TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan...
Transcript of TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan...
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA
DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR
TAHUN EMPAT PENDIDIKAN SAINS
SHARFUDDIN BIN ABDUL SHUKOR
BP 050177
SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS)
720926-01-6619
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
i
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN
MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT
PENDIDIKAN SAINS
SHARFUDDIN BIN ABDUL SHUKOR
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2008
iii
Buat dua insan yang telah banyak berkorban Julieana Zakaria dan Sofea Dhamirah
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Bersyukur saya ke hadrat
Allah s.w.t kerana dengan izinNya, saya berjaya menyiapkan Projek Sarjana Muda
ini.
Dikesempatan ini, pertama sekali saya ingin mengucapkan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing yang saya kasihi
Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin di atas segala bimbingan, nasihat, tunjuk
ajar yang diberikan dengan penuh semangat sepanjang saya menyiapkan projek ini.
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua rakan kelas yang
banyak membantu, peserta kajian yang memberikan kerjasama dengan baik dalam
menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat, segala jasa
yang diberi amat dihargai.
v
ABSTRAK
Masalah kefahaman dalam Kemahiran Proses Sains telah menarik perhatian
penyelidik. Penyelidik menetapkan pembolehubah bersandar adalah tahap kefahaman
kemahiran mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan pelajar Tahun Empat
Program Pendidikan Sains, Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat dua
pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu merentas jantina dan program pengajian.
Peserta kajian terdiri daripada 52 orang pelajar Program Pendidikan Sains – Perdana
dan Program Pendidikan Sains – Program Khas Pensiswazahan Guru. Kajian ini
berbentuk tinjauan dan alat kajian yang ditadbir ialah Ujian Tahap Kefahaman
Kemahiran Mengumpul Data Dan Mentafsir Data yang mempunyai 40 item objektif
dengan nilai kebolehpercayaan ά = .89. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk
min, sisihan lazim dan markat maksimum dan minimum telah digunakan dalam
tatacara menganalisis data kajian ini. Tahap kefahaman kemahiran mengumpul data
dan mentafsir data dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains
secara keseluruhan dan merentas jantina adalah baik. Dapatan kajian menunjukkan
kedua-dua kemahiran merentas program pengajian adalah sederhana untuk Perdana
dan baik untuk Program Khas Pensiswazahan Guru. Implikasi daripada kajian ini
ialah perlunya ada perubahan sikap pelajar dan amalan pengajaran dan pembelajaran
pensyarah.
vi
ABSTRACT
The purpose of this survey was to determine the level of understanding in the Science
Process Skills. The dependent variable of the research was the level of understanding
in collecting and interpreting data among the students of the Year Four Science
Education Program, Universiti Teknologi Malaysia. The independent variables for
this survey were across gender and the type of program. Fifty-two students from the
Science Education Program – Prime Students and the Program Khas Pensiswazahan
Guru students were involved in this study. This was an exploration survey and the test
instrument used was the Ujian Tahap Kefahaman Mengumpul Data dan Mentafsir
Data. There were 40 objective items in the test. The reliability of the test was ά = .89.
The Descriptive Statistical Analysis in the form of mean, standard deviation and
maximum score were used in analyzing the data of the survey. It was found out that
the level of understanding in collecting data and interpreting the data among the Year
Four students was in general and across gender was good. On the other hand, the
result of the survey indicated that both skills across study program were average to the
Prime students and good to the Program Khas Pensiswazahan Guru students. The
implication of the study was that they should be a change in the students’ attitude and
the teaching and learning practices of the lecturer.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual x
Senarai Rajah xi
Senarai Singkatan xii
Senarai Lampiran xiii
1 PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Rangka Kerja Konsep 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Andaian Kajian 8
1.9 Batasan Kajian 9
1.10 Takrifan 9
viii
1.10.1 Tahap Kefahaman 10
1.10.2 Mengumpul Data 10
1.10.3 Mentafsir Data 11
1.11 Rumusan 11
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pendahuluan 13
2.1 Kemahiran Mengumpul Data 13
2.2 Kemahiran Mentafsir Data 16
2.3 Kajian Dalam Negara 18
2.4 Kajian Luar Negara 19
2.5 Rumusan 21
3 PENGKAEDAHAN
3.0 Pendahuluan 22
3.1 Reka Bentuk Kajian 22
3.2 Tempat dan Sampel Kajian 23
3.3 Alat Kajian 23
3.4 Kajian Rintis 24
3.5 Analisis Dapatan Kajian 24
3.6 Rumusan 25
4 DAPATAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan 26
4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data
dan Kemahiran Mentafsir Data 26
4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data
dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas Jantina 27
4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data
dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas Program
Pengajian 28
ix
4.4 Rumusan 30
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan 31
5.1 Ringkasan 31
5.2 Kesimpulan 32
5.3 Perbincangan 34
5.3.1 Tahap Kefahaman Kemahiran
Mengumpul Data dan
Kemahiran Mentafsir Data 34
5.3.2 Tahap Kefahaman Kemahiran
Mengumpul Data dan
Kemahiran Mentafsir Data
Merentas Jantina 37
5.3.3 Tahap Kefahaman Kemahiran
Mengumpul Data dan
Kemahiran Mentafsir Data
Merentas Program Pengajian 38
5.4 Implikasi 40
5.5 Cadangan 42
5.6 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 44
5.7 Rumusan 44
RUJUKAN 46
LAMPIRAN 50
Lampiran A 51
Lampiran B 76
Lampiran C 77
x
SENARAI JADUAL JADUAL MUKA SURAT 3.1 Hubungan antara markat min dengan
tahap kefahaman 23 4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data 27
4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas Jantina 28
4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman
Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas Program Pengajian 29
xi
SENARAI RAJAH RAJAH MUKA SURAT 1.1 Rangka Kerja Konsep 7
xii
SENARAI SINGKATAN AAAS American Association for the Advancement of Science
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KPS Kemahiran Proses Sains
KS Kemahiran Saintifik
M Min
NL Bilangan lelaki
NP Bilangan perempuan
NPKPG Bilangan pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru
NSPN Bilangan pelajar Perdana
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PEKA Pentaksiran Kemahiran Amali Sains
PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru
PP Petunjuk prestasi
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
SL Sisihan lazim
SPN Program Pendidikan Sains
SPSS Statistical Package For Social Science
TISP Test Of Intergrated Science Process
UKMMD Ujian Tahap Kefahaman Mengumpul dan Mentafsir Data
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiii
LAMPIRAN SENARAI TAJUK
Contoh set soalan UKMMD LAMPIRAN A
Senarai Jawapan UKMMD LAMPIRAN B
Pengesahan Item LAMPIRAN C
BAB 1
PENGENALAN 1.0 Pendahuluan
Matlamat kerajaan Malaysia ialah untuk mencapai status negara maju. Bertitik
tolak dari hasrat ini kurikulum sains telah diolah untuk mewujudkan masyarakat yang
saintifik dan progresif serta berilmu. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)
berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi,
memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun
sains dan teknologi masa depan
Menguasai kemahiran saintifik (KS), merupakan salah satu daripada objektif
dalam Kurikulum Sains (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Laporan
Jawatankuasa Kabinet yang dikeluarkan pada tahun 1980 menyatakan kurikulum
sains tidak menitikberatkan penggunaan sains dalam kehidupan serta tidak berusaha
membentuk insan kamil, sebagaimana yang diilhamkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, (2001). Antara langkah-langkah
yang diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah ini ialah
memperkenalkan Pentaksiran Kemahiran Amali Sains (PEKA) pada tahun 1997.
