Tafsir

31
ILMU-ILMU AL-QURAN SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR AL-QURAN

Transcript of Tafsir

Page 1: Tafsir

ILMU-ILMU AL-QURAN

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR AL-QURAN

Page 2: Tafsir

MUQADDIMAH

Dalam usaha menyampaikan dan memahamkan ajaran-ajarannya kepada masyarakat, alim ulama’ sejak dahulu hingga ke hari ini telah mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran dengan beberapa pendekatan yang diakui dan diterima pakar dalam bidang ilmu tafsir.

Dengan usaha-usaha tersebut lahirlah deretan tokoh-tokoh mufassirun yang terkenal dengan karya tafsir masing-masing yang menjadi rujukan muktabar ummah.

Muhammad al-Ghazali menyatakan Al-Qur’an al-Karim adalah satu-satunya wahyu yang masih kekal di dunia ini, kitab yang tidak didatangi kebatilan. Kekal keaslian al-Qur’an ini merupakan penghormatan tertinggi kepada manusia daripada ketandusan warisan nubuwwah yang terdahulu.

Umat Islam hari ini hanya menumpukan perhatian dari segi bacaannya sahaja tanpa ada usaha untuk memahami, mengerti dan menyelami, secara mendalam makna dan maksud al-Qur’an. Beliau juga melahirkan rasa sedih apabila didapati ramai mereka yang berinteraksi dengan al-Qur’an secara membutatuli. Mereka hanya mampu mendengar tapi tidak memahaminya.

Page 3: Tafsir

DEFINISI TAFSIR

Tafsir dari sudut bahasa ialah keterangan dan kenyataan, membuka dan menzahirkan.

Dari segi istilah ialah ilmu yang membicarakan perihal al-Qur'an berdasarkan dalil-dalil terhadap maksud dan tujuan Allah sekadar yang termampu oleh daya pemikiran manusia.

Sesetengah ulama memberikan pengertian tafsir sebagai merangkumi perkara-perkara yang berhubung dengan kedudukan kalam Allah yang dimulai dari sudut sanad atau sandaran lafaz dan pengertian makna yang berhubung dengan sesuatu hukum.

Page 4: Tafsir

Zarkasyi : Tafsir ialah : menerangkan makna-makna al-Quran dan mengeluarkan hukum serta hikmahnya.

Tafsir adalah ilmu yang membahas tentang al-Quran al-Karim dari segi pengertiannya terhadap maksud Allah sesuai dengan kemampuan manusia. Secara lebih sederhana, tafsir dinyatakan sebagai penjelasan sesuatu yang diinginkan disampaikan oleh Allah.

“Ilmu Tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak menuturkan perkataan-perkataan Al-Qur’an (dari segi tajwid) dan memberikan makna menurut keadaan perkataan dan hukum pada ketika ia satu perkataan (مفرد) dan pada ketika bersusun (مركب) dan makna-makna yang boleh diertikan pada ketika hakikat atau majaz. Juga membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan nasikh dan mansukh dan sabab al-nuzul.

Page 5: Tafsir

DEFINISI TA’WIL  

Ta’wil menurut bahasa ialah rujuk (kembali). Berasal dari kalimah (aul).

Manakala ertinya dari sudut Istilah ialah memalingkan makna sesuatu perkataan dari makna yang rajih (kuat) kepada makna yang marjuh ( dhaif ) berdasarkan kepada dalil-dalil yang disertakan.

Ta’wil juga ialah menukar makna sesuatu perkataan daripada makna asal kepada makna yang lain yang sesuai berdasarkan kepada dalil-dalil yang menunjukkan bahawa ia tidak sesuai diertikan dengan makna yang asal.

Al-Jurjaniy : Takwil ialah menukar lafaz yang zahir kepada makna yang muhtamil, apabila yang muhtamil itu tidak berlawanan dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Page 6: Tafsir

PERBEZAAN ANTARA TAFSIR DENGAN TA’WIL

Para ahli Tafsir tidak sepakat dalam membezakan antara Tafsir dengan Ta’wil. Antara mereka ada yang mengatakan antara keduanya tiada perbezaan.

Al-Asfahaniy : Tafsir lebih umum dari Ta’wil. Tafsir lebih banyak dipakai pada kata0kata tunggal, manakala ta’wil lebih digunapakai mengenai makna dan susunan kalimah.

Menurut Abu Thalib As-Sya’labi, Tafsir ialah menerangkan kedudukan sesuatu lafaz samada hakiki atau majazi. Manakala, Ta’wil ialah menerangkan makna Batin.

