T2 sukan berpasukan QGJ 3063.doc

download T2 sukan berpasukan QGJ 3063.doc

of 11

Transcript of T2 sukan berpasukan QGJ 3063.doc

KERJA KURSUS:

QGJ3063 SUKAN BERPASUKANNO. KUMPULAN: UPSI 03DISEDIAKAN OLEH:

NAMANO. MATRIK

NORIS BINTI KASSIMD20102045539

NAMA PENSYARAH: EN. GUNATHEVAN A/L ELUMALAITARIKH SERAH: 31 OKTOBER 2013PRINSIP-PRINSIP SUKAN BERPASUKAN1.0 PengenalanKejayaan sesuatu pasukan dalam sukan sebenarnya diasaskan oleh kewujudan semangat berpasukan untuk mencapai satu matlamat yang dikongsi bersama. Apa yang disebut sebagai semangat berpasukan sebenarnya merupakan ciri-ciri kesepaduan dalam pasukan.(Carron, 1982). Rasa dipunyai atau tergolong dalam satu kumpulan, golongan atau pasukan merupakan elemen penting dalam memenuhi keperluan individu pemain. Antara prinsip-prinsip sukan berpasukan adalah menyemarakan semangat berpasukan, meningkatkan hubungan sesama pemain, kesetiaan terhadap pasukan, menghormati jurulatih serta meningkatkan pencapaian pasukan. Oleh itu, dalam penulisan ini, cuba mengupas dan memahami apa yang dikatakan dengan kesepaduan pasukan, proses pembentukan sesuatu pasukan, pengukuran pasukan serta kaitan di antara kesepaduan pasukan dan pencapaian pemain dalam sukan.2.0 Definisi kesepaduan dan semangat berpasukan

Carron (1982), mengatakan bahawa kesepaduan pasukan merupakan proses yang dinamik yang dijelmakan menerusi kecenderungan sesuatu kumpulan untuk bersatu dan bersama mencapai matlamat dan objektif kumpulan tersebut.Sebelumnya, ramai penyelidik mengatakan bahawa kesepaduan bersifat unidimensi. Bagaimanapun kajian terkini mendapati bahawa wujud dimensi kesepaduan yang lain. Dua dimensi ini adalah, kesepaduan tugasan dan kesepaduan sosial.Dalam konteks sukan pula, pemain akan terikat dengan dengan kesepaduan sosial kerana masing-masing terikat dengan kontrak (kesepaduan sosial) untuk mewakili pasukan tersebut. Seorang pemain merasa terikat atau meneruskan pengelibatan dalam sesuatu pasukan kerana faktor tugasan,hubungan sosial atau kedua-duanya. Jesteru itu, kefahaman tentang kesepaduan pasukan serta proses yang terlibat dalam pembentukan pasukan akan dapat membantu kejayaan pasukan dalam jangka masa panjang.

Kesepaduan pasukan melahirkan semangat berpasukan yang jitu di kalangan ahli kumpulannya. Semangat kumpulan ini lahir apabila wujudnya perasaan saling memerlukan dan mengahargai diantara satu sama lain dalam mencapai satu matlamat. Semangat pasukan dan kesepaduan pasukan tidak semestinya bermatlamat untuk kemenangan tetapi mempelihatkan gaya permainan yang mantap dan berkualiti. Kemenangan merupakan bonus bagi pasukan yang bermain dengan baik berbanding pasukan yang lain.Memetik artikel ibnu Suhali (2009) dalam blognya, mengatakan bahawa Esprit de Corps berasal dari perkataan Perancis yang membawa maksud semangat bekerjasama, semangat kekitaan ataupun semangat berpasukan. Dengan kata lain ini adalah suatu semangat yang dapat menyatukan manusia khususnya dalam sesebuah pasukan seperti pasukan bola sepak, ragbi dan seumpanya. Esprit de Corps amatlah penting dalam sesebuah organisasi sukan, jabatan dan mahupun negara seluruhnya. Semangat ini telah diterapkan sejak dari peringkat sekolah melalui kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah yang menuntut semangat antara ibu bapa, guru dan murid. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan semangat esprit de corps itu wujud dalam diri setiap murid.