PEKA merupakan instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan
pendekatan rujukan kriteria yang menjuruskan kepada penjaminan kualiti.
Falsafah di sebalik PEKA ialah untuk melahirkan pelajar yang boleh
menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS). Dalam usaha untuk melahirkan
2
masyarakat yang berbudaya sains dan teknologi serta bersedia menghadapi cabaran
globalisasi, kaedah pengajaran yang diamalkan oleh para guru mempunyai kesan yang
besar dari segi membina kefahaman dan penguasaan para pelajar terhadap ilmu
pengetahuan yang disampaikan oleh mereka (Shaharom, 1996).
Malangnya ramai dalam kalangan guru masih menggunakan kaedah tradisi
dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998). Azizah (1999)
menyatakan guru masih menggunakan papan hitam dan banyak memberi syarahan di
mana pelajar disogok dengan fakta tanpa memahaminya. Terdapat sebilangan guru
sains yang tidak melaksanakan kurikulum sains Kurikulum Baru Sekolah Menengah
(KBSM) di sekolah dengan berkesan seperti yang dirancang. Dapatan dari kajian yang
dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) mendedahkan guru sains
masih cenderung dan terikat dengan kaedah pengajaran-pembelajaran yang
berpusatkan guru, tanpa berusaha memberi penekanan terhadap kesepaduan domain
kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Abu Hassan (2002) mendedahkan guru
gemar melakukan eksperimen dengan mengikuti “resepi” di dalam makmal,
sebagaimana dalam pendekatan tradisi.
Berdasarkan dari dapatan kajian yang terdahulu, jelas menunjukkan keperluan
yang mendesak supaya diadakan kajian terhadap tahap penguasaan KS dalam
kalangan guru dan bakal guru. Penyelidik memberikan tumpuan kepada kemahiran
mengumpul data dan kemahiran mentafsir maklumat. Kemahiran mengumpul data
dan mentafsir maklumat diperincikan dalam PEKA. Manakala kemahiran mentafsir
maklumat juga diterangkan dengan jelas dalam KPS. Penyelidikan ini dijalankan
dalam kalangan pelajar program pendidikan sains (SPN) Universiti Teknologi
Malaysia (UTM). Terdapat dua kumpulan pelajar program pendidikan sains iaitu
pelajar Perdana dan pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Pelajar
Perdana merupakan bakal guru dan pelajar PKPG merupakan guru yang telah
mengajar.
3
1.1 Latar Belakang Masalah Kemahiran proses sains telah menjadi perkara yang penting dalam kurikulum
sains. Walau bagaimanapun menurut Vantipa et al. (1996) sukatan pelajaran masih
lagi tertumpu kepada isi pelajaran. KPS masih lagi berada di aras objektif pelajaran
dan tidak diperincikan dengan jelas dalam kurikulum. Lantas kepentingan KPS tidak
dapat dijelmakan dalam pengajaran dan peperiksaan.
“However, detailed curriculum content is still very much focus on
the subject matter knowledge. Science proses skills remains very
much at the obective level and detailed are not available in the
curriculum…. The importance of science process skills thus failed to
materialise during teaching and examinations.”
(Vantipa et al., 1996:19)
Pengajaran dan pembelajaran serta penilaian kemahiran proses sains perlu
dilihat dengan lebih terperinci untuk memastikan kejayaan pendidikan sains di
Malaysia. Atas dasar ini Lembaga Peperiksaan Malaysia memperkenalkan PEKA
pada tahun 1997. Ciri-ciri yang terkandung dalam PEKA menumpukan kepada tahap
kefahaman murid. Bagaimana dengan tahap kefahaman guru? Tahap kefahaman guru
dalam KPS tidak dinilai secara terperinci kerana mengandaikan jika keputusan PEKA
murid baik maka penguasaan guru selaku tenaga pengajar juga berada di tahap yang
baik.
Bakal guru sains di Malaysia dilatih dalam kemahiran proses sains. Timbul
persoalan tentang keberkesanan penerapan pengetahuan KPS ini di peringkat
universiti dan Institut Perguruan. Adakah bakal guru sudah bersedia untuk mengajar
sains dan membuat keputusan-keputusan yang sah tentang penyiasatan sains di
sekolah nanti. Isu ini adalah sejajar dengan pendedahan Rice dan Roychoudhury yang
mendapati bakal guru merasakan tindak bersedia untuk mengajar sains.