Setengah ulama : Tafsir menerangkan makna lafaz yang hanya satu erti, manakala ta’wil mempunyai banyak makna.

Page 7: Tafsir

SYARAT-SYARAT BAGI MUFASSIR

1. Ilmu Bahasa Arab2. Ilmu Nahu3. Ilmu Tasrif atau saraf / al-isytiqaq4. Ilmu Ilmu badi' (al-Balaghah.)6. Ilmu Al-qiraat7. Ilmu Usuluddin8. Ilmu Usul Fiqh9. llmu Asbab Al-nuzul.10. Al-Nasikh wa Al-mansukh11. Ilmu Fiqh12. Hadith-hadith Nabi13. Ilmu al-Mauhibah

Page 8: Tafsir

ADAB-ADAB MUFASSIR

Niatnya hendaklah ikhlas. Berakhlak mulia Mengamalkan ilmunya Hati-hati dalam menukil sesuatu. Berani. Tenang dan tidak tergesa-gesa

Page 9: Tafsir

Bentuk-bentuk Tafsir

Tafsir Bi al-Ma’thur/ al-Manqul Tafsir bi al-Ra’y/ al-Aqli – Mamduh/Mazmum Tafsir Isyari/ Sufi Tafsir Mawdhu’I Tafsir Falsafiy Tafsir Salafi/ Khalafi Tafsir Tahliliy

Page 10: Tafsir

Tafsir Istidlaliy Tafsir al-Siyasiy Tafsir al-Fiqhiy Tafsir Ilmiy Tafsir al-Adabiy

Page 11: Tafsir

UNSUR PENYERAPAN YANG BOLEH MEROSAKKAN TAFSIR AL-QUR’AN1. Cerita Israiliyyat

2. Hadith Mawdu’

3. Riwayat Tafsir Da’if

4. Tafsiran Golongan Mazhab Cth : Syiah, Khawarij (melihat Allah)- Tentang Ismah, Imamah, Taqiyyah, Imam Mahdi (al-Raj’ah) dan sbgnya.

Page 12: Tafsir

1. Mantakhsis ayat-ayat umum untuk kepentingan mazhab.

2. Takwilan/ Tafsran Salah Cth : Falsafah dan Sains.

3. Tafsiran Batiniah

4. Tidak memenuhi syarat pentafsir.

Page 13: Tafsir

TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH SAW

Apabila Nabi SAW menerima wahyu dari Allah Taala, baginda terus menyampaikan kepada para sahabat.

Baginda akan menafsirkan ayat hanya yang perlu ditafsirkan mengikut pemahaman sahabat.

Penafsiran Baginda itu ada kalanya dengan sunnah Qauliyyah, Fi’liyyah dan Taqririyyah.

Aisyah berkata : “Nabi SAW menafsirkan hanya beberapa ayat sahaja, menurut petunjuk-petunjuk Jibril.”

Apabila terdapat ayat yang tidak dapat difahami oleh para sahabat, mereka terus bertanya kepada NAbi SAW atau pada sahabat yang dapat menjelaskannya.

Page 14: Tafsir

Mereka juga mudah memahaminya kerana dalam bahasa yang digunapakai oleh mereka dan mereka menyaksikan peristiwa yang berlaku semasa turunnya sesuatu ayat.

Contoh : Semasa Nabi SAW menafsirkan perkataan ‘Dzulm’ pada ayat al-An’am: 82 dengan Syirik dan menguatkannya dengan tafsiran al-Quran Luqman: 13.

Tidak semua sahabat mempunyai pemahaman yang sama pada sesuatu ayat kerana ia mengambil kira samada meluas dalam ilmu, bersama Nabi, penyaksian asbab al-Nuzul dan sebagainya. Justeru, ada yang memahaminya secara ijmal dan tafsil.

Para sahabat pada umumnya tidak menulis tafsir (hadith-hadith tafsir Nabi SAW) sebagaimana mereka juga tidak menulis hadith.Mereka tidak menulisnya kerana takut bercampur dengan lafaz al-Quran.

Page 15: Tafsir

PERKEMBANGAN TAFSIR PADA ZAMAN SAHABAT

Seluruh sahabat bersepakat : Apa yang telah dinukilkan oleh Nabi merupakan pokok pemahaman ayat.

Pintu ijtihad telah menyebabkan para sahabat telah berselisih dalam menafsirkan sesuatu ayat.

