Tajuk 3-Kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian
-
Upload
mohamad-fahruddin-fazain -
Category
Documents
-
view
2.872 -
download
7
Transcript of Tajuk 3-Kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian
Tajuk 3 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN
Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi kepentingan Pendidikan Jasmani
Suaian dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan
kognitif dan afektif serta faktor motivasi untuk murid kurang upaya. Modul ini juga
dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1. Menghuraikan kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian terhadap
pertumbuhan perkembangan fizikal, kognitif dan afektif.
2. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk
memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan.
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
Kepentingan Pendidikan
Jasmani Suaian
Pertumbuhan dan Perkembangan
Fizikal
Perkembangan Kognitif
Perkembangan Afektif
Faktor Motivasi untuk murid kurang
upaya
23
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian
KANDUNGAN
3.0 Kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian
Pendidikan Jasmani Suaian adalah direka khas untuk kanak-kanak
yang mengalami kecacatan dari segi mental mahupun fizikal serta kanak-
kanak yang tidak mempunyai keupayaan seperti seorang manusia yang
normal.
Melalui Pendidikan Jasmani Suaian, kanak-kanak kurang upaya
mengalami pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal, kognitif
dan afektif. Hal ini bermaksud, Pendidikan Jasmani Suaian sangat
membantu dalam perkembangan ketiga-tiga aspek tersebut terutamanya
aspek fizikal yang agak sukar diperolehi daripada subjek lain.
“Adapted Physical Education is predicated on the belief that each student
has an ability and a desire to move, to be active and ti participate
meaningfully with peers. Participation and activity are necessary components
of physical and social health. Teachers who expertly adapt and vary learning
experiences to meet the needs of students with disabilities in physical
education turn philosophy into practice.”
Petikan kata-kata di atas diambil daripada kenyataan yang dilakukan
oleh pengkaji dari Colorado Department of Education Statement for
Adapted Physical Education yang menggambarkan betapa pentingnya
seseorang yang mengalami kecacatan atau kurang upaya menerima
pengalaman pendidikan atau pengajaran. Ia membolehkan mereka
berupaya untuk bergerak bebas, menjadi aktif dan menyertai serta bersosial
bersama rakan-rakan. Penglibatan dan aktiviti merupakan komponen
keperluan yang utama dalam kesihatan sosial dan fizikal kerana setiap
pengalaman yang diperolehi membolehkan mereka mengaplikasikan
kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian.
24
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian
Menurut IDEA, takrifan utama Pendidikan Jasmani Suaian adalah
pembinaan dan perkembangan individu kurang upaya dalam aspek
kecergasan motor dan fizikal, kemahiran asas dan perkembangan motor,
kemahiran akuatik, menari (pergerakan asas), permainan individu dan
berkumpulan (sukan secara berpasukan dan sukan untuk masa depan).
Psikomotor merupakan aspek perkembangan terpenting bagi seseorang
individu kurang upaya yang hanya boleh diperolehi dalam hasil
pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian. Namun yang demikian,
Pendidikan Jasmani Suaian juga tidak mengabaikan aspek kognitif dan
afektif.
3.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal
Walaupun ada kalanya kecacatan yang dimiliki oleh individu
berkenaan adalah kecacatan kekal, kita masih boleh merangsang
pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka melalui pengajaran dan
pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani Suaian. Kecacatan bukanlah
alasan untuk mereka tidak perlu menerima pendidikan yang sewajarnya
kerana dalam Pendidikan Jasmani Suaian, sistem atau kandungan isi
pengajarannya adalah bersesuaian untuk golongan kurang upaya.
Mereka tetap memerlukan latihan daripada segi fizikal supaya
perkembangan otot-otot mereka dapat dilakukan dalam keadaan yang paling
minima dan tidak menimbulkan kesakitan. Ianya tidak boleh berhenti begitu
sahaja kerana mereka seharusnya tahu menggunakan anggota badan atau
fizikal mereka sekurang-kurangnya dalam menguruskan diri dalam
kehidupan seharian. Seterusnya, apabila sudah tahu mengurus diri, mereka
akan diberikan pendedahan tambahan iaitu dalam melatih kemahiran motor
mereka dalam keadaan yang bersesuaian.
