TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha...

31
TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU MATEMATIK YANG MENGAJAR DALAM BAHASA INGGERIS : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI KELANTAN ROSNITA BINTI MOHAMAD ZIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha...

Page 1: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU MATEMATIK

YANG MENGAJAR DALAM BAHASA INGGERIS : KAJIAN DI SEKOLAH

MENENGAH DI NEGERI KELANTAN

ROSNITA BINTI MOHAMAD ZIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan
Page 3: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan
Page 4: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU MATEMATIK YANG

MENGAJAR DALAM BAHASA INGGERIS : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH

DI NEGERI KELANTAN

ROSNITA BINTI MOHAMAD ZIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan
Page 6: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

ii ii

Page 7: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

iii

DEDIKASI

Segala puji hanya untukMu, Allah yang Maha Esa

Yang dikasihi,

Ma, Siti Sarah binti Awang Noh. Segala nasihat, doa, pengorbanan dan kasihmu

Sangat bernilai dan kusanjung tinggi serta ku jadikan pedoman hidup ini

Yang disanjungi, Ayah, Mohamad Zin bin Awang

Yang sentiasa berkorban untuk melihat kejayaanku ini, Pengorbananmu tidak ternilai dan akanku abadikan

Yang disayangi,

Adik-adik, Ahmad Mul’in, Mohamad Abdul Bari dan Ibrahim Anak-anak saudara, Ayu Nadirah, Zuliana Sofiyah dan Mohd Hafiz Han Safwan

Bekas pelajar-pelajar SMK Rengit 2004 dan SMK Parit Bunga 2005 Semoga kejayaan ini menjadi idola, inspirasi dan perangsang buat kalian

Yang teristimewa,

Seluruh keluargaku, Yang sentiasa menanti kejayaanku Doa dan harapanmu takkan ku persiakan

Yang disayangi dan disanjungi,

Pensyarah Pembimbing, Prof Madya Dr Mohini Mohamed Segala pengorbanan dan jasamu takkan kulupakan

Semoga pertolongan ikhlas darimu kan peroleh rahmat dariNya

Khas buat rakan-rakan seperjuangan, Terima kasih di atas segala bantuan yang dihulurkan

Akanku abadikan segala kenangan dalam lipatan memoriku.

Kuiringi sekalung doa, Semoga kejayaan mengiringi setiap langkah perjalanan hidup kalian

Kumohon pada Ilahi Semoga semuanya berbahagia di dunia dan akhirat

Amin........

Wassalam.

Page 8: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah kurnia dan izinNya, kajian ini telah dapat disempurnakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga

ditujukan kepada Yang Berbahagia, Prof Madya Dr. Mohini binti Mohamed selaku

penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, galakan, nasihat,

bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang kajian ini dijalankan sangat

berharga dan semoga Allah S.W.T memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya.

Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada EPRD, JPN Kelantan,

Pengetua-Pengetua Sekolah,Guru-Guru Kanan Sains dan Matematik, Ketua Panitia

Matematik, Pihak Pentadbiran Sekolah dan Guru-Guru Matematik di Sekolah Menengah

di Negeri Kelantan yang telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam kajian

ini.

Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah-pensyarah di

Fakulti Pendidikan yang tidak jemu menyumbangkan ilmu pengetahuan sepanjang saya

berada di Universiti Teknologi Malaysia.

Ucapan paling istimewa saya tujukan kepada Bonda, Ayahnda dan keluarga

tercinta di atas pengorbanan, perangsang, dorongan, doa, kerjasama dan bantuan yang

diberikan.

Page 9: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

v

Tidak ketinggalan ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan

seperjuangan terutama yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, dorongan, kerjasama

serta sokongan moral. Kenangan bersama kalian tidak akan dilupakan.

Mudah-mudahan segala usaha dan bantuan yang diberikan oleh semua pihak,

samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini akan

mendapat ganjaran sebaik-baiknya disisi Allah S.W.T………. Amin.

Wassalam.