Namun terdapat sahabat yang mengambil langkah menafsirkan ayat hanya pada ayat yang mempunyai riwayat daripada Nabi dan sesama mereka. Antara sahabat yang tidak membenarkan ijtihad ialah Abu Bakr dan Umar al-Khattab.

Abu Bakr telah berkata : “Bumi manakah yang menampung aku dan langit manakah yang menaungi aku, apabila aku mengatakan tentang kitab Allah sedangkan aku tidak mengetahuinya”.

Page 16: Tafsir

Sebahagian yang lain mengambil kira riwayat dan membuat ijtihad mereka berdasarkan ilmu yang ada serta asbab al-Nuzul ayat. Kerana itulah ijtihad merupakan dasar tafsir yang kedua.

Antara sahabat yang menafsirkan al-Quran dengan ijtihad ialah : Ibn Mas’ud dan Ibn ‘Abbas.

Mereka merupakan pengumpul hadith berhubung Tafsir al-Quran dan terkenal dalam bidang ta’wil dan istinbat sesuatu ayat. Kerana itu, banyaj pendangan mereka dijadikan sandaran dalam memahami ayat al-Quran.

Ibn ‘Abbas telah dikenali dengan jolokan Turjuman al-Qur’an (pentafsor al-Quran)

Page 17: Tafsir

TAFSIR PADA ZAMAN TABI’IN.

Sesudah zaman sahabat, tersebarlah tafsir di kalangan tabi’in yang telah mengambil riwayat dari sahabat.Tabi’in terkenal yang ambil dari Ibn Abbas ialah: Mujahid Ibn Jabr, ‘Atha’ Ibn Abi Rabah, Ikrimah maula Ibn ‘Abbas.

Ibn Mas’ud : ‘Alqamah, ‘Ubaydah al-Silmaniy dan al-Aswad al-Nakha’i.Kata Ibn Taymiyyah: “Sepandai-pandai ulama tabi’in dalam Tafsir ialah murid Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud serta ulama Madinah seperti Zaid Ibn Salam dan Imam Malik bin Anas”.

Mujahid merupakan yang paling terkenal sebagaimana kata Ibn Taymiyyah: “Oleh kerana Mujahid dipandang Mufassir yang besar maka berpeganglah Imam al-Syafie dan al-Bukhari kepadanya.

Sebagaimana sahabat, terdapat juga tabi’in yang menolak tafsir dengan menggunakan Ijtihad. Antara mereka ialah Sa’id Ibn Musayyab, Ibn Sirin dan al-Sya’bi.

Mereka berpegang pada hadith : “Barangsiapa menafsirkan al-Quran dengan fikiran dan ijtihadnya sekalipun betul ianya tetap salah”.Riwayat al-Tirmidhi

Page 18: Tafsir

Mereka mula menafsirkan ayat dengan uslub bahasa dan balaghah yang memungkinkan mereka mentakwil ayat al-Quran.

Ringkasnya : Ulama tafsir di kalangan tabi’in terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu : Manhaj Mufassir Muhaddithin (periwayatan: Manqul) dan Manhaj Mufassir Aqliyyin (ijtihadiyyah: Ma’qul).

Page 19: Tafsir

TAFSIR ABAD KEDUA HIJRAH (PEMBUKUAN)

Sejak zaman Nabi SAW sehingga ke zaman Tabi’in, Tafsir hanya berpindah melalui mulut ke mulut dan hafazan sesama mereka.

Setelah tersebarnya Islam, maka ramai penganutnya yang bukan dari kalangan Arab. Justeru, para ulama merasakan perlunya membukukan tafsir agar maknanya tidak tersasar dari makna asalnya kerana ramai di kalangan orang ‘Ajam yang tidak mahir dalam Bahasa Arab.

Peringkat Pertama : Bermula pada zaman Abbasiyyah, ulama-ulama mula mengumpul hadith-hadith tafsir yang diriwayatkan dari sahabat dan tabi’in.

Namun pada waktu itu, belum disusun sebagaimana susunan Mushaf. Hadith-hadith ini berselerakan dan tercampur dengan hadith-hadith lain seperti kaitan mualamah, munakahat dan sebagainya.

Page 20: Tafsir

Peringkat Kedua : Ulama telah memisahkan antara hadith-hadith dengan mengumpulkan yang berkaitan dengan tafsir sahaja.

Perkara ini telah dilakukan di madrasah-madrasah Tafsir di Makkah, Madinah dan Kufah. Dan kemudiannya berkembang ke daerah dan kota-kota lainnya.

