T2 a3 8 mei 2014

11
FAKULITI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEM 9 / SMP : MEI 2014 KOD KURSUS : HBEF 2803 TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN TUTOR ONLINE : ABD. RAHIM MOHAMAD TOPIK TUGASAN : T2A3 - JURNAL REFLEKTIF DEADLINE : 8 MEI 2014 NO MATRIKULASI : NAMA : NO KAD PENGENALAN : NO TELEFON : 650915016209001 KALAM BIN SIMOH 650915-01-6209 0137082017 [email protected] OUM BATU PAHAT

Transcript of T2 a3 8 mei 2014

Page 1: T2 a3 8 mei 2014

FAKULITI PENDIDIKAN

DAN BAHASA

SEM 9 / SMP : MEI 2014 KOD KURSUS : HBEF 2803 TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN

PROFESIONALISME KEGURUAN

TUTOR ONLINE : ABD. RAHIM MOHAMAD TOPIK TUGASAN : T2A3 - JURNAL REFLEKTIF DEADLINE : 8 MEI 2014

NO MATRIKULASI :NAMA :NO KAD PENGENALAN :NO TELEFON :EMAIL :LEARNING CENTRE :

650915016209001 KALAM BIN [email protected] BATU PAHAT

Page 2: T2 a3 8 mei 2014

KALAM SIMOH / 650915016209001 / SMP-OUM / SEM 9 MEI 2014 HBEF 2803 JURNAL REFLEKTIF – PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Penghargaan

Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat Allah s.w.t

kerana dengan limpah dan kurniaNya jua maka tugasan ini dapat saya

selesaikan.

Namun di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk

merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada tutor online, En.

Abd Rahim b Mohamad di atas panduan-panduan dan idea-idea yang dititipkan

kepada pelajar-pelajarnya di ruangan Forum EPIC yang dapat saya jadikan

garispanduan dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Begitu juga kepada rakan-rakan sekelas dan kenalan-kenalan yang

lain yang sudi menghulurkan bantuan dan pandangan untuk tugasan ini,

terimakasih banyak-banyak dan hanya Allah jua yang dapat membalas jasa

baik kalian.

Kepada ahli keluarga saya sendiri terutamanya isteri tersayang,

terima kasih kerana sedia memahami beban tugas yang abang perlu laksanakan

sebagai pelajar SMP-OUM ini. Insyallah, tugas utama abang sebagai suami

dan ketua keluarga tidak sesekali akan abang abaikan, percayalah ……

P a g e | 1

Page 3: T2 a3 8 mei 2014

KALAM SIMOH / 650915016209001 / SMP-OUM / SEM 9 MEI 2014 HBEF 2803 JURNAL REFLEKTIF – PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

JURNAL REFLEKTIFSebenarnya banyak aspek-espek penting yang saya perolehi daripada kedua-dua

ceramah tersebut. Dalam ceramah yang disampaikan juga terdapat saranan-saranan yang amat

wajar sekali dilaksanakan oleh guru-guru yang mana saranan-saranan tersebut saya anggap dapat :

i- meningkatkan kerjaya diri sebagai guru

ii- membawa kepada keberhasilan / kemenjadian murid

iii- menaikkan martabat keguruan

Antara aspek penting yang di sentuh ialah berkaitan inisiatif untuk meningkatkan

keprofesionalismaan diri. Aspek berkenaan seharusnya sentiasa wujud dan berkembang subur

dalam diri para guru. Sebabnya standard kualiti yang menjadi kayu ukur untuk menilai

keprofesiionalismaan seseorang guru sentiasa berubah dari semasa ke semasa seiring dengan

perubahan zaman. Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak dunia

masa kini selaras dengan perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman

ledakan ilmu dan teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.

Inisiatif guru untuk meningkatkan keprofesionalismaan diri boleh berlaku dalam

dua cara iaitu secara horizontally dan juga vertically. Secara vertically bermaksud guru

meningkatkan keprofesionalismaan diri dalam bidang penghususannya sendiri manakala secara

horizontally pula bermaksud guru meningkatkan keprofesionalismaan diri dalam bidang yang

bukan bidang pengkhususannya. Mana-mana cara sekalipun, sekurang-kurangnya guru tersebut

sudah melakukan sesuatu untuk meningkatkan keprofesionalismaannya.

Realitinya pada hari ini, dan hasil daripada satu kajian ( menurut kata Dr Nasarudin

dalam ceramah tersebut ) mendapati “ Kualiti guru-guru yang ada pada hari ini belum menjamin

survival negara kita di masa depan. “ Oleh yang demikian, langkah meningkatkan Profesionalisma

Keguruan dilihat sebagai satu keperluan mendesak dalam usaha untuk meningkatkan tahap

pendidikan negara ini ke taraf dunia agar setanding dengan amalan pendidikan di negara-negara

maju. Langkah ini juga dilihat amat selari dengan wawasan menjadi negara maju serta

berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Daripada ceramah tersebut juga, barulah terdetik di hati saya yang langkah saya

melanjutkan pelajaran melalaui Program Pensiswazahan Guru (PPG) selama empat tahun di OUM

adalah langkah yang sangat tepat. Manfaatnya bukanlah semata-mata untuk diri saya sendiri,

bahkan juga untuk kepentingan negara dan kepentingan kemenjadian murid-murid yang saya

didik. Kepada guru-guru lain yang juga sama-sama melanjutkan pelajaran seperti saya di beberapa

institusi pendidikan yang lain, mereka juga mendapat manfaat yang sama. Tetapi buat rakan-rakan

