TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan...

33
TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU UNTUK MEMASUKI PASARAN KERJA MUHAMMAD AZRULHAKIM BIN ANUAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan...

Page 1: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI

INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU UNTUK MEMASUKI

PASARAN KERJA

MUHAMMAD AZRULHAKIM BIN ANUAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o

JUDUL: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN

ELEKTRONIK DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU

UNTUK MEMASUKI PASARAN KERJA

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya _ _MUHAMMAD AZRULHAKIM BIN ANUAR_________

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: PROF DR. MUHD RASHID RAJUDDIN

Nama Penyelia

No. 65 Jln Belibis 5,

Taman Perling,

81200 Johor Bahru,

Johor Darul Ta’zim.

Tarikh: _____________ Tarikh: _________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana

Muda (PSM).

Page 3: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : PROF.DR.MUHAMMAD RASHID BIN RAJUDDIN

Tarikh : 9 MEI 2011

Page 4: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI

INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU UNTUK MEMASUKI

PASARAN KERJA

MUHAMMAD AZRULHAKIM BIN ANUAR

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penyelia : MUHAMMAD AZRULHAKIM BIN ANUAR

Tarikh : 9 MEI 2011

Page 6: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penyelia : MUHAMMAD AZRULHAKIM BIN ANUAR

Tarikh : 9 MEI 2011

Page 7: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

iii

DEDIKASI

Syukur kepada Allah S.W.T dengan limpah rahmatnya telah mengurniakan

kekuatan untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini

Ku tujukan khas didekasi ini teristimewa buat…

Ayahanda dan Bonda tercinta

Anuar Bin Amir

&

Nur-Ulhudar Binti Jauhari

Yang sering berada disampingku ketika susah dan senang

Pengeorbanan mu akan ku kenang sehingga akhir hayat ku..

Buat kekanda dan adindaku ..

Yang memberikan dorongan dan semangat

untuk menjadi insan terbaik

tidak lupa pada rakan seperjuangan yang banyak menghukurkan bantuan

Semoga Allah S.W.T memberkati dan melimpahkan rahmatNya kepada kita

semua.

Page 8: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia rahmat dan IzinNya, saya

memperolehi kekuatan dan kesihatan untuk saya menyiapkan kajian ini pada waktu

yang ditetapkan.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan

yang tidak terhingga kepada penyelia projek sarjana muda saya Prof. Dr Muhammad

Rashid Bin Rajuddin atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh

menyiapkan penulisan ilmiah ini. Banyak perkara yang saya pelajari melalui curahan

ilmu dan jasanya yang tidak pernah putus dalam mendidik saya untuk menjadi insan

yang lebih berguna. Kepada semua warga pendidik Universtiti Teknologi Malaysia,

terima kasih atas pengajaran yang diberikan. Jasa kalian tidak tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali. Penghargaan ini juga dituju kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea

dalam menyiapkan penyelidikan ini. Semoga Allah membalas jasa baik yang telah

dihulurkan.

Terima Kasih semua.

Muhammad Azrulhakim Bin Anuar

Page 9: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap keyakinan

pelajar Jabatan Elektrik dan Elektronik di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru

untuk memasuki pasaran kerja. Tahap keyakinan yang dikaji ialah kemahiran teknikal,

kemahiran generik dan pengetahuan teori-teori yang dipelajari. Sampel kajian terdiri

daripada 82 orang pelajar tahun akhir Jurusan Elektrik dan Elektronik di Institut

Kemahiran MARA Johor Bahru. Set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen

kajian ini. Nilai Alpha (Cronbach) keseluruhan item soal selidik dalam kajian rintis

ialah 0.848. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For

Sceince (SPSS) versi 16.0 untuk mendapatkan kekerapan peratusan dan min. Hasil

daripada kajian menunjukkan tahap keyakinan pelajar daripada segi kemahiran

teknikal (min = 4.01), kemahiran generik (min = 4.12) dan pengetahuan teori yang

dipelajari (min = 4.14) kesemuanya berada pada tahap yang tinggi. Oleh yang

demikian beberapa pendekatan oleh pihak-pihak tertentu khususnya Institut kemahiran

MARA bagi memperbaiki dan meningkatkan tahap kemahiran teknikal,generik dan

pengetahuan teori yang dipelajari.