Antara tokohnya ialah : Sufyan Ibn Uyaynah, Waqi’ Ibn Jarrah, Syu’ban Ibn Hajjaj dan Ishaq Ibn Ruwayh.

Page 21: Tafsir

Peringkat Ketiga : Di sinilah baru hadith-hadith Tafsir telah disusun dengan mengikut Tertib Mushaf. Ulama yang membukukan dengan tertib Mashaf ialah Imam al-Farra’ atas permintaan’Umar Ibn Bakir.

Kemudiannya bermulalah pembukuan Tafsir: al-Antara yang terkenal ialah : Tafsir al-Suddi (127H), Tafsir Ibn Juraij (150H) Tafsir Maqatil (150H), Tafsir Muhammad Ibn Ishaq, Tafsir Ibn ‘Uyaynah dan sebagainya.

Namun yang dikesali ialah semua kitab ini tidak sampai kepada kita, akan tetapi kebanyakan isi kandungannya telah ditampung oleh Tafsir Ibn Jarir al-Tabari (310H).

Page 22: Tafsir

TAFSIR DALAM ABAD KE EMPAT

Semua ilmu dalam perbahasan Islam telah dibukukan samada ilmu akidah, falsafah, mantik, Nahu, Lughah, Balaghah, usul dan mustalah Hadith dan termasuk ilmu berkaitan tafsir seperti majaz al-Quran, Aqsam dan sebagainya.

Ini menyebabkan semakin ramai Mufassir secara bersungguh menafsirkan al-Quran dengan menggunakan cara dirayat iaitu Tafsir al-Quran bi al-Ma’qul.

Penggunaan akal ini telah menyebabkan para mufassir mula mengkaji semula berhubung riwayat yang ada dalam kitab Tafsir.

Page 23: Tafsir

Mereka mula mengambil riwayat yang hanya jelas sahihnya sahaja yang dapat diterima akal atau diterima oleh kaedah ilmu bahasa.

Mereka juga telah banyak mengeluarkan cerita dan kisah Israiliyyat dan Nasraniyyat dalam kitab Tafsir.

Contoh : Tafsir Jami’ al-Ta’wil karangan Abu Muslim yang merupakan seoarng Muktazilah. Beliau telah mengambil riwayat yang benar dan kaedah yang bersesuaian dengan bahasa sahaja. Namun tafsir ini tidak meluas dalam masyarakat.

Page 24: Tafsir

TAFSIR ABAD KE LIMA DAN KEENAM

Abad kelima lahir sebuah tafsir al-Kasysyaf yang merupakan karangan Jarullah al-Zarkasyi. Tafsir ini merupakan kemuncak Tafsir bi Manqul yang telah memuatkan dengan sempurna segala rahsia balaghah al-Quran. Oleh kerana beliau seorang Muktazilah, segala ayat aqidah ditafsirkan menurut aqidah Muktazilah.

Tafsir lain; antaranya : 1. Tafsir al-Wajiz fi Tafsir al-Quran al-Aziz karangan al-

Wahidiy.2. Al-Tibyan fi Tafsir al-Quran karangan Ibn Hassan al-

Tusi.3. Ahkam al-Quran karangan Ibn ‘Arabi4. Ma’alim al-Tanzil karangan al-Baghawi.

Page 25: Tafsir

TAFSIR ABAD KE TUJUH DAN KE LAPAN

Antaranya ialah:

1. Tafsir Mafatih al-Ghayb karangan Fakr al-Razi (605H)

2. Anwar al-Tanzil karangan al-Baydhawi. Merupakan kitab yang diringgkaskan dari kitan al-Kasysyaf dengan membuang pendapat Muktazilah.

3. Tafsir al-Qayyim oleh Ibn Qayyim

4. Tafsir al-Quran al-Azim oleh Ibn Kathir. Tafsir yang tinggi nilainya dan paling sahih periwayatanya.

5. Dan sebagainya….

Page 26: Tafsir

TAFSIR ABAD KE SEMBILAN DAN SEPULUH

Antaranya ialah :

1. Tanwir al-Miqbas min Tafsir Ibn ‘Abbas karangan Fayruz Abadi

2. Al-Jalalayn karangan al-Mahally dan disempurnakan oleh al-Suyuti

3. Al-Durr al-Manthur karangan al-Suyuti.

4. Dan sebagainya…

Page 27: Tafsir

Abad ke 11, 12 dan 13

Antaranya ialah :