Dalam konteks sukan, perpaduan kaum membolehkan wujudnya kesepaduan sosial antara pemain dalam pasukan kerana adanya penerimaan terhadap pemain berbangsa lain dalam pasukan itu. Oleh itu semangat spirit de corps mempunyai pengaruh yang amat besar dalam pembentukan sesebuah pasukan.3.0 Semangat berpasukan dan peningkatan kualiti pasukan

Semangat berpasukan adalah unsur yang menyatupadukan seluruh organisasi dalam sesebuah sukan, pemain dengan pemain dan jurulatih dengan pemain dalam menjayakan peningkatan kualiti. Semangat ini dipraktikkan melalui kerjasama, komitmen dan penyertaan pemain dan jurulatih secara menyeluruh ke atas program dan perlawanan atau kejohanan yang disertai bagi memastikan adanya peningkatan kualiti dari segi performance pemain.

Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada pemain secara individu. Ini kerana masalah-masalah dalam pasukan adalah bersifat komplek, melibatkan berbagai bahagian dan sistem. Oleh itu lazimnya penyelesaian masalah tersebut adalah di luar kemampuan individu. Dalam keadaan yang demikian setiap pemai dan jurlatih perlu bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan dalam pasukan dapat digemblengkan sepenuhnya. Manfaat yang akan diperolehi oleh pasukan dengan bertindak secara berpasukan ini ialah setiap individu pemain mempuyai kebolehan dan keistemewaan masing-masing. Oleh itu, bidang kepakaran, pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini akan melahirkan penyelesaian yang berkesan. Selain itu, bertindak secara berpasukan boleh membantu meningkatkan moral pemain dan kepuasan bermain kerana mereka sama-sama diberi peluang menyelesaikan masalah-masalah kualiti pasukan. Masalah-masalah yang dikongsi bersama oleh berbagai fungsi dalam posisi pasukan dan bahagian boleh diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Selain itu, cadangan yang dibuat oleh pemain secara berpasukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan, cadangan-cadangan yang dibuat oleh individu.

Apabila pasukan mengamalkan semangat berpasukan, mereka akan secara langsung boleh mengukukuhkan tiga aspek yang penting kepada proses peningkatan kualiti. Aspek-aspek tersebut meliputi pertukaran maklumat dan idea-idea dan lebih meluas, semangat saling percaya-mempercayai di kalangan pemain dan komunikasi yang lancar di dalam pasukan. Melalui penyertaan di dalam aktiviti-aktiviti berpasukan, pemain-pemain akan mempunyai peluang yang luas untuk bertukar pengetahuan, pengalaman, maklumat dan idea dengan rakan sekerja. Keadaan ini akan meningkatkan kebolehan seseorang pemain untuk mencetuskan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti pasukan yang diinginkan. Perasaan percaya-mempercayai yang ada di kalangan pemain itu seterusnya memudahkan proses komunikasi di dalam pasukan. Ini seterusnya memupuk kerjasama dan keadaan saling bergantungan di kalangan bahagian-bahagian dan unit, yang mana akhirnya boleh membantu memantapkan prestasi jabatan.

4.0 Faktor yang mempengaruhi kesepaduan kumpulan

Proses pembentukan pasukan dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu saiz kumpulan, interaksi di antara ahli kumpulan, kejelasan dan penerimaan peranan dalam kumpulan, iklim kumpulan yang kondusif, kejelasan peranan setiap ahli serta apresiasi ketua terhadap prestasi setiap ahli kumpulan (Anshel 1997).Antara faktor yang mempengaruhi kesepaduan pasukan adalah saiz kumpulan. Semakin ramai ahli dalam sesebuah kumpulan semakin kurang kesepaduan pasukan berkenaan. Bilangan ahli yang ramai akan menyebabkan wujudnya kumpulan kecil dalam pasukan tersebut. Ini akan menyebabkan peranan ahli menjadi kurang berkesan. Bilangan ahli yang sesuai adalah bergantung kepada jenis tugasan yang akan dilakukan. Menurut Carron (1980), apabila bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan atau pasukan melebihi daripada tiga orang maka keberangkalian bagi mereka mematuhi peraturan, norma serta ekspetasi kumpulan akan menjadi kurang.