Page 10: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

vi

ABSTRACT

This descriptive study was to identify students' level of confidence in the

department at of Electrical and Electronic at the Institut Kemahiran MARA, Johor

Bahru to be employed. The level of confidence is measured in the student’s technical

skills, generic skills and theory they have learned. The sample consisted of 82 final

year students majoring in Electronics and Electrical at the Institute Kemahiran Mara

Johor Bahru. Questionnaires were used in this study. The Alpha Cronbach score for

the pilot test is 0.848. The results were analyzed using Statistical Package For Science

(SPSS) version 16.0. The statistics used were as frequency, percentage and mean. The

results of research shows the confidence student from technical skill (min = 4.01),

generic skill (min = 4.12) and theory that have learned (min = 4.12) were all at high

level. Therefore several approaches have been proposed to be taken by relevant

parties, especially the Institut Kemahiran Mara to improve and enhance the technical

skills, generic and theoretical knowledge.

Page 11: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACK vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xvi

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Institut Kemahiran Mara 3

1.3 Latar Belakang Masalah 5

1.4 Pernyataan Masalah 10

1.5 Objektif Kajian 11

1.6 Persoalan Kajian 12

1.7 Skop Kajian 12

1.8 Batasan Kajian 12

1.9 Kepentingan kajian 13

1.10 Definisi Istilah 14

1.10.1 Tahap 14

Page 12: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

viii

1.10.2 Keyakinan 14

1.10.3 Kemahiran Generik 15

1.10.4 Kemahiran teknikal 15

1.10.5 Elektrik dan Elektronik 15

1.10.6 Teori 16

1.10.7 Institut Kemahiran MARA 16

1.10.8 Latihan 16

1.10.9 Bumiputera 17

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Institut Kemahiran Mara (IKMJB) 19

2.2.1 Visi IKMJB 21

2.2.2 Misi IKMJB 21

2.2.3 Unit Jabatan Pengajian IKMJB 22

2.3 Pasaran Kerja 22

2.4 Kemahiran Generik 24

2.5 Kemahiran Teknikal 28

2.6 Pemahaman Melalui Pembelajaran Teori 31

2.7 Kemahiran Teknikal Dan Vokasional 33

BAB 3 METODOLOGI 35

3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 35

3.3 Tempat Kajian 36

Page 13: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

ix

3.4 Populasi dan Sampel kajian 36

3.5 Instrumen Kajian 37

3.5.1 Bahagian A 38

3.5.2 Bahagian B 38

3.6 Prosedur Kajian 39

3.7 Carta Alir Prosedur Kajian 40

3.8 Soal-Selidik 41

3.9 Ujian Rintis 41

3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42

3.11 Analisis Data 44

3.12 Penutup 45

BAB 4 ANALISIS DATA 46

4.1 Pengenalan 46

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 47

4.2.1 Umur 47

4.2.2 Jantina 48

4.2.3 Status 48

4.2.4 Kelulusan 49

4.2.5 Jenis Sekolah 49

4.2.6 Jurusan Sekolah 50

4.2.7 Bidang Kursus 50

4.3 Bahagian B 51

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 52

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 54

Page 14: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

x

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 58

4.3.4 Rumusan Keseluruhan 61

4.4 Cross Tab Mengikut Jantina 62

4.4.1 Soalan Kajian 1 62

4.4.2 Soalan Kajian 2 64

4.4.3 Soalan Kajian 3 65

4.5 Cross Tab Mengikut Kursus 66

4.5.1 Soalan kajian 1 66

4.5.2 Soalan Kajian 2 68

4.5.3 Soalan Kajian 3 70

4.6 Rumusan Cross Tab (Mengikut Jantina) 72

4.7 Rumusan Cross Tab (Mengikut Kursus) 73

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 75

5.1 Pengenalan 75

5.2 Rumusan Kajian 76

5.3 Perbincangan Kajian 77

5.31 Bahagian A: Latar belakang Responden 77

5.32 Bahagian B: Persoalan Kajian 78

5.3.2.1 Kemahiran Teknikal 78

5.3.2.2 Kemahiran Generik 80

5.3.2.3 Pengetahuan Teori 81

5.3.2.4 Persoalan kajian mengikut jantina 82

5.3.2.5 Persoalan kajian mengikut kursus 83

Page 15: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

xi

5.4 Cadangan Dalam Kajian 84

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 90

5.6 Kesimpulan 90

Page 16: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.0 Kursus Yang Ditawarkan Di Institut Kemahiran 3

