Tajuk 3 - kelim
Transcript of Tajuk 3 - kelim
KELIM-KELIM
OBJEKTIFOBJEKTIF AM :Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat :- Mengetahui definisi kelim.Memahami dan mengaplikasikan teknik-teknik menjahit
proses jahitan kelim.OBJEKTIF KHUSUS :Di akhir unit ini, pelajar-pelajar akan dapat :-Menyenaraikan jenis-jenis kelim iaitu kelim belah
kangkung, kelim lipat tindih, kelim papan mesin dan kelim betawi.
Menerangkan dengan jelas faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kelim pada pakaian.
Memilih proses jahitan yang tepat berdasarkan faktor-faktor fabrik dan kesesuaian pakaian.
Menjahit kelim dengan kemas dan elok.
PENGENALANKELIM-KELIM yang dibuat pada pakaian
bertujuan untuk mengukuhkan jahitan pakaian selain daripada digunakan sebagai perhiasan. Terdapat pelbagai jenis kelim yang boleh dibuat pada pakaian bergantung kepada faktor-faktor tertentu yang akan anda pelajari nanti. Namun begitu, kesesuaian penggunaan kelim pada sesebuah pakaian amat bergantung kepada jenis-jenis kelim itu sendiri.
DEFINISI KELIM
KELIM adalah salah satu proses jahitan yang digunakan untuk menyambung dua atau lebih kepingan fabrik.
JENIS-JENIS KELIMKELIM BELAH KANGKUNG KELIM LIPAT TINDIH
KELIM PAPAN MESIN
KELIM BETAWI
KEDUDUKAN
JENIS FABRIK JENIS PAKAIAN
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN
KELIM PADA PAKAIAN
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KELIM PADA PAKAIAN
1. JENIS FABRIK
Fabrik nipis dan mudah berjerumbai adalah sesuai menggunakan kelim betawi. Manakala fabrik tebal pula lebih sesuai menggunakan kelim belah kangkung. Kelim lipat tindih dan kelim papan mesin pula adalah sesuai dijahit pada fabrik yang sederhana tebal.1
2. JENIS PAKAIAN Pastikan kelim yang akan digunakan sesuai
dengan jenis atau stail pakaian. Contoh Seluar jeans yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak memerlukan kelim yang teguh. Oleh itu, kelim yang sesuai dipilih ialah kelim papan mesin kerana ia mempunyai dua barisan jahitan.
3. KEDUDUKAN KELIM PADA PAKAIAN
Kedudukan kelim pada pakaian amat penting bagi memberi keselesaan kepada si pemakai.
Misalnya kelim lipat tindih sesuai dijahit pada bahu mendatang dan skirt mendatang.
CIRI-CIRI KELIM YANG ELOK
Terdapat beberapa ciri yang perlu diambilkira bagi menghasilkan kelim yang elok seperti
Kelim mestilah kemas, kukuh dan rata pada kedua-dua belah pakaian.
Lebar kelim hendaklah sama sekata pada keseluruhannya.
Kelim mestilah ditekan dengan baik. Basi kelim yang berkelepet mesti dihala ke
bahagian belakang pakaian. Ketegangan mata jahitan hendaklah sesuai
dengan jenis fabrik. Kelim hendaklah dijahit dengan tepat pada
garisan pemadan. Kelim pada bahagian melengkung perlu disnip
sebelum ditekan terbuka supaya ia rata.
1. KELIM BELAH KANGKUNG
Kelim belah kangkung ialah kelim yang paling mudah dan amat sesuai untuk semua jenis fabrik yang sederhana tebal dan tebal. Kelim ini rata dan mata jahitannya tidak kelihatan di sebelah luar pakaian. Kelim belah kangkung terdiri daripada satu baris mata jahitan yang dijahit pada dua keping kain yang dicantumkan.
