Tahap Bacaan Kanak-kanak Dan Faktor yang Mempengaruhinya

download Tahap Bacaan Kanak-kanak Dan Faktor yang Mempengaruhinya

of 9

Transcript of Tahap Bacaan Kanak-kanak Dan Faktor yang Mempengaruhinya

  • 7/31/2019 Tahap Bacaan Kanak-kanak Dan Faktor yang Mempengaruhinya

    1/9

    KAU 1013

    PERSEKITRAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

    ULASAN JURNAL

    TAHAP BACAAN

    DAN

    FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHINYA

    NAMA : NORYUSMANIA BT JUNAIDI (E 20101000826)

    NO MATRIK : E20101000826

    PROGRAM : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK.

    SEMESTER : SEMESTER 3 2011/2012

    KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN B

    NAMA PENSYARAH :

  • 7/31/2019 Tahap Bacaan Kanak-kanak Dan Faktor yang Mempengaruhinya

    2/9

    TAHAP BACAAN DAN FAKTOR-FAKTOR YANG

    MEMPENGARUHINYA

    Jurnal ini telah ditulis oleh Zainiah binti Mohames Isa daripada Jabatan Pendidikan AwalKanak-kanak, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan

    Idris. Kajian yang dilakukan memperlihatkan perkaitan antara latarbelakang ibu bapa, bahan

    bacaan dirumah dan di sekolah, peranan ibu bapa dan guru dalam membacakan buku kepada

    kanak-kanak dengan tahap pembacaan kanak-kanak prasekolah. Kajian yang beliau lakukan

    merupakan kajian tinjauan dengan cara menemubual kanak-kanak bagi mengisi boring soal

    selidik. Sampel kajian ini pula melibatkan 112 orang kanak-kanak prasekolah, berusia di

    antara enam tahun yang sedang belajar di lima buah sekolah yang terpilih bagi kajian ini.

    PENGENALAN

    Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, membaca atau baca adalah satu proses

    memerhatikan isi sesuatu yang bertulis atau bercetak dengan teliti dan memahami maksud

    kandungannya dan merupakan satu proses pengucapan apa yang ditulis atau dicetak pada

    buku, papan tanda dan sebagainya secara lisan dengan kuat.

    Harris dan Sipay (1980:8) pula membaca dianggap sebagai suatu kegiatan yang

    memberikan respon secara tepat terhadap lambang verbal yang tercetak atau bertulis. Lain

    pula dengan Gibbon (1993:70-71) yang mendefinisikan membaca sebagai proses

    pemerolehan makna daripada cetakan. Dalam aktiviti membaca terjadi proses pengelolaaninformasi yang terdiri daripada informasi visual dan informasi non-visual (Smith, 1985:12).

    Informasi visual dapat diperolah melalui panca indera penglihatan manakala informasi non-

    visual pula diperoleh hasil daripada pengetahuan sedia ada pembaca.

    Burns, Griffin dan Snow (1999) dalam Starting Out Right pula melihat membaca

    sebagai keupayaan mengenal cetakan dalam perkataan dengan menyambung bunyi-bunyi

    huruf dan juga perkataan-perkataan yang biasa mereka lihat. Pembaca boleh menggunakan

    pengetahuan lalu, perbendaharaan kata, dan kefahaman untuk membaca bagi mendapatkan

    permaknaan. Pembaca membaca dengan lancar seperti mereka boleh mengenal perkataansepintas lalu supaya apa yang dibaca di fahami dan membaca menjadi pengalaman yang

    menyeronokkan.

    Daripada tiga definisi yang telah dikemukakan ini, dapat disimpulkan bahawa membaca

    adalah satu proses interaksi antara pembaca dengan teks bacaan. Pembaca berusaha

    memahami isi bacaan berdasarkan latar belakang pengetahuan dan kompetensi

    kebahasaannya. Dalam proses pemahaman bacaan tersebut, pembaca pada umumnya

    membuat ramalan-ramalan berdasarkan system semantik, sintaksis, grafologi, dan konteks

    situasi yang kemudiannya diperkuat atau diubah suai dengan isi bacaan yang diperoleh.

  • 7/31/2019 Tahap Bacaan Kanak-kanak Dan Faktor yang Mempengaruhinya

    3/9

    Membaca merupakan satu tumpuan utama dalam komponen kurikulum prasekolah.