Mara Johor Bahru

1.1 Status Pelajar IKM Setelah Menamatkan Pengajian 4

1.2 Unjuran Keperluan Tenaga Kerja Sektor Perkilangan 6

1.3 Jumlah Penggur Berdaftar, Kerja Kosong Keseluruhan 8

Industri,Kerja Kosong, dan Jumlah Penempatan Berdaftar

Mengikut Kumpulan Pekerjaan Dalam Sektor Perkilangan

1.4 Perbandingan Peratusan Tenaga Mahir Dilahirkan di 9

Beberapa Negara

2.1 Senarai Badan Unit Beruniform di IKMJB 27

2.2 Kriteria Pemilihan Kerjaya Oleh Majikan 29

2.3 Peringkat Kemahiran Diperolehi Pekerja 32

3.1 Jumlah Pelajar Tahun Akhir Jabatan Elektrik dan 37

Elektronik

Page 17: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

xiii

3.2 Persoalan Kajian dalam item 38

3.3 Nilai Alpha Cronbach's Bagi Setiap Persoalan Kajian 42

3.4 Kedudukan Item Dalam Nilai Alpha 43

3.5 Taburan Nilai Min Mengikut Tahap 45

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 47

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 48

4.3 Taburan Responden Mengikut Status 48

4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 49

4.5 Taburan responden mengikut jenis sekolah 49

4.6 Taburan Responden Mengikut Jurusan Sekolah 50

4.7 Taburan Responden Mengikut Kursus 50

4.8 Taburan Nilai Min Mengikut Tahap 51

4.9 Taburan Responden Mengikut Keyakinan Kemahiran 52

Teknikal

4.10 Taburan Responden Mengikut keyakinan Kemahiran 55

Generik

4.11 Taburan Responden Mengikut Keyakinan Pengetahuan 58

Teori Dipelajari

4.12 Rumusan Peratusan Responden Secara Keseluruhan 61

Dalam Persoalan Kajian

4.13 Taburan Responden Mengikut Jantina Keyakinan 63

Kemahiran Daripada segi Teknikal.

4.14 Taburan Responden Mengikut Jantina 64

Untuk Keyakinan Daripada Segi Kemahiran Generik

4.15 Taburan Responden Mengikut Jantina Untuk 65

Keyakinan Daripada Segi Pengetahuan Teori

4.16 Taburan Responden Mengikut Kursus Untuk 66

Keyakinan Daripada Segi Kemahiran Teknikal

4.17 Taburan Responden Mengikut kursus Untuk 68

Keyakinan Daripada Segi Kemahiran Generik

Page 18: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

xiv

4.18 Taburan Responden Mengikut Kursus Untuk 70

keyakinan Daripada Segi Pengetahuan Teori

4.19 Rumusan Peratusan Responden Secara Keseluruhan 72

Untuk Persoalan Kajian Mengikut Jantin

4.20 Rumusan Peratusan Responden Secara Keseluruhan 73

Untuk Persoalan Kajian Mengikut Jantina

Page 19: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Jabatan Pengajian di IKMJB 22

2.2 Model Mengenai Kemahiran Generik KPT 25

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 40

3.2 Pengelasan Skala 44

5.1 Cadangan Modul Kemahiran Generik Untuk Diterapkan 87

di IKMJB

5.2 Struktur Pengukuhan Kemahiran Teknikal dan Teori 88

yang Dipelajari Menerusi Projek Akhir

5.3 Model Pembelajaran berbentuk ’Problem Based Learning’ 89

Page 20: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

xvi

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

f – Frekuensi

α – Alpha Cronbach

% – Peratus

CPA – Certified Public Accountants

GMI – Jerman Malaysia Institut

IKMJB – Institut Kemahiran Mara Johor Bahru

IKM – Institut Kemahiran Mara

IMP – Malaysian Industrial Plan

JPA – Jabatan Perkhidmatan Awam

KPT – Kementerian Pengajian Tinggi

KKTM – Kolej Kemahiran Tinggi Mara

MEF – Esekutif Persekutuan Majikan Majikan Malaysia

MTEN – Majlis Tindakan Ekonomi Negara

MARA – Majlis Amanah Rakyat

MPPB - Pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian

bumiputera

MQA – Agensi Kelayakan Malaysia

Prof – Professor

PTV – Pendidikan Teknik dan Vokasional

P & P – Pengajaran dan Pembelajaran

PHD – Doktor Falsafah

SPSS –Statistical Packages for Social Sience

SLDN – Sistem Latihan Dual Nasional

Page 21: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Set soal Selidik Responden