Page 10: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat punca dan tahap stres di kalangan guru-guru

Matematik di sepuluh buah sekolah menengah di negeri Kelantan dalam melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Seramai 74 orang guru

Matematik telah diambil sebagai responden dan telah memberi kerjasama untuk

menjayakan projek ini. Kajian ini difokuskan kepada empat punca utama yang

menyebabkan stres iaitu bebanan tugas, hubungan interpersonal, masalah pengajaran dan

masalah pelajar. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu soal selidik yang terdiri

daripada tiga bahagian iaitu soalan-soalan tentang demografi, tahap stres dan punca-

punca stres. Instrumen kajian telah diuji untuk menentukan kebolehpercayaannya

berdasarkan skala Alpha Cronbach. Data-data dikumpulkan dan di analisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) Versi 13.0

berdasarkan jumlah kekerapan, peratus dan min. Kaedah deskriptif telah digunakan bagi

menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tahap stres di

kalangan guru-guru Matematik di negeri Kelantan adalah pada tahap yang rendah iaitu

71.6 peratus, 25.7 peratus tahap yang sederhana dan hanya 2.7 peratus daripada

responden mengalami tahap stres yang tinggi. Punca-punca yang lebih dominan

menyebabkan stres ialah masalah pelajar dan bebanan tugas. Dari segi demografi pula,

aspek jantina, umur, kategori sekolah, bilangan anak, pengalaman mengajar, tahap

pendidikan dan bidang pengkhususan, pada keseluruhannya juga berada pada tahap stres

yang rendah. Daripada dapatan kajian, penyelidik menyarankan agar permasalahan stres

dapat di atasi oleh guru-guru Matematik. Pihak-pihak yang terlibat juga disarankan

mengambil langkah tertentu bagi mengatasi masalah ini.

Page 11: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

vii

ABSTRACT

The purpose of the research is to find the sources and level of stress among

Mathematics teachers in ten secondary schools in the state of Kelantan which implement

the Mathematics teaching in English. A total of 74 teachers were used as respondents

and they have been cooperative to make this survey a success. The study focus on four

sources that causes stress namely work load, interpersonal relations, teaching problem

and student problem. The instrument is a questionnaire, which is divided into three parts

which covered demographic aspects, level of stress and causes of stress. The reliability

of instrument has been tested using the Alpha Cronbach scale. The data collected and

were analyzed by using Statistical Package For The Social Science (SPSS) Version 13.0

based upon score frequency, percentage and mean. Descriptive methods were used to get

the answer for the study. The overall research finding showed that stress of mathematics

teacher is a low level only. It is a 71.6 percent for low, 25.7 percent for moderate and

only 2.7 percent for high value. The dominant sources that causes stress was student

problem and teacher’s work load. For the demographic factor, aspects likes sex, age,

school of category, the number of son, experience of teaching, level of education and

major of study are at the lowest level. As a result for this study, suggestions were made

to minimize this stress level among the Mathematics teacher. Various recommendations

are suggested to relevant authorities in order to take certain measures to over come the

problem of stress.

Page 12: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan Pelajar ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv - v

