TAHAP PELAKSANAAN PENILAIAN KEMAHIRAN AMALI (PEKA) SAINS DI SEKOLAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR
description
Transcript of TAHAP PELAKSANAAN PENILAIAN KEMAHIRAN AMALI (PEKA) SAINS DI SEKOLAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR
TAHAP PELAKSANAAN PENILAIAN KEMAHIRAN AMALI (PEKA) SAINS DI
SEKOLAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR
MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL AZIZP61711
Penilaian amali murid memerlukan murid melakukan eksperimen
- Hasnah & Balbir (2007) telah menyatakan bahawa kerja amali adalah komponen penting dalam subjek sains
Kurangnya kajian tentang PEKA sains- Abdul Rahim & Saliza (2008) menyatakan
bahawa kajian terhadap PEKA masih kurang.
PERNYATAAN MASALAH
Guru jarang menggunakan amali sains dalam kelas.
- Ramai guru bergantung kepada kandungan buku teks sebagai asas untuk mengajar (Yoon, 2008)
Penilaian berasaskan peperiksaan masih menjadi pilihan utama.
- Cara pengajaran dan penilaian guru masih tradisional dan berdasarkan hasil semata-mata
(Kim & Chin, 2010)
Guru kurang bersedia semasa melaksanakan PEKA sains
- Ramai guru sains tidak mempunyai latar belakang dan pengalaman yang diperlukan untuk mengajar sains (Appleton, 2002; Appleton & Kindt, 1999; Gustafson, Guilbert, & MacDonald, 2002; Howitt, 2007; Palmer, 2006; Rowell & Gustafson, 1993)
Secara keseluruhannya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap pelaksanaan PEKA sains di Sekolah Kebangsaan luar bandar.
TUJUAN
Menilai sejauh mana tahap pelaksanaan PEKA sains di Sekolah Kebangsaan luar bandar
Menilai sejauh mana tahap penerimaan PEKA sains dalam kalangan guru-guru sains di Sekolah Kebangsaan luar bandar
OBJEKTIF
Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru sains dalam melaksanakan PEKA sains.
Mengenalpasti kepentingan pelaksanaan PEKA sains di sekolah
Sejauh manakah guru-guru sains telah melaksanakan PEKA sains di Sekolah Kebangsaan luar bandar?
Adakah guru-guru sains dapat menerima PEKA sains dengan baik?
PERSOALAN KAJIAN
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru sains semasa pelaksanaan PEKA Sains?
Apakah kepentingan pelaksanaan PEKA sains di sekolah?
Sekolah Kebangsaan – sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
PEKA - satu singkatan dari satu perkataan yang berbunyi “Penilaian Kerja Amali”. Merupakan satu penilaian kerja amali dalam mata pelajaran sains.
Kerja amali – terdiri daripada 7 kemahiran proses sains dan 5 kemahiran manipulatif sains
TAKRIFAN OPERASIONAL
Kemahiran Proses Sains :- Pemerhatian- Pengkelasan- Mengukur dan menggunakan nombor- Berkomunikasi- Menginterpretasi data - Mengeksperimen- Penggunaan perhubungan ruang-masa
Kemahiran Manipulatif Sains :- Mengguna dan mengendali peralatan
sains dan bahan dengan betul- Menyimpan peralatan sains dan bahan
dengan betul dan selamat- Membersih peralatan sains dengan cara
yang betul- Mengendali spesimen hidup dengan
betul dan cermat- Melakar spesimen, bahan dan peralatan
sains dengan tepat