“Recent study have indicated elementary preservice teachers do not
feel adequately prepared for teaching science content areas”
(Rice and Roychoudhury, 1994:4)
4
Bakal guru ini kelak akan mengelak dari mengajar menggunakan
pendekatan KPS kerana mereka sendiri merasakan tidak benar-benar bersedia
untuk mengajar sains. Masalah keyakinan pada bakal guru terhadap KPS akan
menyebabkan pandangan yang negatif terhadap mata pelajaran sains itu sendiri.
Kajian Downing, Jan E et al., (1998) mengesahkan terdapat hubungan antara
keberkesanan guru mengajar kemahiran proses sains dengan pandangan mereka
terhadap sains.
“Data analyis found a significant positive relationship between how
well teacher performed science process skills and their attitudes
towards science.”
(Downing, Jan E, et al.,1998:1)
Bakal guru yang berjaya menguasai KPS akan mempunyai pandangan yang
positif terhadap sains. Terdapat juga persoalan tentang tahap kefahaman kemahiran
mentafsir maklumat dalam kalangan bakal guru sains. Adakan kemahiran ini sudah
mencukupi untuk mereka membimbing pelajar-pelajar mereka nanti. Menurut Roth,
McGinn, & Bowen (1998), terdapat bukti-bukti yang menunjukkan guru sains tidak
mahir dalam mentafsir maklumat menyebabkan sukar untuk menerapkan kemahiran
ini kepada murid-murid.
“...there is some evidance that science teachers may not enact
competant data intrepretation themselves.”
(Roth, McGinn, & Bowen, 1998:48)
Guru yang gagal menguasai kemahiran mentafsir maklumat akan
menyebabkan kegagalan pengajaran dan pembelajaran sains. Mohamad Isa (1999)
mendapati pengusaan guru pelatih terhadap KPS seperti menganalisa maklumat masih
lemah. Kira-kira 48% guru pelatih berada di bawah min pencapaian keseluruhan. Tan
(2000) mendapati guru masih gagal menguasai kemahiran pengurusan data.
Berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan terdapat sebab yang kukuh supaya
diadakan kajian untuk menilai tahap kefahaman kemahiran kedua-dua KPS ini
dikalangan guru dan bakal guru.
5
1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, masalah umum dalam KPS ialah
kurangnya kefahaman KPS dalam kalangan pelajar. Masalah yang hendak dikaji ialah
tahap kefahaman KPS pelajar Tahun Empat SPN. Secara khususnya, kajian ini
dilaksanakan untuk mengetahui tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan
kemahiran mentafsir data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan
Sains (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia.
1.3 Objektif Kajian
Beberapa objektif telah dikenal pasti antaranya ialah:
1. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir
data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN
/ SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia.
2. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir
data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN
/ SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia merentas jantina.
3. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir
data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN
/ SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia merentas program pengajian.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini diharap dapat membantu mamberikan maklumat yang berguna
terhadap beberapa persoalan antaranya:
1. Apakah tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir data
dalam kalangan pelajar (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi
Malaysia?
6
2. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengumpul data
dan mentafsir data dalam kalangan pelajar (SPN / SPN-PKPG) Universiti
Teknologi Malaysia merentas jantina?
3. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengumpul data
dan mentafsir data dalam kalangan pelajar (SPN / SPN-PKPG) Universiti
Teknologi Malaysia merentas program pengajian?
1.5 Rangka Kerja Konsep
Rajah 1.1 mengambarkan secara ringkas rangka kerja konsep kajian. Kajian
ini merangkumi kemahiran mengumpul data dan mentafsir maklumat. Mengumpul
data ialah sebarang aktiviti mengumpul dan merekod maklumat dilaksanakan selepas
proses pemerhatian dan pengukuran secara bersistematik. Manakala mentafsir data
melibatkan aktiviti menyusun, menganalisis, mensistesis data menggunakan jadual,
graf dan diagram untuk mencari sebarang corak yang boleh dijadikan sebagai
pertunjuk kepada pembinaan inferens, ramalan atau hipotesis. Dalam kajian ini, tahap
kefahaman pelajar diukur menggunakan Ujian Tahap Kefahaman Mengumpul dan
Mentafsir Data (UKMMD). Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah tahap
kefahaman pelajar SPN terhadap kemahiran mengumpul data dan mentafsir
maklumat. Pembolehubah yang bebas ialah jantina dan merentas program.
Pembolehubah yang dikawal ialah tahun pengajian pelajar SPN.
7
Rajah 1.1: Rangka Kerja Konsep
Kemahiran Sains
Kemahiran Proses Sains
Mengumpul data Mentafsir data
Tahap Kefahaman
Sangat baik, Baik,
Sederhana, Lemah,
Sangat lemah
UKMMD
1.6 Kepentingan Kajian
Faedah dari kajian ini akan dapat membantu guru, pensyarah, fakulti dan
universiti meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains.
Dapatan dari kajian ini akan memberikan maklumat yang terkini berkenaan kedua-dua
KPS ini lantas dapat membantu dalam proses penambahbaikan P&P sains di peringkat
guru sehingga ke peringkat universiti. Guru merupakan golongan utama yang akan
8
mendapat faedah dari kajian ini. Golongan ini akan didedahkan kepada kedudukan
sebenar penguasaan kedua-dua kemahiran proses sains mereka. Sekiranya terdapat
kekurangan maka perlu diperbaiki melalui peningkatan profesionalisme. Para
pensyarah boleh memanfaatkan dapatan kajian ini untuk meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran mereka agar kedua-dua kemahiran ini dapat
disampaikan dengan lebih jitu lagi. Pensyarah dapat menentukan peruntukan masa
yang sesuai dalam mengajar kedua-dua kemahiran ini. Dapatan kajian ini dapat
membantu pensyarah memilih kaedah pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam
penyampaian KPS. Pensyarah mampu membuat perancangan yang kemas dan
penilaian yang jitu. Pihak Fakulti boleh menggunakan dapatan kajian ini dalam proses
membuat dasar berkenaan kurikulum. Dapatan ini boleh dijadikan panduan kepada
pihak Fakulti dalam mengkaji keberkesanan kursus pendidikan amali sains. Pihak
universiti dapat meningkatkan kualiti guru yang dihasilkan. Peningkatan kualiti guru
dapat meningkat imej Universiti Teknologi Malaysia sebagai pusat perkembangan
ilmu.