Abstrak vi

Abstract vii

Halaman Kandungan viii - xi

Halaman Senarai Jadual xii - xiii

Halaman Senarai Graf xiv

Halaman Senarai Singkatan xv

Halaman Lampiran xvi

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

Page 13: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

ix

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Definisi Istilah 12

1.7 Skop Kajian 13

1.8 Kepentingan Kajian 13

1.9 Penutup 15

BAB II SOROTAN KAJIAN 16

2.1 Pengenalan 16

2.2 Konsep Stres Di Kalangan Guru 17

2.3 Peranan Guru Matematik 20

2.4 Punca-punca Stres Di Kalangan Guru Matematik

2.4.1 Bebanan Tugas 22

2.4.2 Hubungan Intepersonal 23

2.4.3 Masalah Pengajaran 25

2.4.4 Masalah Pelajar 26

2.5 Kajian-kajian Tahap Stres 30

2.6 Kajian-kajian Punca Stres 31

2.7 Kesan-kesan Stres 34

2.8 Cara Mengatasi Stres 35

2.9 Penutup 37

Page 14: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

x

BAB III METADOLOGI KAJIAN 38

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Persampelan 39

3.4 Lokasi Kajian 40

3.5 Kajian Rintis 41

3.6 Prosedur Kajian 42

3.7 Pembentukan Instrumen Kajian

3.7.1 Bahagian A : Demografi 43

3.7.2 Bahagian B : Tahap Stres 44

3.7.3 Bahagian C : Punca Stres 45

3.8 Analisis Data 48

3.9 Penutup 49

BAB IV ANALISIS DATA 50

4.1 Pengenalan 50

4.2 Dapatan Kajian Mengikut Faktor Demografi 50

4.3 Dapatan berdasarkan Persoalan Kajian Pertama 55

4.4 Dapatan berdasarkan Persoalan Kajian Kedua

4.4.1 Punca-Punca Yang Menyebabkan 57

Stres Yang Dikenalpasti Adalah

Bebanan Tugas, Hubungan

Interpersonal, Masalah Pengajaran

dan Masalah Pelajar.

Page 15: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

xi

4.4.2 Punca-punca Stres Mengikut Item 58

4.5 Dapatan Kajian untuk Persoalan Kajian Ketiga 68

4.6 Penutup 75

BAB IV PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 76

5.1 Pengenalan 76

5.2 Perbincangan Objektif Pertama : Mengenalpasti 77

tahap-tahap stres di kalangan guru-guru

matematik sekolah menengah di negeri Kelantan

5.3 Perbincangan Objektif Kedua : Mengenalpasti 79

punca utama yang menyebabkan stres di kalangan

guru matematik (bebanan tugas, hubungan

interpersonal, masalah pengajaran dan masalah

pelajar

5.4 Perbincangan Objektif Ketiga : Melihat hubungan 82

tahap stres dari aspek demografi (jantina, umur,

kategori sekolah, status perkahwinan, bilangan

anak, pengalaman mengajar, kelayakan akademik

dan bidang pengkhususan)

5.5 Rumusan 85

5.6 Cadangan 87

5.7 Cadangan kajian akan datang 90

5.8 Penutup 92

RUJUKAN 93

LAMPIRAN 100

Page 16: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

xii

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA SURAT

JADUAL

2.1 Pelbagai komplikasi akibat stres 34

3.1 Nama sekolah dan bilangan sampel bagi setiap sekolah 40

3.2 Nama dan kategori sekolah serta daerah yang terlibat 41

dalam kajian

3.3 Nilai alpha bagi tahap dan punca stres 42

3.4 Nilai min, tahap dan jenis stres 45

3.5 Punca-punca stres beserta item masing-masing 45

3.6 Perincian item soal selidik bagi punca-punca stres 46

3.7 Perincian item bagi punca-punca stres berdasarkan 47

konstruk

3.8 Nilai min, tahap dan jenis stres 48

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 51

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 52

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Kategori Sekolah 52

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Bilangan Anak 53

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar 53

4.6 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Pendidikan 54

4.7 Taburan Responden Berdasarkan Bidang Pengkhususan 54

Page 17: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

xiii

NO. TAJUK MUKA SURAT

JADUAL

4.8 Tahap Stres Di kalangan Guru-guru Matematik di Negeri 55

Kelantan

4.9 Nilai Min dan Sisihan Piawai berdasarkan Punca-punca 57

Stres

4.10 Kedudukan, Peratus dan Min bagi Item-item untuk 59

Bebanan Tugas

4.11 Kedudukan, Peratus dan Min bagi Item-item untuk 62

Hubungan Interpersonal

4.12 Kedudukan, Peratus dan Min bagi Item-item untuk 64

Masalah Pengajaran

4.13 Kedudukan, Peratus dan Min bagi Item-item untuk 66

Masalah Pelajar

4.14 Hubungan tahap stres dengan jantina 68

4.15 Hubungan tahap stres dengan umur 69

4.16 Hubungan tahap stres dengan kategori sekolah 70

4.17 Hubungan tahap stres dengan bilangan anak 71

4.18 Hubungan tahap stres dengan pengalaman mengajar 72

4.19 Hubungan tahap stres dengan tahap pendidikan 73

4.20 Hubungan tahap stres dengan bidang pengkhususan 74

Page 18: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

xiv

SENARAI GRAF

NO. TAJUK MUKA SURAT

GRAF

4.1 Tahap Stres di kalangan guru-guru Matematik di negeri 56

Kelantan

Page 19: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

xv

SENARAI SINGKATAN

1. PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris

2. KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

3. KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

4. KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

5. ETeMS - English Teaching Mathematics and Science

6. PMR - Penilaian Menengah Rendah

7. SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

8. EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

9. SPSS - Statistical Package for Social Science for Windows

10. UTM - Universiti Teknologi Malaysia

11. MPKB - Maktab Perguruan Kota Bharu

12. BI - Bahasa Inggeris

13. BM - Bahasa Melayu

14. BBM - Bahan Bantu Mengajar

15. LCD - Liquid Crystal Display

Page 20: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN. TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 100