B Set soal Selidik Pihak IKM

C Surat Memohon Kebenaran MendapatkanMaklumat

D Surat Pengesahan Kandungan Item Soal Selidik

E Hasil Data SPSS

Page 22: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Permintaan tenaga kerja semakin hari kian meningkat. Dengan beralih kepada

ekonomi berasaskan pengetahuan, negara semakin menyedari hakikat kepentingan

memiliki pekerja mahir dan separa mahir untuk menguasai teknologi dan produktiviti

bagi meningkatkan daya saing dan terus menarik pelaburan langsung asing (Tan & Gill,

2000).

Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,dalam tempoh

10 tahun ini, negara memerlukan lebih ramai pelajar bidang teknikal dan vokasional

untuk memenuhi keperluan 3.3 juta tenaga kerja mahir dan terlatih apabila negara

mencapai status negara maju pada 2020 (Utusan Malaysia, 25 ogos 2010)

Tenaga kerja masa kini memerlukan kemahiran dan ketrampilan yang baru dan

meluas merentasi pelbagai fungsi di tempat kerja berbanding masa lampau (Holton &

Trott, 1996). Menurut Jacinto (2001), juga menegaskan latihan kemahiran spesifik

semata–mata tidak menjamin pekerjaan, tetapi dengan memuatkan kemahiran generik

boleh membantu pelatih memperoleh pekerjaan. Thomas (1990) menyarankan agar

latihan kemahiran bukan sahaja memberikan kemahiran spesifik, malah kemahiran

Page 23: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

2

boleh kerja yang melancarkan lagi proses pembelajaran belia daripada alam

persekolahan kepada pekerjaan sebenar.

Kemahiran boleh kerja bersifat umum yang merangkumi bimbingan kerjaya,

keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penyelesaian masalah, kerja

berpasukan, interpersonal dan personaliti wajar diintegrasikan (Schmidt, 1999).

Menurut ILO (2001) lagi, langkah ini boleh menghasilkan tenaga kerja yang fleksibel

terhadap permintaan pasaran buruh semasa.

Daripada sejumlah 10,889,500 tenaga buruh di Malaysia pada tahun lalu, 57.3

peratus terdiri daripada bumiputera, kaum Cina pula 24.8 peratus sementara India dan

lain-lain sebanyak 8.2 peratus. Buruh di kalangan bukan warganegara pula berjumlah

9.7 peratus. Bilangan bukan warganegara dalam umur bekerja meningkat dengan

mendadak daripada 215,200 pada 1982 kepada 1,240,200 pada 2005. Tenaga buruh

bukan warganegara pula meningkat daripada 138,500 kepada 1.03 juta.Pekerja

tempatan pula masih melebihi pekerja asing dalam industri pembuatan iaitu sebanyak

19.1 peratus. Bagaimanapun, industri pembuatan merupakan industri kedua paling

ramai pekerja asing iaitu 17 peratus, hanya kurang dua peratus daripada pekerja

tempatan. (Utusan Malaysia,16 Jun 2009).

Sehubungan dengan itu, Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang

membangun, telah menyediakan beberapa buah institusi kemahiran bagi memenuhi

permintaan sumber tenaga manusia yang dikehendaki. Disamping itu, ia juga dapat

menyediakan para belia untuk mendapatkan latihan kemahiran bagi memudahkan

mereka memasuki bidang pekerjaan tertentu.Institusi-istitusi yang terlibat adalah seperti

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat

Giat Mara dan sebagainya. Selain daripada itu, salah sebuah agensi kerajaan yang turut

menyumbangkan ke arah pembangunan sumber manusia ialah Institut Kemahiran

MARA (IKM).

Page 24: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

3

1.2 Institut Kemahiran Mara

IKM ialah salah satu institusi latihan kemahiran awam yang terus berfungsi

sebagai pembekal utama tenaga kerja mahir dan separa mahir dengan menawarkan

pelbagai program latihan kemahiran. Sebagai sebuah institusi kemahiran, Institut

Kemahiran Mara merupakan salah sebuah institusi yang telah dipertanggungjawabkan

untuk melatih para belia dalam bidang kemahiran tertentu seperti bidang Elektrik,

Elektronik, Automotif dan Mekanikal. Jadual 1.0 dibawah menunjukkan kursus yang

ditawarkan di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru.