1.7 Skop Kajian
Kajian berbentuk tinjauan dan menggunakan ujian pencapaian UKMMD
untuk menilai tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan kemahiran mentafsir
data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN / SPN-
PKPG) Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 57 orang peserta kajian terlibat dan
kesemuanya ialah pelajar Tahun 4 SPN. Separuh dari peserta kajian ialah perempuan.
Data dalam kajian berbentuk markah UKMMD. Kajian akan dilaksanakan di UTM
Skudai bermula Januari 2008.
1.8 Andaian Kajian
Penyelidik menetapkan beberapa andaian untuk meningkatkan kebenaran
keputusan kajian. Antaranya ialah:
9
1. Penyelidik mengandaikan kaedah tinjauan merupakan kaedah terbaik
dalam menjalankan kajian.
2. Alat kajian UKMMD adalah ujian pencapaian terbaik dalam menilai tahap
kefahaman peserta kursus.
3. Peserta kajian memberikan jawapan secara jujur terhadap item dalam alat
kajian.
4. Soal selidik yang diberikan kepada peserta kajian adalah bersesuaian
dengan aras pengetahuan mereka.
5. Peruntukan masa yang diberikan kepada peserta kajian adalah mencukupi
untuk mereka menjawab dengan baik kesemua item yang ditadbir.
6. Penglibatan responden adalah secara sukarela.
1.9 Batasan Kajian
Kajian ini terbatas kepada beberapa kekanggan antaranya:
1. Waktu diperuntukkan untuk mentadbir item soal selidik tidak bersesuaian
dengan kehendak penyelidik disebabkan pelajar SPN mempunyai jadual
yang berbeza dan ketat.
2. Penyelidik tidak dapat memastikan bahawa kesemua peserta kajian benar-
benar memahami soalan-soalan yang dinyatakan oleh penyelidik kerana
hanya penyelidik sahaja yang terlibat dalam mentadbir ujian penilaian.
1.10 Takrifan
Terdapat beberapa takrifan yang digunakan oleh penyelidik dalam
menerangkan maksud khusus berkaitan kajian tahap kefahaman mengumpul data dan
mentafsir data. Takrifan tersebut adalah seperti tahap kefahaman, kemahiran
mengumpul data dan kemahiran mentafsir data.
10
1.10.1 Tahap Kefahaman
Menurut Kamus Dewan (2005), tahap membawa maksud ukuran atau aras
yang digunakan dalam menilai sesuatu yang diperlukan. Dalam kajian ini tahap
dikategorikan sebagai tahap sangat baik, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah.
Manakala faham diertikan sebagai 1) fahaman pengetahuan dalam fikiran mengenai
sesuatu pengertian, 2) fikiran atau anggapan dan sebagainya yang menjadi pegangan
seseorang, pendapat, 3) tahu atau mengerti benar akan sesuatu, 4) kepercayaan
(pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu. Kefahaman membawa maksud
keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang
dipelajari (dibaca dan sebagainya). Dalam kajian ini kefahaman membawa maksud
kemampuan memahami kedua-dua kemahiran proses sains mengumpul data dan
mentafsir data. Ringkasnya, dalam kertas kerja ini tahap kefahaman membawa
maksud kemampuan aras sangat baik, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah dalam
memahami kemahiran proses sains mengumpul data dan mentafsir data.
1.10.2 Mengumpul Data
Menurut Panduan Pentaksiran Kerja Amali Sains Tambahan (Lembaga
Peperiksaan Malaysia), konstruk yang ditaksirkan mengumpul data merangkumi ialah
PP1 Membina jadual dan melukis graf berdasarkan ciri-ciri tertentu.
“Data collection refer to any activities that involves with data
collection and data recording using scientific observation and
measurement.”
(American Association for the Advancement of Science
(AAAS)1998:2)
Dalam kajian ini, penyelidik mentakrifkan kemahiran mengumpul data ialah
sebarang aktiviti mengumpul dan merekod maklumat dilaksanakan selepas proses
pemerhatian dan pengukuran secara bersistematik.
11
1.10.3 Mentafsir data
Menurut Panduan Pentaksiran Kerja Amali Sains Tambahan (Lembaga
Peperiksaan Malaysia), konstruk yang ditaksirkan dalam kemahiran mentafsir data ini
merangkumi:
PP1 Dapat menyatakan bentuk graf yang dilukis.
PP2 Dapat menyatakan kesimpulan bagi eksperimen berdasarkan maklumat
dari jadual dan graf
PP3 Dapat menyatakan cadangan langkah untuk membaiki keputusan
ekaperimen.
“Data interpretation is define as any activities of analyze,
synthesize using graph, table, diagram to find patern that can be
used in constructing inferens, prediction and hyphothesis.”
(American Association for the Advancement of Science
(AAAS)1998:2)
Dalam kajian ini, penyelidik mentakrifkan mentafsir data bermaksud
menyusun, menganalisis, mensistesis data menggunakan jadual, graf dan diagram
untuk mencari sebarang corak yang boleh dijadikan sebagai pertunjuk kepada
pembinaan inferens, ramalan atau hipotesis.
1.11 Rumusan
Matape lajaran sains merupakan mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan
Malaysia. Inti pati mata pelajaran sains ialah Kemahiran Sains. Kekuatan utama
dalam Kemahiran Sains ialah Kemahiran Proses Sains. Kegagalan tenaga pengajar
menguasai kemahiran ini akan menyebabkan kepincangan Kemahiran Sains lantas
12
mengakibatkan keruntuhan sistem pendidikan Malaysia. Terdapat beberapa kajian
yang menunjukkan guru gagal menguasai kemahiran proses sains mengumpul data
dan mentafsir maklumat. Kesemua kajian menyimpulkan bahawa terdapat keperluaan
supaya diadakan kajian untuk menilai tahap kefahaman kemahiran kedua-dua KPS ini
dalam kalangan guru dan bakal guru. Persoalan utama dalam kajian ini ialah untuk
melihat tahap kefahaman KPS mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan
pelajar SPN UTM. Persoalan sampingan dalam kajian ini ialah mencari tahap
kefahaman KPS merentas jantina dan merentas program pengajian.