    Oleh kerana membaca merupakan aspek yang terpenting dalam pendidikan awal kanak-kanak

    kini terdapat banyak kajian dilakukan berkaitan dengan membaca dan perkaedahan membaca

    tetapi kajian mengenai faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak

    masih kurang. Oleh yang demikian pengkaji atau penulis jurnal ini telah menjalankan kajian

    untuk melihat perhubungan di antara peranan ibu bapa dan guru dengan tahap bacaan kanak-kanak prasekolah. Antara factor-faktor yang dianalisis adalah latar belakang ibu bapa, bahan

    bacaan di rumah dan juga di sekolah, peranan ibu bapa membacakan buku di rumah serta

    peranan guru dalam aktiviti bercerita di bilik darjah.

    ULASAN

    Setelah saya membaca jurnal ini, saya mendapati bahawa jurnal ini berkisar tentang

    peranan ibu bapa dan guru sebagai faktor yang mempengaruhi tahap pembacaan awal yang

    memfokuskan kepada proses membaca bagi peringkat usia lima dan enam tahun iaitu

    peringkat kanak-kanak prasekolah. Namun ulasan saya hanya akan menyetuh mengenaiperanan dan latar belakang ibu bapa sebagai faktor yang mempengaruhi tahap pembacaan

    awal kanak-kanak prasekolah.

    Menurut penulis jurnal, sesebuah program pendidikan prasekolah kini menjadikan

    pengajaran bacaan sebagai fokus utama mereka. Ini adalah kerana sejak dari dulu lagi

    masyarakat telah meletakkan kebolehan membaca sebagai petanda bagi kecerdikan kanak-

    kanak dan kualiti sesebuah prasekolah. Kenyataan penulis jurnal ini turut disokong oleh

    statistic yang telah dipetik daripada Syarahan Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia oleh

    Prof. Rohaty Mohd Majzub yang bertajuk Pendidikan Prasekolah: Cabaran dan Kualiti.Menurut statistic tersebut, pencapaian prasekolah swasta 507, 282 melebihi pencapaian

    pendidikan prasekolah agensi kerajaan yang berjumlah 296, 729. Hal ini adalah disebabkan

    lebih ramai kanak-kanak di tadika swasta yang menerima perkhidmatan prasekolah yang

    bersifat komersial, memberi penekanan kepada 3M (membaca, menulis dan mengira) dan

    kesediaan akedemik (Wahid Hashim, 2004).

    Penulis jurnal juga turut menyentuh tentang tahap-tahap bacaan kanak-kanak. Kajian

    yang dilakukan oleh penulis tentang tahap bacaan kanak-kanak mengunakan konsep

    penampilan literasi Marie Clay dalam Sulzby (1985) yang menyatakan Perlakuan menulisdan membaca kanak-kanak mula timbul dan berkembang kepada kebolehan membaca dan

    menulis yang biasa sebagai kayu pengukur. Dengan berpegangkan fakta ini, penulis jurnal

    ini menolak pendapat yang menyatakan bahawa tidak boleh mengajar membaca terlalu awal

    kerana kanak-kanak belum bersedia. Teori penampilan literasi yang dinyatakan ini

    mejelaskan bahawa kanak-kanak melalui tiga peringkat pembacaan semasa di peringkat awal

    persekolahan iaitu :

    Penampilan pembaca (Emergent reader)Pada tahap ini kanak-kanak mula melakukan perlakuan-perlakuan membaca.

    Mereka membacakan berulangulang buku yang sama atau meneliti buku yang

    baru. Mereka mengingati erita dan menggunakan gambar sebagai tanda danisyarat untuk membantu pembacaan. Kanak-kanak sedar tentang peranan tulisan

  • 7/31/2019 Tahap Bacaan Kanak-kanak Dan Faktor yang Mempengaruhinya

    4/9

    sebagai pencerita dan bukannya gambar. Mereka mula menuding kepda perkataan

    yang biasa mereka lihat dan mencari perkataan yang mereka kenali seterusnya.

    Apabila kanak-kanak mula memadankan cerita di dalam ingatannya dengan

    perkataan-perkataan di setiap muka surat, mereka telah mula masuk ke peringkat

    kedua iaitu peringkat pembaca awal.

