T1A1 HBEF2803

16
HBEF2803 NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN JULAI 2014 TAJUK TUGASAN 1 AKTIVITI 1 PERANCANGAN KHIDMAT MASYARAKAT SOALAN TUGASAN Khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan guru. Perancangan khidmat masyarakat yang sempurna sama ada di dalam sekolah atau luar sekolah akan dapat memberikan impak kepada guru itu sendiri khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen kepada masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional. Sebagai seorang guru, wajarlah anda menjadi teraju utama untuk menjalankan satu program khidmat masyarakat di dalam atau di luar sekolah. Program ini perlulah dikendalikan oleh guru dengan rasa penuh tanggungjawab dan bersungguh-sungguh agar matlamat khidmat masyarakat tercapai. Name : Noor Rulhuda Binti Mohd Samjis Matric number : 840726135564001 1

description

EPIC3

Transcript of T1A1 HBEF2803

HBEF2803NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2803PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUANJULAI 2014

TAJUK TUGASAN 1 AKTIVITI 1PERANCANGAN KHIDMAT MASYARAKAT

SOALAN TUGASAN Khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan guru. Perancangan khidmat masyarakat yang sempurna sama ada di dalam sekolah atau luar sekolah akan dapat memberikan impak kepada guru itu sendiri khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen kepada masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional. Sebagai seorang guru, wajarlah anda menjadi teraju utama untuk menjalankan satu program khidmat masyarakat di dalam atau di luar sekolah. Program ini perlulah dikendalikan oleh guru dengan rasa penuh tanggungjawab dan bersungguh-sungguh agar matlamat khidmat masyarakat tercapai.

Name : Noor Rulhuda Binti Mohd Samjis Matric number : 840726135564001 NRIC : 840726-13-5564 Telephone number : 013-3992617 E-mail address : [email protected]

Nama Tutor: En. Mohamad Arif bin Abdul RaniLearning Centre: OUM Mentakab

September 2013 Semester

SEKOLAH RENDAH AGAMA AT-TAQWA TEMERLOH KM 4,TANJONG LALANG, JALAN MENTAKAB, 28000 TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR.KOD SEK: CCT7001TEL: 09-2901468FAX: 09-2901467

KERTAS KERJAGOTONG ROYONG PERDANA DAN SEKOLAHKU INDAH

TEMA : :MUHIBAH LAMBANG PERPADUAN UMMAH.

PROGRAM ANJURAN :UNIT 3K DENGAN KERJASAMA UNIT HAL EHWAL MURID DAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN4

2.0 TUJUAN4

3.0 MATLAMAT5

4.0OBJEKTIF5

5.0TEMA PROJEK6

6.0TAJUK PROJEK6

7.0TARIKH / TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK68.0AHLI KUMPULAN PROJEK69.0SUMBER PERSONEL LAIN YANG TERLIBAT7

10.0ORGANISASI YANG TERLIBAT7

11.0PELAKSANAAN PROJEK711.1 PERANCANGAN 711.2 PELAKSANAAN AKTIVITI8

12.0JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN9

13.0TENTATIF PROJEK11

14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN11

15.0 PENUTUP13

16.0 RUJUKAN14

1.0 PENDAHULUAN

Program gotong-royong di sekolah adalah satu cabang bagi memenuhi Falsafah Pendidikan untuk melahirkan insan yang berilmu, berkeperibadian dan berketrampilan dalam keadaan persekitaran yang bersih. Tahap kebersihan di sekolah adalah amat dititikberatkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, ianya diakui dengan kewujudan program 3K (Kebersihan, Keselamatan dan kesihatan). Dengan program ini, ianya menjadi pemangkin atau faktor yang dapat membantu memenuhi pelaksanaan matlamat tersebut. Aktiviti gotong-royong adalah cara untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Sehubungan dengan itu, adalah wajar pihak sekolah melantik jawatankuasa 3K bagi mengelola aktiviti gotong-royong warga sekolah dan PIBG. Di samping itu, dengan adanya aktiviti ini kita dapat melatih dan memupuk murid-murid semangat cintakan sekolah sebagai rumah kedua mereka, selaras dengan temaMuhibah Lambang Perpaduan Ummah. Justeru itu, dengan aktiviti-aktiviti yang dirangka meliputi aspek mengindahkan wakaf, pembersihan tapak perhimpunan dan pejabat, surau (lama dan baru), kelas dan padang sekolah mampu mengeratkan hubungan silaturrahim di antara warga sekolah dengan warga PIBG dan murid-murid.Oleh itu, pembabitan komuniti sekolah dan PIBG diharapkan mampu menghasilkan fenomena baru dalam membentuk semangat berkerjasama bagi memastikan sekolah adalah lebih ceria dan bersih yakni tempat pembelajaran yang lebih kondusif. Ia juga dapat memberikan semangat baru, di samping menjaga kesihatan diri dengan keadaan persekitaran yang baik dan bersih.

