Tahap Iklim Sekolah

download Tahap Iklim Sekolah

of 22

Transcript of Tahap Iklim Sekolah

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    1/22

    TAHAP IKLIM DUA BUAH SEKOLAH DI DAERAH

    BATU PAHAT, JOHOR: SATU TINJAUAN

    SHAHRULRIZANBIN ZAINALABIDIN

    UNIVERSITI TEKNOLOGIMALAYSIA

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    2/22

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL:

    SESI PENGAJIAN: 2007/2008

    Saya SHAHRULRIZAN BIN ZAINAL ABIDIN

    mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

    Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

    1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

    2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

    pengajian sahaja

    3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

    pengajian tinggi.

    4. ** Sila tandakan ( )

    SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanatau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

    AKTA RAHSIA RASMI 1972).

    TERHAD (Mengandungi maklumatTERHADyang telah ditentukan oleh

    organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

    TIDAK TERHAD

    Disahkan oleh

    (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

    Alamat Tetap :

    Nama Penyelia

    Tarikh: APRIL 2008 Tarikh: APRIL 2008

    CATATAN * Potong yang tidak berkenaan** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

    berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagaiSULIT atau TERHAD.

    Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

    atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek SarjanaMuda (PSM).

    PSZ 19:16(Pind. 1/97)

    TAHAP IKLIM DUA BUAH SEKOLAH DI DAERAH BATU PAHAT,

    JOHOR: SATU TINJAUAN

    (HURUF BESAR)

    DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL B. YASINKG. HAJI GHAFFAR, BATU 6,83730,YONG PENG,BATU PAHAT, JOHOR.

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    3/22

    Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

    Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

    Tandatangan :

    --------------------------------------------------------

    Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL B. YASIN

    Tarikh : 29 APRIL 2008

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    4/22

    TAHAP IKLIM DUA BUAH SEKOLAH DI DAERAH BATU PAHAT, JOHOR:

    SATU TINJAUAN

    SHAHRULRIZAN BIN ZAINAL ABIDIN

    Laporan projek ini dikemukakan sebagai

    memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    APRIL 2008

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    5/22

    ii

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

    tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan :........................................................................

    Nama Penulis : SHAHRULRIZAN BIN ZAINAL ABIDIN

    Tarikh : 29 APRIL 2008

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    6/22

    iii

    DEDIKASI

    Untuk Ayah

    En. Zainal Abidin bin Abdullah

    dan Emak

    Pn. Besah binti Tukiran

    Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan mendidik danmemeliharaku untuk menjadi seorang manusia yang berguna

    juga dorongan dan iringan doa kalian

    Buat Isteri tersayang

    Norafiza binti M. Noh

    Dan Anakku

    Naqib Safwan

    Pengorbanan dan sokongan kalian amat dihargai

    Adik-adik yang dikasihi

    Semoga kejayaan dan kebahagian mengiringi hidup kalian

    Rakan-rakan seperjuangan

    Semoga kejayaan kita diiringi dengan kesejahteraan di dunia dan akhirat

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    7/22

    iv

    PENGHARGAAN

    Saya ingin merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada penyelia PSM Dr. M. Al-

    Muz-Zammil bin Yasin atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan

    sepanjang tempoh penyelidikan ini.

    Penghargaan juga diberikan kepada Fakulti Pendidikan, UTM, Bahagian

    Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan

    Jabatan Pendidikan Negeri Johor atas kebenaran bagi menjalankan kajian ini. Penghargaan

    yang tidak terhingga juga ditujukan untuk semua guru Sekolah Menengah Kebangsaan

    Convent Batu Pahat dan Sekolah Menengah Dato Seth, Batu Pahat atas kesudian mereka

    untuk menjadi responden dalam kajian ini.

    Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak

    yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan

    penyelidikan ini.