Interaksi di antara ahli kumpulan juga adalah antara faktor yang mempengaruhi kesepaduan kumpulan. Interaksi amat penting dalam memupuk kesepaduan pasukan. Sukan bola sepak dan ragbi merupakan contoh sukan yang memerlukan interaksi dan koordinasi yang baik dari semua pemain bagi memastikan kejayaan pasukan. Selain itu, Kejelasan matlamat kumpulan juga merupakan faktor keapda kesepaduan kumpulan. Menurut Anshel (1997), pasukan yang memberikan tumpuan untuk mencapai matlamat pasukan dan matlamat individu lazimnya lebih berorientasikan tugasan jika dibandingkan dengan pasukan yang matlamatnya kurang jelas. Kejelasan matlamat bermaksud mempunyai matlamat yang dipersetujui oleh ahli pasukan serta mencabar kemampuan mereka dan matlamat tersebut boleh diukur untuk menilai pencapaian pasukan berkenaan. Dengan matlamat yang jelas, pasukan tersebut akan dapat berfungsi dengan lebih berkesan serta kesepaduan pasukan akan menjadi lebih mantap.

Matlamat yang dirangka juga harus diterima oleh semua ahli dalam kumpulan. Ini juga merupakan faktor kepada kesepaduan pasukan. Matlamat kumpulan hanya akan bermakna jika ianya dipersetujui ramai atau kesemua ahli yang terlibat. Ini adalah kerana pengelibatan ahli dalam menetapkan matlamat ini akan menghasilkan kesepaduan yang amat tinggi. Ini adalah kerana pemain tadi merasakan bahawa pendapat mereka dihargai serta mereka sendiri mengetahui prestasi semasa mereka. Ini akan memudahkan mereka menentu, menerima serta merealisasikan matlamat tersebut. Sekiranya matlamat pasukan ditentukan oleh pihak pengurusan tanpa berbincang dengan para pemain, bukan sahaja matlamat yang dibuat sukar diterima malahan ia mungkin bleh memberikan tekanan yang tidak sepatutnya kepada para pemain.Selain itu, iklim pasukan yang kondusif adalah faktor kepada kesepaduan pasukan. Stail kepimpinan yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan serta pemimpin pasukan turut memainkan peranan dalam meningkatkan kesepaduan pasukan. Jurulatih yang mengamalkan corak kepimpinann autokratik yang keterlaluan lazimnya akan menurun tahap kesepaduan pasukan jika dibandingkan dengan jurulatih yang mengamalkan pendekatan yang agak humanistik serta menghormati para pemain (Johnson&Johnson ,1994)

Pemahaman atlet tentang peranan mereka dalam kumpulan adalah antara faktornya. Memahami peranan masing-masing dalam pasukan merupakan salah satu cara meningkatkan pencapaian setiap pemain serta merealisasikan matlamat pasukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemain yang memahami peranan serta posisi mereka dalam pasukan akan menyokong matlamat pasukan tersebut. Setiap pasukan mempunyai sumbangan yang tersendiri demi untuk kejayaan pasukan sama ada sebagai pemain utama mahupun pemain simpanan. Jesteru itu, memahami serta menerima peranan yang dimainkan bukan sahaja membantu meningkatkan kesepaduan pasukan malahan dapat memberikan identiti serta tumpuan untuk beraksi dengan lebih cemerlang.Apresiasi ketua terhadap prestasi ahli juga mempengaruhi kesepaduan pasukan. Salah satu daripada keperluan sosial manusia adalah menerima penghargaan. Penghargaan yang diterima akan menjadi pencetus untuk pemain melipatgandakan lagi usaha untuk berjaya. Pihak pengurusan, jurulatih serta rakan sepasukan boleh meningkatkan kesepaduan pasaukan dengan memberikan penghargaan yang setimpal dengan usaha yang diberikan. Maklum balas yang positif demi untuk peningkatan pemain juga wajar disuarakan agar pemain berasa diberikan perhatian pada setiap masa. Ini bukan sahaja merangsang kesepaduan tugasan malah meningkatkan lagi kesepaduan sosial dalam pasukan.5.0 Cara meningkatkan kesepaduan pasukan