Jadual 1.0 Kursus Yang Ditawarkan Di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru

Peringkat Diploma

Bil Kursus Tempoh

(Bulan)

1

2

Diploma Teknologi Mekanikal Gas

Diploma Teknologi Pemanas,Pengudaraan dan Penyaman udara

36

Peringkat Sijil Kejuruteraan

1

2

3

4

Sijil Kejuruteraan Maritim

Sijil Kejuruteraan Elektronik Instrumen

Sijil Kejuruteraan Elektronik komunikasi

Sijil Kejuruteraan Mekatronik

24

30

Peringkat sijil Teknologi

1

2

3

4

5

6

7

Sijil Teknologi Elektrik Domestik dan Industri

Sijil Teknologi Elektrik Kuasa

Sijil Teknologi Mekanikal Pembuatan

Sijil Teknologi Mekanikal Penyelengaraan Mesin

Sijil Teknologi Mekanikal Lukisan dan rekabentuk

Sijil Teknologi Elektro penyaduran

Sijil Teknologi Kimpalan

24

36

24

Sumber: Profil Institut Kemahiran Mara Johor Bahru (2010)

Page 25: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

4

Institut ini juga bertanggungjawab untuk dalam mencorak keluaran mereka

dengan acuan mereka sendiri. Walau apapun kualiti lulusan teknikal yang dihasilkan

oleh institut, ianya mestilah sejajar dengan kehendak dan permintaan pasaran kerja.

Dengan kurikulum dan program yang telah dirangka sejak dari penubuhannya,institut

ini telah berjaya melahirkan ramai pekerja mahir setelah tamat pengajian seperti jadual

1.1 dibawah.

Jadual 1.1 Status Pelajar IKM Setelah Menamatkan Pengajian

Status Peratusan

Bekerja 77 %

Melanjutkan pengajian 15%

Usahawan 5%

Tidak bekerja 3%

Sumber: Institut Kemahiran Mara

Menurut Datuk Hishammuddin Bin Tun Hussein, di dalam pengurusan

pembangunan belia, pihak kerajaan telah mengeluarkan belanja yang agak banyak

contohnya untuk tahun 2004 sahaja, sebanyak RM82.5 juta diperuntukkan untuk

melatih para belia yang sedang mengikuti latihan di institusi kemahiran di seluruh

negara (Ramli Abdul Karim, 2004). Latihan yang berteraskan pendidikan teknik dan

vokasional ini, diharapkan akan dapat melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang amat

diperlukan oleh industri dan dapat meningkatkan ekonomi negara. Seterusnya dapat

menyumbang kepada peningkatan serta kemajuan negara ke arah mencapai Wawasan

2020.

Selaras dengan kepesatan perindustrian dan permintaan terhadap sumber tenaga

manusia, Institut Kemahiran Mara dibentuk berdasarkan objektifnya iaitu, untuk

menambahkan bilangan guna tenaga mahir bumiputera dalam beberapa bidang dan

Page 26: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

5

tahap kemahiran bagi sektor perdagangan dan perindustrian disamping mewujudkan

sumber bakal-bakal usahawan.(Sisipan Khas Piagam Mara).

Selain itu program kemahiran ini juga dijalankan bagi melatih Bumiputera

dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran yang melayakkan mereka berkhidmat

dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian disamping mewujudkan bakal

- bakal usahawan. Pelajar juga diberi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kursus

yang diceburi serta latihan industri untuk memantapkan pengetahuan teori dan amali

yang dipelajari.

Di IKM kursus latihan kemahiran dijalankan diperingkat sijil bagi belia

bumiputera berusia antara 17 hingga 47 tahun dalam bidang seperti Elektrik, Elektronik,

Automotif, Mekanikal. Kini terdapat 47 kursus sepenuh masa yang dikendalikan oleh

12 IKM seluruh negara dan tempoh latihan adalah 24 bulan (empat semester). Sehingga

kini program latihan kemahiran MARA Berjaya melahirkan tiga bentuk graduan iaitu

pekerja mahir, juruteknik, teknopreneur (usahawan) serta separa professional (

teknologis).