2.0 TUJUANTujuan program ini adalah untuk menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah dan secara langsungnya menerapkan sikap cintakan kawasan sekolah terhadap semua wagra sekolah serta berkerjasama bagi menghasilkan produktiviti yang baik dan jitu. Selain mengeratkan hubungan silaturrahim dengan warga sekolah, guru-guru adalah seperti disuntik dengan semangat yang baru untuk mengajar murid-murid dengan jayanya. Begitu juga dengan murid-murid akan lebih selesa dan bersemangat untuk menimba ilmu dengan keadaan sekolah yang cantik lagi bersih. Dengan persekitaran sekolah yang baik, ibu bapa juga merasa berkeyakinan yang tinggi untuk menempatan anak-anak mereka untuk belajar disekolah ini. Tidak kurang juga terhadap komuniti sekolah dengan penduduk setempat serta pihak PIBG dapat mewujudkan ukhwah yang sejati di antara satu sama lain dengan kerjsama dan komitmen yang ditonjolkan dalam program ini nanti.

3.0 MATLAMAT

Matlamat melalui aktiviti ini adalah untuk memberikan kesedaran kepadamurid bahawa betapa pentingnya kebersihan dan keindahan di kawasan sekolahterutamanya di dalam bilik darjah kerana suasana yang bersih dan indah itu akanmenjadikan mereka lebih seronok dan bersemangat waja untuk menerimapembelajaran seterusnya. Secara tidak langsung murid akan rasa bertanggungjawabuntuk mengutip sampah di hadapan mata atau menyapu sampah di dalam kelassekiranya ada kekotoran. Ia juga dapat mengapikasikan amalan sivik, kemahiran dan pengetahuan dalam diri baik kepada komuniti sekolah mahu pun PIBG.Bagi masyarakat pula, ia dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri sepertiberkerjasama antara satu sama lain. Tambahan pula, daripada situ mereka dapatmengajar ahli keluarga masing-masing akan peubahan sikap positif yang diterimanya. Dengan ini, sikap muhibah sesama rakan, masyarakat dan warga sekolah dapat di rasai dengan adanya program ini. Selain itu juga, ia dapat menerapkan budaya sahsiah diri yang baik dari segi disiplin terhadap murid untuk mengekalkan suasana yang ceria, bersih, selesa dan harmoni untuk belajar. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat iaitu PIBG, penduduk setempat, murid ini dapat dijadikan satu pedoman untuk merealisasikan hasrat bangsa dan negara.

4.0 OBJEKTIFAntara objektif program ini ialah:- Bagi mencapai misi dan visi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iklim sekolah yang bersih lagi indah dan kondusif ini menjadi satu titik permulaan hingga akhirnya agar dapat mempertingkatkan lagi mutu pendidikan untuk mendidik anak bangsa dengan lebih berkesan dan mantap dari segi pengajaran yang diberikan oleh guru. Mengamalkan budaya yang sihat seperti menjaga kebersihan setiap hari agar kepuasan maksimum tercapai. Meningkatkan dan mewujudkan perasaan muhibah dikalangan warga sekolah dengan pihak PIBG, murid dan penduduk setempat di dalam mengembeleng tenaga dan tulang empat kerat untuk menjadikan suasana sekolah yang diharapkan. Dapat mewujudkan rasa persefahaman, pengukuhan jati diri dan ikatan perpaduan yang lebih utuh di dalam satu kumpulan yang dirancangkan. Dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit dengan mengadakan program ini demi untuk anak-anak didik sehingga generasi alaf 21.