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    8/22

    v

    ABSTRAK

    Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap iklim sekolah di dua buah sekolah di

    Batu Pahat Johor. Empat aspek iklim telah ditinjau iaitu (1) hubungan sosial, (2)

    pengurusan sekolah, (3) pengajaran dan pembelajaran, dan (4) suasana sekolah. Seramai103 orang guru dilibatkan dalam kajian ini bagi menjawab set soal selidik yang

    mengandungi 40 item yang mewakili dimensi (subscales) yang dikaji. Data yang diperolehi

    dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (Version

    14.0) bagi mendapatkan nilai frekuensi, peratusan dan min bagi kajian. Dapatan

    menunjukkan bahawa semua dimensi yang dikaji berada pada tahap tinggi dengan nilai min

    bagi dimensi hubungan sosial, pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran, dan

    suasana sekolah dengan masing-masing mendapat nilai min 3.931, 4.015, 3.950, dan 3.713.

    Beberapa cadangan kajian lanjutan diberikan bagi tujuan penambahbaikan kajian.

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    9/22

    vi

    ABSTRACT

    The purpose of this research was to observe the climate level of two secondary

    schools in Batu Pahat, Johor. Four aspects of climate were observed (1) social relation (2)

    school management (3) teaching and learning and (4) school environment. A total of 103

    teachers were involved to answer a set of questionnaire containing 40 statements that

    represented the subscales been studied. The gathered data was analyzed by using the

    Statistical Package for Social Sciences software (Version 14.0) to reveal the frequency,

    percentage and mean values of the study. The results of the study revealed that all of the

    aspects were at high level with the mean values for social relationship, school management,

    teaching and learning, and school environment were 3.931, 4.015, 3.950 and 3.713

    respectively. Few suggestions for further research were proposed for future enhancement of

    the research.

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    10/22

    vii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKASURAT

    I

    HALAMAN PENGAKUAN

    HALAMAN DEDIKASI

    HALAMAN PENGHARGAAN

    ABSTRAK

    ABSTRACT

    KANDUNGAN

    SENARAI JADUAL

    SENARAI RAJAH

    SENARAI LAMPIRAN

    PENGENALAN

    1.1 Pengenalan

    1.2 Latarbelakang Masalah

    1.3 Pernyataan Masalah

    1.4 Objektif Kajian

    1.5 Persoalan Kajian

    1.6 Kepentingan kajian

    1.7 Batasan Kajian

    1.8 Definisi Istilah

    1.8.1 Iklim Sekolah

    1.8.1.1 Aspek Hubungan Sosial

    i

    iii

    iv

    v

    vi

    vii

    xi

    xiii

    xiv

    1

    3

    4

    5

    5

    6

    6

    7

    7

    7

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    11/22

    viii

    II

    III

    1.8.1.2 Aspek Pengurusan Sekolah

    1.8.1.3 Aspek Pengajaran Dan Pembelajaran

    1.8.1.4 Aspek Suasana Sekolah

    1.8.2 Guru

    SOROTAN PENULISAN

    2.1 Pendahuluan

    2.2 Budaya sekolah

    2.3 Iklim Sekolah

    2.4 Kajian-Kajian Berkaitan Iklim Sekolah

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan

    3.2 Rekabentuk kajian

    3.3 Populasi dan sampel kajian

    3.4 Instrumen kajian

    3.5 Prosedur kajian

    3.5.1 Pemilihan Tajuk Kajian

    3.5.2 Membina Proposal Kajian

    3.5.3 Pengumpulan Dan Analisis Kajian

    3.6 Analisis data

    3.7 Penutup

    8

    8

    9

    9

    10

    10

    12

    16

    20

    20

    21

    22

    24

    24

    24

    25

    27

    29

    IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL

    4.1 Pendahuluan

    4.2 Analisis data

    4.2.1 Analisis Bahagian A:

    Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

    30

    30

    31

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    12/22

    ix

    4.2.2 Analisis Bahagian B:

    Maklumat Diri Responden

    4.2.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina

    4.2.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa

    4.2.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Umur

    4.2.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Status

    Perkahwinan

    4.2.2.5 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman

    Mengajar Di Sekolah

    4.2.3 Analisis Bahagian C:

    Demografi Sekolah

    4.2.3.1 Taburan Responden Berdasarkan Lokasi

    4.2.3.2 Taburan Responden Berdasarkan kaum

    Dominan (Pelajar dan Guru)