B Keputusan Analisis Data Menggunakan SPSS 106

Untuk Kajian Rintis

C Surat Akuan Pelajar 108

D Surat Kebenaran EPRD 109

E Surat Kebenaran JPNK 111

F Jadual Analisisa Bilangan Sekolah Mengikut 113

Jajahan

Page 21: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan adalah satu pelaburan jangka masa panjang. Kejayaan atau kegagalan

sesuatu inovasi pendidikan dapat dilihat dalam masa sepuluh atau lima belas tahun

kemudian. Oleh kerana pendidikan merupakan aspek penting dalam pembangunan

negara, maka untuk merealisasikan kejayaan tersebut, perancangan yang bermula dari

peringkat pusat dan perlaksanaannya hingga ke peringkat sekolah hendaklah dijalankan

dengan bijak supaya kejayaan dapat diraih oleh negara (Azizi et. al, 2003).

Sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini bergerak pantas sesuai dengan

kemajuan negara. Tugas guru juga semakin mencabar. Isu Pengajaran dan Pembelajaran

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekali lagi mencabar kewibawaan

guru. Sebagai guru, mereka berasa lebih bimbang kerana tanggungjawab untuk

memastikan kejayaan dasar negara ini terletak di bahu mereka. Jika dasar ini gagal,

tentulah yang paling bertanggungjawab adalah golongan guru, khususnya guru yang

mengajar subjek Matematik dan Sains kerana mereka merupakan golongan yang berada

di barisan paling hadapan untuk melaksanakannya.

Page 22: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

2

Jika dilihat sekali imbas, ramai akan menyatakan kerja sebagai guru merupakan

kerja yang mudah. Bukan sahaja dikatakan kerjanya hanya separuh hari, bekerja hanya

lima hari dalam seminggu malah menjadi madu yang sentiasa dicemburui kakitangan

awam lain apabila dihadiahkan cuti yang panjang. Walau bagaimanapun, jika diteliti

dengan lebih mendalam, peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru amat berat.

Guru bukan sekadar mengajar tetapi juga berperanan mendidik para pelajar sejajar

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan

jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.

(Pusat Perkembangan Kurikulum,2003)

Selain itu, guru juga diberikan tugas-tugas perkeranian dan perlu menghabiskan

sebahagian besar masanya di sekolah dengan mengadakan kelas tambahan, terlibat

dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum dan sukan.

Tugas seorang guru tidak mudah seperti yang disangkakan. Selain menuntut

kesabaran dan ketabahan, seseorang guru juga perlu menguasai pelbagai ilmu

pengetahuan termasuk ilmu psikologi. Di sekolah, guru menjadi “ibu” dan “bapa”

kepada pelajar. Lantaran itu, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan, disiplin

dan pencapaian akademik pelajar.

Isu guru-guru menghadapi kes mental telah menjadi isu yang besar di dalam

masyarakat. Isu ini diperbesarkan oleh akhbar dan berpunca daripada keluarga profesion

Page 23: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

3

perguruan sendiri yang mendakwa tiap-tiap sekolah di negara ini mempunyai guru sakit

jiwa kerana beban tugas dan tanggungjawab (Omar, 1993). Kenyataan tersebut

menggambarkan betapa ramainya di kalangan guru-guru yang mengalami stres.