    Pembaca awal (Early reader)Pada peringkat keda ini pula kanak-kanak membaca dengan kuat, tetapi bacaan

    lambat dan berhati-hati memadankan apa yang dikatakan dengan perkataan di

    mika surat. Selalunya mereka akan menuding perkataan tersebut sambil menyebut

    dengan kuat. Mereka masih bergantung kepada daya ingatan mereka terhadap teks

    tersebut dan gambar masih memainkan peranan penting tetapi mereka sudah

    menggunakan fonem, makna perkataan, susunan kata dalam ayat dan mengenal

    tanda dalam teks. Mereka merasa berjaya menjadi pembaca dan mereka sering

    membuat pembetulan diri semasa membaca. Akhirnya kanak-kanak akan tiba di

    peringkat pembaca mahir.

    Pembaca Mahir (Fluent reader)Di peringkat ke tiga ini pula adalah peringkat dimana kanak-kanak telah boleh

    membaca. Mereka biasanya membaca dengan senyap dan bacaan mereka adalah

    spontan kecuali apabila mereka terjumpa perkataan yang sukar. Mereka akan

    menggunakan fonem, makna perkataan, susunan kata dalam ayat untuk meneka

    perkataan tersebut dan meneruskan pembacaan. Mereka banyak membaca dan jika

    mereka seronok membaca, tabiat ini aka menjadi minat mereka sepanjang hayat.

    Terdapat tiga perkara asas yang mempengaruhi kebolehan membaca iaitu kanak-kanakdan proses dalamannya, suasana sekolah serta rumah tempat kediaman dan persekitaran

    masyarakat (Sofiah, 1983). Kanak-kanak pada usia ini perlu belajar dalam persekitaran yang

    baik dan memerlukan sokongan orang dewasa dalam membentuk sifat kendiri yang positif.

    Oleh itu, peranan orang dewasa amat penting dalam menyediakan persekitaran yang kondusif

    terhadap pembelajaran dan juga membantu perkembangan bahasa kanak-kanak melalui

    interaksi yang positif.

    Menurut kajian yang telah dibuat oleh Vukelish et all (1977), ibu bapa yang

    berpengetahuan luas dan cukup serta menunjukkan minat terhadap pembacaan dapatmenolong mengembangkan kemahiran-kemahiran prabacaan yang sangat penting dalam

    proses pembelajaran seterusnya. Mereka mendapati bahawa faktor-faktor seperti tingkat

    pendidikan ibu bapa turut mempengaruhi perkembangan kemahiran pembacaan kanak-kanak.

    Menurut hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh penulis, kebanyakan kanak-kanak

    yang terlibat dalam kajian beliau terdiri daripada keluarga yang berkelulusan sekolah

    menengah. Diikuti dengan ibu bapa berkelulusan diploma atau ijazah. Hanya sedikit sahaja

    ibu bapa yang berkelulusan sekolah rendah. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan

    signifikan antara tahap bacaan dengan pendidikan ibu bapa. Jadual yang dilampirkan dalamjurnal iaitu Jadual 2 menunjukkan 83.3% daripada golongan emergent reader adalah daripada

  • 7/31/2019 Tahap Bacaan Kanak-kanak Dan Faktor yang Mempengaruhinya

    5/9

    ibu bapa bersekolah rendah berbanding hanya 37% daripada ibu bapa yang berkelulusan kolej

    atau universiti. Bagi golongan pembaca mahir pula didapati tiada yang daripada ibu bapa

    yang bersekolah rendah tetapi kesemuanya dari ibu bapa sekolah menengah (39.3%) dan kolej

    atau universiti (20.7%). Ini menunjukkan lebih tingi pendidikan ibu bapa lebih baik

    pencapaian tahap bacaan kanak-kanak. Statistik hasil dari kajian penulis ini bertepatan dengan

    kajian yang telah dilakukan oleh Vukelish (1977), Criscuolo (1974) dan Woods (1974) dalamKhadijah Rohani (1989, menyarankan ibu bapa yang berpengetahuan cukup dan menunjukan

    minat terhadap pembacaan dapat mengembangkan kemahiran-kemahiran prabacaan yang

    sangat penting dalam proses pembelajaran seterusnya. Oleh itu jelaslah pendidikan ibu bapa

    turut memberi kesan terhadap tahap pembacaan kanak-kanak kerana lebih tinggi pendidikan

    ibu bapa lebih tinggilah kesedaran mereka tentang nilai membaca dan akan lebih berminat

    terhadap buku-buku untuk anak mereka.