5.0 TEMA PROJEK

MUHIBAH LAMBANG PERPADUAN UMMAH

6.0 TAJUK PROJEK

MENGINDAHKAN KAWASAN SEKOLAH

7.0 TARIKH / TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK

Tarikh cadangan : 9 Ogos 2014 (Sabtu)Tempat : Kawasan sekitar SRA At TaqwaMasa : 8.00 pagi 1.00 tengah hari8.0 AHLI KUMPULAN PROJEKSemua warga SRA At Taqwa iaitu guru-guru, komuniti sekolah (pekebun, kerani, pengusaha kantin dan pengawal keselamatan sekolah), murid-murid tahun 4, 5 dan 6, serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

9.0SUMBER PERSONEL LAIN YANG TERLIBATSumber kewangan diperolehi daripada hasil sumbangan dari:

a) PIBG: RM 1000b) Tabung sekolah: RM 500c) Pihak katin: RM 500Jumlah keseluruhan = RM 2000

10.0ORGANISASI YANG TERLIBATPenasihat: En. Khairuddin bin Yaakob (Guru Besar SRA At Taqwa)

Mentor: Tn. Hj. Ramli bin Ramzani

11.0PELAKSANAAN PROJEK11.1 PERANCANGAN AKTIVITIa) Tapak perhimpunan dan pejabat Tugas membersihkan kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah dan memberus koridor.

b) Surau Agihan tugas untuk kawasan surau adalah termasuk longkang, landskap, susunan sejadah dan al-quran, tempat wuduk murid lelaki dan perempuan. Untuk pengetahuan umum surau baru sekolah bakal siap tidak lama lagi dan minta kerjasama semua untuk mengemaskini kelengkapan surau baru tersebut.

c) Kelas Kelas sebanyak 6 buah di sekolah akan di agihkan kepada guru-guru dan wakil dari ibu bapa serta murid untuk membersihkan dan menceriakan seperti kemaskini sudut bacaan, mengecat dan menyapu sawang terutama ditingkap.

d) Pondok (wakaf) kedudukan pondok menunggu (wakaf) ini terletak di bahagian hadapan pintu masuk sekolah. mercu tanda sekolah ini adalah hiasan wakaf yang cantik lagi mempesona. Untuk itu, agihan bagi kawasan ini hendaklah mengecat, menghias kata-kata ilmiah, memasang tirai dan membersihkan lantai.

e) Padang sekolah Agihan kawasan ini adalah untuk membersihkan kawasan rumput di bahagian belakang kerana kerja pembinaan surau baru.

11.2 PELAKSANAAN AKTIVITI BILPELAKSANAAN TUGASTINDAKAN

1Penyediaan kertas kerja program:-Pembentangan kertas kerja bagi mendapatkan persetujuan dari pihak penganjur. Pelaksanaan program melalui mesyuarat dan bersemuka di dalam mesyuarat AJK kali pertama.Setiausaha Program

2Pelantikan secara rasmi bagi AJK Program.Setiausaha Program

3Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-kerja asas program. Sebagai cadangan di bilik gerakan sekolah.Setiausaha Program

4Mesyuarat AJK kali keduaSetiausaha Program

5Menguruskan kerja-kerja penyediaan, mengirim surat-menyurat,percetakan, kad dan surat jemputan.Penolong SetiausahaProgram

6Mengepos surat dan kad jemputan melalui pos laju, e-mel, mesin faksimili atau perjumpaan peribadi.Penolong Setiausaha Progrm

7Persediaan untuk menyenaraikan perlatan-peralatan dan kelengkapan untuk gotong royong.Setiusaha Program