Berhubung dengan stres, para pengkaji telah memberikan pelbagai definisi yang

berbeza-beza. Menurut Abd Fatah (2001), stres atau ketegangan jiwa boleh menurunkan

keberkesanan prestasi seseorang itu jika tidak dikawal. Jika disalurkan dengan cara yang

betul, stres boleh memberikan tenaga untuk meningkatkan prestasi dan pengembangan

diri. Stres boleh ditakrifkan dalam konteks ini sebagai reaksi psikologi dan fizikal

kepada diri seseorang apabila ia tidak boleh mengimbangkan antara tugas dan

tanggungjawabnya dengan kemampuan atau keupayaannya untuk menyelesaikan tugas

itu.

Menurut Atkinson (1988), stres merupakan tekanan berlebihan yang dihadapi

oleh seseorang dalam melaksanakan tanggungjawab sehariannya. Apatah lagi, sekiranya

seseorang itu dipertanggungjawabkan dengan beban kerja yang banyak dalam sesuatu

tempoh masa yang singkat.

Tekanan atau stres seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga

(2002) ialah sesuatu yang menekan dengan kuat atau berupa desakan dan paksaan serta

emosi yang mengganggu perjalanan fikiran seseorang. Ia juga merujuk kepada

ketegangan, kerisauan dan keletihan.

Namun begitu, tegas Kyriacou (1987) stres kerja di kalangan guru adalah

merupakan emosi negatif seperti kemarahan, keresahan, ketegangan, kekecewaan dan

kemurungan yang dialami oleh seorang guru akibat daripada aspek tugas guru yang

dipersepsikan sebagai ancaman terhadap kebahagiaan atau kesejahteraan psikologi dan

fizikal.

Menurut Asmawati (2002) pula, stres adalah respon seseorang individu terhadap

situasi yang mana sesuatu peristiwa atau suatu aspek persekitaran menyebabkan individu

Page 24: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

4

merasa dirinya tercabar. Penyebab tekanan dikenali sebagai penekan atau stressor.

Penekan adalah perubahan-perubahan dalam persekitaran yang mencabar individu untuk

menghadapi dan ‘mengurus’ situasi yang mereka hadapi.

Daripada definisi-definisi di atas, jelaslah stres merupakan satu bentuk tekanan

yang diterima oleh seseorang individu dari segi tingkah laku, emosi, mental dan fizikal

yang boleh mengganggu ketenangan dan menghasilkan pelbagai penyakit. Stres juga

merupakan penyakit emosi yang tidak dapat dipisahkan di dalam kehidupan kita. Ia

lahir daripada perubahan luaran atau dalaman yang melebihi keupayaan individu untuk

mengendalikannya sehingga menjejaskan kehidupan seharian. Jika persoalan stres

dibiarkan di kalangan guru, maka lahirlah guru-guru yang telah dikuasai oleh stres.

Bayangkanlah apa yang akan berlaku kepada pelajar-pelajarnya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam era teknologi dan komunikasi maklumat, profesion perguruan semakin

mencabar dan mengalami perubahan. Perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat

sememangnya menjadi cabaran kepada para guru. Sebagai pendidik yang berwawasan,

guru perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai pengetahuan, maklumat terkini dan

tidak gentar dengan apa-apa jua cabaran atau rintangan yang mendatang serta

melengkapkan diri dengan ciri-ciri sahsiah diri agar dapat memenuhi aspirasi negara

seterusnya dapat menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia.

Banyak kajian yang membuktikan bidang perguruan merupakan satu profesion

yang sangat mencabar (Mahathir, 2001; Mook, 2000). Keputusan kabinet yang

diumumkan melalui Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad menyatakan

bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam Bahasa Inggeris bermula

dari tahun satu di sekolah-sekolah rendah dan tingkatan satu serta enam rendah di

Page 25: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

5

sekolah menengah mulai tahun 2003 sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2008

telah menyebabkan profesion perguruan menerima satu lagi tanggungjawab yang besar

untuk dilaksanakan (Utusan Malaysia, Februari 2003).

Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan serta

perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu

Matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja

yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Umumnya, rasional perlaksanaan pengajaran

dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris ialah untuk meningkatkan

penguasaan penggunaan Bahasa Inggeris secara maksimum di kalangan pelajar sekolah.

Kerajaan mendapati bahawa kemahiran tersebut merupakan satu keperluan yang tidak

dapat dielakkan dalam menghadapi cabaran dan persaingan sengit dalam era globalisasi

(Noor Hadayah, 2003).