Jika usaha untuk membentuk pasukan yang benar-benar bersepadu dan mantap menajadi pilihan, maka langkah-langkah berikut boleh digunakan untuk membantu mencapai kesepaduan pasukan. Bagaimanpun, cadangan ini bukanlah sesuatu yang eksklusif. Terdapat lagi banyak pendekatan yang boleh digunakan untuk membantu meningkatkan kesepaduan pasukan. Antara cadangan yang diutarakan adalah membiasakan rakan dengan peranan rakan yang Lain. Berikan peluang seorang pemain penyerang menjadi penjaga gol atau seseorang pemain tengah menjadi penyerang atau pemain pertahanan. Langkah ini dapat memabntu pemain menghargai dan memahami kesukaran yang dihadapi oleh rakan sepasukan yang lain serta melahirkan sifat empati dalam diri masing-masng. Secara tidak langsung, ia akan memupuk sifat saling membantu yang akan mengukuhkan lagi kesepaduan pasukan.

Selain itu, jurulatih disarankan agar mencuba sedaya upaya untuk mengenali pemainnya. Jurulatih khusunya perlu lebih mengenali para pemainnya. Bukan sekadar mengetahui apa yang ditunjukkan semasa berada di padang tetapi juga harus mengeahui perkara-perkara yang agak personal tentang para pemain seperti latar belakang keluarga, tarikh lahir serta perkara-perkara personal lain yang memudahkan kita membantu mereka khususnya apabila prestasi mereka merosot secara tiba-tiba ataupun ketika pemain tersebut agak luar biasa gembiranya (mungkin kerana merayakan sesuatu) kita dapat menegur serta dapat mewujudkan suasana yang kondusif. Sifat ini akan membuka saluran untuk berkomunikasi pemain dengan lebih baik lagi.

Jurulatih juga disarankan agar mengunakan strategi komunikasi yang berkesan. Penggunaan komunikasi yang berkesan sama ada secara verbal atau bukan lisan akan menghasilkan kesan yang positif kepada ahli pasukan. Penggunaan humor serta pujian yang bersesuaian dengan keadaan akan meningkatkan lagi motivasi serta hubungn sesama pemain dalam pasukan. Di samping itu, jurulatih harus memberikan komen yang positif selepas perlawanan. Kalah atau menang merupakan adat pertandingan. Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pemain di atas segala usaha yang diberikan walaupun keputusan perlawanan tidak menyebelahi pasukan tersebut. Penghargaan harus diberikan kepada pemain di atas segala usaha yang diberikan walaupun mereka tewas menunjukkan sifat empati serta bukannya sifat suka mencari kesalahan pemain untuk dijadikan alasan kekalahan. Selain itu, jurulatih harus memberikan maklum balas kepada pemain. Untuk meningkatkan motivasi pemain, maklum balas yang positif khususnya tentang cara untuk memperbaiki keasalahan perlu diberikan kepada pemain. Ia perlu bermotif untuk memperbaki dan bukannya mencari kesalahan pemain. Kesannnya, pemain akan merasa dihargai serta diberikan perhatian oleh jurulatihnya dan ini akan meningkatkan lagi hubungan dalam pasukan. Jurulatih juga mesti mewujudkan sistem sokongan dalam pasukan. Sifat suka menyakiti hati serta saling menyalahi di kalangan pemain perlu dihindari. Ini merupakan di antara tanggungjawab penting untuk pengurusan serta jurulatih khusunya dalam usaha untuk meningkatkan kesepaduan pasukan. Sebaliknya hubungan yang positif sesama pemain perlu ditanam dan dipupuk agar ia berkembang menjadi satu saluran untuk membantu meningkatkan prestasi pemain.

Jurulatih mesti sentiasa mengawasi kumpulan kecil dalam pasukan. Sekiranya wujud kumpulan kecil dalam pasukan, ia perlu diatasi segera demi kebaikan pasukan. Kewujudan klik selalunya dikaitkan dengan perpecahan dalam kumpulan hanya kerana individu tertentu sahaja yang diterima masuk menjadi kumpulan kecil tersebut. Sebelum ianya merebak, tindakan yang wajar perlu diambil bagi memastikan kesepaduan pasukan tidak tergugat. Jurulatih juga harus Konsisten ketika mendisiplinkan pemain. Hukuman yang diberikan kepada pemain yang melanggar peraturan pasukan perlu konsisten tidak kira sama ada pemain yang terlibat adalah pemain utama ataupun pemain simpanan. Hal ini dapat mengelakkan tanggapan pilih kasih di kalangan pemain.