KEDUDUKAN KELIM
BahuRusuk LenganSambungan jalur serong
KEBAIKAN KELIM BELAH KANGKUNG
Kelim ini rataJahitan tidak kelihatan di sebelah luarIa tidak tebalKelim boleh dibuka apabila badan
bertambah besar
KELEMAHAN KELIM BELAH KANGKUNG
kedua bahagian kelim mesti dibuka dan ditekan berasingan
tidak sesuai untuk fabrik yang nipis
Ia kurang teguh kerana ia hanya mempunyai satu baris jahitan
CIRI-CIRI KELIM BELAH KANGKUNG YANG BAIK
Lebarnya sekata iaitu sebaik-baiknya 13mm
Kedua-dua belah kelim ditekan terbukaIa rataBasi kelim dikemaskan dengan elokKelim belah kangkung yang melengkung
hendaklah disnip supaya boleh ditekan rata
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT KELIM BELAH KANGKUNG
Langkah 1:temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan
Tandakan garisanpemadan
S.D.
Kelim belah kangkung - Langkah 1
Langkah 2semat dan jelujur di atas garisan pemadan. Jahit mesin .
13 mm
Jahit mesin
S.D.
Kelim Belah Kangkung - Langkah 2
Langkah 3Buka kelim dan tekankannya
S.L.
Kelim belah kangkung - Langkah 3
Cara-cara mengemaskan kelim belah kangkung i. Jahit mesin
ii. Jahit lilit kemas
iii. Jahit insang pari
iv. Kun
v.Menggunakan gunting pucuk rebung /bergerigi
vi.Jahit dengan mesin pengemas tepi
2. KELIM LIPAT TINDIH
Kelim lipat tindih adalah kelim yang sangat berguna bagi pakaian dalam dan pelbagai jenis pakaian luar. Kelim jenis ini memperlihatkan mata jahitan pada kelim di sebelah luar. Kelim tersebut adalah teguh kerana ia dijahit menggunakan tiga lapisan kain. Kelim ini tidak digunakan pada kain-kain tebal yang berkedut.
KEDUDUKAN KELIMgarisan bahu mendatanggarisan puterigarisan pinggangkelim lenganpesak skirt atau gaun dan baju melayumengenakan ropol pada pakaian atau artikel
CONTOH KELIM LIPAT TINDIH
Kebaikan kelim lipat tindihia boleh menjadi hiasan pada pakaian
Rata kerana lipatan kelim ditekan ke satu arah
Kemas kerana tepi kain dikemaskan
is kukuh kerana dijahit di atas tiga lapisan fabrik
Kelemahan kelim jenis ini
Ia tebal. Oleh itu ia tidak boleh digunakan pada fabrik tebal
Ciri-ciri kelim yang baikDijahit rapat pada tepi kelimLebarnya sekataMata jahitan tidak putus
MENJAHITKELIM LIPAT TINDIH:
Langkah 1Lipatkan bahagian sebelah atas kelim di garisan
pemadan ke sebelah dalam.Jelujur di atas bahagian lipatan
Langkah 2Tandakan garisan tengah hadapan, garisan
pemadan dan kedut jika perlu di bahagian bawah kelim
Langkah 3Letakkan tepi yoke atas yang berlipat ke atas
garisan pemadan bahagian bawah pastikan dengan garisan tengah hadapan (GTH) bertemu.
Jelujur dan mesin rapat dengan lipatan.Cabutkan jelujur
Cara-cara mengemas kelim lipat tindih:Dengan jahit insang pari Dengan cara balutan sendiri Dengan kun / pita jalur serong tepatDengan mesin pengemas tepi
Jahit Insang Pari Cara Balutan Sendiri
3. KELIM PAPAN MESINKelim papan mesin adalah rata, kemas dan
tidak berjerumbai. Oleh itu, kelim ini digunakan untuk kain yang mudah berjerumbai dan sederhana tebal. Kelim ini kelim yang kukuh kerana ia dijahit dengan menggunakan dua baris jahitan. Ia boleh disiapkan di sebelah luar atau di sebelah dalam pakaian..
sambunganJika disiapkan di sebelah luar, dua baris jahitan
mesin akan kelihatan di sebelah luar dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah dalam. Begitu juga sebaliknya jika disiapkan di sebelah dalam maka dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah dalam dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah luar. Kelim ini juga boleh dijahit menggunakan benang yang berwarna kontras untuk menjadi hiasan atau stail pada pakaian
KEDUDUKAN KELIMKemejaBlausPijamaSeluarPakaian kerjaJeans
Kebaikan Kelim Papan MesinKukuh kerana dijahit dua kaliKemas kerana semua tepi fabrik tidak kelihatanRataMudah didobiBoleh dijadikan sebagai hiasan sekiranya
menggunakan warna benang yang berlainan.
