepada agama itu sendiri apabila agama yang benar sudah tidak dipercayai

lagi kerana pembawa-pembawanya yang sudah dianggap sebagai perosak,

pengkhianat dan perampas hak Ali dan Ahlul Bait selain dari orang yang

bertanggungjawab mengubah kandungan al-Qur‟an dan memalsukan hadith-

hadith.

Sementara ajaran Syiah yang dianuti ini pula akan membingungkan mereka

lantaran penuh dengan kekarutan dan khurafat yang tidak mungkin dapat

diterima oleh orang-orang yang mempunyai akal yang waras. Pada ketika itu

Page 36: Syiah Dan Ancamannya.pdf

36

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

mereka akan menganggap agama tidak lebih dari candu seperti yang

dipercayai oleh orang-orang komunis.

6.0 BAHAYA KEPADA NEGARA

6.1 Bahayanya kepada negara dapat dilihat bagaimana perpecahan yang

berlaku di kalangan umat Islam di zaman permulaan Islam hasil fitnah

yang dicetuskan oleh mereka.

6.1.1Gerakan Ibn Saba‟ yang mencetuskan huru-hara di dalam khilafah Islam

di zaman Sayyidina Uthman.

6.1.2 Peperangan saudara yang dicetuskan oleh mereka di dalam peperangan

Jamal (yang pertama seumpamanya di dalam sejarah Islam), peperangan Siffin

dan sebagainya.

6.2 Mereka merupakan tangan-tangan yang memainkan peranan dalam

menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang lalu dengan menyokong atau

membuka jalan kepada musuh-musuh Islam.

6.2.1 Nasiruddin at-Thusi (W 627 H), Ibn al-Alqami dan penasihatnya Ibn Abil

Hadid telah merancang pembunuhan umat Islam secara beramai-ramai yang

sungguh mengerikan dengan membuka jalan kepada Hulaku Khan pada tahun

656 H untuk menyerang Baghdad, ibu negara Islam pada masa itu. 103

Walaupun Nasiruddin at-Thusi ini dianggap sebagai seorang yang kejam oleh

sejarawan-sejarawan Islam namun Khomeini sebaliknya menyanjung tinggi

Nasiruddin at-Thusi ini dan orang-orang yang seumpamanya dengan

mengatakan mereka telah memberi sumbangan yang besar kepada Islam. 104

6.2.2 Negara Syiah akan bertindak kejam terhadap umat Islam dari kalangan

ahli Sunnah umumnya dan golongan ulamak mereka khususnya. Syah

103

Syiah al-Muntaqa, Muhibbudin al-Khatib, hlm. 20, Ibn Qayyim, jilid 2, hlm. 263, al-Bahfan al-Hidayah wa an-Nihayah, jilid 3, hlm. 200-266. 104

Al-Hukumah al-Islamiah, hlm. 128.

Page 37: Syiah Dan Ancamannya.pdf

37

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

Waliyullah misalnya telah direnggangkan pergelangan tangannya semata-mata

kerana beliau mengarang sebuah kitab yang bernama „Izalatu al-Khafa‟ untuk

menghilangkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Syiah tentang Khilafah para

Khulafa ar-Rasyidin.

Hukuman terhadap Syah Waliyullah ini dijatuhkan oleh seorang pemimpin

Syiah yang menguasai Delhi iaitu Najaf Ali Khan pada tahun 1175H.

6.3 Peranan Syiah di dalam menjatuhkan sesebuah negara tidak boleh

dipandang kecil kerana negara Iran yang dahulunya merupakan sebuah

negara yang dikuasai oleh Ahli Sunnah dan telah melahirkan begitu ramai

tokoh-tokoh dan ulama‟-ulama‟ Islam di dalam berbagai-bagai bidang ilmu

agama seperti Imam Tirmidhi, Imam Abu Dawud, Imam Razi dan lain-lain

lagi, tetapi apabila agama Islam lemah kerana pengetahuan penganut-

penganutnya tidak mendalam lagi, sementara pengaruh kebendaan dan

dunia pula kuat, maka mereka telah dapat dikuasai oleh Syiah dengan

mengemukakan hujjah-hujjah yang berupa ilmiah sehingga akhirnya Iran

telah bertukar menjadi negara Syiah.

