TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila...
Transcript of TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI … · ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila...
TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT
DI SABAH DAN SARAWAK
AZURA ABDUL AZIZ
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI SABAH DAN SARAWAK
SESI PENGAJIAN: 2008/2009.
Saya AZURA BINTI ABDUL AZIZ
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: PM.DR BAHARIN BIN ABU NO.155 BLOK 7 FELDA LEPAR UTARA 04 Nama penyelia 26400 BANDAR JENGKA PAHANG
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )”
Tandatangan : …………………..…….
Penyelia : PROF.MADYA DR.BAHARIN BIN ABU
Tarikh : 5 Mac 2009
TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH UTM BERKHIDMAT DI
SABAH DAN SARAWAK
AZURA BINTI ABDUL AZIZ
Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : Nama Penulis : AZURA BINTI ABDUL AZIZ Tarikh : 5 Mac 2009
iii
DEDIKASI
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Pertama dan terulung, adalah kesyukuran yang tidak terhitung buat Allah SWT, Tuhan pencipta alam. Dialah Tuhanku yang memberikan segala-galanya. Menganugerahkan
sebuah kehidupan, cita-cita dan matlamat.
Kedua, buat bonda tercinta Rosnah binti Deraman yang melahirkan aku dari rahim keibuannya. Berkongsi nafas dan nyawanya semenjak kelahiran sehingga
kedewasaanku. Sabar menanggung kerenah dan perangaiku dengan melafazkan kata-kata kasih dan sayang.
Ketiga, buat ayahanda tercinta Abd Aziz bin Hussin. Seorang bapa yang sukar dimengerti dan difahami. Namun, mampu dirasai ketulusan hati. Memberikan pembiayaan pengajian dari kecil hingga dewasa. Merealisasikan impian dan
cita-citaku menjadi satu kepastian.
Seterusnya buat adindaku, Azli bin Abd Aziz, Nuru Zila Abd Aziz, Nurul Aini Abd Aziz, Muhamad Arif Abd Aziz dan Nurul Farhana Abd Aziz. Kalian adalah adinda yang sangat kukasihi dan kumohon supaya kalian tetap menghargai setiap jasa dan
keringat yang kita telah sama-sama tumpahkan dalam membina keluarga ini.
Tidak dilupakan juga kepada pensyarah-pensyarah yang mencurahkan ilmu dan bakti kepada diriku yang penuh kelemahan dan kekurangan. Juga kepada mereka yang menyumbang masa, tenaga dan fikiran bagi menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada kalian.
Jazakumullahu khairan kathira
iv
PENGHARGAAN
Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke
atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat
dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah kehari kiamat.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah
mengizinkan saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Profesor Madya
Dr. Baharin Abu selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak
memberi tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi
serta kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan
terima kasih kepada seluruh pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan (JPTK) Fakulti Pendidikan UTM sesi 2008/2009 semester II
Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah
menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih yang tidak terhingga.
v
ABSTRAK
Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengkaji tahap kesediaan guru
pelatih UTM berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Responden kajian adalah terdiri
daripada 164 orang guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM. Instrumen kajian
terdiri daripada soal selidik yang mengandungi maklumat berkenaan latar belakang
responden, tahap kesediaan sikap serta kemahiran mengajar guru pelatih untuk
berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Soalan terbuka pada bahagian c berkenaan dengan
masalah yang dihadapi oleh guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM. Data-data
yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian statistik sosial sains (SPSS version
11.5 for window). Hasil analisis dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan
dan min. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian ini adalah 0.97. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan sikap dan kemahiran mengajar guru
pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM berada pada tahap tinggi iaitu 3.81 dan 3.91.
Walaubagaimanapun, kesediaan guru pelatih dalam menghadapi cabaran dan
melakukan tugas-tugas tambahan perlu dipertingkatkan. Selain itu didapati juga
bahawa guru pelatih ini hanya tahu menggunakan kaedah mengajar biasa sahaja dan
kurang bersedia untuk menggunakan kaedah pengajaran pengayaan serta masteri
learning. Keadaan guru pelatih ini harus diberi perhatian supaya guru pelatih
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi daripada segi sikap dan kemahiran mengajar
apabila ditempatkan mengajar. Sebagai kesimpulannya, beberapa cadangan
dikemukakan kepada pihak yang berkenaan untuk mempertingkatkan lagi tahap
kesediaan guru pelatih.
