TAGAL kg singgaron baru ranau

15
TAGAL KAMPUNG SINGGARON BARU RANAU SUNGAI MOROLI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BAGI JAWATAN KUASA TAGAL SUNGAI KAMPUNG : KG SINGGARON BARU RANAU SUNGAI : SUNGAI MOROLI FASAL 1 – NAMA 1. Jawatankuasa ini dikenali dengan nama Jawatankuasa Menagal Sungai Kampung Singgaron Baru, Ranau, selepas ini dikenali sebagai “Jawatankuasa’ FASAL 2 – ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN 1. Alamat Jawatankuasa ini ialah Kg Singgaron Baru Ranau Peti Surat 110, 89308 Ranau, Sabah. Dan tempat urusan ialah di Balai Raya Kampung Singgaron Baru Ranau FASAL 3 – TUJUAN Tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk: 1. menguatkuasakan adat istiadat penagalan sungai

Transcript of TAGAL kg singgaron baru ranau

Page 1: TAGAL kg singgaron baru ranau

TAGAL KAMPUNG SINGGARON BARU RANAU

SUNGAI MOROLI

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BAGI JAWATAN KUASA TAGAL SUNGAI

KAMPUNG : KG SINGGARON BARU RANAU

SUNGAI : SUNGAI MOROLI

FASAL 1 – NAMA

1. Jawatankuasa ini dikenali dengan nama Jawatankuasa Menagal Sungai

Kampung Singgaron Baru, Ranau, selepas ini dikenali sebagai

“Jawatankuasa’

FASAL 2 – ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN

1. Alamat Jawatankuasa ini ialah

Kg Singgaron Baru Ranau

Peti Surat 110, 89308

Ranau, Sabah.

Dan tempat urusan ialah di Balai Raya Kampung Singgaron Baru Ranau

FASAL 3 – TUJUAN

Tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk:

1. menguatkuasakan adat istiadat penagalan sungai

2. menjaga habitat semulajadi ikan dan hidupan dalam sungai

3. memulihara ikan dan hidupan lain dalam sungai untuk mengelakkan ikan

daripada ditangkap sebelum masa yang ditetapkan

4. menjaga keselamatan sungai dan lanskap daripada pencemaran dan

racun

5. menentukan kawasan dan sempadan sungai yang ditagal

6. menentukan tarikh dan peraturan tagal dibuka

Page 2: TAGAL kg singgaron baru ranau

FASAL 4 – KEAHLIAN

1. Semua penduduk Kampung Singgaron Baru adalah secara automatik

menjadi ahli.

2. Orang bukan penduduk Kampung Singgaron Baru boleh dipertimbangkan

untuk menjadi ahli melalui Mesyuarat Agung Tahunan.

FASAL 5 – TANGGUNGJAWAB AHLI

1. Semua ahli hendaklah mematuhi dan melaksanakan segala peraturan dan

tanggungjawab penagalan sungai yang telah ditetapkan

2. Mana-mana ahli yang menjumpai sesiapa sahaja cuba atau sedang

menangkap ikan di sungai yang telah ditagal hendaklah melarang orang

berkenaan daripada berbuat demikian.

3. Semua ahli hendaklah menasihatkan anak-anak dibawah jagaan agar

mematuhi peraturan tagal.

4. Semua ahli hendaklah menjaga kebersihan sungai pada setiap masa.

FASAL 6 – MESYUARAT / MESYUARAT AGUNG

1. Mesyuarat Agung hendaklah diadakan pada setiap tahun.

2. Mesyuarat Agung Khas boleh di adakan:

i. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa

ii. atas permintaan bertulis oleh 2/3 bilangan ahli dengan

menerangkan tujuan dan sebab. Surat permintaan

hendaklah diserahkan kepada setiausaha

FASAL 7 – JAWATANKUASA

1. Satu jawatankuasa Menagal seperti berikut hendaklah dipilih dalam

Mesyuarat Agung Tahunan.

i. Seorang pengerusi

ii. Seorang timbalan pengerusi

iii. Seorang setiausaha

iv. Seorang penolong setiausaha

Page 3: TAGAL kg singgaron baru ranau

v. Seorang bendahari

vi. 16 orang Ahli jawatankuasa kecil

2. Jawatankuasa akan bermesyuarat sekurang-kurangnya 6 kali setahun.

3. Jawatankuasa bersama-sama Pengerusi JKKK Kg Singgaron Brau akan

bertindak sebagai Juri bagi mana-mana kes berkaitan penagalan Sungai

4. Mana-mana Jawatan yang kosong, atas sebab meninggal dunia atau

meletak jawatan, akan diisi secara lantikan oleh Jawatankuasa sehingga

Mesyuarat Agung di adakan

5. Jawatankuasa boleh menggantung atau melucutkan jawatan mana-mana

ahli atas sebab ahli tersebut cuai atau enggan melaksanakan tugas yang

diamanahkan kepadanya, atau mengambil tindakan yang boleh

merosakkan kepentingan jawatankuasa.