Begitu juga Mesir yang di suatu masa dahulu merupakan negara ahli

Sunnah tetapi kemudian ia bertukar tangan menjadi Syiah. Walaupun

Syiah itu bukan Syiah Imamiyyah tetapi Syiah Fatimiyyah namun tidak

kurang juga dahsyat dan bahayanya dari Imamiyyah Itsna Asyariyyah.

Bagaimana pula agaknya negara kita Malaysia yang rata-rata

pengetahuan penduduknya masih lemah tentang aqidah dan syariah

Islam yang dianuti mereka.

6.4 Di zaman-zaman akhir ini pun mereka tetap memainkan peranan dalam

mengganggu kelahiran sebuah negara Islam seperti di Afghanistan.

6.5 Sesebuah negara Syiah begitu mudah menjadi pusat kepada kelahiran

berbagai-bagai bentuk bidaah, khurafat dan kekarutan amalan. Ini ialah

kerana agama mereka dibina diatas asas-asas yang karut.

Page 38: Syiah Dan Ancamannya.pdf

38

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

6.5.1 Pemimpin-pemimpin Negara Syiah selalunya merupakan pelopor kepada

amalan-amalan bidaah.

6.5.2 Orang yang dikatakan mula-mula mengadakan upacara perkabungan

terhadap kematian Hussain mengadakan majlis-majlis nyanyian ratapan

dengan diiringi muzik, mendirikan kubur-kubur yang besar sebagai tempat

kunjungan ialah Maharaja yang zalim Taimurlang (Tamerlane) dan orang-orang

seperti Syah Ismail Safawi (907 H) dan sampai sekarang ini pun pemimpin-

pemimpin mereka menganggap perkara biasa. (Mahnamah al-Marifat –

Hyderabad, Muharram 1389H).

6.6 Kuasa negara mengikut teori `Walayatul Faqih‟ merupakan kuasa

ketuhanan dan mutlak sehingga boleh membatalkan mana-mana

ketentuan Syariat.

6.6.1 Walayatul Faqih adalah satu teori baru dalam menegakkan sebuah

kerajaan Syiah kerana mengikut Syiah tidak ada sebuah kerajaan Syiah pun

yang boleh ditubuhkan atau ditegakkan sebelum kemunculan Imam Mahadi.

Setiap negara yang ditegakkan sebelum kemunculan Imam Mahadi adalah

tidak sah mengikut Syiah walaupun pembawanya berada di atas jalan yang

benar.

Al-Kulaini meriwayatkan menerusi Abi Basir dari Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq).

Beliau berkata : “Setiap orang yang menjulang bendera sebelum kemunculan

al-Qaain adalah thaghut yang disembah.” 105

Pensyarah kitab al-Kafi Maula Muhamad Salleh al-Mazandarani (W 1080H) di

dalam syarahnya terhadap kitab al-Kafi yang dianggap sebagai di antara

syarah al-Kafi yang terpilih menulis ; “Walaupun orang menjulang itu menyeru

kepada kebenaran”.106

105

Ar-Raudhah min al-Kafi, jilid 12, hlm. 295. 106

Syarah al-Kafi, jilid 12 hlm. 371.

Page 39: Syiah Dan Ancamannya.pdf

39

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

6.6.2 Walayatul Faqih adalah satu teori penubuhan negara yang dikemukakan

oleh Khomeni dengan alasan Naib Imam boleh menggantikan Imam dalam

menubuhkan sesebuah negara dan penubuhan itu dianggap sah setelah

mereka putus asa pada hakikatnya dengan kemunculan Imam Mahadi yang

tidak kunjung datangnya. 107

6.6.3 Kerana itu kita lihat kuasa negara yang tegak di atas Walayatul Faqih

adalah mutlak dan bersifat ketuhanan seperti yang dinyatakan oleh Khomeini

sendiri dalam sepucuk suratnya yang ditujukan kepada Presiden Republik Iran,

Ali Khomeini yang kemudiannya disebarkan oleh sebuah akhbar resmi Iran

“Kayhan Bil. 182”, yang diterbitkan pada 23 Jumadul Ula, 1408H dengan tajuk,

“Sesungguhnya kerajaan boleh menyepikan masjid-masjid atau

merobohkannya dan kerajaan lebih utama dari sembahyang”.