P a g e | 2

Page 4: T2 a3 8 mei 2014

KALAM SIMOH / 650915016209001 / SMP-OUM / SEM 9 MEI 2014 HBEF 2803 JURNAL REFLEKTIF – PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

guru yang menolak tawaran menyertai program atas dasar tidak berminat atau atas apa-apa alasan

sekalipun, hakikatnya mereka sebenarnya rugi kerana ;

- mereka tidak bakal berpeluang merasai keistimewaan yang dinikmati oleh rakan-rakan

guru yang mengikuti program ini yang akan diserap ke DG42.

- tahap sumbangan mereka tidak sebaik atau sebanding dengan rakan guru yang

mengikuti program ini terutamanya dalam :

o meningkatkan martabat guru di mata masyarakat

o meningkatkan tahap pendidikan negara ini ke taraf dunia

o meningkatkan kualiti dan kemenjadian murid-murid

Selain daripada itu, dalam ceramah tersebut juga ada menyatakan usaha seseorang

guru untuk meningkatkan diri datangnya adalah samada dari usaha/kesediaan sendiri ( disebut

sebagai inisiatif kendiri ) ataupun datangnya dari sesebuah organisasi tertentu ( disebut sebagai

inisiatif organisasi ). Antara kedua-duanya, inisiatif kendiri adalah lebih kuat impaknya kerana dari

situlah langkah pertama dan segala tindakan yang diambil oleh seseorang bermula. Hari ini,

seseorang guru perlu ada inisiatif kendiri untuk meningkatkan keprofesionalismaannya.

Keprofesionalismaan seseorang guru harus sentiasa dipertingkatkan mengikut peredaran masa

supaya keberadaan guru berkenaan ada kerelevanannya. Keprofesionalismaan seseorang guru

amat diperlukan malah dititikberatkan kerana hanya guru–guru yang profesional saja yang dapat

menentukan kemenjadian atau keberhasilan murid-muridnya.

Dalam dunia pendidikan hari ini, guru yang profesional merupakan aset utama yang

bertindak sebagai kilang yang menghasilkan modal insan yang berkualiti. Oleh hal yang demikian,

usaha pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bersungguh –

sungguh merangka dan melaksanakan pelbagai program bagi melahirkan guru yang profesional

serta menaikkan martabat profesionalisme keguruan di negara ini patut disambut baik dan amat

wajar disertai oleh para guru yang masih belum berijazah. Apa yang saya maksudkan di sini ialah

Program Pensiswazahan Guru (PPG) yang bermula sejak 2006 yang lalu. Menerusi program ini,

guru-guru belajar tentang ilmu-ilmu baru dan terkini dengan bermacam teori dan falsafah itu dan

ini yang berkaitan dengan dunia pendidikan malah juga ilmu-ilmu lain yang tertentu yang mana

dengan itu mereka layak dianugerahkan dengan segulung ijazah yang diberi nama Sarjana Muda

Pengajaran ( Pendidikan Rendah ) dengan Kepujian. Peluang sebegini tidak sepatutnya dipersia-

siakan dan mestilah direbut oleh guru-guru yang belum lagi berijazah kerana di samping beberapa

manfaat yang telah saya nyatakan di atas, satu lagi manfaat ialah mereka tidak perlu mengeluarkan

wang saku untuk segulung ijazah bahkan semua itu di taja sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia. Begitulah beruntungnya guru-guru kita hari ini. Itu pun masih ada segelintir guru yang

P a g e | 3

Page 5: T2 a3 8 mei 2014

KALAM SIMOH / 650915016209001 / SMP-OUM / SEM 9 MEI 2014 HBEF 2803 JURNAL REFLEKTIF – PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

entah apa sebab dan masalahnya, mereka seolah-olah seperti fobia, takut dengan bayang-bayang

sendiri menyebabkan mereka buat-buat tidak tahu atau buat-buat tidak reti akan peluang yang

kementerian bukakan buat mereka. Kelihatannya mereka seperti dalam kedudukan yang sudah

teramat selesa dan seolah-olah tiada apa-apa yang mereka rugikan. Andai saya boleh buat saranan

buat mereka di sini, saranan saya ialah agar mereka menyahut cabaran ini, lakukan sedikit

pengorbanan, jangan pedulikan sangat dengan igauan yang menghantui dan tempuhi saja apa jua

cabaran yang mendatang dengan tabah dan penuh kesabaran. Lakukan sedikit usaha dan

selebihnya tawakal saja padaNya. Insyallah segala rintangan akan dapat diatasi dan segala masalah

pasti akan ada jalan penyelesaiannya.