vi
ABSTRACT
This descriptive based study was carried out to investigate the level of readiness
of UTM teacher trainees to serve in Sabah and Sarawak. The respondents of this study
were 164 JPTK teacher trainees from the Faculty of Education, UTM. The instrument
of this study was a set of questionnaire which consisted of respondents demographic
information, their level of attitude readiness as well as their teaching skills to serve in
Sabah and Sarawak. Open-ended questions in section c inquire the problems faced by
JPTK teacher trainees of Faculty of Education, UTM. Data gathered were analysed
using the social science statistical package (SPSS Version 11.5 for window). The data
were presented in the forms of frequency, percentages and mean. The Alpha Cronbach
reliability value for this study is 0.97. The findings show that the level of attitude
readiness and the teaching skills that the JPTK teachers possess is of high level 3.81
and 3.91. However, teacher trainees readiness to face challenges and to complete
additional tasks must be increase. Besides, it was also found that these trainee teachers
only know how to teach using normal teaching method and were not ready to
implement enrichment teaching technique as well as mastery learning. As such, this
trainee teachers should be attended to so that the teacher trainees possess high level of
readiness in terms of attitudes, and teaching skills when they serve in schools. In
conclusion, a few recommendations are proposed to the authority to further improve the
level of readiness of trainee teachers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
viii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.6.1 Fakulti Pendidikan UTM 7
1.6.2 Guru-guru pelatih 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Operasi 8
1.8.1 Guru-guru Pelatih 8
1.8.2 Tahap Kesediaan 9
1.8.3 Sikap 9
1.8.4 Kemahiran Mengajar 9
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Guru Pelatih 12
2.3 Tahap Kesediaan 15
2.4 Sikap 16
2.5 Kemahiran Mengajar 18
2.6 Dapatan Kajian Lepas 21
2.7 Kesimpulan 24
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Populasi dan Responden Kajian 27
ix
3.4 Kaedah Pengumpulan Data 27
3.5 Instrumen Kajian 28
3.6 Kajian Rintis 30
3.6.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 30
3.7 Kajian Sebenar 31
3.8 Analisis Data 31
3.8.1 Kajian Deskriptif 31
3.8.2 Pengkelasan Skala 32
3.9 Penutup 33
4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Data Bahagian A : Latar Belakang Responden 35
4.2.1 Jantina 35
4.2.2 Bangsa 36
4.2.3 Umur 36
4.2.4 Kursus 37
4.2.5 Pilihan 38
4.2.6 Tempat Asal 39
4.3 Analisis Data Bahagian B : Kesediaan Guru Pelatih 40
4.3.1 Tahap Kesediaan Sikap 41
4.3.2 Tahap Kesediaan Kemahiran Mengajar 45
4.4 Analisis Bahagian C : Masalah Guru Pelatih 49
4.5 Penutup 50
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 51
5.2 Rumusan Kajian 51
5.3 Perbincangan Persoalan Kajian 53
x
5.3.1 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Dalam Aspek 53
Sikap
5.3.2 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Dalam Aspek 56
Kemahiran Mengajar
5.3.3 Masalah – masalah Yang Dihadapi Guru Pelatih 60
5.4 Cadangan Kajian 61
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 63
5.6 Penutup 64
BIBLIOGRAFI 66
LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik 70
B Surat Pengesahan Soal Selidik 75
Dr. M. Al-Muz-Zammil Yassin
C Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 76
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Ciri Guru Pelatih Yang Baik 13
2.2 Ciri Guru Pelatih Yang Lemah 14
3.1 Responden Kajian 27
3.2 Skala Likert Beserta Dengan Markah Skor 29
3.3 Pengkelasan Skor Skala Likert 32
3.4 Pengkelasan Skor Min dan Status 32
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 35
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 36
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 37
4.4 Taburan Responden Mengikut Kursus 37
4.5 Taburan Responden Mengikut Faktor Pemilihan 38
Kursus
4.6 Taburan Responden Mengikut Tempat Asal 39
4.7 Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi Tahap 41
Kesediaan Sikap
4.8 Taburan Frekuensi dan Peratusan Tahap 45
Kesediaan Kemahiran Mengajar
4.9 Min dan Purata Min Persoalan Kajian 48
4.10 Masalah Yang Dihadapi Guru Pelatih Untuk 49
Berkhidmat di Sabah dan Sarawak
xii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
Bil = Bilangan
UTM = Universiti Teknologi Malaysia
KPM = Kementerian Pelajaran Malaysia
SPA = Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
SPE = Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
SPJ = Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera)
SPH = Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
JPTK = Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
ABM = Alat Bantu Mengajar
SS = Sangat Setuju
S = Setuju
TP = Tidak Pasti
TS = Tidak Setuju
STS = Sangat Tidak Setuju
f = Frekuensi
% = Peratus
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 70
B Surat Pengesahan Soal Selidik 75
Dr. M. Al-Muz-Zammil Yassin
C Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 76
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan wahana yang penting dalam pembangunan sesebuah
negara. Disamping itu pendidikan juga merupakan saluran yang utama dan alat yang
berkesan untuk menjayakan cita-cita negara. Di Malaysia, pendidikan dilihat sebagai
proses membentuk individu. Pendidikan direncanakan sebagai suatu mekanisme yang
penting bagi membangunkan individu, masyarakat dan negara. Matlamat Kementerian
Pendidikan yang ingin melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek (JERI) adalah merupakan cita-cita murni yang ingin dicapai. Guru
adalah orang yang dipertanggungjawabkan serta diamanahkan untuk menghasilkan
masyarakat seperti yang diingini oleh pihak Kementerian Pendidikan. Justeru itu
pendidikan guru adalah penting untuk membekalkan guru pelatih dengan kemahiran
professional bagi membolehkan mereka mengajar dengan berkesan.