1.3 Latar Belakang Masalah

Kini negara sedang melalui transformasi ekonomi melalui rancangan ekonomi

baru dan sedang pantas menembusi zaman perindustrian. Perkembangan industri dan

persaingan ekonomi yang semakin pesat menunjukkan bahawa industri adalah semakin

berteknologi tinggi. Selaras dengan peralihan ekonomi baru dan penghasilan produk

berasaskan pengetahuan, permintaan akan lebih banyak tertumpu kepada tenaga

berkemahiran tinggi. Negara perlu mewujudkan lebih banyak tenaga mahir untuk

mengekalkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan pengambilan pekerja asing serta

meningkatkan daya saing (Mohamad, 2009).

Page 27: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

6

Ini disokong oleh data yang dihitung dari Laporan Penyiasatan Pembuatan, Jabatan

Perangkaan Malaysia (2005) yang menyatakan bahawa unjuran keperluan tenaga kerja

bagi tahun 2010 dalam pelbagai sektor pekerjaan berdasarkan jadual 1.2 di bawah.

Jadual 1.2 Unjuran Keperluan Tenaga Kerja Sektor Perkilangan

Pekerjaan Mahir Separa mahir

Elektrik dan elektronik 345 801 212030

Pengangkutan 45 692 42 259

Makanan 43 622 43 090

Perkilangan papan (kayu) 40 210 57 477

Pengeluran getah 40 908 31 525

Pengeluaran petroleum dan kimia 150 668 108 177

Industri bukan logam 27 219 31 676

Perkilangan lain 22 002 15 600

Sumber : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia,UKM

Industri elektrik dan elektronik adalah sektor industri Malaysia yang terkemuka

dan menyumbang kepada sebahagian besar keluaran, eksport dan pekerjaan perkilangan

negara. Keperluan tenaga kerja mahir dan tidak mahir sudah semestinya bertambah

dengan pertubuhan ekonomi. Perlaksanaan pusat pertumbuhan ekonomi seperti Wilayah

Pembangunan Iskandar (WPI) juga dijangka akan menerima gelombang kebanjiran

pekerja asing yang lebih besar selaras dengan peralihan ekonomi kearah penggunaan

modal yang besar dan penghasilan produk berasaskan pengetahuan. Permintaan akan

lebih tertumpu kepada tenaga kemahiran tinggi (Berita Harian, 22 Disember 2007).

Produk yang berkualiti lahir daripada tenaga kerja yang mahir ini penting bagi

menjamin pengeluaran yang produktif dan dapat membantu negara menjadi sebuah

Page 28: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

7

negara maju. Oleh itu lebih ramai tenaga mahir diperlukan untuk memenuhi keperluan

dan permintaan industri.

Menurut Laporan First Malaysia’s Industrial Master Plan, jumlah tenaga mahir

ketika ini sebenarnya masih lagi pada tahap yang rendah yang mana sektor pembuatan

negara menggaji 12 000 jurutera,juruteknik iaitu 2.4% tenaga buruh berbanding negara

maju 6-8 % (Lim, 1994). Jumlah jurutera dan juruteknik yang rendah ini sebenarnya

membantutkan lagi perkembangan pengindustrian negara dalam menyerap keupayaan

teknologi. Jika perkara ini berlarutan, ekonomi negara akan bertambah perlahan dan

lembap dan akhirnya kita akan banyak bergantung kepada tenaga kerja mahir seperti

yang terjadi pada ketika ini.

Malangnya ekonomi kita bergantung terlalu besar kepada pekerja asing, satu

fenomena yang tidak sihat kepada negara kita. Sekarang kita mempunyai 2.2 juta

pekerja asing yang bekerja secara sah di negara ini dan mereka mewakili kira-kira 30

peratus dari keseluruhan 5.5 juta pekerja di sektor swasta. Ini tidak termasuk pekerja

asing yang tinggal dan bekerja secara haram. Ia merupakan satu jumlah yang besar dan

ini tidak sepatutnya berlaku dan jumlah ini perlu dikurangkan. Kita perlu melihat

bagaimana Singapura menggunakan sepenuhnya pekerja tempatan mereka tanpa perlu

bergantung kepada warga asing (Mingguan Malaysia,25 Ogos 2009).