6. Jawatankuasa boleh menubuhkan mana-mana jawatankuasa kecil jika

difikirkan perlu dan memberikan tugas-tugas khas kepada sebarang

Jawatankuasa kecil tersebut.

FASAL 8 – TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA YANG DIPILIH

1. Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya hendaklah menjadi

pengerusi dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan

Mesyuarat Jawatankuasa, Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat

Agung Khas. Pengerusi juga mempunyai undi pemutus.

2. Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatan pengerusi semasa

ketiadaan pengerusi.

3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran Jawatankuasa

mengikut undang-undang dan peraturan serta hendaklah menjalankan

perintah/kehendak mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa. Ia

bertanggungjawab mengendalikan semua urusan surat-menyurat dan

menyimpan semua buku, fail surat dan kertas kecuali buku-buku yang

berkaitan dengan kewangan jawatankuasa. Setiausaha hendaklah hadir

dalam semua mesyuarat untuk mencatat minit.

4. Penolong setiausaha hendaklah menolong setiausaha menjalankan kerja-

kerja kesetiausahaan dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan

setiausaha.

Page 4: TAGAL kg singgaron baru ranau

5. Bendahari hendaklah bertanggung jawab ke atas semua hal kewangan

Jawatankuasa. Dia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira

berkenaan.

6. Ahli jawatankuasa kecil akan membantu Jawatankuasa dalam

melaksanakan peraturan, undang-undang dan aktiviti tagal di kampung

Singgaron Baru.

FASAL 9 – KEWANGAN

1. Jawatankuasa ini akan memperoleh wang daripada punca berikut:

i. Derma/sumbangan ahli, orang awam dan mana mana pihak yang

sudi memberikan sumbangan

ii. Aktiviti Jawatankuasa seperti penjualan makanan ikan kepada

pelawat, penjualan makanan ringan, yuran dan sebagainya.

iii. Denda yang dikenakan kepada individu yang melakukan kesalahan

peraturan tagal sungai kg Singgaron Baru.

iv. Aktiviti Jawatankuasa yang lain

FASAL 10 – KAWASAN SUNGAI DITAGAL

Kawasaan sungai yang ditagal adalah seperti berikut:

1. Nama Sungai Utama:

i. Sungai Moroli (panjang Sungai 3 km)

2. Nama anak sungai yang mengalir ke sungai utama

i. Anak sungai Napatau

ii. Anak sungai Tuhawon

iii. Anak sungai Montis Ontis

FASAL 11 – LARANGAN

1. Tidak dibenarkan menangkap atau membunuh atau mencederakan

sebarang jenis ikan, udang, ketam, labi-labi dan sebarang hidupan dan

tumbuhan(*) dengan apa jua cara di kawasan zon tagal.

Page 5: TAGAL kg singgaron baru ranau

2. Tidak dibenarkan mengambil atau memungut batu/pasir, menebang atau

memotong pokok atau apa-apa tumbuhan dalam kawasan sungai atau

rizab sungai yang ditagal(**): jarak 1 rantai kiri dan kanan dari tebing

sungai. (Sila rujuk kepada peraturan Tagal oleh Jabatan Perikanan Ranau)

3. Tidak dibenarkan untuk membuang sebarang jenis sampah dan bahan

buangan yang boleh menyebabkan pencemaran kepada sungai.

4. Semasa pembukaan tagal, semua alat penangkapan ikan adalah

dibenarkan mengikut ketetapan jawatankuasa kecuali alat letupan (bom),

arus elektrik (generator), tuba serta racun dan sebarang jenis cara

penangkapan ikan yang boleh merosakkan habitat hidupan sungai.