Kelemahan Kelim Papan Mesin Tidak sesuai untuk fabrik yang tebalDua baris jahitan kelihatan di sebelah luar jika kelim
dibuat di sebelah luarMemerlukan masa dan kos yang lebih untuk
membuatnya
Ciri-ciri Kelim Papan Mesin Dua baris jahitan kelihatan sama ada di sebelah luar
(S.L) atau sebelah dalam (S.D)Lebar kelim yang siap biasanya adalah 6mm dan ia mesti
sekata
Langkah-langkah membuat kelim papan mesin
Langkah 1Temukan dua keping fabrik sebelah dalam berhadapanSemat , jelujur dan mesin di atas garisan pemadanCabutkan jelujur.
Jahitan mesin
S.L
Kelim Papan Mesin – Langkah 1
Langkah 2Gunting basi jahitan kelim di bahagian belakang pakaian
sehingga 5mm.Gunting basi jahitan kelim di bahgain hadapan sehingga
13 mm.
Langkah 3Lipatkan bahagian hadapan yang lebih panjang ke atas
bahagian belakang di atas garisan pemadan Jelujur untuk menetapkan kedudukan lipatan
S.L
Kelim Papan Mesin – Langkah 3
Langkah 4Tekan tepi yang berlipat ke atas bahagian belakang
pakaian. Jelujur dan mesin rapat dengan lipatanCabutkan jelujur(Tepi yang berlipat mengadap ke belakang pakaian).
Kelim yang siap
4. KELIM BETAWI Kelim Betawi adalah kelim di dalam kelim.
Kelim ini sesuai untuk fabrik nipis, jarang dan mudah berjerumbai. Di samping itu juga ia adalah kemas kerana basinya tersembunyi. Kelim ini kukuh kerana ia mempunyai dua kali jahitan. Kelim ini sesuai dijahit pada bahagian pakaian yang lurus kerana ia agak sukar dijahit pada bahagian melengkung.
KEDUDUKAN KELIM
Pakaian kanak-kanakBlausPijamaPakaian dalamPakaian bayi
Kebaikan menggunakan Kelim Betawi
Kelim ini kecil dan teguh kerana terdapat dua kali jahitan.
Ia kemas dan bahagian tepi fabrik tidak kelihatan
Ia mudah didobi.Sesuai untuk fabrik nipis dan pakaian yang
mudah berbulu.
Kelemahan Kelim Betawi
Kelim ini tebal dan tidak sesuai untuk fabrik yang tebal.
Tidak boleh dibuka untuk membesar pakaian.
Ia mengambil masa yang lama untuk kering.
Lebar kelim yang siap ialah 6 mm.
Langkah-langkah membuat Kelim Betawi
Langkah 1Temukan dua keping fabrik dengan sebelah dalam
berhadapan.Semat dan jelujur .Mesin 5mm di atas garisan pemadan.
Langkah 2Tanggalkan jelujur dan gunting lebar basi hingga 3-4 mm
seperti rajah 1.20.Balikkan ke sebelah dalam dan tekan buka basi kelim
Langkah 3Balikkan ke sebelah luar dan lipat mengikut
garisan mesin.Tolakkan kelim ke atas untuk mengelakkan kelim
dari beralur.Jelujur dan mesin 6mm dari jahitan yang
pertama.
Langkah 4Cabut jelujur dan tekan kelim ke satu arah
6mm
RUMUSN
i. kelim belah kangkungii. kelim lipat tindihiii. kelim papan mesin iv. kelim betawi
TERIMA KASIH.SELA MAT MENCUBA