Matlamat utama kajian ialah untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar
SPN terhadap kedua-dua KPS dan matlamat sampingan dari kajian ini ialah untuk
mengenal pasti tahap kefahaman KPS merentas jantina, merentas program pengajian.
Kajian ini dapat membantu mamberikan penjelasan kepada persoalan mengenai tahap
pemahaman KPS pelajar SPN. Pembolehubah bersandar ialah tahap kefahaman
pelajar SPN terhadap kemahiran mengumpul data dan mentafsir maklumat.
Pembolehubah yang bebas ialah jantina dan program pengajian. Manakala
pembolehubah yang dimalarkan ialah tahun pengajian. Kajian ini dapat membantu
dalam proses penambahbaikan kurikulum sains di peringkat guru sehingga ke
peringkat universiti. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Responden dalam
kajian ini ialah pelajar Tahun Empat SPN. Kesemua item diberikan kepada responden
di UTM Skudai. Penyelidik mengadaikan kesemua item dijawab dengan jujur dalam
masa yang mencukupi. Batasan dalam kajian ini ialah masa yang sesuai untuk
mentadbir item soal selidik. Penyelidik tidak dapat memastikan bahawa responden
benar-benar memahami soalan-soalan yang dinyatakan oleh penyelidik. Kajian ini
juga perlu mengambil kira kelemahan reka bentuk kajian, pendekatan kajian dan
perlaksanaan dalam mentadbir ujian. Bab 2 seterusnya akan membincangkan tentang
teori berkaitan KPS berserta kajian-kajian berkaitan. Bab 3 membicarakan tentang
pengkaedahan kajian dari sudut reka bentuk, peserta, alat kajian, tatacara dan analisis
kajian.
BAB 2
SOROTAN PENULISAN
2.0 Pendahuluan
Bab 2 membincangkan tentang kajian-kajian berkaitan kemahiran mengumpul
serta merekod data dan mentafsir data. Kajian berkaitan kedua-dua kemahiran ini
dibahagikan kepada kajian dalam negara dan kajian luar negara. Penyelidik
membincangkan tentang teori berkaitan KPS dengan memberikan perhatian yang
khusus kepada kemahiran mengumpul data dan mentafsir data.
2.1 Kemahiran Mengumpul Data.
“…research in scientific laboratories and scientific field work has
shown that designing investigations, collecting data, transforming
data, and interpreting the resulting representation are some of the
quientessential scientific practices.”
(Roth & Bowen, 1998:5)
Roth dan Bowen (1998) menyatakan kajian saintifik dalam makmal dan
lapangan telah menunjukkan kepentingan rekabentuk penyiasatan, mengumpul data,
mengolah data dan mentafsir keputusan merupakan contoh terbaik dalam KS.
Kesemua kemahiran ini terdapat dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan. Kaedah
inkuiri penemuan mengalakkan murid menyiasat sesuatu kejadian secara
bersistematik dan saintifik. Aktiviti mengumpul data contohnya bukan sahaja
14
memberikan peluang murid melakukan sains tetapi dapat meningkatkan kefahaman
berkenaan eksperimen yang sedang dilaksanakan. Contohnya, murid diminta
merekodkan masa yang diperlukan untuk beberapa helai kain kering. Pembolehubah
yang dimalarkan ialah jenis kain dan saiz kain. Pembolehubah yang dimanipulasikan
ialah luas permukaan kain yang terdedah kepada udara dan pembolehubah bergerak
balas ialah masa untuk kain kering. Murid dapat membuat andaian tentang hubungan
luas permukaaan dengan kadar air menyejat setelah mengumpul data mengenai masa
untuk air tersejat. Roth, Masciota dan Bowen menyatakan aktiviti yang
mengabungkan matematik (untuk tujuan mencerap maklumat) dan sains bukan sahaja
menarik kerana murid mengumpul maklumat mereka sendiri malah dapat menerapkan
kefahaman yang mendalam terhadap pengetahuan berdasarkan pengalaman yang
merupakan asas kepada KS.
“…the integration of mathematics and science school activities may
not only be interesting because children collect their own data, but
may be essential for developing a thick layer of experiential knowledge
that underlies much of scientific’s understanding.”
(Roth, Masciota & Bowen, 1998:20)
Peka Sains Tambahan menetapkan pentaksiran kemahiran mengumpul dan
merekod data berdasarkan kepada petunjuk prestasi (PP).
PP1- Menbina jadual dan melukis graf dengan ciri-ciri berikut:
Jadual
(1) Tajuk lajur dan unit
(2) Melengkapkan lima bacaan pemboleh ubah manipulasi dengan
bilangan titik perpuluhan yang betul.
(3) Merekod lima bacaan pemboleh ubah bergerak balas dengan
bilangan titik perpuluhan yang betul.
Graf
(1) Tajuk graf.
(2) Label paksi-x sebagai pemboleh ubah manipulasi dan paksi-y
pemboleh ubah bergerak balas berserta unit.
(3) Skala seragam dan sesuai.
15
(4) Pemindahan sekurang-kurangnya 4 titik dari jadual.
(5) Bentuk graf yang sesuai dengan eksperimen dan garis licin.
(6) Saiz graf sekurang-kurangnya 50% daripada saiz kertas graf.
Atau
Merekod pemerhatian / keputusan bagi eksperimen bukan
penyiasatan saintifik dengan ciri:
(1) Merekod ukuran kepada bilangan titik perpuluhan yang
sepadan mengikut ketepatan alat pengukuran / merekod keputusan.
(2) Merekod ulangan pemerhatian dengan situasi yang berbeza jika
ada.
(3) Dapat merekod kepelbagaian maklumat yang relevan.
(4) Maklumat yang direkod dan dikumpul dengan tepat dan jelas.
Dapat mengumpul sebahagian data / maklumat kajian secara
sistematik.
• Jadual bagi penyiasatan saintifik menandungi sekurang-
kurangnya dua ciri.
