Tabula Rasa

4
2 2.0 KECAPAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN BERDASARKAN TABULA RASA Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) mengatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah isaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melaharkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara implisit merupakan saluran utama dan paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Untuk menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan , guru menggals tanggungjawab yang paling besar. Antara elemen FPK adalah pendidikan suatu usaha berterusan. Dalam pengetahuan umum, pendidikan merupakan suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga akhir hayat. Seorang individu menerima pendidikan yang terawal di rumah dimana belajar bercakap dan mendengar. Seterusnya, dia menerima pendidikan peringkat awalnya di tadika. Di tadika, guru mengajarnya asas pendidikan seperti mengira, membaca dan menulis. Perkara yang mereka belajar di tadika merupakan asas mereka semasa menerima pendidikan formal di sekolah rendah. Individu menerima pendidikan formal di sekolah rendah dan sekolah menengah selama 11 tahun. Kemudian, individu itu menerima pendidikan yang selanjutnya di peringkat universiti. Sepanjang individu menerima pendidikan, proses pemerolehan dan pemindahan terus berlangsung. Sepanjang tempoh persekolahan, sahsiah dan sikap seseorang akan terus dikembangkan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Oleh itu, proses pendidikan yang berterusan dapat membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang akan dihadapi pada masa depan terutamanya selepas bekerja. Guru bertanggungjawab dalam mengaplikasikan elemen ini. Hal ini dibukti dengan

description

ilmu pendidikan

Transcript of Tabula Rasa

Page 1: Tabula Rasa

2

2.0 KECAPAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN BERDASARKAN

TABULA RASA

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) mengatakan bahawa pendidikan

di Malaysia adalah isaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini

adalah bagi melaharkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang

baik, seimbang dan bersepadu yang secara implisit merupakan saluran utama

dan paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Oleh itu,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjelaskan tujuan dan matlamat

pendidikan untuk individu dan negara. Untuk menjayakan matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan , guru menggals tanggungjawab yang paling besar.

Antara elemen FPK adalah pendidikan suatu usaha berterusan. Dalam

pengetahuan umum, pendidikan merupakan suatu proses pemerolehan dan

pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan

pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga akhir

hayat. Seorang individu menerima pendidikan yang terawal di rumah dimana

belajar bercakap dan mendengar. Seterusnya, dia menerima pendidikan

peringkat awalnya di tadika. Di tadika, guru mengajarnya asas pendidikan

seperti mengira, membaca dan menulis. Perkara yang mereka belajar di tadika

merupakan asas mereka semasa menerima pendidikan formal di sekolah

rendah. Individu menerima pendidikan formal di sekolah rendah dan sekolah

menengah selama 11 tahun. Kemudian, individu itu menerima pendidikan yang

selanjutnya di peringkat universiti. Sepanjang individu menerima pendidikan,

proses pemerolehan dan pemindahan terus berlangsung. Sepanjang tempoh

persekolahan, sahsiah dan sikap seseorang akan terus dikembangkan. Setelah

tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran

dan akhlak mereka. Oleh itu, proses pendidikan yang berterusan dapat

membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang akan

dihadapi pada masa depan terutamanya selepas bekerja. Guru

bertanggungjawab dalam mengaplikasikan elemen ini. Hal ini dibukti dengan

Page 2: Tabula Rasa

3

guru memberi pendidikan yang berterusan kepada murid pada peringkat

sekolah rendah dan menengah mahupun universiti.

Elemen FPK yang seterusnya ialah insan yang seimbang dan harmonis.

Insan yang seimbang dan harmoni mesti memiliki ilmu, sahsiah yang baik,

percaya kepada Tuhan dan mempunyai akhlak yang baik serta kesihatan diri

yang baik. Seorang yang memiliki ilmu mempunyai unsur intelek. Seorang yang

mempunyai intelek menguasai kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis

dan mengira. Seorang yang mempunyai intelek akan berusaha untuk

memperoleh dan mengembang ilmu yang sebenar. Individu itu juga akan

berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif serta sanggup berkongsi ilmu dengan

orang lain. Guru bertanggungjawab dalam membentuk unsur intelek di dalam

muridnya supaya mereka dapat membesar dengan seimbang. Guru memberi

pendidikan tentang kemahiran asas dan pengetahuan yang akan digunakan

pada masa akan datang. Pengetahuan yang tercatat dalam buku menjamin

ilmu pengetahuan murid yang akan digunakan kelak. Selain mengajar tentang

pengetahuan yang ada pada buku akademik, guru juga harus mengkongsikan

pengalaman sendiri supaya pengetahuan murid tidak terbatas dalam

lingkungan buku sahaja. Guru juga bertanggungjawab untuk membantu murid

berfikiran dengan kreatif dan kritikal. Guru harus memberi peluang kepada

murid untuk menanya soalan dalam kelas. Pemikiran murid yang kreatif juga

dapat dibentuk jika guru memberi tugasan yang mencabar kepada murid dan

memberi kebebasan kepada mereka untuk menyiapkan tugasan ini.