Isu penempatan guru menjadi isu yang paling hangat dikemukakan oleh guru
pelatih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaupun sistem pendidikan sudah
2
mengalami pelbagai perkembangan namun penempatan guru masih menjadi isu yang
membimbangkan. Kekurangan guru di Sabah dan Sarawak menjadi tanda tanya kepada
semua pihak kerana siswazah pendidikan yang dikeluarkan setiap tahun mencukupi
malah terdapat paparan di dada akhbar yang mengatakan siswazah pendidikan masih
lagi menganggur serta menunggu panggilan untuk mengajar. Pengarah Jabatan
Pelajaran Sabah dan Sarawak sentiasa membangkitkan rasa kerisauan terhadap
pencapaian sistem pendidikan mereka memandangkan terdapat perbezaan jurang yang
tinggi akibat kekurangan tenaga pengajar.
Menurut Berita Harian 31 Oktober 2007 ada menyatakan bahawa isu kekurangan
guru di pedalaman Sabah dan Sarawak dijangka terus berlarutan kerana anak watan
kedua-dua negeri terbabit sendiri tidak mahu bertugas di situ khususnya selepas tamat
pengajian. Pengerusi Jawatankuasa Bersama Kesatuan Guru-Guru Sabah-Sarawak,
William Ghani Bina ketika mendedahkan perkara itu, berkata mereka yang terbabit
bukan saja guru baru, malah kalangan yang dinaikkan pangkat sebagai penolong kanan.
Keadaan ini membuktikan bahawa masalah penempatan guru di Sabah dan
Sarawak adalah serius dan perlu diatasi dengan segera sebelum ianya menjadi satu
masalah yang besar dalam bidang Perguruan Malaysia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Profesion perguruan memerlukan guru menjalani latihan dan pendidikan guru
yang diadakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Badan Berkanun.
Latihan dan pendidikan guru diadakan di maktab perguruan dan universiti tempatan
mengikut kesesuaian kurikulum masing-masing (Esah Sulaiman, 2003 : 7).
3
UTM mula memperkenalkan kursus pendidikan pada tahun 1986. Pada
peringkat permulaan, ia dilaksanakan di bawah Fakulti Sains tetapi dengan penubuhan
Fakulti Pendidikan pada tahun 1993 menyebabkan segala urusan kursus pendidikan
diambil alih oleh Fakulti Pendidikan. Sehingga kini terdapat tiga program latihan
perguruan peringkat ijazah pertama yang dikendalikan oleh Fakulti Pendidikan iaitu
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan, Sarjana Muda Sains dan Komputer serta
Pendidikan dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Fakulti Pendidikan, 1999).
Program perguruan ini direka bentuk bagi melahirkan guru berijazah yang
berketrampilan dan berwibawa dalam bidang pengkhususan masing-masing. Ini selaras
dengan matlamat fakulti pendidikan untuk :
i. Memberi latihan ikhtisas perguruan khususnya dalam bidang sains, teknologi
maklumat, multimedia pendidikan serta pendidikan teknik dan vokasional
ii. Mempelopori dan menghasilkan kaedah serta bahan pengajaran dan
pembelajaran bagi mempertingkatkan penguasaan ilmu
iii. Memberi perkhidmatan dan perundingan dalam berbagai bidang pendidikan
untuk memenuhi kehendak pelanggan
iv. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat
Kursus persediaan guru yang dijalankan di UTM adalah selama empat tahun
dimana guru pelatih dilengkapkan serta dilatih dengan segala pengetahuan serta
kemahiran untuk mengajar mengikut kursus yang ditawarkan. Selain itu guru pelatih
harus menjalani latihan mengajar (praktikal) selama satu semester.