8Tempahan menu makan tengah hariAJK Jamuan

9Pengurusan hadiah dan cenderahatiAJK Hadiah

10Penyediaan tempat perasmian dan pelancaranAJK Persiapan Tempat

11Tugas-tugas pembersihan kawasan gotong-royongSemua AJK dan peserta

12.0JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULANAHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Khairuddin bin Yaakob(Guru Besar)Pengerusi: Cik Siti Zaleha bt Abd. Hamid(Guru Penolong Kanan HEM)Naib Pengerusi I: Pn. Hamidah bt Tarmizi (Guru Penolong Kanan Kurikulum)Naib Pengerusi II: En. Wan Saiful Adli b. Wan Muhammad (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)Setiausaha Program:Pn.Noor Rulhuda bt Mohd Samjis (Guru Penyelaras 3K)Penolong Setiausaha:Cik Nafisah bt Azemy (Penyelaras 3K)Bendahari:Pn. Noriza bt Mohamad Nasir

AHLI JAWATANKUASA KERJA

AJK Pengerusi Majlis: Pn. Nor faezah bt Zakaria AJK Bacaan Doa: Ustaz Mohd Zaimi b. Abu BakAJK Teknikal: En. Mohd Sahran bin IsmailAJK Publisiti: Pn. Noor Rulhuda bt Mohd SamjisAJK Keselamatan: En. Syahirman bin Abd SukorAJK Persiapan tempat: En. Faizuddin SabunarAJK Penyambut Tetamu: Pn. Julina bt TarikatAJK Protokol dan Jemputan: Pn. Jasimah bt JabarAJK Jamuan: Pn. Mohaiza bt MohamadAJK Hadiah dan Cenderamata: Pn. Rohaida bt MudaAJK Siar raya: Pn. Enieza bt MohamadAJK Kewangan: Pn. Norlizan bt BorhanAJK Buku Pogram: Pn. Norlida bt. Hussin

AGIHAN TUGAS MENGIKUT KAWASAN DAN KELAS

BILKAWASANKETUA DAN KUMPULAN YANG TERLIBAT

1. Tapak perhimpunan dan pejabat-Di bahagian sekitar perhimpunan, tiang bendera, bilik pejabat sekolah.1. Mohd Zaimi b. Abu Bak2. Wakil PIBG/ibu bapa3. Murid tahun 4 Lestari

2.Surau1. Pn. Noriza bt Mohamad Nasir2. Wakil PIBG/ibu bapa3. Murid tahun 6 Jauhari

3.KelasBlok B (Tahun 1, 4, 5 dan 6)1. En. Mohd Sahran bin Ismail2. Pn. Jasimah bt Jabar3. Pn. Rohaida bt Muda4. Pn. Mohaiza bt Mohamad5. Murid 20 orang

4.Blok A(Tahun 2, dan 3)1. Pn. Noor Rulhuda bt Mohd Samjis2. Pn. Julina bt Tarikat3. Murid 10 orang

5.Blok D(Surau lama, perpustakaan, bilik pemulihan dan stor)1. Pn. Norlizan bt Borhan2. Cik Nafisah bt Azemy3. Pn. Nor faezah bt Zakaria4. En. Syahirman bin Abd Sukor5. Murid 20 orang

6Blok C(Pra Sekolah)1. Pn. Enieza bt Mohamad2. Pn. Norlida bt. Hussin3. En. Faizuddin Sabunar4. Murid 5 orang

7Pondok (wakaf) 1. Pn. Hamidah bt Tarmizi2. Cik Siti Zaleha bt Abd. Hamid3. Murid 5 orang

8Padang Sekolah1. En. Wan Saiful Adli b. Wan Muhammad 2. En. Khairuddin bin Yaakob3. Murid 5 orang

13.0TENTATIF PROJEK

MASAAKTIVITI

8.00 pagiKetibaan ibu bapa/penjaga, pekerja dan murid.

8.15 pagi Taklimat ringkas agihan tugas di tapak perhimpunan.

8.30 pagiGotong-royong bermula.

11.30 pagiKetibaan tetamu VIP.

11.45 pagiJemputan tetamu VIP melawat kawasan sekolah.

12.15 tengah hariHadirin berkumpul di kantin dan majlis ucapan dari YDP PIBG dan wakil tetamu VIP.

1.00 tengah hariMakan tengah hari dan bersurai.