Masalah ini juga harus diberi perhatian oleh jurulatih di mana jurulatih juga harus memastikan masalah keciciran pemain tidak berlaku. Pastikan wujudnya integrasi di kalangan pemain. Sekiranya terdapat pemain yang sering bersedirian atau selah-olah dipinggirkan oleh pemain yang lain, sesuatu harus dilakukan bagi memastikan pemain tersebut kembali bersama rakannya yang lain. Penghijrahan pemain yang terlalu kerap akan mengurangkan kesepaduan pasukan kerana pemain tahu bahawa hubungan mereka tidak panjang oleh itu, mereka cuba mengelakkan diri dari menjalin hubungan yang lebih rapat dengan rakan yang lain. Kesannya, prestasi serta kesepaduan pasukan akan tergugat.

6.0 KesimpulanDaripada perbincangan tentang prinsip sukan berpasukan yang dibincangkan di atas, jelas bahawa kesepaduan pasukan memerlukan komitmen yang tidak berbelah bahagi serta keinginan untuk mengekalkan keadaan yang harmoni dalam pasukan. Apa yang telah dibincangkan sebelum ini memberikan gambaran kepada kita tentang maksud kesepaduan dan apakah perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai kesepaduan tersebut.Jelasnya, pasukan yang kurang dari segi kesepaduannya mempunyai peluang yang tipis untuk menempah kejayaan. Walalubagaimanapun, ini semuanya dalah bergantung kepada keadaan. Sesetengah penyelidik mendapati kesepaduan berkait rapat dengan kejayaan pasukan tetapi bukan menyebabkan kejayaan atau kemenangan keapda pasukan tersebut. Carron (1984) mendapati bahawa kejayaan sesuatu pasukan bukanlah keran wujudnya hubungan yang baik antara pemain, tetapi lebih terarah kepada kemampuan berinteraksi dengan menggunakan kemahiran dan strategi yang berkesan dalam sesuatu pertandingan.

Dalam konteks kepuasan diri pula, kesepaduan pasukan belum tentu dapat memberikan kepuasan keapda setiap ahli pasukan. Takrifan kepuasan merupakan hak individu.Kesimpulannya, kesepaduan pasukan tidak berkait rapat dengan peningkatan prestasi mahupun kepuasan diri pemain dalam sesuatu pasukan (Shahrudin abd. Aziz, 2001). Bagaimanapun kesepaduan amat penting kerana penyertaan dalam sesuatu pasukan yang kukuh tahap kesepaduannya mendatangkan kepuasan jika dibandingkan dengan menyertai pasukan yang kurang mantap dari segi kesepaduan pasukannya. Jika diberi pilihan, adalah lebih baik jika seorang jurulatih memilih untuk menerapkan nilai-nilai kesepaduannya di kalangan pemain kerana ia dapat membantu meningkatkan kebarangkalian untuk berjaya serta menimbulkan kepuasan di hati semua individu yang terlibat dalam pasukan berkenaan. RujukanJohson, W.D.& Johnson,P.F (1994). Joining together.Group theory and group skills. Bosto,MA:Allyn and Bacon Wann, D.L (1997). Sport Physcology. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall

Anshel, M.H. (1997). Sport Physiology: from theory to practice.Edisi 3. Scottsdale,

Z: Gorsuch Scarisbrick Publishers

Shaharudin Abd. Aziz (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Utusan

Publication & Distributors SDN BHD

Prinsip semangat berpasukan. 2009 dirujuk pada 23 Ogos 2009 daripada

http://www.sabah.gov.my/jkq/pkpa/PKPA1-92/Prinsip5.htmIbnu Suhaili. Menyemai semangat spirit de corps. 2009 dirujuk pada 23 Ogos 2009

daripada http://ibnusuhaili88.blogspot.com