• Graf mengandungi sekurang-kurangnya tiga ciri.
• Bagi bukan penyiasatan saintifik mengandungi dua ciri
kurang tepat.
Mempamirkan idea mengumpul maklumat dalam jadual dan
melukis graf atau mengumpul maklumat.
(Panduan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA Sains Tambahan), 2004:19)
Berdasarkan PEKA, kebolehan membina jadual dan melukis graf merupakan
satu-satunya PP untuk kemahiran mengumpul dan merekod data. PP1 memerlukan
murid mahir dalam pengurusan bentuk jadual dan persembahan maklumat dalam
bentuk graf. Contohnya dalam eksperimen mencari takat lebur dan takat didih air.
Murid diminta membuat jadual yang mempunyai tajuk lajur dan unit. Murid perlu
melengkapkan sekurang-kurangnya lima bacaan pembolehubah dimanipulasi (masa
dalam minit) dengan bilangan titik perpuluhan yang betul. Murid perlu merekodkan
sekurang-kurangnya lima bacaan pembolehubah bergerak balas (suhu dalam Celcius)
dengan bilangan titik perpuluhan yang betul. Kemudian murid perlu melukis graf
yang mempunyai tajuk, melabel paksi-x sebagai masa dalam minit dan paksi-y suhu
16
dalam Celsius. Skala yang digunakan haruslah seragam dan sesuai contohnya setiap 1
cm mewakili 10°C. Sekurang-kurangnya 4 titik dari jadual perlu dipindahkan ke graf
dan hanya 1 data yang boleh diabaikan kerana outlier. Graf yang terbentuk sesuai
dengan eksperimen takat lebur dan takat didih air dan bergaris licin. Murid perlu
melukis mengunakan sekurang-kurangnya separuh kertas graf.
2.2 Kemahiran Mentafsir Data
“Inquiry labs, as opposed to traditional cookbook labs, help students
learn and understand the intellectual processes and skills of scientists,
and the nature of scientific inquiry. Inquiry labs are driven by
questions requiring ongoing intellectual engagement, require the use
higher-order thinking skills, focus students’ attention on collecting and
interpreting data, and help them discover new concepts, principles, or
laws through the creation and control their own experiments.”
(Wenning, 2005:32)
Wenning menyatakan makmal (kaedah inkuiri sains) berbeza dengan makmal
‘buku masakan’. Makmal inkuiri membantu pelajar belajar dan memahami proses
intelektual, kemahiran saintis dan sifat penyiasatan saintifik. Makmal inkuikri dipacu
oleh soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi, mengembling daya tumpuan
murid dalam mengumpul data dan mentafsir data, membantu menemukan konsep,
prinsip atau hukum baru melalui perlaksanaan dan kawalan eksperimen mereka
sendiri. Contohnya eksperimen berkaitan fotosintesis. Murid perlu mereka bentuk
eksperimen mereka sendiri. Murid perlu menetapkan objektif eksperimen, tatacara
eksperimen, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat, cara mengumpul serta
merekod data, mentafsir data dan sebagainya. Apabila murid melaksanakan sendiri
penyelidikan maka mereka belajar secara aktif dan tahap kefahaman terhadap konsep
fotosintesis turut meningkat.
17
PEKA Sains Tambahan menggolongkan kemahiran mentafsir data bersama
kemahiran membuat kesimpulan. Kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan
boleh dinilai berdasarkan 3 petunjuk prestasi (PP).
PP1-Dapat menyatakan bentuk graf yang dilukis; atau menyatakan
pembolehubah bergerak balas dipengaruhi oleh pembolehubah
dimanipulasikan (contoh: Graf garis luris melalui asalan
dihasilkan; atau Tempoh ayunan dipengaruhi oleh panjang bandul).
Atau
Dapat membuat pernyataan khusus dari jadual (contoh: Plumbum
bromida dan kalium iodida dalam keadaan pepejal tidak
mengkonduksi arus tetapi dalam keadaan leburan boleh. Naftalena
dalam keadaan pepejal tidak mengkonduksi arus.)
Atau
Dapat membuat perhitungan dengan menunjukkan cara kerja
(contoh: menghitung muatan haba tentu).
PP2-Dapat menyatakan kesimpulan bagi eksperimen berdasarkan
maklumat dari jadual dan graf.
PP3 -Dapat menyatakan cadangan langkah untuk membaiki
keputusan eksperimen ( contoh: ladung disesar pada amplitud
kecil).
Dapat menguasai sekurang-kurangnya dua petunjuk prestasi
dengan tepat.
Dapat menguasai sekurang-kurangnya satu petunjuk prestasi.
(Panduan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA Sains Tambahan),
2004:21)
Kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan mempunyai 3 PP. PP1
berkait rapat dengan kemahiran mentafsir data. Dalam PP1 murid dapat menjelaskan
bentuk graf yang telah dilukis seperti graf garis lurus atau graf eksponential. Murid
dapat mememperkatakan pengaruh pembolehubah gerak balas dipengaruhi oleh
pembolehubah manipulasi seperti dalam Hukum Hook, semakin banyak beban pada
spring (pembolehubah manipulasi), semakin banyak pemanjangan spring
(pembolehubah gerak balas) . Murid perlu menyatakan fakta dari jadual contohnya air
limau dan air garam merupakan konduktor elektrik yang baik, manakala air gula
18
bukan konduktor elektrik yang baik. Murid dapat membuat kiraan dengan
menunjukkan jalan kerja seperti mengira voltan elektrik menggunakan arus dan
rintangan elektrik.
2.3 Kajian Dalam Negara
Lay (2001) telah menjalankan kajian berbentuk tinjauan. Terdapat dua alat
kajian iaitu Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB) dan soal selidik. Alat
kajian UKPSB mengandungi 36 item aneka pilihan dengan 4 pilihan untuk setiap item.