Sehubungan itu, dalam melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

dan Menengah (KBSR dan KBSM) yang memerlukan pelbagai tuntutan dan keperluan

termasuklah tuntutan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris

ini, sudah tentu guru-guru terpaksa melakukan kerja-kerja lebih masa untuk persediaan

pengajaran, kerja-kerja perkeranian, menguasai perkakasan komputer, menghadiri

kursus-kursus, bengkel dan seminar di samping melakukan pelbagai penyesuaian

terhadap kaedah pengajaran yang digunakan (Nur Hafizah, 2004).

Dalam suasana yang sedemikian dengan persekitaran kerja yang tidak menarik,

bilangan murid yang ramai dalam satu-satu kelas dan peluang kenaikan pangkat yang

terhad, menjadikan profesion perguruan kini semakin dianggap tidak menarik, menekan

dan membosankan. Suasana sebegini telah menjadikan guru-guru hilang semangat dan

berasa letih untuk melakukan kerja mereka sebagai seorang pendidik yang baik dan

berkesan (Syed Mohamed Syafiq, 1997).

Page 26: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

6

Bagi sesetengah guru mungkin akan menganggap perubahan ini adalah

merupakan bebanan kepada mereka dan jika tidak dikawal mungkin akan menyebabkan

ketegangan. Keadaan inilah yang boleh menyebabkan guru diserang penyakit yang

dinamakan stres akibat ketegangan dalam kerja, samada disedari atau tidak disedari.

Sebenarnya masalah penyakit stres ini akan menyerang sesiapa sahaja yang menerima

tekanan yang berlebihan dan tidak berupaya untuk mengawalnya.

Di samping itu, pihak kementerian, ibu bapa dan masyarakat, meletakkan

harapan yang tinggi terhadap peranan guru-guru sebagai pembentuk masyarakat yang

bertamadun untuk generasi akan datang. Kenyataan ini jelas dalam akhbar bahawa

kemakmuran negara yang dinikmati kini adalah sebahagian daripada kejayaan yang

dicanai dan dibentuk oleh guru (Berita Harian, Mei 2002). Apabila tekanan dan desakan

yang bertubi-tubi ke arah guru, keadaan ini mungkin akan menjadi penyebab dan punca

ketegangan serta ketakstabilan berlaku dalam diri guru, seterusnya mengalami stres

(Ahmad Azhari,1998).

Masalah stres atau tekanan jiwa di kalangan guru-guru sering diperkatakan

dewasa ini. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam Berita Harian,

30 Ogos (2005), telah berkata;

“Kementerian mengakui ada sesetengah guru berasa tertekan (stres) dengan

bebanan tugas yang diberi terlalu banyak, sehingga mengganggu kelancaran proses

pembelajaran di bilik darjah”.

Kenyataan ini menunjukkan bahawa jelas sekali terdapat gangguan stres yang perlu

ditanggung oleh guru. Menurut Kyriacou (1987), tekanan yang dihadapi oleh guru

dikatakan lebih serius jika dibandingkan dengan kerjaya lain. Ini kerana guru-guru

terpaksa menghadapi pelbagai karenah pelajar yang mempunyai sifat dan sikap yang

pelbagai. Selain itu, mengajar juga merupakan satu pekerjaan yang tinggi tahap stresnya.

Page 27: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

7

Memang telah diakui umum bahawa sepanjang hari guru berhadapan dengan

aktiviti yang mencabar emosi dan kesabaran. Menurut Sapora (2002), di antara tahun

1990 hingga 1996, sejumlah 4, 045 remaja lelaki dan 166 remaja perempuan di antara

umur 13 hingga 16 tahun di dapati melakukan kesalahan juvana. Pelajar sekolah bukan

sahaja dikatakan berani melanggar peraturan sekolah malah ada di antara mereka yang

terlibat dengan kegiatan jenayah. Antara masalah-masalah gejala sosial yang kerap

dihadapi di sekolah ialah merokok, ponteng sekolah, mencuri, peras ugut, kes buli,

mengganggu pembelajaran dalam kelas dan sebagainya. Senario ini menunjukkan betapa

mencabarnya peranan guru pada alaf baru dan sedikit sebanyak akan memberi kesan

kepada jiwa seorang pendidik.

