Tajuk 2 Kesedaran Kepelbagaian
description
Transcript of Tajuk 2 Kesedaran Kepelbagaian
Hasil pembelajaran
1. Menjelaskan konsep bangsa, masyarakat dan kelas sosial2. Menghuraikan bentuk kepercayaan, bahasa, adat resam dan
jantina dalam kepelbagaian sosio budaya masyarakat di Malaysia
Pengenalan
•Masyarakat pelbagai kaum mewujudkan corak sosio budaya yang berbeza• Perbezaan sosio budaya tidak seharusnya dijadikan
penghalang terhadap integrasi kaum•Murid perlu didedahkan kepada kepelbagaian sosio budaya• Kebelbagaian sosio budaya boleh ditinjau dari segi bangsa,
kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina• Pembinaan hubungan kaum adalah agenda utama politik
dan pendidikan di Malaysia
Apa itu bangsa
• Bangsa atau nasional ialah konsep yang lebih luas dan berasaskan etnik atau ras • Bangsa lazimnya terjalin sebab kesamaan bahasa, wilayah, budaya,
sejarah dan agama• Bangsa ‘Malaysia’ merupakan pembentukan bangsa berteraskan
hubungan etnik yang harmonis
Takrifan Bangsa•Kamus Dewan (1999) mentakrif bangsa sebagai
sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama •Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang
dianggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut•Contoh: Melayu, Cina dan India yang hidup
bersama sejak dahulu membentuk identiti Malaysia sekarang ini
Lagi tentang bangsa …
• Bangsa juga merujuk kepada nilai sosial seperti kerjasama, toleransi, hormat-menghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran dan kegigihan• Semua nilai ini hendaklah dipupuk di kalangan murid supaya
mencorakkan bilik darjah yang sihat dan dinamik
Bangsa Melayu
• Istilah Melayu oleh UNESCO (1972) ialah suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagascar•Menurut Perlembagaan Malaysia, Melayu ialah
orang berketurunan Melayu dan menganut Agama Islam. •Melayu juga dirujuk sebagai bangsa dan bahasa
semasa Kesultanan Melaka
Bangsa Cina
•Orang Cina ialah warganegara dan penduduk tetap di Malaysia yang berketurunan pendatang dari Negara China•Orang Cina mengekalkan identiti komuniti yang
amat ketara perbezaannnya dari kaum lain•Orang Cina jarang kahwin campur dengan orang
Melayu atas sebab budaya dan agama•Asimilasi budaya berlaku dan perubahan mula
diterima oleh masyarakat
Bangsa India
• Orang India berketurunan dari mereka yang berhijrah semasa pemerintahan British. • Ada juga yang berhijrah semasa Kesultanan Melaka
Kaum atau etnik
• Kaum atau etnik wujud disebabkan perbezaan budaya. • Perbezaan ini termasuklah cara berfikir, cara bertindak, sistem
politik, kepercayaan, agama, bangsa, bahasa, adat resam dan lain-lain
Ras
•Ras pula ialah satu kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi fizikal seperti warna kulit dan lain-lain •Perbezaan fizikal diwarisi melalui baka dari satu
generasi ke generasi yang lain seperti ras Mongoloid, Austroloid, Negroid dan lain-lain•Pada dasarnya ras merupakan kelompok sosial
yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal spt warna kulit, mata, warna mata, warna rambut,
Bangsa – Hubungan etnik
• Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat • Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan
kemampuan sisio ekonomi sesebuah negara• Hubungan etnik juga mencerminkan darjah dan ketegangan
sosial dalam masyarakat• Hubungan etnik dapat memahami kesan perindustrian
sesebuah negara• Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan
perancangan sosial.
Integrasi budaya
Proses bagi mewujudkan identiti nasional bagi kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi. Proses integrasi termasuklah:•Asimilasi•Amalgamasi•Pluralisme•Akomodasi•Akulterasi
Asimilasi
i. Asimilasi ialah proses penyerapan budaya yang dapat dilihat melalui cara hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat biasanya oleh migran dan minoritiBudaya A + B + C = AWalaupun berlaku penyerapan budaya antara tiga kumpulan tetapi budaya A kekal dan diterima umum
Amalgamasi
ii. Amalgamasi ialah percantuman dari segi biologi seperti perkahwinan campur. Perkahwinan akan menghasilkan satu kelompok yang baru dan seterusnya akan membentuk budaya baruBudaya A + B + C = D
Pluralisme
iii. Pluralisme ialah proses mempertahankan kepelbagaian budaya. Masyarakat menitikberatkan pengekalan ciri-ciri kepelbagaian kelompok. Pluralisme berpegang kepada perbezaan adalah perkara lazim yang tidak dapat dielakkanBudaya A + B + C = A + B + C
Fenomena ini berlaku dalam masyarakat kita hari ini
Akomodasi
iv. Akomodasi ialah setiap enik menyedari nilai dan norma antara satu sama lain. Setiap etnik mempertahankan budaya mereka tetapi hidup dengan harmoni dan saling hormat-menghormati. Pemerintah memberi peluang setiap etnik diwakili oleh wakil masing-masing dalam pentadbiran negara
Akulterasi
v. Akulterasi budaya ialah manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah laku golongan majoriti.