    4.2.3.3 Taburan Responden Berdasarkan Taraf Sekolah

    4.2.3.4 Taburan Responden Berdasarkan Umur

    Sekolah

    4.2.3.5 Taburan Responden Berdasarkan Jantina

    Pengetua

    4.2.4 Analisis Bahagian D:

    Aspek-aspek Iklim Sekolah

    4.2.4.1 Aspek Hubungan Sosial

    4.2.4.2 Aspek Pengurusan

    4.2.4.3 Aspek Pengajaran dan Pembelajaran

    4.2.4.4 Aspek Suasana

    4.2.5 Analisis Bahagian E:

    Keputusan Keseluruhan Bagi Setiap Aspek

    Kajian

    32

    32

    32

    33

    33

    34

    34

    35

    35

    36

    36

    36

    37

    37

    39

    41

    43

    45

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    13/22

    x

    V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

    CADANGAN

    5.1 Pengenalan

    5.2 Rumusan

    5.2.1 Apakah tahap iklim sekolah dari aspek

    hubungan sosial guru-guru yang mengajar di

    dua buah sekolah di daerah Batu Pahat?

    5.2.2 Apakah tahap iklim sekolah dari aspek

    pengurusan guru-guru yang mengajar di dua

    buah sekolah di daerah Batu Pahat?

    5.2.3 Apakah tahap iklim sekolah dari aspek

    pengajaran dan pembelajaran guru-guru yang

    mengajar di dua buah sekolah di daerah Batu

    Pahat?

    5.2.4 Apakah tahap iklim sekolah dari aspek suasana

    guru-guru yang mengajar di dua buah sekolah

    di daerah Batu Pahat?

    5.3 Perbincangan

    5.3.1 Aspek Hubungan Sosial

    5.3.2 Aspek Pengurusan

    5.3.3 Aspek Pengajaran dan Pembelajaran

    5.3.4 Aspek Suasana

    5.4 Cadangan

    5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

    RUJUKAN

    Lampiran A-F

    47

    47

    48

    48

    49

    49

    50

    50

    51

    52

    53

    54

    55

    56

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    14/22

    xi

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    3.1 Perubahan nilai Alpha Cronbach bagi setiap dimensi 22