Dalam perspektif pendidikan, Kyriacou (1987) menjelaskan bahawa terdapat

bukti kukuh yang menunjukkan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan

mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan

prestasi pelajarnya kerana stres menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru.

Menurut Suradi (1985) pula, kesihatan mental guru adalah satu bahagian penting dalam

pekerjaan guru itu sendiri. Tidak ada pekerjaan lain di mana kepentingan kesihatan

mental adalah mengatasi pekerjaan sebagai guru. Kesihatan mental guru memainkan

peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang tidak sihat

mental boleh menyebabkan kerosakan yang sangat besar kepada masyarakat, bangsa dan

negara kerana ia bukan sahaja akan memberi bimbingan yang lemah tetapi juga akan

membawa kesan negatif kepada pelajar.

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan sudah pasti suasana pengajaran dan

pembelajaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan

akan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan. Fenomena

sedemikian dapat dilihat dengan jelas apabila terdapat aliran mendadak guru yang

berhenti dan bersara awal. Isu guru bersara lebih awal sebenarnya telah lama

diperkatakan. Daripada sumber Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan Kementerian

Pendidikan menjelaskan bilangan guru-guru yang bersara awal bertambah seramai 457

orang pada tahun 1984 kepada 599 orang pada tahun 1985 dan seterusnya kepada 674

Page 28: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

8

orang pada tahun 1986. Statistik mendapati di antara tahun 1982 hingga 1985 lebih

kurang 3000 orang guru telah bersara awal daripada umur persaraan mereka (Syed

Mohamed Syafeq, 1997).

Ke semua senario di atas menggambarkan betapa stres memberi kesan dan

pengaruh dalam rutin kehidupan harian terutama kepada guru-guru di tempat kerja. Ia

jelas mengalami satu keadaan yang memerlukan perhatian semua pihak. Oleh itu, kajian

terhadap tahap-tahap stres dan punca-punca stres seharusnya dikaji untuk membantu

guru-guru Matematik yang mengalami tekanan di dalam tugas mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Peranan dan tanggungjawab yang disandarkan kepada guru amatlah krikital dan

berharga di mata masyarakat. Ia dianggap satu tanggungjawab yang penting dan tugas

yang amat mulia dalam memenuhi harapan dan hasrat masyarakat serta negara ke arah

persediaan dalam menghadapi abad ke-21 seterusnya dapat membangunkan sistem

pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia.

Memandangkan pengajaran dan pembelajaran Matematik yang dijalankan dalam

Bahasa Inggeris telah menjangkau usia tiga tahun perlaksanaannya, penyelidik

terpanggil untuk melihat samada guru Matematik berjaya atau tidak melaksanakan

perubahan kurikulum yang telah dijalankan dan apakah halangan-halangan yang

mungkin dihadapi oleh mereka semasa menjalankan perubahan kurikulum tersebut.

Walaupun program ini pada mulanya tidak dipersetujui oleh segelintir guru, ibu bapa,

masyarakat dan orang perseorangan namun usaha ini menampakkan hasil yang baik

apabila berlakunya peningkatan dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris semasa

peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang lepas. Sebanyak 84 peratus daripada

440,000 calon PMR tahun 2005 lulus dalam mata pelajaran Matematik. Statistik

Page 29: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

9

menunjukkan peningkatan gred A dalam Matematik sebanyak 1.2 peratus dan

peningkatan 2.3 peratus gred A dalam Bahasa Inggeris (Utusan Malaysia, Disember

2005).

Guru Matematik di negeri Kelantan dipilih sebagai responden dalam kajian ini

memandangkan tidak ramai penyelidik yang menjalankan kajian di negeri ini. Walaupun

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

menunjukkan peningkatan, namun mengetahui tentang kadar stres adalah penting

terutamanya kepada golongan pendidik kerana stres berkait rapat dengan tahap kawalan

seseorang individu terhadap tugas dan tanggungjawab mereka (Hamdan et al.,2003).

Justeru, stres pada tahap tertentu dapat memotivasikan golongan guru. Sekiranya tidak

dikawal, stres yang melebihi tahap tersebut akan mewujudkan pelbagai masalah,

terutama dari aspek pengajaran dan pembelajaran sekaligus menjejaskan mutu

kecemerlangan pendidikan negara.