Proses ini membolehkan masyarakat meminjam atau menerima unsur-unsur budaya majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal. Proses ini juga dikenali sebagai asimilasi budaya.
Peranan guru menangani Integrasi budaya
i. Memastikan murid meneruskan kesinambungan keharmonian pelbagai kaum
ii. Guru cenderung menghayati kedamaian, keharmonian dan kerjasama antara penduduk iii. Tidak hanya berbicara tentang kaum majoriti sahaja tetapi perlu fikirkan kaum- kaum lain
Kelebihan kepelbagaian sosio-budaya
Potensi hebat memperkayakan • Kreativiti• Ciptaan• Ilmu dan teknologi• Ekonomi• Kebudayaan• Sukan• dll
Isu yang boleh menjejaskan keharmonian
• Pemimpin yang memperjuangkan kaumnya sahaja • Bagaimana mwujudkan sikap supaya setiap kaum berusaha hidup aman
dengan orang lain• Menerapkan perpaduan yang akrab• Bagaimana memahami struktur sosial masyarakat kaum lain• Mengetahui sensitiviti, pantang larang, kepercayaan kaum lain• Menikmati dan memanfaatkan bersama kecemerlangan setiap kaum • Mewujudkan kerjasama, persefahaman dan komitmen semua kaum• Mengukuhkan semangat perpaduan dan persaudaraan
Struktur Masyarakat / Kelas Sosial•Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai matlamat yang sama•Konsep masyarakat bermaksud manusia hidup
secara berkumpulan dan berkelompok yang mengamalkan budaya yang sama
Ciri-ciri utama masyarakat•Hidup berkelompok•Mempunyai budaya•Sering mengalami perubahan•Saling berinteraksi sama ada dalaman atau pihak
luar•Mempunyai kepimpinan•Mempunyai aturan sosial iaitu susun lapis, kelas,
status dan kasta
Kelas sosial mengikut Karl MarxKelas sosial adalah kategori individu yang mempunyaihubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran. Lima kelas sosial yang boleh dibeza-bezakan ialah• Golongan atasan• Pertengahan atasan• Pertengahan bawahan• Pekerja• Golongan bawahan
Maksud Etnik•Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomiMempunyai budaya•Kelompok etnik merujuk kepada golongan yang
berbeza dari segi kebudayaan•Etnik sering berbeza berdasarkan adat resam, pola
keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan
Konsep lain yang berkaitan dengan Etnik• Etnisiti – rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik• Etnosentrisme – menilai kebudayaan lain berdasarkan standard atau
nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain lebih rendah• Etnosentrik – manusia yang berpandangan yang biasanya negatif
terhadap kelompok lain• Rasisme – Fahaman yang menekankan bahawa kaum sendiri yang lebih
unggulRasisme tahap individu: kepercayaan dan sikap individuRasisme tahap institusi: melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi
Konsep Prejudis
• Prejudis – pandangan negatif terhadap kelompok lain yang tersemat dalam hati individu atau kelompok etnik tertentu• Tidak diluahkan secara terbuka• Pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat
atau mencukupi• Disalur dari satu generasi kepada generasi yang lain• Contoh: Kesan akibat persaingan dalam ekonomi dan politik
Konsep Stereotaip
• Apabila prejudis disuarakan ia menjadi stereotaip• Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif
terhadap sesuatu kumpulan etnik• Gambaran berlebih-lebihan tentang perlakuan baik atau buruk ditujukan
kepada sesuatu kumpulan etnik• Terjadi sebab pertembungan dua atau lebih kumpulan etnik• Menimbulkan perasaan negatif dalam masyarakat majmuk• Mengakibatkan satu kumpulan etnik memandang rendah etnik yang lain• Membataskan interaksi antara etnik• Boleh menimbulkan semangat perkauman yang menebal
Susun lapis Masyarakat di Malaysia•Boleh dikategorikan kepada golongan memerintah dan golongan yang diperintah•Kelas sosial masyarakat tradisional di klasifikasi seperti berikut:
i. Sultan – kelas hierarki tertinggiii. Bangsawan – kaum keluarga dirajaiii. Pembesar – pembesar negeri / daerah iv. Rakyat – golongan yang diperintah• Ikatan kontrak sosial yang dipersetujui bersama