Individu yang mempunyai sahsiah yang baik mempunyai unsur emosi dalam

dirinya. Individu itu akan mempunyai emosi yang matang dan stabil. Seseorang

individu itu juga memiliki dan dapat memupuk perasaan kasih sayang terhadap

apa yang berada di sekitar sendiri. Individu itu juga mempunyai sifat kekitaan

dan dapat mengawal emosinya dengan baik. Guru yang mempunyai

tanggungjawab yang paling besar ialah guru bimbingan dan kaunseling. Guru

kaunseling mempunyai tanggungjawab dalam mengajar murid untuk mengawal

emosi dengan baik dan kepentingannya mempunyai emosi yang matang dan

stabil. Misalnya, ceramah mengenai pengurusan emosi boleh diadakan untuk

memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya pengawalan emosi.

Pada setiap sekolah mempunyai jabatan bimbingan dan kaunseling dan guru di

bawah jabatan ini harus sentiasa bersedia membantu murid yang menghadapi

masalah emosi. Selain itu, guru harus mendedahkan murid kepada kepentingan

mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan kerana kita hidup dalam sebuah

Page 3: Tabula Rasa

4

negara yang berbilang kaum. Oleh itu, semangat toleransi harus diajar kepada

murid sejak kecil supaya mereka dapat hidup aman dan damai dengan kaum

yang lain.

Selain itu, seorang yang seimbang dan harmonis juga mempunyai akhlak

yang baik iaitu unsur rohani. Seorang yang memiliki unsur rohani mempunyai

kesedaran dan percaya kepada Tuhan. Seorang itu akan bersyukur dengan

pemberian Tuhan dan berakhlak mulia serta berpegang kepada nilai murni.

Guru harus mengajar muridnya supaya memegang kepada nilai-nilai murni.

Guru harus mendedahkan muridnya kepada kepentingan nilai murni dalam

kehidupan kita. Pendidikan Moral dan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan

mata pelajaran utama yang dapat memberi pengetahuan terus tentang nilai

murni kepada murid. Oleh itu, kedua-dua mata pelajaran ini diajar sejak

peringkat sekolah rendah sehingga menengah mahupun universiti. Hal ini

disebabkan Kementerian sedar pada betapa pentingnya peranan nilai murni.

Gurulah yang bertanggungjawab dalam menyampaikan pengetahuan dan

kesedaran ini kepada murid. Dengan mengamalkan nilai murni, murid tidak

akan berbuat sesuatu yang tidak bermoral dan dapat menjamin masa depan

mereka yang cerah.

Manakala, seorang yang memiliki unsur jasmani dalam dirinya akan

menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikalnya. Individu juga akan

mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulative dan sosialnya

dengan baik dan seimbang. Dia juga berupaya menggunakan kemahiran

kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Untuk membentuk insan

yang memiliki unsur jasmani , guru juga memainkan peranan yang penting.

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan diajar sepanjang tempoh persekolahan.

Guru mata pelajaran ini harus mendedahkan muridnya kepada pelbagai jenis

permainan seperti badminton. Guru harus memastikan setiap murid mempunyai

kemahiran asas terhadap setiap permainan sekurang-kurangnya mengetahui

cara bermain dan syaratnya. Dengan ini, murid akan mempunyai kesihatan

yang baik dan cergas. Dengan mempunyai badan yang sihat, murid dapat

menjalankan proses pendidikan dengan lebih lancar. Oleh itu, tidak dapat

dinafikan bahawa guru juga berperanan penting dalam menjaga dan

mengekalkan kecergasan murid.

Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilakn

individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain.

Page 4: Tabula Rasa

5

Individu demikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup

dan sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul. Dengan

mempunyai keseimbangan keempat aspek ini, maka, seorang yang seimbang

dan harmonis dilahirkan. Untuk melahirkan individu yang seimbang dan

harmonis, peranan guru tidak boleh diabaikan. Guru harus memberi kesedaran

kepada murid supaya tidak berputus asa semasa menghadapi masalah. Guru

harus memberi sokongan dan bantuan kepada murid semasa mereka

menghadapi kesusahan. Sebagai seorang guru, kita harus sentiasa bersedia

dalam memberi bantuan kepada murid pada bila-bila masa. Oleh itu, guru

bertanggungjawab dalam membentuk murid yang seimbang dan harmonis.

Kesimpulannya, guru berperanan penting dalam menjayakan matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. FPK merupakan penyuluh yang memberi

pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan. Matlamat yang

terkandung dalam falsafah ini telah memberi implikasi yang banyak kepada

sistem pendidikan negara. Maka, gurulah yang bertanggungjawab dalam

menjayakan matlamat falsafah ini. Dengan berjayanya mengaplikasikan

falsafah ini, murid yang seimbang dari pelbagai segi seperti rohani, intelek,

jasmani dan emosi.