Melalui aktiviti fizikal yang dijalankan, individu kurang upaya ini akan
berusaha untuk bergerak. Secara tidak langsung, mereka telah
meningkatkan kemahiran motor mereka. Jika mereka diajar dengan
kemahiran motor yang lebih spesifik, secara tidak langsung mereka turut
25
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian
berkembang daripada aspek kawalan motor.
3.1.1 Aspek kehidupan seharian
Dalam kehidupan seharian, setiap individu memerlukan pergerakan
untuk melakukan semua perkara dan untuk membantu perkembangan motor
individu. Guru akan merangsang murid untuk menggunakan otot-otot secara
maksimum agar pertumbuhan dan perkembangan otot berlaku dengan baik.
Guru juga perlu memantau kelemahan murid. Sebagai contoh:
terdapat murid yang mengalami masalah postur badan yang tidak sempurna
hingga menjejaskan cara murid tersebut berjalan. Oleh itu, guru perlu
bertindak membantu murid dengan memberi latih tubi berjalan dengan betul
sehingga kemahiran tersebut dapat dikuasai dengan lebih baik.
Antara kepentingan pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam
aspek kehidupan seharian ialah:
i. Membolehkan murid dapat berjalan dengan betul.
ii. Membolehkan murid menggunakan peralatan kebersihan diri dengan
betul seperti memberus gigi.
iii. Murid mampu memegang sudu, cawan atau menyuap nasi menggunakan
tangan semasa makan dan minum dengan betul.
iv.Murid mampu memegang pensil dan peralatan menulis lain dengan baik
ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
v. Murid mampu memegang dan menggunakan peralatan sukan dengan
betul dan cekap.
vi.Murid mampu menguruskan diri sendiri seperti menyikat rambut, memakai
tali kasut, memakai baju dan lain-lain.
3.1.2 Aspek Sukan dan Rekreasi
Apabila pertumbuhan dan perkembangan fizikal murid kurang upaya
26
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian
berlaku dengan baik, mereka boleh melakukan aktiviti yang lebih khusus
seperti sukan dan rekreasi dengan baik juga. Antara kepentingan aspek
pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam aspek sukan dan rekreasi
ialah:
i. Murid boleh melakukan aktiviti pergerakan asas seperti aras mudah ke
aras sukar. Contohnya; merangkak, berjalan, berlari, melompat dan
sebagainya.
ii. Murid mampu melakukan aktiviti sukan daripada motor kasar kepada
motor halus. Contohnya; murid berlatih menyambut bola besar terlebih
dahulu sebelum mempelajari menyambut bola kecil.
iii. Murid boleh memilih sukan yang diminati dan menjalani latihan yang
berfokus. Contohnya; murid berminat memilih bermain dalam permainan
bola jaring maka latihan dan latih tubi yang bersesuaian adalah perlu agar
kemahiran dapat dikuasai. Seterusnya dapat menyertai pertandingan di
peringkat yang lebih tinggi.
iv.Murid boleh melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi seperti berkhemah,
berkelah, berkayak tetapi dengan pengesahan daripada pihak yang
bertanggungjawab.
v. Murid boleh bermain bersama rakan-rakan di padang atau taman
permainan dan menggunakan semua peralatan yang disediakan dengan
berhati-hati.
3.2Perkembangan Kognitif
Pendidikan Jasmani suaian melibatkan aktiviti fizikal secara aktif.
Secara tidak langsung, murid akan menggunakan akal fikiran untuk
membantu dalam melakukan aktiviti seharian. Aktiviti fizikal akan
menyebabkan oksigen disalurkan ke dalam tubuh badan dan otak dengan
banyak. Jelaslah bahawa otak yang mengandungi oksigen adalah otak yang
baik dan dapat merangsang minda. Selain badan cergas, otak turut menjadi
27
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian
cerdas.
Kepentingan-kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian dalam aspek
perkembangan kognitif ialah:
i. Membantu murid menilai kelemahan diri
ii. Murid mampu melakukan setiap perkara yang diajar oleh guru dengan
baik dan bersungguh-sungguh.
iii. Murid mendengar setiap arahan yang disampaikan guru.
iv. Murid mampu memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru
tanpa diulang berkali-kali.
v. Murid boleh berfikir tentang sebab dan akibat sesuatu perkara itu
dilakukan.
vi. Murid mampu menilai perkara yang baik dan buruk dalam membuat
keputusan.
vii. Murid mampu mengeluarkan idea atau pandangan kepada orang lain.
viii.Murid boleh membantu rakan-rakan lain yang masih lemah.
