TAFSIR YAASIN 31-40.docx

download TAFSIR YAASIN 31-40.docx

of 3

Transcript of TAFSIR YAASIN 31-40.docx

37. Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; kami tanggalkan siang dari malam itu, Maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan.

HURAIAN Tanda ketiga oleh surah ini tentang kekuasaan Allah ialah tentang cakrawala.

Dalam dunia ini ada dua iaitu cahaya dan kegelapan. Contohnya Sewaktu malaysia malam, england adalah siang manakala sewaktu Malaysia siang pula, england telah bertukar menjadi malam. Malam dan siang itu datang dan pergi silih berganti.

Perginya cahaya siang yang amat nipis dan datangnya kegelapan malam yang lebih tebal dan demikianlah datang dan perginya cahaya dan kegelapan silih berganti adalah fenomena yang di lihat sepanjang masa oleh manusia di bumiallah telah memngungkapkan bagaimana siang memakai baju malam , bilamana siang itu mahu menjadi malam, ia menanggalkan bajunya maka nampaklah hakikat badannya yang sebenarnya iaitu malam yang gelap Ertinya hakikat dunia ini adalah kegelapan. Dalam kegelapan itu ia bergerak dengan zikr mengagungkan Allah .Kegelapan ini sebahagiannya bertukar menjadi cerah bilamana ia terkena pancaran matahari seolah-olah ia sedang berpakaian. Cahaya adalah pakaian yang menutupi kegelapan dunia itu. Cahaya matahari itu pula terbahagi kepad a tujuh warna dan menjadi berbeza di sebabkan oleh perbezaan jumlah gelombang yang diterima dalam perjalanannya dari matahari ke bumi. Bilamana cahaya itu adalah pakaian yang di cabutkan, dunia akan kembali kepada kegelapan.

Demikianlah kehidupan manusia adalah berada di antara dua perlawanan iaitu antara yang benar dan yang salah, antara petunjuk dan kesesatan , bilamana seseorang itu menanggalkan cahaya petunjuk dalam kehidupannya, ia akan di selubungi oleh kegelapan berada dalam kesesatan yang luas.RUJUK BUKU BURHAN 420-425-Sebenarnya malam dan siang itu adalah masa. Ia bukanlah suatu jasad yang berupa. Maka ia tidak mengambil tempat yang tetap untuk menjelma di atas muka bumi melainka ia melalui dan pergi.

AYAT 38 38. Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

HURAIANItulah sebabnya matahari menjadi alat mengukur waktu. Bermula dari mengukur waktu dalam sehari sehinggalah kepada mengira musim dalam setahun dan begitulah seterusnya.

Dengan sebab matahari berjalan di atas landasan-landasan yang telah di tetapkan, maka manusia zaman purba telah lama menggunakan jam matahari sebelum manusia mutakhir ini menggunakan jam jam matahari di anggap sebagai jam pertama di kenali atau di perkenalkan kepada manusia dalam mengukur dan menyusun kehidupan terutamanya dalam lapangan pertanian yang merupakan lapangan pertama berkembang dalam sejarah kehidupan manusia.

AYAT 39 39. Dan Telah kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (Setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua[1267].

HURAIAN

Buku burhan 511bulan-bulan ini muncul di awal bulan kecil berbentuk sabit, wajahnya ceria seolah kanak-kanak yang tersenyum, Kemudian sesudah menempati manzilah-manzilah, dia menjadi purnama, Kemudian pada manzilah terakhir, ia pergi dalam keadaan sabit juga. Ia pergi dengan wajah (muram) tua yang berat memikirkan pelbagai hal .lantaran itulah ia kelihatan seperti tandan kering yang melengkung.

Al quran--Jiwa manusia yang melazimi memerhatikan bulan akan sentiasa segar .Jiwa ini akan senantiasa memberikan respon secara bebas seperti kuasa magnet yang menarik dan menolak besi yang berdekatan dengannya agar selari dengan ketetapan prinsip yang menjadi sifat dalam diri dan kehidupannya. Oleh kerana itulah kita seringkali menemui berbagai petua yang berkait dengan bulan dalam perkara,meronta-rontakan sifat baik melonjak-lonjakkan sifat semulajadi-lantaran itulah banyak juga rawatan yang menggunakan bulan Umpamanya sewaktu bulan naik---sewaktu bulan turun pula,,,,,

AYAT 40

40. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. dan masing-masing beredar pada garis edarnya.

HURAIAN

Segala-galanya bergerak di atas landasan nya, tidak boleh lari sedikitpun. Sekiranya mereka lari sedikit dari landasannya, akan berlakulah perlanggaran. . ini kerana dalam jarak perjalanan yang jauh, terpesong sedikit akan menyebabkan akhirnya jadi terpesong jauh. Kita bandingkan seorang pemandu kereta dan pilot kapal terbang yang memalingkan sedikit saja dari haluannya tentulah akan binasa jawabnya. Bilamana kita mengetahui bahawa setiap bintang dan di cakrawala , pergerakannya diatas landasannya inilah yang di namakan syariat baginya. Semuanya itu tunduk dan taat bergerak dan berjalan diatas ketetapan yang telah di tentukan. Demikianlah manusia juga perlu berjalan di atas landasan yang telah di tetapkan yang dinamakan syariat untuk manusia juga yang dinyatakan oleh Al Quran. Manusia yang melanggar syariat samalah seperti matahari atau bulan yang keluar dari landasannya. Binasalah jawabnya.ini kerana Allah SWT menciptakan segala-galanya dengan menggunakan neraca keadilan.

Yang di maksudkan dengan yasbahun( ) pula asalnya berasal dari perkataan berenang iaitu setiap sesuatu di alam cakrawala bergerak terapung-apung di atas landasan peredarannya seperti kapal yang berlayar juga kelihatan terapung-apung di dalam laut yang luas terbentang . hakikatnya demikianlah juga fikiran manusia, fikiran itu bergerak terapung-apung,, alam dalam diri manusia samalah juga dengan alam cakrawala, samalah juga dengan kapal yang berlayar di laut, bilamana seseorang manusia menggunakan akal fikirannya betul untuk mencari petunjuk maka kapal fikiran manusia itu bergerak kesuatu arah tuju yang pasti, demikianlah sebaliknya seorang yang kusut fikirannya, kapal fikirannya itu hanyalah bergerak ke sana kemari berlegar-legar ke tempat yang sama tanpa bergrak ke arah yang sepatutnya ia tuju.