Stres sering dikaitkan sebagai satu masalah yang berpanjangan yang jika tidak

dibendung boleh memberikan kesan kepada mental dan fizikal seseorang. Masalah-

masalah yang berkaitan dengan stres akan timbul seperti tidak hadir bekerja, kecewa,

‘burn-out’, penurunan semangat kerja berpasukan dan sebagainya. Ketidakpuasan kerja

yang berhubung dengan stres memberikan kemungkinan pekerja meninggalkan profeion

perguruan.

Stres merupakan antara faktor terpenting yang mempengaruhi hidup manusia.

Ianya adalah satu perkara atau fenomena yang perlu diberikan perhatian khusus

sekiranya manusia ingin meningkatkan kualiti hidup dari semasa ke semasa. Andainya

stres dibiarkan membelenggu kehidupan manusia, maka kehidupan itu ibarat “api dalam

sekam”, membara dan membarah yang mana akan memudaratkan kehidupan dan

masyarakat keseluruhannya. Disebabkan hal tersebut, perlulah dikaji masalah stres ini

agar ianya tidak akan menjadi permasalahan yang boleh menggugat kehidupan manusia

seharian (Mohd Taib dan Yusof, 1999).

Page 30: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

10

Stres juga adalah faktor utama yang menjadi punca berlaku pelbagai penyakit

kepada tubuh manusia dan boleh menyebabkan berlakunya gangguan emosi. Kajian

tentang stres telah dilakukan oleh ramai ahli cendikiawan semasa di dalam dan luar

negeri. Ahli-ahli akademik dan pakar psikologi juga memberikan pandangan mereka

tentang punca-punca stres.

Setelah pembacaan dibuat, pengkaji merumuskan terdapat empat punca stres

yang berlaku di kalangan guru-guru Matematik. Empat punca utama stres ini boleh

digunakan sebagai panduan asas semasa membina item soal selidik nanti. Di antara

punca-punca berlakunya stres ialah:

1. Bebanan tugas

2. Hubungan interpersonal

3. Masalah pengajaran

4. Masalah pelajar

Daripada pernyataan di atas, penyelidik merasakan bahawa stres di kalangan

guru wajar diberi perhatian. Di sini timbul persoalan samada stres berlaku kepada guru-

guru Matematik sekolah menengah di negeri Kelantan. Apakah punca dan tahap stres

mereka atau mereka langsung tidak mengalaminya. Kajian ini diharapkan akan

membantu mengesan serta memperbaiki masalah stres di kalangan guru-guru

bersesuaian dengan matlamat untuk meningkatkan lagi mutu kecemerlangan pendidikan

negara.

Page 31: TAHAP DAN PUNCA STRES DI KALANGAN GURU-GURU … · Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha ... penyelia kajian. Sesungguhnya segala ilmu yang disampaikan, ... Kajian ini difokuskan

11

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini secara umumnya ialah untuk meninjau punca dan tahap stres di

kalangan guru Matematik. Secara khususnya, kajian ini mempunyai tiga objektif utama

iaitu untuk:

1. Mengenalpasti tahap-tahap stres di kalangan guru-guru Matematik sekolah

menengah di negeri Kelantan.

2. Mengenalpasti punca paling dominan yang menyebabkan stres di kalangan

Guru Matematik (bebanan tugas, hubungan interpersonal, masalah pengajaran

dan masalah pelajar)

3. Melihat hubungan tahap stres dari aspek demografi (jantina, umur, kategori

sekolah, bilangan anak, pengalaman mengajar, tahap pendidikan dan bidang

pengkhususan)

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap stres di kalangan guru-guru Matematik sekolah menengah di

negeri Kelantan?

2. Apakah punca paling dominan yang menyebabkan stres di kalangan guru

Matematik (bebanan tugas, hubungan interpersonal, masalah pengajaran dan

masalah pelajar)?

3. Apakah hubungan tahap stres dari aspek demografi (jantina, umur, kategori

sekolah, bilangan anak, pengalaman mengajar, tahap pendidikan dan bidang

pengkhususan)?