Alat kajian yang kedua ialah soal selidik profil guru sains sekolah rendah. Seramai
145 guru yang mengajar mata pelajaran sains di 45 buah sekolah rendah kebangsaan
terlibat dalam kajian ini. Kebolehpercayaan Cronbach’s alpha ialah .85. Lay (2001)
mendapati tahap pencapaian kemahiran proses bersepadu dalam kalangan guru sains
sekolah rendah agak rendah malah terdapat perbezaan yang amat ketara dalam
pencapaian kemahiran proses sains bersepadu antara guru sains. Kemahiran melukis
graf dan mentafsir maklumat mempunyai peratus kekerapan penguasaan yang paling
rendah. Dapatan kajian tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam
pencapaian keseluruhan KPS mengikut jantina.
Mohd Isa (1999) telah menjalankan kajian berbentuk tinjauan ke atas guru
pelatih semester 3 pengkhususan sains dan pengkhususan matematik di Maktab
Perguruan Kinta, Ipoh. Kajian ini telah melibatkan seramai 113 orang guru pelatih
semester tiga pada tahun 1999. Seramai 61 peserta kajian adalah lelaki. Pemboleh
ubah dalam kajian ini ialah keturunan, jantina dan pengajian. Alat kajian ialah Ujian
Kemahiran Proses Bersepadu (TIPS) yang merangkumi lima aspek KPS iaitu
menganalisis pemboleh ubah, mengenali dan menyatakan hipotisis, penerangan
operasi, merekabentuk penyelidikan dan membuat graf serta menganalisis data. TIPS
I mempunyai kebolehpercayaan Cronbach Alpha .89. Kajian ini mendapati hanya
8.8% peserta kajian menguasai sepenuhnya aspek membuat graf dan menganalisis
data. Seramai 34.4% peserta kajian memperolehi skor di bawah min.
19
2.4 Kajian Luar Negara
Kajian luar negara terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, kajian berkaitan
kemahiran mengumpul data dan mentafsir data. Kedua, kajian berkaitan KPS secara
umum. Kajian yang dilaksanakan oleh Bowen dan Roth merupakan kajian terhadap
kedua-dua KPS yang dikaji oleh penyelidik. Manakala kajian yang dilaksanakan oleh
Downing, Foulds dan Rowe merupakan kajian yang menyentuh keseluruhan
kemahiran dalam KPS.
Bowen dan Roth telah mengadakan kajian pada tahun 1999 yang bertajuk
“‘Do-able’ question, Covariation and Graphical Reperesentation: Do We Adequately
Prepare Preservice Science Teachers To Teach Inquiry?”. Kajian ini meninjau cara
guru (dan bakal guru) mentafsir data dan mengumpul data. Terdapat 3 kaedah dalam
penyiasatan ini. Kaedah pertama memerlukan peserta kajian mentafsir sekumpulan
data mentah yang dipersembahkan dalam satu kawasan kajian (Lost and Field
Notebook). Eksperimen ini memerlukan penyisatan untuk mencari kaitan antara data
rawak dan mengandungi satu maklumat outlier. Kedua, peserta kajian diminta
mentafsir graf sebenar yang telah diubahsuai untuk eksperimen Plant distribution.
Ketiga, peserta kajian diminta merangka penyiasatan, mengumpul data, mengolah
data dan mentafsir data mereka sendiri. Peserta kajian terdiri daripada 10 orang guru
sekolah rendah dan 25 orang guru sekolah menengah 4 orang guru pembimbing sains
(Practising Science Instuctor) dan 15 orang saintis. Guru sekolah rendah merupakan
pelajar tahun akhir di beberapa buah university di Western Canada. Tujuh orang
peserta kajian ialah perempuan dan 9 daripada peserta kajian mempunyai CGPA
melepasi purata. Guru sekolah menengah merupakan pelajar Kursus Persedian Guru
Sekolah Menengah di beberapa buah university di Western Canada. Kesemua guru ini
telah memperolehi ijazah sarjana muda. Sepuluh daripada 25 orang perserta kajian
merupakan lelaki. Dua orang daripada 4 guru pembimbing sains merupakan guru di
sekolah menengah dan selebihnya mengajar di universiti. Perserta kajian dari
kumpulan saintis mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun menjalankan
penyelidikan. Maklumat yang diperolehi dalam bentuk rakaman video dan jawapan
bertulis daripada peserta kajian. Rangka kerja kajian mengambil kira komunikasi data
secara gambaran dan tanda (simiotic) dan analisa intearaksi. Maklumat yang dicerap
20
telah dianalisis oleh para penyelidik secara individu dan berkumpulan. Kajian
menyokong telahan penyelidik bahawa peserta kajian yang tidak menerapkan KPS
dalam kehidupan seharian akan mengadaikan bahawa hubungan anatara
pembolehubah akan membentuk graf yang ‘cantik’ dengan setiap titik terletak dalam
garis lurus atau garis lengkung. Kajian ini mununjukkan peserta kajian cuba
memasukkan faktor lain untuk menghasilkan graf yang “cantik’ jika graf yang
terbentuk tidak memberikan gambaran yang sempurna hubungan antara pemboleh
ubah dimanipulasi dan bergerak balas. Dapatan kedua dalam kajian ini ialah graf
kadang kala memberikan tafsiran yang kabur tentang sesuatu kejadian. Perkara ini
berlaku disebabkan peserta kajian terpaksa mentafsir data dari graf yang telah di
permudahkan untuk menerangkan sesuatu kejadian. Begitu juga sebaliknya, sesuatu
kejadian dipermudahkan untuk dipersembahkan dalam bentuk graf. Pengkaji telah
merumuskan bahawa kebanyakan bakal guru tidak bersedia untuk mengajar KPS
terutamanya kemahiran mentafsir data. Peserta kajian juga didapati menghadapi
masalah melaksanakan dan merumuskan sesuatu penyiasatan.
Foulds dan Rowe telah menjalankan kajian bertajuk “The Enhancement of
Science Process Skills in Primary Teachers Education Students.” Peserta kajian
terdiri dari pelajar Tahun Satu dan Tahun Dua di Edith Cowan University. Peserta
kajian telah diberikan ujian berbentuk inkuiri penemuan berkaitan mentafsir data
sebelum dan selepas sesi P&P sains. Hasil kajian mendapati penguasaan peserta
kajian dalam KPS boleh ditingkatkan melalui pengalaman-pengalaman yang
bersesuaian.