Memang tidak dinafikan bahawa bilangan lulusan teknikal yang dikeluarkan

oleh institusi kelihatan mencukupi pasaran buruh, namun masih ada juga yang tidak

mendapat pekerjaan. Hal ini disokong dalam kajian Ahmad (2005) yang menyatakan

bahawa 80 000 lulusan teknikal menganggur, lulusan teknikal banyak bergantung

kepada kelayakan akademik untuk mendapat pekerjaan dan kurang kemahiran generik.

Perkara ini kita dapat melihat melalui data yang dikeluarkan seperti di Jadual 1.3.

Page 29: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

8

Berdasarkan Jadual 1.3 diatas, Malaysia perlu mewujudkan peluang pekerjaan

serta penyediaan kemudahan pendidikan dan latihan yang lebih banyak untuk

menampung pertambahan mereka dan mengurangkan kadar pengangguran. Peningkatan

kemudahan latihan juga mampu menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang

berkemahiran. Menurut Muhaimin (2008), menyatakan bahawa permintaan yang

semakin tinggi kepada tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan

memberi kesan kepada peningkatan persaingan dalam kalangan graduan bagi

mendapatkan kerja yang diingini selepas tamat pengajian.

Masalah untuk memasuki pasaran kerja ini adalah disebabkan wujudnya

ketidaksepaduaan antara kemahiran yang diperlukan dengan kemahiran yang ada pada

lulusan teknikal. Faktor inilah yang menyebabkan majikan lebih gemar mengambil

pekerja yang lebih kompeten diluar Negara. Ini ditambah dengan tanggapan bahawa

pekerja asing lebih rajin dan komited menjadi punca sebahagian besar majikan memilih

mendapatkan pekerja asing berbanding pekerja tempatan, terutama di sektor

Jadual 1.3 : Jumlah Penggur Berdaftar, Kerja Kosong Keseluruhan Industri,

Kerja Kosong, dan Jumlah Penempatan Berdaftar Mengikut Kumpulan

Pekerjaan Dalam Sektor Perkilangan

Page 30: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

9

perkilangan. (Mohamad, 2009). Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF),

Samsudin Bardan pernah menyatakan bahawa majikan sering beranggapan pekerja

asing lebih bersikap positif dan tidak banyak karenah terhadap kerja dan mudah diminta

bekerja lebih masa (Berita Harian,3 Jun 2006).

Jadual 1.4: Peratusan Tenaga Mahir Dilahirkan

Negara Peratus tenaga mahir dilahirkan

Malaysia 23

Indonesia, India, China 50

Jerman 70

Sumber: Portal pendidikan utusan (2001-2009)

Berdasarkan Jadual 1.4 di atas, kini hanya 23 peratus sahaja daripada

tenaga kerja merupakan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Peratusan ini jauh lebih

rendah berbanding dengan negara maju yang lain seperti Jerman yang melahirkan 70

peratus pelajarnya dalam bidang teknik dan vokasional. Malah Negara kita juga jauh

ketinggalan berbanding Indonesia, India dan China yang melatih 50 peratus daripada

keseluruhan pelajarnya dengan kemahiran tinggi. Oleh itu negara perlu meningkatkan

komposisi pekerja berkemahiran tinggi kepada sekurang-kurangnya 37 peratus

menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju. (Dato seri Mohd Najib

Abdul Razak,2009). Daripada 23 peratus ini, sebanyak 57.3 peratus tenaga mahir adalah

terdiri daripada Bumiputera. (Utusan Malaysia, 4 Mei 2009).

Oleh itu, Institut Kemahiran Mara (IKM) yang merupakan salah satu daripada

institut yang melatih lulusan teknikal mempunyai tanggungjawab yang besar dalam

meningkatkan peratusan tenaga mahir bumiputera ini bagi memenuhi keperluan tenaga

mahir di Negara ini. Walaupun IKM telah membuktikan bahawa sebahagian besar

lepasan institut itu berjaya memperolehi pekerjaan, tetapi masih terdapat lima peratus

yang gagal dalam memperolehi pekerjaan selepas menamatkan pengajian (16

November, 2009).

Page 31: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

10

Diketahui bahawa pelajar IKM kesemuanya adalah terdiri daripada bumiputra.