Dalam surat itu Khomeini menulis :

“Sesungguhnya kerajaan merupakan cabang dari kekuasaan Rasulullah

S.A.W. yang lurus dan di antara hukum-hukum Islam yang utama dan lebih

diutamakan daripada semua hukum-hukum cabang termasuk solat, puasa dan

haji.

Oleh itu harus bagi penguasa-penguasa menyepikan masjid-masjid ketika perlu

dan merobohkan masjid. Penguasa juga boleh membatalkan mana-mana

hukum Islam walaupun yang berkaitan dengan perkara ibadat atau bukan

ibadah jika hukum itu bercanggah atau bertentangan dengan kepentingan-

kepentingan Islam.

Penguasa boleh menghentikan ibadah haji yang merupakan kewajipan Islam

yang penting apabila maslahah negara Islam menghendaki demikian kerana

kerajaan ini adalah kekuasaan Ilahi yang mutlak”. 108

107

Al-Hukumat al-Islamiah, hlm. 74. 108

Al-Murtadha, hlm. 249.

Page 40: Syiah Dan Ancamannya.pdf

41

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

7.0 PENUTUP

Setelah kita meneliti perbincangan yang lalu, adakah kita dapati sesuatu

percanggahan di antara Syiah yang dipropagandakan hari ini dengan Syiah

yang dikenali oleh ulama‟-ulama‟ Islam dahulu sebagai Syiah Ghulat yang telah

mereka hukumkan terkeluar dari Islam.

Adakah Syiah yang sedemikian ajarannya tidak merbahaya kepada aqidah,

syariah, akhlak, ummah dan negara Islam?.

Dan adakah Syiah yang fahamannya seperti yang telah kita kemukakan tadi

tidak tepat jika dikatakan bahawa sebenarnya mereka adalah satu gerakan

musuh Islam yang telah dirancang untuk menghancurkan Islam?.

Apalah yang ada lagi pada aqidah, syariah dan nilai akhlak umat Islam seperti

yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat

Baginda yang mulia setelah ajaran Syiah yang begini dianggap sebagai ajaran

Islam?.

Tentu sekali tiada lagi yang tinggal dari ajaran Islam yang masih berbaki

sesudah itu dan inilah yang dikehendaki oleh mereka.

Sesungguhnya para Imam yang terdiri dari anak cucu Rasulullah S.A.W. yang

dianggap sebagai Imam oleh Syiah tidak terlibat sama sekali dengan ajaran-

ajaran yang diperkenalkan oleh Syiah kepada dunia atas nama mereka. Malah

mereka itu telah pun mengetahui gelagat-gelagat dan jiwa-jiwa orang-orang

yang mendakwa sebagai Syiah atau pendokong setia mereka.

Nah! Imam Jaafar as-Sadiq sendiri pernah berkata tentang Syiah bahawa :

“Tidak ada satu pun ayat yang diturunkan oleh Allah tentang golongan

munafiqin melainkan kandungan ayat itu pasti ada pada orang yang mendakwa

Syiah.”109 (lihat lampiran 9).

109

Rijal Kasyi, hlm. 299.

Page 41: Syiah Dan Ancamannya.pdf

41

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

Oleh itu di dalam menghadapi golongan yang mempunyai fahaman yang

seumpama ini semestinya setiap muslim menyatakan pendiriannya seperti

pernah dinyatakan oleh Nabi Ibrahim A.S. bahawa : “Sesungguhnya kami

berlepas diri dari kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah.

Kami engkari (Kekufuranmu) dan telah nyata antara kami dan kamu

permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman

kepada Allah semata-mata …….. .” 110.

