Tafsir dan Takwil

8
PENGENALAN Dalam topik ini kita akan membincangkan tentang Tafsir dan Takwil. Perbincangan akan tertumpu kepada definisi dan pengertian tafsir dan takwil. Seterusnya perbahasan diteruskan dengan memfokuskan kepada perbincangan tentang perbezaan yang wujud di antara kedua-dua istilah ini. Perbincangan juga akan tertumpu kepada syarat-syarat mufassir dan adab-adabnya . TAFSIR DAN TAKWIL Pengertian Tafsir Al-Quran menyeru umat manusia supaya meneliti, memahami serta mentadabbur kitab Allah s.w.t. Firman Allah: Maksudnya: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (al-Nisa’: 82) (a) Makna Tafsir dari Sudut Bahasa Dari sudut bahasa, perkataan ‘tafsir’ adalah mengikut wazan “(taf’il)”. Perkataan ini berasal daripada kata akar al-fasr ر س ف لا)) yang bererti menjelaskan (al-tabyin), menerangkan (al-idah), menyingkap (al- kasyf) dan menampakkan (izhar). Dari sini, bolehlah dikatakan bahawa tafsir itu bermaksud menerangkan serta menjelaskan sesuatu. Oleh yang demikian, mentafsirkan ayat-ayat al- Quran adalah dengan menerang atau menjelaskan apa-apa yang terkandung padanya daripada makna-makna, rahsia dan hukum hakamnya. (sila rujuk Pengantar Usul Tafsir, 2001: 5 ). Firman Allah: Maksudnya: "Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik- baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu)"(al- Furqan: 33) (b) Makna Tafsir dari Sudut Istilah 1

description

edit from others note. ok.its always worth to share, right?

Transcript of Tafsir dan Takwil

Page 1: Tafsir dan Takwil

PENGENALANDalam topik ini kita akan membincangkan tentang Tafsir dan Takwil.Perbincangan akan tertumpu kepada definisi dan pengertian tafsir dan takwil.Seterusnya perbahasan diteruskan dengan memfokuskan kepada perbincangantentang perbezaan yang wujud di antara kedua-dua istilah ini. Perbincanganjuga akan tertumpu kepada syarat-syarat mufassir dan adab-adabnya.

TAFSIR DAN TAKWILPengertian TafsirAl-Quran menyeru umat manusia supaya meneliti, memahami sertamentadabbur kitab Allah s.w.t. Firman Allah:

Maksudnya: “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isial-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescayamereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (al-Nisa’: 82)

(a) Makna Tafsir dari Sudut BahasaDari sudut bahasa, perkataan ‘tafsir’ adalah mengikut wazan “(taf’il)”.Perkataan ini berasal daripada kata akar al-

fasrالفسر)) yang bererti menjelaskan(al-tabyin), menerangkan (al-idah), menyingkap (al-kasyf) danmenampakkan (izhar). Dari sini, bolehlah dikatakan bahawa tafsir itubermaksud menerangkan serta menjelaskan sesuatu.Oleh yang demikian, mentafsirkan ayat-ayat al-Quran adalah denganmenerang atau menjelaskan apa-apa yang terkandung padanya daripadamakna-makna, rahsia dan hukum hakamnya. (sila rujuk Pengantar Usul Tafsir, 2001: 5). Firman Allah:

Maksudnya: "Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-katayang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamukebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segalayang mereka katakan itu)"(al-Furqan: 33)

(b) Makna Tafsir dari Sudut Istilah (i) Imam az-Zarkasyi telah mendefinisikan tafsir sebagai berikut:"Ilmu untuk memahami Kitabullah yang diturunkankepada NabiNya Muhammad s.a.w menjelaskan maknanya, serta mengeluarkan hukum hakam dan hikmahnya-hikmahnya.”(ii) Sementara itu, Imam Jalaluddin as-Suyuti mendefinisikan tafsir“Ilmu yang membahas maksud Allah Ta’ala sesuaidengan kadar kemampuan manusia yang mencakup segala sesuatuyang berkaitan dengan pemahaman dan penjelasan makna.”

(iii) Definisi tafsir lainnya telah dikemukakan oleh Syeikh MuhammadAbdul Azim az-Zarqany:Ilmu yang membahas perihal al-Quran Al-Karim darisegi penunjukan dalilnya sesuai dengan maksud Allah Ta’alaberdasarkan kadar kemampuan manusia.”