    3.2 Taburan item soal selidik mengikut aspek 23

    3.3 Skala Likert 23

    3.4 Perubahan skala 5 pemeringkatan 28

    3.5 Tahap penilaian min 28

    3.6 Perubahan markat dan skala 29

    4.1 Nilai keseluruhan Alpha Cronbach (kebolehpercayaan) 31

    instrumen kajian4.2 Taburan responden berdasarkan jantina 32

    4.3 Taburan responden berdasarkan bangsa 32

    4.4 Taburan responden berdasarkan umur 32

    4.5 Taburan responden berdasarkan status perkahwinan 33

    4.6 Taburan responden mengikut pengalaman 34

    mengajar di sekolah

    4.7 Taburan responden berdasarkan lokasi 35

    4.8 Taburan responden berdasarkan kaum dominan (pelajar dan guru) 35

    4.9 Taburan responden berdasarkan taraf sekolah 36

    4.10 Taburan responden berdasarkan umur sekolah 36

    4.11 Taburan responden berdasarkan jantina pengetua 36

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    15/22

    xii

    4.12 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan aspek 37

    hubungan sosial

    4.13 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan aspek pengurusan 39

    4.14 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan aspek pengajaran 41

    dan pembelajaran

    4.15 Taburan kekerapan dan peratusan berkaitan aspek suasana 43

    4.16 Analisis keseluruhan peratusan dan min responden yang 45

    yang menjawab persoalan kajian

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    16/22

    xiii

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

    3.1 Prosedur pengendalian kajian 26

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    17/22

    xiv

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK

    A Surat Kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia

    B Surat Kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri Johor

    C Surat Pengesahan Menjalani PSM

    D Maklumat Data Kajian Rintis

    E Maklumat Data Kajian Sebenar

    F Soalan Soal Selidik

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    18/22

    BAB 1

    PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan

    Iklim sekolah merujuk kepada satu keadaan keseluruhan yang terbentuk

    daripada beberapa aspek perhubungan sosial yang terdapat dalam kawasan sekolah,

    keadaan fizikal sekolah, sistem pentadbiran, prestasi pelajar dan keadaan

    persekitaran sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum (1992) mendefinisikan iklim

    sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya

    dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Ibu

    bapa, guru dan para pelawat akan menyedari perkembangan sekolah sebaik sahaja

    mereka memasuki sekolah. Gerak hati mereka akan membuat tanggapan melalui

    beberapa isyarat, cara pembelajaran dijalankan, cara pelajar menjawab apa yang

    diminta, bagaimana memajukan sekolah dan bagaimana guru mengendalikan pelajar

    (Finlayson,1973).

    Sebuah sekolah boleh mengalami iklim positif dan negatif (Smith, 1995).

    Lazimnya, iklim sekolah yang dianggap positif mempunyai ciri-ciri seperti suasana

    kerja yang produktif, perhubungan sosial yang baik antara warga sekolah, keadaan

    struktur sekolah yang selesa, bersih dan susun atur serta landskap yang menarik.

    Iklim sekolah bukan sahaja tentang perasaan selesa tetapi sesuatu yang dinamik dan

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    19/22

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    20/22

    3

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Institusi pendidikan sememangnya merupakan penggerak utama ke arah

    pembentukan awal minda masyarakat. Status sekolah dan peranannya tidak dapat

    dinafikan dapat membentuk masyarakat ke arah kewujudan tamadun manusia yang

    lebih gemilang. Namun, iklim sekolah yang kurang baik akan menyebabkan

    timbulnya pelbagai masalah kepada pihak kementerian, pentadbir sekolah dan warga

    masyarakat.

    Iklim sekolah dapat disimpulkan sebagai suatu keadaan persekitaran atau

    suasana sekolah sebagaimana yang dirasakan oleh ahli-ahlinya dan orang yang

    memasuki sekolah. Ibu bapa, guru dan para pelawat akan menyedari perkembangan

    sekolah sebaik sahaja mereka memasuki sekolah. Iklim sekolah yang positif dapat

    menggalakkan proses pengajaran-pembelajaran dan seterusnya dapat mengurangkan

    masalah disiplin pelajar. Di samping itu, iklim sekolah yang kondusif akan memberi

    keselesaan dan ketenangan kepada pelajar-pelajar (Mok Soon Sang, 1995).

    Untuk melihat aspek-aspek berkaitan iklim sekolah, pengkaji telah merujuk

    beberapa buah tesis yang telah di kaji oleh penyelidik dari Universiti Teknologi

    Malaysia, Skudai. Shaihah (2004) telah mengkaji tentang aspek-aspek kolabratif,

    gaya kepimpinan, kemahiran guru, ganjaran dan pujian, sokongan pentadbir, norma

    rakan sebaya, peluang untuk penyertaan pelajar, dan ciri-ciri sekolah dalam

    kajiannya yang bertajuk Iklim Sekolah dan Hubungannya dengan Pencapaian

    Akademik. Yahya (2000) pula telah mengkaji berkaitan sumber-sumber maklumat

    yang diperolehi oleh guru-guru daripada pihak pengetua, keberkesanan komunikasi

    antara pengetua dengan guru-guru, dan juga persepsi guru-guru terhadap

    pembentukan iklim sekolah dalam kajiannya yang bertajuk Persepsi Guru-Guru

    Terhadap Komunikasi Pengetua Dalam Pembentukan Iklim Sekolah. Manakala

    Mohd.Rosli (2000) pula telah membuat kajian berdasarkan persepsi guru-guru

    terhadap kekerapan pengetua mereka dalam melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan

    instruksional dan persepsi mereka terhadap kewujudan faktor-faktor penentu

    pembentukan sekolah yang kondusif di sekolah masing-masing di dalam kajiannya

    yang bertajuk Hubungan kepimpinan intruksional dengan iklim sekolah. Nurizam

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    21/22

    4

    (2002) pula telah mengkaji tentang aspek-aspek pentadbiran sekolah, suasana

    sekolah, pengajaran-pembelajaran dan guru di dalam kajiannya yang bertajuk Kesan

    dan Pengaruh Iklim Sekolah Terhadap Masalah Disiplin Pelajar.

    Berdasarkan pembacaan, kajian mendapati tidak banyak kajian yang

    melibatkan iklim sekolah dilakukan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

    Malaysia(FPUTM) tanpa menjurus kepada keadaan iklim sekolah yang sebenar.

    Dengan mengambil kira empat kajian tersebut, pengkaji telah membuat penelitian

    agar menekankan aspek-aspek iklim sekolah seperti berikut di dalam kajian ini iaitu

    (1) hubungan sosial, (2) pengurusan sekolah, (3) Pengajaran dan pembelajaran (4)

    suasana sekolah.

    Sehubungan dengan itu, kajian seterusnya juga akan mengambil kira aspek-

    aspek tersebut kerana merasakan ianya adalah aspek yang sinonim dengan iklim

    sekolah.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Iklim sekolah merujuk kepada satu keadaan keseluruhan yang terbentuk

    daripada beberapa aspek perhubungan sosial yang terdapat dalam kawasan sekolah,

    keadaan fizikal sekolah, sistem pentadbiran, prestasi pelajar dan keadaan

    persekitaran sekolah. Iklim sekolah bermaksud norma dan sikap guru serta murid

    yang boleh mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia merangkumiperasaan yang ada pada seseorang mengenai sekolah, iaitu sama ada sesebuah

    sekolah itu merupakan satu tempat belajar yang berkesan atau sebaliknya.

    Persoalan yang timbul di sini adalah, apakah tahap iklim sekolah dari aspek

    hubungan sosial, pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran serta suasana

    sekolah?

  • 8/10/2019 Tahap Iklim Sekolah

    22/22

    5

    1.4 Objektif Kajian

    Objektif kajian ini adalah untuk:

    i. Mengenalpasti tahap iklim sekolah dari aspek hubungan sosial di dua buah

    sekolah di daerah Batu Pahat.

    ii. Mengenalpasti tahap iklim sekolah dari aspek pengurusan di dua buah

    sekolah di daerah Batu Pahat.

    iii. Mengenalpasti tahap iklim sekolah dari aspek pengajaran dan pembelajaran

    di dua buah sekolah di daerah Batu Pahat.

    iv. Mengenalpasti tahap iklim sekolah dari aspek suasana di dua buah sekolah di

    daerah Batu Pahat.

    1.5 Persoalan Kajian

    Dalam kajian ini pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi

    menentukan objektif kajian tercapai, antaranya ialah:

    i. Apakah tahap iklim sekolah dari aspek hubungan sosial di dua buah sekolah

    di daerah Batu Pahat?

    ii. Apakah tahap iklim sekolah dari aspek pengurusan di dua buah sekolah di

    daerah Batu Pahat?

    iii. Apakah tahap iklim sekolah dari aspek pengajaran-pembelajaran di dua buah

    sekolah di daerah Batu Pahat?

    iv. Apakah tahap iklim sekolah dari aspek suasana di dua buah sekolah di daerah

    Batu Pahat?