1. Fath al-Qadir karangan al-Syaukani.2. Ruh al-Ma;ani karangan al-Alusi3. Ruh al-Bayan karangan Ismail al-Haqqi

Abad ke 14.Antaranya ialah: 1. Al-Manar karangan Rasyid Ridha2. Al-Jawahir karangan al-Jawhari3. Al-Maghari karangan Mustaffa al-Maghari.4. Al-Wadhih karangan al-Hijazi

Page 28: Tafsir

Pada zaman seterusnya inilah mula para ulama Melayu Nusantara melibatkan diri dalam ilmu Tafsir. Terutamanya di Indonesia. Antaranya ialah Tafsir al-Quran al-Karim oleh Ustaz Abdul Halim Hassan dan Zainal Abidin Abbas, Tafsir al-Furqan karangan Ustaz Ahmad Hassan, Tafsir al-Nur karangan Hasbi al-Siddiqi dan sebagainya.

Di Malaysia, antaranya ialah Tafsir pimpinan al-Rahman karangan Abdullah Basmeih, ‘Abr Athir karangan Sonhadji, terjemahan Tafsir fi Zilal al-Quran oleh Dato’ Yusoff Zaki dan sebagainya.

Page 29: Tafsir

Perbezaan Tafsir, Ta’wil dan Hermeneutika

Perkataan hermeneutika merupakan bahasa Yunani yang berarti menafsirkan. Hermeneutika disandarkan kepada Hermes, seorang utusan dewa dalam mitologi Yunani kuno yang bertugas menyampaikan dan menerjemahkan pesan dewata yang masih samar-samar kedalam bahasa yang dipahami manusia.

Dari sisi epistemologis, hermeneutika bersumber dari akal semata-mata, oleh karenanya hermeneutika memuat dhon (dugaan), syak (keraguan), mira' (kesangsian), sedangkan didalam tafsir, sumber epistemologi adalah wahyu al-Qur'an.

Istilah hermeneutika dimulai dari usaha para ahli teologi Yahudi dan Kristian dalam mengkaji ulang secara kritis teks-teks dalam kitab suci mereka untuk mencari "nilai kebenaran Bible". Ini karena mereka memiliki sejumlah masalah dengan teks-teks kitab suci mereka.

Page 30: Tafsir

Ini kerana mereka meragui samada Bible itu boleh dianggap Kalam Tuhan atau perkataan manusia. Hal kerana terdapat perbezaan gaya dan kosa kata dalam pelbagai pengarang Bible.

Oleh sebab itu para teologi Kristian, memerlukan hermeneutika untuk memahami Kalam Tuhan yang sebenarnya. Mereka hampir bersepakat, bahwa Bible secara harfiyahnya bukanlah Kalam Tuhan.

Bible kini ditulis dan dibaca bukan lagi dengan bahasa asalnya. Bahasa asal Bible adalah Hebrew untuk Perjanjian Lama, Greek untuk Perjanjian Baru, dan Nabi Isa sendiri berbicara dengan bahasa Aramic. Teks-teks Hebrew Bible pula mempunyai masalah dengan isu Orginality. Mengenai bahasa Hebrew sendiri, kini masih belum ada seorang pun yang masih aktif menggunakan bahasa Hebrew kuno. Oleh sebab ketiadaan bahasa Hebrew pada saat ini, maka wajarlah para teologi Yahudi dan Kristen mencari jalan lain untuk memahami kembali Bible melalui hermeneutika. Dalam hal ini hermeneutika kemungkinannya dapat membantu suatu karya terjemahan, lebih-lebih lagi, jika bahasa asalnya sudah tidak ditemukan lagi.

Page 31: Tafsir

Friedrich Schleiermacher (1768-1834), ahli falsafah Protestan dari Jerman, merupakan seorang hermeneutika secara umum, menyatakan bahwa, diantara tugas hermeneutika itu adalah untuk memahami teks "sebaik atau lebih baik dari pada pengarangnya sendiri".

Oleh sebab itu, dalam pemahaman lebih dalam mengenai al-Qur'an, umat Muslimin hanya memerlukan tafsir, bukan hermeneutika, karena mereka telah menerima kebenaran harfiyah al-Qur'an sebagai Kalam Allah swt. Kalau perlu lebih mendalam, lagi, seperti dalam ayat-ayat Mutasyabihat, maka yang diperlukan adalah ta'wil. Dalam tradisi Islam, ta'wil tidaklah sama dengan hermeneutika, karena ta'wil, mestilah berdasarkan dan tidak bertentangan dengan tafsir, dan tafsir berdiri diatas lafadz-lafadz harfiyah al-Qur'an.