    Pendapatan ibu bapa juga turut memberi kesan terhadap perkembangan kemahiran

    pembacaan kanak-kanak. Analisis kajian yang dilakukan oleh penulis juga menunjukkanterdapat perhubungan signifikan antara tahap bacaan kanak-kanak dan jumlah pendapatan ibu

    bapa. Dalam jadual 3 yang dilampirkan dalam jurnal menunjukkan daripada golongan

    emergent readersebanyak 72.7% adalah daripada ibu bapa berpendapatan kurang daripada

    RM 500 berbanding dengan hanya 33.3% daripada ibu bapa berpendapatan lebih daripada

    RM 1,500. Bagi golongan pembaca fluentpula didapati kebanyakannya datang daripada ibu

    bapa berpendapatan RM 1,000 RM 1,500 (10.3%) dan RM 1, 500 ke atas (16.7%), hanya

    3.4% daripada ibu bapa berpendapatan RM 500 RM 1,000. Ini menunjukkan tahap bacaan

    kanak-kanak lebih tinggi pada ibu bapa yang berpendapatan tinggi berbanding dengan ibu

    bapa yang berpendapatan rendah. Hasil dapatan kajian penulis adalah sama dengan hasil

    kajian yang dijalankan oleh Vukelish (197), Criscuolo (1974) dan Woods (1974) dalam

    Khadijah Rohani (1989) yang menyarankan bahawa pendapatan ibu bapa dapat menolongmengembangkan kemahiran-kemahiran prabacaan yang sangat penting dalam proses

    pembelajaran seterusnya. Maka berdasarkan kajian yang dilakukan olehtokoh-tokoh yang

    dinyatakan diatas serta kajian yang dilakukan oleh penulis sendiri, jelaslah bahawa

    pendapatan ibu bapa boleh mempengaruhi tahap pembacaan kanak-kanak. Ini mungkin

    disebabkan apabila pendapatan ibu bapa lebih tinggi , mereka mempunyai lebihan wang untuk

    membeli bahan bacaan untuk anak-anak mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang penting

    menyemaikan minat membaca di kalangan kanak-kanak sejak mereka lahir lagi. Dengan

    kemampuan wang yang ada akan memberikan mereka lebih peluang untuk mengadakan

    bahan bacaan yang menarik untuk anak-anak di rumah. Anak-anak yang datang dari rumah

    yang mempunyai banyak bahan bacaan akan lebih bersedia menerima instruksi literasi apabila

    mereka melangkah ke sekolah kelak.

    Dapatan oleh Schaefer (1991) juga menyatakan terdapat hubungan positif yang tinggi

    antara pengetahuan, keyakinan dan gaya interaksi ibu bapa terhadap pencapaian akademik

    kanak-kanak. Kajian oleh Rutter et. all (1970) melihat peningkatan hubungan antara factor-

    faktor yang berkaitan dengan keluarga terhadap pencapaian literasi kanak-kanak. Ini

    menunjukkan penglibatan ibu bapa dan keluarga amat penting dalam menentukan pencapaian

    kanak-kanak di sekolah.

  • 7/31/2019 Tahap Bacaan Kanak-kanak Dan Faktor yang Mempengaruhinya

    6/9

    Menurut kenyataan oleh IRA dan NAEYC (1998) pula, mereka mencadangkan agar

    buku yang bermutu pelbagai pilihan, software computer dan bahan multimedia perlulah

    mencukupi. Bahan-bahan ini diperlukan untuk mengelak masalah kurang pendedahan

    terhadap bahan tersebut berdasarkan kepelbagaian latar belakang keluarga dan budaya dari

    mana kanak-kanak itu datang. Bilangan bahan bacaan di rumah turut mempengaruhi

    pembacaan kanak-kanak. Peranan ibu bapa dalam menyediakan rangsangan fizikal di rumahseperti menyediakan buku, dan ransangan psikologi seperti membaca bersama adalah faktor

    pengalak membaca yang dicadangkan oleh Miller (1972) dan Worthy (1999) dan lain-lain

    mencadangkan bahawa persekitaran tertentu boleh menimbulkan minat yang seterusnya

    membawa kepada aktiviti membaca sukarela. Beliau menyatakan bahawa persekitaran boleh

    membentuk situasi yang mendatangkan minat yang akan mendorong kea rah motivasi

    seseorang individu yang seterusnya akan lebih melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