Sehubungan dengan itu, sebagai kesimpulannya, boleh dikatakan bahawatafsir itu bermaksud menjelaskan makna ayat-ayat al-Quran,kedudukannya, kisah dan sebab nuzul, susunan ayat makki dan madani,muhkam dan mutashabih, nasikh mansukh, khusus dan umum, halal,haram dan sebagainya dengan menggunakan ungkapan yangmenunjukkan kepadanya secara jelas dan terang mengikut kadarkemampuan manusia.

Pengertian Takwil

1

Page 2: Tafsir dan Takwil

Para ahli tafsir telah berbeza pendapat dalam memberikan definisi takwil. Ulamaterdahulu (mutaqaddimin) berpendapat bahawasanya takwil merupakansinonim dengan tafsir. Manakala takwil menurut ulama kontemporari(mutaakhkhirin) adalah memalingkan serta menentukan beberapa makna yangmungkin terkandung di dalam ayat al-Quran yang mempunyai pelbagai makna.(Sila rujuk al-Tibyan fi ÂUlum al-Quran 1985: 66).

(a) Makna Takwil dari Sudut BahasaDari segi bahasa, perkataan takwil berasal daripada perkataan “al-Aul”yang bererti kembali, iaitu para mufassir mengembalikan ayat kepadamaknanya. Sebahagian ulama menyatakan bahawa takwil itu sinonimdengan tafsir, sehinggakan al-Fairuzabadiy dalam kamusnya telahmenyatakan bahawa:“Seseorang mentakwilkan ucapan dengan suatu takwilan,ertinya ia merenungkan, memperkirakan dan mentafsirkannya”Antara firman Allah s.w.t yang mengemukakan perkataan takwil denganmakna tafsir adalah:“Adapun orang yang dalam hatinya condong kepadakesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yangmutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-caritakwilnya”. (Ali ‘Imran: 7).(b) Makna Takwil dari Sudut IstilahSelain itu, perkataan takwil juga membawa maksud memalingkan,sebagaimana yang terkandung pada kata-kata berikut:“Aku telah memalingkannya, maka ia berpaling”

Justeru, perkataan takwil di sini bererti memalingkan ayat pada satumakna yang terkandung di dalam pengertian ayat yang mungkinmempunyai beberapa pengertian.Rumusan yang dapat dinyatakan bahawa menghimpunkan makna takwildan tafsir lebih baik daripada memisahkannya. Justeru kedua-duanyamemberi makna yang sama.(c) Syarat-syarat TakwilPara ulama usul telah menetapkan syarat-syarat takwil agar takwil yangdihasilkan dapat diterima (maqbul) dan sahih. Terdapat empat syarat bagi takwil iaitu:

(i) Takwil yang dihasilkan harus sesuai dengan makna bahasa Arab,makna syariat, atau makna ‘urf (makna kebiasaan orang Arab).Sebagai contohnya ialah, takwil perkataan quru’ dalam surah al-Baqarah ayat 228 dengan maksud haid atau suci merupakan takwilyang sahih, kerana ia sesuai dengan makna bahasa Arab.Maksudnya: “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklahmenunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tigakali suci/haid” (al-Baqarah: 228)(ii) Takwil hendaklah berdasarkan dalil yang sahih dan rajih (kuat).(iii) Sesuatu yang memang boleh ditakwil (qabil li at-ta’wil).Misalnya, perkataannya adalah kata umum yang dapat ditakhsis,atau kata mutlak yang dapat diberi taqyid, atau kata hakiki yangdapat diertikan secara makna majazi (metafora), dan sebagainya.(iv) Orang yang mentakwil memiliki kemampuan keilmuan untukmelakukan takwil.Oleh kerana itu, takwil yang dilakukan orang yang jahil dalam bahasaArab atau ilmu-ilmu syariat tidak dapat diterima. Sehubungan

2

Page 3: Tafsir dan Takwil

dengan itu, orang yang hendak melakukan takwil hendaklahmempunyai kelayakan seorang mujtahid yang memiliki ilmu-ilmubahasa Arab dan ilmu-ilmu syariat yang tinggi.