(*) – hidupan sungai yang boleh mengancam keselamatan ikan dalam

sungai yang ditagal dan keselamatan penduduk kampung seperti biawak

dan pemangsa yang lain tidak termasuk dalam larangan peraturan tagal

Kg Singgaron Baru

(**) – Pengambilan batu/pasir untuk kegunaan penduduk Kg Singgaron

Baru adalah dibenarkan atas persetujuan jawatankuasa. Penjualan

kepada orang selain daripada penduduk Kg Singgaron adalah tidak

dibenarkan sama sekali.

FASAL 12 – TEMPOH LARANGAN

1. Jawatankuasa menetapkan bahawa tempoh penagalan ialah setiap 2

tahun. Walaubagaimana pun tempoh ini akan dikaji dari masa kesemasa

mengikut keperluan.

FASAL 13 – TEMPOH PELEPASAN TAGAL

1. Satu tempoh akan ditentukan oleh Jawatankuasa untuk

melepaskan/membebaskan sungai daripada tagal.

2. Satu mesyuarat khas berkaitan pelepasan tagal akan dilaksanakan untuk

menentukan butiran serta peraturan semasa pembukaan tagal.

Page 6: TAGAL kg singgaron baru ranau

FASAL 14 – PERATURAN KEPADA PELAWAT DI SUNGAI MOROLI

1. Semua pelawat dari luar (bukan penduduk tetap Kg Singgaron Baru)

hendaklah memaklumkan kepada Jawatankuasa atau ahli Tagal Kg

Singgaron Baru Ranau, untuk mengelakkan berlaku sebarang kesulitan.

2. Pelawat tidak dibenarkan memberi makanan kepada ikan kecuali

baja/makanan ikan yang disediakan oleh Jawatankuasa.

3. Pelawat tidak dibenarkan untuk membuat bising dan melakukan

perkara-perkara yang boleh mencederakan ikan (membaling batu, kayu,

dsb) dan mengganggu ketenteraman awam.

4. Pelawat hendaklah menjaga tata susila dan menghormati adat Kg

Singgaron Baru.

5. Masa lawatan ialah dari jam 7.00pagi hingga jam 5.00 petang sahaja.

6. Segala risiko semasa berada di kawasan tagal adalah tanggungan

pelawat.

7. Pelawat adalah tertakluk kepada peraturan pada FASAL 11 –

(LARANGAN) dan FASAL 15 – DENDA/SOGIT

FASAL 15 – DENDA/SOGIT

1. Sesiapa yang disyaki melakukan kesalahan seperti pada Fasal 11 –

(LARANGAN)dikawasan yang ditagal akan dibicarakan oleh Jawatankuasa

dihadapan Pengerusi JKKK Kg Singgaron Baru.

2. Sesiapa yang disabitkan kesalahan melanggar peraturan penagalan sungai

Moroli, Kg Singgaron Baru dikehendaki membayar denda/sogit seperti

berikut:

i. Satu (1) ekor lembu atau kerbau atau membayar dalam bentuk

tunai (RM) yang sama nilai dengan seekor lembu pada masa itu.

ii. Wang tunai (wayud) RM500.00

FASAL 16 – TAFSIRAN UNDANG-UNDANG/PERATURAN TAGAL

1. Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh

memberikan tafsiran kepada mana-mana bahagian

undang-undang/peraturan tagal ini dan Jawatankuasa jika mustahak

Page 7: TAGAL kg singgaron baru ranau

boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung dalam

peraturan/undang-undang ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selari dengan

dasar yang dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa

adalah muktamad.

FASAL 17 – PINDAAN UNDANG-UNDANG/PERATURAN

1. Undang-undang/peraturan ini tidak boleh diubah atau dibuat pindaan

kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung.

FASAL 18 – CARTA ORGANISASI AJK TAGAL KG SINGGARON BARU

PENAUNG : PEGAWAI DAERAH RANAU

PENASIHAT : 1. PEJABAT PERIKANAN RANAU

2. MAHKAMAH ANAK NEGERI DAERAH RANAU

3. POLIS DAERAH RANAU

4. PENGERUSI JKKK KG SINGGARON BARU

PENGERUSI : EN MOHUSYEN BIN AMIN

TIM. PENGERUSI : EN JAMORI MIKIN

SETIAUSAHA : EN RIDZUAN SUHAIMIN

TIM. SETIAUSAHA : EN JAUPI MIKIN

BENDAHARI : EN ROSLAN MADI

AJK:

1. EN SAIFUL MADI

2. EN RUSIPIN NURISID

3. EN RENO@RAMZI MOZEND

4. EN PASILIN NURISID

5. EN MOHD AZRI RUSLEE

6. EN HASHIM GUSITIN

7. EN HAMZAH AMIN

8. EN HISHAM SEISIN

9. EN RAJIMIN ADIN

10. EN JAULI MADI

11. EN SEJALI @ ZAINI AMIN

12. EN AZIZAN ABDULLAH

13. EN AHMAD JAIS MADI

14. MOHD ADZMAN RUSLEE

15. EN SUPAIRIN ADEK

16. EN ISMAIL ASIN

Page 8: TAGAL kg singgaron baru ranau

JUMLAH KEAHLIAN TAGAL KESELURUHAN DI KAMPUNG (SEHINGGA JUN

2010):__________________ORANG

JUMLAH PENDUDUK KG SINGGARON BARU:___________________ORANG

FASAL 19 – PERSETUJUAN PENENTUAN SEMPADAN SUNGAI BAGI KAMPUNG

YANG TERLIBAT

1. Nama sempadan sungai ke hulu ……………………………..

2. Nama sempadan sungai ke hilir……………………………….

Pengesahan ketua kampung yang terlibat

………………………………………… ……………………………………….

(Ketua kampung Langsat) (Ketua Kampung Lutut)

……………………………………….. ……………………………………….

(Pengerusi JKKK Kg Singgaron Baru) (Pengerusi Tagal Sg Moroli

Kg Singgaron Baru.)

Page 9: TAGAL kg singgaron baru ranau

FASAL 20 – PENGESAHAN DAN SOKONGAN SEMUA JABATAN DAN

PEMEGANG AMANAH

Pengerusi Tagal Kg Singgaron Baru

Tandatangan :

Nama : Mohusyen Bin Amin

No Kad Pengenalan : 760816-12-5933

Tarikh :

Pengerusi JKKK Kg Singgaron Baru

Tandatangan :

Nama : Amin Bin Saridan

No Kad Pengenalan :

Tarikh :

Ketua Kampung Lutut

Tandatangan :

Nama :

No Kad Pengenalan :

Tarikh :

Ketua Kampung Langsat

Tandatangan :

Nama :

No Kad Pengenalan :

Tarikh :

Pengerusi Tagal Daerah Ranau

Tandatangan :

Nama :

No Kad Pengenalan :

Tarikh :

Page 10: TAGAL kg singgaron baru ranau

Pegawai Perikanan Daerah Ranau

Tandatangan :

Nama :

No Kad Pengenalan :

Tarikh :

Ketua Polis Daerah Ranau

Tandatangan :

Nama :

No Kad Pengenalan :

Tarikh :

Mahkamah Anak Negeri

Tandatangan :

Nama :

No Kad Pengenalan :

Tarikh :

Pegawai Daerah Ranau

Tandatangan :

Nama :

No Kad Pengenalan :

Tarikh :

Page 11: TAGAL kg singgaron baru ranau

FASAL 21 – PETA LAKARAN SEMPADAN-SEMPADAN SUNGAI MOROLI YANG

DITAGAL

Petunjuk

L1 - Lubuk Mo’rooh

L2 - Lubuk Bungug

L3 - Lubuk Disoluntoi

L4 - Lubuk Peng’ingginan

L5 - Lubuk Minunsud

L6 - Lubuk Mangi Pangi

- Jambatan Gantung

- Jambatan Besi

AS 1 - Anak Sungai Tuhawon

AS2 - Anak Sungai Napatau

1. Panjang sungai yang ditagal : 3 km

2. Purata kelebaran sungai : 50 meter

3. Bilangan lubuk : 6 buah

4. Purata kedalaman lubuk : 8 kaki

5. Nama anak sungai yang mengalir ke sungai utama:

i. Napatau

ii. Tuhawon

iii. Montis ontis

Disediakan Oleh Disemak dan disahkan oleh

L1L1

L1

L4

L2

L2

L5

L3

L6

AS1

AS2

Page 12: TAGAL kg singgaron baru ranau

(En Mohusyen Amin) (En Zulkiflee Abd Manan)

Pengerusi Tagal Kg Singgaron Baru Penolong Pegawai Perikanan

Daerah Ranau

http://dvd-player.audio4fun.com/video-karaoke-maker-download.htm