    Penulis telah melakukan kajian sendiri untuk membuktikan sama ada faktor bilangan

    buku di rumah mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak atau tidak. Berdasarkan kajian yangdilakukan, analisis menunjukkan terdapat perhubungan yang wujud di antara tahap

    pembacaan dengan bilangan buku. Kebanyakan kanak-kanak iaitu merangkumi 90 hingga 112

    orang kanak-kanak memiliki satu hingga sepuluh buku. Ini menunjukkan kanak-kanak ini

    telah mempunyai buku yang boleh dianggap sebaigai milik peribadi mereka sendiri yang

    memainkan peranan penting dalam proses pembacaan. Jika dilihat daripada hasil dapatan

    kajian, kanak-kanak telah pun ada sekurang-kurangnya 1 hingga 10 buku milik peribadinya

    menepati kajian yang dibuat oleh Morrow & Weinstein (1986) dalam Newman & Roskos

    (1997) dalam IRI (1998) kajian mendapati bilangan lima buah buku bagi setiap kanak-kanak

    adalah bilanganpaling minimum bagi mewujudkan persekitaran yang kaya dengan cetakan.

    Kajian ini juga bersamaan dengan dapatan kajian oleh Halle, Wurzt-Costes dan Mahoney

    (1997) dalam McQuillan dan Au (2001) terhadap kanak-kanak darjah tiga dari kawasanpinggir Bandar mendapati bilangan buku di rumah menentukan kemajuan dalam pembacaan,

    walaupun taraf pendidikan ibu bapa dan tahap pembacaan kanak-kanak sebelumnya dikawal

    bagi tujuan kajian. Jelas ini menunjukkan akses pada buku di rumah adalah factor

    penyumbang kepada tahap bacaan kanak-kanak.

    Jesteru itu penyediaan bahan bacaan bukan sahaja terhad di sekolah malah penyediaan

    bahan bacaan di rumah juga adalah perlu. Ini di tegaskan lagi melalui analisis kajian yang

    dibuat oleh McQuillan dan AU (2001) mendapati terdapat tiga factor yang secara tidak

    langsung mempengaruhi pembacaan iaitu akses bahan di rumah, di dalam komuniti dan jugadi sekolah. Dapat disimpulkan berdasarkan kesemua kajian yang dinyatakan oleh penulis

    jurnal bahawa bilangan bahan bacaan meningkatkan tahap pembacaan serta menambah minat

    membaca di kalangan kanak-kanak.

    Selain itu dalam jurna penulis turut menyatakan bahawa menurut Newman, Caperalli &

    Kee (1998), program membaca bersama keluarga melibatkan aktiviti yang dilakukan

    bersama-sama di antara ibu bapa dan anak-anak. Dalam kebanyakan program, aktiviti yang

    dlakukan bersama-sama keluarga ialah aktiviti membaca dan membincangkan buku bersama-

    sama. Dalam Kajian Gregory & Morrison (1998) menyatakan ibu bapa melaporkan kanak-

    kanak amat menyukai buku yang mereka baca bersama-sama ibu bapa dan ibu bapa menyukai

    masa yang diluangkan membaca bersama kanak-kanak. Ini menunjukkan membaca

  • 7/31/2019 Tahap Bacaan Kanak-kanak Dan Faktor yang Mempengaruhinya

    7/9

    memberikan kesan yang positif terhadap kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka yang

    melibatkan diri. Oleh itu jika kanak-kanak kerap dibacakan buku, mereka akan menyukai

    buku dan pembacaan.

    Namun penulis jurnal menolak penyataan tersebut. Analisis yang penulis jurnal lakukan

    mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara tahap pembacaan dengan masa

    membaca bersama dirumah. Dapatan kajian yang beliau lakukan menolak pandangan Gregory

    & Morrison (1998) yang mendapati kesan yang positif terhadap kanak-kanak yang dibacakan

    buku di mana kanak-kanak ini akn lebih suka membaca buku pilihannay berbanding dengan

    televisyen dan meminta dibacakan buku sebelum waktu tidur dan akhirnya menjadi rutin.

    Kajian mendapati kebanyakan kanak-kanak menyatakan mereka ada masa membaca bersama

    di rumah namun tidak menyatakankekerapan aktiviti tersebut untuk dianggap sebagai rutin.