Menyentuh mengenai peranan seseorang guru yang dapat menjamin kemenjadian /

keberhasilan murid-muridnya, samada guru dahulu atau pun guru hari ini, peranan mereka masih

tetap sama iaitu mereka adalah sumber penyampai ilmu pengetahuan mahupun kemahiran kepada

para pelajar. Bukan itu saja, guru juga berperanan sebagai tempat untuk  memperkembangkan

bakat, minat dan kebolehan pelajar serta sebagai wadah untuk membina daya pemikiran yang kritis

dan kreatif sebagai persiapan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di

sekeliling mereka apabila mereka dewasa. Namun begitu, mereka yang telah menyempurnakan

latihan perguruan di pusat-pusat pendidikan guru kebanyakannya menganggap proses

pembelajaran mereka telah sempurna dan tamat setakat di situ. Sedangkan realitinya, kejayaan

seseorang guru dalam kerjayanya sebenarnya bergantung kepada kesediaan seseorang guru

memajukan diri dan profesionnya melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan secara formal,

informal atau nonformal samada di dalam atau di luar profesionnya. Kesediaan itu perlu kekal

berterusan dan tiada penghujungnya selagi seseorang itu masih bergelar guru. Kesediaan guru

amatlah dituntut untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah, strategi serta pendekatan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran walaupun dalam masa sama, mereka juga berhadapan dengan

perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta ledakan teknologi maklumat dan

komunikasi (TMK/ICT).

Membangunkan guru itu sendiri sebenarnya merupakan salah satu faktor penting

dalam membangunkan taraf pendidikan negara. Ini adalah kerana kebanyakan guru terutama

generasi dahulu yang telah melebihi 20 tahun mengajar di sekolah dilihat masih menggunakan

cara, kaedah dan teknik lama dan lapuk. Maka, usaha perlu digembling di mana ahli-ahli

akademik di universiti perlu meningkatkan kualiti pengajaran, fakulti pendidikan mesti

menitikberatkan kepentingan ilmu dan kerajaan perlu berusaha keras serta bersistematik

untuk mengembangkan pembangunan profesional para guru. Ini amat bertepatan sekali dengan apa

yang saya sedang lalui pada saat dan ketika ini. Hasil dari pembangunkan profesional guru itu

nanti akan dapat membina kemahiran, pengetahuan dan strategi pengajaran-pembelajaran yang

hasilnya adalah kemenjadian dan keberhasilan murid-murid yang dipanggil modal insan yang

P a g e | 4

Page 6: T2 a3 8 mei 2014

KALAM SIMOH / 650915016209001 / SMP-OUM / SEM 9 MEI 2014 HBEF 2803 JURNAL REFLEKTIF – PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

berkualiti. Modal-modal insan inilah diharapkan mampu memacu negara menjadi sebuah negara

yang maju setanding dengan negara-negara maju lain di dunia ini.

Usaha pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menaikkan martabat

profesion keguruan sebenarnya adalah amat berat dan tidak salah rasanya kalau dianggap suatu

projek mega. Apa tidaknya, bilangan guru di Malaysia bukanlah sedikit dan memerlukan kos yang

amat tinggi untuk merealisasikannya. Sebab itulah kerajaan telah memasukkan rancangan untuk

memartabatkan profesion keguruan sebagai salah satu teras dalam Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan Negara (PIPPN) yang telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’

Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 yang lalu. Menurut beliau, mendapatkan

modal insan yang berkualiti amat diperlukan oleh negara dalam usaha untuk mencapai matlamat

negara maju. Sewaktu beliau menyampaikan perutusan Hari Pekerja pada 1 Mei 2006, antara lain

beliau menyatakan:

“ Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu

kemewahan. Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan

juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak

industri dan pasaran serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana

persaingan antarabangsa yang kian sengit dan kompleks.”

Sebagai kesimpulan, guru perlu berubah seiring dengan perubahan yang berlaku

dalam segenap aspek kehidupan manusia. Dunia pendidikan memerlukan tenaga profesional yang

dinamik dan kekal berkualiti yang senantiasa peka dengan perubahan bagi memenuhi kehendak

dan tuntutan dunia semasa dan juga di masa depan. Murid yang kita didik pada hari ini adalah

tenaga-tenaga pakar dan bakal-bakal pemimpin negara yang akan mengamal dan mempraktikkan

ilmu dan kemahiran yang kita ajar pada hari ini bukan setakat untuk kegunaan dan keperluan hidup

mereka pada masa sekarang malahan yang lebih penting adalah untuk kegunaan dan keperluan

hidup mereka pada masa dua puluh atau tiga puluh tahun akan datang. Ilmu sentiasa berkembang

dan berubah. Untuk mendapatkan ilmu tersebut, guru perlu belajar dan mempelajarinya terlebih

dahulu sebelum dia mengajarkannya kepada murid-muridnya pula. Ini bermakna, seorang guru

sepanjang hidupnya tidak pernah berhenti mengajar dan tidak pernah berhenti belajar demi

kepentingan anak-anak muridnya. Itulah dunia seorang manusia bernama guru.

P a g e | 5