8.0 LAMPIRAN

Lampiran 1

An-Naubakhti menyebutkan:

: أصحاب عبد للا بن سبؤ وكان ممن أظهر الطعن على أب بكر وعمر وعثمان والصحابة وتبةرأ مةنهم ، وقةال : السبئة "

ةا أمةر : لةه هةذا ، فؤقربةه ، فةؤمر بقتلةه ، فصةاس النةاس إلةه إن علا ـ عله السالم ـ أمره بذلك ، فؤخةذه علة فسةؤله عةن قو

.فصره إلى المدائن. المإمنن أتقتل رجال دعو إلى حبكم أهل البت وإلى ولتك والبراءة من أعدائك ؟

ـ علةه وحكى جماعة مةن أهةل العلةم مةن أصةحاب علة ـ علةه السةالم ـ أن عبةد للا بةن سةبؤ كةان هودةا فؤسةلم وولةى علةا

السالم ـ وكان قول وهو عل هودته ف وشع بةن نةون بعةد موسةى ـ علةه السةالم ـ بهةذه المقالةة ، فقةال بعةد إسةالمه فة

عل ـ عله السالم ـ بمثل ذلك ، وهو أول مةن شةهر القةول بفةرض إمامةة علة ـ علةه السةالم ـ وأظهةر البةراءة مةن أعدائةه

خالؾ الشعة إن أصل الرفض مةؤخوذ مةن الهودةة ، ولمةا بلةػ عبةد للا بةن سةبؤ نعةى وكاشؾ مخالفه ، فمن هناك قال من

كذبت لو جئتنا بدماؼه ف سةبعن صةرة وأقمةت علةى قتلةه سةبعن عةدل لعلمنةا أنةه لةم قتةل ، : عل بالمدائن قال للذي نعاه

".ول موت حتى ملك األرض

“As-Sabaiyyah: pengikut Abdullah Ibnu Saba‟. Dialah orang yang menyatakan

celaan terhadap Abu Bakar, Umar, „Uthman dan sahabat-sahabat yang lain serta

menyatakan berlepas diri daripada mereka. Dia berkata, “Sesungguhnya Ali A.S.

telah memerintahkan begitu maka Ali A.S. menangkapnya lalu bertanya tentang apa

yang diperkatakan olehnya lantas dia mengakuinya. Maka Ali A.S. memerintahkan

supaya ia dibunuh. Lalu berteriaklah orang ramai, “Wahai Amirul Mukminin, apakah

engkau akan membunuh seorang yang menyeru kepada cintakan engkau Ahlul Bait

110

Al-Qur‟an, Surah al-Muntahanah: 4.

Page 42: Syiah Dan Ancamannya.pdf

42

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

dan kepada berlepas diri dari musuh-musuh engkau”? Maka Ali A.S.

menghantarnya ke Madain.

Sebahagian ahli ilmu dari kalangan pengikut Ali A.S. menyebutkan bahawa Abdullah

bin Saba‟ adalah seorang Yahudi lalu dia memeluk Islam dan mengatakan wala‟

terhadap Ali A.S.. Dia juga berpendapat ketika masih lagi di dalam agama

Yahudinya tentang Yusa‟ bin Nun (sebagai wasi) selepas Musa A.S. maka dia

berkata selepas Islamnya tentang Ali A.S. sama seperti itu. Dialah orang yang mula-

mula mempopularkan pendapat tentang kefarduan melantik Ali A.S. sebagai imam

dan menyatakan berlepas diri terhadap musuh-musuhnya serta mendedahkan

kekufurannya. Kerana itu orang yang menyalahi Syiah akan berkata,

“Sesungguhnya asal Rafidhah adalah daripada Yahudi”. Bilamana sampai berita

kematian Ali kepada Abdullah ibnu Saba‟ yang ketika itu berada di al-Madain, dia

berkata kepada orang yang membawa berita tersebut, “Kalau engkau bawakan

otaknya (Ali) di dalam tujuh puluh pundi-pundi dan engkau mengemukakan tujuh

puluh orang yang adil sebagai saksi maka sesungguhnya kami yakin bahawa dia

tidak akan dibunuh, dia tidak akan mati sehinggalah dia dapat menguasai

dunia”.(FiraqusSyiah ms. 23)

Al-Kasyi menukilkan riwayat daripada Imam Ja‟far al-Sadiq yang berbunyi,

لعن للا عبدللا بن سبؤ أنه ادعى الربوبة ف أمر المإمنن : ه السالم قولعن أبان بن عثمان، قال سمعت أبا عبدللا عل

عله السالم وكان وللا أمر المإمنن عله السالم عبدا هلل طائعا، الول لمن كذب علنا وأن قوما قولون فنا ما ل نقوله