    Selain daripada itu dapatan kajian Gregory & Morrison (1998) yang lainnya mendapatipembacaan juga boleh mempertingkatkan bahasa pertuturan kanak-kanak. Ini di sokong oleh

    kajian yang dilakukan oleh Whitehurst & Fishel (1991) yang melaporkan kanak-kanak

    berusia dua ke tiga tahun yang dibacakan buku mempunyai perkembangan bahasa 8 bulan

    lebih tinggi dari kanak-kanak perkembanagn bahasa yang sebaya dengannya. Melalui kajian-

    kajian yang lepas serta kajian yang dilakukan oleh penulis jurnal ini sendiri, tidak dapat

    dibuktikan secara sahih bahawa aktiviti membaca bersama ibu bapa ini merupakan salah satu

    factor penyumbang dalam meningkatkan tahap pembacaan kanak-kanak.

    KESIMPULAN

    Kesimpulannya, ibu bapa merupakan pendidik pertama bagi kanak-kanak semenjak

    mereka dilahirkan ke dunia. Mereka mempunyai pengaruh yang cukup besar terhadap

    pembentukan masa depan kanak-kanak iaitu dari segi perkembangan kanak-kanak. Sudah

    dapat dibuktikan menerusi beberapa kajian lepas yang dikemukan oleh penukis melalui jurnal

    yang kanak-kanak yang didedahkan dengan pembacaan sejak dari rumah akan lebih bersedia

    untuk menerima instruksi pengajaran di sekolah kelak dan mereka mempunyai minat yang

    tinggi terhadap pembacaan. Oleh itu amat penting bagi ibu bapa membacakan buku kepada

    kanak-kanak sebagai rutin harian, sebelum tidur semenjak kanak-kanak lahir.

    Ibu bapa juga harus peka terhadap minat kanak-kanak dan menggunakan minat kanak-

    kanak sebagai satu panduan memilih bahan bacaan untuk kanak-kanak. Selain itu semasa

    memilih bahan bacaan haruslah berpengetahuan dan bersesuaian dengan peringkat umur

    kanak-kanak. Di samping itu, ibu bapa harus menyediakan sudut mini bacaan di rumah yang

    selesa dan lengkap agar menjadi tumpuan kanak-kanak. Rak buku dan segala bahan yang

    melengkapi sudut bacaan tersebut haruslah mudah untuk di akses oleh kanak-kanak dimana

    bersesuaian dengan saiz bagi memudahkan kanak-kanak mencapai buku dan membaca buku

    dengan selesa dan dalam suasana yang menyeronokkan. Jika ibu bapa memainkan peranan

    mereka seperti yang telah saya nyatakan dalam kesimpulan ini dan seperti yang telah

    dinyatakan oleh penulis, sudah pasti anak-anak mereka akan mendapat pendedahan awal

    terhadap bacaan dan bahan bacaan sebagai bekalan melangkah ke sekolah.

  • 7/31/2019 Tahap Bacaan Kanak-kanak Dan Faktor yang Mempengaruhinya

    8/9

    RUJUKAN

    Adam (1990) dalam (pnytn) Gregory, L. P. & Morrison, T.G. (1998). Lap reading of young

    at-risk children : Introduction families to book. Early childhood education, 26 (2). 67-77

    Frank Small and Associated, penterjemah Rahimah Ahmad (1998). Profil membaca rakyat

    Malaysia, 1996 : Laporan kajian yang dijalankan bagi pihak perpustakaan negara

    Malaysia. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.

    Halle et all (1997) dalam (pnytn) Mcquillan, J. & Au, J. (2001). The effect of print acces on

    reading frequency. Reading psychology, 22. 225-248.

    International Reading Association & National Association of Young Children (1998),

    Overview of Learning to Read and Write: Developmentally Appropriate Practices for

    Young Children. Diperolehi pada 1 Ogos 2011 daripada

    http://www.naeyc.org/about/position/PSREAD0.asp.

    Newman, Caperalli & Kee (1998), Literacy Learning a Family Matter. The Reading Teacher.

    Vol. 52. No. 3Rohani Rustam dan Jamiah A. Bakar (1995). Bacalah Sayang! : Panduan untuk ibu bapa ke

    arahpembacaan awal. Singapura : Times Books Intl.

    Sofiah (1983) dalam (pnytn) Koh Boh Boon (1989). Perspektif-perspektif dalam Pengajaran

    Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Vukelish (1977), dalam (pnytn) Koh Boh Boon (1989). Perspektif-perspektif dalam

    Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    http://www.naeyc.org/about/position/PSREAD0.asphttp://www.naeyc.org/about/position/PSREAD0.asphttp://www.naeyc.org/about/position/PSREAD0.asp
  • 7/31/2019 Tahap Bacaan Kanak-kanak Dan Faktor yang Mempengaruhinya

    9/9

    LAMPIRAN