14.0ANGGARAN PERBELANJAAN

Cadangan anggaran perbelanjaan untuk segala kos yang terlibat telah dirancang dengn baik oleh pihak ahli jawatankuasa. Kos yang digunakan adalah hasil sumbangan daripada pelbagai pihak iaitu PIBG, kantin dan tabung sekolah. Di bawah adalah senarai kos perbelanjaan untuk program ini:-

a) Murid : 90 orang

b) Ibu bapa: 30 orangc) Guru: 19 orangd) AJK PIBG: 7 orangJUMLAH: 173 orangBILPERKARAPERBELANJAAN

1.Perbelanjaan Cetakan Buku Program Surat menyuratJUMLAHRM 0.50 X 56RM 0.20 X 7 RM 28.00RM 1.40RM 29.40

BILPERKARAPERBELANJAAN

2.Perbelanjaan Peralatan Cangkul Plastik sampah Tong sampah Paku Papan tanda ilmiah Berus sabut Sabun pencuci Tin cat Berus catJUMLAHRM 6.00 X 4RM 1.00 X 2RM 50.00 X 8RM 25.00 X 1RM 8.00 X 8RM 2.50 X 7RM 8.00 X 10RM 25.00 X 6RM 2.50 X 10RM 24.00 RM 2.00RM 400.00RM 25.00RM 16.00RM 17.50RM 80.00RM 150.00RM 25.00RM 739.00

BILPERKARAPERBELANJAAN

2.Perbelanjaan Jamuan Nasi Ayam + Air SirapJUMLAHRM 5.00 X 146

RM 730.00 RM 730.00

BILPERKARAPERBELANJAAN

2.Perbelanjaan Hadiah Hadiah + CenderahatiJUMLAHRM 20.00 X 2 RM 40.00 RM 40.00

BILPERKARAPERBELANJAAN

2.Lain-lain Perbelanjaan Lain-lainJUMLAH RM 100.00 RM 100.00

JUMLAHRM1,638.40

15.0PENUTUPDengan ini, diharapkan aktiviti gotong-royong sekolahku indah akan dapat menghasilkan satu fenomena yang baru di sekolah ini agar dapat mewujudkan transformasi yang menjana idea komuniti sekolah. Selain itu, persekitaran akan kelihatan lebih indah, ceria, cantik, selamat, bersih dan menarik perhatian murid dan komuniti sekolah untuk terus bertandang ke sekolah. Justeru, seiring dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yakni menjadikan kawasan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada anak-anak didik serata tempat. Sekolah yang indah lagi cantik ini juga akan terus menambat hati ibu bapa yang berkunjung ke sekolah ini dengan rasa tanpa jemu untuk menyinggah sebagai tempat beristirehat selain daripada menunggu anak mereka pulang sekolah. Perjalanan program gotong royong sekolahku indah ini nanti juga akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan mesra antara komuniti sekolah dan juga masyarakat setempat yang turut hadir bersama berganding bahu antara satu sama lain.Semoga program ini mendapat sambutan yang hangat dari pihak luar untuk merealisasikan impian sekolah di samping dapat menjadikan satu amalan kepada murid-murid dalam meniti kehidupan seharian. Akhir kata, segala kebaikan dan sumbangan dari semua pihak yang terlibat terutama ibu bapa dalam program ini akan sentiasa dirahmati dan diberkati ilahi hendaknya.

Disediakan oleh: Di semak oleh: .(NOOR RULHUDA BT MOHD SAMJIS) (CIK SITI ZALEHA BT ABD. Setiausaha Program, HAMID)SRA At Taqwa, Temerloh GPK HEM,Pahang Darul Makmur SRA At Taqwa, Temerloh

Disahkan oleh:

(EN. KHAIRUDDIN B. YAAKOB)GURU BESAR,SRA At Taqwa, Temerloh

Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN di atas sebab-sebab berikut:

16.0 RUJUKAN

1) http://epic.oum.edu.my/index/coursepage/id/HBEF28032) http://www.slideshare.net/xiaoting0725/kertas-kerja-melukis-mural3) http://www.slideshare.net/EizaAlias/kertas-kerja-camping-2012edit4) http://www.slideshare.net/EizaAlias/kertas-kerja-gotong-royong

3