.ف أنفسنا، نبرأ إلى للا منهم نبرأ إلى للا منهم

Daripada Aban bin Uthman katanya, aku mendengar Abu Abdillah Jaafar al-Sadiq

berkata, “Semoga Allah melaknat Abdullah bin Saba, sesungguhnya dia mendakwa

Rububiyyah (ketuhanan) pada Amirul Mukminin A.S. sedangkan demi Allah, Amirul

Mukminin A.S. adalah seorang hamba Allah yang taat. Celakalah ke atas sesiapa

yang berdusta atas nama kami. Sesungguhnya ada kaum yang memperkatakan

tentang kami apa yang tidak kami perkatakan tentang diri kami sendiri. Kami

Page 43: Syiah Dan Ancamannya.pdf

43

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

berlepas diri kepada Allah dari mereka, kami berlepas diri kepada Allah dari

mereka”.111

Lampiran 2

Hafidz Ibnu Hajar menukilkan kata-kata Ibnu Asakir di dalam tarikhnya:

كان أصله من المن ، وكان هودا فؤظهر اإلسالم وطاؾ بالد المسلمن للفتهم عن طاعة األئمة ودخل بنهم الشر ، "

".ودخل دمشق لذلك

“Asalnya adalah daripada Yaman, dia adalah seorang Yahudi lalu menyatakan

keislaman dan mengelilingi negeri-negeri orang Islam untuk memalingkan mereka

daripada ketaatan kepada pemimpin-pemimpin dan memasukkan kejahatan di

kalangan mereka, Dia juga memasuki Damsyik untuk tujuan tersebut”. 112

Abu al-Muzaffar al-Isfiraini menyebutkan :

".إن ابن سوداء كان رجال هودا ن وكان قد تستر باإلسالم، أراد أن فسد الدن على المسلمن"

“Sesungguhnya Ibnus Sauda‟ adalah seorang Yahudi dan ia menyembunyikan dirinya

dengan Islam. Dia mahu merosakkan agama ke atas orang-orang Islam”. 113

Lampiran 3

أما علمت أن الدنا والخرة لالمام ضعها حث شاء ودفعها إلى من ب بصر، عن أب عبدللا عله السالم قالعن أ

شاء، جائز له ذلك من للا

Daripada Abi Bashir daripada Abu Abdillah A.S. katanya, “Tidakkah engkau (Abu

Basir) tahu bahawa sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia

boleh meletakkannya di mana dikehendaki dan memberikan kepada sesiapa yang

dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.”

111

Rijal al-Kasyi, jilid, hlm. 325. 112

Lisanul Mizan, jilid 2, hlm. 39. 113

At-Tabsir fi ad- Din, hlm. 109.

Page 44: Syiah Dan Ancamannya.pdf

44

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

Lampiran 4

Syeikh Saduq juga mengemukakan satu riwayat di dalam kitab At-Tauhid Bab “Tafsir

Firman Allah Taala „Segala Perkara Akan Binasa Kecuali Wajahnya” .

.نحن: كل شئ هالك إل وجهه قال: عن أب عبدللا عله السالم ف قول للا عزوجل

Daripada Abu Abdillah (Jaa‟far as-Sadiq) berkenaan firman Allah “Segala sesuatu

akan binasa kecuali wajahNya” beliau berkata, “Kamilah (wajah Allah itu)”. 114

Lampiran 5

(.لس منا من لم إمن بكرتنا، وستحل متعتنا: )عله السالمقال الصادق

Ja‟far as-Sadiq A.S. berkata: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak

mempercayai raj‟ah (kebangkitan semula para Imam sebelum kiamat untuk

menghukum orang-orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak

menganggap halal mut‟ah kita”. 115

إن لكره للرجل أن موت وقد بقت عله خلة من خالل رسول للا صلى للا عله واله وسلم : )وقال الصادق عله السالم