Perbezaan Tafsir dan TakwilUlama berselisih pendapat mengenai perbezaan antara kalimah tafsir dan takwil.Abu Ubaidah berpendapat tafsir dan takwil memberi makna yang sama. Al-Maturidi pula menganggap tafsir adalah memutuskan dengan apa yangdikehendaki Allah, sedangkan takwil kembali kepada beberapa andaian.Menurut al-Raghib al-Ashfahany, tafsir lebih umum daripada takwil. Tafsir lebihbanyak digunakan pada lafaz, sedangkan takwil digunakan pada makna, sepertitakwil mimpi. Takwil kebanyakannya dipakai dalam kitab-kitab wahyu ilahi,sedangkan tafsir di samping dipakai dalam kitab-kitab tersebut juga dalam hallainnya.Menurut Abu Talib al-Tsa’aliby, tafsir bererti menjelaskan asal peletakan darisebuah lafaz baik bersifat hakiki atau majazi, seperti mentafsirkan lafaz al-Siratdengan al-Tariq, al-Soyb dengan al-Matar. Manakala takwil pula mentafsirkandengan lebih mendalam tentang sesuatu lafaz. Takwil menerangkan tentangmaksud yang sebenarnya (haqiqat al-murad) sedangkan tafsir menerangkantentang dalil dari maksud tersebut.Al-Baghawy pula menyatakan bahawa takwil adalah mengarahkan ayat padamakna yang paling memungkinkan daripada beberapa makna yang sesuaidengan ayat sebelumnya dan sesudahnya serta tidak bertentangan dengan al-

Kitab dan al-Sunnah, iaitu dengan cara mengeluarkan hukum-hukum danhikmah-hikmah yang terdapat di dalamnya (istinbat). Manakala tafsir pulamelibatkan perbahasan tentang asbab nuzul, keadaan dan kisah yangmelatarbelakangi sesuatu ayat.Sebagai kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa tafsir adalah merupakanmakna zahir yang terkandung di dalam sesuatu ayat al-Quran yang jelasmenunjukkan makna yang dikehendaki Allah, manakala takwil pula ialahmakna-makna yang tersembunyi yang diistinbatkan daripada ayat-ayat al-Quranmelalui proses tafakur dan istinbat.Contoh tafsir dan takwil, firman Allah:Maksudnya: “….tidak ada sebarang keraguan padanya” (al-Baqarah: 2)Sekiranya ayat ini diertikan sebagai �)َ ّك� َش�ال ( ِه� tidak ada kebimbangan di" ,ِف�ْيDalamnya", maka ia adalah tafsir. Manakala jika diertikan, "tidak ada keraguandalam kalangan kaum yang beriman" maka ia adalah takwil.Contoh lain, firman Allah:

Maksudnya: "Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas." (al-Fajr: 14)Sekiranya ayat di atas diertikan sebagai "Allah benar-benar mengawasi segalaperilaku para hamba-Nya", maka itu adalah tafsir. Manakala sekiranya iadimaksudkan sebagai "Allah memperingatkan para hambaNya yang telahmeremehkan dan melalaikan perintah Allah", maka ini adalah takwil.

SYARAT DAN ADAB PENTAFSIRSyarat-syarat PentafsirPara ulama banyak membahaskan syarat-syarat tafsir al-Quran sebelumditafsirkannya seperti al-Suyuti melalui kitabnya, al-Itqan Fi Ulum al-Quran,Syeikh Ibn Taimiyah dalam Mukadimah Fi Usul al-Tafsir, Ibn al-Qayyim dalam

3

Page 4: Tafsir dan Takwil

al-Tibyan Fi Aqsam al-Quran, al-Zarkasyi dalam al-Burhan, al-Zurqani dalamanahil al-Irfan dan ramai lagi ulama.(a) Akidah yang benar. Syarat ini sangat penting bagi menjamin mufassir tidakmelakukan penyelewengan terhadap ayat-ayat al-Quran. Selain itu, merekajuga tidak terdorong kepada mazhab-mazhab yang menyeleweng denganmengemukakan pentakwilan yang bertentangan dengan akidah yangbenar.(b) Bersih daripada hawa nafsu. Hal ini kerana hawa nafsu akan mendorongdiri seseorang itu untuk membela dan menegakkan kepentinganmazhabnya semata-mata.(c) Mempunyai keahlian dalam bidang hadis, riwayah dan dirayah, keranahadis-hadis Nabi merupakan penjelasan dalam mentafsirkan ayat-ayatmujmal dan mubham dan seterusnya hadis-hadis Rasulullah akanmembantu pentafsir menerangkan segala kemusykilan yang timbulberhubung dengan perkara ini.(d) Mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai bidang seperti:(i) Ilmu bahasa Arab. Oleh kerana pentingnya penguasaan terhadapilmu bahasa Arab dalam menafsirkan al-Quran terutamanya yangberkaitan dengan tatabahasa dan iطrab perkataan, maka Mujahid telahmengatakan:Maksudnya: "Tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allahdan hari Akhirat berbicara mengenai sesuatu yang terdapat dalamKitabullah apabila dia tidak mengetahui bahasa Arab."Selain itu, ilmu bahasa Arab juga merangkumi ilmu-ilmu berikut:• Ilmu Tasrîf (sorof) kerana dengannya dapat diketahui binâ’(struktur) dan sîghah (kata kerja) sesuatu kata.