Downing, Jan E. et al. telah menjalankan kajian bertajuk “ Science Process
Skills and Attitudeof Preservice Elementary Teachers”. Kajian ini berkaitan KPS dan
keterampilan guru sekolah rendah. Kajian ini berbentuk tinjauan melibatkan 46 bakal
guru. Alat kajian yang digunakan ialah Test of Integrated Process Skills II (TIPS II)
mempunyai kebolehpercayaan Cronbach’s alpha .89 untuk menilai kefahaman KPS
bakal guru. Alat kajian Science Attitude Scale (SAS) digunakan untuk menilai
keterampilan peserta kajian terhadap sains. Kajian ini mengkaji hubungan antara
tahap penguasaan KPS dan pandangan mereka terhadap sains. Kedua-dua sub-skala
mempunyai korelasi yang signifikan.
21
2.5 Rumusan
Bab ini membincangkan tentang takrifan kemahiran mengumpul data dan
merekod data yang diguna pakai dalam kajian ini. Terdapat dua kajian dalam negara
yang dibincangkan iaitu kajian Lay dan Mohd Isa. Manakala kajian luar negara
terdiri daripada tiga kajian iaitu kajian Bowen dan Roth, Foulds serta Rowe dan
Downing.
BAB 3
PENGKAEDAHAN KAJIAN
3.0 Pendahuluan
Bab ini membincangkan kaedah dalam melaksanakan kajian. Aspek yang
disentuh dalam bab ini meliputi reka bentuk kajian, tempat kajian dijalankan, sampel
kajian, alat kajian, kajian rintis, kaedah menganalisis data dan jangkamasa kajian.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah kajian tinjauan deskriptif.
Melalui kajian ini penyelidik dapat mengukur tahap kefahaman KPS peserta kajian.
Azizi et al. (2007) menjelaskan bahawa tinjauan deskriptif bertujuan mendapatkan
ukuran ataupun gambaran berkaitan keadaan atau pun ciri populasi. Penyelidik
memilih kaedah ini bersandarkan kepada tiga faktor. Pertama ialah kemudahan
peserta kajian memberi maklum balas pada item-item ujian bagi tujuan perbandingan.
Faktor kedua, dapatan kajian daripada sampel boleh mewakili populasi secara am.
Faktor ketiga, alat kajian yang piawai membenarkan perbandingan antara populasi
berbeza.
Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Kefahaman Mengumpul dan Mentafsir
Data (UKMMD). Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah tahap kefahaman
pelajar SPN terhadap kemahiran mengumpul data dan mentafsir data. Pembolehubah
bebas ialah jantina dan program. Pembolehubah yang dikawal ialah tahun pengajian
pelajar SPN.
23
3.2 Tempat dan Sampel Kajian
Kajian dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru.
Kajian ini tertumpu kepada pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN /
SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melibatkan 57 orang pelajar
dari Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN / SPN-PKPG) Universiti
Teknologi Malaysia, Kampus Skudai, Johor Bahru.
3.3 Alat Kajian
Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan UKMMD sebagai alat kajian.
Markat min dari UKMMD akan menentukan tahap kefahaman peserta kajian.
Jadual 3.1 : Hubungan antara markah min dengan tahap kefahaman
Markat Min Tahap Kefahaman
80 -100 Sangat Baik
65 - 79 Baik
50 – 64 Sederhana
35 – 49 Lemah
< 34 Sangat Lemah
Jadual 3.1 disesuaikan dari Buku Peraturan Akademik, Universiti Teknologi
Malaysia 2004.
Soalan-soalan dalam UKMMD dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi soalan mengenai jantina dan program
pengajian peserta kajian. Pada bahagian B pula, peserta kajian akan diminta untuk
24
menjawab soalan-soalan berkaitan dengan perkara-perkara yang akan dikaji oleh
penyelidik.
Maklumat yang diperolehi akan dianalisis menggunakan tatacara statistik
deskriptif. Markat min digunakan untuk mengukur kecenderungan data atau
mengukur tahap kefahaman peserta kajian. Sisihan lazim digunakan untuk mengukur
pembubaran data. Manakala jarak (range) digunakan untuk mengukur kepelbagaian
ataupun varian antara markat tertinggi dan markat terendah. Mod juga dicari untuk
mendapatkan kecenderungan data (Azizi et al., 2007).
3.4 Kajian Rintis
Kajian rintis dilakukan untuk menilai kesesuaian item-item UKMMD yang
disediakan. Faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian alat kajian ialah kesahan
item. Penyelidik terlebih dahulu mendapatkan nasihat pakar dalam bidang KPS untuk
mendapatkan kesahan isi soalan-soalan. Jenis kesahan yang paling penting adalah
kesahan isi, yang dapat dinilai dengan meminta kerjasama daripada pakar dalam
bidang yang dikaji bagi memeriksa ketepatan dasn kesahan set soal selidik yang
disediakan (Azizi et al., 2007). Kajian rintis dilakukan dengan menggunakan
UKMMD terhadap 5 orang peserta kajian dalam kalangan pelajar Tahun Empat
Program Pendidikan Sains (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia.
Dapatan kajian rintis mendapati darjah kebolehpercayaan UKMMD ialah ά = .89.
3.5 Analisis Dapatan Kajian
Pemprosesan data yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan
maklumat yang berguna daripada data yang diperolehi dan dianalisis secara deskriptif
dengan menggunakan markat min dan sisihan lazim untuk setiap pemboleh ubah
Analisis data bagi kajian rintis dan kajian sebenar dilakukan dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil analisa data akan
25
mengambil kira markat min dan sisihan lazim kedua-dua kemahiran untuk
mendapatkan tahap kefahaman peserta kajian.
3.6 Rumusan
Bab ini telah menerangkan langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan
kajian. Tatacara-tatacara yang dirancang dalam bab ini akan dapat memudahkan
pengkaji untuk melaksanakan kajian dan seterusnya memberikan panduan kepada
pengkaji untuk menyelesaikan kajian ini.