.نعم: قال فهل تمتع رسول للا صلى للا عله واله وسلم: لم ؤتها، فقلت له

Ja‟far as-Sadiq A.S. berkata : “Sesungguhnya aku tidak suka seseorang itu mati

dalam keadaan masih ada lagi mana-mana sifat (perbuatan) Rasulullah S.A.W. yang

masih belum dilakukannya. Maka aku (perawi) bertanya kepadanya : “Apakah

Rasulullah S.A.W. melakukan mut‟ah? Dia menjawab : “Ya!”. 116

114

At-Tauhid Syeikh Saqud, hlm. 151, Tafsir Maqbul Ahmad. 115

Man Laa Yahdhruhul Faqih, jilid 3, hlm. 458, hadith no. 4583, Syeikh Abbas Al Qummi-Muntaha Al Amal, jilid 2, hlm. 34. 116

Man Laa Yahdhuduruhul Faqih, jilid 3, hlm. 467, hadith no 4615, Wassailu As Syiah, jilid. 14 hlm 442, Qurbul Isnad, hlm. 21.

Page 45: Syiah Dan Ancamannya.pdf

45

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

إن للا تبارك وتعالى حرم على شعتنا المسكر من كل شراب : وروى عبدللا بن سنان عن أب عبدللا عله السالم قال

(.وعوضهم من ذلك المتعة

Abdullah bin Sinan telah meriwayatkan dari Jaafar As-Shadiq A.S. katanya :

“Sesungguhnya Allah Tabaraka wataala telah mengharamkan bentuk minuman yang

memabukkan ke atas Syiah kita dan menggantikannya dengan mut‟ah.” 117

: لحقن جبرئل عله السالم فقال: إن النب صلى للا عله واله لما اسري به إلى السماء قال: )وقال أبوجعفر عله السالم

(.للمتمتعن من امتك من النساءإن قد ؼفرت : ا محمد إن للا تبارك وتعالى قول

Ja‟far as-Sadiq A.S. berkata : “Sesungguhnya Nabi S.A.W. ketika telah diperjalankan

ke langit Baginda berkata, “Jibril A.S. telah menemui aku lalu berkata, “Wahai

Muhammad, Allah Tabaraka waa taala berfirman : Sesungguhnya Aku telah

mengampunkan orang yang telah melakukan mut‟ah dengan perempuan dari

kalangan umatmu”. 118

Lampiran 6

.مستؤجرات تزوج منهن ألفا فإنهن: ذكرت له المتعة أه من الربع؟ فقال: ع قال)عبدللا عن أب

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq) A.S. bahawa

disebutkan kepadanya tentang mut'ah adakah ia termasuk daripada empat (isteri)?

Beliau menjawab, “Kahwinilah daripada mereka seribu pun kerana mereka termasuk

perempuan-perempuan yang disewakan”. 119

لست من الربع انها لتطلق ولترث وإنما ه مستؤجرة :عة قالع ف المت)عن محمد بن مسلم، عن أب جعفر

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abi Jaafar A.S. (Muhammad al-Baqir) berkenaan

mut'ah, katanya, “ianya bukan termasuk daripada empat (isteri) kerana mereka tidak

diceraikan dan tidak mewarisi, mereka hanyalah perempuan sewaan sahaja”.120

117

Ibn Bahwaih Al Qummi-Man Laa Yahdhuruhul Faqih, jilid 3, hlm. 467, hadith no 4616, Al Muurru Almili-Wasaailu As Syiah, jilid 14, hlm. 438. 118

Man Laa Yahdhuruhul Faqih, jilid 3, hlm. 464 hadith no 4601, Wasaailu As Syiah, jilid 14 hlm. 442, Biharu Al Anwar, jilid 100, hlm. 306 119

Al-Furu‟ min al-Kafi, jilid 5, hlm. 452, Al Istibshar, jilid 3, hlm. 461, Tahzib al-Ahkam, jilid 7 hlm. 259, Wasaail as-Syiah, jilid 14, hlm. 446 120

Al-Furu‟ min al-Kafi, jilid 5, hlm. 452, hadith no 9954.