4
UTM juga melakukan penambahbaikan kepada sistem pendidikannya dengan
memperkenalkan satu program khas kepada semua pelajar tahun akhir kursus
pendidikan. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menambah kesediaan guru
pelatih bagi menghadapi segala cabaran apabila ditempatkan mengajar kelak. Program
yang berjalan selama 9 hari tersebut dipanggil Bina Insan Guru (BIG). Ini membuktikan
bahawa pihak UTM begitu mengambil berat tentang kesediaan guru pelatih pada masa
kini.
1.3 Pernyataan Masalah
Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah sebuah Institusi Pendidikan
Tinggi Awam (IPTA) yang menawarkan kursus pendidikan di bidang Teknik dan
Kejuruteraan. Semenjak penubuhannya universiti ini telah berjaya melahirkan ramai
graduan di bidang pendidikan teknik serta kejuruteraan. Antara kursus-kursus yang
ditawarkan adalah SPA, SPE, SPJ dan SPH. Kursus yang ditawarkan adalah selama
empat tahun. Motif utama kursus pendidikan ini adalah untuk melahirkan guru yang
berkesan.
Setelah berada di tahun akhir iaitu semasa semester dua tahun empat kesemua
pelajar pendidikan dikehendaki untuk mengisi borang penempatan. Mengikut prosedur
mengisi borang penempatan guru pelatih perlu mengisi dua tempat pilihan mengajar
mengikut kehendak masing-masing, tetapi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang
akan menentukan lokasi penempatan bagi guru-guru pelatih tersebut. Disinilah perlu
melihat tahap kesedian guru pelatih jika mereka diarahkan untuk mengajar di Sabah dan
Sarawak. Persediaan seorang guru bermula apabila ia mengikuti program pendidikan
perguruan lagi, dimana ia meliputi segala aspek sikap dan minat, pengetahuan bidang,
kemahiran mengajar serta sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan masalah
yang tidak dijangkakan. Tahap kesediaan ini perlu di nilai dari masa ke semasa untuk
5
menjamin kualiti sistem pendidikan negara. Dari segi akademiknya bakal guru perlu
mendapat pendedahan yang mencukupi dengan menguasai isi pelajaran yang akan
diajarnya.
Dalam mengikuti program perguruan ini, guru pelatih juga akan mempelajari
tentang teknik, kaedah dan cara penyampaian supaya pelajar-pelajar dapat memahami
apa yang hendak di sampaikan. Guru pelatih juga perlu menyiapkan mental mereka
untuk menghadapi segala cabaran-cabaran yang mungkin timbul semasa menyampaikan
sesuatu pengajaran. Yang paling utama guru pelatih perlu menaruh minat yang
mendalam terhadap bidang mereka. Selain itu guru pelatih juga perlu yakin pada
kemampuan diri sendiri untuk mengajar, ini kerana seorang guru pelatih itu telah
didedahkan dan diberikan asas yang cukup di institusi perguruan. Mereka cuma perlu
mengembangkan lagi asas yang sedia ada untuk pembelajaran dan pengajaran lebih
bermakna dan ini bergantung kepada tahap kesediaan mereka daripada segi sikap dan
kemahiran mengajar serta ketahanan menghadapi masalah. Walaubagaimanapun sudah
bersediakah guru pelatih ini untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Justeru itu kajian
ini dijalankan untuk melihat sejauhmanakah tahap kesediaan guru pelatih untuk
berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah :
1. Mengenalpasti tahap kesediaan sikap guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan
UTM untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak
2. Mengenalpasti tahap kesediaan kemahiran mengajar guru pelatih JPTK
Fakulti Pendidikan UTM
6
3. Mengenalpasti masalah-masalah bagi guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan
UTM untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak
1.5 Persoalan kajian
1. Apakah tahap kesediaan sikap guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM
untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak?
2. Apakah tahap kesediaan kemahiran mengajar guru pelatih JPTK Fakulti
Pendidikan UTM?
3. Apakah masalah-masalah bagi guru pelatih JPTK Fakulti Pendidikan UTM
untuk berkhidmat di Sabah dan Sarawak?