• Isytiqâq (derivasi) kerana sesuatu nama apabila isytiqâqnyaberasal daripada dua subjek yang berbeza, maka ertinya punjuga pasti berbeza. • Al-Ma’âni kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkîb(komposisi) suatu kalimat dari segi manfaat suatu makna.• Al-Bayân kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkîb(komposisi) suatu kalimat dari segi perbezaannya sesuai denganjelas atau tidaknya sesuatu makna.• Al-Badî’ kerana dengannya dapat diketahui kekhususan tarkîb(komposisi) suatu kalimat dari segi keindahan suatu kalimat.Ketiga-tiga ilmu di atas (al-Ma’ani, al-Bayan dan al-Badi’)disebut sebagai ilmu balaghah yang merupakan ilmu yang perludikuasai dan diperhatikan oleh seseorang mufassir agar pekaterhadap keindahan bahasa (I’jâz) al-Quran.(ii) Ilmu qirâ’ah kerana dengannya dapat diketahui cara mengucapkanal-Quran dan kuat tidaknya model bacaan yang disampaikan antarasatu qâri’ dengan qâri’ lainnya.(iii) Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid kerana dengannyaseseorang mufassir dapat mentafsirkan ayat-ayat al-Quran yangberkaitan dengan ketuhanan dan hak-hak Allah dengan betul sertatidak mentakwilkannya dengan sewenang-wenangnya atau dengansecara melampaui batas.(iv) Berpengetahuan dalam Usul Fiqh kerana ia dapat membantu mufassirmembuat kesimpulan dari ayat-ayat al-Quran dan berdalildengannya. Juga dengannya dapat diketahui wajh al-istidlâl (segipenunjukan dalil) terhadap hukum dan istinbât.(v) Berpengetahuan luas dalam ilmu ÂUlum al-Quran seperti:

4

Page 5: Tafsir dan Takwil

• Asbâbun Nuzûl (sebab-sebab turunnya ayat) kerana dengannyadapat diketahui maksud ayat sesuai dengan peristiwaditurunkannya• An-Nâsikh wa al-Mansûkh agar diketahui mana ayat yangmuhkam (ditetapkan hukumnya) dari ayat selainnya• Mengetahui tentang Makki dan Madani(vi) Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti sosiologi, antropologi, zoologi,ilmu sejarah, geografi, psikologi serta ilmu semasa seperti ekonomi,politik, sosial dan sebagainya bagi membantu mufassir untukmenafsirkan al-Quran.(e) Memulakan tafsir al-Quran dengan al-Quran itu sendiri.(f) Mentafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah.(g) Merujuk kepada pandangan dan ijtihad para sahabat.(h) Merujuk kepada pendapat Tabi’in jika tidak terdapat tafsiran para sahabat.(i) Ilmu mauhibah, iaitu ilmu yang Allah taÂala anugerahkan kepada orangyang mengamalkan ilmunya.Adab-adab Pentafsir (a) Niat dan Tujuan yang BaikNabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang sahih bermaksud: “Setiapamalan adalah berdasarkan kepada niatnya.” Justeru, untuk berkhidmatkepada al-Quran, perlulah memiliki niat yang baik agar tidak terjerumus kedalam usaha yang melibatkan keduniaan dan seumpamanya. (b) Berakhlak MuliaSeorang mufassir akan dijadikan contoh teladan oleh orang lain. Oleh yangdemikian, dia hendaklah mempunyai akhlak dan budi pekerti yang muliasesuai dengan ajaran al-Quran itu sendiri.(c) Beramal dengan Isi Kandungan Al-QuranIlmu yang dipraktikkan akan lebih mudah diterima berbanding ilmu yangtidak diamalkan. Selain itu, ilmu yang diamalkan juga akan membawa

kepada keberkatan. Pepatah Arab telah menyatakan: “Ilmu tanpa amalanbagai pohon yang tidak berbuah.”(d) Bersikap Tawaduk dan Merendah DiriKesombongan yang wujud akan menjadi hijab daripada ilmu tersebutdimanfaatkan.(e) Tegas dalam Menyampaikan KebenaranRasulullah telah menyatakan bahawa: “Sebaik-baik jihad ialah perkataanyang benar di hadapan pemerintah yang zalim.”

Hak milik abadi :

ن����ور ديان����ا بنت س����ْيفالبحريPPISMP PA/BI/BA 22009092310225123024Usul Tafsir ; Perkembangan Tafsir.

5