Page 46: Syiah Dan Ancamannya.pdf

46

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

.بؤمرن أجل مسمى وأجر مسمى ل تكون متعة إل: ع قال)عن زرارة، عن أب عبدللا

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Zurarah daripada Abi Abdillah (Jaafar as-Sadiq)

A.S. katanya, “Tidak berlaku mut'ah kecuali dengan dua perkara iaitu tempoh yang

telah ditetapkan dan upah (bayaran) yang tertentu”. 121

.عله إلى ماشاء من الجل تراضا ما: ؟ قال-عن ف المتعة -ع كم المهر )سؤلت أبا عبدللا : محمد بن مسلم قال عن

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Muhammad bin Muslim katanya, “aku bertanya

Aba Abdillah A.S., “Berapakah mahar (dia maksudkan pada mut'ah)?” Beliau

menjawab, “Sekadar yang yang diredhai oleh keduanya sehingga tempoh yang ia

kehendaki”. 122

.بر كؾ من: أدنى ماتزوج به المتعة؟ قال: ع)قلت لب عبدللا : الحول قال عن

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Ahwal katanya : “Aku bertanya Aba Abdillah A.S.:

“Berapakah mahar yang paling rendah untuk perkahwinan mut'ah? Beliau A.S.

menjawab : “Segenggam gandum”. 123

متع الرجل بشرط مرة واحدة؟ أدنى أجل المتعة هل جوز أن ت كم: ع)أرسلت إلى أب الحسن : عن خلؾ بن حماد قال

.نعم: قال

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Khalaf bin Hammad katanya: “Aku menghantar

orang kepada Abi al-Hasan A.S. untuk bertanya tentang tempoh paling singkat

melakukan mut'ah, adakah harus seseorang melakukan mut'ah dengan syarat sekali

(persetubuhan) sahaja?” Beliau menjawab, “Ya”. 124

سؤلت أبا عبدللا : اذنة، عن إسماعل ابن الفضل الهاشم قال عل بن إبراهم، عن أبه، عن ابن أب عمر، عن عمربن

كثرا ف نها شئاعبدالملك بن جرج فسله عنها فإن عنده منها علما فلقته فؤملى عل م الق: ع عن المتعة فقال)

بمنزلة الماء تزوج منهن كم شاء وصاحب لس فها وقت ول عددإنما ه: استحاللها فكان فما روى ل ابن جرج قال

ولشهود فإذا انقضى الجل بانت منه بؽر طالق وعطها الشئ السر الربع نسوة تزوج منهن ماشاء بؽر ول

صدق :ع فعرضت عله فقال)فخمسة وأربعون وما فؤتت بالكتاب أبا عبدللا وإن كانت لتحض وعدتها حضتان

.وأقربه

إن كانت تحض فحضة وإن كانت : أنه كان قول ابن اذنة و كان زرارة بن أعن قول هذا وحلؾ أنه الحق إل: قال

لتحض فشهر ونصؾ

121

Al-Furu‟ min al-Kafi, jilid 5, hlm. 457, hadith no 9967. 122

Al-Furu‟ min al-Kafi, jilid 5, hlm. 459, hadith no 9977. 123

Al-Furu‟ min al-Kafi, jilid 5, hlm. 457, hadith no 9978, Tahzib Al-Ahkam, jilid 7, hlm. 260. 124

Al-Furu‟ min al-Kafi, jilid 5, hlm. 460.

Page 47: Syiah Dan Ancamannya.pdf

47

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Ismail bin al-Fadhl al-Hasyimi, katanya : “Aku

bertanya Abu Abdillah A.S. tentang mut‟ah lalu dia berkata : “Bertemulah dengan

Abdul Malik bin Juraij maka tanyalah dia tentangnya kerana dia mempunyai ilmu

tentangnya. Maka aku pun bertemu dengannya lalu dia membacakan kepadaku

banyak perkara tentang penghalalan halalnya mut‟ah, di antara apa yang

diriwayatkan kepadaku oleh Ibnu Juraij ialah katanya : “Tidak ada penentuan waktu

dan bilangan yang tertentu dalam mut‟ah, mereka hanyalah seperti hamba sahaja.