3.3Perkembangan Afektif
i. Murid dapat bergaul bersama rakan-rakan sebaya dengan rasa
gembira.
ii. Murid menunjukkan keseronokan semasa bermain dan melakukan aktiviti
dengan rakan-rakan.
iii. Murid tahu bersikap menghormati guru dan rakan lain.
iv. Murid bersungguh-sungguh semasa melakukan aktiviti yang diarahkan
guru.
v. Murid tahu rasa tanggungjawab terhadap peralatan yang dipinjamkan dan
amanah yang diberikan oleh guru.
vi. Murid bekerjasama dalam kumpulan dan tidak menimbulkan pergaduhan.
28
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian
3.4Motivasi Untuk Murid Kurang Upaya
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, motivasi adalah suatu bentuk
dorongan, galakan atau perangsang. Menurut Woolfolk (1998), motivasi
boleh ditakrifkan sebagai keadaan dalaman diri yang membangkit,
menguasai dan mengekalkan sesuatu tingkah laku dalam diri seseorang itu.
3.4.1 Faktor-faktor motivasi
Motivasi bertindak untuk mengubah tingkah laku seseorang. Perkara-
perkara yang selalu dikaitkan dengan konsep motivasi ialah keinginan
(drives), keperluan (needs), insentif, rasa takut (fears), matlamat (goals),
tekanan sosial (social pressure), kepercayaan diri (self-confidence), minat
(interests), rasa ingin tahu (curiousity), kepercayaan (beliefs), nilai (values),
pengharapan (expectations) dan berbagai lagi
Konsep motivasi juga dapat dijelaskan berdasarkan ciri-ciri individu
atau traits. Sebagai contoh, terdapat situasi yang melibatkan 3 orang atlet
badminton yang berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi Kejohanan
Badminton Dunia.
Atlet 1: Atlet tersebut berlatih bersungguh-sungguh kerana mahu
mempertahankan gelaran terbaik dunia yang dipegangnya dan
mencipta kejayaan yang cemerlang dalam persembahan
permainannya.
Atelt 2: Atlet tersebut berlatih bersungguh-sungguh kerana tidak
mahu kalah teruk sewaktu pertandingan.
Atlet 3: Atlet tersebut berlatih bersungguh-sungguh semata-mata
29
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian
untuk memenuhi kehendak orang tuanya atau kehendak jurulatihnya.
Ketiga-tiga situasi ini menggambarkan perbezaan ketiga-tiga bentuk
atau faktor motivasi yang wujud dalam individu yang berlainan. Terdapat juga
individu yang menggabungkan kesemua faktor tersebut untuk menghasilkan
kecemerlangan prestasinya. Namun begitu, jelas menunjukkan motivasi
memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan perubahan
tingkah laku seseorang.
Secara kesimpulannya didapati bahawa motivasi bergantung kepada
dua faktor yang utama iaitu motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi
ekstrinsik (luaran).
3.4.1.1 Motivasi Intrinsik
Motivasi intrinsik adalah satu bentuk motivasi yang dikaitkan
dengan faktor dalaman diri seperti keperluan minat, rasa ingin tahu
dan rasa kepuasan diri. Reeve 91996) menyatakan bahawa motivasi
ini juga merupakan ciri semula jadi seorang manusia atau tabii
manusia untuk cuba mengatasi segala cabaran dalam proses
mendapatkan sesuatu yang diingininya. Raffini (1996) turut
menyokong melalui pernyataannya yang menyebut “...what
motivates us to do something when we don’t have to do
something”. Hal ini menunjukkan apabila seseorang individu
menginginkan sesuatu, dia akan berusaha untuk mendapatkannya
dengan dorongan dan motivasi yang diperolehinya.
3.4.1.2 Motivasi Ekstrinsik
Motivasi ekstrinsik merupakan satu bentuk motivasi yang
dikaitkan dengan faktor luaran atau faktor persekitaran seperti hadiah
atau ganjaran, tekanan sosial, hukuman dan lain-lain. Motivasi
ekstrinsik adalah berlawanan dengan motivasi intrinsik di mana aktiviti
yang dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran, pujian,
30
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian
mengelak daripada hukuman, mendapatkan perhatian seseorang
yang disayangi atau apa sahaja sebab selain daripada untuk
memenuhi kehendak diri sendiri.