Masyarakat Majmuk• J.S. Furnivall – masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bangsa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, namun mereka berganding bahu di bawah satu sistem politik yang sama, tetapi kehidupan mereka berlainan. Interaksi sosial amat kurang dan hubungan amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras. Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah
Perkembangan dalam Masyarakat Perkembangan dari aspek kehidupan:•Masyarakat memburu dan mengumpul•Masyarakat berternak dan bertani•Masyarakat petani•Masyarakat industri•Masyarakat pasca industri
Fikirkan perkembangan kehidupan masyarakatmasa hadapan …
Kepercayaan Kepercayaan bermaksud akuan akan
benarnya terhadap sesuatu perkara Kepercayaan atas sesuatu perkara diiringi
dengan perasaan pasti Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah
keadaan jiwa yang berkedudukan memihak Dari aspek agama kepercayaan agama adalah
asas kepada pembangunan moral Kepercayaan atas prinsip akidah jiga dikenali
sebagai iman
Kepercayaan Dalam konteks di bilik darjah, murid perlu
didedahkan dengan kepercayaan kaum-kaum lain Kepercayaan mengandungi pantang larang, tunjuk
ajar dan nasihat Pantang larang merupakan didikan cara halus
yang tidak menyinggung perasan Kepercayaan orang melayu terhadap bomoh,
pengubatan melalui mentera “mantra” atau “manir” atau jampi serapah
Bincang pantang larang masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Bahasa Sistem komunikasi yang
menggunakan bunyi atau simbol Mempunyai struktur Bahasa sebagai alat menyalur idea Bersifat dinamik dan sentiasa berubah mengikut
masa Satu set simbol lisan dan bertulis yang digabung
untuk membawa makna kepada masyarakat Bahasa merupakan gedung budaya. Ia
merupakan cara asas untuk berkomunikasi
Fungsi Bahasa Fungsi komunikatif – penyampai
maklumat Fungsi apelatif – pendengan menyambut Fungsi ekspresif – menyatakan perasaan Fungsi kognitif – memaakul kebijksanaan
Berikan contoh sesuai untuk fungsi-fungsi bahasa di atas
Adat resamSesuatu cara yang telah ditentukan yang diakui oleh masyarakatSesuatu perkara yang diwarisi turun temurun oleh masyarakat
i. Jelaskan adat resam setiap kaum utama di Malaysiaii. Adakah adat resam masih relevan dalam
suasana masyarat hari ini?
Adat Resam
• Adat Resam ialah peraturan dan kebiasaan di dalam kehidupan sehari-hari setiap kaum.• Resam adalah cara-cara rakyat atau orang kebanyakan.
Mematuhi resam menjadi ekspektasi ramai tetapi tidak diwajibkan. Contoh: tidak korek hidung di khalayak ramai, memakai kasut serupa sepasang, tidak datang lambat dalam sesuatu perjumpaan. Sebutkan beberapa contoh yang lain • Yang tidak mematuhi peraturan dianggap pelik. Namun
melanggar resam bukan dianggap tidak bermoral atau dianggap sebagai penjenayah•Masyarakat tidak terlalu marah jika melanggar resam ini
dan boleh bertoleransi jika tidak keterlaluan
6. Jantina (Gender)
•Butler & Manning (1998) “ The term gender describes masculinity and feminity – the thoughts, feelings, and behavior that identify one as either male or female”• Jantina mempengaruhi iklim bilik darjah•Apakah pengaruh jantina terhadap pembelajaran
murid dibilik darjah?•Nyatakan peranan lelaki dan wanita dalam sosio-
budaya kita
Perbezaan Jantina
• Lelaki secara fitrahnya bersikap keras dan agresif. Perempuan lebih bersopan santun dan berhemah•Campuran jantina di bilik darjah boleh memberi
peluang lelaki dan perempuan bergaul dengan lebih tertib, bertanggung jawab, menghormati perbezaan yang wujud, meluaskan persefahaman•Guru perlu jelaskan kepercayaan yang stereotaip
terhadap lelaki dan perempuan•Guru perlu memberi pertimbangan terhadap
perbezaan jantina apabila memilih aktiviti
Kesimpulan•Terdapat kepelbagaian sosio-budaya dalam
masyarakat Malaysia•Kepelbagaian perlu ditangani dengan baik supaya
tidak menimbulkan pelbagai masalah•Pendidik perlu memahami perbezaan budaya
sesuatu kaum•Perpaduan hendaklah diwujudkan dalam warga
sekolah• Jurang perbezaan dapat dikurangkan