Seseorang boleh berkahwin dengan mereka (perempuan secara mut‟ah) sebanyak

mana yang ia kehendaki. Begitu juga dengan orang yang telah mempunyai empat

isteri dia boleh berkahwin dengan mereka mengikut yang ia kehendaki tanpa

sebarang wali dan saksi. Bila telah habis tempoh maka berpisahlah mereka tanpa

sebarang Talak dan dia hendaklah memberikan kepada perempuan itu sesuatu

walaupun sedikit dan iddahnya adalah dua haid dan kalau dia tidak haid maka

empat puluh lima hari”. Lalu aku bawakan kitab itu kepada Abu Abdillah A.S. lalu aku

kemukakan kepadanya maka Ia berkata, “Benar ia (Ibnu Juraij) dan dia

mengakuinya”. Ibnu Uzainah berkata, “Zurarah bin „Aa‟yun berpendapat demikian

dan dia bersumpah bahawa ia adalah benar cuma dia berkata, “jikalau perempuan

itu datang haid maka („idahnya) adalah satu haid dan jika dia tidak datang haid maka

sebulan setengah”. 125

Lampiran 7

Mereka mengatakan bahawa imam Ja'far As-Sadiq mejadikan laknat beberapa

orang sahabat sebagai wirid selepas sembahyangnya sebagaimana yang dinukilkan

oleh Al-Kulaini :

اج قال سمعنا أبا عبد للا ر ر و أب سلمة الس ن بن ثو جةال و ( ع)عن الحس لعن فة دبةر كةل مكتوبةة أربعةة مةن الر و هو

س ة و ساء فالن و فالن و فالن و معاو ة أربعا من الن هم و فالنة و فالنة و هند و أم الحكم أخت معاو م

Daripada Husain dan Abi Salamah katanya, "Kami mendengar Abu Abdillah A.S.

melaknat selepas setiap sembahyang fardhu empat orang lelaki dan empat orang

perempuan iaitu si-fulan,si-fulan,si-fulan dan Mu'awiyah serta ia menyebut nama

125

Al-Furu‟ min al-Kafi,jilid 5, hlm. 453, hadith no 9955.

Page 48: Syiah Dan Ancamannya.pdf

48

Sumber R&D : April 2011- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara

Jabatan Agama Islam Selangor

mereka dan si-fulanah,si-fulanah, Hindun dan Ummul Hakam saudara perempuan

Mu'awiyah. 126

Yang dimaksudkan dengan "si-fulan" di dalam kitab-kitab Syi'ah adalah yang

pertama Abu Bakar R.A., kedua Umar R.A. dan ketiga Uthman R.A. sementara "si-

fulanah" adalah yang pertama Aisyah R.A. dan kedua Hafsah R.A.

Lampiran 8

Untuk menjelaskan hakikat taqiyyah ini Al-Kulaini mengemukakan satu riwayat yang

berbunyi:

ا معلى اكتم أمرنا ولتذعه، فإنه من كتم أمرنا ولم ذعه أعزه للا به ف الدنا وجعله نورا بةن : قال أبوعبدللا عله السالم

عنه ف الخرة، قوده إلى الجنة، ا معلى من أذاع أمرنا ولم كتمه أذله للا به فة الةدنا ونةزع النةور مةن بةن عنةه فة

قوده إلى النار، ا معلى إن التقة من دن ودن آبائ ولدن لمن لتقة له الخرة وجعله ظلمة ت

Abu Abdillah A.S. berkata : "Wahai Mu'alla! Sembunyikan urusan (agama) kami dan

jangan nyatakannya, kerana sesungguhnya orang yang menyembunyikan agama

kami dan tidak menyatakannya akan dimuliakan oleh Allah di dunia dan Allah akan

menjadikannya sebagai cahaya di antara dua matanya di akhirat yang akan

membawanya ke syurga. Wahai Mu'alla! Orang yang menyatakan agama kami dan

tidak menyembunyikannya akan di hina oleh Allah di dunia dan Allah akan

membuang cahaya di antara dua matanya di akhirat dan akan menjadikannya

kegelapan yang mengheretnya ke neraka. Wahai Mu'alla! Sesungguhnya taqiyyah

adalah agamaku dan agama datuk nenekku dan tidak ada agama bagi orang yang

tidak bertaqiyyah". 127

Lampiran 9

قال أبوعبدللا عله السالم ما أنزل للا سبحانه آة ف المنافقن ال وه فمن نتحل التشع

Disediakan oleh :

Maulana Mohd. Asri bin Yusof.

: Diedit dan ditambah lampiran oleh

Ahmad Nasim bin Abdul Rauf.

126

Al-Kafi, jilid 3, hlm. 343. 127

Usul al-Kafi, jilid 2, hlm. 225.