Populasi kaum bumiputera merupakan separuh daripada penduduk di negara ini. Oleh

itu dalam pembangunan sumber manusia, separuh penduduk merupakan sumber

kekuatan utama dalam membina keupayaan negara. Jika mereka tidak dibawa ke dalam

arus pembangunan masyarakat, kebolehan mereka tidak dikembangkan sepenuhnya dan

mereka dibiarkan menjadi beban kepada negara, maka tentulah kemajuan kita akan

tergendala. Tidak ada negara yang dapat mencapai kemajuan penuh dengan hanya

separuh sumber tenaganya digemblengkan. sikap dan pengurusan yang betul, dapat

menjadi tenaga yang akan meringankan beban kita dan mempercepatkan kemajuan kita.

Bumiputera mesti memainkan peranan mereka sepenuhnya untuk mencapai matlamat

negara.

1.4 Pernyataan Masalah

IKM terus berfungsi sebagai pembekal utama tenaga kerja mahir dan separa

mahir dengan menawarkan pelbagai program latihan kemahiran. Cabaran utama yang

perlu dihadapi ialah untuk terus menyumbang dalam ekonomi sejagat dimana individu

perlu mempunyai kemahiran teknikal begitu juga dengan kemahiran generik yang

memberi kesan kepada tahap fleksibiliti dan kebolehsuaian serta kebolehan untuk

bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan. Namun keadaan yang berlaku kini dan

menjadi persoalan adalah ketidakupayaan pekerja tempatan untuk memenuhi kehendak

pasaran semasa dan persaingan pekerja asing yang banyak diambil oleh majikan.

Yahya (2004), mendapati beberapa elemen kualiti yang mesti ada bagi graduan-

graduan teknikal dan vokasional seperti keupayaan untuk berkomunikasi,fleksibel dan

lain-lain bagi menghadapi cabaran masa depan yang dinamik. Oleh itu,institut pemberi

latihan harus bersedia membekalkan elemen kemahiran generic kepada para pelatihnya

bagi melahirkan lulusan yang berkemahiran serba lengkap,berkualiti disamping

memiliki kemahiran teknikal.

Page 32: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

11

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pakah tahap keyakinan

pelajar Jabatan Elektrik dan Elektronik di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru untuk

memasuki pasaran kerja? Pengkaji juga ingin mengetahui sejauhmanakah faktor

berkaitan kemahiran teknikal, pengetahuan teori dan kemahiran generik yang ada

sebagai persediaan pelajar untuk memasuki pasaran kerja.

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keyakinan pelajar Jabatan Elektrik

Elektronik di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru untuk memasuki pasaran kerja.

Oleh itu kajian ini secara spesifik untuk menjawab persoalan kajian berikut :

i) Mengenal pasti kemahiran teknikal yang dipelajari dapat diaplikasikan di tempat

kerja.

ii) Mengenal pasti kemahiran generik yang diperolehi dapat memberikan keyakinan

kepada pelajar untuk memasuki pasaran kerja.

iii) Mengenal pasti pengetahuan mengenai teori-teori yang dipelajari dapat

memberikan keyakinan kepada pelajar untuk memasuki pasaran kerja.

iv) Mengenal pasti tahap keyakinan pelajar di institut Kemahiran Mara Johor Bahru

untuk memasuki pasaran kerja mengikut jantina.

v) Mengenal pasti tahap keyakinan pelajar di institut Kemahiran Mara Johor Bahru

untuk memasuki pasaran kerja mengikut kursus.

Page 33: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN … bab1azrul).pdf · 3.9 Ujian Rintis 41 3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42 3.11 Analisis Data 44 3.12 Penutup 45 ... 1.1

12

1.6 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan

objektif kajian tercapai iaitu :

i) Adakah pelajar yakin kemahiran teknikal yang dipelajari dapat diapalikasikan di

tempat kerja?

ii) Adakah kemahiran generik yang diperolehi dapat memberikan keyakinan kepada

pelajar untuk memasuki pasaran kerja.

iii) Adakah pengetahuan mengenai teori – teori yang dipelajari dapat memberikan

keyakinan kepada pelajar untuk memasuki pasaran kerja?

iv) Apakah tahap keyakinan pelajar di institut Kemahiran Mara Johor Bahru untuk

memasuki pasaran kerja mengikut jantina?

v) Apakah tahap keyakinan pelajar di institut Kemahiran Mara Johor Bahru untuk

memasuki pasaran kerja mengikut kursus?