3.4.1.3 Faktor Motivasi Untuk Murid Kurang Upaya
Jika dilihat senario di sekolah, murid yang normal memerlukan
motivasi untuk melakukan sesuatu arahan dan kehendak guru
apatah lagi bagi murid kurang upaya. Akibat daripada kecacatan
yang dialami, mereka agak terganggu untuk bertindak sewajarnya
jika mendapat arahan guru. Perasaan rendah diri, tidak yakin,
kesakitan fizikal, trauma, terpaksa, penat, malas dan banyak lagi
alasan yang dirasai oleh mereka.
Menurut Capuzzi & Gross (1991), manusia memiliki
kecenderungan semulajadi yang menggerakkannya ke arah
perkembangan dan peningkatan diri. Bagi manusia, perkembangan
dan peningkatan diri boleh berupa penyesuaian, sosialisasi,
kesihatan, kebebasan, kesedaran atau autonomi. Begitu juga halnya
dengan kanak-kanak kurang upaya, walaupun mereka mempunyai
pelbagai jenis kekurangan dan kecacatan, mereka tetap mempunyai
naluri seperti manusia biasa berfikir.
Oleh itu, murid-murid kurang upaya sangat memerlukan
motivasi yang bersesuaian untuk memastikan objektif pembelajaran
dapat dicapai dan mereka sekurang-kurangnya mendengar arahan
yang diberikan guru. Motivasi untuk murid-murid kurang upaya
adalah lebih bersifat ekstrinsik iaitu luaran kerana golongan ini
sangat memerlukan perhatian. Maka, untuk menarik perhatian
mereka, motivasi berbentuk penghargaan lisan, puji-pujian adalah
sangat berkesan dalam membangkitkan semangat mereka. Antara
motivasi yang boleh diberikan kepada individu kurang upaya ialah:
31
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian
i. Menghormati
Guru atau tenaga pengajar perlu menunjukkan tanda
hormat kepada murid kurang upaya. Ia bukanlah
bermaksud seorang guru perlu tunduk kepada anak
murid sendiri tetapi cuba membina keyakinan diri mereka
dengan menyatakan mereka mempunyai kelebihan dan
dan orang lain perlu menghormati diri mereka dengan
tidak menyisihkan mereka serta menerima diri mereka
seadanya.
ii. Perhatian dan Mengambil Berat
Hadiah adalah lebih kepada bentuk material.
Kebiasaannya, motivasi jenis ini sangat menarik
perhatian murid kurang upaya. Mereka sukakan benda
maujud yang mana mereka dapat lihat sendiri hadiah
yang diberikan. Mereka akan berasa termotivasi dan
berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan
hadiah yang dijanjikan.
iii. Ganjaran
Ganjaran berbentuk wang juga boleh diberikan tetapi
tidak digalakkan kerana kita tidak mahu mendidik mereka
menjadi materialistik. Dalam waktu-waktu tertentu,
motivasi berbentuk ganjaran boleh diberikan kepada
mereka untuk menaikkan semangat agar berusaha
bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik dalam
setiap tugasan yang diberikan.
32
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian
TUGASAN TERARAH
Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan
maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan
kepentingan Pendidikan Jasmani Suaian dalam aspek pertumbuhan dan
perkembangan fizikal, kognitif dan efektif serta faktor motivasi terhadap murid kurang
upaya.
LAMAN WEB
http://en.wikipedia.org/wiki/Adaptedhttp://www.apens.org/whatisape.htmlhttp://www.sharingsuccess.org/code/eptw/pdf_profiles/adaptivephysical.pdfhttp://www.specialchildren.about.com/od/specialeducation/g/APE.htmhttp://www.pecentral.org/adapted/adaptedsites.html
PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.
RUJUKAN
Arthur S. Daniels & Evelyn A.Davies (2002). Adapted Physical Education (5th ed.). San
Francisco, CA: Harper and Row Publishers.
Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental Physical Education For All
Children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.
33
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian
Kelly, L.E.& Melograno, V.J. (2004). Developing The Phisical Education Curriculum: An
Aqchievement-based Approach. Champaign, IL: Human Kinetics.
Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings.
34