Tahap Pencapaian Beberapa Negara Dalam Pencapaian Matematik

download Tahap Pencapaian Beberapa Negara Dalam Pencapaian Matematik

of 2

description

PISA 2012

Transcript of Tahap Pencapaian Beberapa Negara Dalam Pencapaian Matematik

Tahap pencapaian beberapa negara dalam pencapaian Matematik, bacaan, dan Sains.

Graf 1: Tahap pencapaian beberapa negara dalam subjek Matematik, Bacaan, dan SainsBerdasarkan jadual yang dilampirkan, dapat kita lihat kedudukan Malaysia berada pada tahap yang agak rendah iaitu pada tangga ke 14 dari bawah. Shanghai-China, Singapura, dan Hong Kong-China merupakan tiga buah negara yang berada pada kedudukan teratas dalam ketiga-tiga subjek berdasarkan skor min dalam PISA 2012. Hal ini menunjukkan ketiga-tiga negara ini mempunyai sistem pendidikan yang agak baik berbanding dengan negara-negara lain. Bagi ketiga-tiga subjek yang dikaji, Shanghai-China berada pada tahap yang paling tinggi. Manakala, negara Itali, Sepanyol dan Persekutuan Rusia berada pada tahap sederhana (PISA 2012). Dapat kita lihat di ketiga-tiga negara ini, pencapaian dalam subjek Sains agak tinggi berbanding subjek lain. Seperti kita sedia maklum, negara seperti Rusia sememangnya mementingkan ilmu Sains dan mereka antara negara yang telah menghantar banyak angkasawan ke angkasa lepas. Tiga negara yang berada pada kedudukan terendah adalah negara Qatar, Indonesia dan Peru. Ketiga-tiga negara ini menunjukkan pencapaian yang paling tinggi dalam subjek bacaan berbanding subjek Sains dan Matematik. Hal ini mungkin disebabkan sistem pendidikan di negara mereka masih agak terkebelakang berbanding negara-negara maju yang lain. Namun begitu, negara Peru berada pada tahap tercorot bagi ketiga-tiga subjek yang dikaji."Mutu pencapaian negara kita mengikut ujian Program Pencapaian Pelajar Antarabangsa (Pisa), satu ukuran antarabangsa, pada puratanya lebih rendah dari apa yang kita harapkan dalam menuju kepada ekonomi yang berasaskan ilmu.(Tengku Razaleigh Hamzah, 2014)Berdasarkan kenyataan di atas, dapat kita lihat mutu pendidikan negara masih berada pada tahap yang membimbangkan. Walaupun kerajaan menitikberatkan dan mengutamakan sistem pendidikan berbanding sistem lain, namun tahap pencapaian kita masih tidak mencapai apa yang diharapkan. Menjelang tahun 2020, negara sepatutnya dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang pendidikan. Jika kita congak, lebih kurang 5 tahun sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2020, namun tahap prestasi pendidikan negara masih tidak seperti yang tercatat dalam wawasan 2020.